• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Mema

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Mema"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

566

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MEMACU

KEBOLEHPASARAN GRADUAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM

(IPTI)

Zul Hilmi bin Abdullah, Shaharudin bin Ismail & Khairi Bin Abdul Rahim Universiti Sains Islam Malaysia

(zulhilmi.a@usim.edu.my, shaharudin@usim.edu.my, khairiabdulrahim@usim.edu.my)

ABSTRAK

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah Institusi Pengajian Tinggi Islam (IP TI) yang berupaya melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi akan mempunyai reputasi yang tinggi dan ini berupaya melonjakkan institusi tersebut menjadi sebuah institusi yang menjadi rujukan, dihormati dan dikenali. Berdasarkan jumlah graduan yang menamatkan pengajian adalah begitu besar setiap tahun, sudah pasti isu kebolehpasaran untuk mendapat pekerjaan menjadi perkara utama dan perlu diberi perhatian. Pemasalahan kebolehpasaran graduan didapati membabitkan tiga faktor yang sering digariska n oleh pihak majikan atau industri, iaitu dari segi imej dan ketrampilan diri, boleh berkomunikasi dengan baik dan penguasaan dalam bahasa Inggeris. Di samping itu penyampaian dan pengaksesan maklumat yang mudah serta tepat adalah sangat penting dalam proses menilai kebolehpasaran seseorang graduan. Adalah menjadi satu harapan pihak IPTI untuk melahirkan graduan yang ber -kebolehpasaran yang tinggi - bukan sahaja berilmu dan berkemahiran tetapi juga beriman dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai program telah dirangka dan dijalankan bertujuan melengkapkan graduan dengan nilai tambah (termasuklah berilimu, berkemahiran, beriman dan berakhlak) agar lebih berkeboleh-pasaran (marketable) dan berkeboleh-lantikan (employable) di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini. Penggunaan teknologi terkini seperti teknologi maklumat boleh diaplikasikan oleh IPTI dalam mencapai maksud dan membantu meningkatkan peratusan graduan yang berkualiti tinggi serta mempunyai berkemahiran soft-skill, yang mana penting dalam pasaran kerja. Kertas kerja ini membincangkan peranan teknologi maklumat yang boleh diguna-pakai dalam meningkatkan keupayaan IPTI melahirkan graduan berkebolehpasa ran tinggi untuk pasaran dalam negara mahupun antarabangsa yang mana ia bukan hanya boleh mengurangkan kadar pengangguran, malah boleh membantu sesebuah IPTI menjadi sebuah institusi yang dirujuk, dihormati dan dikenali.

KEYWORDS: Kebolehpasaran graduan, e-portfolio, sistem maklumat bersepadu.

1. PENGENALAN

Kebolehpasaran graduan menjadi agenda penting untuk sesebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT). Di dalam artikel ini, Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) dikategorikan sebagai salah satu daripada IPT. Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah menetapkan kebolehpasaran graduan sebagai salah satu dari empat Bidang Keberhasilan Utama (KRA) kementeriannya. Menegaskan lagi keperluan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, KPT telah menjadikan kebolehpasaran graduan/ siswazah sebagai salah satu projek agenda kritikal dalam Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 – 2015 (KPT, 2010).

Pelbagai program telah dicadang dan dijalankan oleh pihak kementerian dan IPT untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Antaranya adalah program pentauliahan profesional, finishing school, apprenticeship, latihan keusahawanan, latihan industri serta karnival kerjaya. Program-program tersebut memerlukan komitment dari pelbagai pihak termasuklah pihak kementerian, IPT, pelajar serta industri. Tidak kurang juga kos yang ditanggung untuk menjayakan program berkaitan demi membantu para pelajar lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Sebagai contoh, melalui Bajet 2013 yang dibentangkan pada 28 September 2012 (Kementerian Kewangan Malaysia, 2012), program Graduate Employability Blueprint (GEB) disasarkan untuk bermula pada penghujung 2012. Tujuan utama GEB adalah untuk memberi tumpuan terhadap kebolehpasaran graduan Malaysia dan sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan. Ini menunjukkan komitmen/keseriusan kerajaan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan Malaysia.

