• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kritikan Jurnal Bahasa Inggeris Pendidik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kritikan Jurnal Bahasa Inggeris Pendidik"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk Kritikan Jurnal (Bahasa Inggeris) Pendidikan Islam dan Implikasi Dualisme (Islamic Education and the Implication of Dualism)

Amran bin Mat Arriffen

1. Maklumat Artikel

Tahir Abdurrahman, Abdul Hakim Abdullah, Adamu Zakiyu Ubale dan Rahimah Embong. 2016. Islamic Education and the Implication of Dualism. The Social Sciences Medwell Journals. 11(2): 156-163.

2. Ringkasan Artikel

Artikel ini menfokuskan perbincangannya kepada pendidikan Islam dan implikasi dualisme pendidikan kepada negara majoriti umat Islam iaitu Nigeria dan Malaysia. Penulis telah membahagikanya kepada 6 subtopik iaitu pengenalan, falsafah pendidikan Islam, pendidikan Islam pada zaman permulaan dan zaman kebangkitan Islam, sistem pendidikan Barat, kandungan dualisme pendidikan, implikasinya kepada sosial dan pendidikan di Nigeria dan Malaysia dan kesimpulan.

Perbincangan dalam falsafah pendidikan Islam adalah berkaitan dengan konsep dan tujuannya, kemudian penulis membincangkan tentang perkembangan pendidikan Islam yang bermula pada zaman Rasulullah s.a.w hingga ke zaman kebangkitan dengan penubuhan institusi pengajian seperti Baitul Hikmah, Dar al-Ilmi dan Madrasah Nizamiyyah. Seterusnya penulis membincangkan tentang sistem pendidikan Barat yang berasaskan kepada fahaman sekular. Ia hanya mementingkan aspek kesejahteraan sosial dan ekonomi semata-mata dan mengabaikan aspek nilai budaya dan agama. Kemudian penulis membincangkan tenatang dualisme pendidikan yang muncul hasil daripada penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam. Melalui subtopik ini, penulis membangkitkan isu pertembungan antara dua sistem pendidikan iaitu sistem pendidikan Islam dan sistem pendidikan Barat. Perbincangan ini merupakan inti kepada tajuk artikel, penulis melanjutkan perbahasan subtopik ini dengan menjelaskan implikasi dualisme pendidikan kepada sosial dan pendidikan di negara Nigeria dan Malaysia.

(2)

kemerdekaan daripada cengkaman penjajah. Berdasarkan kepada ciri-ciri ini, penulis telah menganalisis implikasi dualisme pendidikan ke atas dua negara tersebut. Hasil daripada perbincangan ini, penulis telah membuat kesimpulan bahawa kajian serius perlu dilakukan kerana sistem pendidikan moden yang dualistik tidak berkesan kerana ianya lebih mengutamakan teori rasional dan bukti saintifk berbanding dengan soal ketuhanan. Kajian ini mendapati pendekatan integratif dalam pendidikan perlu diteruskan secara holistik di semua peringkat pengajian dan semua pihak khususnya ibu bapa, guru dan pelajar perlu mengambil perhatian serius terhadap sistem pendidikan yang seimbang ini.

Berdasarkan penelitian kepada artikel ini, kami mendapati penulis telah mengemukakan isu secara jelas, kronologis dan mudah difahami. Bermula dengan konsep pendidikan, falsafah pendidikan Islam, sejarah perkembangan pendidikan Islam, kemunculan sistem pendidikan Barat dalam negara umat Islam dan implikasinya. Hasil daripada penelitian ini, kami merumuskannya kepada tiga isi penting yang diketengahkan oleh penulis iaitu; pertama sistem pendidikan Islam, kedua sistem pendidikan Barat dan ketiga implikasi dualisme pendidikan kepada umat Islam.

