• Tidak ada hasil yang ditemukan

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 SEJARAH ISLAM. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 SEJARAH ISLAM. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM

PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA

MENENGAH 4 TAHUN 2013

SEJARAH ISLAM

Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013 Masa: 2 jam

_____________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi 17 muka

surat (tidak termasuk muka depan) dan empat bahagian: A, B dan C. Semua soalan perlu dijawab.

2. Bahagian A mengandungi 25 soalan objektif.

3. Bahagian B mengandungi 5 soalan respons terhad.

4. Bahagian C mengandungi 2 soalan esei. 5. Semua jawapan mesti ditulis di dalam

kertas soalan ini.

MARKAH A 25 B 45 C 30 100 T. Tangan Pemeriksa: T. Tangan Penyemak:

NAMA MADRASAH NOMBOR INDEKS

NAMA CALON

PERINGATAN: Pastikan bahawa kamu telah mengisi nama madrasah, nama dan nombor indeks

(2)

1

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

Bahagian A (25 markah)

Bagi setiap soalan di bawah ini, pilih jawapan yang betul dan tuliskan abjad A, B, C atau D dalam kurungan yang disediakan.

1. Tamadun Islam dibina atas tiga dasar utama iaitu mentauhidkan Allah s.w.t., berakhlak mulia dan meletakkan nilai yang tinggi kepada ilmu dengan menuntutnya dan _______________.

A. menyimpannya di dalam hati agar sentiasa terpelihara B. menggunakannya untuk kebaikan manusia dan alam sekitar C. melupakannya setelah kurang mendapat sambutan orang

ramai

D. mendapatkan pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa ( )

2. Ketika pemerintahan Dinasti Ming, Islam dapat bertapak dengan kukuh di Cina kerana _______________.

A. agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi B. semua raja-raja dinasti itu memeluk agama Islam C. nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran Islam

D. a) ramai pedagang Arab berkahwin dengan penduduk tempatan ( )

3. Abdul Rahman I merupakan antara pemimpin Islam yang berjaya mengukuhkan kedudukan Islam di Sepanyol dengan melakukan beberapa pembaharuan. Salah satu pembaharuan yang beliau lakukan ialah _______________.

A. memperkenalkan sistem monarki

B. mengasaskan pembinaan limbungan kapal

C. mewujudkan sistem pentadbiran yang kemas dan teratur D. membina banyak bangunan tinggi sebagai lambang

(3)

2

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

4. Constantinople telah berjaya dikuasai oleh pemerintah Turki Uthmaniyyah yang bernama Muhammad II yang diberi gelaran al-Fatih. Ia dijadikan pusat pemerintahan dengan digantikan namanya kepada Istanbul. Ini membuktikan bahawa pemerintah Turki Uthmaniyyah _______________.

A. memiliki tentera yang ganas

B. sentiasa berhasrat untuk menakluk negara-negara lain

C. tidak pernah berpuas hati dengan kejayaan yang mereka miliki

D. sentiasa berusaha meneruskan perjuangan yang telah

dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. ( )

5. Salah satu sebab Islam dapat diterima baik di Sepanyol ialah kerana wujudnya sistem kebebasan beragama oleh pemerintah Islam ketika itu. Ini menunjukkan _______________.

A. isi kandungan ajaran Islam sama dengan agama yang mereka anuti

B. Islam adalah agama yang sentiasa mengamalkan sikap kedamaian dan keharmonian

C. b) agama Islam memberi sepenuh kebebasan kepada umat Islam dalam melaksanakan ajarannya

D. adanya kesedaran bahawa setiap manusia tidak kira agama

adalah sama kedudukannya di sisi Allah s.w.t. ( )

6. Kemajuan umat Islam pada masa lampau telah mendorong orang-orang Eropah untuk mencapai kejayaan yang hebat hingga hari ini. Hal ini mengingatkan kita bahawa _______________.

A. c) sikap suka meniru adalah baik dan menjadi penyebab kejayaan

B. tamadun Islam merupakan pembuka jalan kepada kemajuan sains dan teknologi moden

C. apa sahaja yang dihasilkan oleh orang-orang Eropah adalah baik kerana mereka mengambilnya dari umat Islam dahulu D. usaha umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan telah

(4)

3

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

7. Peperangan Salib yang berlaku antara umat Islam dan Kristian telah memberikan kesan yang amat mendalam bagi kedua-dua belah pihak. Peristiwa ini menyedarkan kita _______________.