(2)

567

maklumat untuk memasarkan graduan akan dihuraikan dengan terperinci untuk memberikan jawapan kepada persoalan bagaimana teknologi maklumat dapat membantu graduan dalam memasarkan diri mereka dalam alam kerjaya

Bertitik tolak dari sistem maklumat di IPT, aplikasi ini boleh dijadikan sebagai kaedah pemasaran yang berkesan untuk memasarkan pelajar ke alam kerjaya sebelum mereka menamatkan pengajian lagi. Sistem maklumat pelajar yang menyimpan butiran pelajar boleh dinaiktaraf dengan beberapa tambahan fungsi mengikut keperluan semasa. Sistem maklumat pelajar juga boleh diintegrasikan dengan sistem-sistem maklumat lain seperti sistem pembelajaran online. Artikel ini mencadangkan penggunaan Portal Graduan Bersepadu (PGB) sebagai medium pemasaran graduan. PGB dalam konteks ini wujud dari proses integrasi beberapa sistem maklumat sedia ada dan perlu ditambahbaik dan disesuaikan mengikut objektif dan keperluannya. Komponen dan fungsi PGB ini akan diperincikan lagi dalam bahagian seterusnya.

2. TINJAUAN LITERATUR

Bahagian ini akan membincangkan dua topik utama iaitu isu berkaitan kebolehpasaran graduan dan perkhidmatan elektronik. Topik ini perlu dikaji lebih mendalam bagi melihat sejauh mana aplikasi teknologi maklumat atau perkhidmatan elektronik ini mampu untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

2.1 Kebolehpasaran Graduan

Masalah pengangguran graduan merupakan fenomena global yang harus ditangani dengan baik. Masalah ini merupakan isu besar kepada kerajaan dan IPT terlibat. Walaupun sebelum ini isu pengangguran graduan dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi, isu ini terus menghantui para graduan hingga kini. Isu ini menjadi isu besar kerana negara mengalami kerugian andai graduan yang dilahirkan tidak dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Tenaga kerja yang berkemahiran sangat diperlukan untuk memacu ekonomi dan mengoptimakan produktiviti.

Kebolehpasaran graduan merujuk kepada keupayaan lepasan IPT untuk menempatkan diri ke pasaran kerjaya sejurus tamat pengajian (Ahmad et. al., 2011). Setiap tahun IPT menghasilkan ribuan graduan yang berharap dapat memasuki pasaran pekerjaan. Pelbagai faktor disandarkan dalam menilai kebolehpasaran graduan. Pendidikan dan latihan yang diterima dari IPT dilhat faktor terpenting dalam menilai kebolehpasaran graduan untuk memenuhi keperluan pasaran kerjaya (Yusoff et. al., 2007). Tahap pencapaian dalam pengajian juga memainkan peranan dalam penilaian majikan untuk melantik seseorang graduan tersebut. Kursus pengajian yang relevan dengan jawatan yang dipohon juga dilihat faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang graduan mendapat pekerjaan. Selain itu, kemahiran insaniah juga dilihat salah satu faktor menentukan kebolehpasaran graduan (Chang et. al., 2011). Kemahiran-kemahiran tersebut terdiri daripada:

 Kemahiran berkomunikasi

 Kemahiran dan menyelesaikan masalah

 Kemahirang kerja berpasukan

 Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

 Kemahiran keusahawanan

 Etika dan moral profesional

 Kemahiran kepimpinan

Perspektif berbeza pula dizahirkan oleh Ishak et. al (2011) yang melihat kepintaran emosi sebagai faktor pencapaian akademik sesorang pelajar IPT. Faktor kepintaran emosi tersebut juga turut dikaitkan dengan kebolehpasaran graduan apabila tamat pengajian selain faktor-faktor lain dalam kemahiran insaniah. Dengan beberapa penyelidik lain mengaitkan isu kebolehpasaran graduan dengan ketidakseimbangan antara kursus yang ditawarkan dengan keperluan industri, kami melihat isu ini dari perspektif berlainan. Perspektif yang dimaksudkan ialah cara atau medium memasarkan graduan itu sendiri dilihat tidak kurang penting. Dengan itu kami mengambil initiatif untuk mengkaji keperluan penggunaan sistem maklumat dalam membantu memasarkan para graduan di pasaran pekerjaan.

