• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda.Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal,mental, kematian, kehilangan harta dan tempat tinggal seperti pejabat, hotel, pusat perbelanjaan, hospital, sekolah dan rumah kediaman. Mengikut statistik pada tahun 2000 yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), sebanyak 2,737 kebakaran berlaku membabitkan bangunan dan 1,187 lagi kenderaan. Kebakaran itu menyebabkan 61 kes kematian dan 42 lagi cedera, dengan taksiran kerugian dianggarkan sebanyak RM553 juta dan taksiran yang berjaya diselamatkan sebanyak RM14.3 bilion. Angka kematian akibat kebakaran di seluruh negara semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2004 sahaja, kadar kematian akibat kebakaran bertambah kepada 100 kes iaitu peningkatan sebanyak 117.4 peratus,berbanding 46 kes pada tahun sebelumnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengatakan bahawa, sebahagian besar daripada kes kematian dalam kebakaran adalah kerana terperangkap. Punca mangsa terperangkap di dalam bangunan ini pula berasal dari pemasangan jeriji besi jenis tetap.Mangsa yang terperangkap hanya memiliki 60 saat sahaja untuk keluar dari situasi tersebut,jika tidak mereka akan mati akibat lemas dan akan terbakar sampai mati.Fungsi jeriji besi ini dipasang bertujuan untuk mengelakkan pencuri daripada memasuki bangunan, tetapi pada masa yang sama bertukar menjadi perangkap maut jika berlakunya kes kecemasan.

Bencana sebegini dapat dielakkan jika langkah keselamatan menangani kebakaran diperaktikkan secara tepat dan berkesan.Maka sistem pemegang jeriji mudah buka menggunakan konsep Kunci Bonet Kereta dibangunkan adalah bertujuan

(2)

untuk membantu menyelesaikan masalah terutamanya kes terperangkap disebabkan jeriji besi tetap sekaligus memudahkan JBPM mengendalikan masalah tersebut.

Sistem Kunci Bonet Kereta ini menggunakan kaedah mekanikal sebagai alat pemegang jeriji.Sistem ini direka khas bagi kegunaan bangunan yang menggunakan jeriji besi di samping membantu JBPM dalam tugas menyelamat. Fungsi utama sistem ini ialah supaya mudah untuk membuka jeriji tetap pada bangunan.Oleh itu,sistem ini juga boleh diaplikasikan di tempat lain seperti di sekolah,perhotelan malah juga dirumah kita sendiri.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Melalui hasil idea yang dibincangkan, satu produk telah diinovasikan iaitu jeriji besi.Ia merupakan sebuah jeriji yang memudahkan proses penyelamatan. Jeriji ini diberi nama sebagai “Easy Escape Domestic Grill”. Tambahan pula, jeriji ini berkemampuan untuk dibuka denga lebih cepat.Jeriji ini merupakan cetusan idea daripada hasil perbincangan ahli kumpulan yang melihat terdapat jeriji yang sukar untuk dibuka jika berlaku kecemasan.Hal yang demikian, satu projek dengan penghasilan sebuah jeriji“Easy Escape Domestic Grill” dicipta. Dengan penghasilan jeriji ini, ia serba sedikit dapat memudahkan penguna lebih senang untuk menyelamatkan diri.

Selain itu, jeriji ini juga bukan sahaja dapat membantu komuniti masyarakat sekeliling malahan ia juga dapat mempertingkatkan taraf keselamatan. Dalam pada itu, penghasilan jeriji ini juga dapat menjimatkan masa bagi para penguna untuk membuka jeriji kerana ia telah ditransformasikan kepada sistem manual yang mengunakan kunci bonet kereta. Dengan itu, masa yang diperlukan untuk menyelamatkan diri dapat dikurangkan.

