• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT SARAWAK"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM

MEMPROMOSIKAN

KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT

SARAWAK

Siti Asma Binti Latif

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

(2)

Puo; Khidmat A1Aluinat Akademik UN[VERSITI A'IALAYSIA SARAWAK

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

IIIIIIIV!

100027521

RIpVI

i

PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT SARAWAK

SITI ASMA BINTI LATIF 28206

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT SARAWAK

SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013

Saya SITI ASMA BINTI LATIF mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat

5. salinan tesis im sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. *sila tandakan 0

I--, '

SULIT TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh: (Tandatangan Penulis)

Tarikh : 1 3/ a/ 2 013 Alamat tetap:

403, Kampung Pangkal Jenereh 19500 Machang,

Kelantan Darul Naim

(Tandatangan Penyelia) Tarikh : 1 3 (ý: '

J

2 0 13

C atatllll: * "I rsis Laporan dimaksudktui sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika tesis ini SULIT wau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TFRHAD

(4)

PENGAKUAN

Projek bertajuk Peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam Mempromosikan Kraftangan Manik Masyarakat Sarawak mi telah disediakan oleh Siti Asma Binti Latif dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi

syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

Profesor Dr. Hashim bin Awang

Tarikh:

ý3 `

203

(5)

PENGHARGAAN

Assa/amualaikum Warahnzatul/ahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat

menyiapkan kajian im dengan lancar dan sempurna pada masa yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ingin saya tujukan kepada pihak-

pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada

pensyarah Jabatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terutamanya sekali kepada penyelia saya iaitu Profesor Dr. Hashim bin Awang yang telah banyak meluangkan masa, memberikan bimbingan, tunjur ajar, panduan, idea yang bernas serta memberikan cadangan yang membina dalam menyempurnakan penulisan ilmiah ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang tidakjemu daripada beliau, mungkin kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak organisasi Majlis Krallangan Sarawak khususnya pegawai Bahagian Promosi iaitu En. Reynold Ahviet, Puan Susie Easter Andrian, usahawan kraftangan manik, Puan Juliana Mambi, serta pihak pengurus kedai di Main Bazaar Kuching Sarawak yang telah banyak memberikan kerjasama dalam menyampaikan maklumat bagi menjayakan kajian saya ini.

(6)

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada ayahanda dan bonda yang tercinta iaitu En. Latif Bin Mamat dan Pn. Naemah Binti Ibrahim diatas pengorbanan mereka dalarn memberikan nasihat, semangat, bimbingan dan dorongan serta bantuan kewangan kepada saya dalarn menyiapkan kajian ini. Tanpa berkat dan doa mereka tidak mungkin saya berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Disamping itu, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan diatas sokongan, galakkan serta tidak jemu berkongsi ilmu dalam memberikan idea-idea bagi melengkapkan kajian ini. Akhir kata dari saya, terima kasih atas segalanya. Selamat maju jaya.

Sekian Terirna Kasih

Siti Asma Binti Latif

(7)

ABSTRAK

Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam

mempromosikan kraftangan manik masyarakat Sarawak. Majlis Kraftangan Sarawak merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam mengembang serta mempertingkatkan industri kraftangan Sarawak dari perusahaan kecil-kecilan ke taraf global. Objektif kajian adalah untuk meneliti peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam membangunkan industri kraftangan di Sarawak, mengkaji dan memberi gambaran produk-produk kraftangan manik yang ada di Sarawak, serta mengkaji kaedah dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat Sarawak kepada masyarakat setempat dan para pelancong. Hasil kajian ini didapati bahawa industri manik perlu dikembangkan supaya kraftangan manik menjadi antara kraftangan yang diminati oleh masyarakat dan tidak luput ditelan zarnan.

(8)

ABTRACT

This research was to investigate the role of the Sarawak Craft Council in

promoting the handicraft bead society Sarawak. Sarawak Craft Council is an organization that is responsible. for expanding and enhancing the Sarawak handicraft

industry of small-scale enterprises into standard globally. The objective of the study was to examine the role of the Sarawak Craft Council in the development of the handicraft industry in Sarawak, review and reflective products crafts beads in Sarawak, as well as look into promoting handicraft bead society Sarawak to the local community and tourists.

The study. found that the industry bead should be expanded to craft beads into the craft of

great interest to society and does not lapse through time.