Sebelum ini terdapat beberapa pendekatan untuk membantu memasarkan graduan IPT di Malaysia. Antaranya termasuklah program sangkutan industri dan karnival kerjaya selain pihak graduan sendiri memohon pekerjaan berkaitan. Dengan itu, diharapkan dengan adanya sistem maklumat yang bersepadu akan menambah lagi pilihan dan peluang untuk para graduan memasarkan diri mereka di alam kerjaya.

2.2 Perkhidmatan Elektronik

(3)

568

kemudahan dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, sistem maklumat berkenaan adalah berlainan antara satu IPT dengan IPT yang lain. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) juga merupakan contoh sejenis sistem maklumat yang merupakan salah satu inisiatif pihak KPTM untuk memantau dan mengenal pasti tahap kebolehpasaran graduan atau siswazah daripada sesebuah IPT (Ahmad et. al., 2011). Graduan diminta untuk mengisi kaji selidik tentang status dan pekerjaan mereka setelah tamat peperiksaan pada tahun akhir pengajian sehingga tarikh menghadiri majlis konvokesyen (KPT, 2011). Walaubagaimanapun, sistem ini hanyalah untuk memperolehi statistik terkini graduan yang telah bekerja. Walaupun secara tidak langsung ianya memberikan maklumat tentang kebolehpasaran graduan, tetapi sistem tersebut tidak begitu membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan tersebut. Dalam perkataan lain, sistem tersebut hanyalah berfungsi sebagai pangkalan data tentang kebolehpasaran graduan sesebuah IPT.

Artikel ini sebaliknya mengambil pendekatan berbeza dengan mencadangkan penggabungan sistem maklumat tersebut. Sistem maklumat sedia ada daripada setiap IPT boleh digabungkan dengan sistem pembelajaran dalam talian (online) pelajar untuk mewujudkan portfolio elektronik (portfolio). Konsep e-porfolio sebelum ini telah diterima pakai oleh komuniti global untuk membantu pelajar dalam penilaian sesuatu kursus semasa pengajian mereka dan digunakan untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian (Brammer, 2007). Diana & Ittelson (2005) pula menerangkan tiga jenis portfolio elektronik iaitu terdiri daripada e-portfolio pelajar, e-porfolio pengajaran serta e-portfolio IPT. Setiap e-portfolio tersebut mewakili entiti-entiti berkaitan. Kami melihat setiap entiti tersebut boleh diintegrasikan dalam satu sistem maklumat bersepadu.

E-portfolio dilihat memberi cabaran kepada tenaga pengajar di IPT untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran berteraskan teknologi yang mana pelajar bukan sahaja memahami teknologi tetapi mengadaptasi terknologi tersebut dalam pembelajaran dan pembangunan kendiri mereka (Gerbik, Lewis & Amin, 2011). Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri maklumat tugas-tugas berkaitan kursus-kursus yang diikuti semasa pengajian yang disahkan oleh pihak IPT. Dengan itu, pelajar dapat merujuk kembali hasil kerja mereka serta dapatan daripada kursus-kursus dan projek-projek yang pernah diikuti. Di dalam artikel ini, konsep e-portfolio digunakan tetapi digabungkan dengan sistem maklumat yang sedia ada. Ini akan dihuraikan dengan lebih teliti selepas ini. Aplikasi sistem maklumat ini bukan sahaja boleh bertindak sebagai pangkalan data kebolehpasaran graduan seperti sebelum ini, malah boleh meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan. Ini kerana, majikan akan mempunyai akses terus yang lebih terperinci, selamat dan sah tentang seseorang graduan sebelum proses temuduga kerja boleh dijalankan.

