• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment PBKK 3013 Teori Kaunseling

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Assignment PBKK 3013 Teori Kaunseling "

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pada hari ini, kita sedia maklum bahawa pelbagai masalah sosial telah berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Apa yang lebih penting ialah masalah sosial yang berlaku pada dahulu hanya berlaku bermula pada peringkat sekolah menengah namun pada hari ini ianya turut terjadi di sekolah rendah. Untuk memenuhi tugasan PBKK 3013 Teori Kaunseling, masalah membunuh diri yang berlaku di sekolah rendah akan dikaji dalam kajian ini. Kes membunuh diri yang dikaji ialah kes yang berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak iaitu SJKC Chong Hwa Kanthan yang berlaku pada bulan Jun tahun 2015. Terdapat beberapa sebab mengapa masalah membunuh diri dikaji dalam kajian ini. Antara sebabnya ialah, masalah membunuh diri dalam kalangan murid ialah suatu masalah yang sangat serius kerana ianya mampu membawa kepada kematian kepada murid jika dibandingkan dengan masalah sosial yang lain seperti mencuri, merokok dan sebagainya. Masalah membunuh diri dalam kalangan murid selalunya berpunca daripada masalah-masalah yang kecil yang berlaku di sekolah. Oleh itu, sebagai kaunselor sekolah haruslah peka kepada perubahan dalam diri murid untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku.

(2)

2.0 LATAR BELAKANG KLIEN DALAM KES YANG DIKAJI

Klien yang dikaji dalam kajian ini ialah merupakan seorang murid perempuan yang belajar di SJKC Chong Hwa Kanthan yang terletak di Ipoh, Perak. Murid perempuan tersebut merupakan seorang murid sekolah rendah yang berusia 12 tahun. Menurut ibu bapa murid tersebut, klien merupakan seorang anak yang pendiam dan jarang bercakap ketika di rumah. Semasa di sekolah, klien juga jarang bergaul dengan rakan-rakan kelas yang lain. Klien lebih suka menyendiri daripada rakan-rakan yang lain dan jarang menceritakan hal-hal yang berlaku dalam diri dia kepada guru-guru di sekolah mahupun rakan-rakan yang lain. Selain itu, dari segi prestasi pelajaran pula, klien merupakan pelajar yang sederhana dalam pelajaran.

3.0 MASALAH YANG DIKENAL PASTI

Masalah yang dikaji dalam kajian ini merupakan kes membunuh diri pelajar sekolah rendah SJKC Chong Hwa Kanthan Ipoh, Perak iaitu murid perempuan sekolah rendah yang berusia 12 tahun. Kejadian tersebut berlaku pada pagi 19 Jun 2015. Murid tersebut seperti biasa pergi ke sekolah pada awal pagi tersebut dengan menaiki basikal. Setelah sampai di sekolah, murid tersebut terus menuju ke tingkat tiga bangunan sekolah seperti mana yang dilaporkan oleh pengawal keselamatan sekolah tersebut iaitu encik Ahmad Suhaimi. Menurut laporan pihak polis, murid perempuan tersebut dipercayai meletakkan sebuah kerusi dengan menyandarkan kerusi tersebut ke dinding dan terjun ke bawah bangunan melalui kerusi tersebut.

(3)

Gambar 1: Tempat kejadian murid sekolah membunuh diri

4.0 TEORI KAUNSELING YANG DIPILIH

4.1 TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT)

(4)

Menurut Khoo Bee Lee dalam bukunya “Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak”, teori REBT menekankan bahawa manusia adalah unik dan mempunyai potensi untuk berfikir secara rasional untuk mencapai kesempurnaan diri sendiri. Namun, apabila sistem kepercayaan seseorang individu diganggu maka ianya akan menyebabkan gangguan secara berterusan terhadap individu itu sendiri. Ellis mempercayai bahawa pemikiran manusia yang tidak logik dan silap akan menyebabkan gangguan emosi kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, Ellis dalam teorinya telah menyenaraikan 11 kepercayaan tidak rasional manusia yang telah menyebabkan manusia sering kali mengalami gangguan emosi dan seterusnya akan mendorong manusia untuk melakukan perkara yang boleh membinasakan diri.