3. Penilaian

3.1 Sistem Pendidikan Islam

Berdasarkan penelitian kepada artikel ini, kami mendapati penulis membincangkan dua aspek utama dalam sistem pendidikan Islam iaitu falsafah dan sejarah pendidikan Islam. Penulis telah membincang tentang falsafah pendidikan Islam yang menjadi asas dalam menentukan matlamat, objektif dan prinsip kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk membimbing manusia supaya menjadi hamba Allah yang taat dan berakhlak mulia, seterusnya mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Pendidikan dalam Islam bukan semata-mata ilmu intelek tetapi ia adalah satu cara untuk membentuk sifat dan watak individu, supaya mereka secara kolektif boleh mewakili nilai-nilai Islam, berkelakuan sebagai khalifah Allah di muka bumi untuk berkhidmat sebagai saksi kepada kebenaran dan akhlak mulia (Firdaus dan Shah 2013). Pendidikan dalam Islam hendaklah bertujuan untuk pembentukan harmoni keperibadian manusia. Pendidikan ini bukan sahaja akan berusaha untuk keharmonian pemikiran dan tindakan, naluri dan akal, perasaan dan emosi tetapi juga untuk kedalaman pengetahuan dan keindahan adab (al Attas 2006).

(3)

kemahiran asas membaca, menulis, bahasa dan perundangan. Kesepaduan ilmu telah dilaksanakan pada zaman baginda, di mana masjid Nabawi dijadikan pusat pendidikan awam yang mengajar ilmu dunia dan akhirat. Menurut Mohd Yusof (2000) semasa permulaan dakwah Rasulullah s.a.w, baginda menjadikan rumah Arqam bin Abi al-Arqam sebagai tempat untuk mengajar al-Quran. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda menjadikan rumahnya dan masjid Nabawi sebagai tempat untuk mengajar al-Quran dan agama Islam kepada golongan dewasa dan kanak-kanak yang sudah mumayyiz. Manakala kanak-kanak di bawah umur mumayyiz belajar di kuttab.

Seterusnya, penulis membincangkan tentang institusi pengajian dan kurikulum pada zaman pemerintahan kerajaan Saljuk di Baghdad. Pusat pengajian yang diperkenalkan pada zaman ini ialah madrasah dan kurikulumnya terhad kepada ilmu-ilmu agama sahaja, manakala ilmu asing seperti falsafah, matematik, perubatan dan teologi rasionalis dipelajari di luar madrasah. Institusi pengajian yang masyhur ialah Bait al-Hikmah, Dar al-Ilmi dan Madrasah al-Nizamiyyah. Pada zaman ini juga pusat pengajian dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu maktab di peringkat rendah, madrasah di peringkat menengah dan masjid di peringkat tinggi. Dari aspek kurikulum, mata pelajaran telah diklasifikasi kepada lima bidang iaitu pelajaran agama, sastera, matematik, rasional dan pelbagai.

3.2 Sistem Pendidikan Barat

Sisem pendidikan Barat menganggap pendidikan sebagai alat untuk kehidupan, enjin bagi pembangunan individu dan negara dan sebagai elemen kewujudan manusia yang berterusan, harmoni dan sejahtera. Pendidikan Barat berasaskan kepada sekular moden yang mengabaikan hubungan manusia dengan tuhan, sumber utamanya adalah keupayaan manusia, pemikiran psikologi manusia, pemerhatian semata-mata, uji kaji dan peperiksaan melalui teori atau amalan. Falsafah pendidikan Barat adalah bercirikan kepada konsep materialisme, eksistensialisme, marxisme dan kapitalisme.

Secara ringkasnya perbezaan worldview Islam dan Barat dalam membentuk pemikiran adalah seperti berikut ( Muhammad Kamil et al 2011) :

Islam Barat

Kebahagian hidup manusia yang diperjuangkan untuk peringkat dunia tetapi lebih dikhususkan untuk akhirat.

Kebahagian yang diperjaungkan untuk kehidupan dunia semata-mata.

Realiti dan kebenaran yang didasarkan

kepada elemen Berasaskanpemerhatian terhadap apa yang bolehkepada pengalaman/ ditanggap dengan sifat-sifat pancaindera nisbi.

Berasaskan kepada prinsip Tauhid dalam segenap perkara.

(4)

Berasaskan kepada wahyu dan akal. Berasaskan kepada akal semata-mata (hedonisme)

Ada yang bersifat kekal (akidah dan ibadat

khusus): yang tidak kekal (elemen ijtihad). Tiada suatupun yang bersifat kekal/semuanya boleh berubah. Al-Quran menerangkan prinsip asas yang

boleh menjana perkembangan yang diperlukan manusia.

Prinsip vitalisme, kreativiti dan mengikut trend semasa.