Selain itu, portal pencarian pekerjaan (Jobstreet.com, Jobdb.com) juga dilihat boleh dijadikan rujukan untuk merangka sistem maklumat yang lebih bersepadu kepada graduan untuk memastikan mereka mempunyai medium yang efektif untuk memasarkan kebolehan dan kelayakan mereka. Dalam hal ini, Kementerian Sumber Manusia Malaysia (2012) telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan perkhidmatan elektronik bagi pencari kerja dan pihak majikan. Rajah 1 menunjukkan antaramuka pengguna

bagi portal “jobsmalaysia” yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Portal ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pencari kerja dan bakal majikan. Antara kemudahan yang disediakan adalah maklumat tentang jawatan kosong, pusat maklumat kerjaya, perkhidmatan penawaran jawatan oleh majikan serta perkhidmatan permohonan pekerjaan oleh pencari kerja. Perkhidmatan seumpama ini dilihat semakin mendapat sambutan oleh pencari kerja dan bakal majikan. Buktinya pada tahun 2011, pendaftaran pencari kerja baru mencatatkan seramai 181, 950 orang dan sebanyak 58, 462 pendaftaran pihak majikan direkodkan. Walaupun sambutan pengguna terhadap portal ini dilihat semakin rancak, akan tetapi keberkesanan portal ini dalam memastikan kepuasan penggunanya juga perlu diambil kira. Jika dilihat dari angka penempatan pekerjaan yang dicatatkan pada tahun 2011 iaitu sebanyak 20,767, timbul persoalan tentang nisbah pendaftaran majikan dan pencari kerja dengan jumlah penempatan pekerjaan yang jauh berbeza. Mungkin satu kajian perlu dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menghasilkan angka tersebut.

(4)

569

Gambarajah 1: Antaramuka web perkhidmatan pekerjaan.

Dengan cara yang dipraktik kini, setiap kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan mempunyai pangkalan data mereka sendiri. Portal bersepadu yang diuruskan secara efektif dilihat memerlukan kordinasi antara kementerian dan agensi supaya integrasi maklumat tersebut dapat dilakukan secara selamat. Kebaikannya adalah dapat menjimatkan masa kerana tidak memerlukan kemasukan maklumat yang berbilang, mengurangkan kesilapan atau ralat semasa kemasukan dan pengurusan maklumat, mengelakkan ketidakseragaman format dan jenis maklumat serta boleh digunakan secara bersama.

3. PORTAL GRADUAN BERSEPADU

(5)

570

Gambarajah 2: Kerangka Kerja Integrasi Sistem Maklumat

Gambarajah 2 menunjukkan cadangan kerangka kerja Portal Graduan Bersepadu (PGB) yang dicadangkan. PGB adalah hasil daripada integrasi beberapa sistem maklumat berkaitan yang perlu ditambah baik supaya dapat memenuhi keperluan proses integrasi. Penambahbaikan perlu dilakukan pada peringkat pengurusan pangkalan data, fungsi-fungsi tambahan serta antaramuka pengguna. Berikut adalah ringkasan tentang sistem maklumat berkaitan:

a. Sistem Maklumat Pelajar

Sistem maklumat pelajar telah sedia ada bagi kebanyakan IPT. Sistem ini digunakan untuk menguruskan maklumat pelajar sesebuah IPT. Antara maklumat yang terdapat dalam sistem ini adalah maklumat peribadi pelajar, maklumat keluarga, maklumat kelayakan masuk ke IPT, maklumat pengajian, keputusan peperiksaan dan lain-lain lagi. Untuk tujuan integrasi, beberapa maklumat dalam pangkalan data perlu disesuaikan dengan keperluan PGB yang akan dibangunkan. Hanya maklumat yang diperlukan sahaja boleh dicapai oleh PGB bagi mengelakkan terjadinya kebocoran maklumat.