11 kepercayaan tidak rasional yang diperkenalkan oleh Ellis merupakan konsep asas dalam teori REBT. Ellis menyatakan bahawa emosi manusia terbahagi kepada 2 iaitu emosi rasional dan emosi tidak rasional. Emosi rasional ialah seperti gembira, teruja, kecewa dan sebagainya. Manakala emosi tidak rasional adalah seperti marah, putus asa, rasa tidak berguna dan sebagainya. Sekiranya seseorang individu mempunyai emosi sebegitu, maka ianya akan menyebabkan manusia mudah berasa kecewa terhadap dirinya sendiri. Dari saat itulah manusia akan mula memikirkan perkara yang tidak rasional seperti ingin membunuh diri, membunuh orang lain untuk melepaskan geram dan sebagainya. Rasionalnya, pemikiran yang negatif akan menyebabkan manusia tidak mampu untuk bertingkah laku secara baik dan produktif. (Khoo Bee Lee, 2014)

Selain itu, Albert Ellis telah memperkenalkan konsep ABCDE dalam teorinya untuk menjelaskan bagaimana pemikiran seseorang manusia akan mempengaruhi tingkah laku dirinya sendiri.

(5)

Setiap teori mempunyai matlamatnya tersendiri, begitu juga dengan teori REBT. Antara matlamat teori REBT ialah meminimumkan rasa menyalahkan diri sendiri dan membantu klien mengenal pasti pemikiran tidak rasional yang mengundang kepada gangguan emosi. Selain itu, teori ini juga bermatlamat untuk menggalakkan seseorang individu supaya lebih bertoleransi dengan diri sendiri dan orang lain untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Seperti kes membunuh diri yang dikaji, murid sekolah rendah berani untuk membunuh diri adalah disebabkan oleh pemikiran tidak rasional yang menguasai pemikirannya. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling haruslah melaksanakan sesi kaunseling dalam keadaan yang kondusif supaya klien boleh merasionalkan dirinya melalui teknik-teknik yang sedia ada dalam teori ini.

5.0 TEKNIK-TEKNIK DALAM TEORI REBT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KES YANG DIKAJI

Teori REBT yang dipelopor oleh Albert Ellis mempunyai pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan kepada klien dalam kes iaitu murid perempuan sekolah rendah yang terlibat dalam kes membunuh diri ketika menerima sesi kaunseling individu. Disebabkan tingkah laku klien untuk membunuh diri merupakan tingkah laku negatif yang dihasilkan oleh pemikiran yang tidak rasional, maka, dengan harapan dengan menggunakan teknik-teknik yang terdapat dalam teori REBT boleh membantu mengubah pemikiran klien terhadap masalah yang dialaminya iaitu masalah tekanan dalam pelajaran. Sekiranya pemikiran dan tingkah laku klien dipandang remeh tanpa mengambil sebarang tindakan, maka, kejadian membunuh diri tersebut semestinya akan berlaku lagi dan kemungkinan murid-murid yang lain juga akan mengambil langkah yang sama untuk menghilangkan tekanan yang mereka alami ketika di sekolah.

(6)

menggunakan soalan seperti “kenapa mesti begitu?”, “adakah wajar bertindak demikian?” dan sebagainya supaya klien boleh menanyakan soalan kepada dirinya sendiri dan secara tidak langsung boleh merasionalkan pemikiran tidak rasional yang diamalkan sebelum ini.

Selain daripada teknik mencabar pemikiran, teknik imaginary disputation juga boleh diaplikasikan ke atas diri klien dalam kes ini. Teknik tersebut merupakan suatu teknik yang mempunyai variasi terapi yang boleh diaplikasikan kepada klien seperti imageri-rasional, Emotional Control Card (ECC) dan shame-attacking. Imageri-rasional merupakan suatu bentuk latihan mental untuk membentuk pemikiran klien yang baru. Kaunselor akan memberi peluang kepada klien dalam kes ini untuk berimaginasi tentang tindakan klien membunuh diri dan seterusnya menyuruh klien untuk merasa keadaan setelah membunuh diri supaya klien takut untuk berbuat demikian. (Khoo Bee Lee, 2014)

Selain itu, terapi ECC adalah bertujuan untuk membantu klien mengawal segala pemikiran tidak rasional yang menyebabkan klien bertindak untuk membunuh diri. Klien akan disuruh untuk memilih kad emosi yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi iaitu tekanan dalam pelajaran dan klien boleh mengetahui cara-cara untuk mengawal emosinya melalui pembacaan maklumat-maklumat dalam kad tersebut. Di samping itu, terapi shame-attacking juga boleh membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar, klien merupakan seorang murid yang pendiam dan jarang bergaul dengan rakan. Sekiranya masalah ini berlarutan, ianya akan menyebabkan klien mengalami kemurungan dan seterusnya cuba untuk membunuh diri. Oleh itu melalui terapi ini, klien akan dibantu untuk tidak berasa malu ketika bergaul dengan rakan lebih-lebih lagi apabila kes klien membunuh diri ini diketahui oleh banyak pihak.

