• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buletin Sejarah Edisi 3 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buletin Sejarah Edisi 3 2014"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENAUNG

Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

PENASIHAT Datuk Dr. Amin bin Senin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

PENGERUSI

Haji Abdul Ghani bin Mohamad Niza PMP, AMP Pengarah Bahagian Buku Teks

TIMBALAN PENGERUSI Haji Paridin bin Jais

KETUA EDITOR Haji Che Noh bin Muda K.M.W

SIDANG EDITOR Noriza binti Haji Asmuni Yusri Amir bin Haji Bahasa Muhammad Zuraidi bin Abdul Jalal

Md Som bin Jelon Faizah binti Alias Thava Rajan Subramaniam

Hasnida binti Hashim Shaharizan bin Shamsuddin

Siti Nafsiah binti Ismail Nor Salina binti Mohammad Zainudin

Sharifah binti Abd Rahman Aiman Syafiq bin Mat Sunari

Siti Suhaila binti Sudirman Joespenzal Mek KETUA TEKNIKAL PENERBITAN

Harizan bin Hamzah SIDANG TEKNIKAL PENERBITAN

Azhar bin Mohd. Shariff Haji Ab. Rashid bin Md. Yasin

Ali Hanafiah bin Kassim PENYELARAS BAHAN DIGITAL

Azmi bin Mohd. Sayuti Azizan bin Isa Norma Hazura binti Mohd Zulkifli

PENULIS Masariah binti Mispari Nor Mastura binti Bahrum Sakmor

Lim Chin Guan Teo Anak Juin Mohd. Rozi bin Ibrahim

Amit bin Awang Ridzuan bin Hassan Suraya binti Abdul Rahim

Nor Azan bin Alias Mat Zaid bin Man Abdul Rahim bin Ali Roslani bin Maskan Mohd. Saleh bin Ibrahim

Azizah binti Ramly Noor Azma binti Seman

Ishak bin Saidoo Harvinder Kaur a/p Ranjit Singh

Rudzuan bin Mohd. Dali Azalan bin Daud

Sidang Redaksi

Bicara

PENGEDARAN Hajah Zainap binti Ibrahim

Kamaruddin bin Ismail Mohd Mashudi bin Jelani

Noraida binti Ahmad

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Transformasi Pendidikan.

Guru-guru yang saya hormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Syukur ke hadrat Allah SwT kerana hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menerbitkan Buletin Sejarah sebanyak enam edisi sepanjang tahun 2013 dan 2014 telah berhasil. Buletin Sejarah Edisi 3/2014 adalah penerbitan terakhir Buletin Sejarah ini. Rasional penerbitan Buletin Sejarah ini bagi membantu murid Tingkatan 5 mulai tahun 2013 bagi menghadapi perubahan format pentaksiran SPM Sejarah Kertas 3.

Pendekatan penulisan Buletin Sejarah ini agak berbeza dengan memberi tumpuan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas di samping gambar berwarna-warni diharap dapat merangsang murid untuk menghayati sejarah tanah air dan objektif pembelajaran dan pengajaran murid. KPM juga telah menerbitkan tiga edisi Buletin Sejarah Digital Interaktif iaitu Edisi 1/2014, Edisi 2/2014 dan Edisi 3/2014 yang mudah di akses dengan menggunakan pelbagai peranti.

Oleh itu, bahan Buletin Sejarah bercetak mahupun digital interaktif diharap dapat digunakan sepenuhnya di dalam kelas mahupun di luar kelas. Akhir kata, adalah diharapkan Buletin Sejarah ini dapat melahirkan semangat jati diri, generasi yang cemerlang, berketerampilan dan berdaya saing dalam usaha kerajaan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Sekian, terima kasih. Saya akhiri dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

Selembar

Bengkel Kerja Pemurnian Pruf Muka Surat (PMS) Buletin Sejarah Edisi 3/2014 dan Pemurnian Bahan Digital Edisi 2/2014 Bersama dengan Panel Penulis. PENGHARGAAN

Bahagian Buku Teks (BBT) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel penulis, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara dan semua pihak yang terlibat dalam pelbagai aspek sehingga Buletin Sejarah ini dapat diterbitkan.

HAK CIPTA

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buletin ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapatkan keizinan bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi tujuan komersial.

MAKLUM BALAS

Sebarang cadangan dan komen boleh dihantar melalui e-mel ke alamat noh.muda@moe.gov.my atau yusriamir.bahasa@ moe.gov.my

(3)

NOOR AZMA BT. SEMAN SAM Bandar Baru Salak Tinggi,

Selangor AZIZAH BT. RAMLY

SMKA Putrajaya

ISLAM DI ASIA TENGGARA

&

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH

ISLAM SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa pelbagai kesan

dalam bidang sosial terutamanya pendidikan. Bincangkan.

BAB 7

&

8

TINGKATAN 4

Oh, senangnya!

1. PENGENALAN [5m]

Latar belakang kedatangan Islam di Tanah Melayu.

Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (m.s. 196)

2. MEMAHAMI [30m]

Pengaruh kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu dalam aspek:

a) Gaya hidup (20m)

b) Bahasa dan Kesusasteraan (10m)

Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (m.s. 205-208)

3. MENGANALISIS [25m]

Kesan pengaruh Islam terhadap pendidikan masyarakat Melayu. Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (m.s. 201)

buletin SeJARAH • eDiSi 3 • 2014 • 3

INFO 5. MENILAI [10m]

Peranan Malaysia sebagai hab pendidikan dunia.

