• Tidak ada hasil yang ditemukan

DASAR EKONOMI JEPUN DI SEMENANJUNG TANAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DASAR EKONOMI JEPUN DI SEMENANJUNG TANAH"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

ABSTRAK

Kajian ini akan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu semasa

Perang Dunia Kedua. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu kerana

pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia.

Sektor-sektor yang menjadi tumpuan kajian ialah sektor makanan, pengangkutan, pembuatan,

tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan bijih timah, bauksit, bijih

besi dan arang batu. Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah

Melayu tidak berkembang. Ini kerana British sebelumnya telah menjalankan Dasar Bumi

Hangus. Suasana peperangan ketika itu tidak mengalakkan berlakunya sebarang pelaburan

Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jepun juga tidak berupaya menjalankan urusan

perdagangan sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Melayu kerana dihalang oleh

Tentera Bersekutu. Secara keseluruhan, kecenderungan dasar Jepun ke arah pemusatan kuasa

dan perancangan ekonomi kerajaan bagi mencapai matlamat Lingkaran Kesemakmuran

Bersama Asia Timur Raya. Namun tanpa akses kepada pasaran luar negara, ekonomi

Semenanjung Tanah Melayu runtuh. Dapat dilihat tiada peluang diberikan kepada

Semenanjung Tanah Melayu dalam Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya

kerana polisi asasnya adalah mengekalkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan Jepun

dan koloni tetap bagi dieksploitasi oleh pendatang Jepun. Akibatnya tentera Jepun setelah

menumbangkan kuasa-kuasa Barat yang bertapak terlebih dahulu, dengan kelakuan kejam

mereka ini menyebabkan penduduk tempatan tidak mungkin menerima konsep Lingkaran

Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Ini bererti menukarkan satu bentuk penjajahan

dengan satu bentuk yang lain. Eksploitasi kejam penjajahan Jepun juga mengkhianati semua

propaganda dan janji-janji manis mereka mengenai Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia

(2)

Kata Kunci : Ekonomi, Jepun, Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya, Perang

Dunia Kedua, Semenanjung Tanah Melayu

ABSTRACT

This study will analyze Japan's economic policies in Malaya during the Second World War.

The study will focus on Malaya due to the formation of its economy as the backbone to the

Malaysia’s economic development. The study will focus on the food, transportation,

manufacturing, rubber, other commercial crops, timber, tin, bauxite, iron ore and coal sectors.

During the Japanese occupation, the economic situation in Malaya is not growing. This is

because of the British Scorched Earth Policy. The war also did not encourage the occurrence

of any Japanese investment in Malaya. Japan has not been able to carry on the business

activities, whether inside or outside Malay as they have been barred by the Allied Forces.

Overall, Japan's tendencies towards centralization of power and the government's economic

planning are to achieve The Greater East Asian Co-Prosperity Sphere. But without access to

overseas markets, the Malaya’s economic collapse. There is no opportunity given to Malaya

in The Greater East Asian Co-Prosperity Sphere as the policy is essentially to maintain the

Malaya as a colony of Japan and a fixed colony to be exploited by Japanese immigrants. As

the result, the Japanese after overthrowing the Western powers who came first, with their

cruel behavior causes the locals not to accept the concept of The Greater East Asian

Co-Prosperity Sphere. This same as changing one form of colonialism with a new one. Japan's

brutal colonial exploitation also betrays all propaganda and promises about the

(3)

Keywords: Economics, Japan, Malaysia, Second World War, The Greater East Asian

Co-Prosperity Sphere

PENDAHULUAN

Kajian ini akan melihat dan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah

Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu

kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi

Malaysia. Sektor-sektor yang menjadi tumpuan kajian ialah sektor makanan, pengangkutan,

pembuatan, tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan bijih timah,

bauksit, bijih besi dan arang batu. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah

penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan arkib negara.

Sumber-sumber tersebut akan dikumpul dan dipilih dari awal tahun kajian ini iaitu pada tahun

1941 sehingga tahun 1945, iaitu bersesuaian dengan tempoh kajian ini. Objektif kajian ialah

melihat dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu dalam sektor makanan,

pengangkutan, pembuatan, tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan

bijih timah, bauksit, bijih besi dan arang batu.

Mengenai dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu semasa Perang Dunia

Kedua, ia ada disentuh oleh beberapa orang pengkaji di dalam penulisan mereka. Antara

kajian yang dilihat penting ialah Awang Jaya dalam tesis Kelantan Di Bawah Pemerintahan

Jepun (1941-1943) dan Thai (1943-1945),1 Ghazali bin Mayudi dalam tesis Johor Semasa

Pendudukan Jepun 1942-1945,2 Paul H. Kratoska dalam buku Malaya and Singapore During

the Japanese Occupation,3 Paul H. Kratoska dalam buku The Japanese Occupation of

(4)

disertasi Pendudukan dan Pentadbiran Jepun di Melaka (1942-45),5 Mohamad Isa Othman

dalam buku Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah),6

Mohd Nasir Ismail dalam tesis Pendudukan Jepun di Terengganu 1942-1945,7 Noor Hayati

Harun dalam tesis Sejarah Sistem Kewangan Zaman Jepun di Tanah Melayu 1941-1945,8 Pua

Siew Pin dalam tesis Kehidupan Orang-Orang Melayu Di Zaman Jepun: Kajian Menerusi

Novel-Novel Melayu Selepas Perang,9 Saharuddin Mohd. Amit dalam tesis Sejarah

Pendudukan Jepun di Pahang, Sosio Ekonomi dan Kebangkitan Semangat Nasionalisme,10

Suhaimi Abdullah dalam tesis Kesan Sosial dan Ekonomi Masyarakat Terengganu Semasa

Pendudukan Jepun 1942-1945,11 Yoshimura Mako dalam artikel Japanese Occupation and

Economic Policy in Malaya,12

Sektor Makanan

Dalam bidang pertanian, Jepun memberi penekanan utama untuk menambahkan hasil

pengeluaran bahan makanan13 bagi memastikan bekalan makanan adalah mencukupi. Apabila

perang meletus sudah tentu keadaan menjadi lebih buruk. Apabila Jepun menduduki

Semenanjung Tanah Melayu, terdapat stok beras untuk setahun. Tetapi ia telah dihantar ke

Jepun.14 Sejak awal lagi beras sangat berkurangan, sedangkan ia menjadi makanan asasi

penduduk.15 Keadaan ini berlaku kerana ketika Perang Dunia Kedua, hubungan Semenanjung

Tanah Melayu dengan negara-negara jiran khususnya pembekal beras telah terputus.16

Malahan pada masa itu beras yang diimport dari Burma dan Siam juga tidak dapat diterima.17

Keadaan ini berlaku kerana kapal-kapal yang membawa muatan beras dan bahan makanan

yang lain telah dirampas oleh Jepun ketika perang di Asia Tenggara demi untuk

(5)

Beras diletakkan sebagai barang kawalan di bawah pentadbiran Jepun. Semua beras

yang dikumpul diuruskan oleh kerajaan atau ejen, semua simpanan beras perlu diistiharkan,

dan import eksport beras hanya boleh dilakukan dengan kebenaran Bahagian Perdagangan

dan Industri. Catuan beras dijalankan sejak awal pendudukan19 walaupun sesetengah kawasan

pertanian tidak melaksanakan sistem catuan20 untuk memaksa penduduk menanam padi.

Jualan beras tempatan pada mulanya dikendalikan oleh Persatuan Pengedar Beras dan

kemudian oleh Pejabat Kawalan Makanan. 21

Kedah merupakan pengeluar padi Semenanjung Tanah Melayu.22 Oleh itu Japan

Military Administration (JMA) cuba menjadikan Kedah sebagai pembekal beras bagi

kegunaan tenteranya. Dalam usaha menambahkan kawasan tanaman padi yang baru, Jepun

telah membenarkan ladang getah ditebang untuk dijadikan sawah.23 Akan tetapi langkah ini

tidak berhasil dan pengeluaran padi terus merosot.24 Oleh itu kawalan yang ketat telah

dikenakan ke atas hasil pengeluaran. Antara langkah yang diambil termasuklah membuat

bancian yang kerap ke atas petani. 25 Beberapa pihak telah diberi tanggungjawab untuk

memastikan kawalan ketat itu dilaksanakan. Pegawai tempatan yang digunakan untuk tujuan

ini termasuklah penghulu dan mata-mata padi.26 Jabatan Pertanian mengarahkan Pegawai

Daerah supaya memastikan rakyat berusaha untuk menanam padi.27 Kawasan padi yang

menjadi hak orang Melayu juga diberikan kepada kaum lain untuk menggalakkan rakyat

menanam lebih banyak padi dan lain-lain tanaman.28

Dalam dasar mencukupkan makanan, JMA merancang untuk menanam padi dua kali

setahun.29 JMA juga memperkenalkan benih padi dari Taiwan,30 teknik baru serta bantuan

pakar teknik.31 Rancangan ini gagal kerana masalah penyakit, bencana alam, dan serangan

