• Tidak ada hasil yang ditemukan

Meneroka Pengalaman Penjaga Dewasa Gener

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Meneroka Pengalaman Penjaga Dewasa Gener"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Meneroka Pengalaman Penjaga Dewasa Generasi Sandwich

terhadap Aspek Sosio-Ekonomi Keluarga

(Exploring Sandwich Generation Adult Care Experience in

Socio-Economic Aspects of the Family

)

NORULHUDA SARNON, FAUZIAH IBRAHIM, MOHD SUHAIMI MOHAMAD, NASRUDIN SUBHI, KHADIJAH ALAVI, CHONG SHEAU

TSUEY, RAHMAH MOHD AMIN, EZARINA ZAKARIA Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan &

Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia E-mel: norul@ukm.edu.my

Abstrak

Penjaga generasi Sandwich menyediakan penjagaan informal secara serentak melibatkan orang tua dan anak-anak telah memberi suatu cabaran yang besar khasnya yang berkaitan dengan aspek kewangan keluarga. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk meneroka pengalaman penjaga dewasa dalam generasi sandwich yang berpendapatan sederhana daripada aspek sosioekonomi keluarga. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan grounded theory. Teknik pengumpulan data dilakukan secara temubual mendalam dengan melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penjaga generasi sandwich. Hasil kajian mendapati aspek kewangan bukan merupakan bebanan utama kepada penjaga generasi sandwich. Kebanyakan penjaga mengakui bahawa penjagaan generasi sandwich sebagai tidak membebankan, mereka mampu menguruskan kewangan keluarga dengan baik malahan mempunyai sumber kewangan lain yang membantu menambah pendapatan untuk memenuhi perbelanjaan keperluan harian. Hasil kajian memberi implikasi yang positif ke atas penjagaan keluarga dalam kalangan penjaga generasi sandwich yang berpendapatan keluarga yang sederhana.

Kata Kunci: generasi sandwich, kewangan, keluarga, penjaga, orang tua.

Abstract

(2)

aims to explore the experiences provided by adult caregivers in the sandwich generation of middle-income socioeconomic families. This study is a qualitative research design using grounded theory approach. In-depth interviews with 30 respondents of a sandwich generation caregivers were used as a data collection. The study found that the inancial aspect wasnot the main burden for the sandwich generation caregiver. Most caregivers recognized that was not a burden to the sandwich generation, but they were capable to manage family inancial well and have other inancial resources that help increase the family income to fulill daily expenditure requirements. The results provide positive implications on the family caregiving among sandwich generation’s caregivers of middle-income families.

Keywords: sandwich generation, inancial, family, caregivers, elderly

Pengenalan

Generasi sandwich bukan merupakan suatu isu baru di Malaysia. Isu ini telah diperkatakan sejak tahun 90-an lagi terutama dalam kalangan wanita yang mempunyai kerjaya untuk menjaga dua generasi secara serentak (Norzareen & Norbaya, 2009). Kajian yang dijalankan oleh Grundy & Henretta (2006), menyatakan generasi sandwich merupakan mereka yang berada di peringkat dewasa pertengahan yang terperangkap dalam urusan penjagaan terhadap dua generasi iaitu anak-anak dan warga tua yang sudah uzur. Keadaan ini menuntut suatu penjagaan secara serentak dalam satu-satu masa. Kebiasaanya, mereka yang dipanggil generasi sandwich ini berada dalam lingkungan umur di bawah 40 tahun iaitu berada di dalam golongan pertengahan umur. Namun, terdapat juga pendapat bahawa golongan pertengahan ini terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan 45-65 tahun (Raphael & Schlesinger 1993). Keperluan membahagikan masa dan tenaga untuk menjaga anak-anak sekaligus menjaga ibu bapa tua yang tinggal sebumbung menyebabkan sering berlaku konlik dalam memenuhi keperluan harian mereka dan seterusnya menjadi dilema kepada penjaga generasi sandwich (Murphy & Grundy, 2003).

(3)

DeMonner, Chernew dan & Fendrick 2001; White-Means & Rubin, 2004). Kekangan yang paling ketara bagi penjaga generasi sandwich adalah daripada aspek kewangan keluarga dengan melihat kemampuan penjaga untuk menyara anak-anak dan orang tua. Kemampuan kewangan yang kukuh dalam kalangan penjaga tidak mendatangkan masalah dalam jangka masa panjang. Senario ini berbeza pula dengan penjaga yang mengalami masalah ekonomi di mana sering berlaku ketidakseimbangan dalam penyediaan keperluan penjagaan kepada warga tua dan anak-anak.

Menurut Andrew (2007), kebanyakan penjaga yang menjaga dua generasi secara serentak berhadapan dengan masalah kewangan dan kekangan masa untuk menyediakan keperluan-keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, keselamatan bagi menjamin kesejahteraan hidup keluarga. Penjaga yang berpendapatan rendah lebih berisiko untuk menghadapi masalah berkaitan dengan kewangan berbanding penjaga yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Ini kerana pendapatan melebihi perbelanjaan menyebabkan mereka perlu berjimat dan membahagikan pendapatan penjaga untuk perbelanjaan rumah, pendidikan, kesihatan dan pengurusan diri sendiri. Kemungkinan jika masalah kewangan ini tidak diatasi, pelbagai masalah lain akan timbul di mana ia turut memberi kesan terhadap aspek yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan penjaga, anak-anak dan orang tua.