Faktor kebakaran yang berlaku di negara ini mendorong untuk jeriji ini dihasilkan.Lebih-lebih lagi sewaktu musim kemarau yang cuacanya panas dan lebih senang untuk berlaku kebakaran.Selain itu, bagi mengelakkan penguna untuk

(3)

terperengkap di dalam keadaan kecemasan atau kebakaran menghasilkan jeriji ini telah dihasilkan untuk memudahkan penguna menyelamatkan diri.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Setelah membuat kajian terhadap sistem sedia ada, terdapat empat persoalan yang telah dikenal pasti perlu diberi perhatian. Berikut adalah persoalan utama yang ditimbulkan:

“Bagaimanakah sistem keselamatan jeriji besi yang perlu digunakan untuk keselamatan dari segi kecurian dan juga kebakaran?”

Bagi memastikan persoalan utama terjawab, terdapat dua soalan sokongan perlu dikemukakan bagi menjawab persoalan utama kajian. Persoalan tersebut adalah seperti berikut:

i. Jeriji keselamatan sedia ada menyukarkan pengguna untuk keluar jika berlaku kecemasan.

ii. Jeriji yang sedia ada yang dilengkapi kunci tambahan berisiko sukar untuk dibuka kala kecemasan dan menyebabkan pengguna terperangkap.

iii. Jeriji yang sedia ada megambil masa yang lama untuk dibuka di sebabkan kunci yang banyak.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

I. Merekabentuk jeriji keselamatan yang mengunakan sistem kunci bonet kereta. II. Membina jeriji yang senang untuk dibuka semasa kecemasan.

III. Menguji kadar masa yang diperlukan untuk membuka jeriji.

1.5 SKOP KAJIAN

(4)

bagi memudahkan untuk penghasilan sistem ini nanti. Skop yang ditekankan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Jeriji keselamatan yang dihasilkan hanya untuk kegunaan dimestik sahaja seperti tingkap rumah.

ii. Sistem pembukaan kunci dan pemegang jeriji yang mengunakan kaedah mekanikal.

iii. Pembukaan jeriji satu hala sahaja dan hanya boleh dibuka dari dalam rumah.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Justeru, sudah tiba masanya orang ramai perlu menyedari bahawa peranan dan tanggung jawab melawan kebakaran bukan hanya terletak pada JBPM sahaja, tetapi juga pada setiap individu. Matlamat projek ini akan tercapai apabila sistem yang dibangunkan memenuhi skop, objektif dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat, didapati bahawa kelemahan dalam sistem sedia ada kurang efektif dalam menyelesaikan masalah terperangkap didalam bangunan ketika kebakaran.

Maka, sistem yang dibangunkan adalah penting bagi:

i. Memberikan alternatif baru di dalam penyelesaian kes terperangkap ketika kebakaran.

ii. Memberi kemudahan kepada mangsa dalam mencari jalan keluar dari kawasan kebakaran.

iii. Mengurangkan perasaan gelisah ketika terperangkap dan menjimatkan masauntuk menyelamatkan diri.

(5)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Kajian literatur bertujuan menghuraikan kajian kepada subtopik yang dirangkumi dalam mengenal pasti sistem yang sedia ada agar aplikasi yang akan dibangunkan dapat difahami dengan lebih jelas. Kajian di dalam bab ini akan dimulakan denga pengenalan kepada industri keselamatan kebakaran secara umum. Seterusnya dengan mendefinisikan kebakaran, kemudian diikuti dengan punca, jenis kebakaran dan langkah pencegahannya.Langkah pencegahan yang dikaji dalam bab ini adalah mengenai sistem pemasangan jeriji besi jenis tidak tetap dan penguncian jenis tidak bermangga yang akan diterangkan dengan lebih lanjut tentang jenis dan prestasi masing-masing.Penggunaan kunci jeriji besi yang mudah dibuka seperti Kunci Bonet Kereta akan dibangunkan dan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopic kajian kaedah mekanikal.Sistem pembukaan jeriji besi yang mudah dibuka untuk menyelamatkan diri.Seterusnya akan difokuskan kepada jenis2 penggerak yang akan digunakan dan juga cara kerja yang digunakan untuk menjalankan penggerak kebakaran