(6)

sambutan daripada petani kerana ianya menganggu kebiasaan hidup tradisional mereka.34

Akibatnya beras terus menjadi masalah utama dan bekalan barang untuk rakyat dicatu dengan

ketat.35 Penanaman ubi kayu sebagai bahan makanan utama menggantikan beras telah

menyebabkan zaman ini juga dikenali sebagai ‘zaman ubi kayu.’36

Di bawah pendudukan Jepun, Semenanjung Tanah Melayu terpisah dari bekalan daging

dan ikan menjadi satu-satunya bekalan bagi rakyat tempatan.37 Untuk mengembangkan

industri perikanan, nelayan telah diajar kaedah memancing cara Jepun. Semua hasil

tangkapan akan dijual menerusi persatuan yang dilantik oleh JMA sahaja. Kolam ikan yang

baru telah dibuka di kawasan pedalaman, manakala kilang telah dibuka di Pulau Pangkor

untuk mengetin hasil ikan yang berlebihan. Walau bagaimanapun, kawasan perikanan di

Semenanjung Tanah Melayu tidaklah begitu produktif. Dengan orang Jepun sendiri

menggemari pemakanan ikan mentah, kebanyakan hasil tangkapan terbaik selalunya pergi

kepada mereka terlebih dahulu.38

Sektor Pengangkutan

Masalah kekurangan pengangkutan merupakan salah satu masalah yang melanda

Semenanjung Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun. Ia menghalang perkembangan

perdagangan tempatan, rancangan pengembangan industri dan kesukaran untuk mendapatkan

bekalan daripada sumber-sumber luar negara.39 JMA menggunakan pelbagai cara untuk

mengatasi masalah ini, tetapi masalah pengangkutan kekal sebagai halangan utama kepada

pembangunan ekonomi dan perjalanan perang. Kenderaan bermotor tidak dimiliki oleh ramai

(7)

bengkel-bengkel tempatan mengubahsuai bas untuk beroperasi dengan menggunakan bahan

api yang berasal dari arang.40

Perkhidmatan bas jarak panjang telah disatukan di bawah Syarikat Tokyo Kyuko

Bontetsu (Tokyo Express Tramcar Company), dan dibantu oleh aktiviti-aktiviti yang

dijalankan oleh Kuala Lumpur Sanitary Board pada tahun 1942 bagi membantu syarikat

Jepun ini.41 Pada bulan Ogos 1943 JMA memastikan kenderaan bermotor milik persendirian,

dan alat ganti, diletakkan di bawah akta pengawalan bahan-bahan penting untuk menghalang

penggunaan kenderaan motor bagi tujuan yang tidak perlu. Orang awam yang ingin terus

menggunakan kenderaan mereka terpaksa memohon kepada JMA, dan mewajarkan sebab

permintaan itu.42

JMA membina jalan baru di sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, tetapi

penyelenggaraan ke atas jalan-jalan sedia ada adalah tidak menggalakkan. Perkhidmatan

keretapi disambung semula di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu pada bulan Jun 1942,

tetapi terdapat pecahan dalam landasan di mana terdapat jambatan yang telah musnah.43 Ia

hanya pada tahun 1943 perkhidmatan keretapi antara Singapura dan Bangkok telah

diumumkan.44 Akibat daripada keperluan keselamatan, peraturan ketat ke atas perniagaan dan

perjalanan telah dikenakan.45 Walaupun dengan kebenaran perjalanan terhad, seseorang itu

tidak dibenarkan untuk membawa melebihi 100 dolar bersamanya.46

Ruang perkapalan pada masa pendudukan Jepun adalah sangat terhad. Ini kerana semasa

pencerobohan Jepun, British bertindak membocorkan atau memindahkan kapal-kapal yang

beroperasi di perairan Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun terdapat operasi membaik

(8)

1942 mereka mendakwa telah memulihkan 94 buah kapal, masih terdapat kekurangan dalam

kapasiti perkapalan.47 Pada 20 Mac 1943 JMA telah mengumumkan penubuhan Syarikat

Perkapalan Wilayah Selatan yang bertujuan menggabungkan kepentingan semua syarikat

perkapalan Jepun di Singapura, dan juga menggerakkan kapal wap dan kapal layar untuk

membawa barang-barang di dalam wilayah selatan.48 Pada bulan Januari 1944 Malayan

Marine Transport Association menyatukan semua pemilik kapal tempatan. Badan ini

mengendalikan operasi perkapalan, memantau kadar tambang, caj bagi pembaikan dan

bekalan, dan komisen, gaji dan elaun yang dibayar dalam industri. Ketua Pengarah Syarikat

Perkapalan Wilayah Selatan, seorang rakyat Jepun, menjadi Ketua Pengarah bagi Malayan

Marine Transport Association.49

Bagi mengatasi masalah kekurangan ruang perkapalan, Jepun telah melancarkan

program utama untuk membina kapal-kapal di seluruh Lingkaran Kesemakmuran Bersama

Asia Timur Raya. Jepun mengarahkan semua daerah di wilayah selatan untuk memberikan

keutamaan tertinggi terhadap usaha ini, yang menerima kira-kira 30 hingga 40 peratus

daripada dana perusahaan awam pada tahun 1944.50 Di Semenanjung Tanah Melayu

sekurang-kurangnya 10 limbungan pembinaan kapal telah dibina di bawah skim ini, dan JMA

membawa masuk pembina kapal berpengalaman dari Canton untuk membantu tukang-tukang

tempatan.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar penghasilan kapal terdiri daripada kapal-kapal

kayu mudah yang hanya dilengkapi dengan layar. Ia telah diumumkan di Singapura pada

bulan Julai 1944 bahawa operasi pembinaan kapal akan memberi tumpuan kepada pembinaan

kapal mudah dan ringan, iaitu kapal seberat 10 hingga 15 tan untuk digunakan sepanjang

(9)

Jepun semasa pendudukan tidak dibina dengan baik. Hanya sedikit kapal kargo yang

beroperasi di perairan Semenanjung Tanah Melayu pada penghujung penjajahan Jepun.

Sektor Pembuatan

Jepun tidak dapat membekalkan barangan pembuatan ke Asia Tenggara semasa perang, dan

terpaksa mempromosikan pembangunan perindustrian di rantau ini bagi memenuhi keperluan

tempatan. Tujuannya adalah untuk menjadikan Wilayah Selatan secara keseluruhan, dan

secara ideal setiap sektor di dalamnya akan membangun sendiri. Jika loji sedia ada perlu

dibina atau dipasang semula, jentera akan dihantar dari Jepun untuk menubuhkan

kilang-kilang baru. Walaupun Semenanjung Tanah Melayu mempunyai deposit bijih besi, tidak

terdapat industri keluli tempatan. Ini kerana batu arang lembut yang dilombong di

Semenanjung Tanah Melayu tidak sesuai untuk digunakan dalam peleburan. Apabila

keperluan peperangan dan kekurangan perkapalan menyebabkan mustahil untuk

mendapatkan keluli dari Jepun, JMA telah membangunkan skim untuk menghasilkan besi dan

keluli. Kebanyakan output dari operasi ini adalah untuk keperluan tentera Jepun.52

Terdapat juga rancangan untuk industri kimia bagi penghasilan bahan letupan. Syarikat

Nitrogen Jepun mula membina sebuah kilang yang besar pada bulan Julai 1943, tetapi

memerlukan tempoh setahun untuk loji sedia beroperasi. Pada bulan Ogos 1945 kilang ini

hanya mengeluarkan sebanyak 100 tan karbida, manakala fasiliti untuk menyediakan gas

ammonia masih belum selesai.53 Syarikat Soda Nippon pula menghasilkan soda kaustik, asid

hidroklorik, serbuk pelunturan dan klorida sulfur dalam kilang di Seremban dan Johor Bahru.