Penjaga keluarga untuk orang dewasa yang lebih tua juga mempunyai cabaran penjagaan dan sokongan yang lebih tinggi daripada aspek kewangan terutamanya apabila orang tua dewasa yang dijaga mempunyai penyakit kronik (Koh & MacDonald, 2006). Penjaga ibu bapa tua dan keluarga memerlukan kos perbelanjaan yang mahal (Acton & Kang, 2001; Aoun, Kristjanson, Currow, & Hudson,2005; Hickenbottom, Fendrick, Kucher, Kabeto, Katz & Langa 2002;. Langa, Valenstein, Fendrick, Kabeto & Vijan 2004; Panda & Coleman, 2001) untuk mengurus dan menyediakan keperluan-keperluan harian keluarga. Walau bagaimanapun, penulis mendapati tidak banyak penyelidikan empirikal dijalankan untuk mengkaji kesan bebanan kos kewangan terhadap penjaga. Umumnya, penjagaan serentak melibatkan ibubapa tua dan keluarga telah menjejaskan pekerjaan dan kewangan penjaga. Keadaan ini disebabkan oleh penjaga perlu mengimbangi masa antara bekerja di pejabat dan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan untuk menyediakan keperluan harian ibubapa tua dan keluarga (Haddock, Zimmerman, Lyness & Ziemba 2006).

(4)

lebih untuk menjaga ibu bapa tua dan keluarga sehingga menjejaskan pekerjaan mereka (Schulz, Mendelsohn, Haley, Mahoney, Allen, Zhang, & Belle 2003). Penjaga keluarga juga kebiasaannya terpaksa mengambil cuti yang kerap untuk menjaga keluarga, bekerja kurang daripada tempoh yang ditetapkan oleh majikan dan sering menghadapi gangguan ketika bekerja disebabkan oleh tumpuan terhadap tanggungjawab untuk menyediakan keperluan penjagaan ibu bapa tua dan keluarga (Addington-Hall, MacDonald, Anderson Chamberlain, Freeling, Bland, & Raferty, 1992;. Brienbaum & Clarke-Steffen, 1992; Covinsky, Goldman, & Cook,1994; Ferrisetal,1991; Grunfeld, 1997; Schulzetal,2003).

Di samping itu, perbelanjaan harian untuk menampung keluarga dan ibu bapa tua telah menjejaskan aspek kewangan penjaga (Hayman et al., 2001;White-Means & Rubin, 2004). Ini kerana penjaga yang menjaga keluarga dan ibu bapa tua kebiasannya perlu mengeluarkan perbelanjaan yang berkaitan dengan hal ehwal pengangkutan, bekalan perubatan, peralatan rumah dan keperluan isirumah yang lain yang mana telah menjejaskan kewangan penjaga (Decima Research, 2002; Hollander, Liu, & Chappell, 2009). Hasil kajian menunjukkan bahawa penjaga yang mempunyai pendapatan yang rendah kebiasaannya menghadapi keadaan kesukaran dan bebanan yang lebih berbanding mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Bebanan ini adalah disebabkan oleh mereka terpaksa memperuntukan perbelanjaan bulanan dan ubat-ubatan untuk keperluan ibu bapa tua dan juga keluarga (Evercare, 2007). Memandangkan wujudnya implikasi yang melibatkan isu kewangan dalam penjagaan generasi sandwich sehingga memberikan implikasi bebanan kewangan terhadap golongan berpendapatan rendah, maka kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka bagaimana kumpulan berpendapatan sederhana berhadapan dengan isu kewangan dalam penjagaan melibatkan generasi sandwich. Hasil kajian mampu memberi input baru terhadap kajian yang berkaitan dengan penjagaan generasi sandwich terutama dalam aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan keluarga.

Metodologi

Kajian kualitatif ini merupakan kajian kes berbentuk exploratori. Kaedah kualitatif dengan teknik temubual mendalam dipilih bagi membolehkan responden meluahkan perasaan dan menceritakan pengalaman mereka dengan lebih selesa. Dengan itu, data kajian akan lebih banyak diperolehi. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Lembah Klang, Selangor. Seramai 30 orang responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) yang merupakan penjaga dewasa generasi sandwich dan mempunyai

(5)

kemudiannya telah ditukar dalam bentuk verbatim dan dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik.