3.3 Dualisme Pendidikan dan Implikasinya

Dualisme pendidikan ialah dua sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam negara-negara Islam iaitu pendidikan Islam dan pendidikan sekular Barat. Kedua-duanya mempunyai pendekatan yang berbeza dan tiada perkaitan antara keduanya dalam pembangunan manusia. Sistem pendidikan Islam tradisional lebih menfokuskan kepada aspek kerohanian, manakala sistem pendidikan sekular moden menfokuskan kepada kesejahteraan fizikal dan material. Menurut Muhammad Abduh jika umat Islam hanya mempertahankan aliran tradisional sahaja, ia menyebabkan mereka tertinggal jauh dan semaikn tersisih dari arus kemodenan. Sementara aliran moden juga membahayakan umat Islam kerana pemikiran moden yang diserap dari Barat tanpa sebarang penambahbaikan dengan nilai agama merupakan bahaya yang mengancam kehidup beragama dan moral masyarakat Islam (Musataffa 2014).

Implikasi daripada dualisme pendidikan kepada negara-negara majoriti Islam ialah berleluasanya maksiat dalam masyarakat dan kemunduran dalam pendidikan. Berlakunya kekeliruan dalam pengetahuan telah menyebabkan ketidakupayaan untuk meletakkan perkara di tempat yang betul. Berlakunya krisis moral dan akhlak seperti penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kezaliman, tiada integriti, kemisikinan, keganasan dan eksterim yang akhirnya menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara Islam.

(5)

mulia, bertanggungjawab serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Melalui sistem tersebut, pelajar muslim di sekolah rendah dan menengah aliran kebangsaan akan mempelajari asas agama Islam melalui satu mata pelajaran iaitu Pendidikan Islam. Ilmu atau konsep-konsep fundamental dalam mata pelajaran inilah yang disepadukan dengan pelbagai mata pelajaran lain yang ditawarkan (Noor Hisham 2015). Noor lela dan Hariyaty (2007) menyatakan KPM telah menyarankan penggunaan strategi bersepadu di peringkat sekolah menengah bagi pengajaran mata pelajaran KBSM menerusi perlaksanaan proses penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Penggubalan KBSM bertujuan supaya semua mata pelajaran yang diajar tidak terpisah antara satu sama lain dengan menggunakan unsur-unsur nilai bagi mewujudkan kesepaduan.

4. Kekuatan dan Kelemahan

Setelah meneliti isu-isu yang dibincangkan dalam artikel ini, beberapa kekuatan dan kelemahan telah dikenal pasti. Kekuatan artikel ini, pertama tajuk yang dibincangkan amat sesuai dengan penulis yang terdiri daripada kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Nigeria. Pengalaman dan pengetahuan yang dilmiliki oleh para penulis amat membantu dalam menghasilkan artikel yang berimpak tinggi. Kedua, bagi memudahkan pembaca memahami isu yang dibangkitkan, penulis telah mengemukakan sejarah perkembangan pendidikan Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga kepada zaman kegemilangan tamadun ilmu dalam ISlam. Pada masa yang sama penulis juga mengemukakan sistem pendidikan Barat bagi menampakkan perbezaan antara kedua-dua sistem ini. Ketiga, penulis secara jelas mengemukakan implikasi dualisme pendidikan ke atas kedua-dua negara yang dikaji dari aspek pendidikan dan sosial. Keempat, penulis secara objektif telah menyimpulkan artikel ini dengan beberapa cadangan supaya isu yang diketengahkan mendapat perhatian serius daripada semua pihak dan tindakan sewajarnya diambil demi kesejahteraan, keamanan dan kemajuan negara-negara Islam.

(6)

yang ketara di mana hanya masalah bacaan al-Quran, remaja tidak solat dan krisis identiti mahasiswa ketengahkan.

5. Sumbangan

Setelah membaca, meneliti dan memahami artikel ini, sebenarnya satu harapan besar diletakkan dalam kajian ini supaya ia dapat memberi satu perubahan kepada sistem pendidikan yang wujud di negara-negara Islam yang pernah dijajah oleh Barat. Artikel ini telah mencetuskan satu idea dan semangat baharu kepada pencinta Islam, di mana reformasi pendidikan perlu dilakukan di negara-negara Islam dan gagasan Islamisasi terus diperjuangkan. Kajian ini juga membuka peluang yang luas kepada pengkaji-pengkaji lain untuk menerokai disiplin ilmu khususnya yang berkaitan dengan pertembungan ilmu-ilmu Islam dan Barat. Semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, guru, masyarakat dan pemerintah perlu memandang serius terhadap implikasi yang diutarakan dalam kajian ini kerana ianya boleh menggugat usaha membangun dan memajukan negara berlandaskan ajaran agama.