(10)

bulan Oktober tahun yang sama. Fasiliti ini menggunakan sulfur dari Jawa, garam dari Jawa

dan Port Dickson, serta kapur dari Kuala Lumpur.54

Oksigen dan oksida karbonik pula dihasilkan oleh Syarikat Nippon Rikka Kokyo dalam

premis yang dimiliki oleh Syarikat Far East Oxygen and Acetylene di Pulau Pinang dan

Singapura. Kedua-dua kilang ini telah dirosakkan semasa pengunduran British, namun pihak

Jepun telah membaiki kilang di Singapura dalam masa kurang daripada sebulan, serta

memastikan kilang di Pulau Pinang beroperasi menjelang bulan Oktober 1942. Antara bulan

Jun 1942 dan Ogos 1945, syarikat ini menghasilkan sebanyak 1.2 juta meter padu oksigen

dan 35,000 kilogram oksida karbonik.55 Syarikat Dai Nippon Toryo mengambil alih Syarikat

Malayan Paint Works di Singapura, dan Syarikat Nippon Yusai membina sebuah kilang baru

di Singapura. Kilang baru ini memulakan pengeluaran pada bulan November 1944 dengan

menggunakan peralatan yang dipindahkan dari Jepun. Dalam tempoh sepuluh bulan

operasinya sebelum penyerahan kalah Jepun, kilang Syarikat Nippon Yusai menghasilkan

sebanyak 300 tan cat, kebanyakannya untuk kegunaan badan kapal.56

JMA juga menggalakkan industri ringan,57 dengan pembuatan tempatan pelbagai

barangan untuk kegunaan harian.58 Pameran Produk Tropikal telah diadakan di Singapura

pada bulan Mei 1943 dan kemudiannya di bandar-bandar di seluruh Semenanjung Tanah

Melayu.59 Ia bertujuan menampilkan produk baru, produk sedia ada yang dikeluarkan dalam

cara baru atau untuk kegunaan baru, dan produk yang boleh digunakan sebagai penambah

kepada produk lain. Barang-barang yang digunakan untuk promosi produk termasuklah

kertas, yang dihasilkan dengan pulpa diperolehi daripada tumbuhan tempatan seperti pokok

getah dan pelbagai jenis rumput, bersama-sama dengan kadbod, tali sabut, minyak, gris,

(11)

pemetik api, emulsi minyak sawit merah, serbuk gigi, sabun basuh dan minyak wangi. Dari

Pulau Pinang pula terdapat minyak ikan, minyak sapi, marjerin, vitamalt, emulsi minyak

sawit merah, sos tomato, serbuk vitamin, cuka, gincu, susu pekat dan sabun.60

Bermula pertengahan bulan September 1943, Pesta Sara Diri memaparkan barangan yang

sama di Great World Amusement Park di Singapura. Mesin telah dipasang di taman untuk

membenarkan pelawat melihat pembuatan secara langsung barangan dan menggalakkan

mereka untuk menghasilkan barangan mereka sendiri di rumah. Pameran lanjut komoditi baru

berlaku di Singapura pada bulan Februari 1944. Tujuannya adalah untuk menekankan

walaupun kemajuan telah dibuat, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan lanjut.

Pameran juga bertujuan menggalakkan penyelenggaraan sara diri di beberapa buah negeri

Semenanjung Tanah Melayu.61

Kilang-kilang tempatan menghasilkan pengganti kicap dari susu kacang tanah, kelapa,

kentang dan kanji. Menurut media tempatan, kaedah pembuatan kicap sebelumnya

dimonopoli oleh orang Cina, dan kaedah Jepun mempunyai kelebihan dari segi khasiat, rasa

dan ekonomi. Kelemahan kaedah orang Cina dianggap mempunyai kaitan dengan kesukaran

mendapatkan bahan-bahan untuk kicap iaitu garam, kacang soya dan beras. Dua buah kilang

kicap di Kelantan dengan pengeluaran bulanan sebanyak 6,000 gelen memerlukan sebanyak

2,720 gantang garam, 25 tan kacang soya dan 11.6 tan beras setiap bulan.62

Industri mancis Semenanjung Tanah Melayu menjadi kelam pada awal pendudukan

Jepun apabila kehabisan bekalan potassium chlorate untuk membuat kepala mancis. Salah

satu daripada dua buah kilang di Selangor telah ditutup pada bulan Ogos 1942 selepas

(12)

sehingga bulan Disember. Sebuah kilang mancis di Kelantan dengan kapasiti pengeluaran

sebanyak 90,000 kotak sebulan juga terpaksa menghentikan pengeluaran kerana ia tidak

boleh mendapatkan bahan-bahan kimia. Oleh kerana mancis mendapat permintaan besar di

pasaran gelap,63 pentadbiran Jepun telah mencipta skim untuk pencatuan dan pengedaran

mancis.64 Oleh kerana kekurangan bekalan mancis, orang ramai menggunakan pelbagai alatan

lain untuk menyalakan api. Salah satunya adalah tanduk kerbau air di mana lubang telah

digerudi untuk menampung habuk kayu yang kemudiannya digosok dengan sekeping besi

sehingga ia cukup panas untuk terbakar.

Terdapat peningkatan ketara dalam industri desa semasa pendudukan Jepun, dengan

penduduk kampung membuat tikar, minyak kelapa, gula kelapa, sabun dan produk lain untuk

kegunaan peribadi dan untuk menjual di pesta mingguan. Terdapat lebih ramai wanita yang

membawa produk mereka untuk dijual dan juga membuat pembelian mereka. Buruh-buruh

dari estet berdekatan dan petani Cina juga membawa barangan mereka dan sayur-sayuran

untuk dijual.65 Untuk membuat tikar dan bekas lain, penduduk terpaksa menggunakan teknik

tradisional yang telah hilang akibat pengenalan barangan import pembuatan semasa era

British.

Sabun juga mengalami kekurangan bekalan akibat ketiadaan soda kaustik. Di Perak,

kerajaan telah memperkenalkan sabun baru yang berdasarkan potash kaustik (kalium

hidroksida), yang dipasarkan sebagai Sabun Perak. Terdapat juga perusahaan membuat gula

nyiur dan minyak pelita dengan menggunakan bahan kelapa.66 Bagi mengatasi masalah

pakaian, percubaan dibuat untuk menanam kapas tetapi gagal.67 Penduduk kampung

(13)

mencampurkan abu dengan kelapa sawit dan kapur, dan juga dengan mencampurkan bersama

campuran daun, bunga dan kulit kayu manis.68

Untuk pengganti ubat gigi, penduduk menggunakan garam atau arang tanah halus, dan

untuk pengganti berus gigi mereka akan memamah bahagian akhir ranting kayu tertentu

sehingga gentian boleh digunakan sebagai berus.69 Sektor pembuatan semasa peperangan

mempunyai kualiti yang bersifat sementara. Ini kerana produk yang dihasilkan bertindak

sebagai pengganti kepada barang-barang import yang tidak boleh dibawa masuk. Kualitinya

lebih rendah dan tidak boleh dijual di bawah suasana biasa. Pada masa ini, industri Jepun di

daerah Klang meliputi dua buah kilang keluli, sebuah kilang penapisan minyak getah, sebuah

kilang pensil, sebuah kilang kayu dan sebuah limbungan pembinaan kapal.70

Pihak Jepun dilihat sangat berahsia dengan cara pengurusan mereka dan dalam semua

perusahaan yang dijalankan oleh mereka, mereka tidak mahu rakyat tempatan tahu kegiatan

mereka. Apabila mereka perlu berurusan dengan pejabat tanah, mereka hanya akan

memberikan maklumat minimum dan jika maklumat lanjut ditanya, mereka kebiasaannya

akan memberikan jawapan “rahsia tentera”.71 Pejabat daerah juga tidak mengetahui aktiviti

sebenar yang dijalankan oleh firma Jepun dan kebanyakan yang diketahui adalah berasaskan

khabar angin. Kebanyakan jentera-jentera yang digunakan oleh Jepun juga diambil daripada

pemilik sebenar sepanjang tempoh pendudukan. Walaupun terdapat jumlah besar barangan

yang dikeluarkan dalam pasaran tempatan, pengeluaran industri masih jauh dari mencukupi

sepanjang tempoh pendudukan Jepun.

JMA menyedari untuk memupuk industri di Semenanjung Tanah Melayu, mereka perlu

(14)

peralatan, keperluan tenteranya akan terganggu. Di samping itu masa yang lama juga

diperlukan bagi penghantaran bekalan peralatan. Di bawah keadaan ini, ia adalah tidak

menggalakkan untuk menghantar bekalan peralatan. Hasilnya di Semenanjung Tanah Melayu

tidak terdapat sebarang rancangan penanaman. Pengeluaran bahan-bahan penting juga tidak

bergerak lancar seperti yang dijangka, memandangkan suasana yang tidak menguntungkan.