Dapatan Kajian

Latar belakang Demograi

Penjaga dewasa yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan.Kesemua penjaga ditemubual di rumah mereka semasa kehadiran kedua-dua generasi orang yang dijaga. Kebanyakan responden berumur sekitar 30-40tahun. Hampir kesemua responden adalah berbangsa Melayu kecuali terdapat dua orang penjaga yang bukan Melayu iaitu seorang berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa India. Majoriti penjaga yang ditemubual beragama Islam dan hanya terdapat seorang penjaga yang beragama Buddha manakala seorang lagi beragama Hindu. Hampir semua penjaga generasi sandwich yang dikenalpasti mempunyai pekerjaan sama ada bekerja sendiri ataupun bekerja dengan majikan. Secara purata, rata-rata isi rumah mempunyai pendapatan sederhana sekitar RM3000 hingga RM5000

Persepsi bebanan ekonomi keluarga

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini mengakui bahawa mereka tidak merasa terbeban daripada aspek kewangan ketika menjaga ibu bapa tua dan juga anak-anak sendiri. Hal ini dapat digambarkan berdasarkan daripada kenyataan di bawah yang menggambarkan tentang keyakinan responden bahawa faktor kewangan bukan merupakan masalah utama apabila menjaga ibu bapa tua.

“ Ekonomi, tak ada masalah. Tak ada kurang pun, cuma just orang tua, dia pun tak makan banyak pun. Dia makan sikit sahaja….” (Responden 19)

“Insyallah cukup la..agaknya orang kata apa kelebihan kita jaga orang tua..kita punya kewangan tak ada masalah so far…” (Responden 22)

Kebanyakan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap ekonomi keluarga. Mereka menyatakan masalah kewangan bukanlah satu isu besar kepada keluarga mereka. Pendapatan yang diterima dianggap mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga dan seterusnya dapat menjalani kehidupan secara sederhana seperti kenyataan responden berikut:

(6)

“ekonomi macam biasa. Jaga orang tua tak ada pula kami terjejas. Ekonomi biasa je” (Responden 11)

Strategi daya tindak isu kewangan

Dalam menangani masalah kewangan semasa, hasil kajian mendapati terdapat beberapa strategi daya tindak yang telah dilakukan oleh responden.Terdapat tiga jenis strategi daya tindak yang diamalkan iaitu berfokus kognitif, emosi dan praktikal. Responden banyak menggunakan strategi daya tindak berfokus kognitif dengan mempercayai keberkatan rezeki. Pada pandangan mereka, dengan menjaga kedua ibu bapa, mereka akan memperoleh keberkatan dalam kehidupan dan seterusnya memberi kesan positif kepada pendapatan yang akan diperoleh pada masa akan datang. Keadaan ini dapat digambarkan melalui kenyataan responden seperti berikut:

“rezeki tu datang dari orang tua… contohnya, ibu awak bangun, sembahyang dan doa agar anak dia baik-baik je..doa seorang ibu tu berkat..rezeki tu datang apabila seorang ibu itu berdoa supaya memberi rezeki kepada anak-anak.. restu ibu bapa, rezeki itu datang dari ibu..”(Responden 2)

“Ekonomi Alhamdulillah lah. Kalau kita jaga orang tua, Allah akan tolong. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus.” (Responden 1)

Kepercayaan yang berlandaskan keagamaan ini merupakan kekuatan yang menjadi asas kepada kesejahteraan ekonomi majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini. Ekoran daripada keyakinan yang tinggi terhadap kepercayaan keagamaan tersebut menjadikan bebanan kewangan tidak terlalu dirasai oleh responden yang berperanan sebagai penjaga. Hasil kajian ini turut mendapati bahawa terdapat segelintir responden yang mendedahkan bahawa mereka akan berhutang jika mengalami keadaan kewangan yang meruncing. Strategi daya tindak ini adalah berfokus kepada masalah yang lebih praktikal. Responden cuba mendapatkan bantuan segera melalui cara berhutang dengan rakan. Kenyataan responden berkaitan hal ini adalah seperti berikut:

“kalau dah tak ada sangat, carilah siapa-siapa untuk bayar balik” (Responden 28)

(7)

“kita akan cuba juga cukupkan…kalau ada bil yang nak kena bayar, tak bayarlah bulan tu..akan tunda bil tu..” (Responden 29)

Pengurusan Kewangan

Hasil kajian turut menunjukkan bahawa keluarga mampu untuk menguruskan kewangan dengan baik melalui amalan gaya hidup dan pengurusan kewangan yang sederhana. Walaupun mereka tidak mempunyai kebebasan kewangan (inancial freedom), namun pengurusan kewangan yang sesuai dengan keadaan keluarga banyak membantu responden agar tidak mengalami masalah kewangan yang kritikal. Antara kaedah yang dikenalpasti ialah berbelanja mengikut keutamaan, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan mempunyai sistem kewangan yang sistematik.

Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden membuat perbelanjaan bulanan mengikut keutamaan. Peruntukan wang hasil daripada pendapatan yang diterima pada setiap bulan telah digunakan dengan bijak dengan mengutamakan keperluan asas isirumah seperti perbelanjaan utiliti, kereta, sewaan rumah, makan minum dan yuran persekolahan anak-anak. Hasil kajian ini turut mendapati bahawa responden mengutamakan perbelanjaan wang untuk hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan seperti persekolahan dan keperluan kanak-kanak berbanding perbelanjaan untuk ibu bapa mereka.

