• Tidak ada hasil yang ditemukan

E Wakaf Ke Arah Pengurusan Wakaf yang Le

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "E Wakaf Ke Arah Pengurusan Wakaf yang Le"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

E-Wakaf: Ke Arah Pengurusan Wakaf Yang Lebih

Sistematik

Aidi Ahmi, Mohd Herry Mohd Nasir dan Mohd Hisham Mohd Sharif

Fakulti Perakaunan, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia

Tel: + 6049283751, + 60194442064 Fax: + 6049285762

E-Mel: aidi@uum.edu.my, herry@uum.edu.my, hisham79@uum.edu.my

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan kepentingan pengurusan wakaf dari perspektif Islam, keperluan menguruskannya secara cekap dan berkesan bersesua ian dengan perkembangan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini dan pembangunan dan pelaksanaan sistem e-Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. E-Wakaf merupakan satu aplikasi berkomputer yang mengendalikan pengurusan hartanah wakaf bagi sesebuah badan pengurusan wakaf seperti Majlis Agama Islam Negeri dengan lebih cekap dan berkesan secara integratif. Ini termasuklah dari segi pendaftaran tanah wakaf sehinggalah kepada pelaporan secara kolektif hartanah wakaf serta perancangan dan pengagihannya dari segi keekonomian hartanah wakaf itu sendiri bagi menjana pembangunan ummah khususnya dan negara amnya.

Kata kunci: e-Wakaf, e-Hasil, e-Sewa, Sistem Wakaf

Pendahuluan

Mewakafkan harta adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama

Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara

berterusan oleh Allah kepada pewakaf (wakif) selagi harta atau ain yang diwakafkan

itu kekal atau dimanfaatkan. Allah telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan

menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud:

"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan

Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap

tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan

pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurnianNya) lagi

Maha Mengetahui."

(2)

Kedudukan harta wakaf adalah hak Allah. Dengan demikian ia tidak boleh dimiliki,

dijual, dihebah (diberi) dan diwarisi kepada sesiapa. Ianya juga tidak menjadi hak

milik orang yang diwakafkan untuknya. Yang menjadi hak orang diwakaf untuknya,

hanya mengambil manfaat atau hasilnya sahaja dan tidak pada pokok harta atau ain

barangan itu.

Definisi Wakaf

Wakaf dari segi bahasa bermaksud tahan (habs) atau berhenti (man’u). Dari segi istilah pula ia bermakna menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk

zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.

Wakaf juga terkenal dengan nama sedekah jariah iaitu sedekah yang berterusan

pahalanya dari semasa ke semasa selagi ianya dapat dimanfaatkan.

Wakaf pada umumnya terbahagi kepada dua iaitu wakaf am (mutlak) dan wakaf khas

(muqayyad). Wakaf am adalah harta yang diwakafkan untuk kepentingan umat Islam

setempat ataupun maslahah umum manakala wakaf khas pula adalah wakaf yang

ditentukan oleh pewakaf yang mahu mewakafkan harta mereka untuk sesuatu projek

yang khusus seperti untuk pembinaan masjid, surau, keperluan anak-anak yatim dan

sebagainya selagi mana tujuannya tidak menyalahi syarak.

Pengurusan dan Pentadbiran Wakaf

Bidang kuasa pentadbiran wakaf di Malaysia adalah tertakluk di bawah pentadbiran

Majlis Agama Islam setiap negeri. Pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang

amat tepat yang mana tanpanya institusi wakaf tidak mungkin berperanan untuk

dikendalikan secara tersusun dan menyeluruh (Nik Mustapha Nik Hassan, 1999).

Setiap negeri di Malaysia mempunyai sistem pentadbiran wakaf yang tersendiri

berdasarkan peruntukan bidang kuasa yang telah diberikan kepadanya. Bagaimanapun

perlaksanaan dan pengurusannya masih lagi memerlukan pembaharuan yang terkini

(3)

maklumat wakaf yang cepat dan tepat boleh membantu sebagai satu sistem sokongan

kepada kerajaan misalnya untuk membangunkan ekonomi ummah.

Harta wakaf merupakan satu amanah yang seharusnya dipertanggungjawabkan oleh

pemegangnya terutama dalam memastikan tujuan dan hasrat asal pewakaf tercapai.