(9)

Pusat Khidmat Maklurtiat Akademik

! JN1VERS...

'''1 MALAYSIA

SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI CARTA i ii iv V Muka surat

Carta 1: Carta Organisasi Majlis Kraftangan Saraýt-ak

...

4

SENARAI GAMBAR Gambar 1: Majlis Kraftangan Sarawak ... 6

Gambar 2: Baby C'arrier's atau alat pengendong bayi ... 80

Gambar 3: Pelapik meja ... 80

Garnbar 4: Marik empang ... 81

Gambar 5: Rantai leher manik ... 81

Gambar 6: Hiasan pasu ... 82

Garnbar 7: Gelang langan manik ... 82

Garnbar 8: Keychain manik ... 83

(10)

Gambar 10: Beg manik ... 84 Gambarl 1: Costume manik ... 84

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh bahagian promosi Majlis

Kraftangan Sarawak

...

. 74

BAB SATU: PENGENALAN Pengenalan

... 1 Latar Belakang Organisasi

. . . ... ... 2 Misi Organisasi... Objektif Organisasi..

.

3

.3

Lokasi Kajian ... ... 5 Objektif Kajian ... 7 Persoalan Kajian ... 8 Kerangka Konseptual Promosi . . . . Kraf .. ... . Manik... ... ... .. 9 15 ... 17 Signifikasi Kajian ... 19 (ZU111USa11 ... 22

(11)

BAB DUA: KUPASAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan

... 23

Isu 1: Kedudukan manik dalam kalangan masyarakat Sarawak ... ... ... ... ... ... ... ... 24

Isu 2: Peranan Organisasi dalam mempromosikan produk ... 30

Isu 3: Sejauhmanakah promosi kraftangan manik berjaya dicapai oleh Majlis Kraftangan Sarawak

. . . .. . . ... . . . ... ... ... ... ... 35

Rumusan

... 40

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN

Pengena lan

... 41

Kaedah penyelidikan pertama ... 42

Kaedah penyelidikan kedua . . . ... .. . ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 46

Rumusan

... .... ... ... ... ... ... . . . ... 50

BAB EMPAT: ANALISIS DATA

P engen lan ... 51

Kaedah analis is data ... 52

(12)

Penemuan

. . . .. . . .. . .. . . .. . ... ... 86

Rumusan

. . ... ... ... ... .. ... ... . . . ... ... 91

BAB LIMA: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

Pengenalan ... 92 Perbincangan ... 93 Cadangan ... 96 Kesimpulan ... 104 Rujukan ... 105 Lampiran

Lampiran A: Soalan temuramah bersama pegawai Majlis Kraftangan

S arawak . . . 107

Lampiran B: Temuramah bersama responden ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... . 108

Lampiran C: Kerja lapangan

... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 110

(13)

BAB I: PENGENALAN

Pengenalan

Bab satu merupakan bahagian yang menjelaskan tentang perkara yang terkandung dalam penyelidikan. Dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai tajuk

yang telah dikaji iaitu "Peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam Mempromosikan Kraftangan Manik Masvarakat Sarawak". Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai etnik yang terdiri daripada Melayu, Iban, Melanau, Orang Ulu dan banyak lagi. Setiap satunya mempunyai adat, budaya seni yang unik dan halus. Ianya jelas terbukti apabila nilai-nilai ini terpapar dalam seni kraftangan masyarakatnya.

Produk kraftangan yang dihasilkan di Sarawak adalah direka khas untuk fungsi dan tujuan yang tertentu termasuklah untuk perhiasan, kegunaan harian, sehinggalah kepada upacara-upacara ritual yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakatnya. Seni tangan yang begitu halus dan unik ini adalah faktor yang membuatkan seni kraftangan Sarawak diangkat sebagai antara yang terbaik di dunia. Kraftangan manik merupakan perhiasan din bagi masyarakat terutamanya suku kaum masyarakat Sarawak yang terkenal iaitu

suku kaum Kenyah dan Kayan. Bagi kaum wanita, menghasilkan produk kraftangan ini

(14)

adalah sebagai satu budaya atau gaya hidup yang dilakukan secara rutin harian dan hobi sama ada secara persendirian mahupun secara berkumpulan. Boleh dikatakan bahawa aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti sosial penduduk setempat yang menjadi medan bertukar pendapat, berkongsi ilmu, dan bersantai disamping mampu menjana pendapatan

yang lumayan melalui jualan produk kraf. Peranan yang dimainkan oleh Majlis Kraftangan Sarawak adalah penting bagi mengetengahkan dan mempromosikan hasil kraftangan tempatan, serta mempopularkan kesenian suku kaum tempatan yang ada di

negeri Bumi Kenyalang ini.