“anggaran perbelanjaan sekolah je dah RM4000…. (Responden 30)

“RM500 tu ni je..macam anak yang kat politeknik tu dia memang RM400 dalam RM500 tu untuk sekolah jelah (Responden 24)

Walau bagaimanapun, bagi responden yang mempunyai anak yang masih kecil, perasaan terbeban itu turut dirasai. Ini adalah kerana mereka memerlukan perbelanjaan untuk menampung keperluan yang berkaitan dengan penyusuan dan lampin pakai buang.

“Anak rasanya lebih, sebab pampers dengan susu dia kan” (Responden 1)

“Baby saje dekat RM600.00..pakaian baby sekarang mahal kot…pampers dua dah RM30.00 lebih…susu kalau yang paket 600g, dua dah RM17.00” (Responden 3)

(8)

“Biasanya belanja pampers la yang banyak sikit…pampers orang tua mahal sikit banding pampers budak” (Responden 7)

Dalam menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang dijaga khasnya yang telah uzur dan mengalami masalah kesihatan, mereka yang menjaga ibu bapa tua juga telah melakukan pengubahsuaian rumah:

“Bilik air sudah ada, saya buat bilik tidur. Sebelum dia nak pindah tinggal bersama kami, saya buat dulu, standby dulu” (Responden 2)

Terdapat responden yang membeli peralatan bantuan seperti kerusi roda dan tongkat bagi tujuan keselesaan dan keselamatan diri ibu bapa yang dijaga.Walau bagaimanapun, perbelanjaan ini tidak memerlukan peruntukan bulanan.

“Baru ini akhir-akhir ini dia dah jatuh dan kita beli, dia jatuh, badan dia besar.Masa itu, dia nak naik kereta dia tak boleh naik, dia nak angkat kaki dia jatuh.” (Responden 13)

Selain daripada mengurus pendapatan bulanan mengikut keutamaan, responden juga turut mengamalkan perbelanjaan secara berhemah. Contohnya dari segi perbelanjaan perubatan, ramai responden yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan klinik/hospital kerajaan berbanding ke klinik swasta. Oleh itu perbelanjaan ubatan dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan bebanan kewangan penjaga.

“so far untuk kami kan goverment kan, untuk sendiri, ubat-ubatan takda masalah la..kita pakai GL kita..”(Responden 22) “Ubat-ubatan pakai hospital punya ubat sahaja la.tak ada bayar. sebab dia ada kad pesara. Dia pergi buat rawatan semua itu tak bayar. Ambil ubat sahaja dia semua ok, lepas itu. Dia buat appointment lepas habis ubat dia ambil ubat itu semula” (Responden 19)

Terdapat juga responden yang memperuntukkan perbelanjaan harian mengikut perancangan yang telah diatur mengikut keperluan tertentu. Perbelanjaan seperti ini sangat memerlukan disiplin yang tinggi. Responden hanya akan berbelanja mengikut peruntukan harian yang telah ditetapkan.

(9)

Bagi responden yang proaktif, mereka mewujudkan sistem kewangan keluarga yang tersendiri. Terdapat dua jenis sistem yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini iaitu sistem simpanan piramid dan sistem tabungan adik-beradik. Sistem piramid merupakan satu sistem yang dicipta oleh salah seorang responden dalam menangani isu kewangan menjaga ibu bapa tua. Responden telah menyimpan gaji yang diterima oleh anak dewasanya untuk keperluan harian mereka. Responden menceritakan bagaimana sistem ini berfungsi dalam melonjakkan tabungan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi keluarga.

“Pak cik lancarkan sistem piramid. Kalau dalam rumah ni ada yang bekerja dan yang bersekolah. Sistem piramid ni diorang akan membantu pak cik. Sebelum dia orang berkahwin dia orang kena berkhidmat untuk pakcik.Gaji dia orang serahkan pada makcik, cuma boleh ambil RM10 sehari.” (Responden 2)

Sistem seterusnya ialah tabungan adik-beradik di mana semua adik beradik akan memperuntukkan sejumlah wang secara tetap untuk perbelanjaan ibu bapa mereka. Melalui tabungan adik beradik, penjaga yang menjaga ibu bapa tua tidak merasa terbeban kerana semua perbelanjaan dibiayai secara bersama.

“setiap tahun ada juga la bagi, tapi macam adik beradik kongsi la..macam kita collect RM50 sebulan dalam 3 adik beradik RM50 macam tula..jadi nanti dia adalah dana..sebab rawatan tu kadang-kadang satu bulan tu mesti RM50 susu…pampers semua” (Responden 24)

Sumber kewangan lain

Ramai di kalangan responden yang mencari sumber sampingan yang lain selain pendapatan daripada hasil pekerjaan utama. Antara sumber kewangan lain yang diperoleh oleh responden ialah melalui pekerjaan sampingan, bantuan formal kerajaan, bantuan adik-beradik dan sumber pencen orang yang dijaga. Hampir separuh daripada sejumlah responden yang terlibat dalam kajian ini dikenal pasti telah melakukan pekerjaan sampingan. Antara kerja sampingan yang dijalankan adalah seperti mengasuh kanak-kanak, berniaga jualan langsung, menjual perkhidmatan seperti penyewaan kanopi dan lain-lain. Kerja-kerja sampingan yang dijalankan sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan kewangan isi rumah responden.