Selain itu, untuk merapatkan lagi hubungan graduan dan IPT selepas mereka menamatkan pengajian, sistem maklumat pelajar ini boleh ditambah baik dengan memasukkan modul untuk alumni. Dengan itu graduan akan dapat terus mengikuti perkembangan IPT masing-masing walaupun telah berada di alam pekerjaan. Pihak IPT juga dapat mengikuti perkembangan graduan masing-masing dan seterusya dapat melihat sejauh mana kualiti graduan yang dihasilkan. Sistem maklumat ini melibatkan pihak IPT terutamanya jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar, hal ehwal akademik akademik, bahagian teknologi maklumat, bahagian kemasukan pelajar serta unit alumni.

b. Portfolio Elektronik/ Sistem Pembelajaran Elektronik

Sistem pembelajaran elektronik/ atas talian juga telah digunakan oleh IPT tertentu bagi menguruskan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mungkin berbeza antara satu IPT dengan IPT yang lain. Pada asasnya sistem ini menyediakan kemudahan untuk tenaga pengajar berkongsi maklumat dan kandungan kursus yang diajar kepada pelajar. Proses pengajaran juga boleh dilakukan secara atas talian selain dari kaedah bersemuka. Selain itu, sistem ini juga dijadikan medium untuk penilaian pelajar sama ada dalam bentuk kuiz atau tugasan. Sebagai Sistem Maklumat

Pelajar/ Alumni

Portfolio Elektronik/ Sistem Pembelajaran Elektronik

Sistem Pengesanan Graduan

Portal Carian Pekerjaan

(6)

571

kemudahan tambahan, sistem ini juga menyediakan platform atau medan perbincangan antara pelajar dan juga tenaga pengajar.

Bagi portfolio elektronik pula, ia lebih menumpukan kepada pengurusan maklumat tugasan atau projek yang dilakukan oleh pelajar. Rekod hasil kerja dan penilaiannya boleh disimpan dan dirujuk untuk masa depan. Berbeza dengan sistem maklumat pelajar yang hanya merekodkan kursus yang diikuti serta gred akhir yang diperoleh, portfolio elektronik lebih menjurus kepada rekod hasil kerja bagi setiap kursus tersebut. Dengan itu, integrasi kedua-dua sistem maklumat ini dilihat dapat memberi maklumat yang lebih jelas kepada bakal majikan untuk membuat penilaian terhadap kelayakan dan kebolehan seseorang graduan. Sistem maklumat ini perlu melibatkan tenaga pengajar, pelajar, bahagian akademik, dan bahagian teknologi maklumat yang menguruskan sistem ini.

c. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPJ)

Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPJ) yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dilihat boleh diintegrasikan dalam PBG untuk memudahkan pelajar mengemaskini status mereka setelah tamat pengajian. Jika terdapat satu sistem bersepadu seperti PBG, graduan tidak perlu mengakses beberapa sistem berkaitan yang memerlukan proses log masuk dan log keluar masing-masing. Maklumat berkaitan juga tidak bertindih (duplicate) antara satu sistem dengan sistem yang lain. Sebagai contoh, jika pelajar telah mengemaskini maklumat dalam PBG mereka tentang status pekerjaan serta tarikh mula bekerja, maklumat yang sama boleh diakses oleh pihak KPTM untuk tujuan penjanaan rekod dan laporan mereka. Selain itu KPTM dan IPT juga dapat meminimumkan kos penyelenggaraan sistem maklumat berkaitan penjanaan dokumentasi dan laporan juga lebih mudah.

d. Portal Carian Pekerjaan

Sebagai salah satu perkhidmatan elektronik yang menjadi tumpuan para graduan serta pencari kerja, portal carian pekerjaan juga dilihat sebagai salah satu elemen yang sesuai untuk diintegrasikan dalam PBG sebagai kaedah pemasaran seseorang graduan. Modul pencarian pekerjaan ini merupakan salah satu elemen penting yang menjadikan maklumat dari modul-modul lain sebagai rujukan seperti maklumat dari modul maklumat pelajar dan portfolio elektronik. Dalam modul atau elemen carian pekerjaan, graduan perlu diberi pilihan yang lebih fleksibel untuk menentukan maklumat berkaitan yang mahu dikongsi kepada bakal majikan, pihak IPT, pihak kementerian serta pihak umum.