(7)

Selain itu, kaedah Behavioral disputation juga juga boleh dijalankan keatas klien. Behavioral disputation merupakan suatu teknik mengajar klien untuk bertingkah laku secara bertentangan terhadap tingkah laku yang biasa diamalkan olehnya. Klien merupakan seorang murid yang pendiam dan tidak mudah bergaul dengan orang lain termasuk ibu bapa di rumah. Oleh itu segala perasaan dan masalah akan dipendam dalam dirinya sendiri dan lama-kelamaan situasi tersebut akan menyebabkan klien mengalami penyakit kemurungan dan asyik menyalahkan diri sendiri. Akhirnya klien akan menggunakan cara membunuh diri supaya masalahnya akan selesai kerana tidak mampu menahan beban menanggung segala masalah yang dihadapinya. Oleh itu, melalui teknik ini, klien akan diajar untuk bersosial secara sihat dengan rakan-rakan yang lain dengan cara bermain, berbual dan sebagai kerana ini secara tidak langsung mampu membantu klien untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakan yang lain.

Bukan sekadar itu sahaja, teknik pita rakaman juga sangat sesuai untuk diaplikasikan kepada klien dalam kes ini. Kita mengetahui bahawa klien merupakan murid 12 tahun yang membunuh diri sebab mengalami tekanan dalam pelajaran. Oleh itu, semasa dalam sesi kaunseling individu, kaunselor akan meletakkan satu pita rakaman untuk merakam segala perbualan dalam sesi dan kaunselor akan memainkan semula pita tersebut kepada klien. Rasionalnya ialah supaya klien boleh mengesan tindak balas tidak rasionalnya ketika dalam sesi. Setelah klien mengetahui bahawa pemikirannya yang tidak rasional yang mendorongnya untuk membunuh diri, maka klien akan mengubah persepsi dan pemikiran pada masa akan datang sekiranya mengalami masalah yang sama supaya tindakan membunuh diri boleh dielakkan.

(8)

Gambar 4: Contoh buku bantu diri untuk klien

6.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, kes membunuh diri di sekolah sememangnya perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, kes membunuh diri dalam kalangan murid sekolah adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang serius yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru di sekolah dan kaunselor. Guru bimbingan dan kaunseling di sekolah haruslah bersikap proaktif untuk membuat aktiviti dalam peringkat sekolah seperti program pencegahan dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang terlibat dalam masalah sosial dan murid yang mengalami tekanan terutamanya dalam pelajaran untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Bak kata orang tua, “mencegah lebih baik daripada merawat” adalah benar sekali sebelum masalah yang timbul menjadi lebih serius. Sekiranya selepas sesi kaunseling, klien dalam kes yang dikaji boleh mengubah pemikirannya terhadap masalah-masalah yang dihadapi, maka klien boleh bertingkah laku dengan lebih positif pada masa akan datang. Oleh itu, setiap warga sekolah haruslah berkolaborasi dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan murid-murid di sekolah supaya murid-murid yang dilahirkan mampu menyumbang tenaga kepada negara untuk mencapai wawasan 2020 kelak.

(9)

RUJUKAN

BUKU RUJUKAN

Ee, A. M. (1999). Bimbingan dan Kaunseling 1. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khoo, B. L. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Lee, K. C. et.al. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: UG Press Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2003). Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L.) Sdn. Bhd.

Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. (2013). Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

TESIS

Norhayati Ya’acob. (2013). Kajian Terhadap Faktor Kemurungan Bagi Pelajar Darjah Empat, Darjah Lima dan Darjah Enam di Tiga Buah Sekolah Agama Daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Johor: Open Univeristy Malaysia.

Zarina Samin. (2012). Hubungan Penghargaan Kendiri dan Kemurungan Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor. Johor: Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor.