Pemegang amanah seharusnya juga dapat membangunkan semula tanah-tanah wakaf

untuk menaikkan nilai dan pulangannya, mengurus dan mentadbir tanah-tanah

tersebut dengan teratur serta melaporkan akaunnya setiap tahun agar kelihatan lebih

telus dan tidak lari dari hakikat untuk berlaku adil di dalam ekonomi dan sosial umat

Islam.

Wakaf juga dilihat sebagai salah satu kepada punca kewangan Islam. Pendekatan

Majlis Agama Islam Negeri untuk menambahkan bilangan tanah-tanah wakaf

sememangnya amat digalakkan bukan sahaja melalui pemberikan wakaf oleh umat

Islam sendiri bahkan juga malalui permohonan tanah-tanah baru kepada kerajaan

negeri untuk diwakafkan seterusnya dibangunkan untuk faedah dan kebajikan ummah.

Harta wakaf ini kemudiannya harus diuruskan dengan cekap, dibangunkan

berlandaskan hukum syarak atau digunakan mengikut tujuan ianya diwakafkan.

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Islam merupakan satu agama yang dinamik. Begitu juga dengan perkembangan

teknologi. Maka atas sebab keselarian inilah adalah imperatif bagi umat Islam untuk

menguasai teknologi (Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, 1999).

Pengarah Bahagian ICT, JAKIM dalam ucapannya di laman web bahagian tersebut

mengatakan,“Kecanggihan ICT adalah kurnia Allah kepada semua makhluknya. Kita

sebagai khalifah perlu menguasai dan menggunakannya semaksimum mungkin untuk

tujuan akhir; beribadah kepadaNya.

Teknologi maklumat juga perlu dilihat secara bersepadu (Sidek Baba, 1997) dan ia

seharusnya dimanafaatkan bagi membangunkan insan yang bermaklumat sekaligus

berilmu. Teknologi maklumat mampu menjadikan sesuatu data yang bersifat mentah

diproses menjadi maklumat yang bermanafaat yang boleh digunakan untuk

(4)

Justeru, satu sistem pengurusan yang lengkap dan tepat berkaitan dengan harta wakaf

ini seharusnya dibangun dan dilaksanakan memandangkan bilangan harta wakaf dari

tahun ke tahun akan bertambah. Dikuatiri sekiranya maklumat berkaitan harta ini

tidak disimpan dengan baik maka berkemungkinan tujuan dan matlamat wakaf itu

sendiri tidak akan tercapai kerana harta wakaf itu merupakan satu amanah yang

sememangnya tidak boleh dipandang ringan.

Harta wakaf juga merupakan salah satu khazanah yang tidak akan hilang sehingga ke

hari kiamat, bahkan ianya akan terus berkembang subur sekiranya dimanafaatkan

dengan sebaik-baiknya. Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad

(2004), mencadangkan supaya amalan wakaf dapat dilaksanakan secara lebih

berkesan, sebagai instrumen yang dapat memenuhi tujuan syarak, memelihara

harta-benda dan mengurusnya untuk memenuhi keperluan manusia.

Sesuai dengan perkembangan teknologi, maklumat harta wakaf ini bukan sahaja boleh

disimpan di dalam fail secara manual tetapi ianya boleh juga disimpan di dalam

pengkalan data secara berkomputer yang mana perbandingan kelebihannya boleh

dilihat seperti di Jadual 1.

Sistem Berkomputer Sistem Manual 1. Capaian data yang mudah 1. Capaian data yang sukar terutama

dalam proses sesuatu pencarian fail 2. Lebih selamat kerana data hanya boleh

dicapai oleh mereka yang berkenaan

sahaja dan data boleh di “backup” di

dalam CD.

2. Kurang selamat kerana berisiko untuk hilang dan terbakar misalnya dan

“backup” data memerlukan ruang

simpanan yang besar. 3. Pelaporan maklumat boleh dijana dengan

lebih mudah dan tepat.

3. Memerlukan masa yang lama untuk membuat sesuatu laporan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan terutama dalam kes yang memerlukan maklumat yang segera.

4. Mudah diimplementasikan kerana ia hanya memerlukan komputer yang berkonfigurasi rendah dan pengetahuan komputer yang minima.

4. Amat sukar diimplementasikan kerana ia memerlukan bilangan staf yang ramai untuk mengendalikannya.

5. Memerlukan kos pentadbiran yang rendah memandangkan harga komponen-komponen komputer semakin rendah dan memerlukan bilangan pekerja yang kurang.