Malaysia berjaya memainkan peranan sebagai hab pendidikan dunia melalui kemasukan ramai pelajar asing ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Universiti yang terlibat adalah seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertaraf antarabangsa.

Universiti luar negara turut membuka cawangan mereka di Malaysia. Pada tahun 2003, Universiti Nottingham United Kingdom telah membuka kampus cawangannya di Semenyih, Selangor. Pada tahun 2015 pula, Universiti Xiamen China akan membuka kampus cawangannya di Salak Tinggi, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) mengadakan program berkembar dengan universiti luar negara seperti Universiti Auckland, Universiti Warwick dan Universiti Victoria. Antara faedah program ini adalah untuk pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian dan jaminan kualiti. Pendidikan di Malaysia turut mendapat pengiktirafan dari United Nations for Educational Scientific and Cultural

Organization (UNESCO). Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) telah mendapat pengiktirafan daripada universiti luar

negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama bersesuaian dengan matlamat pengantarabangsaan. Seterusnya, produk penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mendapat pengiktirafan dunia dalam pameran British Innovation and Technology Show 2008 di Alexandra Palace, London. Universiti Malaysia Perlis (UMP) pula menerima anugerah antarabangsa dalam Majlis The Bizz 2014 di Venice, Itali.

16 isi = Maksimum 10m

4. MENGAPLIKASI [10m]

Langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu.

Langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu adalah dengan meningkatkan kualiti pendidikan negara. Program pertukaran pelajar dan guru ke luar negara merupakan satu transformasi ke arah itu.

Selain itu, prestasi kolej atau universiti di Malaysia sama ada universiti awam atau universiti swasta sedang dalam proses menaik taraf setanding dengan universiti luar negara seperti Universiti Harvard di Amerika Syarikat, Universiti Oxford di England dan Universiti Al-Azhar di Mesir.

Langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan prasarana pendidikan dalam negara seperti kemudahan bagi menjalankan penyelidikan dan juga akses Internet Berkelajuan Tinggi.

Kerajaan juga sedang berusaha untuk menambahkan peruntukan dalam bidang pendidikan contohnya dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Dana sebanyak RM5.2 bilion telah disediakan bagi projek berasaskan ICT.

Langkah seterusnya membuat transformasi pendidikan dengan menambah baik Kurikulum Pendidikan Negara agar bersifat lebih global. Contohnya, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kerajaan turut mempromosi Malaysia sebagai hab pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO), Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang adalah juga usaha yang sama ke arah itu. Manakala dalam program menjalin kerjasama pendidikan dua hala dengan negara luar, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan Sekolah Amanah dimestikan melaksana program pengantarabangsaan.

(4)

8. RUMUSAN [5m]

Pengetahuan yang saya peroleh daripada kesan pengaruh Islam terhadap perkembangan sosial di Malaysia ialah pendidikan Islam berkembang pesat dengan wujudnya sekolah-sekolah pondok. Kedatangan Islam juga merubah gaya hidup masyarakat tempatan seperti cara berpakaian dan cara menghormati orang yang lebih tua.

Iktibar yang saya peroleh ialah kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang yang sedia ada untuk memajukan negara. Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa perlu demi menjamin kehidupan yang harmoni.

Saya berharap perpaduan di Malaysia dapat dikekalkan. Hal ini adalah kerana tanpa perpaduan, kemajuan negara tidak mungkin dapat dikecapi. Kita mengharapkan agar Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Konsep Wasatiyyah Satu Pendekatan Untuk Keamanan Sejagat : Najib

13 Mac 2012 oleh Najib Razak

Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, “Kerajaan akan memperjuangkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai pendekatan yang boleh membawa kepada keamanan sejagat dan bukan sahaja untuk membina negara bangsa yang harmoni dan bersatu padu.” Menurut beliau lagi, pengenalan konsep itu di negara ini menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang layak untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia.

Kerajaan memperkenalkan konsep Wasatiyyah selaras dengan wawasan kepimpinan negara yang mahu mewujudkan keseimbangan dalam membina perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya.

Najib berkata, “Konsep itu merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada dan kehidupan seharian selaras dengan matlamat konsep itu yang ingin mewujudkan perpaduan serta keharmonian hidup ke arah menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara.” (Sumber : Bernama)

6. MENJANA IDEA [10m]

i) Cabaran pendidikan negara pada masa kini. [5m]

Cabaran pendidikan pada masa kini antaranya ialah kekurangan kemudahan sistem teknologi maklumat terkini. Keadaan ini membataskan pengaksesan maklumat terutamanya di kawasan pedalaman.

Seterusnya, kekurangan kepakaran tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan, pendidikan dan perubatan sehingga kerajaan terpaksa membawa masuk tenaga pakar dari luar.

Selain itu, jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar turut menjadi cabaran dalam pendidikan pada hari ini. Hal ini berlaku kerana kekurangan prasarana, tenaga pengajar berpengalaman dan sokongan daripada masyarakat setempat.

ii) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran. [5m]

Langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan kemudahan sistem teknologi maklumat antaranya adalah dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang lebih menyeluruh contohnya, Kampung Tanpa Wayar.

Pada 24 April 2014, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program Talent Corporation Malaysia Berhad bagi menggalakkan tenaga pakar tempatan yang bekerja di luar negara supaya pulang dan berkhidmat di tanah air. Selain itu, jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar boleh dikurangkan dengan menyediakan prasarana yang mencukupi terutamanya di sekolah luar bandar. Kemudahan seperti makmal ICT, Makmal Sains dan pusat sumber perlu dinaik taraf.

