• Tidak ada hasil yang ditemukan

Journal of Business and Hospitality Management (Vol 4) No 1 (2018) Page

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Journal of Business and Hospitality Management (Vol 4) No 1 (2018) Page"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

274

TAHAP PENERIMAAN ALAT WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN

ELEKTRIK, POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDIN

Mas Guieta Bt Aton1, Sa’adiah Binti Mohamad2, Rogayah Binti Chat@Arshad3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Pauh Putra 06200 Arau, Perlis, Malaysia

masguieta.poli@1govuc.gov.my1

sa'adiah.poli@1govuc.gov.my2

rogayahchat@gmail.com3

ABSTRAK

Perkembangan teknologi masa kini semakin berkembang dengan pesat dan canggih. Proses pengajaran dan pembelajaran telah mula mengorak langkah dengan menggunakan alat web 2.0. Penggunaan alat web 2.0 merupakan salah satu kaedah yang agak efektif dan berkesan dalam menimba ilmu tidak kira peringkat umur dan kini menjadi satu alat pengajaran yang sering digunakan di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan bagi meneroka penerimaan pelajar dari segi kemudahan, manfaat dan keinginan terhadap aplikasi alat Web 2.0 berasaskan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Alat Web 2.0 yang digunakan dalam kajian ini adalah Padlet, Kahoot!, MyLMS (CIDOS) dan Socrative. Kajian ini menggunakan rekabentuk empirikal dalam pengumpulan data primer secara kuantitatif. Set soal selidik diedarkan kepada pelajar semester 4 dan 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu demografi responden, penerimaan pelajar terhadap penggunaan alat web 2.0 dari segi kemudahan, manfaat dan keinginan. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar dari segi tahap kemudahan adalah tinggi (min = 3, sisihan piawai = 0.559 ); tahap manfaat penggunaan adalah tinggi (min = 4, sisihan piawai = 0.502) dan tahap keinginan menggunaan alat web 2.0 juga tinggi (min = 4, sisihan piawai = 0.502 ). Pelajar semester 4 dan 5 didapati pernah dan berkebolehan menggunakan alat web 2.0 dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap alat-alat web 2.0 telah diterima baik dalam membantu proses pembelajaran sebelum, semasa dan selepas sesi perkuliahan.

Kata Kunci : Alat web 2.0, pengajaran dan pembelajaran, penerimaan PENGENALAN

Era perkembangan teknologi masa kini telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat dalam pelbagai bidang. Pelbagai jenis maklumat hanya diperolehi melalui hujung jari dan alat teknologi komunikasi sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat komunikasi abad ke-21. Menurut T. O'Reilly (2009), Web 2.0 merujuk kepada web berasaskan laman sosial, wikipedia, dan peranti komunikasi yang menekankan perkongsian antara pengguna sejak 2004. Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik. Penggunaan Web 2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke-21 dalam bidang pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar (Hargadon, 2009). Menurut Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Selain itu, Bower (1998)

(2)

275

pula menekankan lagi bahawa pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih alternatif dan perlu terus ditingkatkan. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Tentu saja, ini adalah berita baik untuk pendekatan pendidikan atas talian kerana menyediakan medium untuk menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah.

Teknologi web 2.0 masa kini, telah mengubah cara dan corak penyampaian ilmu antara pensyarah dan pelajar, antara alat web 2.0 yang sering digunakan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) ialah Padlet, Kahoot!, MyLMS (CIDOS) dan Socrative. Penggunaan web 2.0 di dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu selari dengan keperluan pelaksanaan kurikulum program dan konsisten dengan cara pelajar belajar. Sehubungan itu, penerimaan pelajar terhadap aplikasi alat Web 2.0 perlu dikenal pasti secara spesifik. Alat-alat web 2.0 berpotensi besar untuk dikembangkan di JKE, khususnya pelaksanaan kurikulum di PTSS (Politeknik Tuanku Syed Sirajudin) yang banyak menekan konsep pengajaran dan pembelajaran secara blended learning di mana setiap pensyarah dan pelajar wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu platform menggunakan alat web 2.0.