5. Kos pentadbirannya mungkin meningkat dari masa ke semasa termasuk dari segi penstoran, bilangan pekerja dan yang berkaitan dengannya.

(5)

Oleh yang demikian, secara tidak langsung pembangunan sistem secara berkomputer

ini akan dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem yang

dibuat secara manual.

E-Wakaf

Sistem e-Wakaf ini sebenarnya telah pun dibangunkan dan dilaksanakan di Majlis

Agama Islam Negeri Kedah. Pembangunan adalah dibuat berdasarkan kepada

kehendak dan prosedur pengurusan wakaf di Majlis tersebut. Bagaimanapun

perbincangan berkaitan sistem e-Wakaf ini akan disesuaikan mengikut prosedur dan

pengurusan wakaf secara umum. Sistem e-Wakaf ini juga antara lainnya ingin

mencapai matlamat Agenda Teknologi Maklumat Negara yang menjurus ke arah

pembangunan masyarakat madani yang mempunyai strategi tiga (3) serampang yakni

pembangunan insan, infostruktur dan aplikasi.

Tujuan e-Wakaf ini dibangunkan adalah untuk membolehkan segala harta wakaf

diurus dan ditadbirkan dengan lebih sistematik dan profesional sama ada dari aspek

amalan wakaf itu sendiri mahupun dari aspek pelaksanaannya, supaya lebih telus dan

relevan dengan perkembangan teknologi masa kini.

Carta aliran sistem e-Wakaf ini adalah seperti di Gambarajah 1. Gambarajah 2 pula

(6)

Surat Lafaz

Gambarajah 1: Carta Aliran Sistem e-Wakaf

Gambarajah 2: Antara-Muka Sistem e-Wakaf

Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam sistem e-Wakaf ini adalah:

1. Melaksanakan pendaftaran tanah wakaf baru

2. Menyelaras dan mengemaskini daftar tanah wakaf

3. Menyelaras tanah wakaf yang hendak disewa/dipajak

4. Melakukan pencarian maklumat wakaf

5. Mengeluarkan laporan-laporan yang diperlukan

6. Pengagihan hasil wakaf

Pendaftaran tanah wakaf baru.

Maklumat berkaitan hartanah wakaf baru boleh direkodkan ke dalam sistem sebaik

sahaja surat lafaz wakaf telah lengkap dan segala dokumen-dokumen yang berkaitan

dengannya selesai. Ini termasukkan perkara-perkara seperti yang terdapat di dalam

rukun wakaf iaitu orang yang mewakafkan, pihak yang menerima wakaf, benda yang

(7)

Gambarajah 3: Borang Maklumat Pewakaf

Maklumat-maklumat asas pewakaf dan hartanah wakaf boleh disimpan melalui

borang maklumat pewakaf (rujuk Gambarajah 3) dan borang maklumat wakaf (rujuk

Gambarajah 4) seperti yang terdapat di dalam sistem e-Wakaf ini.

Maklumat-maklumat asas pewakaf seperti nama, no kad pengenalan, alamat dan

nombor telefon akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam sistem. Kemudiannya,

barulah maklumat hartanah wakaf akan direkodkan. Ini termasuklah

maklumat-maklumat seperti yang terdapat di dalam Gambarajah 4 iaitu maklumat-maklumat-maklumat-maklumat

seperti yang terdapat di dalam geran tanah misalnya berserta dengan status tersebut

(8)

Gambarajah 4: Borang Maklumat Wakaf

Penyelarasan dan pengemaskinian daftar tanah wakaf

Segala maklumat yang berkaitan dengan daftar wakaf ini boleh diselenggarakan dan

dikemaskini agar ianya lebih terkini dan tepat. Maklumat seperti status tanah sama

ada telah didaftarkan atas nama Majlis atau tidak, boleh dikemaskinikan. Sebarang

nota atau catatan terkini berkenaan hal ehwal pentadbiran tanah wakaf juga boleh

direkodkan. Pengeditan daftar tanah ini juga boleh dilakukan dari masa ke semasa

bersesuaian dengan perkembangan status tanah wakaf yang terbabit.

Sekiranya terdapat kes-kes seperti pengambilan semula tanah wakaf oleh pihak

berwajib misalnya, ia juga boleh direkod dan dikemaskinikan ke dalam sistem

e-Wakaf di bahagian ini.