“suami kan bawak barang-barang untuk orang pindah ni ade la duit masuk sikit……”(Responden 10)

(10)

Selain daripada mempunyai pekerjaan sampingan, terdapat sebahagian besar daripada responden yang telah menerima bantuan daripada adik-beradik yang tidak menjaga ibu bapa mereka. Bantuan daripada adik beradik lazimnya tidak tetap dan sekadar mengikut kemampuan masing-masing sepertimana kenyataan berikut;

“memberi bantuan tu mengikut kemampuan beberapa yang ada.. selain daripada pergi, menziarahi, menengoklah.. Maknanya kalau ada, ada yang lebih, ada yang bagi sampai RM200-300 ada yang bagi RM50, RM100, tengok kepada kemampuan..” (Responden 27)

Wang yang diberikan oleh adik-beradik tersebut dapat membantu responden untuk merancang pembelian barangan keperluan ibu bapa mereka yang perlu disediakan pada setiap bulan seperti pembelian lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

“macam pampers semuanya dalam RM500 sebulan.. untuk pampers .. ..ubat-ubat… dekat RM300 la sebulan…..boleh la tampung sikit....macam tulah” (Responden 24)

Di samping itu, terdapat juga beberapa orang responden yang memperoleh bantuan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat sepertimana kenyataan berikut;

“Kewangan itu, akak ada dapat bantuan dari zakat la. Setiap tahun. Lebih kurang sembilan ratus (RM900) dalam satu tahun…”(Responden 18)

“akak dapat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan” (Responden 27)

Bantuan secara formal yang diberi oleh pihak kerajaan banyak membantu responden untuk menampung perbelanjaan seharian. Ini dapat dilihat menerusi pola bahawa mereka yang memperoleh bantuan kewangan secara formal terutama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak melakukan pekerjaan sampingan. Keadaan ini menggambarkan bahawa bantuan yang berbentuk bulanan yang diterima oleh responden sangat memberi kesan kepada kewangan isi rumah responden dan seterusnya memberi kesan positif ke atas penjagaan warga tua dan kanak-kanak.

(11)

“Ekonomi tak ada masalah. Sebab ayah saya ini, dia ini… bekas askar, dia ada pencen semua itu, jadi dari segi itu, kewangan dia tak ada masalah.Yang itu tak ada beban”. (Responden 20)

Terdapat juga dalam kalangan ibu bapa yang menerima wang pencen dan memberikan wang berkenaan kepada anak-anak termasuk responden. Situasi ini telah mengurangkan bebanan penjaga dan secara tidak langsung membantu meningkatkan kesejahteraan hidup dalam kalangan responden yang berperanan sebagai penjaga.

“memang takda masalah. Pasal dia ada pencen, kalau anak-anak dia bagi. Tapi spend untuk dia pun tak banyak. Kadang kalau dia dapat duit, dia bagi anak dia..” (Responden 29)

Personaliti orang yang dijaga

Personaliti ibu bapa yang dijaga turut mempengaruhi keadaan yang berkaitan dengan tekanan kewangan. Kebanyakan responden dalam kajian ini melihat ibu bapa mereka tidak menunjukkan sikap meminta-minta dan menerima keadaan penjaga seadanya. Keadaan ini telah membuatkan penjaga merasa selesa untuk terus menjaga ibu bapa tua.

“Alhamdulillah laaa.Dia bukan jenis yang mintak-mintak. Mana yang kita mampu kita tolong…”(Responden 8)

“Dia makan sikit sahaja, tak apa dia makan.Sikit saja dia makan, dah kenyang dia kata.So, tak ada tambahan kewangan. ” (Responden 19)

Perbincangan, Implikasi dan Cadangan

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa aspek kewangan bukan merupakan bebanan utama kepada penjaga generasi sandwich khasnya yang berpendapatan sederhana. Situasi ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Fatimang & Rahmah (2011) yang mendapati bahawa penjaga keluarga yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi mengalami bebanan yang rendah berbanding dengan penjaga yang mempunyai pendapatan yang rendah. Berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh beberapa sarjana barat yang mendapati bahawa kebanyakan penjaga mengakui bahawa mempunyai masalah kewangan dan terbeban dengan penjagaan anak-anak dan ibu bapa tua (Fast, Williamson, & Keating, 1999; Hayman et al., 2001; White-Means & Rubin, 2004).

(12)

satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Persepsi penjaga berkaitan isu kewangan ini juga dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat khususnya di Asia sepertimana kajian yang dijalankan oleh Khadijah, Rahim, Khairuddin, Asnarulkhadi, dan Chan, (2011) yang mendapati bahawa kajian-kajian tempatan terdahulu menunjukkan bahawa tanggapan masyarakat Malaysia adalah anak perlu berperanan untuk membalas pengorbanan orang tua kerana mereka juga bakal menjadi tua pada suatu masa nanti.