Kehidupan seharian penduduk tempatan secara beransur-ansur semakin teruk. Sokongan

kepada tentera Jepun bergantung besar terhadap kebajikan penduduk dan pengeluaran dan

pembangunan bahan mentah. Ini selari dengan pendirian JMA di mana industri kebajikan

rakyat mempunyai keutamaan. Walau bagaimanapun apabila situasi perang mula menjadi

lebih buruk, kebajikan awam terpaksa diketepikan untuk memberi keutamaan kepada operasi

tentera.72

Sektor Getah

Pada tahun 1941, wilayah Asia Tenggara mengeksport sebanyak 1.3 juta tan getah, kira-kira

85 peratus daripada jumlah getah yang memasuki pasaran dunia. Semenanjung Tanah Melayu

sahaja menghasilkan lebih daripada 547,000 tan getah pada tahun 1940, tetapi pendudukan

Jepun menyebabkan ia terasing daripada pembeli utama, dan keperluan perang Jepun hanya

sebanyak 70-80,000 tan setahun.73 Jepun merampas kira-kira 150,000 tan getah semasa

kemaraannya ke wilayah Asia Tenggara, termasuk 143,000 tan getah di Semenanjung Tanah

Melayu dan Hindia Belanda. JMA bercadang untuk menghantar bekalan getah ini ke Jepun,

yang membolehkannya memenuhi keperluan negara selama dua tahun.74

Pada tahun 1944, import getah Jepun jatuh kepada kira-kira 35,000 tan, dan bekalan

(15)

Melayu. Walaupun sekutu Jepun, Jerman memerlukan 40,000 tan getah setahun, tetapi

penghantaran ke Eropah adalah melalui kapal selam dan melibatkan laut di mana terdapat

sekatan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1944 import Jerman berjumlah hanya 5,000 tan.75

Semenanjung Tanah Melayu mempunyai keluasan 3 1/3 juta ekar tanah getah, dengan 3 juta

ekar terlibat dalam pengeluaran aktif. Dua pertiga daripada kawasan ini terdiri daripada

estet-estet, manakala bakinya terdiri daripada pekebun-pekebun kecil, yang ditakrifkan di

Semenanjung Tanah Melayu sebagai pemilik tanah kurang daripada 100 ekar. Kebanyakan

getah Semenanjung Tanah Melayu ditanam di kawasan Pantai Barat, dengan Johor, Melaka,

Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah menguasai lebih daripada 87 peratus keluasan

tanah getah Semenanjung Tanah Melayu.76

Ia adalah sukar untuk menganggarkan kapasiti pengeluaran industri getah Semenanjung

Tanah Melayu kerana pengeluaran getah pada penghujung tahun 1930-an telah dihadkan oleh

terma-terma Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934. Antara tahun 1935 dan 1941,

purata pengeluaran getah ialah sebanyak 442,000 tan setahun.77 Antara tahun 1942 dan 1944

pula, purata pengeluaran getah ialah sebanyak 114,466 tan setahun dan purata eksport purata

ialah sebanyak 41,000 setahun.78 Jadual 1 menunjukkan pengeluaran getah Semenanjung

Tanah Melayu antara tahun 1942-1944. Walaupun JMA tidak dapat menyerap pengeluaran

besar getah Semenanjung Tanah Melayu,79 namun ia melihat getah sebagai aset penting untuk

pembangunan ekonomi pasca-perang. Walaupun JMA mengumumkan pada tahun 1942

bahawa keluasan ekar getah akan dikurangkan untuk membolehkan pengembangan

pengeluaran makanan,80 namun ia mengubah dasar ini pada tahun berikutnya dan selepas itu

(16)

Penggunaan getah dalam industri pembuatan domestik dan pengeluaran bahan api telah

meningkatkan pengunaan tempatan, tetapi dengan pengabaikan eksport, permintaan

terhadapnya kekal rendah berbanding sebelum perang.81 Hanya firma-firma Jepun yang

terlibat dalam industri getah sebelum bulan Disember 1941 dibenarkan untuk mengendalikan

industri getah Semenanjung Tanah Melayu semasa pendudukan.82 Firma-firma ini mengambil

alih operasi estet-estet musuh dan menduduki kawasan seluas 1,727,575 ekar. 79 peratus

kawasan ini telah ditanam dengan getah,83 walaupun pemilikan kekal di bawah Japanese

Custodian of Enemy Property.

Untuk menyelia industri getah, JMA telah menubuhkan satu sindiket yang terdiri

daripada 18 buah firma getah Jepun, dikenali sebagai Persatuan Getah Singapura (Syonan

Gomu Kumiai).84 Ditubuhkan pada 1 Mei 1942, persatuan itu mempunyai pejabat cawangan

di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Ipoh. Jabatan Pengeluaran akan memutuskan ladang mana

harus beroperasi, memulihkan kilang, mengumpulkan statistik, menguruskan operasi dan

menghantar getah untuk pemprosesan, Jabatan Perniagaan akan mengendalikan pemilihan

getah, menganjurkan pasaran tempatan, membeli getah daripada pekebun kecil,85 dan

menghantar lembaran getah kepada pengeluar di Singapura86 dan Pulau Pinang. Ahli-ahli

persatuan akan membekalkan tenaga kerja tetapi tidak melabur modal dalam persatuan, yang

dibiayai melalui pinjaman daripada Bank Pembangunan Wilayah Selatan.87

Rancangan Penyeliaan Industri Getah yang diperkenalkan pada bulan Jun 1942

meninggalkan kira-kira 40 peratus daripada ladang milik musuh di tangan firma swasta,

dengan selebihnya di tangan pentadbiran JMA.88 Pada bulan September 1942, sebanyak 1,249

ladang getah telah diuruskan di bawah Persatuan Getah Singapura. Jumlah keseluruhan

(17)

Jumlah pengeluaran bulanan ialah 6,800 tan dan jumlah stok di ladang ialah 30,000 tan.89

Pada akhir Oktober 1943, Persatuan Getah Singapura telah dibubarkan dan digantikan oleh

Persatuan Pengurusan Getah Melayu90 (Malai Gomu Kanri Kumiai atau MGKK), yang

menjadi gabungan Persatuan Pengimport Getah Jepun. Singapura sekali lagi menjadi tapak

ibu pejabat dan bertanggungjawab untuk operasi di Johor, Singapura dan Riau. Sebuah

pejabat cawangan di Kuala Lumpur bertanggungjawab ke atas Selangor, Negeri Sembilan,

Melaka dan Pahang, dan satu lagi cawangan di Taiping mengendalikan Pulau Pinang,

Wilayah Wellesley dan Perak.91 Estet-estet akan menjual getah kepada MGKK, yang

menetapkan harga dan pampasan kepada ahli bagi apa-apa kerugian selepas tempoh

kewangan.

Pembelian getah dari pengeluar bebas akan dikendalikan oleh firma yang tertakluk

kepada peraturan-peraturan MGKK dan menjual getah yang diperolehi mereka kepada

MGKK. Estet-estet yang dikawal oleh MGKK terus beroperasi sehingga bulan Mac 1945,

bekerja di bawah kuota yang ditetapkan oleh JMA yang mana mereka gagal untuk

memenuhinya. Sebagai contoh, dalam tahun fiskal yang berakhir bulan Mac 1945 kuota

adalah 52,000 tan, tetapi ladang-ladang MGKK hanya membekalkan sebanyak 30,789 tan.

Kerajaan menetapkan harga pada 20 sen satu paun92 sehingga bulan April 1945, apabila

kekurangan bekalan menyebabkan harganya meningkat dua kali ganda.93

Estet-estet dan pekebun-pekebun kecil yang terus beroperasi mendapati ia sukar untuk

mendapatkan jentera dan bahan kimia. Di kebanyakan estet, pihak British telah

memusnahkan jentera, rumah asap, membekukan tangki dan peralatan lain sebelum berundur,

dan barang-barang ini tidak boleh diganti dengan mudah. Walau bagaimanapun, penghalang

(18)

memproses susu getah mentah. Jumlah keluasan ladang getah yang ditebang semasa

pendudukan Jepun adalah seluas 89,737 ekar.94 Jadual 2 menunjukkan data ini.

Tanaman Komersial Lain

Estet-estet musuh yang ditanam dengan kelapa sawit, kelapa95 dan teh meneruskan operasi di

Selangor di bawah Jabatan Pertanian pada bulan Mac 1942. Penubuhan Jabatan Penyelidikan

di bawah Jabatan Pertanian telah menggerakkan usaha untuk membangunkan kegunaan baru

bagi minyak sawit. Ia juga menggalakkan pengeluaran sabun, gris, pengganti minyak diesel,

dan pemakanan tambahan dikenali sebagai Red Medical Palm Oil. Pada bulan Oktober

ladang-ladang kelapa sawit telah diserahkan kepada Syarikat Getah Syowa, walaupun Jabatan

Pertanian terus menguruskan kilang sabun dan menjelang akhir tahun 1942 telah

mengeluarkan sebanyak 2,200 bar dalam sehari.96

Semenanjung Tanah Melayu juga menghasilkan 75,000 tan kopra, atau kelapa kering

pada setiap tahun sebelum perang. Di Selangor, pekebun-pekebun kecil menyambung semula

pemprosesan kopra pada bulan Julai 1942, tetapi harganya sangat rendah sehingga bulan

November apabila kilang-kilang minyak mula beroperasi. Industri kelapa kemudian menjadi

penting kerana kekurangan bekalan minyak dan akibat proses sara diri untuk keperluan

harian. Selepas beras, kelapa memainkan peranan penting dalam ekonomi tempatan.97

Sebagai produk makanan dan sumber minyak,98 kelapa tertakluk kepada sekatan

perdagangan, dan ini mewujudkan perkembangan pasaran gelap. Pada bulan Februari 1944

kerajaan Perak mengumumkan peraturan baru untuk menghentikan eksport haram kopra dari

(19)

kopra mereka kepada kerajaan pada harga yang ditetapkan untuk diproses di kilang-kilang

minyak di bawah kawalan kerajaan.