6. Penutup

Secara keseluruhannya penulis berjaya mengetengahkan isu pendidikan Islam dan implikasi dualisme pendidikan di Malaysia dan Nigeria. Kedua-dua buah negara ini mempunyai latar belakang yang hampir sama dan amat sesuai untuk kajian dualisme pendidikan. Kerjasama antara sarjana dari Malaysia dan Nigeria dalam menghasilkan kajian ini memberi impak yang berharga kepada disiplin ilmu secara khususnya dan umat Islam secara umumnya.Oleh itu, reformasi pendidikan perlu dilakukan secara holistik dan sistematik bagi memastikan Islamisasi ilmu dan kesepaduan ilmu menjadi agenda utama umat Islam di seluruh dunia. Sekiranya dibiarkan tanpa apa-apa tindakan untuk menjayakannya, nescaya pengaruh dan ideologi Barat terus bertapak di negara-negara Islam. Dengan kata lain, umat Islam masih lagi ‘dijajah’ dan mudah diperkotakatikkan oleh Barat walaupun telah mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun. Inilah antara cabaran besar umat Islam pada era globalisasi ini iaitu membebaskan diri daripada cengkaman Barat dan kembali kepada ajaran Islam secara syumul.

7. Rujukan

Al-Attas, S.F., 2006. Dari Jami'ah dengan Universiti Kepelbagaian budaya dan dialog Kristian-Muslim. Curr. Sociol, 54:. 112-13 2.

Firdaus, F. Y.R. dan J.M. Shah, 2013. Pendidikan Islam: Falsafah, matlamat dan ciri-ciri utama. Int. J. Educ. Res, 1:. 1-18.

(7)

Rahim, Roslan b. Mohamed & Safwan b. Ahmad. 2011. Wasatiyyah Islam Antara Liberalisme dan Konservatisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Mohd Yusof Ahmad. 2000. Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mustaffa b. Abdullah. 2014. Tajdid Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida Dalam Bidang Pendidikan. Dlm. Abd. Karim Ali dan Rumaizi Ahmad. Islam dan Tajdid Tinjauan Isu-isu dan Perspektif Semasa. hlm.155-173. Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia.

Noor Hisham Md Nawi. 2015. Kesinambungan Dan Sinergisme Konsep Kesepaduan Dan Islamisasi Ilmu. Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization 2 : 60-68.

(8)

Tajuk Kritikan Jurnal (Bahasa Melayu)

Liberalisasi Pendidikan dan Cabarannya dalam Kontek Pendidikan Islam di Malaysia

Amran bin Mat Arriffen (P88549)

1. Maklumat Artikel

Rosnani Hashim. 2007. Liberalisasi Pendidikan dan Cabarannya dalam Kontek Pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam 12 (2): 19-40

2. Ringkasan Artikel

Artikel ini membincangkan kesan globalisasi kepada ekonomi liberal dan pendidikan. Ia menjelaskan bagaimana ekonomi liberal memberi impak kepada pendidikan apabila tenaga kerja yang diperlu dalam pasaran hendaklah mempunyai kemahiran tinggi, pengetahuan teknologi dan komunikasi. Oleh kerana itu, permintaan besar terhadap pendidikan tinggi menyebabkan penswastaan pendidikan kerana pihak kerajaan tidak mampu memenuhi sepenuhnya. Seterusnya penulis membincangkan cabaran liberalisasi tehadap pendidikan umat Islam dalam tiga aspek iaitu pendidikan dalam tradisi Islam dan kesannya, pendidikan umat Islam dan pendidikan Islam sebagai disiplin ilmu. Penulis juga menjelaskan kesan liberalisasi kepada pendidikan iaitu nyahkemanusiaan pendidikan, penteknologian pendidikan, penginggerisan pendidikan dan pensekularan semula pendidikan.