Penyelarasan tanah wakaf untuk disewa/dipajak

Bagi tanah-tanah wakaf yang hendak disewa/dipajak pula ianya boleh ditadbirkan

melalui agihan plot untuk disewakan. Kemudiannya, ia boleh dinilai dan disewa

mengikut kadar semasa. Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan

(9)

boleh diuruskan. Bagaimana pun pentadbiran sewa ini diurus dan diletakkan dibawah

satu sub sistem yang dipanggil sebagai e-Sewa. Sistem e-Sewa ini sememangnya telah

diintegrasikan dengan e-Wakaf bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran

wakaf.

Pencarian maklumat wakaf

Memandangkan data-data yang dimasukkan ke dalam sistem e-Wakaf ini akan

meningkat dari masa ke semasa dan maklumat-maklumat yang terkandung di

dalamnya mungkin menjadi semakin kompleks, maka satu menu khas telah

disediakan bagi memudahkan maklumat-maklumat wakaf ini dicari di dalam sistem.

Carian boleh dibuat sama ada melalui perkataan sebahagian atau perkataan lengkap

melalui medan-medan seperti yang tertera di Gambarajah 5.

Gambarajah 5: Carian Maklumat Wakaf

Penyediaan pelaporan hartanah wakaf

Sistem pelaporan yang terdapat di dalam sistem e-Wakaf ini disediakan bagi

membantu pihak pengurusan wakaf di dalam pengurusan, pentadbiran, penyelidikan

dan pembangunan hartanah wakaf. Ianya disifatkan sebagai satu sistem sokongan

yang bukan sahaja membantu pengurusan wakaf itu sendiri bahkan juga dapat

membantu pihak berkuasa dalam membuat keputusan. Selain daripada itu,

laporan-laporan yang disediakan ini juga dapat membantu pihak Majlis di dalam membuat

perancangan yang terperinci seperti penyediaan bajet untuk pengurusan hartanah

wakaf serta merancang, melaksana dan mengawal projek-projek pembangunan di atas

(10)

Antara laporan-laporan yang boleh dikeluarkan melalui e-Wakaf ini termasuklah:

1. Laporan senarai keseluruhan inventori tanah wakaf

2. Laporan terperinci maklumat setiap wakaf

3. Laporan bilangan tambahan dan kurangan tanah wakaf bagi sesuatu tempoh

4. Laporan tanah yang telah didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Negeri

5. Laporan ringkasan bilangan lot dan keluasan tanah wakaf

6. Laporan cukai bagi semua tanah wakaf mengikut daerah

7. Laporan tanah wakaf yang memberikan hasil dan pulangan

8. Laporan jumlah kutipan hasil tanah wakaf bagi setiap tahun

9. Laporan jumlah hasil yang diterima untuk sesuatu tempoh berdasarkan

klasifikasi wakaf dan penerimanya

Laporan-laporan lain juga boleh dikeluarkan berdasarkan permintaan secara ad-hoc

memandangkan segala maklumat berkaitan wakaf ini sememangnya disimpan di

dalam pangkalan data. Ad-hoc‘query’ boleh dilaksanakan (run) bagi menjana laporan yang dikehandaki oleh pihak-pihak yang berkenaan

Pengagihan hasil wakaf

Hasil yang diperolehi dari harta wakaf ini sememangnya dapat diketahui dengan lebih

tepat dan terkini melalui sistem e-Hasil yang dibangunkan secara berasingan dengan

dengan sistem e-Wakaf ini. Bagaimanapun ianya boleh diintegrasikan bagi

melengkapkan matlamat pengurusan dan wakaf itu sendiri. Misalnya, hasil wakaf ini

boleh diagihkan kepada pihak-pihak seperti yang dikehendaki oleh pewakaf melalui

lafaznya di dalam wakaf khas dan juga kepada seluruh masyarakat setempat secara

amnya. Agihan hasil wakaf ini juga boleh diketahui dengan lebih telus melalui

pelaporan yang boleh dijanakan melalui sistem ini.