Sektor Perkayuan

Sebelum Perang Dunia Kedua, kawasan hutan di Semenanjung Tanah Melayu telah dipotong

pada kadar sistematik oleh kilang-kilang papan di bawah kawalan Jabatan Hutan. Jabatan

Hutan juga menyelia program tanam semula yang telah meningkatkan kuantiti kayu yang

boleh digunakan dari 16 tan seekar kepada 200 tan seekar, meningkatkan nilai ekonominya.100

Semasa pendudukan Jepun, industri perkayuan telah dikawal ketat,101 dengan JMA

membentuk Majlis Industri Hutan102 pada tahun 1943 untuk mengendalikan pengeluaran

kayu. Kapasiti pengeluaran industri adalah sebanyak 24,350 tan sebulan, 5,000 tan kurang

daripada sebelum perang disebabkan kerosakan kilang-kilang papan, tetapi pengeluaran

sebenar mungkin lebih rendah daripada angka ini.103

Terdapat penebangan meluas kawasan hutan simpan untuk membuka tanah bagi

pengeluaran makanan, walaupun di sesetengah tempat proses ini bertukar menjadi satu

bentuk perampasan tanah, dan mengakibatkan penanaman tanaman bukan makanan seperti

tembakau, kopi dan getah.104 Sekurang-kurangnya 12,526 ekar atau 43 peratus kawasan hutan

melalui proses penyimpanan, dan 31,289 ekar atau 24 peratus kawasan hutan simpan telah

dimusnahkan untuk penanaman tumbuhan makanan.105 Pembinaan limbungan kapal juga

memakan kuantiti kayu yang besar, dan usaha Jepun untuk membina kapal-kapal kayu106

(20)

Pada keseluruhannya, kawasan hutan Semenanjung Tanah Melayu mengalami kerosakan

meluas semasa pendudukan Jepun, hasil dari penebangan berleluasa bagi pembinaan kapal,

industri arang108 dan pembebasan tanah untuk penanaman makanan. Walaupun pegawai hutan

cuba untuk mengekalkan standard pra-perang dan menjalankan program rasional penggunaan

tanah, tetapi mereka mempunyai kuasa yang terhad. Misalnya seperti di Negeri Sembilan,

kakitangan lapangan tidak dapat mengawal pemotong kayu Cina yang tidak mengendahkan

arahan mereka. Di Selangor pula, cubaan oleh pegawai hutan negeri untuk mencegah

pemusnahan hutan berharga telah ditolak oleh Lembaga Pengeluaran Makanan.109

Perlombongan Bijih Timah

Kumpulan Zaibatsu110 yang mengendalikan lombong bijih timah di Semenanjung Tanah

Melayu semasa pendudukan Jepun ialah Mitsui Kosan, Toyo Kosan, Nippon Kogyo dan

Junan Sakin.111 Perak dan Selangor menyumbang lebih daripada 90 peratus keluaran bijih

timah Semenanjung Tanah Melayu. Kawasan pengeluaran utama ialah daerah Kinta, Batang

Padang dan Larut di Perak, dan daerah Ulu Selangor dan kawasan Ampang berhampiran

Kuala Lumpur di Selangor.

Hanya 860 lombong di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai jentera, termasuk 73

lombong dengan kapal korek. Kapal korek ini telah dikendalikan dalam operasi lombong

milik orang Eropah, dan menyumbang antara setengah dan dua pertiga daripada jumlah

output. Kira-kira 100,000 orang buruh telah diambil secara langsung dalam perlombongan

timah, dan sejumlah besar rakyat memperoleh pendapatan mereka dengan mengangkut dan

meleburkan bijih atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan.112 Dasar bumi hangus

(21)

Selangor, 29 daripadanya telah ditenggelamkan semasa pengunduran British, dan hampir

semua bahagian-bahagian penting dalam jentera-jentera telah dirosakkan. Menjelang akhir

tahun 1942 kebanyakan kapal korek yang tenggelam telah ditimbulkan semula, dengan empat

belas buah telah beroperasi semula manakala sepuluh lagi sedang menjalani pemulihan.

Walau bagaimanapun, industri ini menghadapi banyak halangan dalam kerja

pembaikan. Ini kerana bukan sahaja bahan-bahan pembaikan adalah terhad tetapi juga harga

yang diminta untuk bahan-bahan itu adalah sangat tinggi. Dalam kes di mana bahan-bahan

tidak boleh didapati, ia akan diambil dari kapal korek yang tidak boleh diperbaiki lagi.

Kerjasama yang diberikan oleh kilang-kilang tempatan dalam membekalkan alat ganti bagi

kapal korek menyebabkan pemulihan kapal bergerak cepat.114 Kekurangan bahan api diesel

dan petrol, serta minyak dan gris untuk pelinciran menyebabkan operasi lombong menjadi

sukar, walaupun lombong yang lengkap dengan semua peralatan.

Menjelang akhir tahun 1942, stok pelincir yang dipegang oleh industri perlombongan

sebahagian besarnya telah habis. Ketua Inspektor Lombong di Selangor melaporkan bahawa

jika bekalan ganti tidak dapat ditemui kapal korek akan terpaksa menghentikan operasi,

menyebabkan pemberhentian kerja beribu-ribu orang pelombong. Bagi mengatasi masalah

ini, Jabatan Pertanian cuba membuat gris di kilang sabunnya, tetapi menjelang bulan Januari

1943 keluaran output hanya sebanyak 5 tan setiap bulan dan kualitinya tidak memuaskan.

Seperti getah, pengeluaran bijih timah Semenanjung Tanah Melayu jauh melebihi

keperluan Jepun, yang hanya memerlukan sekitar 10-12,000 tan setahun.115 Semenanjung

Tanah Melayu sahaja menghasilkan sebanyak 83,000 tan pada tahun 1940, dan Jepun juga

(22)

pengeluaran bijih timah Semenanjung Tanah Melayu kekal menurun berbanding sebelum

perang. Dari pengeluaran 79,000 tan pada tahun 1941 kepada 16,000 tan pada tahun 1942 dan

seterusnya kepada 3,000 tan pada tahun 1945.117 Oleh kerana pengeluaran bijih timah jatuh

semasa pendudukan Jepun, peralatan perlombongan yang terbiar telah dipindahkan ke

industri lain, dan dalam beberapa kes telah dipecahkan untuk digunakan dalam pembinaan

kapal.118 Eksport bijih timah Semenanjung Tanah Melayu, iaitu sebanyak 800,000 tan timah

telah melebihi bekalan yang diimport oleh Jepun, iaitu sekitar 50,000-60,000 tan. Ini

menyebabkan wujud lebihan penawaran dan kejatuhan harga membawa kepada penutupan

banyak lombong timah.119

Perlombongan Bauksit

Semenanjung Tanah Melayu mempunyai dua lombong bauksit di Johor, satu daripadanya

berhampiran Batu Pahat dan satu lagi di sungai Kim Kim sepanjang selat Johor, yang

dikendalikan oleh ISK. 120 Jepun juga membuka lombong bauksit di Telok Mas, Melaka tetapi

angka pengeluaran bulanannya tidak disediakan.121 Jepun memberikan keutamaan kepada

pengeluaran bauksit, dan memperhebatkan aktiviti perlombongan semasa pendudukan. Pada

tahun 1944 Johor dan Bintan membekalkan Jepun dengan 65,000 tan bauksit, kira-kira 80

peratus daripada jumlah bekalannya.122 Walaupun bagaimanapun, serangan Tentera Bersekutu

menyebabkan ia mustahil untuk menghantar bauksit ke Jepun pada tahun 1945, dan pada

bulan Mac pentadbiran tentera di Singapura telah menghentikan operasi perlombongan. Pada

tahun 1946, terdapat sebanyak 40,000 tan bauksit yang disimpan di dermaga.123 Sejumlah

1,600,000 tan metrik bauksit telah dihantar ke Jepun semasa tempoh pendudukan. Jadual 3

(23)

Perlombongan Bijih Besi

Selain Lombong Sri Medan di luar Batu Pahat, semua lombong besi lain terlepas dari

kerosakan semasa dasar bumi hangus British. Bijih besi telah dilombong semasa pendudukan

Jepun oleh firma-firma swasta yang beroperasi di bawah kawalan JMA,124 dan Bank

Pembangunan Wilayah Selatan memberikan pinjaman untuk membiayai pembangunan

industri. Walau bagaimanapun, firma-firma perlombongan hanya mendapat sedikit peralatan

dari Jepun, dan menganggap kualiti jentera keluaran tempatan tidak memuaskan. Mereka

juga menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh, dan mendapati ia sukar untuk

mendapatkan bekalan beras bagi pekerja mereka. Pada masa ini terdapat sebuah kilang

memproses bijih besi di Klang, Nippon Iron Manufacturing Co.125

Lombong-lombong yang ada tidak pernah berjaya untuk beroperasi pada kapasiti

sebelum perang semasa pendudukan Jepun, dan penghantaran bijih besi ke Jepun jatuh jauh

di bawah jangkaan. Semenanjung Tanah Melayu bersama Filipina, yang menyediakan

sebanyak 57 peratus atau tiga juta tan dari jumlah import bijih besi Jepun pada tahun 1940,

membekalkan hanya 150,000 tan pada tahun 1942.126 Bagi tahun fiskal yang berakhir Mac

1943 hanya 104,750 daripada 350,000 tan bijih besi yang dijadualkan telah dihantar ke Jepun,

dan sebanyak 13,558 tan daripada 27,000 tan bijih mangan yang dijadualkan telah dihantar ke

Jepun.127 Jadual 4 menunjukkan pengeluaran bijih besi di Semenanjung Tanah Melayu semasa

tempoh pendudukan Jepun.