JURNAL

Asmah Suboh et.al, (2011). Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan. Jurnal Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Jilid 1. Mac 2011, 77-93.

(10)

Oriental Daily News. (2015). Cubaan Murid Tahun 6 Untuk Membunuh Diri, Ibu Bapa Menafikan Anak Mereka Membunuh Diri. Dimuat turun pada 26 Ogos 2015 daripada

http://www.orientaldaily.com.my/society/sh88916200373.

CUBAAN MURID TAHUN 6 UNTUK MEMBUNUH DIRI, IBU BAPA

MENAFIKAN ANAK MEREKA MEMBUNUH DIRI

Diterjemah dari - http://www.orientaldaily.com.my/society/sh88916200373

IPOH – Seorang murid perempuan tahun 6 SJKC Chong Hwa Kanthan Baru, Chemor

Perak, yang dipercayai menaiki basikal ke sekolah pada awal pagi telah mencuba untuk

membunuh diri melalui terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah pada pukul 6.15 pagi

semalam. Namun, murid tersebut dilaporkan patah tangan kanan dan keadaan

dilaporkan tidak kritikal. Murid tersebut kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun

Ipoh.

Berkenaan dengan kes tersebut, pihak polis telah menemui sebuah kerusi yang

bersandar pada dinding 4 kaki tinggi di tingkat 3 sekolah tersebut dan pihak polis

membuat andaian bahawa murid tersebut cuba untuk membunuh diri. Namun, ibu bapa

kepada murid tersebut menafikan kenyataan pihak polis ketika ditemu ramah di

hospital.

Selain daripada mengalami kepatahan pada tangan kiri, tulang belakang murid tersebut

juga mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan rapi di hospital. Ibu bapa murid

tersebut menunggu di luar bilik ICU ketika anak mereka dirawat.

Tambahan lagi, rumah kediaman murid tersebut tidak jauh daripada kawasan sekolah

dan murid tersebut biasanya hanya menaiki basikal ke sekolah. Selepas menyedari

kejadian tersebut, guru sekolah segera memanggil ambulans untuk menghantar murid

tersebut ke hospital untuk dirawat.

Menurut ibu bapa murid, murid tersebut adalah seorang murid yang pendiam dan

jarang bergaul dengan murid lain ketika di sekolah. Selain itu, keputusan murid tersebut

juga pada tahap memuaskan. Terdapat beberapa sumber yang mengatakan punca

murid tersebut membuat cubaan untuk membunuh diri ialah kerana mengalami tekanan

dalam pelajaran dan sering dimarahi oleh guru ketika dalam kelas berkenaan dengan

kerja rumah.

(11)

Gambar

Gambar 1: Tempat kejadian murid sekolah membunuh diri
Gambar 2: Model ABCDE oleh Albert Ellis dalam teori REBT
Gambar 3: Contoh Emotional Control Card (ECC)

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini disebabkan penggunaan metode kualitatif memungkinkan peneliti untuk mengetahui lebih jelas bagaimana proses dan hasil penerapan terapi rasional emotif tingkah laku

Konsep diri mempengaruhi semua tingkah laku individu dalam kehidupannya, termasuk kegiatan belajar, sehingga seseorang yang mempunyai konsep diri yang negatif

Selain penurunan tingkat kecemasan, pemikiran negatif dan tingkahlakunya juga dapat mereka ganti menjadi pikiran positif dan tingkah laku positif serta penerapan

memperhatikan tingkah laku klien dan perubahan-perubahan yang terjadi dalam diri klien. Dari hakekatnya sebagai hubungan yang bersifat membantu dan sebagai proses

1) Rasional teoritis logis yang disusun oleh para penciptanya. 2) Landasan pemikiran tentang apa dan bagaimana peserta didik belajar. 3) Tingkah laku mengajar yang diperlukan agar

Dengan menggunakan konseling behavioristik teknik operant conditioning dapat menghasilkan perubahan tingkah laku pada klien untuk mampu memulai mengerjakan tugas,

Paling tidak tidak, ada enam konsep operant conditioning ini yaitu :1). Penguatan positif dan negatif; 2). Shopping, ialah proses pembentukan tingkah laku yang makin

Namun untuk mengubah tingkah laku siswa dari negatif menjadi positif guru perlu mengetahui psikologi yang dapat digunakan untuk memperkirakan (memprediksi)