7. MENGHAYATI NILAI MURNI [5m]

Iktibar yang perlu diteladani oleh generasi muda pada hari ini.

Kita perlu menghargai ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan satu aset penting untuk kemajuan diri, bangsa dan negara.

Selain itu, kita perlu mempunyai sikap berdaya saing untuk menghadapi cabaran pada masa ini.

Kita juga perlu sentiasa prihatin, bertanggungjawab dan berhemah tinggi supaya dapat melahirkan masyarakat berintegriti tinggi.

Generasi muda perlu membina kepimpinan yang berwibawa dan berani ke arah mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

12 isi = Maksimum 5m 8 isi = Maksimum 5m

INFO

6 isi = Maksimum 5m 8 isi = Maksimum 5m

(5)

buletin SeJARAH • eDiSi 3 • 2014 • 5

PERKEMBANGAN

DI EROPAH

Renaissance menjadikan negara Eropah kuasa dunia. Buktikan.

BAB 9

TINGKATAN 4 MOHD SALEH B. IBRAHIM

SM Sains Perempuan, Seremban, Negeri Sembilan

MENGANALISIS

Maju dalam bidang ilmu Sains, Biologi, Kimia, Fizik dan

Perubatan

Penjelajahan dan penerokaan di luar negara Eropah Maju dalam

bidang kesenian

Menguasai ekonomi dunia

Lahirnya cendekiawan bertaraf dunia seperti

• Leonardo da Vinci

• Michelangelo

• Thomas More

• Francis Bacon INFO

Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali,

iaitu renisciment yang bermaksud “kelahiran semula” dan istilah

ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang

seni dalam tamadun Yunani dan Rom.

1

Penjajahan beberapa negara Asia, Afrika dan Amerika

5

4

Pelabuhan antarabangsa di Venice dan Genoa

8

Menguasai jalan perdagangan di Lautan

Hindi dan di Asia Tenggara

6

9

Itali muncul sebagai pusat pertembungan budaya,

bahasa dan agama

10

Pusat perdagangan antarabangsa di Venice,

Rom dan Milan

7

(6)

Renaissance berjaya memajukan negara-negara Eropah. Bagi mencapai taraf negara maju seperti mereka, kerajaan telah melaksanakan transformasi dalam pelbagai bidang. Apakah kejayaan daripada transformasi tersebut?

• Panglima Awang @ Enrique Melaka ialah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau merupakan manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam misi ekspedisi Armada Maluku. • 1511 - Melaka jatuh ke tangan

Portugis. Pada akhir bulan Ogos, Panglima Awang ditawan. Beliau diberi nama Enrique of Malacca oleh Magellan. Pada akhir Disember, beliau belayar ke Portugal mengikut

MENGAPLIKASI

Pendapatan Negara Kasar meningkat daripada AS $257 (1957) kepada AS $9,970 (2012) Pendapatan isi rumah

meningkat daripada RM4,025 (2009) kepada RM5,000 (2012) Kadar kemiskinan berkurangan daripada 60% awal merdeka kepada 1.7% pada 2012 100 ribu orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan

100 ribu unit rumah mampu milik berjaya

dibina pada 2012 77% murid dapat belajar di prasekolah (2012) berbanding 67% (2011) Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia (laporan Bank Dunia)

Malaysia ialah negara ke-18 paling mudah

menjalankan urus niaga Penjenayah rasuah dapat disabitkan kesalahan daripada 54% (2009) kepada 85% (2012) Kadar jenayah berkurangan sebanyak 35% dalam tempoh 4 tahun (2008-2011)

Haji Abdullah Muda dilahirkan pada bulan Ogos 1937 di Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu. Beliau dibesarkan dalam suasana perkampungan di Pulau Duyung. Sejak remaja iaitu selepas tamat persekolahan, Haji Abdullah telah

M

odel Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama – merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.

(UCAPAN PERDANA MENTERI PADA PERSIDANGAN INVEST MALAYSIA 2010 DI KUALA LUMPUR)

SUMBER : JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Magellan apabila diperintah oleh Albuqurque.

• 1512 - Belayar melalui Goa (India) ke Tanjung Harapan (Afrika Selatan) dan sampai ke Lisbon (Portugal) pada bulan Jun. • 1513 - Mengikut Magellan ke Azamor (Maghribi).

• 1515 - Pada pertengahan Ogos, beliau pulang ke Lisbon dan kemudian ke Azamor dan berhijrah ke Oporto.

• 1517 - Beliau meninggalkan Portugal dan pergi ke Sepanyol. Pada 20 September, beliau sampai di Seville. Beliau diperkenalkan oleh Magellan sebagai orang yang berpengaruh di Sepanyol termasuk kepada Raja Sepanyol King Charles V di Valladolid. Beliau juga terlibat dengan persiapan Armada Maluku.

• 1519 - Pada 10 Ogos, Isnin (St. Lawrance’s Day), Armada memulakan pelayaran dari pelabuhan Seville ke Amerika Latin hingga ke Brazil.

• 1520 - Sampai di Argentina dan merentas Lautan Pasifik.