Hal ini juga banyak dikaitkan dengan pegangan kepercayaan penjaga yang merupakan penganut agama Islam. Kebanyakan penjaga berpegang pada prinsip rezeki dan amanah. Pegangan teguh pada prinsip ini merupakan strategi daya tindak kognitif yang memberi kesan positif kepada keseluruhan persepsi kewangan penjaga. Strategi daya tindak emosi iaitu perasaan bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditentukan Tuhan ke atas kehidupan mereka menjadikan penjaga tidak mengalami tekanan yang tinggi daripada aspek kewangan. Kajian yang dijalankan oleh Rabinowitz (2010) turut mendapati bahawa strategi daya tindak bersifat keagamaan mempunyai hubungan dengan kesejahteraan dan kesihatan penjaga.Walaupun penjaga mengakui wang yang diperoleh adalah sekadar mencukupi, namun mereka sentiasa bersikap bersyukur dan tidak sesekali menganggap menjaga ibu bapa sebagai suatu yang membebankan daripada aspek kewangan mereka.Situasi ini agak berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Ugwu (2010) yang mendapati bahawa penjaga mengalami perasaan yang tertekan akibat daripada tekanan kewangan yang dialami ketika menjaga ibu bapa tua.

Hasil kajian ini turut mendapati bahawa kebanyakan penjaga mampu menguruskan kewangan mereka dengan baik dan dapat menjalankan kehidupan bekeluarga secara sederhana.Walaupun mereka tidak bebas untuk membelanjakan kewangan mereka, namun perbelanjaan yang berhemah membantu penjaga dan keluarga menikmati kehidupan yang sederhana tanpa melibatkan diri dengan masalah kewangan yang besar. Kajian yang dijalankan oleh Ahmad (2011) turut menunjukkan bahawa keluarga yang berperanan sebagai penjaga mengalami kekangan kewangan dengan mengurangkan perbelanjaan untuk beriadah dan bersosial. Penjaga lebih banyak mendahulukan keperluan asas dan berbelanja mengikut keutamaan. Hal ini adalah penting kerana perbelanjaan yang melebihi kemampuan akan memberi implikasi terhadap keluarga daripada aspek bebanan dan tekanan kewangan. Lazimnya penjaga perlu memikirkan perbelanjaan yang diperlukan dalam memenuhi permintaan penjagaan seperti pengangkutan, perubatan, peralatan dalam merancang perbelanjaan penjagaan (Decima Research, 2002; Hollander, et al., 2009).

(13)

oleh sesetengah responden berupaya meningkatkan pendapatan bulanan penjaga dan secara tidak langsung memberi keselesaan kepada penjaga untuk menjaga ibu bapa tua. Walau bagaimanapun, ia perlu dilihat secara lebih meluas kerana impak melakukan pekerjaan sampingan boleh menjejaskan pelbagai aspek lain terutama psikologi dan hubungan interpersonal ahli keluarga. Lyonette dan Yardley (2006) menjelaskan dalam kajiannya bahawa semakin banyak pekerjaan yang dilakukan, maka semakin banyak permintaan terhadap pekerjaan yang perlu dipenuhi dan ia merupakan faktor peramal kepada tekanan psikologi terutama bagi penjaga wanita.

Bantuan kewangan daripada agensi kerajaan terutama yang bersifat bulanan juga didapati sangat membantu ekonomi keluarga penjaga. Bantuan kerajaan yang lebih mengkhusus kepada warga emas (orang tua) memberi imej keprihatinan kerajaan yang baik terhadap golongan tersebut sekaligus menyuntik semangat dalam kalangan penjaga untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka. Dalam masa yang sama, ia mampu mengurangkan kadar kemasukan orang tua ke institusi penjagaan. Yoo et.al., (2011) dalam kajiannya mendapati bantuan jangka masa panjang kepada keluarga akan membantu penjaga untuk meneruskan penjagaan dan pekerjaan terutama bagi penjaga wanita. Pengurangan bantuan oleh kerajaan hanya akan menyebabkan penjaga meninggalkan pekerjaan dan seterusnya memberi implikasi negatif terhadap pasaran buruh.

Selain daripada itu, sumber kewangan sampingan seperti pencen yang diterima oleh ibu bapa yang dijaga sangat membantu. Hasil kajian ini turut mendapati bahawa penjaga yang mempunyai pencen tidak mengalami masalah kewangan dan tidak merasa terbeban dengan kehadiran ibu bapa yang tinggal serumah. Ini merupakan indikator bahawa keperluan sumber kewangan daripada orang yang dijaga itu sendiri memainkan peranan penting. Ini bermakna skim pencen yang diberikan oleh kerajaan mampu menjamin bukan sahaja kesejahteraan kewangan untuk pesara, malahan kesejahteraan bagi mereka yang tinggal serumah dengan pesara. Walau bagaimanapun, skim pencen hanya dapat dinikmati bagi mereka yang bekerja kerajaan. Oleh yang demikian, bagi mereka yang bekerja swasta, jaminan kewangan di hari tua seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu dilihatdimanfaatkan sebaiknya.

(14)

‘pertukaran’ penjagaan di mana anak-anak menjaga pula ibu bapa yang telah menjaga mereka semasa mereka kecil dahulu.