Alat-alat Web 2.0 membuka ruang yang lebih luas dalam meningkatkan penglibatan pelajar sama ada dalam bilik kuliah mahupun di luar bilik kuliah iaitu secara dalam talian atau melalui aplikasi teknologi mobil. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di JKE berpotensi dilaksanakan secara blended learning. Namun tahap penerimaan dan bagaimana mereka menerima teknologi Web 2.0 dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran belum lagi dipastikan secara spesifik. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penerimaan dan meneroka bagaimana penerimaan pelajar terhadap alat-alat Web 2.0 berasaskan pembelajaran abad ke-21 dalam pelaksanaan kurikulum program di JKE, PTSS.

KAJIAN LITERATUR

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (2015–2025) dalam Lonjakan 9; Pembelajaran dalam Talian Tahap Global telah mensasarkan bahawa model pembelajaran bersepadu (blended learning) akan menjadi pendekatan pedagogi utama semua IPT serta menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai komponen penting pendidikan tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat dan mewujudkan prasarana siber yang diperlukan (prasarana rangkaian fizikal, infostruktur, platform, peranti dan peralatan) dan mengukuhkan keupayaan komuniti akademik untuk menyampaikan pembelajaran dalam talian. Antara inisiatif bagi merealisasikan sasaran tersebut ialah melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Langkah yang diambil adalah dengan merintis cara ke arah pencapaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi ICT. Oleh itu, aplikasi alat-alat Web 2.0 mempunyai potensi yang besar untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menyahut secara positif pendekatan penggunaan alat web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(3)

276

penggunaan alat web 2.0 di dalam pendidikan membolehkan pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas dan kepelbagaian
bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan juga pendidik. Suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai keadaan dalam kehidupan yang sebenar mampu disediakan menerusi pembelajaran secara terus menerusi internet. Menurut Spiro (1991), kemudahan teknologi seperti hiperteks, audio, video, animasi, simulasi dan interaktiviti membolehkan pembelajaran berasaskan teori kognitif fleksibel dapat dilaksanakan dan diperkembangkan. Menurut Jonassen (1999) , kemudahan hiperteks dan hypermedia yang terdapat dalam internet dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Ellsworth (1994) menyatakan bahawa peluang untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan individu lain dari serata dunia membolehkan suatu projek yang ingin dihasilkan menjadi lebih dinamik dan berkualiti hasil dari perkongsian serta percambahan fikiran yang dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada objektif-objektif kajian berikut: a) Mengenalpasti penerimaan pelajar dari segi kemudahan penggunaan

alat-alat Web 2.0.


b) Mengenalpasti penerimaan pelajar dari segi manfaat penggunaan alat-alat Web 2.0.

c) Mengenalpasti penerimaan pelajar dari segi keinginan menggunakan alat-alat Web 2.0.

METODOLOGI KAJIAN a) Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan kajian berbentuk tinjauan deskriptif yang dijalankan secara pengedaran borang soal selidik kepada responden. Menurut Gajendra (1981) kajian deskriptif membekalkan data-data yang penting untuk penyelidikan dan membolehkan penerangan dilakukan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisis data-data yang diperolehi dari soal selidik. Menurut Mohammad najib Abdul Ghafur (2003), menyatakan alat ukur menarik dan mendorong untuk menjawab soalan kajian yang dikemukakan dengan tepat. Penggunaan set soal selidik mempunyai kebaikan dari segi kebolehpercayaan lebih tinggi. Menurut Azizi et al. (2007), setiap respondan menerima set soalan dan frasa yang sama. Ketiadaan penemu duga ataupun pihak ketiga, menyumbang kepada maklum balas standard. Penstandardan yang lebih baik, terutamanya melalui kegunaan instrumen berstruktur, bermakna kebolehpercayaan lebih tinggi. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapat latar belakang pelajar dari segi jantina dan status pengajian responden. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mengenalpasti tahap penerimaan responden dari segi kemudahan, manfaat dan keinginan menggunakan alat-alat Web 2.0. Borang soal selidik yang diedarkan menggunakan kaedah atas talian iaitu google form. Soalan soal selidik di ukur menggunakan slaka Likert dari sangat tidak setuju (1) kepada sangat setuju (5). Responden diberi borang soal selidik atas talian yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu:

(4)