(Sumber: Perbadanan Muzium Melaka, 2010)

INFO

Adaptasi sumber : http://www.kraftangan.gov.my/craft_adiguru/details/22/?menuid=26.

terlibat secara langsung membuat bot bermula dengan kerja sebagai pembantu. Dorongan keluarga sendiri, mentua dan rakan memberi semangat untuk menceburi bidang ini sepenuh masa. Latihan dan pengalaman yang diperolehi dari kerjayanya pada tahun 50’an memberi kekuatan untuk mengusaha sendiri pembuatan bot, bermula dengan bot yang berukuran kecil. Semakin hari kemahiran beliau bertambah dengan berupaya menghasilkan berbagai-bagai jenis dan saiz bot tradisional serta kapal layar. Memang wajarlah beliau menerima anugerah kesenian negeri Terengganu 2006 yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri.

(7)

buletin SeJARAH • eDiSi 3 • 2014 • 7

DASAr BrItISh DAN KESANNyA

KE AtAS EKONOMI NEGArA

ISHAk B. SAIDOO

SMk Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor

MENGANALISIS

BAB 10

TINGKATAN 4

Pada hari ini dalam tahun 1970, kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura telah membuat pengumuman bersama bahawa demi kepentingan kedua-dua buah negara, perlulah ditubuhkan dua buah syarikat penerbangan yang berasingan.

Malaysia, pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL). Tetapi nama ini telah ditukarkan kepada Malaysia Airlines System Berhad atau MAS.

Tujuan penubuhan syarikat pengangkutan syarikat ini adalah untuk menyediakan suatu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Hal ini akan memberi sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan.

Tarikh Peristiwa : 25 Januari 1970

Malaysia Menubuhkan Syarikat Penerbangan Sendiri

INFO

Pada permulaan perkhidmatannya, MAS telah mengambil alih 9 buah kapal terbang jenis F27 dan 3 buah jenis BN 2 daripada Malaysia Singapore Airlines.

Lambang yang berupa wau Kelantan yang mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini.

(Adaptasi Sumber: Puan Habibah Zon, En. Ahmad Haji Abdul Kadir & Cik Norizan Osman,

(1981). Hari Ini Dalam Sejarah, Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia).

SEJARAH AWAL

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

1951 - Sistem pemerintahan secara Kabinet yang dipanggil Sistem Ahli diperkenalkan. Dalam sistem ini, beberapa Ahli dilantik untuk mengetuai urusan pentadbiran beberapa buah jabatan. Hal-hal mengenai pengangkutan jalan dan penerbangan awam terletak di bawah tanggungjawab Ahli untuk Tanah, Galian dan Perhubungan. Ahli untuk kereta api dan pelabuhan bertanggungjawab untuk perkara-perkara berhubung dengan kereta api pelabuhan dan laut.

1953 - Kereta api, kapal laut atau penerbangan awam dan pengangkutan Jalan diletakkan di bawah tanggungjawab Ahli untuk pengangkutan.

1956 - Kementerian Pengangkutan ditubuhkan.

1972 - Nama Kementerian ditukarkan kepada Kementerian Perhubungan.

1974 - Kementerian dikenali dengan nama Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya. 1976 - Kementerian dikenali sebagai Kementerian Perhubungan semula.

1978 - Nama ditukarkan kepada Kementerian Pengangkutan dan kekal hingga hari ini.

INFO

Menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Membina rangkaian lebuh raya moden dan berteknologi tinggi Membina lapangan terbang bertaraf dunia seperti KLIA

Memajukan pengangkutan dan maritim

seperti kapal laut, feri dan pelabuhan berkaitan Dasar Pengangkutan NegaraMelaksanakan undang-undang

Membina lapangan terbang KLIA 2

Membina dan memajukan pengangkutan rel seperti komuter, LRT, monorel dan kereta api Memperkenalkan konsep mesra

pengguna dan mesra alam

Membina Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITTs) seperti TPB Bandar Tasek Selatan

USAhA-USAhA KeRAjAAN DALAM MeNAIK TARAf SISTeM PeNgANgKUTAN

UNTUK KeSejAhTeRAAN RAKyAT

Semasa zaman penjajahan dan era pascakemerdekaan, berlaku perkembangan

ekonomi yang membawa kemajuan dalam sistem pengangkutan.

(8)

MENJANA

IDEA

Bandar Nusajaya adalah contoh bandar pintar di Malaysia yang

menepati gaya hidup mesra alam dan berteknologi tinggi.

PENDIDIkAN MODEN BERtARAf DuNIA

MODAL INSAN BERkEMAHIRAN tINGGI PERkEMBANGAN INDuStRI

BERAt DAN SEDERHANA kEMAJuAN PERtANIAN

DAGANGAN DAN PERLADANGAN PERkEMBANGAN INStItuSI PINJAMAN, BANk DAN INSuRANS

Kerajaan memajukan aspek pembangunan fizikal dan sosial masyarakat

ke arah negara maju pada tahun 2020.

Bincangkan.

Aspek

Pembangunan

fizikal dan

Sosial

kEMAJuAN INDuStRI AutOMOBIL (PROtON DAN PERODuA)

kEMAJuAN tEkNOLOGI MAkLuMAt

(ICT) DAN kOMuNIkASI

kEMuDAHAN PERuBAtAN tERMODEN DAN CANGGIH

PELAN PEMBANGUNAN NUSAJAYA

• Hab Logistik dan Pelabuhan Kelas Pertama • Hab Rekreasi, Perdagangan dan Sukan • Hab Biofuel

• Hab Perubatan • Hab Industri Halal • Hab Kewangan Islam • Hab Perumahan dan Taman • Hab Industri Pembuatan Tempatan • Kota Iskandar

• Waterfront City • Pusat Pendidikan • Taman Kesihatan Afiat • Pusat dan Bandar Cyber

• Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor

PRASARANA

BANDAR NUSAJAYA

Bandar pintar merupakan bandar yang bergantung kepada penggunaan meluas dan inovatif teknologi maklumat dan komunikasi untuk merancang dan berkongsi sumber bagi pembangunan ekonomi alam sekitar dan sosial ke arah kehidupan yang lebih berkualiti.