(6)

menunjukkan bahawa industri keselamatan itu sangat besar linkungannya, Jabatan Bomba dan Keselamatan Malaysia (2009). Bagi mengetahui industri kebakaran secara dekat, pertamanya hendaklah memahami kebakaran itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan sebagai kebakaran sebenarnya dan istilah yang biasa merujuk kepada kebakaran ialah api. Oleh itu definisi api campuran tiga unsur penting iaitu oksigen,bahan api dan haba boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Selain daripada ketiga-tiga unsur tersebut, terdapat satu lagi faktor yang turut memainkan peranan semasa kebakaran iaitu tindakan berantai.

Dengan memahami proses kebakaran berlaku, para pakar dapat mencari jalan atau kaedah untuk memadamkannya. Oksigen berada disekeliling kita dan sebahagian besar bahan boleh menjadi bahan api seperti kayu, perkakas rumah, kertas dan gas memasak. Kebakaran biasanya berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia, kerosakan mekanikal atau elektrik ataupun kejadian semulajadi seperti kilat yang menyatukan oksigen, bahan dan haba bagi mewujudkan api. Api boleh dipadamkan dengan mengeluarkan oksigen,mengurangkan suhu atau kepanasan bahan ataupun memutuskan rangkaian tindakan berantai.

Terdapat empat peringkat kemarakan api iaitu peringkat awal nyalaan, peringkat kemarakan, peringkat kemarakan maksima dan peringkat penurunan kebakaran. Kebakaran biasanya boleh dikawal daripada merebak sekiranya dikenal pasti di peringkat awal kemarakan,tetapi menjadi kritikal apabila berada di peringkat kemarakan dan peringkat kemarakan maksima.

(7)

2.2 KONSEP/TEORI

Kunci merupakan salah satu sistem yang agak sukar untuk dibuka kerana mempunyai pelbagai jenis kunci.Oleh itu, dengan idea yang direncanakan ini iaitu dengan menghasilkan sebuah “Easy Escape Domestic Grill” ia akan dapat membantu komuniti masyarakat daripada masalah terperangkap di dalam rumah atau bangunan ketika berlakunya kecemasan.Oleh itu, jerijiini dihasilkan dan dicipta hasil inovasi tersendiri.

Jenis kable adalah sangat mempengaruhi kunci yang ingin digunakan pada jeriji ini. Setelah dikaji, kable yang hendak digunakan mestilah mempunyai ketahanan kuat supaya tidak mudah putus dan mempunyai ketahanan jangka panjang.Kunci yang digunakan ialah kunci bonet kereta kerana ia senang untuk dibuka.

Rajah 2.2 Kunci Bonet Kereta

2.2.1 DAYAYANGDIKENAKAN

Daya yang dikenaka nuntuk memasang jeriji dikira dengan menggunakan formula daya (F) bersamaan dengan jisim (m) darab gravity (g). Formula yang digunakan ini adalah seperti berikut :

(8)

2.2.2 MASA YANG DIAMBIL

Masa yang diambi luntuk membuka jeriji.Ianya dikira dengan menggunakan rumus T (masa ) bersamaan dengan d (jarak) bahagi v ( halaju) seperti dibawah :

T (masa)=d (jarak) v (halaju)

2.3 KAJIAN TERDAHULU

Kajian terdahulu ialah kajian dilakukan pada projek atau alatan yang telah dicipta dan dibuat denga terperinci.Denga mengkaji kajian terdahulu dapat mencetus idea dan menambah lagi idea dari segi rekaan,matlumat,fungsi dan sebagainya.Kajian dahulu penting untuk dikaji dulu sebelum mencipta atau membuat spekulasi supaya matlumat mencukupi dari segi kekurangan dan kelebihan yang ada pada alatan yang dicipta.Denga ini,dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada matlumat dan alatan yang akan dicipta pada masa hadapan.