(9)

3.1. Globalisasi dan Liberalisasi Pendidikan

Liberalisme ialah suatu idea yang memperjuangkan kebebasan individu dan kesamarataan individu dalam masyarakat. Dari segi bahasanya, liberal bermakna bebas, bertoleransi, berfikiran luas, terbuka, pemurah, tidak ketat atau tepat dan tidak harfiah (Asmah 2001). Menurut Kamus Dewan, istilah liberal membawa makna bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintah yang demokratik menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan. Ia bersifat atau berpandangan bebas dan berpandangan terbuka (Noresah 1989).

Mohamad Kamil et al. (2011) menyatakan istilah liberalisme merujuk kepada ideologi yang mendokong prinsip kebebasan dan kepentingan hak individu, persamaan dan menjunjung tinggi kerasionalan akal manusia serta mengiktiraf peranan manusia sebagai makhluk berpolitik. Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut, dapatlah difahami bahawa liberalisme adalah ideologi Barat yang menganjurkan kepada kebebasan individu sama ada dalam mengeluarkan pandangan, melakukan sesuatu tindakan dan menentukan corak kehidupan mereka.

Menurut M. Yunus (2012) pengaruh liberalisme bukan sahaja dalam bidang politik, sosial, dan ekonomi, tetapi juga dalam bidang pendidikan. Ia adalah suatu pandangan yang menekankan kepada perkembangan kemampuan, melindungi hak, dan kebebasan serta mengidentifikasi masalah dan melakukan perubahan sosial secara inskremental demi menjaga kestabilan jangka panjang.

(10)

3.2 Cabaran Liberalisasi Terhadap Pendidikan Umat Islam

Pertama pendidikan dalam tradisi Islam, cabaran yang terbesar ialah cabaran terhadap matlamat pendidikan itu sendiri. Dengan liberalisasi pendidikan, pendidikan itu sendiri akan hilang makna dan intipatinya. Matlamat pendidikan akan berganjak dari matlamat ketauhidan iaitu untuk pengenalan Allah yang Maha Esa dan selanjutnya pelaksanaan tuntutan-tuntutan daripada pengiktirafan tersebut, khususnya selaku ‘abd dan khalifah yang berusaha untuk memastikan keadilan yang mengiringi ketakwaan dijelmakan dalam bentuk usaha-usaha keadilan sosial. Liberalisasi pendidikan menghina insan dan menjatuhkan martabat pendidikan sebagai setaraf dengan latihan kemahiran sebab ia cuma berhasrat untuk melahirkan gunatenaga atau buruh yang berkemahiran tinggi untuk kegunaan industri atau keuntungan para korporat.

Kesan liberalisasi kepada pendidikan, pertama, nyahkemanusiaan pendidikan. Berlaku nyahkemanusian pendidikan sebab hala tuju pendidikan akan mula ditentukan atau diarahkan oleh ekonomi atau budaya korporat yang cuma melihat sesuatu dalam ringgit dan sen, iaitu dari segi untung dan rugi. Kedua, penteknologian pendidikan. Bagi tujuan melahirkan gunatenaga berkemahiran tinggi, institusi pendidikan asas dan tinggi kini mula dilengkapkan dengan komputer dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan teknologi ini penting untuk meningkatkan produktiviti pelajar dan masa depan pekerja, namun peralatan canggih yang bertaraf alat bantu mengajar itu sering disalahertikan daripada alat kepada matlamat khususnya di peringkat pendidikan rendah dan menengah.

Guru amatlah perlu dalam sebarang penuntutan ilmu kerana pendidikan bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi memberi makna kepada maklumat itu. Ketiga, penginggerisan pendidikan. Kesan besar globalisasi yang tidak dapat dielakkan ialah keperluan kepada satu bahasa perantara iaitu lingua franca bagi tujuan komunkasi. Internet menjadi sumber maklumat di seluruh dunia, maka bahasa perantaraannya menjadi sangat dominan dan penting. Oleh itu, liberalisasi pendidikan menjadikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai satu keperluan. Keempat, pensekuleran semula pendidikan. Terhakis nilai-nilai kemanusiaan yang diganti dengan nilai-nilai utilitarian atau sekular, maka liberalisasi mempercepatkan semula proses sekularisasi umat Islam yang terencat seketika apabila umat Islam mencapai kemerdekaan.