Selain daripada itu, personaliti orang yang dijaga turut memainkan peranan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi penjaga. Apabila penjaga dan keluarga sejahtera, maka bebanan kewangan yang berat akan terasa ringan. Penjaga merasa selesa dengan ibu bapa yang mempunyai sikap tidak suka meminta-minta dan menerima mereka dan keluarga mereka seadanya sebagai sebuah keluarga. Kajian yang dijalankan oleh Boven, Campbell and Gilovich (2010) mendapati personaliti individu materialistik dan merasa kebahagiaannya adalah hasil daripada kebendaan lebih tidak disukai oleh orang sekelilingnya berbanding dengan individu yang merasa bahagia melalui pengalaman hidupnya. Persepsi penjaga yang melihat orang yang dijaga mempunyai personaliti yang positif secara tidak langsung menunjukkan hubungan interpersonal sesama ahli keluarga juga adalah baik.

Penutup

Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa penjaga dewasa generasi sandwich yang berpendapatan sederhana menganggap bahawa penjagaan generasi sandwich merupakan satu amanah Tuhan dan tanggungjawab anak kepada ibu bapannya. Persepsi sedemikian menyebabkan kebanyakan penjaga tidak merasa terbeban dari aspek penjagaan walaupun mereka tidak mempunyai kebebasan dari aspek kewangan. Strategi pengurusan kewangan yang diamalkan oleh penjaga dalam menguruskan keluarga mereka turut membantu ke arah kesejahteraan penjagaan dalam kalangan generasi sandwich. Selain daripada itu, bantuan kewangan sedia ada daripada kerajaan perlu dikekalkan demi menjamin kesejahteraan keluarga generasi sandwich yang mempunyai cabarannya yang tersendiri dalam mengurus dan menyediakan keperluan penjagaan berbanding jenis keluarga yang lain.

Penghargaan

Kajian ini telah mendapat sokongan dan pembiayaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) kod penyelidikan: FRGS/1/2011/SS/UKM/02/26. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Rujukan

(15)

Addington-Hall J. M., MacDonald L. D., Anderson H. R., Chamberlain J., Freeling P., Bland J. M., Raferty J. (1992). Randomized controlled trail of effects of coordinating care for terminally ill cancer patients. British Medical Journal, 305, 1317-1322.

Andrew, P.( 2007). The sandwich generation mccrindle research, ABS, NATSEM income and wealth report.

Aoun S. M., Kristjanson L. J., Currow D. C., Hudson P. L. (2005). Caregiving for the terminally ill: At what cost? Palliative medicine, 19, 551-555

Alavi, K., Sail, R. M., Idris, K., Abu Samah, A., & Chan, C. (2011). Keperluan sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua. e-Bangi, 6(1), 102- 114, 2011.

Ahmad, K. (2012). Informal caregiving to chronically iii older family members: Caregivers’ experiences and problems. A Research Journal of South Asian Studies, 27(1), 101-120

Boven L. V., Campbell, M. C, Gilovich, T. (2010). Personality & Social Psychology Bulletin,36 (4),551-63.

Brienbaum L. K., Clarke-Steffen L. (1992). Terminal care costs in childhood cancer. Journal Of Pediatric Nursing, 18, 2858.

Covinsky K. E., Goldman L., Cook E. F. (1994). The impact of serious illness on patients’ families. Journal of the American Medical Association, 272, 1839-1844.

Decima Research. (2002). National proile of family caregivers in Canada: Final report. Ottawa, Ontario: Health Canada.

Szinovacz & Davey. (2012). Changes in adult children’s participation in parent care. Ageing And Society, 3 (04), 667-697.

Evercare and National Alliance for Caregiving. (2007). Family caregivers — What they spend, what they sacriice. Minnetonka, MN: Evercare & Bethesda, MD: NAC,.

Fatimang Ladola, Rahmah Mohd Amin & Fatimah Abdullah. (2009). Penjaga wanita bagi warga tua pesakit strok di bandar. Malaysian Journal of Social Administration, 6, 57-72.

Fast, J., Williamson, D., & Keating, N. (1999). The hidden costs of informal elder care. Journal of Family and Economic Issues, 20(3), 301-326.

Ferris F. D., Wodinsky H. B., Kerr I. G., Sone M., Hume S., Coons C. (1991).A cost-minimization study of cancer patients requiring a narcotic infusion in hospital and at home. Journal of Clinical Epidemiology, 44,

313-327.

Funder, D. C. (2006). Towards a resolution of the personality triad: Persons, situations, and behaviors. Journal of Research in Personality, 40, 21–

34.

Grundy, E. & Henretta, J. C. (2006). Between elderly parents and adult children: A new look at the intergenerational care provided by the “sandwich generation”. Aging and Society, 26, 707-722.

(16)

Haddock S. A., Zimmerman T. S., Lyness K. P., Ziemba S. J.(2006). Practices of dual earner couples successfully balancing work and family. Journal of Family and Economic Issues, 27, 207-234.