Kajian terdahulu telah dilakukan pada jeriji yang telah dicipta yang mempunyai konsep yang sama denga projek “Easy Escape Domestic Grill”yang akan dilaksanakan.Dalam kajian yang dilakukan dalam sumber internet iaitu pada sebuah jeriji pada rajah 2.4.1 dan 2.4.2 direka denga konsep yang sama iaitu konsep digelongsorkan ke tepi.

(9)

Rajah 2.4.2 Jeriji dibuka secara digelongsorkan.

Akhir sekali,dalam kajian yang telah dilakukan terdahap sebuah jeriji yang didak dapat dibuka dan ia berkemukinan tidak selamat jika berlaku kecemasan.Contoh seperti rajah 2.4.3.

(10)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Perancangan kerja ini mesti dilakukan agar dapat memenuhi dan

melaksanakan objektif pembangunan sistem ini.Oleh itu, pembangunan sesebuah projek atau dalam setiap reka bentuk sistem memerlukan perancangan kerja yang rapi dan hendaklah mengandungi kaedah kejuruteraan perisian atau metodologi yang bersesuaian supaya segala perancangan dapat berjalan dengan lancar dan bersistematik.Perancangan kerja yang dibincangkan dalam bab ini adalah mengenai metodologi yang ingin diaplikasikan ke atas sistem yang telah dibangunkan, keperluan perkakasan dan perisian, pendekatan terhadap rekabentuk dalam membangunkan sistem dan justifikasi kepada metodologi yang dipilih serta perancangan kerja bagi tujuan perlaksanaan sistem.Kesemua perkara tersebut adalah penting ketika melakukan kajian bagi memastikan keberkesanan projek.

3.2 CARTA ALIR ( PROSES REKA BENTUK / CARTA ALIR PENYELIDIKAN )

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu aliran atau proses dimana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambar rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalahyang timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran,berbanding dengan gambar rajah aliran data sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi.

(11)

Carta aliran telah digunakan dalam menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang.

Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek.Pemilihan projek ini, berdasarkan masala yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang.Selepas beberapa idea yang diperkenalkan dan dibincangkan bersama penyelia.

Persepakatan untuk menghasilkan satu alat penambahbaikkan iaitu jeriji besi yang mengunakan kunci bonet kereta. Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek.Skop dan objektif ini,berdasarkan masalah yang berlaku.

(12)

MULA PEMILIHANTAJUK PROJEK PENYELIDIKAN PROJEK MEMAHAMIKONSEP REKABENTUK AWAL REKABENTUK AKHIR PEMASANGAN (OPERASI) PENGUJIAN MODEL(PROJEK) TAMAT

Rajah 3.2 : Carta alir proses rekabentuk

(13)

3.3 ANALISIS KONSEP

Setelah menjalankan proses penyelidikan,kami mendapat beberapa idea dengan reka bentuk dan konsep yang berbeza. Terdapat 3 idea yang terhasil iaitu:

Rajah 3.3.1 Konsep 1

I. Bagi reka bentuk ini,menggunakan konsep penguncian jeriji yang yang menggunakan kunci.Satu peti anak kunci diletakkan berhampiran dengan jeriji untuk memudahkan pengguna menggunakannya ketika kecemasan.Walau bagaimanapun,konsep ini tidak begitu sesuai digunakan kerana mangsa mungkin seorang yang panik justeru akan mengambil masa yang agak lama untuk membuka jeriji dan menyelamatkan diri.

(14)

Rajah 3.3.2 Konsep 2

II. Konsep yang digunakan bagi reka bentuk ini pula ialah menggunakan pin sahaja.Konsep ini sangat mudah dan mungkin berkesan kerana konsep ini juga disarankan oleh pihak bomba.(rujukan http://www.bomba.gov.my/).Akan tetapi konsep ini tidak dapat diterima kerana pencuri mungkin mudah untuk mengagak kedudukan pin ini berada dan mencungkilnya untuk memecah masuk.