(11)

mengutamakan usaha melahirkan masyarakat demokratik. Umat Islam terpaksa membayar kos yang besar untuk pendidikan tinggi dan ini membebankan golongan yang berpendapatan rendah. Serangan pemikiran terhadap umat Islam, di mana fahaman liberalisme memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti hak berucap, hak menulis, hak mencetak, hak memilih agama dan hak untuk murtad.

Cabaran ketiga, pendidikan Islam sebagai disiplin ilmu. Liberalisasi mengancam kedudukan pendidikan Islam dalam konteks kurikulum pendidikan asas mahupun kurikulum institusi pengajian tinggi. Kedudukan pendidikan Islam mula dimartabatkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Cabaran yang terbesar yang dihadapi oleh disiplin ilmu ialah bagaimana untuk meneruskan kerelevanannya dalam menghadapi arus liberalisasi pendidikan.

3.3 Saranan Memperkasakan Pendidikan bagi Menghadapi Ekonomi Global

Ilmu pengetahuan adalah komoditi yang paling berharga dalam ekonomi global, maka sesebuah negara tidak ada pilihan selain daripada meningkatkan pelaburan dalam pendidikan. Terdapat empat petanda yang boleh difikirkan sebagai strategi pendidikan: Pertama, negara seharusnya bertanggungjawab bagi kemajuan dan perkembangan pendidikannya, di mana pendidikan seharusnya ditadbir menggunakan dana awam. Kedua, kerajaan boleh menyediakan akses samarata kepada pendidikan, memperbaiki mutu pendidikan bagi golongan miskin, menjana ilmu dengan lebih berkesan dan lebih adil kepada semua pelajar. Ketiga, pentadbiran awam yang cekap dan tersusun menjadi kunci utama dalam memperbaiki pendidikan dalam ekonomi global. Keempat, guru menjadi unsur paling penting dalam pendidikan dan kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti pengajaran dan usaha guru.

3.4 Saranan Memperkasakan Pendidikan Islam dalam Menghadapi Liberalisasi Pendidikan

(12)

Kedua, teknologi maklumat. ICT adalah satu peralatan bantu mengajar yang akan kekal kerana ia memiliki ciri yang sangat hampir dengan jiwa pendidikan iaitu ilmu. Ketiga, bahasa Inggeris dalam pendidikan. Pelajar di pusat pendidikan Islam wajib belajar bahasa Inggeris tujuannya adalah untuk mengambil manfaat sepenuhnya daripada internet. Keempat, sains dan teknologi. Menyedari kepentingan sains dan teknologi pada zaman globalisasi ini, pendidikan Islam mesti mempunyai ruang untuk mencetus cinta terhadap sains melalui pengamatan ayat-ayat al-Quran dan ahli sains Islam dan silibusnya. Menurut Nur Eryanty dan Zanaton (2012) masalah yang berlaku ialah mereka yang mengajar sains tidak mempunyai kefahaman agama mendalam dan yang mengajar ilmu agama pula tidak mempunyai asas sains yang kukuh. Oleh itu, ketidakseimbangan antara dua bidang ilmu ini menghasilkan masyarakat Islam yang sekular iaitu beranggapan Islam hanya di masjid manakala sains hanya untuk kemajuan dan kemakmuran manusia. Kelima, falsafah dan pemikiran. Sistem pendidikan Islam perlu memperkenalkan semula falsafah Islam dan Barat di peringkat menengah atas dan pengajian tinggi. Falsafah ini dapat membantu seseorang menajami pemikirannya dan mencapai kebijkasanaan dalam membuat keputusan.

Seterusnya yang keenam, pedagogi pendidikan Islam. Pedagogi perlu berubah untuk menghadapi cabaran liberalisasi pendidikan yang menukar wajah pendidikan. Guru perlu mengajar pelajarnya mencari ilmu tanpa kehadirannya iaitu berdikari, dengan menggunakan kemudahan komputer dan ICT dan sumber-sumber lain selain daripada buku teks. Kemunculan teknologi komputer, internet dan digital memberi impak yang besar kepada umat Islam. Pendekatan terkini ini dilihat sebagai satu inovasi terhadap penerapan dalam pendidikan Islam secara berterusan yang berasaskan kepada konsep penyampaian Islam secara konvensional dengan menggabungkan kemudahan teknologi maklumat yang bersesuaian dengan perkembangan semasa (Mohd Aliff 2011). Umat Islam harus mampu memanfaatkan sarana teknologi sebagai alat perjuangan nya. Artinya, sarana teknologi perlu dijadikan sebagai alat perjuangan umat Islam dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan bukan sebaliknya sebagai penghalang bagi kreativiti berfikir (Ali Mahsun 2013).