277

i. Demografik

ii. Penerimaan pelajar dari segi kemudahan penggunaan alat Web 2.0 iii. Penerimaan pelajar dari segi manfaat penggunaan alat Web 2.0. iv. Penerimaan pelajar dari segi keinginan menggunakan alat Web 2.0. b) Responden

Responden terdiri daripada pelajar semester 4 dan 5 lulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik). Responden kajian berjumlah 113 orang pelajar lelaki dan perempuan yang dipilih secara rawak.

c) Prosedur dan analisis data

Pengedaran borang soal selidik kepada semua pelajar semester 4 dan 5 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang dipilih secara rawak. Semua data kuantitatif yang diperoleh melalui prosedur pengumpulan data di analisis secara statistik menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Prosedur statistik min dan sisihan piawai digunakan bagi mengukur tahap penerimaan pelajar dari segi kemudahan, manfaat dan keinginan alat web 2.0. Analisis Deskriptif digunakan bagi menentukan (a) tahap penerimaan pelajar dari segi kemudahan penggunaan alat-alat Web 2.0; (b) tahap penerimaan pelajar dari segi manfaat alat-alat Web 2.0; dan (c) tahap penerimaan pelajar dari segi keinginan menggunakan alat-alat Web 2.0. Interpretasi terhadap tahap penerimaan pelajar ditentukan melalui skor min tahap penerimaan pelajar dan dikategorikan kepada tiga iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi berasaskan kepada Nunally (1978) sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min tahap Penerimaan Pelajar

Skor Min Tahap

0 – 1.33 Rendah

1.34 – 2.66 Sederhana

2.67 – 4.00 Tinggi

*Adaptasi daripada Nunally (1978) DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian daripada semua pelajar semester 4 dan 5 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik terhadap tahap penerimaan alat web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan seramai 113 responden yang pernah menggunakan alat web 2.0. Dapatan kajian yang di fokuskan dalamkajian ini, dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu demografik (jantina, program), penerimaan pelajar dari segi kemudahan, manfaat dan keiginan menggunakan alat web 2.0. Justeru itu, tahap penerimaan pelajar ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Tahap penerimaan pelajar dari segi kemudahan, manfaat dan keiginan.

(5)

278

Penerimaan pelajar dari segi kemudahan penggunaan alat Web 2.0

3 0.559

Penerimaan pelajar dari segi manfaat penggunaan alat Web 2.0.

4 0.502

Penerimaan pelajar dari segi keinginan menggunakan alat Web 2.0.

4 0.502

Berdasarkan Jadual 2, tahap penerimaan pelajar dari segi kemudahan penggunaan alat web 2.0 adalah tinggi (min = 2, sisihan piawai = 0.559), penerimaan pelajar dari segi manfaat penggunaan alat web 2.0 juga adalah tinggi (min = 4, sisihan piawai = 0.502) dan penerimaan pelajar dari segi keiginan menggunakan alat web 2.0 adalah tinggi (min = 4, sisihan piawai = 0.502). Jadual 2,3 dan 4 menunjukkan secara terperinci berpandukan soalan kaji selidik.

Jadual 3 : Perincian Tahap Penerimaan Pelajar Dari Segi Kemudahan Penggunaan Alat Web 2.0.

Item Min Sisihan Piawai

Kandungan Web 2.0 membolehkan saya menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat.

3 0.642

Kandungan pembelajaran digital melalui alat Web 2.0 membuatkan saya dapat belajar dengan lebih mudah.

3 0.553

Kandungan pembelajaran melalui alat Web 2.0 dapat memperbaiki pembelajaran saya.

3 0.553

Kandungan pembelajaran melalui alat Web 2.0 dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran saya.

3 0.550

Kandungan pembelajaran digital melalui alat web 2.0 meningkatkan semangat saya untuk mempelajari subjek yang diajar.

3 0.500

Saiz sampel, n = 113 orang

Berasaskan Jadual 3, tahap penerimaan pelajar dari segi kemudahan penggunaan alat web 2.0 adalah tinggi. Sebagai contoh, kandungan Web 2.0 membolehkan saya menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat adalah tinggi (sisihan piawai 0.642), pelajar juga berpendapat pembelajaran digital melalui alat Web 2.0 membuatkan saya dapat belajar dengan lebih mudah dan dapat memperbaiki pelajaran mereka. (sisihan piawai 0.553), kandungan pembelajaran melalui alat Web 2.0 juga dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran (sisihan piawai = 0.550) dan secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat pelajar untuk mempelajari sesebuah subjek (sisihan piawai = 0.500).