(15)

Rajah 3.3.3 Konsep 3

Konsep ini adalah konsep yang akan dipilih oleh kami kerana mempunyai ciri-ciri yang sesuai dari beberapa aspek yang dikaji.Konsep ini bercirikan dengan konsep

mekanikal.Ianya hanya dengan cara tarik dan pemegang jeriji akan terbuka kemudiannya jeriji dengan mudah boleh digelongsorkan

3.4JADUAL PENILAIAN BERMATRIX

Jadual dibawah menunjukkan penilaian terhadap 3 reka bentuk\konsep yang kami dapati: 3 = Sangat baik 2 = Baik 1 = Tidak baik KONSEP\REKA BENTUK I. II. III. 1.KOS 2 2 2 2.KESELAMATAN 3 3 3 3.MASA 1 2 3 JUMLAH 6 7 8

(16)

3.5 KOS PROJEK

Jadual menunjukkan kos yang diperlukan untuk menghasilkan projek, bahan-bahan yang digunakan beserta ukurannya.

Jadual 3.5 : Kos Yang Digunakan Untuk Jeriji Keselamatan

ITEM KUANTITI HARGA

Besi hollow besar 1 unit RM 9.00

Besi hollow kecil 4 Unit RM32.00

Kunci bonet kereta 2 Unit RM100.00

Plat besi 1 Unit RM10.00

Kable 1 unit RM18.00

Cat 1 unit RM7.00

(17)

3.6 KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

I. Kunci Bonet Kereta

Tujuan: Digunakan untuk mengunci dan membuka jeriji.

Rajah 3.6.1 Kunci Bonet Kereta

II. Besi Hollow

Tujuan : Digunakan sebagai rangka jeriji dan komponen lain dalam projek.

Rajah 3.6.2 Besi Hollow

(18)

Tujuan:Digunakan sebagai tapak kunci.

Rajah 3.6.3 Plat Besi

(19)

Tujuan:Untuk membuka kunci:

Rajah 3.6.4 Kable

(20)

Tujuan: Digunakan untuk menyempurnakan dan mencantikkanproduk. Spesifikasi:

Spesifikasi Cat

Menggunakan cat jenis SprayCan

Cat digunakan untuk menyempurnakan dan mencantikkan rangka produk.Warna yang dipilih ialah warna hitam.

Rajah 3.6.5:Spray Can

(21)

Jadual berikut adalah peralatan yang digunakan bagi tujuan memfabrikasi projek ini:

Jadual 3.7 : Alatan yang digunakan

Mesin kimpalan MIG Digunakan untuk

menyambung besi-besi untuk dijadikan rangka. Kumai yang terhasil akan menyambung besi-besi tersebut.

Mesin pencanai Digunakan untuk menghakis

sisa-sisa yang tajam supaya bahan projek digunakan dengan selamat.

Mesin pemotong Digunakan untuk memotong

besi-besi mengikut saiz besi yang diperlukan.

Pemotongan mengikut saiz yang diukur.

(22)

Topen Keselamatan Dipakai semasa mengimpal bahan projek supaya habuk atau percikan api tidak memasuki mata.

Sarung tangan Digunakan untuk mengimpal

supaya tangan tidak terkena percikan api dari kimpalan yang dibuat.

Pita pengukur Digunakan untuk mengukur

ukuran dan saiz projek dan memberikan perinci terhadap ukuran yang mahu dilakukan.