Latar Belakang Organisasi

Majlis Kraftangan Sarawak adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam mengembang serta mempertingkatkan industri kraftangan Sarawak dari

perusahaan kecil-kecilan ke taraf yang lebih global. Majlis Kraftangan Sarawak ini ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak. Majlis Kraftangan Sarawak ini terletak di bandar Kuching iaitu di Jalan Tun Abang Hj. Openg bersebelahan dengan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak. Majlis Kraftangan Sarawak ini merupakan sebuah badan yang dipanggil semi government. Pada awal penubuhan Majlis Kraftangan Sarawak ini, hanya terdapat dua orang pegawai sahaja yang bertugas di bangunan tersebut iaitu seorang pegawai di bahagian promosi dan seorang lagi pegawai di bahagian penyelidikan. Kini, kesemua kakitangan di Majlis Kraftangan Sarawak ialah seramai 12 orang. Selain itu, penubuhan Majlis Kraftangan Sarawak ini adalah untuk membangunkan industri kraftangan ke arah

perniagaan yang lebih sisternatik dan berkembang maju selari dengan keperluan industri

(15)

pelancongan di Sarawak. Ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada orang ramai tentang keunikan kraftangan yang ada di Sarawak disamping dapat membantu mengekalkan kemahiran artistik yang dimiliki oleh usahawan kraf agar tidak luput dengan peredaran zaman. Disamping itu, Majlis Kraftangan Sarawak ini ditubuhkan bagi membantu golongan usahawan kraf yang terlibat secara langsung dalam industri kraftangan dan melalui kemahiran yang ada pada usahawan ini secara tidak langsung dapat membantu menambahkan sumber pendapatan tambahan bagi masyarakat Sarawak. Selain itu, Majlis Kraftangan Sarawak juga dapat membantu dalam meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan pendalaman Sarawak. Majlis Kraftangan Sarawak juga bertindak bersama-sama agensi kerajaan atau swasta yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam pembangunan kraftangan yang wujud di Sarawak.

Misi Oraanisasi

Majlis Kraftangan Sarawak memainkan peranan utama dalam perkembangan dan kemajuan industri kraftangan di Sarawak.

Majlis Kraftangan Sarawak membuka peluang ke arah pembangunan dan kepentingan industri kraftangan di Sarawak.

Obiektif Orianisasi

Memajukan industri kraftangan agar selaras dan progresif dengan perkembangan industri pelancongan.

Membangunkan industri kraftangan ke arah perniagaan yang lebih sistematik dan berkembang maju selari dengan keperluan industri pelancongan.

(16)

Carta 1: Carta Organisasi Majlis Kraftangan Sarawak

PENGERUSI YB Datuk Gramong Juna

ANGGOTA MAJLIS

PKKM, KPLB, UNIMAS, SFC, KEMAS, SMD, SPU, SED C, JPS, MOT ý SETIAUSAHA KPLB PEGAWAI EKSEKUTIF Diweng Bakir - -4 HRD R&D

T

HHTP Tandang Matu PEGAWAI EKSEKUTIF Beatrice Kedoh DANA PENGELUAR T KEWANGAN Susie Galau PENTADBIRAN Esther Indut I- ---I PROMOSI Reynold PUSAT Dennis PEMBANTU PEJABAT Kadariah i PENIBANTU JUALAN Habsah- Pusingan Menara Christina- Pusinga Menara Suzy-Kanowit

Sumber: Majlis Kraftangan Sarawak (2013)

(17)