Kemudahan untuk menjana dokumen berkaitan maklumat peribadi atau ‘curriculum vitae’ merupakan salah satu fungsi yang amat berguna dalam modul ini. Hasil dari janaan tersebut,

graduan boleh membenarkan capaian ‘curriculum vitae’ mereka kepada bakal majikan mengikut kesesuaian maklumat yang hendak dikongsi. Bahagian pengadil (referee) yang selalunya dihubungi

secara manual oleh bakal majikan untuk mendapatkan pengesahan tentang maklumat ‘curriculum vitae’ seseorang boleh ditambahbaik dengan membenarkan penghantaran mel elektronik (e-mail) secara automatik.

Maklumat yang memerlukan pengesahan hanyalah tentang pengalaman kerja dan lain-lain aktiviti selepas graduan menamatkan pengajian. Maklumat kelulusan, pencapaian akademik dan kokurikulum semasa dalam pengajian telah secara automatik disahkan melalui modul sistem maklumat pelajar dan portfolio elektronik yang melibatkan pihak IPT dan tenaga pengajar. Salah satu kebaikan pengesahan maklumat kelulusan secara terus oleh pihak IPT ialah pihak majikan tidak perlu meminta salinan fizikal sijil dan transkrip graduan.

Berdasarkan fungsi dan kandungan sistem maklumat berkaitan, beberapa penambahbaikan dan penyesuaian boleh dilakukan bagi memastikan integrasi tersebut memenuhi objektifnya iaitu membantu graduan memasarkan diri di alam kerjaya. Antara fungsi tambahan ialah fungsi memuat naik gambar terbaru seseorang graduan sebagai pengguna portal tersebut. Dengan itu, mereka dapat memilih gambar yang terkini mereka yang difikirkan sesuai untuk dilihat oleh bakal majikan. Selain itu, fungsi memuat naik salinan digital sijil-sijil mereka juga boleh dimasukkan di dalam portal ini. Bagi menambah nilai portal ini, graduan juga perlu dibenarkan untuk mengemaskini status mereka, maklumat pengalaman kerja serta maklumat kelayakan tambahan selain kelulusan dari IPT berkaitan.

4. ISU BERKAITAN

(7)

572

(verification) terutamanya maklumat yang dimasukkan oleh pelajar sendiri, keselamatan dan privasi maklumat berkenaan dan penerimaan luar atau bakal majikan terhadap sistem ini. Peringkat perlaksaan juga perlu diberi perhatian sama ada boleh dilaksanakan diperingkat IPT atau perlu dipusatkan di bawah kementerian berkaitan. Isu ini perlu diambil kira bagi memastikan perlaksanaannya dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak disamping dapat menjimatkan kos. Kos-kos yang perlu diambil kira termasuklah kos pembangunan portal, kos integrasi, kos penyelenggaraan dan lain-lain kos operasi yang terlibat.

Sebelum ini, sistem maklumat yang sedia ada diselenggarakan oleh pihak-pihak berasingan. Sebagai contoh sistem maklumat IPT diselenggarakan oleh pihak IPT sendiri manakala SKPG diselenggarakan oleh pihak KPTM. Jika konsep penggabungan sistem maklumat hendak digunapakai seperti yang dicadangkan dalam artikel ini, maka perlu ada satu pihak atau badan tertentu sahaja yang perlu bertanggungjawab atas penyelenggaraan portal bersepadu ini. Pihak tersebut akan menjadi pusat pengumpulan data daripada semua IPT dan pihak yang terlibat, dan pada masa yang sama mengurus dan menyelenggarakan pangkalan data portal ini. Ini kerana, maklumat yang sentiasa dikemaskini perlu tersedia (available) sepanjang masa bagi menambahnilai kepada aplikasi tersebut untuk memudahkan akses kepada majikan, seterusnya mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Bagi maklumat yang diisi sendiri oleh pelajar ke dalam portal bersepadu ini, pengesahan maklumat berkaitan merupakan isu yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Di peringkat IPT misalnya, proses ini mungkin akan menjadi rumit jika data graduan tersebut sudah melebihi tempoh dan tidak dikemaskinikan lagi di peringkat IPT. Proses pengesahan juga akan mengambil tempoh yang panjang jika proses perlu dilakukan setiap hari. Dari itu, mungkin perlu ada perbincangan atau rujukan kerangka kerja yang lebih berkesan untuk menangani masalah pengesahan maklumat. Misalnya, mungkin proses pengesahan maklumat dari pihak IPT dilakukan dua kali setahun atau secara berkala.