(23)

3.8 LANGKAH-LANGKAH PROSES FABRIKASI PROJEK

Pelaksanaan projek Easy Escape Domestic Grill ini difabrikasikan dengan beberapa pelaksanaan untuk membentuk dan menghasilkan apa yang telah didrafkan pada carta alir proses reka bentuk. Antara langkah-langkah bagi menghasilkan projek ini ialah :

i. Membincangkan berkaitan produk apa yang ingin dihasilkan dan dicipta.

ii. Membeli bahan-bahan atau komponen seperti besi hollow,plat besi,kunci bonet kereta,kable,kayu pallet,roller.

iii. Kemudian, setelah semua bahan atau komponen telah dibeli dan dikumpulkan, kerja pemotongan dilakukan dengan besi hollow mengikut ukuran pada produk yang ingin dihasikan.

iv. Kepingan plat besi juga dipotong kepada ukuran saiz yang diinginkan dan menyelesaikan semua kerja pemotongan bagi komponen yang diperlukan.

Rajah 3.8.1 Proses Memotong Besi

v. Setelah selesai, besi yang telah dipotong mempunyai kesan pemotongan besi atau lebihan besi. Mesin pencanai digunakan untuk menanggalkan kesan serpihan yang tertinggal pada besi yang telah dipotong bagi kelihatan kemas.

vi. Seterusnya, besi-besi yang telah dipotong tadi dicantumkan menggunakan mesin kimpalan MIG mengikut bentuk yang telah dirancang dan direka.

(24)

Rajah 3.8.2 Proses Mengilpal Besi

Rajah 3.8.3 Proses Menebuk Rangka Jeriji

vii. Mesin grinder tangan digunakan bagi melicinkan atau mencantikkan lagi bahagian permukaan yang telah dikimpal.

viii. Setelah semua kerja mengimpal telah selesai, bahan kerja ditebuk dengan bentuk bulat yang bersaiz 10mm menggunakan mesin gerudi tangan pada bahagian yang memerlukan lubang bagi meletakkan dengan komponen yang lain seperti bolt,kunci bonet kereta,kable dan kayu pallet.

(25)

ix. Satu bolt yang mempunyai panjang 240mm dimasukkan kedalam lubang yang telah ditebuk pada bahagian plat besi untuk diletakkan kunci bonet kereta beserta nut.

x. Apabila kesemuanya telah selesai dirangka, proses mengecat dilakukan menggunakan cat semburan berwarna hitam.

Rajah 3.8.4 Proses Mengecat

(26)

xi. Akhir sekali, setelah kesemuanya selesai, proses pengujian dijalankan bagi mendapatkan data yang lengkap.

3.9 PENILAIAN 3.9.1 Prosedur Ujilari

Prosedur uji lari adalah proses yang penting untuk dilakukan setelah projek telah siap dibina. Prosedur ini dilakukan bagi menguji keselamatan, ketahanan, kecekapan dan lain-lain bagi sesebuah projek.Langkah-langkah ini perlu dijalankan sebelum dijual ke pasaran luar.

I. Pastikan keadaan sekeliling selamat.

II. Pastikan bahan projek dalam keadaan selamat untuk proses pengujian dilakukan. III. Pastikan kompenan-komponen pada bahan projek dalam keadaan baik.

IV. Mulakan pengujian dengan membuka jeriji.

V. Pengujian dimulakan dengan proses pengujian masa untuk membuka jeriji. VI. Ulang langkah 4 dan 5 sebanyak 5 kali.

VII. Rekod masa yang diambil bagi proses membuka jeriji.

VIII. Akhirkan prosedur dengan mencatat maklumat-maklumat di dalam jadual daripada hasil proses ujilari yang telah dijalankan.

Referensi

Dokumen terkait

Dari ketiga penelitian tersebut terdapat kesamaan yaitu perencanaan strategis menggunalan metode Enterprise Architecture Planning (EAP) yang menghasilkan arsitektur data, aplikasi,

Landasan teori, dalam bab ini dijelaskan tentang teori pendukung yang digunakan untuk pembahasan dan cara kerja dari rangkaian Teori pendukung itu antara lain tentang

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan