• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Muzik Dan Tarian Negara Malaysia"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa rakyatnya. Oleh itu terdapat variasi kebudayaan di Malaysia hasil campuran pelbagai etnik termasuk kaum majoriti

Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak. Warisan pelbagai budaya dan bangsa di Malaysia amat jelas dilihat pada kepelbagaian muzik dan tariannya. Tarian penduduk asli Melayu, Orang Asli dan pelbagai etnik Sabah dan Sarawak adalah amat eksotik dan mengagumkan. Apabila bangsa Cina, India dan Portugis mula menetap di Malaysia, tarian tradisional dari tanah air mereka menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan Malaysia.

1.1 Muzik

Gamelan

Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda. Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama. Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.

(2)

Gamelan

Nobat

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik Nobat ini.

Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat hendak dimainkan..

(3)

Rebana Ubi

Pada zaman kesultanan Melayu, rentak berirama yang bergetar daripada rebana ubi besar itu memberikan pelbagai isyarat daripada amaran bahaya kepada pengumuman perkahwinan. Kemudiannya, ia digunakan sebagai peralatan muzik dalam pelbagai persembahan sosial.

Rebana Ubi

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang banyak digunakan dalam aktiviti sosial seperti perarakan Hari

Kemerdekaan, upacara formal dan perkahwinan. Biasanya dimainkan dalam kumpulan besar di mana corak rentak komposit dapat dilakukandengan melapiskan rentak

berbeza.

(4)

Gambus

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

Gambus

Sape

Sape adalah alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu atau orang hulu sungai Sarawak. Sape ialah hasil seni ukiran kayu dengan motif berwarna-warni dan

mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Pada dahulunya hanya dimainkan semasa upacara pemulihan dalam rumah panjang,ia menjadi alat hiburan sosial.

(5)

DondangSayang

Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya. Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka. Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.

(6)

Gong

Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

Gong

Gendang

Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.

(7)

1.2 Tarian

Mak Yong Melayu

Mak Yong Melayu berasal daripada patani di selatan Thai. Mak Yong direka untuk menghiburkan kaum wanita ,ratu dan puteri semasa kaum lelaki pergi berperang. Mak Yong menggabungkan drama romantik, tarian dan nyanyian opera. Kisah zaman kegemilangan kerajaan Melayu turut dipersembahkan.

Mak Yong Melayu

Kuda Kepang

Kuda Kepang adalah tarian tradisional yang dibawakan ke negeri Johor oleh imigran Jawa.Kuda Kepang melakonkan semula kisah peperangan suci Islam yang

berjaya.Penari duduk di atas kuda buatan bergerak kepada rentak alat muzik yang biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung.

Kuda Kepang

Zapin

(8)

Zapin

Joget

Tarian tradisional Malaysia popular dengan rentak laju dan dipersembahkan oleh pasangan yang menggabungkan pergerakan pantas tetapi lemah gemalai dengan sedikit kelucuan . Joget berasal daripada tarian rakyat orang Portugis yang

diperkenalkan di Melaka semasa perdagangan rempah

Joget

Silat

(9)

Silat

Tarian Singa Cina

Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda , pada zaman purbakala hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Biasanya memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi. Tarian ini sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.

Tarian Singa Cina

Tarian Naga

Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan

(10)

Tarian Naga

Bhargra

Bhangra adalah muzik rakyat dan tarian dalam komuniti Sikh. Asalnya tarian menuai , ia kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu keramaian sosial seperti perkahwinan dan perayaan Tahun Baru . Biasanya menceritakan tema romantik dengan nyanyian dan tarian yang dijana oleh rentak kuat daripada dhol, gendang dua hala. Bhargra adalah muzik yang mengasyikkan.

Bhargra

Tarian Pahlawan Sarawak

Tarian Pahlawan adalah tarian tradisi orang Iban Sarawak.Tarian ini biasanya

dijalankan semasa Gawai Kenyalang. Dikatakan antara pemburu kepala yang ditakuti di Sarawak. Pahlawan puak ini yang berjaya akan diraikan secara tradisinya dalam

(11)

Tarian Pahlawan Sarawak

Sumazau

Sumazau adalah tarian orang Kadazan Sabah . Biasanya dijalankan di upacara keagamaan dan aktiviti sosisl, ia asalnya digunakan untuk memberi penghormatan kepada roh untuk tuaian padi yang banyak, menghalau hantu jahat dan menyembuh penyakit . Penari lelaki dan wanita menarikan tarian hipnotik ini dengan pergerakan lembut dan perlahan seperti aksi burung terbang.

Sumazau

Tarian Buluh

Antara tarian tradisional yang sangat menghiburkan dan popular adalah Tarian Buluh . Dua batang buluh dipegang secara menegak di atas tanah setinggi buku lali .Ia ditepuk bersama mengikut rentak gendang , bertempo tinggi dan memerlukan ketangkasan yang tinggi . Penari perlu melompat di antara batang buluh dan elakkan kaki mereka terperangkap di antara batang-batang tersebut.

(12)

Tarian Buluh

Referensi

Dokumen terkait