Selain itu, isu keselamatan dan privasi maklumat perlu juga diberi perhatian. Ini kerana, dengan perlaksanaan portal bersepadu ini, pihak ketiga atau majikan yang berpotensi akan mempunyai akses yang tidak terhad terhadap maklumat graduan. Walaupun kesan positif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan telah dibincangkan dalam artikel ini, akan ada kesan negatif juga. Sebagai contoh, maklumat graduan ini mungkin boleh digunakan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab untuk kegunaan spam dan marketing. Dengan itu, melalui portal ini, graduan diberi pilihan untuk menentukan maklumat berkaitan yang mahu dikongsikan kepada pihak tertentu sahaja.

Akhir sekali, isu yang patut diberi perhatian adalah sejauh manakah pihak luar atau bakal majikan mampu menerima perlaksanaan cadangan portal bersepadu ini sebagai kaedah untuk mengambil graduan bekerja. Penulis berpendapat, sekiranya isu keselamatan dan pengesahan maklumat (verifikasi) dapat diberi perhatian yang sewajarnya, tidak mustahil cadangan portal bersepadu ini akan memudah dan mempercepatkan proses pengambilan graduan baru untuk bekerja. Ini kerana maklumat terkini yang sentiasa dikemaskini akan dapat di akses terus oleh pihak majikan. Ini secara langsung dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan bukan sahaja di peringkat serantau, malah hingga ke peringkat global. Mungkin pada masa hadapan, kaedah konvesional mencari peluang pekerjaan di mana graduan memohon pekerjaan akan bertukar kepada kaedah baru sepenuhnya di mana majikan yang akan mencari graduan yang sesuai.

5. KAJIAN AKAN DATANG

Pada dasarnya PGB ini adalah untuk membantu graduan memasarkan diri mereka secara atas talian. Namun, beberapa fungsi dan perkhidmatan lain boleh juga diintegrasi bersama portal ini mengikut keperluan. Kajian lebih lanjut diperlukan bagi memastikan keberkesanan dan keperluan integrasi tersebut. Antara sistem yang dilihat boleh diintegrasikan bersama PGB ini ialah sistem maklumat pengundi, sistem maklumat pekerja dan sistem maklumat kesihatan mereka.

Selain itu, sistem permohonan pekerjaan sektor awam juga dilihat boleh diintegrasi sebagai salah satu modul dalam PGB. Dengan menggunakan pendekatan sistem cerdas (intelligent system), penjodohan pekerjaan mengikut kelayakan dan kelulusan graduan boleh dioptimumkan berdasarkan keperluan asas sesuatu jawatan. Sistem cerdas ini berfungsi untuk menganalisa maklumat dari pihak graduan dan dipadankan dengan maklumat keperluan dari majikan. Dengan itu, graduan lebih jelas tentang skop pekerjaan yang mereka layak untuk memohon. Justeru, proses penapisan dan pemilihan calon untuk peperiksaan kemasukan sektor awam akan lebih mudah. Sistem ini juga boleh digunakan oleh pihak majikan swasta untuk memudahkan pemilihan calon kakitangan mereka.

6. KESIMPULAN

(8)

573

berdasarkan kepada kejayaan yang dapat dilihat dari kajian literatur yang dijalankan yang menunjukkan terdapat IPT yang telah berjaya menggunakan sistem maklumat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan mereka. Dengan menggabungkan sistem maklumat sedia ada di IPT dengan sistem maklumat luar seperti yang dicadangkan dalam artikel ini dan dengan sedikit penambahbaikan, tidak mustahil sistem seumpama ini boleh dilaksanakan di IPT secara umumnya dan IPTI secara khususnya untuk kebaikan pelajar, tenaga pengajar, pihak industri dan majikan serta IPTI itu sendiri.