INFO

(Petikan: Sinar Harian 20, Nov. 2012)

(9)

buletin SeJARAH • eDiSi 3 • 2014 • 9 AZALAN B. DAuD SMk tengku Budriah, Perlis

BAB 7

TINGKATAN 5

SISTEM PEMERINTAHAN

DAN PENTADBIRAN NEGARA

MALAYSIA

1. PENGENALAN

Pilihan raya ialah satu proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di peringkat

negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit mengikut prosedur yang telus

dan teratur. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menjalankan proses pilihan

raya di Malaysia.

PENGUNDI

Syarat kelayakan

warganegara Malaysia

warganegara Malaysia

Mengendalikan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil

Berumur 21 tahun

Berumur 21 tahun

Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin

didaftarkan

Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa

Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan di mana-mana dalam Malaysia bagi

Kerusi Parlimen

Tidak didapati bersalah oleh mahkamah

Syarat kelayakan

PERANAN SPR

CALON

Menjalankan pendaftaran pemilih

Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya

Bukan pegawai kerajaan Tidak diisytiharkan bankrap

2. PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

8866 BATU 4 PMTG. PASIR 75460 MELAKA

(10)

Boleh mengemukakan manifesto sendiri Mahkamah Pilihan Raya Bebas berkempen sebelum pilihan raya

Mewakili parti politik atau calon bebas

Boleh membuat petisyen

pilihan raya Pengiraan undi dilakukan terbuka dan telus wujud Badan Pemantau Pilihan raya

Proses

pilihan raya

yang bebas

dan beretika

Hak sama rata

kepada

semua rakyat

Wujud kuasa

Eksekutif,

Legislatif, dan

Perundangan

Keamanan

dan kemajuan

ekonomi

Pengagihan

kuasa antara

kerajaan pusat

dan negeri

Wujudnya

kerajaan dan

pembangkang

Keluhuran

Perlembagaan

Institusi Beraja

dikekalkan

Daftar pemilih boleh disemak oleh pihak berkepentingan

SPR kenal pasti pemantau PRU ke-13

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenal pasti 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemerhati domestik, selain pemerhati negara Asean untuk pantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, pihak SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan.

Sumber : Utusan Malaysia 28.11.12

KEtELuSAN

prOSES

pILIhAN rAyA

DI NEGArA KItA

3. KETELUSAN PROSES PILIHAN RAYA DI NEGARA KITA

MENGAPLIKASI

4. SEJAUH MANAKAH MALAYSIA BERJAYA MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN?

(11)

4. MENGAPLIKASI [10m]

Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat?

Sebagai contoh, Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Ia juga bertujuan untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil serta menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam perniagaan.

Federal Land Development Authority (FELDA) pula berperanan untuk meningkatkan taraf hidup

masyarakat luar bandar. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian. Kawasan tanah baru dibuka secara besar-besaran dengan kemudahan asas disediakan. Ini dilakukan supaya dapat mengurangkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar serta membantu dalam mengurangkan kadar kemiskinan.

Melalui Federal Argicultural Marketing Authority (FAMA) pula, petani dapat mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian, justeru dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan. Ini menyediakan peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi.

Melalui Malaysian Algricultural Research and Development Institute (MARDI) pula, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dilaksanakan berupaya untuk meningkatkan hasil keluaran pertanian.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) menggariskan pelan untuk menggerakkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mapan. Selain itu, ETP juga bertujuan untuk ekonomi yang berdaya saing dan bertujuan mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

Pilih mana-mana jawapan yang munasabah.

HARvINDER kAuR A/P RANJIt SINGH SMJk Chan Wa II, Seremban

Negeri Sembilan

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN

UNTUK KESEJAHTERAAN

Selepas kemerdekaan pelbagai usaha telah dijalankan untuk memacu pertumbuhan

ekonomi negara kita. Bincangkan.

BAB 8

TINGKATAN 5

tuGASAN SpESIFIK

1. PENGENALAN [5m]

Memahami latar belakang pembangunan ekonomi negara (5m) * Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 197)

2. MEMAHAMI [30m]

2.1 Pembangunan ekonomi tahap I (15m)

* Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 198 - 201) 2.2. Pembangunan ekonomi tahap II (15m)

* Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 201 - 206)

3. MENGANALISIS [25m]

Dasar-dasar pembangunan ekonomi negara

* Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 206 - 209)

Oh, senangnya!

BEGINI CARANYA...

• Kenal pasti

tugasan soalan

Contoh: Tugasan soalan ini memerlukan anda mengenal pasti manfaat pembangunan ekonomi kepada rakyat.

• Ayat permulaan jawapan hendaklah menjawab tugasan soalan

Contoh: Malaysia telah menubuhkan beberapa pertubuhan yang berperanan efektif dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat...

• Merangka jawapan dengan menulis kata

kunci jawapan

Contoh: Membangunkan masyarakat luar bandar dan penyertaan bumiputera.