Ketujuh, pendidikan al-Quran. Dalam menghadapi serangan budaya dan fahaman melalui globalisasi, umat Islam perlu menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai benteng pertahanannya. Oleh itu, al-Quran perlu dijadikan buku teks asas di sekolah. Sukatan pendidikan Islam harus disusun supaya seluruh atau separuh al-Quran dibaca dengan makna sehingga tamat tingkatan lima. Kelapan, guru pendidikan Islam. Guru pendidikan Islam mestilah daripada insan yang bermutu. Selain daripada subjek pendidikan Islam, mereka juga mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam sains, matematik dan bahasa. Mereka juga mesti mempunyai jiwa dakwah dan bekerja untuk Islam.

(13)

Berdasarkan pembacaan dan penelitian terhadap artikel ini, banyak ilmu pengetahuan baharu yang diperolehi oleh pembaca, setelah dua artikel Rosnani Hashim dipilih untuk tugasan kritikan jurnal. Antara yang menarik dalam artikel ini, penulis berjaya mengetengahkan isu pendidikan Islam masa kini dengan cara yang berkesan dan cetusan idea melalui kajian ini sangat bernilai untuk diambil perhatian oleh semua pihak. Pertama, tajuk artikel ini jelas dan menarik untuk dibincangkan kerana pada zaman globalisasi ini pelbagai budaya dan fahaman yang menjadi cabaran kepada penduduk dunia termasuk umat Islam. Oleh itu, kajian ini memberi satu cetusan idea bagaimana pendidikan Islam dalam menghadapi cabaran tersebut. Umat Islam tidak boleh bersikap pasif terhadap perkembangan semasa dunia kerana Islam adalah agama yang universal. Menurut Siddiq (2005) semua masyarakat termasuk masyarakat Islam tidak dapat menyekat arus globalisasi. Hanya melalui pembentukan generasi yang berkualiti, berdaya saing, berdaya tahan, jati diri dan memiliki kecekapan yang tinggi, cabaran globalisasi dapat ditangani. Sekiranya umat Islam membiarkan diri mereka menjadi buih, mereka tidak akan memiliki kekuatan, daya tahan dan harga diri serta tidak akan mampu untuk menguruskan diri sendiri dengan baik. Arus globalisasi akan mencampak mereka ke merata tempat dan di situlah mereka akan terdampar dan akhirnya hilang lenyap begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang legasi yang bermanfaat.

Kedua, isu yang dibincangkan agak banyak dan berat, namun penulis berjaya mengolahnya dengan bahasa yang mudah dan contoh yang bersesuaian untuk difahami oleh pembaca. Kajian ini juga mencerminkan penguasaan yang mendalam penulis dalam bidang pendidikan Islam dan cabaran masa kini seperti mana juga artikel yang ditulis beliau bertajuk pemikiran semula pendidikan Islam dalam mengahadapi cabaran abad 21. Ketiga, hasil daripada kajian ini penulis berjaya menyenaraikan lapan saranan yang amat bernilai untuk diambil tindakan bagi memperkasakan pendidikan Islam dalam menghadapi cabaran abad 21. Sekiranya dibiarkan saranan ini tanpa apa-apa tindakan, satu kerugian besar yang akan dialami kerana gagal memahami dan menghargai mutiara berharga ini. Setelah meneliti artikel ini, rasa syukur dan bertuah kerana dipilih untuk memahami dan mendalami pemikiran yang hebat ini. Semoga diri ini menjadi mata rantai yang akan menyambung perjuangan memartabatkan pendidikan Islam di negara ini.

(14)

situasi dalam negara serta penyelesaiannya. Ketiga, penulis dengan ringkas sahaja menyimpulkan artikel ini dan tiada cadangan untuk kajian selanjutnya.