PGB dilihat dapat memberi manfaat kepada pelajar melalui pendedahan kepada pelajar terhadap kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang boleh mereka gunakan untuk kebaikan mereka dari sejak mendaftarkan diri di IPTA sehingga mereka menempatkan diri di alam kerjaya. Dengan perlaksanaan PGB ini diharap dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada pelajar untuk mereka memulakan perancangan pembangunan kendiri (personal development planning) sejak dari tahun pertama pengajian mereka agar mereka mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat diri mereka. Setiap tugasan atau projek yang mereka jalankan semasa mengikuti pengajian perlu direkodkan supaya boleh menjadi bukti pencapaian mereka.

7. RUJUKAN

Ahmad, S., N. Ali, and M.F. Hamzah, Kebolehpasaran graduan UKM: satu kajian perbandingan antara graduan disiplin sains dengan bukan sains. Jurnal Personalia Pelajar, (14): p. 81-90.

A. Andreica, D. Stuparu, F. Covaci, G. Pop (2011) An integrated software solution for e-learning and academic services, INTED2011 Proceedings, pp. 3134-3141.

Brammer, C. Electronic portfolios: For assessment and job search. dalam Proceeding of the 2007 Association for Business Communication Annual Convention. 2007: Washington.

Chang, P.K., F. Ahmad, and F. Ibrahim, Hubungkait antara kemahiran insaniah prasiswazah dengan dimensi hubungan organisasi-publik. Jurnal Personalia Pelajar, 2011(14): p. 23-36

Kementerian Kewangan Malaysia. Bajet 2013. Retrieved from http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub13.pdf

Kementerian Pengajian Tinggi. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2, 2011-2015. Retrieved from http://www.utem.edu.my/pjka/download/psptn-fasa2.pdf

Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Laman Web Rasmi Perkhidmatan Pekerjaan. http://www.jobsmalaysia.gov.my, 2012.

Gerbic, P., L. Lewis, and N.M. Amin. Student perspectives of eportfolios: Change over four semesters. in Proceedings ascilite 2011 2011.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis dan menemukan karakter bangunan Masjid Jamik Sumenep yang meliputi karakter visual, spasial dan karakter struktural

Tabel 2.. Berdasarkan tabel di atas, dapat diinterpretasikan bahwa kemampuan mengajar guru mata bahasa Indonesia SMA Negeri 1 Sungai Kakap memiliki skor ideal sebesar

: KALIMANTAN BARAT : KOTA PONTIANAK 3 184 184 168 Jumlah Akhir Jumlah Akhir Jumlah Akhir 168 LAMPIRAN Model DB-1 DPRD KABUPATEN/KOTA... PARTAI KEDAULATAN 282 9 Jumlah Akhir 282

Hal ini sesuai persyaratan bangunan sumur gali yaitu jarak minimal 11 meter dari sumber pengotor seperti jamban (Waluyo, 2009: 142), sehingga kualitas airnya tergolong baik

5.3.6 Luas Areal Dan Produksi Cengkeh Tanaman Perkebunan Rakyat Dengan Pola Pengembangan Swadaya Murni Di Kabupaten Aceh Selatan Tahun 2012 / Clove Planted Area. And

Segala puji dan syukur penulis panjatkan atas kehadirat Allah SWT yang melimpahkan rahmat, taufik dan karunia-Nya, sehingga penulis mampu untuk menyelesaikan penyusunan

Kegunaan dari abutmen ini adalah untuk membuat tegangan yang terjadi akibat dorongan lengkung menurun sampai pada titik yang bisa dipikul oleh tanah karena tanah mampu

Kerugian ( capital loss ) dapat terjadi apabila Investor menjual Obligasi Negara FR di Pasar Sekunder sebelum jatuh tempo pada harga jual yang lebih rendah dari