(24)

Sebelum perang, lombong Batu Arang di Selangor yang dikendalikan oleh firma Malayan

Collieries, adalah satu-satunya tapak di Semenanjung Tanah Melayu di mana arang batu telah

dilombong secara komersial.128 Lombong ini menghasilkan lignit gred tinggi yang telah

digunakan dalam sistem keretapi Semenanjung Tanah Melayu, manakala lombong bijih timah

dan lain-lain industri tempatan menggunakannya untuk memanaskan dandang. Oleh kerana ia

mempunyai ciri-ciri pembakaran spontan,129 arang batu tidak boleh dibawa di atas kapal stim,

dan komposisinya adalah tidak sesuai untuk relau pelogaman. Pengeluarannya berjumlah

kira-kira 600,000 tan setahun. Jadual 5 menunjukkan pengeluaran arang batu di Semenanjung

Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945.

British merosakkan lombong arang batu semasa pengunduran, menyebabkan kerosakan

yang serius. Semasa pendudukan Jepun, firma Mitsubishi Kogyo mengendalikan lombong

Batu Arang secara intensif walaupun terdapat aktiviti gerila di kawasan sekitarnya.

Pengeluaran sepanjang tahun 1942 adalah 244,590 tan berbanding dengan 781,509 tan pada

tahun 1940 dan 584,655 tan pada tahun 1941.130 Kawasan hutan di sekitar lombong

menyediakan bahan-bahan bangunan dan sokongan untuk operasi perlombongan bawah

tanah, manakala sisa kayu telah ditukar menjadi arang, dan permukaan tanah liat yang

dikeluarkan dari arang batu telah digunakan untuk menghasilkan bata. Pada tahun 1944

penghantaran jentera untuk lombong Batu Arang tiba ke Kuala Lumpur, dan walaupun Jepun

merancang untuk meningkatkan pengeluaran arang batu, pengeluarannya terus merosot pada

tahun 1945.131

(25)

Secara keseluruhan, kecenderungan dasar Jepun ke arah pemusatan kuasa dan perancangan

ekonomi kerajaan bagi mencapai matlamat Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur

Raya. Namun tanpa akses kepada pasaran luar negara, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu

runtuh. Dapat dilihat tiada peluang diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu dalam

Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya kerana polisi asasnya adalah

mengekalkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan Jepun dan koloni tetap bagi

dieksploitasi oleh pendatang Jepun. JMA juga mengeksploit hasil pengeluaran petani

sepanjang pendudukannya. Ternyata propaganda Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia

Timur Raya gagal terutamanya kerana eksploitasi ekonomi oleh Jepun demi memenuhi

kepentingan kapitalisme dan imperialismenya. Agak sukar untuk menyatakan bahawa

kegiatan ekonomi semasa zaman pendudukan Jepun sebagai satu pelaburan kerana

Semenanjung Tanah Melayu tidak mendapat keuntungan hasil kegiatan tersebut. Kegiatan

ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu semasa zaman pendudukannya lebih sesuai

jika dinyatakan sebagai “Dasar Pengeksploitasian” kepada sumber bahan mentah kerana

kegiatan yang dijalankan adalah untuk kepentingan Jepun.

RUJUKAN

Abdul Karim Abdullah & Ghazali Basri. 2003. Latar Belakang dan Sejarah Malaysia

Moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Abadi Sdn. Bhd.

Adams, T. F. M. & Kobayashi, N. 1974. The World of Japanese Business. Ed. ke-4. Tokyo:

Kodansha.

(26)

Allen, G.C. 1981. The Japanese Economy. The International Economic Series. London:

Weidenfeld and Nicolson.

Arkib Negara Malaysia. 1987. Program Siri Pengkisahan Sejarah Peringkat Negeri Kedah

Darul Aman Anjuran Arkib Negara Malaysia Cawangan Utara Dengan Kerjasama

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan Perbadanan

Perpustakaan Awam Negeri Kedah - Tema: Inovasi Rakyat di Zaman Pendudukan

Jepun di Negeri Kedah. Auditorium Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darulaman, 19

Oktober. t.tp.: t.pt.

Awang Jaya. 1977. Kelantan Di Bawah Pemerintahan Jepun (1941-1943) dan Thai

(1943-1945). Tesis Sarjana Muda Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baharum Ahmad. 1952. Syair Kenang-kenangan. Pulau Pinang: The Ltd. Press.

Cheah Boon Kheng. 1980. The Social Impact of the Japanese Occupation of Malaya

(1942-1945). Dlm. McCoy, A.W. (pnyt.). Southeast Asia Under Japanese Occupation, hlm.

91-124. New Haven: Yale University.

Cheah Boon Kheng. 1987. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During

and After the Japanese Occupation, 1941-1946. Singapore: Singapore University Press.

Chin Kee Onn. 1976. Malaya Upside Down. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Cohen, Jerome B. 1946. The Japanese War Economy, 1940-1945. Far Eastern Survey 15

(27)

Ding Eing Tan. 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Terj. Shahabuddin Shafie. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Elsbree, W.H. 1970. Japan’s Role in Southeast Asia Nationalist Movement. New York:

Russell & Russell.

Fail Malayan Union Secretariat No. MALAYAN UNION NO. 6999/1946. 1946. Planting of

Rubber during Japanese occupation on land not alienated for that purpose, 1 Oktober

1946.

Fail Resident’s Commissioners Office, Malacca No. H.Q.B.M.A. MALACCA 4/1946. 1946.

Mineral Production during Japanese occupation, 2 Januari 1946.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Perak No. P.K. SECRETARIAT. 822/1948. 1948.

Application By The Manager, Pinji Estate For Rebate Of Rent On 171 Acres Of The

Estate On which Rubber Has Been Felled By The Japanese And 14 Acres Planted With

Foodstuff For 1948 - 1949, 25 Februari 1948.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. 11/1945. 1945. Introduction of Insect Pests

into Padi Fields by the Japanese. Enquiries Into:, 24 September 1945.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SEL. CIVIL AFFAIRS 98/1945. 1945.

Japanese Iron Manufacturing Company, Klang, 25 September 1945 - 20 Disember

(28)

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. R.C. SELANGOR 362/1946. 1946. Utilisation

of Japanese Surrendered Personnel for the Cultivation of certain Padi areas at Tanjong

Karang, tiada tarikh.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. D.C.I. 119/1946. 1946. Proposal to exempt

estates from payment of water-rate on areas felled during the Japanese occupation - II)

Water and Education Rates - 1947, 16 Julai 1946.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. D.C.I. 171/1946. 1946. Policy as regards new

planting of rubber during Japanese occupation on land alienation with a condition

prohibiting rubber, 18 September 1946.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. R.C. SELANGOR 437/1947. 1947. Utilization

of estate areas filled of rubber by the Japanese for the growing of wet padi, tiada tarikh.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. R.C. Selangor 426/1947. 1947. Japanese

Rubber Holdings - (a) Disposal of :-, 19 Februari 1947.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. R.C. SEL. 36/1946. 1947. Report on Food

Producing Areas - II) Japanese Labour for Short Term Food Production - III)

Particulars of Acreages under Food Crops on Estates, 5 April 1946 - 14 Januari 1947.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. PK. SECRETARIAT. 810/1948. 1948.

(29)

Acres Of Land On Which Rubbers Was Cut Out During Japanese Occupation For 1948

- 1949 :-, 25 Februari 1948.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SEL. CIVIL AFFAIRS 282/1945. 1948. Soil

Erosion - [ ] Measures to shop illicit clearing of jungles on hill slopes - II. Forest and

Estate Areas felled by Japanese, 25 Oktober 1945 - 3 Mei 1948.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu No. R.C. TR. 437/1946. 1946. Use Of Estate

Felled Of Rubber Trees During The Japanese Occupation For Wet Rice Cultivation, 27

Mei 1946.