Hayman, J.A., Langa, K.M, Kabeto, M.U., Katz, S. J., DeMonner, S. M., Chernew, M.E & Fendrick, A. M. (2001). Estimating the cost of informal caregiving for elderly patients with cancer. Journal of Clinical Oncology, 19, 3219-3225.

Hickenbottom S. L., Fendrick A. M., Kucher J. S., Kabeto M. U., Katz S. J., Langa K. M. (2002). A national study of the quantity and cost of informal caregiving for the elderly withstroke. Neurology, 58,

1754-1759.

Hollander, M.J., Liu, G., and Chappell, N.L. (2009). Who cares and how much? The imputed economic contribution to the Canadian healthcare system of middle-aged and older unpaid caregivers providing care to the elderly. Healthcare Quarterly, 12, 42-49

Khadijah, A., Rahim, M.S., Khairuddin, I., Asnarulkhadi, A.S. & Chan, C. (2011). Keperluan sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua. e-Bangi, 6(1), 102-114.

Koh, S.K and MacDonald, M. (2006). Financial reciprocity and elder care: Interdependent resource transfers. Journal of Family and Economic Issues, 27, 420-436

Langa K. M., Valenstein M. A., Fendrick A. M., Kabeto M. U., Vijan S. (2004). Extent and cost of informal caregiving for older Americans with symptoms of depression. American Journal of Psychiatry, 161,

857-863

Lyonette, C & Yardley.L. 2006. Predicting mental health outcomes in female working carers: A longitudinal analysis. Aging & Mental Health, 10(4),

368–377

Murphy, M. & Grundy, E. 2003. Mothers with living children and children with living mothers: The role of fertility and mortality in the period 1911-50. Population trends, 112, 36-45.

Norzareen, M. &Nobaya, A. (2010).Women of the sandwich generation in Malaysia. European Journal of Social Sciences, 13(2), 171-178.

Olson, D.H. &DeFrain, J. (2006). Marriages and families: Intimacy, diversity and strengths. Ed. ke-5. Boston: McGraw Hill.

Panda S. M., Coleman B. (2001). The high cost of at-home caregiving.

American Journal of Hospice & Palliative Care, 18, 157.

Raphael, D. & Schlesinger, B. (1994). Women in the sandwich generation: Do adult living at home help? Journal of Women and Aging, 6, 21-45.

(17)

Schulz R., Mendelsohn A. B., Haley W. E., Mahoney D., Allen R. S., Zhang S., Belle S. H. (2003). End-of-life care and effects of bereavement on family caregivers of persons with dementia. New England Journal of Medicine, 349, 1936-1942

Szinovacz, M. E.& Davey, A. (2012). Stability and Change in inancial transfers from adult children to older parents.Canadian Journal on Aging, 31(4),367-78.

Van Boven, L., Campbell, M. C., & Gilovich, T. (2010). Stigmatizing materialism: On stereotypes and impressions of materialistic and experiential pursuits. Personality and Social Psychology Bulletin, 36,

551–563

Yoo, B. K., Bhattacharya, J., McDonald, K.M., & Garber, A.M. (2004). Impacts of informal caregiver availability on long-term care expenditures in OECD countries. Health Services Research, 39, 6.

Weber K, Giannakopoulos P, Delaloye C, de Bilbao F, Moy G, Ebbing K, Moussa A, Herrmann FR, Gold G, Canuto A. (2012). Personality traits, cognition and volumetric MRI changes in elderly patients with early-onset depression: A 2-year follow-up study. Psychiatry Research, 198(1), 47-52.

Referensi

Dokumen terkait

Cara pembayaran bonus dapat dilakukan dengan empat cara, yaitu: (1) bonus saat ini yang biasanya diberikan setiap tahun; (2) bonus tertangguh yang diperoleh saat

magnetometer menggunakan jenis MEMS untuk 3-aksis (x, y, dan z) dengan kepekaan 2miligaus untuk skala ukur ±8gaus. Dengan kepekaan tersebut akan mampu mendeteksi

Penentuan daya dukung lingkungan berdasarkan kapasitas asimilasi lingkungan perairan seperti yang dikemukakan oleh Quano (1993).. adalah metode hubungan antara

Berdasarkan penelitian-penelitian yang telah dipaparkan di atas, maka akan dilakukan penelitian lebih lanjut dengan judul “Implementasi Metode Fuzzy C- Means Pada

memilki prestasi belajar (kognitif, psikomotorik dan afeksi) lebih baik daripada siswa yang memiliki sikap ilmiah rendah. 4)Tidak terdapat pengaruh interaksi antara

Mengatasi masalah keterbatasan anggaran, mestinya Dinas Kesehatan perlu melakukan advokasi kepada pemerintah daerah dan DPRD untuk mendapatkan dukungan dana dalam

Pewarna makanan berbahaya lainnya adalah rhodamin B merupakan pewarna berbahaya yang tidak boleh diberikan dalam bahan tambahan makanan, pewarna ini berbahaya ini

Monolog merupakan pembicaraan yang dilakukan dengan sendiri (adegan dengan pelaku tunggal yang membawakan percakapan seorang diri), dialog merupakan percakapan dalam