I'usat Khidmat Maklurnat Akademik

UMVERS(71 MALAYSIA

SARAWAK

Lokasi Kajian

Pengkaji telah memilih lokasi kajian iaitu di Majlis Kraftangan Sarawak yang terletak di bandar Kuching, iaitu di Jalan Tun Abang Haji Openg bersebelahan dengan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak. Pengkaji telah memilih organisasi Majlis Kraftangan Sarawak sebagai tempat kajian utama penyelidikan ini. Majlis Kraftangan Sarawak merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam mempromosikan kraftangan yang terdapat di negeri Sarawak. Disamping itu, dalam menjalankan penyelidikan ini, pengkaji juga telah membuat pemerhatian di sekitar kedai Main Bazaar Kuching, Sarawak yang menjual produk-produk kraftangan manik masyarakat Sarawak. Main Bazaar Kuching, Sarawak merupakan lokasi bersejarah di Kuching iaitu terletak berdekatan Kuching Waterfront dimana bangunan asal telah dibina sekitar awal 1800 tahun dahulu. Main Bazaar Kuching juga dikenali sebagai Bazaar Utama ini telah wujud beratus-ratus tahun dahulu sebagai pusat perniagaan yang sehingga kini masih teguh dengan aktivitinya boleh dilabelkan sebagai gedung khazanah warisan Sarawak. Hal im demikian kerana di Main Bazaar Kuching Sarawak merupakan deretan kedai kaki lima yang menjual barangan perhiasan dan pelbagai jenis produk kraftangan yang ada disitu. Kraftangan manik yang terdapat di Sarawak sangat unik dan menarik dimana ianya dihasilkan secara asli dan buatan halus tangan masyarakat Sarawak itu sendiri. Lokasi kajian ini dipilih kerana disitu pemerhatian dapat dibuat kerana terdapat pelbagai jenis produk kraftangan manik yang ada disitu yang bersesuaian dengan tajuk pengkaji berkaitan kraftangan manik masyarakat Sarawak.

(18)

Gamhar 1: Majlis Kraftangan Sarawak

Sumber: Majlis Kraftangan Sarawak (1996)

(19)

Objektif Kajian

Majlis Kraftangan Sarawak ditubuhkan untuk mengetengahkan, membangunkan serta mempromosikan hasil kraftangan tempatan bagi mempopularkan kesenian suku kaum tempatan yang pelbagai di negeri ini. Oleh itu, objektif kajian pengkaji ialah

pertama 1) Meneliti peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam membangunkan industri kraftangan yang terdapat di negeri Sarawak. Peranan Majlis Kraftangan Sarawak adalah

sangat penting kerana ianya merupakan satu-satunya organisasi yang diberikan tanggungjawab oleh pihak kerajaan pusat dalam membangunkan industri kraftangan di Sarawak; 2) Mengkaji dan memberi gambaran produk-produk kraftangan manik yang ada di Sarawak. Jika diperhatikan terdapat pelbagai jenis produk kraftangan yang diperbuat daripada manik yang dikatakan sangat unik dengan kepelbagaian corak, rupa, dan motif. Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti produk-produk kraftangan manik yang terdapat di Sarawak yang dikatakan menarik dengan kehalusan tangan masyarakat Orang Ulu yang terkenal sebagai usahawan kraftangan manik di Sarawak; 3) Mengkaji kaedah promosi yang digunakan dalam usaha memperkenalkan produk kraftangan manik masyarakat Sarawak kepada masyarakat setempat dan para pelancong. Sekiranya kraftangan manik tidak dipromosikan dengan berkesan maka masyarakat kurang mengetahui tentang keunikan produk kraftangan manik yang ada di negeri Bumi Kenyalang ini. Melalui

promosi terhadap produk-produk kraftangan manik ini ianya dapat meningkatkan serta memajukan lagi produk kraftangan masyarakat Sarawak.

(20)

Persoalan Kajian

Sarawak Bumi Kenyalang kaya dengan seni kraftangan yang unik dan kompleks yang menggambarkan kepelbagaian suku kaum yang terdapat di negeri ini. Produk- produk kraftangan yang ada ini perlu dipromosikan kepada masyarakat dalam dan luar negeri Sarawak ini sudah menjadi tanggungjawab organisasi Majlis Kraftangan Sarawak. Oleh sebab itu, persoalan kajian ialah: 1) Apakah peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalarn mempromosikan kraftangan yang terdapat di Sarawak? Peranan sesebuah

organisasi sangat penting khususnya Majlis Kraftangan Sarawak untuk membangunkan serta memajukan industri kraftangan yang ada di Sarawak. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu usahawan-usahawan kraf dalam meningkatkan hasil keluaran produk-

produk kraftangan mereka; 2) Apakah cabaran Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan yang ada di Sarawak? Bagi membangunkan industri kraftangan sememangnya cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi. Namun jika semua

pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bekerjasama dalam membantu organisasi ini semestinya cabaran tersebut mungkin dapat diatasi dengan baik; 3) Sekiranya produk kraftangan manik terpinggir, bagaimanakah cara untuk meningkatkan pemasaran barangan kraftangan manik? Hal ini demikian kerana produk kraftangan manik yang ada masih kurang mendapat sambutan yang menggalakan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda yang dikatakan kurang berminat terhadap produk kraftangan manik.