• Membuat ayat lengkap

Calon akan kehilangan markah sekiranya tidak menulis dalam bentuk esei atau ayat lengkap.

• Mengaitkan setiap isi pada jawapan

Contoh: Menggunakan penanda wacana seperti selain itu, begitu juga, isi kedua.

buletin SeJARAH • eDiSi 3 • 2014 • 11 SOALAN 1, 2 & 3 AMBIL

TERUS DARIPADA BUKU TEKS… SENANGNYA… I. Pengenalan * Pembangunan ekonomi II. Memahami/ Mengaplikasi - Fakta - Huraian - Contoh III. Rujukan daripada

sumber lain digalakkan

(12)

5. MENILAI [10m]

Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini.

Salah satu kesan kemajuan ekonomi di Malaysia ialah kemajuan dan pemodenan dalam bidang pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti benih yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa kepada pemodenan pertanian. Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu dengan adanya kemajuan pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga membantu dalam perkembangan perindustrian.

Seterusnya, kejayaan ekonomi juga membawa peningkatan pendapatan per kapita negara kita. Hal ini turut diperlihatkan dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera. Kejayaan ekonomi ini membawa perkembangan ekonomi setaraf negara maju. Kemajuan ekonomi juga telah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kehidupan harmonis ini dapat menjamin keamanan negara.

Selain itu, kemajuan ekonomi juga telah membawa perkembangan ICT yang seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan dalam pembangunan infrastruktur bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa Sepang

(SIC). Pembangunan infrastruktur turut membawa kepada pembentukan bandar terancang

seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya.

Kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita untuk melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Hal ini kerana kita dapat membiayai jurulatih serta peralatan yang canggih untuk melahirkan jaguh sukan.

24 isi = [Maksimum 10m]

6. MENJANA IDEA [10m]

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara ialah kekurangan tenaga mahir. Kita terpaksa menggunakan tenaga mahir dari luar untuk memenuhi keperluan negara.

Kemahiran teknologi kita juga belum setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, dalam bidang perubatan, walaupun kita mampu membeli mesin atau peralatan terkini tetapi kita menghadapi masalah untuk pengoperasiannya kerana kemahiran teknologi kita masih pada tahap rendah.

Cabaran yang seterusnya ialah kos buruh yang semakin meningkat. Negara kita terpaksa membawa masuk buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan sebagainya untuk menampung keperluan buruh dalam pelbagai sektor seperti pertanian, pembinaan, perkilangan dan sebagainya. Senario ini juga boleh mewujudkan pelbagai masalah sosial yang lain.

Selain itu, negara kita juga menghadapi masalah bahan mentah yang terhad. Contohnya, kita bukan lagi pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar di dunia. Pasaran bagi bahan buatan Malaysia juga terhad. Contohnya, kereta buatan Malaysia seperti PROTON sukar mendapat pasaran di luar negara kerana persaingan dengan negara maju.

Cabaran seterusnya ialah persaingan menarik pelabur asing dengan negara-negara serantau. Contohnya, ramai pelabur lebih suka untuk melabur di negara-negara seperti Kemboja, Vietnam, dan Indonesia kerana kos tenaga buruh yang murah berbanding di negara kita. Hal ini bermakna kos produktiviti di negara tersebut juga rendah.

Cabaran yang seterusnya ialah ekonomi kita secara tidak langsung bergantung kepada harga pasaran dunia yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kita terlibat secara langsung dalam turun naiknya harga barangan pasaran dunia dari semasa ke semasa.

22 isi = [Maksimum 10m]

Contoh bangunan

yang menjadi

kebanggaan rakyat

Malaysia kesan

daripada kemajuan

ekonomi:

• Bangunan Sultan Abdul Samad

• Stesen Keretapi Tanah Melayu • Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan • Stadium Merdeka • Istana Negara • Masjid Negara • Menara Berkembar Petronas (KLCC) • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia • Istana Kehakiman • Menara Kuala Lumpur • Putrajaya International Convention Centre (PICC) • Kuala Lumpur International Airport (KLIA) RUJUKAN LAIN Menguasai isu semasa melalui: - Akhbar - Majalah - Jurnal - Televisyen - Internet

(13)

buletin SeJARAH • eDiSi 3 • 2014 • 13

7. MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI [5m]

Nilai-nilai murni memacu kemajuan pembangunan ekonomi negara.

Pembangunan ekonomi negara boleh dicapai melalui sikap berdikari, rajin berusaha dan tidak berputus asa dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita juga harus berani menghadapi cabaran dan mempunyai semangat untuk meneroka bidang ekonomi serta bercita-cita tinggi.

Sikap toleransi dalam mengekalkan perpaduan juga amat penting di samping bersikap inovatif dan kreatif dalam memajukan ekonomi negara.

Kepentingan ilmu pengetahuan dan kebolehan menerima perubahan demi kemajuan negara juga amat penting selain bersikap proaktif terhadap pembangunan ekonomi negara.

Kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara juga menyedarkan kita tentang pentingnya mengekalkan keamananan demi kesejahteraan rakyat.

12 isi = [Maksimum 5m]

8. RUMUSAN [5m]

Kesimpulannya, pengetahuan yang diperoleh ialah negara kita telah mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian seperti menjadi pengeluar produk berasaskan kelapa sawit yang terbesar di dunia. Malaysia juga turut berkembang dalam bidang perindustrian. Contohnya industri automobil. Selain itu, Malaysia juga telah bergiat dalam industri cari gali petroleum melalui PETRONAS.