Jadual 4 : Tahap Penerimaan Pelajar Dari Segi Manfaat Penggunaan Alat Web 2.0.

Item Min Sisihan Piawai

Interaksi melalui alat web 2.0 adalah jelas dan mudah difahami.

4 0.502

Pengendalian kandungan pembelajaran melalui alat Web 2.0 adalah mudah bagi saya.

4 0.502

Memperolehi kemahiran berkomputer berkait dengan program diikuti.

(6)

279

Interaksi menggunakan alat web 2.0 meningkatkan daya komunikasi.

4 0.502

Melalui peranti mudah alih saya dapat mengakses maklumat pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

4 0.502

Saya berasa lebih selesa meluahkan pandangan dengan menggunakan alat web 2.0 di dalam kelas.

4 0.502

Saya berasa lebih yakin menjawab soalan dengan menggunakan alat web 2.0.

4 0.502

Penghantaran tugasan lebih mudah dengan menggunakan alat web 2.0.

4 0.502

Penggunaan alat web 2.0 menjadikan saya seorang pelajar yang berdaya saing antara satu sama lain.

4 0.502

Saiz sampel, n = 113 orang

Berasaskan Jadual 4, Tahap penerimaan pelajar dari segi manfaat penggunaan alat web 2.0 adalah tinggi (min = 4, sisihan piawai = 0.502). Pelajar sangat bersetuju bahawan alat web 2.0 banyak memberi manfaat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di jabatan kejuruteraan elektrik sebagai contoh dari segi interaksi melalui alat web 2.0 adalah jelas dan mudah difahami selain dapat memperolehi kemahiran berkomputer dan meningkat daya komunikasi. Keyakinan dan keselesaan pelajar juga dapat ditingkatkan dan dapat menjadikan pelajar yang berdaya saing antara satu sama lain.

Jadual 4 : Tahap Penerimaan Pelajar Dari Segi Keinginan Penggunaan Alat Web 2.0.

Item Min Sisihan Piawai

Kemahiran penggunaan web 2.0 dalam pendidikan amatlah penting kepada pelajar untuk menuntut ilmu.

4 0.502

Saya merasa rugi jika tidak mengambil bahagian dalam menggunakannya.

4 0.502

Penggunaan web 2.0 dalam pendidikan boleh

meningkatkan pengetahuan saya dalam pembelajaran dalam kelas.

4 0.502

Saya ingin menggunakan dengan kerap alat Web 2.0 dalam pembelajaran.

4 0.502

Saya ingin terus menggunakan alat Web 2.0 dalam pembelajaran.

4 0.502

Penggunaan web 2.0 di dalam kelas, menarik minat saya untuk hadir setiap kali sesi kuliah.

4 0.502

Saya kerap menggunakan web 2.0 dalam medan pencarian maklumat dan nota.

4 0.502

Saiz sampel, n = 113 orang

Berasaskan Jadual 4, tahap penerimaan pelajar dari segi keinginan penggunaan alat web 2.0 adalah tinggi (min=4, sisihan piawai = 0.502). Sebagai contoh, berpandukan soalan kaji selidik yang diedarkan pelajar merasa rugi jika tidak mengambil bahagian dalam menggunakannya, pelajar juga ingin menggunakan dengan lebih kerap kerana dapat menarik minat untuk hadir ke kelas disamping dijadikan sebagai medan pencarian malumat dan nota.