(21)

Kerangka Konseptual

1) Promosi

Promosi bermaksud segala usaha dan kegiatan untuk menggalakan serta

meningkatkan jualan barang atau untuk memperkenalkan album lagu, filem dan sebagainya supaya laris jualannya serta barang-barang tempatan akan diadakan secara besar-besaran atau melakukan promosi untuk sesuatu yang akan dipasarkan.

Tujuan promosi diadakan untuk menyebarkan informasi produk kepada target

golongan sasaran. Promosi juga berperanan untuk mendapatkan kenaikan penjualan dan keuntungan. Selain itu, promosi diadakan untuk mendapatkan pelanggan baru dan

menjaga kesetiaan pelanggan. Seterusnya, promosi adalah untuk menjaga kestabilan penjualan dan mengubah tingkahlaku dan pendapat konsumen. Ini diperkatakan oleh Belch & Belch (1998).

"Promotion is one of those critical leverage points. By applying a modest e. Toi t in planning and executing promotional strategies, you can double; triple, even quadruple the results of your trade show investment

(Stevens, 2005, p. 144)

Bermaksud, promosi ialah salah satu titik memanfaatkan kritikal iaitu dengan menggunakan satu usaha sederhana dalam merancang dan melaksanakan strategi-strategi promosi, anda botch menggandakan dua, tiga, malah empat kali ganda keputusan- keputusan pameran perdagangan anda.

(22)

"Advertising and promotion are increasingly being viewed by marketing managers as highly interrelated yet distinctly specialized means of

informing customers about products and services and persuading them to buy. Advertising and promotion are highly interrelated because they both rely on marketing communication processes

, for their effects and are so ofien uses together. Yet they are specialized because of the respective effectiveness of the techniques available for each

(Rossiler & Percy, 1987, p. 3)

Bermaksud, pengiklanan dan promosi semakin mendapat perhatian pengurus pemasaran khususnya dari aspek memaklumkan pelanggan tentang produk dan perkhidmatan serta

menyakinkan mereka untuk membeli produk yang dihasilkan. Pengiklanan dan promosi adalah saling berkaitan kerana kedua-duanya bergantung kepada proses komunikasi pemasaran yang dapat memberikan kesan kepada mereka dan mereka dapat menggunakan bersama-sama. Namun pendekatan yang dilakukan berbeza berdasarkan teknik yang tersedia.

"Promotion is often regarded as a more direct from of persuasion, based . frequently on external incentives rather than inherent product benefits, which is designed to stimulate immediate purchase and to more sales forward' more rapidly than would otherwise occur "

(Rossiler & Percy, 1987, p. 22)

Bermaksud promosi selalunya dianggap sebagai secara langsung dari pemujukan, yang berpangkalkan insentif luar daripada faedah-faedah produk sedia ada. Produk dihasilkan

untuk merangsang pembelian segera dan untuk meningkatkan 'pulangan jualan'.

(23)

"Promotion involves any technique, under a seller 's control, that can communicate favourable, persuasive information about that seller's product to potential buyers".

(Dommermuth 1989, p. 22)

Bermaksud, promosi melibatkan apa-apa teknik, di bawah kawalan penjual, yang dapat menggalakan berkomunikasi, maklumat yang meyakinkan tentang produk dari

penjual kepada pembeli berpotensi.

Selain itu, promosi jualan juga penting untuk meningkatkan pemasaran sesuatu barangan.

"Promotion refers to any incentive used by a manufacturer to induce the trade (wholesalers, retailers, or other channel members) or consumers to buy a brand and to encourage the sales force to aggressively sell it. Retailers and not-for-profit organizations also use promotional incentives to encourage desired behaviors from their consumers and clientele-shop at this store rather than a competitor 's buy this brand rather than another, purchase larger quantities donate now rather than later, become a season-ticket holder, and so on. The incentive is additional to the basic benefits provided by the brand and temporarily changes its perceived price or value.