Iktibar yang saya peroleh ialah kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang yang tersedia untuk memajukan negara sekiranya ingin terus gemilang bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

Selain itu, ekonomi negara akan menjadi stabil sekiranya rakyat bersatu dan bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara. Pembangunan ekonomi memerlukan kerjasama erat semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, ras dan keturunan.

Harapan saya agar pemimpin negara kita perlu terus cekap dan berwibawa untuk memacu negara kita ke mercu kegemilangan. Selain itu, saya berharap negara kita mempunyai pentadbiran yang telus dan bersistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna dalam bidang ekonomi.

12 isi = [Maksimum 5m]

Mudah sahaja

menjawab soalan

patriotisme

• Biasakan dengan istilah nilai, sikap dan semangat positif • Nilai positif - Hormat-menghormati - Toleransi - Bersatu • Sikap positif - Berdikari - Proaktif - Inovatif • Semangat positif - Kepentingan ilmu - Menerima perubahan - Mengekalkan keamanan • Jika anda tiada idea... - Baca semula Rukun Negara

- Nyanyikan Lagu Negaraku - Pasti anda dapat

menjawab RUMUSAN

Pengetahuan yang diperoleh:

• Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.

• Harapan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

• Rumusan boleh dirujuk pada penghujung buku teks.

1995

HINGGA KINI

1956 - 1970 1971 1971 - 1976 1977 - 1978 1979 - 1988 1989- 1990 1991 - 1995

(14)

C A B A R A N G LO B A L I SA S I K E PA DA G E N E R A S I M A SA K I N I

BAB 9

TINGKATAN 5

MENGAPLIKASI

RuDZuAN B. MOHD DALI SMk Bandar Bukit kayu Hitam,

kedah

MALAySIA DALAM KErJASAMA

ANtArABANGSA

Globalisasi merujuk perubahan yang menjadikan dunia tanpa

sempadan. Malaysia turut menerima tempias daripada perubahan

di peringkat antarabangsa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Huraikan kepentingan globalisasi kepada Malaysia dan cabarannya

kepada generasi masa kini.

Perdagangan Bebas

• Penghapusan tarif

- perdagangan antara negara tidak dikenakan cukai • Zon Perdagangan Bebas

- penghapusan kuota eksport dapat meningkatkan perdagangan ke luar negara

• Rasionalisasi subsidi

- disalurkan untuk peruntukan pembangunan negara - meningkatkan kualiti hidup rakyat

• Persamaan undang-undang harta intelek

- memudahkan aktiviti perdagangan antara negara - melindungi paten produk tempatan daripada ditiru

atau diciplak di pasaran antarabangsa

Globalisasi merupakan proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia.

(Sumber: Kamus Dewan Edisi 4 DBP)

TAKRIF

Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia meliputi pelbagai aspek kehidupan yang kian menjejaskan alam sekitar. Pembangunan negara mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Di Malaysia, penggunaan teknologi hijau seperti pentadbiran kerajaan, pengendalian kenderaan, pengurusan kuasa, telekomunikasi,

PERKONGSIAN BUDAYA • Masyarakat antarabangsa

dalam satu komuniti • Bersikap terbuka

terhadap nilai positif menghakis budaya bangsa

• Hilang jati diri PENDIDIKAN • Pengajian peringkat tertinggi • Pembelajaran sepanjang hayat • e-pembelajaran KOMUNIKASI • Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) • Penguasaan bahasa asing

terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa MODAL INSAN • Berpengetahuan dalam ICT • Berkemahiran dalam latihan • Membuat penyelidikan saintifik • Berteknologi terkini MEDIA MASSA • Pengaruh media asing • Pegangan agama tidak

diutamakan

INFO

pendidikan serta industri berkaitan aktiviti harian manusia.

e-Goverment - menyediakan akses talian online -

mengurang kerenah birokrasi - persekitaran yang mesra pelabur e-Cukai (tanah) e-Cukai (pintu) e-Tempahan e-Pemajuan e-Sewa e-Lesen (Perniagaan) e-Lesen (Penjaja) e-Lesen (Iklan Kekal) e-Lesen (Iklan Sementara)

e-Library

e-Perbankan

K e r a j a a n E l e k t r o n i k

(15)

C A B A R A N G LO B A L I SA S I K E PA DA G E N E R A S I M A SA K I N I

Perkongsian Bestari

• Perkongsian maklumat bagi semua negara

- membantu negara dalam strategi pengeluaran dan pemasaran • Menentukan destinasi perdagangan

- bebas memasarkan barangan dagangan ke luar negara • Pertukaran sumber manusia

- pertukaran tenaga profesional dalam bidang saintifik • Kerjasama antara negara

- perkongsian dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) - pemindahan teknologi terkini

- pinjaman modal

• Perkongsian bidang perkhidmatan

- berpotensi untuk memacu peningkatan dalam bidang perniagaan dalam dan luar negara

• Kemasukan tenaga pakar

- menghasilkan produk yang bermutu tinggi - pusat penyelidikan bertaraf antarabangsa

Peningkatan Skala Ekonomi

• Pengeluaran meningkat

- pasaran luas dapat menampung kos pengeluaran - keuntungan digunakan dalam Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D) • Ekonomi kreatif

- pengeluaran produk berteraskan teknologi kreatif - perniagaan atas talian

• Kecekapan mengurus syarikat - memaksimumkan keuntungan

- menyumbang peningkatan pendapatan negara

buletin SeJARAH • eDiSi 3 • 2014 • 15

Bandaraya Pintar Cyberjaya: Penggunaan rangkaian Internet,

telekomunikasi dan satelit sedunia.