Frankie Anak Ganai. 2003. Strategi Serangan Jepun Ke Atas Asia Tenggara Semasa Perang

Dunia Kedua: Satu Kajian di Malaya, Sabah (Borneo Utara) dan Indonesia

(Netherlands India). Ijazah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Antarabangsa dan

Strategik, Universiti Malaya.

Ghazali bin Mayudin. 1978. Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Bangi: Jabatan

Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gullick, J.M. 1963. Malaya. London: Ernest Benn.

Halinah Bamadhaj. 1975. The Impact of the Japanese Occupation of Malaya on Malay

(30)

Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu: Suatu Penyingkapan

Kembali Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu Menuju Kemerdekaan. Kuala Lumpur:

Pustaka Antara.

Iman Ahmad & Nora Samat. 2002. Siri Teknologi Pertanian. Kuala Lumpur: Jade Green

Publications Sdn. Bhd.

Iwatake Teruhiko. t.th. Nanpo Gunsei-ka no Keizai Shisetsu: Marai, Sumatora, Jawa no

Kiroku (The Economic Facilities under the Military Administration in the Southern

Regions: Records of Malaya, Sumatra and Java). Volume I. Tokyo: Kyuko Shoin.

Jaafar Hamzah. 1978. The Malays in Tasek Gelugur during the Japanese Occupation.

Malaysia in History 21 (2): 56-64.

Jabil Mapjabil, Nooriah Yusof & Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh. 2010. Transformasi

Pembangunan Ekonomi di Negeri Kedah: Perspektif Historikal (Transformation of

Economic Development in the State of Kedah: Historical Perspective) dlm.

PROSIDING PERKEM V (2): 171 - 181.

Kennedy, J. 1962. A History of Malaya, A.D. 1400-1959. London: St. Martin's Press.

Khoo Kay Kim (pnyt.). 1985. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan

Penerbitan Universiti Malaya.

(31)

Kratoska, Paul H. (pnyt.). 1995. Malaya and Singapore During the Japanese Occupation.

Journal of Southeast Asian Studies Special Publication, No. 3. Singapore: Singapore

University Press.

Kratoska, Paul H. 1998. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and

Economic History. London: C. Hurst and Co. (Publishers) Ltd.

Malai Sinpo. 1943. 16 Oktober.

Md. Azman bin Abdullah. 2002. Pendudukan dan Pentadbiran Jepun di Melaka (1942-45).

Disertasi Ijazah Sarjana Sejarah Malaysia. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains

Sosial, Universiti Malaya.

Mehmet Sami Denker & Sharifah Mastura Alsagoff. 1988-1989. Kepentingan Ekonomi

Jepun di Malaysia dan Hubungan Jepun-Malaya Dari Pespektif Sejarah. Ilmu

Masyarakat 14: 28-46.

Mehmet Sami Denker. 1990. Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan.

Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Morck, Randall K. & Masao Nakamura. 2005. A Frog in a Well Knows Nothing of the

Ocean: A History of Corporate Ownership in Japan. Dlm. Morck, Randall K. (pnyt.). A

History of Corporate Governance around the World: Family Business Groups to

(32)

Mohamad Isa Othman. 1992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di

Negeri Kedah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nasir Ismail. 1991. Pendudukan Jepun di Terengganu 1942-1945. Tesis Sarjana Muda

Sastera. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Noor Hayati Harun. 1992. Sejarah Sistem Kewangan Zaman Jepun di Tanah Melayu

1941-1945. Tesis Sarjana Muda. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini binti Muhammad. 1998. Majalah Semangat Asia. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah.

Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Office of Strategic Services, Research and Analysis Branch. 1944. Japanese Administration

in Malaya. A Study of the Japanese Military Administration of Malaya including the

organization, policies and controls of the Administration. R.A No. 2072. t.tp: t.pt.

Ooi Loy Mui. 1997/1998. Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar

Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya

Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an. Tesis Sarjana Muda Sastera. Jabatan

Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pua Siew Pin. 1991. Kehidupan Orang-Orang Melayu Di Zaman Jepun: Kajian Menerusi

Novel-Novel Melayu Selepas Perang. Tesis Sarjana Muda Sejarah. Jabatan Sejarah,

(33)

Purcell, V. 1954. Malaya: Communist or Free?. London: Victor Gollancz Ltd.

Rus Ain binti Abdullah. 1988. Suratkhabar dan Majalah Melayu Di Zaman Jepun

1942-1945: Satu Kajian Ke Atas Perkembangan dan Peranan. Tesis Ijazah Sarjana Muda

Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Saharuddin Mohd. Amit. 2002. Sejarah Pendudukan Jepun di Pahang, Sosio Ekonomi dan

Kebangkitan Semangat Nasionalisme. Tesis Sarjana Muda. Jabatan Sejarah, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Semangat Asia. 1943. Bil. 2, Kugatsu.

Semangat Asia. 1943. Bil. 8, Hachigatsu.

Semangat Asia. 1943. Bil. 9, Kugatsu.

Suhaimi Abdullah. 2001. Kesan Sosial dan Ekonomi Masyarakat Terengganu Semasa

Pendudukan Jepun 1942-1945. Tesis Sarjana Muda. Jabatan Sejarah, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Takafusa Nakamura & Grace, Bernard R.G. 1985. Pembangunan Ekonomi Negeri Jepun

Moden. Terj. Prof Madya Dr. M. Rajendran. Jepun: Kementerian Hal Ehwal Luar

(34)

Tan Ding Eing. 1979. Sejarah Malaysia dan Singapura. Terj. Shahabuddin Shafie. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Thambirajah, M. 1979. Malaysia Dalam Sejarah 3. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Tunku Abdul Rahman Putra. 1980. Pandang Balik. Kuala Lumpur: Heinemann Educational

Books (Asia).

Yoshimura Mako. 2002. Japanese Occupation and Economic Policy in Malaya. Sejarah

-Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya 10: 21-51.

Yoshimura Mako. 2008. Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya. Dlm. Yoji Akashi &

Yoshimura Mako (pnyt.). New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and

Singapore, 1941-1945, hlm. 113-138. Singapore: NUS Press.

(35)

1

Awang Jaya, Kelantan Di Bawah Pemerintahan Jepun (1941-1943) dan Thai (1943-1945), Tesis Sarjana Muda Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977.

2 Ghazali bin Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, Bangi, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1978.

3 Paul H. Kratoska (pnyt.), Malaya and Singapore During the Japanese Occupation, Journal of Southeast Asian Studies Special Publication, No. 3, Singapore, Singapore University Press, 1995.

4

Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and Economic History, London, C. Hurst and Co. (Publishers) Ltd., 1998.

5 Md. Azman bin Abdullah, Pendudukan dan Pentadbiran Jepun di Melaka (1942-45), Disertasi Ijazah Sarjana Sejarah Malaysia, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2002.

6 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

7 Mohd Nasir Ismail, Pendudukan Jepun di Terengganu 1942-1945, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1991.

8 Noor Hayati Harun, Sejarah Sistem Kewangan Zaman Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, Tesis Sarjana Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992.

9 Pua Siew Pin, Kehidupan Orang-Orang Melayu Di Zaman Jepun: Kajian Menerusi Novel-Novel Melayu Selepas Perang, Tesis Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1991.

(36)

11 Suhaimi Abdullah, Kesan Sosial dan Ekonomi Masyarakat Terengganu Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, Tesis Sarjana Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001.

12 Yoshimura Mako, Japanese Occupation and Economic Policy in Malaya dlm. Sejarah - Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya 10, 2002, hlm. 21-51. Lih. juga Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 113-138.

13 Suhaimi Abdullah, Kesan Sosial dan Ekonomi Masyarakat Terengganu Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, Tesis Sarjana Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001, hlm. 85, 86. Lih. juga W.H. Elsbree,

Japan’s Role in Southeast Asia Nationalist Movement, New York, Russell & Russel, 1970, hlm. 16. Lih. juga Mohd Nasir Ismail, Pendudukan Jepun di Terengganu 1942-1945, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1991, hlm. 68.

14 Lih. juga Mehmet Sami Denker & Sharifah Mastura Alsagoff, Kepentingan Ekonomi Jepun di Malaysia dan

Hubungan Jepun-Malaya Dari Pespektif Sejarah dlm. Ilmu Masyarakat 14, Januari 1988-Jun 1989, hlm. 45. 15

Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako

(pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 118. Lih. juga Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998, hlm. 22. Masalah kekurangan

beras semasa pendudukan Jepun menyebabkan zaman ini juga digelar Zaman Ubi Kayu. Lih. juga Khoo Kay Kim

(pnyt.), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1985, hlm. 173. Lih. juga Noor Hayati Harun, Sejarah Sistem Kewangan Zaman Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, Tesis Sarjana Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992, hlm.