(7)

280

KESIMPULAN

Kepelbagaian alat-alat web 2.0 pada era globalisasi kini mampu mewujudkan konsep pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mampu menghasilkan aura positif di kalangan pendidik dan pelajar. Penerimaan pelajar terhadap penggunaan alat-alat web 2.0 sangat penting untuk memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjalan lancar seperti yang diharapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penerimaan pelajar dari segi kemudahan, manfaat dan keinginan penggunaan alat-alat web 2.0 adalah tinggi dibuktikan dengan sisihan piawai yang diperolehi dari soalan kaji selidik yang diedarkan. Pelajar juga berpendapat bahawa interaksi melalui penggunaan alat-alat web 2.0 adalah jelas dan mudah difahami serta dapat meningkatkan daya komunikasi, saing, keyakinan dan kemahiran terhadap komputer dan sesuatu subjek yang dipelajari. Pelajar merasakan satu kerugian sekiranya tidak terlibat secara langsung dalam penggunaan alat-alat web 2.0 di dalam kelas dan dengan adanya penggunaan alat-alat web 2.0 di dalam setiap sesi perkuliahan ianya secara tidak langsung dapat menanamkan semangat kepada mereka untuk hadir ke sesi kuliah setiap hari. Namun, masih terdapat segelintir pelajar yang berpendapat bahawa kemudahan infrastruktur dan capaian internet yang tidak stabil menyebabkan keinginan dan semangat menggunakan alat-alat web 2.0 menjadi terbatas dan pudar. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu dan sebulat suara untuk mengatasi setiap cabaran yang dihadapai dalam merealisasikan pendidikan berteraskan teknologi yang telah disambut baik oleh pelajar. Dicadangkan juga supaya kajian ini dilanjutkan dengan mengambilkira aspek kepelbagaian pelajar yang melibatkan semua semester dan dari segi infrastruktur.

RUJUKAN

Bower, M. H. (2010). A framework for Web 2.0 learning design. Educational Media International(47(3)), 177-198.

Ellsworth, J. (1994). Education on the Internet: A hands-on Book of Ideas, Resources, project and Advice. Retrieved from www.elluminate.com

Hargadon, S. (2009). White Paper on Educational Networking. Retrieved from The important role Web 2.0 will play in education.: www.elluminate.com

Jonassen, D. H. (1999). Learning with technology – A constructivist perspective. NJ. Khalili, A. &. (1994). The effectiveness of computer applications: a metaanalysis.

Journal of Research on Computing in Education(27(1)), 48–61.

Moore, M. G. (1996). Distance education: A systems view. Belmont. CA: Wadsworth. Nunnally, J. C. (1978). Psychometric theory (Vol. (2nd ed.)). New York: McGraw-Hill. O'reilly, T. (2007). What is Web 2.0: Design Patterns and Business Models for the

Next Generation of Software. Communications & Strategies(1), p.17.

Spiro. R.J. In R.J. Spiro, B. B. (1991). Constructive processes in prose comprehension and recall. Theoretical issues in reading comprehension Hillsdale, 245-278.

Referensi

Dokumen terkait

Adanya ion OH - pada larutan tidak memengaruhi gugus fungsi yang terdapat di dalam biomassa, karena OH - merupakan basa keras, Pearson dalam Miessler dan Tarr 11 menyatakan

Käytän matematiikan opettamisessa mieluummin liitua ja liitutaulua opetusvälineinä kuin tietoteknisiä apuvälineitä. Minun on helppo käyttää tietoteknisiä

Peneliti megusulkan agar perusahaan mengadakan pengecekan kembali tentang berhasil atau tidaknya rebranding dengan mengacu pada : tujuan rebranding, pengenalan identitas yang

Ruang lingkup peraturan ini adalah mengatur pelaksanaan pengelolaan KI/I{KI yang dihasilkan dari kegiatan tridharma perguruan tinggi yang dilakukan oleh Sivitas Akademika

Busana keprajuritan ini merupakan busana keprajuritan yang didipakai oleh raja ketika upacara kirab atau upacara mengelilingi kerajaan keraton. Adapun perangkat busana yang

Terima kasih untuk teman main Ferdika, Jumadi, Muhammad Alhani, Pradipta Ari kurniawan, Alja Sandriyadi, Okta Dwi Handika yang menjadi teman dari pertama masuk

Demikian pula jumlah penumpang yang berangkat melalui penerbangan internasional pada bulan Januari 2016 naik 41,16 persen dibanding periode yang sama tahun

a. Ketidaksesuaian rencana program dengan pelaksanaan program yakni perencanaan awal adalah optimalisasi kegiatan rekapitulasi dan analisis deskriptif nilai murni