A. agar menanamkan rasa curiga terhadap penganut agama lain B. agar sentiasa menjauhkan diri dari penganut agama lain untuk

mengelakkan terjadinya permusuhan

C. kepentingan sikap toleransi dan turut mempraktikkan apa yang menjadi amalan penganut agama lain

D. betapa pentingnya sikap saling hormat-menghormati dalam

kehidupan masyarakat yang berbilang agama ( )

8. Bani Idris yang berasal dari keturunan Sayidina Ali r.a., berjaya mendirikan kerajaan Islam di Maghribi dengan kukuh selama 263 tahun. Antara faktor yang membawa kepada kukuhnya kerajaan ini ialah _______________.

A. kebijaksanaan dan kekuatan aqidah para pemimpinnya B. a) sikap para pemimpin yang gemar mengumpulkan buku-buku C. keberanian para pemimpin menghapuskan musuh-musuh

negara

D. para pemimpinnya merupakan keturunan orang-orang yang

terkemuka ( )

9. Dalam rangka memajukan ekonomi negara, kerajaan Fatimiyyah telah mendirikan kilang memproses kapas yang merupakan hasil bumi yang banyak di situ. Ini menunjukkan bahawa _______________.

A. b) kekuatan negara bergantung sepenuhnya pada kejayaan perusahaan yang dibina

B. perlunya memanfaatkan segala sumber yang ada untuk memajukan ekonomi negara

C. c) negara yang tidak mendirikan perusahaan-perusahaan tidak akan mampu memajukan ekonomi

D. setiap negara perlu menggunakan apa cara sekalipun asal

(5)

4

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

10. Pada masa pemerintahannya, Al-Muizz telah mendirikan Universiti Al Azhar sebagai salah satu usaha mengembangkan ilmu pengetahuan. Ini dilakukan kerana beliau _______________.

A. sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan B. ingin mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin yang

dihormati

C. ingin memastikan semua rakyatnya pada masa itu mendapat pendidikan tinggi

D. mahu dikenang sebagai pemimpin yang selalu mengambil

berat tentang pendidikan ( )

11. Salah satu punca kepada kejatuhan dan kelemahan kerajaan Islam adalah perpecahan kepada kelompok-kelompok yang mempunyai haluan sendiri. Bagi masyarakat Islam masa kini, kita boleh menjadi masyarakat yang lebih dihormati dan disegani dengan _______________.

A. d) meningkatkan kemahiran diri agar kelompok kita mengatasi kelompok yang lain

B. berwaspada dan menolak semua pendapat orang lain kerana boleh merosakkan pemikiran

C. e) bersatu dan berusaha meningkatkan sikap selalu berbaik sangka terhadap sesama Muslim

D. bersiap sedia untuk mempertahankan diri dari tekanan luar

yang bertujuan memecah-belahkan masyarakat ( )

12. Gerakan reformasi di Tanah Melayu dimulakan oleh para lulusan universiti-universiti di Timur Tengah pada akhir abad ke-19M. Mereka didorong oleh pemikiran tokoh-tokoh reformasi seperti Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Antara tujuan reformasi ialah untuk _______________. A. f) mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar

B. memastikan agama Islam dianuti oleh semua manusia di muka bumi ini

C. g) mengangkat kedudukan umat Islam setara dengan umat beragama yang lain

D. memastikan masyarakat Islam yang berbilang bangsa

(6)

5

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

13. Kerajaan Muwahidin berjaya mempertahankan Andalusia dan mengembalikan zaman kegemilangannya semula. Mereka melakukan ini dengan kekuatan tentera dan armada laut yang dimilikinya. Tujuan kerajaan itu adalah untuk _______________.

A. a) memastikan negeri Islam tidak jatuh ke tangan kuasa asing B. b) menunjukkan kerajaan Muwahidin memiliki angkatan tentera

yang tidak ada tandingannya

C. memastikan negara lain tunduk dan hormat akan kekuatan yang dimiliki kerajaan Muwahidin

D. membuktikan bahawa hanya dengan kekuatan ketenteraan

sahaja kemakmuran negara boleh dicapai ( )

14. Salah satu kelemahan kerajaan Fatimiyyah ialah persengketaan yang berlaku di kalangan askar upahan yang terdiri dari kaum Barbar dan Sudan. Akhirnya, hal ini membawa kepada kejatuhan kerajaan Fatimiyyah. Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa ini ialah _______________.

A. pentingnya mewujudkan keharmonian antara berbilang kaum B. h) pemerintah tidak boleh menjadikan warga negara luar

sebagai askar upahan

C. i) negara tidak boleh membentuk satu kumpulan askar yang terdiri dari pelbagai kaum

D. perlunya satu sistem ketenteraan agar mengasingkan setiap kaum menurut tugasan masing-masing

( )

15. Kerajaan Islam Delhi telah melaksanakan sistem pemerintahan Islam sebagaimana yang pernah dilaksanakan dalam pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. Di antaranya ialah menubuhkan Baitulmal yang berfungsi untuk _______________.