Kerajaan Elektronik - Pengurusan dan layanan terbaik, singkat dan segera serta tidak perlu ke pusat kerajaan.

Kad Pintar - Kad elektronik seperti ATM.

Sekolah Bestari - Kemudahan komputer dan multimedia.

Teleperubatan - Penggunaan multimedia memberikan kemudahan kepada pakar perubatan untuk menjalankan pembedahan dan menyimpan data pesakit.

Penyelidikan dan Pembangunan - Pusat kajian dan penyelidikan terbaik di dunia yang melibatkan

universiti, korporat, sekolah dan institusi penyelidikan.

Pembangunan Laman Web - Kejuruteraan, edaran, pemasaran, penyelidikan dan rekaan.

Pasaran Tanpa Sempadan - Rangkaian pengeluaran sedunia yang menawarkan produk terbaik dengan harga rendah.

• Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) - melahirkan usahawan yang berjaya dalam era

teknologi pada masa ini

- menawarkan perkhidmatan mentor - khidmat nasihat

- berkolaborasi bersama-sama dengan institusi pendidikan di Amerika Syarikat

- memperluas rangkaian perniagaan • Tenaga kerja berpengetahuan - mahir dalam bidang ICT - memacu industri kreatif negara • Bandar Pintar

- bandar raya inovatif dan berkemahiran tinggi - fokus kepada alam sekitar dan kelestarian

serta mapan daripada bencana alam

JENAYAH MERENTAS SEMPADAN

• Jenayah siber

• Penipuan dan pengedaran dadah • Pemerdagangan manusia TENAGA KERJA • Persaingan dengan warganegara lain • Persaingan pekerjaan di syarikat antarabangsa atau multinasional EKONOMI BERLANDASKAN PENGETAHUAN (knowleDge-bAseD) • Menguasai perniagaan dalam talian • Rangkaian Internet Berkelajuan Tinggi • Perniagaan dari segi pengeluaran dan mutu

perkhidmatan

RANGKAIAN INTERNET • Capaian lambat • Tidak menyeluruh • Bayaran bulanan tinggi • Sering terganggu

Koridor Raya Multimedia (MSC)

• Memajukan Cyberjaya

- Universiti Multimedia (MMU) - syarikat kreatif

Pelaburan

• Kemasukan pelabur

- syarikat multinasional menyumbang peningkatan ekonomi negara

• Kewujudan syarikat berteknologi tinggi - pengeluaran produk teknologi terkini • Pengkhususan pengeluaran

(16)

ISNIN 10 November

2014

Tarikh Kod

Kertas Nama Kertas Masa

Waktu

KHAMIS 13 November

2014

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014

07.50 pagi - 08.00 pagi 08.00 pagi - 09.00 pagi 09.50 pagi - 10.00 pagi 10.00 pagi - 12.30 tgh. hari 07.50 pagi - 08.00 pagi 08.00 pagi - 11.00 pagi 01.50 petang - 02.00 petang 02.00 petang - 03.15 petang

Ketua Pengawas mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat

Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1

Ketua Pengawas mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan dan Buku Jawapan

Sejarah Kertas 2

Ketua Pengawas mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan

Sejarah Kertas 3

Ketua Pengawas mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan Bahasa Arab Kertas 1 ... 1249/1 ... 1249/2 ... 1249/3 ... 2361/1 10 minit 1 jam 10 minit 2 jam 30 minit 10 minit 1 jam 10 minit 1 jam 15 minit

Sumber: Lembaga Peperiksaan KPM

web.

m

oe.g

ov

.

m

y/

b

b

t

BOLEH DIBACA DI MANA-MANA SAHAJA

Untuk maklumat

lanjut sila ke

SPM

2014

Referensi

Dokumen terkait

Carut-marutnya, perpolitikan di negara Indonesia saat ini, lebih disebabkan oleh pemahaman yang dangkal para elit politik terhadap substansi sejarah peradaban dan budaya masa lalu

Berdasarkan hasil penelitian ini, informasi senyawa volatil dan aroma dari padi bunting dan matang susu dapat digunakan sebagai dasar penelitian selanjutnya dalam pengembangan

Penelitian ini bertujuan untuk mempelajari pengaruh substitusi tepung bekatul dan tepung rebon pada crackers sebagai sumber protein, serat, dan kalsium terhadap karakteristik

Analisis data yang akan dilakukan peneliti antara lain sebagai berikut: (1) Analisis Data Kemampuan Guru Mengelola Pembelajaran, Hasil observasi memperoleh data kemampuan

penggunaan istilah entity sering disamakan dengan istilah tabel (entity = table). Disebut table karena dalam merepresentasikan datanya diatur dalam bentuk baris dan kolom. Kemudian

Ibnul Qoyyim berkata, “Termasuk perkara yang mengagumkan jika seseorang menjaga dirinya dari makanan yang diharamkan, atau berbuat zalim, berzina, mencuri, meminum

Berdasarkan hasil penelitian yang relevan tersebut, maka penelitian tindakan kelas ini juga akan memilih pendekatan RME untuk diterapkan dalam pembelajaran matematika pada

Dengan teori ini, penulis akan membahas bagaimana perubahan yang terjadi dalam sebuah kebudayaan, terutama dalam eksistensi dan perkembangan seni bonsai yang terjadi di