Kesimpulan dan Cadangan

Sistem e-Wakaf ini boleh diimplementasikan oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri

bagi mencapai pengurusan wakaf yang lebih sistematik sesuai mengikut kehendak

hukum syarak, matlamat wakaf dan merapatkan jurang komuniti dengan teknologi

(11)

dengan Sistem Maklumat Islam (SISMI) yang sedang dibangunkan oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan pengurusan dan pentadbiran wakaf melalui e-Wakaf ini, seluruh masyarakat

akan mendapat manafaatnya. Ianya boleh disalurkan kepada fakir-fakir miskin,

anak-anak yatim, masjid dan sebagainya dengan lebih sistematik demi meningkatkan

ekonomi umat Islam di Malaysia. Masalah-masalah tanah-tanah wakaf seperti yang

dialami oleh beberapa negeri seperti yang telah diutarakan oleh Kamarudin Ngah

(1992), Nik Mustapha Nik Hassan (1999) dan Salleh Buang (2004) mungkin boleh

diatasi dengan mengintegrasikan teknologi maklumat melalui sistem e-Wakaf ini oleh

pemegang-pemegang amanah hartanah wakaf ini.

Bagaimanapun kejayaan sebenar institusi wakaf itu sendiri adalah bergantung kepada

kefahaman yang jelas mengenai konsep, peranan dan matlamat harta wakaf serta

kesedaran yang mendalam mengenai amanah yang dipertanggungjawabkan demi

kepentingan menjaga dan memelihara harta wakaf. Sistem e-Wakaf yang

dibangunkan ini hanyalah sebagai satu alat dalam memastikan pengurusan dan

pentadbirannya dijalankan dengan lebih efektif dan efisyen. Yang penting adalah

(12)

Rujukan

Dato’ Dr. Tengku Mohd Azzman Sharifadeen (1997) Penglibatan Masyarakat Islam di dalam

Pembangunan dan Penggunaan Teknologi Maklumat, Prosiding Seminar Cabaran

Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam, 25-26 Mac, Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia

Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad (2004) Sistem Wakaf Kontemporari,

http://www.yadim. com.my/YDP/YDP.asp

Info Wakaf (2005) URL: http://www.maik.gov.my/Info Wakaf.htm

Kamarudin Ngah (1992) Isu Pembangunan Tanah Wakaf, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa &

Pustaka

Nik Mustapha Nik Hassan (1999) Konsep dan Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia, Kuala

Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia

Salleh Buang (2004) Managing Wakaf Land, Property Times, 19 June,

http://www.nst.com.my/Weekly/PropertyTimes/News/Lawland/20040624143454/Art icle/

Sidek Baba (1997) Penglibatan Masyarakat Islam di dalam Pembangunan dan Penggunaan

Teknologi Maklumat, Prosiding Seminar Cabaran Teknologi Maklumat dan

Internet: Agenda Umat Islam, 25-26 Mac, Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia

Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (1999) Merombak dan Membentuk Imej Islam

dengan ICT, Prosiding Seminar Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (ICT), 28-29 April, Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

dipandang perlu untuk menggabungkan Perusahaan Negara Percetakan Kebayoran dan Perusahaan Negara Arta Yasa menjadi satu badan usaha dengan bentuk Perusahaan Umum sebagaimana yang

Apakah faktur penjualan, nota penjualan dan surat pemesanan barang yang digunakan pada saat ini mudah dimengerti oleh karyawan?. Pengendalian fisik atas aktiva dan catatan

RD dapat digunakan sebagai salah satu teknik ketika siswa akan menjelaskan hasil percobaan (sintaks 2) dengan tujuan agar siswa mampu mengingat materi dan informasi yang

Setelah dilakukan proses input data, maka maka proses selanjutnya adalah melakukan perhitungan terhadap data input berdasarkan basis pengetahuan yang ada pada sistem

25 Instrumen penelitian yang digunakan dalam penelitian ini yaitu dengan cara mengumpulkan data yang dipublikasikan oleh pihak-pihak terkait seperti data inflasi,

Abu Limbah Batu Bara”. Tugas Akhir ini disusun untuk memenuhi sebagian persyaratan menyelesaikan program studi S-1 pada Fakultas Teknik Program Studi Teknik

Hasil penghitugan data statistik uji Beda Nyata Jujur (BNJ) kadar protein terhadap daging cumi-cumi yang telah dilakukan pada penelitian utama tahap II dengan taraf uji

Untuk kelas yang mengguna- kan model pembelajaran konven- sional indikator paling tinggi yang dicapai oleh peserta didik juga pada indikator (2), yaitu sebesar