(Shimp, 2007, p. 35)

Bermaksud promosi merujuk kepada apa-apa insentif yang digunakan oleh pengilang untuk mendorong perdagangan (pemborong, peruncit, atau ahli-ahli saluran lain) dan pengguna untuk membeli jenama serta menggalakan pasukan jualan agar

menjual secara agresif. Peruncit dan pertubuhan bukan kerajaan juga menggunakan insentif bagi mendapatkan keuntungan dan menggalakan tingkah laku yang dikehendaki daripada pelanggan. Selain daripada itu, mereka dan pelanggan-kedai di kedai ini dan bukannya membeli pesaing jenama ini lebih daripada yang lain, membeli kuantiti yang

(24)

lebih, menjadi satu musim pemegang tiket dan sebagainya. Insentif ini adalah tambahan kepada manfaat asas yang disediakan oleh jenama dan sementara perubahan harganya dirasakan atau nilai.

Aspek Promosi

Pemasaran

Menurut Kotler (1992), pemasaran ialah suatu cara baru untuk memikirkan bagaimana syarikat atau organisasi lain dapat memajukan pertukaran yang berfaedah dengan pelanggan sasaran supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Menurutnya lagi, pengurus pemasaran sebagai analisa, perancangan, pelaksanaan dan kawalan program-program yang dibentuk untuk mendapatkan pertukaran dengan kumpulan sasaran dengan matlamat memperoleh faedah perseorangan atau faedah bersama dan tertumpu kepada usaha-usaha mengubahsuai serta menyelaras keluaran bahan, harga, promosi dan pemilihan tempat untuk menjamin keberkesanan.

Selain itu, dalam buku ini juga menyatakan pengurusan pemasaran ialah kaedah terancang dan teratur untuk menyempurnakan hubungan pertukaran. Kaedah yang terancang dan tersusun dalam sebarang bidang dinamakan profesionalisme. Disamping itu, dan aspek pemasaran yang diperkatakan ialah apabila seseorang pengguna didedahkan kepada mesej pengiklanan yang berkesan dengan berulang-ulang, pertama

sekali akan mewujudkan kesedaran terhadap keluaran itu (kesedaran) dan selepas itu memahaminya (pengetahuan) setelah mesej itu diterima (penerimaan), dia mungkin berkeputusan untuk membeli jenama im apabila dia ingin membeli jenis keluaran itu. Ini bernlaksud jika penduduk setempat dan para pelancong didedahkan dengan mesej

Referensi

Dokumen terkait

17 18 19 20 Tangerang Selatan Tangerang Selatan Tangerang Selatan Tangerang Selatan Tangerang Selatan Tangerang Selatan Tangerang Selatan Tangerang Selatan Tangerang

Dalam pelaksanaan jual beli tersebut Supono dapat memperkirakan jumlah armada (truk) yang akan mengambil pasir dalam penambangan/ penggalian yang berkisar 1.800

Rencana Kerja OPD Kecamatan Wirobrajan disusun berpedoman pada Peraturan Daerah Nomor 11 Tahun 2017 tentang RPJPMD Kota Yogyakarta Tahun 2017-2022 dan Peraturan

Dilaporkan bahwa penyakit diare neonatal yang disebabkan oleh infeksi enterotoksigenik Escherichia coli (ETEC) yang dapat terjadi beberapa saat setelah anak sapi dilahirkan

Jika lemak menumpuk dan menyumbat dalam bentuk kolestrol dalam sel darah mengakibatkan hipertensi, jantung coroner dan stroke (Siagian, 2019). Indeks glikemik merupakan

Jika selama ini kelebihan berat badan dipercaya terjadi akibat dari asupan energi (konsumsi makanan dan minuman) yang lebih besar daripada pengeluaran energi

Hasil dari testing silikat dan analisa produk cair menggunakan Gas Kromatografi (GC) menunjukkan bahwa silikat yang dihasilkan dari abu sekam padi mempunyai

24 Asep Hermawan, Penelitian Bisnis Paradigma Kuantitatif, (Jakarta: Grasindo, 2015), 168.. ketentuan Tabungan Impian BRISyariah iB serta nasabah yang menggunakan