5. Sumbangan

Setelah memahami dan meneliti artikel ini, penulis telah berjaya mencetuskan idea agar pendidikan Islam ditambahbaik untuk menghadapi cabaran abad 21. Pertama, kajian ini telah mengenal pasti tiga cabaran utama perlu dihadapi oleh pendidikan Islam dalam menghadapi cabaran abad 21. Kedua, kajian ini telah menyenaraikan lapan saranan untuk memperkasakan pendidikan Islam dalam menghadapi liberalisasi pendidikan. Oleh itu, kajian ini penting untuk diambil perhatian oleh semua agar saranan tersebut dapat direalisasikan. Ketiga, kajian ini juga menyentuh institusi kewangan dan zakat agar lebih berperanan untuk membantu pendidikan Islam di negara ini, di samping syarikat-syarikat perdagangan memwujudkan gandingan dengan sekolah-sekolah agama. Langkah ini boleh meringankan beban dan kebergantungan sepenuhnya kepada dana negara. Seterusnya, kajian ini mampu membuka mata semua pihak, bahawa pendidikan Islam bukanlah subjek yang jumud, bahkan ia bersikap positif dalam menghadapi cabaran abad ini. Cabaran globalisasi ini membuka ruang kepada umat Islam untuk kembali berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

6. Penutup

Secara keseluruhannya, penulis berjaya membincangkan tajuk artikel ini dengan terperinci dan menatijahkan saranan yang berharga untuk diaplikasi. Artikel seumpama ini perlu dijadikan contoh dan bahan rujukan utama dalam membincangkan isu pendidikan Islam abad 21. Perbincangannya mencakupi aspek ekonomi, sosial, politik, pendidikan, pemikiran, falsafah, bahasa dan teknologi maklumat. Kajian ini memberi impak yang berharga kepada disiplin ilmu dan umat Islam. Harapan daripada kajian agar ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah disepadukan dan akidah tauhid dijadikan tunjang dalam membangunkan pendidikan negara.

7. Rujukan

Ali Mahsun. 2013. Pendidikan Islam Dalam Arus Globalisasi Sebuah Kajian Deskriptif Analitis. Epistemé 8 (2): 259-278.

Asmah Omar. 2001. Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay Dictionary. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

(15)

Liberalisme dan Konservatisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Mohd Aliff Mohd Nawi, Mohd Isa Hamzah, Zanizam Zaidi, Surina Akmal Ab Sattai & Asdiri Khalili.2011. Impak Globalisasi terhadap Pendidikan Islam Masa Kini. Kertas kerja Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, hlm.645-649.

M. Yunus Abu Bakar. 2012. Pengaruh Paham Liberalisme dan Neoliberalisme Terhadap Pendidikan Islam di Indonesia. Jurnal TSAQAFAH 8(1): 135-160.

Noresah Baharom. 1989. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Eryanty Nordin & Zanaton Hj. Iksan. 2012. Penyuburan Elemen Tauhid dalam Kurikulum Sains untuk melahirkan masyarakat yang seimbang. Kertas Kajian Penyelidikan Kampus Pendidikan Islam 2012 (PKPI2012). Bangi.Selangor. Siddiq Fadhil. 2005. Sains dan teknologi: Isu pengislaman dan pemeribumiannya. Dlm.

Referensi

Dokumen terkait

Kudeta yang dilakukan oleh Gamal Abdul Naser telah mereposisi kekuasaan dan menjadikan Gamal Abdul Naser presiden dari kalangan militer meski hanya memperbolehkan satu

Pendekatan ini juga dapat menjadi kontrol untuk mengarahkan penanaman nilai-nilai moderat dalam diri peserta didik dengan cara menerima nilai-nilai sosial yang

4.14 Hubungan Faktor Pendorong Pria Pasangan Usia Subur dengan Keikutsertaan dalam Vasektomi di Kecamatan Percut Sei Tuan Tahun 2013

Penelitian ini bertujuan (1) untuk membuat media pembelajaran berupa lembar kerja berbasis Android, (2) untuk mengetahui respon siswa terhadap lembar kerja siswa

sikap dan prilaku individu dan kelompok dalam organisasi, yang berkenaan dengan studi yang sistematis tentang sikap dan perilaku, baik ayng menyangkut pribadi maupun antar

kepuasan wisatawan terhadap atraksi wisata di Floating Market Lembang. Data sekunder adalah data yang diperoleh dari beberapa sumber data. dan literature yang dapat mendukung

PENGARUH METODE LATIHAN DRILL TERHADAP HASIL PUKULAN CLEAR BACKHAND ATLET BULUTANGKIS.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu | perpustakaan.upi.edu