(37)

Occupation and Economic Policy in Malaya dlm. Sejarah - Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya 10, 2002, hlm. 40. Lih. juga Rus Ain binti Abdullah, Suratkhabar dan Majalah Melayu Di Zaman Jepun 1942-1945: Satu Kajian Ke Atas Perkembangan dan Peranan, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1988, hlm. 29.

16

J. Kennedy, A History of Malaya, A.D. 1400-1959, London, St. Martin's Press, 1962, hlm. 259-260. Lih. juga Rus Ain binti Abdullah, Suratkhabar dan Majalah Melayu Di Zaman Jepun 1942-1945: Satu Kajian Ke Atas Perkembangan dan Peranan, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1988, hlm. 30.

17 Noraini binti Muhammad, Majalah Semangat Asia, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998, hlm. 57.

18 Malai Sinpo, 16 Oktober 1943.

19 Rus Ain binti Abdullah, Suratkhabar dan Majalah Melayu Di Zaman Jepun 1942-1945: Satu Kajian Ke Atas Perkembangan dan Peranan, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1988, hlm. 40.

20

Lih. Suhaimi Abdullah, Kesan Sosial dan Ekonomi Masyarakat Terengganu Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, Tesis Sarjana Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001, hlm. 88. Sistem catuan atau sistem berkad adalah suatu sistem kad di mana kad tersebut bersaiz 3 inci panjang, 2 inci lebar. Hanya ketua keluarga sahaja

yang boleh mendapatkan barang-barang tersebut untuk mewakili jumlah ahli keluarganya. Pemberian kad dilakukan

oleh ketua kampung. Barang-barang seperti beras disukat mengikut jumlah ahli keluarga, gula hanya empat tahil untuk

setiap orang dalam keluarga dan serbuk kopi hanya satu setengah tahil disediakan untuk satu keluarga. Hanya tiga jenis

barang tersebut sahaja yang boleh didapati dan sekiranya seseorang itu tidak berdaftar namanya, dia tidak akan

memperolehinya. Kad hanya boleh digunakan di kedai yang telah ditetapkan sahaja. Lih. juga Mohd Nasir Ismail,

Pendudukan Jepun di Terengganu 1942-1945, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1991,

(38)

21 Paul H. Kratoska, The Post 1945 Ford Shortage in British Malaya dlm. JSAH XIX (1), 1988, hlm. 27.

22 Jabil Mapjabil, Nooriah Yusof & Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh, Transformasi Pembangunan Ekonomi di

Negeri Kedah: Perspektif Historikal (Transformation of Economic Development in the State of Kedah: Historical

Perspective) dlm. PROSIDING PERKEM V (2), 2010, hlm. 176. Lih. juga Noraini binti Muhammad, Majalah Semangat Asia, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998, hlm. 59. Lih. juga Iman Ahmad & Nora Samat, Siri Teknologi Pertanian, Kuala Lumpur, Jade Green Publications Sdn. Bhd, 2002, hlm. 1.

23 Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998, hlm. 23. Lih. juga Office of Strategic

Services, Research and Analysis Branch, Japanese Administration in Malaya, A Study of the Japanese Military Administration of Malaya including the organization, policies and controls of the Administration, R.A No. 2072, t.tp.,

t.pt., 1944, hlm. 24. Lih. juga Jabil Mapjabil, Nooriah Yusof & Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh, Transformasi

Pembangunan Ekonomi di Negeri Kedah: Perspektif Historikal (Transformation of Economic Development in the State

of Kedah: Historical Perspective) dlm. PROSIDING PERKEM V (2), 2010, hlm. 176. Lih. juga Noraini binti Muhammad, Majalah Semangat Asia, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998, hlm. 60. Lih. juga surat dari District Office,

Kuala Kubu Bharu kepada The Secretary to Resident Commissioner Selangor, Kuala Lumpur, District Officer’s

Conference bertarikh 21 Februari 1947 dlm. fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. R.C. Selangor 426/1947,

Japanese Rubber Holdings - (a) Disposal of :-, 19 Februari 1947. Terdapat seluas 160 ekar getah pegangan Jepun di Ulu Selangor sebelum Perang Dunia Kedua. Ketika berlakunya perang, pegangan ini menjadi kosong dan boleh

digunakan bagi pengilangan beras. Ini kerana terdapat ramai individu yang membeli peralatan pengilangan pada tahun

1946 dengan jangkaan melakukan aktiviti perniagaan pada musim manuai yang akan datang. Jika pihak JMA tidak

memberikan sedikit kuota, individu-individu ini dilihat akan membeli peralatan tanpa apa-apa tujuan. Aktiviti

perniagaan mereka dalam pengilangan padi kampung juga adalah bagi kegunaan penanam tempatan sendiri. Lih. juga

surat dari District Office, Sepang kepada Secretary to Resident Commissioner Selangor, Kuala Lumpur, “Felled estate

(39)

Selangor No. R.C. SELANGOR 437/1947, Utilization of estate areas filled of rubber by the Japanese for the growing of wet padi, t.th. Lih. juga jadual Return of Felled Estate Areas suitable for Wet Padi, Ulu Langat dlm. fail ibid. Lih. juga surat dari Office of the Resident Commissioner, Selangor, Kuala Lumpur kepada The Director of Agriculture,

Malaya, Kuala Lumpur, “Felled Estate Areas Suitable for Wet Padi” bertarikh 8 Julai 1946 dlm. fail ibid. Lih. juga surat

dari Sgd. A. B. Ramsay, District Commissioner, (Coast), Klang kepada The Resident Commissioner, Selangor, Kuala

Lumpur bertarikh 16 Julai 1946 dlm. fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. D.C.I. 119/1946, Proposal to exempt estates from payment of water-rate on areas felled during the Japanese occupation - II) Water and Education Rates - 1947, 16 Julai 1946. Lih. juga surat dari The Secretariat, Government of the Malayan Union, Kuala Lumpur kepada The Director of Agriculture, Malaya, Kuala Lumpur bertarikh 21 Februari 1947 dlm. fail Setiausaha Kerajaan

Negeri Terengganu No. R.C. TR. 437/1946, Use Of Estate Felled Of Rubber Trees During The Japanese Occupation For Wet Rice Cultivation, 27 Mei 1946. Dalam surat ini dinyatakan, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kesesuaian kawasan getah ditebang di ladang bagi tujuan penanaman kekal padi basah. Walau bagaimanapun,

kerajaan membuat keputusan tidak akan membeli kawasan tanah estet yang ditebang untuk penanaman padi sawah

melainkan jika ia menunjukkan bahawa tidak wujud kawasan-kawasan lain yang sesuai untuk penanaman padi sawah

dari segi pengairan dan aktiviti pertanian kerajaan. Lih. juga surat dari Secretary to Resident Commissioner, Terengganu

kepada Registrar of Statistics, Malayan Union, Swettenham Road, Kuala Lumpur bertarikh 9 Februari 1947, bertajuk

Rubber Small-Holdings Felled During Enemy Occupation dlm. fail ibid. Lih. juga surat dari Secretary to Resident

Commissioner, Terengganu kepada Regional D. And I. Engineer, East, Kota Bharu, Kelantan dlm. fail ibid. Dalam surat

ini dinyatakan tiada estet getah di Terengganu yang ditebang semasa pendudukan Jepun. Lih. juga surat dari The

Secretariat, Governement of the Malayan Union, Kuala Lumpur, Malaya kepada The Director of Agriculture, Malaya,

Kuala Lumpur bertarikh 21 Mei 1946 dlm. fail ibid. Lih. juga Rus Ain binti Abdullah, Suratkhabar dan Majalah Melayu Di Zaman Jepun 1942-1945: Satu Kajian Ke Atas Perkembangan dan Peranan, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1988, hlm.

30.

24 Lih. Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah),

Referensi

Dokumen terkait

Pembelajaran adalah proses dan usaha yang dilakukan oleh guru atau pendidik untuk menyampaian materi kepada siswa melalui proses pengorganisasian materi, siswa dan

Kosurfaktan yang digunakan adalah gliserin yang membantu menstabilkan sistem mikroemulsi yang terbentuk sehingga dapat memperkuat dinding misel pada sediaan

Bagaimana kita harus membangun sikap kita untuk berinkulturasi menurut Amaladoss.. KISI-KISI SOAL

factors related to children stunting were lower birth weight, low parental height, low maternal education, higher family member, male sex, living. in urban area and

• Dapat menjelaskan secara kualitatif sistem koordinat equatorial ( defenisi ekuator langit, asensiorekta, deklinasi, titik kutub Utara dan Selatan langit, titik Aries dsb).

Perangkat keras komputer yang berfungsi untuk menyimpan data adalah : aa. Letak pengait jangan

tersebut dapat disimpulkan bahwa dalam pembelajaran dengan penggunaan model Student Team Achievement Division memberikan pengaruh (efek) yang sedang terhadap hasil

Untuk mengatasi permasalahan tersebut maka digunakan metode Warehouse Management System dengan mengusulkan untuk diterapkannya Standart Operating Procedure (SOP)