A. memastikan semua rakyat membayar zakat dan jizyah B. membahagi-bahagikan harta kepada rakyat yang miskin C. memastikan harta benda rakyat dapat dipelihara dengan baik D. memenuhi keperluan-keperluan asas untuk rakyat serta

(7)

6

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

16. Salah seorang pemimpin kerajaan Mongol bernama Akbar telah mencipta agama Din Ilahi yang menyatukan ciri-ciri ajaran Islam, Hindu dan Kristian. Perbuatannya ini _______________.

A. mendapat sokongan padu dari rakyat

B. membolehkan rakyat dapat hidup secara harmoni

C. telah memecah-belahkan umat Islam dan merosakkan akidah mereka

D. perlu dikecam kerana yang lebih layak untuk mencipta agama baru ialah para ulama

( )

17. Kerajaan Mongol yang kasar dan tidak beradab telah menakluk Baghdad pada 656H. Dengan mempamerkan ajaran Islam yang mulia, masyarakat Islam pada ketika itu telah berjaya menambat hati orang Mongol untuk memeluk Islam. Kerajaan Mongol terus berkembang sehingga berjaya bertapak di India selama 331 tahun. Pengajaran yang boleh diambil dari sejarah ini ialah kita perlu _______________.

A. c) menghormati sebahagian teman-teman kita yang nakal kerana disebaliknya itu ada semangat yang kental

B. membiarkan sahaja sebahagian teman-teman kita yang nakal sebab mereka akhirnya dapat petunjuk juga

C. d) berkawan dengan sebahagian teman-teman kita yang nakal untuk mengambil manfaat daripada keberanian mereka D. bersabar dengan kenakalan sebahagian teman-teman kita dan

mengajak mereka kepada kebaikan dan menghayati ajaran

Islam ( )

18. Berdasarkan pada catitan sejarah, penyebaran Islam di Cina telah bermula pada masa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Penyebaran awal ini berlaku melalui _______________.

A. hubungan diplomatik yang kukuh

B. perluasan negara melalui kuasa ketenteraan

C. pedagang-pedagang Cina yang kembali dari negeri Arab D. hubungan perdagangan oleh pedagang-pedagang Arab ke

(8)

7

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

19. Pada masa pemerintahan dinasti Yuan dan Ming, ramai ilmuan dan cendekiawan Islam diberikan keutamaan dan kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan. Oleh itu, sebagai remaja Islam, kita perlu _______________. A. sedar hanya dengan ilmu sahajalah baru kita boleh menjadi

terkenal

B. memiliki bidang ilmu-ilmu tertentu sahajalah baru kita boleh bekerja di luar negeri

C. a) menguasai pelbagai ilmu untuk menikmati kesenangan hidup orang yang berpangkat tinggi

D. melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan untuk menjadi insan yang baik dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat

( )

20. Pada awal penubuhannya, negeri Melaka berada di dalam keadaan yang tidak selamat kerana terdedah kepada ancaman Siam. Untuk memperolehi keamanan, Sultan Melaka telah mengambil langkah yang bijak untuk menguatkan kedudukan pemerintahan Islamnya dengan _______________. A. bersetuju membayar ufti setiap tahun kepada Siam

B. membuat hubungan diplomatik dengan negeri Portugal C. b) mendapatkan bantuan ketenteraan dari negeri Islam Aceh

D. membentuk tentera yang kuat dan armada laut yang besar ( )

21. Agama asal kebanyakan penduduk di Nusantara ialah Hindu. Kita perlu bersyukur kerana agama Islam telah diterima baik oleh majoriti penduduk Nusantara sejak abad ke-13M. Dalam masa yang sama, kita perlu _______________.

A. meninggalkan segala adat-adat tradisional yang bercanggah dengan syariat Islam

B. mengamalkan setiap adat tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam

C. meneruskan segala adat-adat tradisional kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang tua

D. menggantikan adat-adat tradisional dengan budaya barat

(9)

8

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

22. Awal penyebaran dan pengembangan dakwah Islam di Nusantara dilakukan oleh pendakwah dari Arab dan India khususnya. Kemudian usaha tersebut disambung oleh pendakwah tempatan seperti Wali Songo di Jawa. Mereka memahami bahawa _______________.

A. pendakwah tempatan adalah lebih baik berbanding pendakwah dari luar

B. pendakwah tempatan mesti mencontohi pendakwah dari luar kalau inginkan kejayaan

C. perlu ada pendakwah yang meneruskan usaha dakwah untuk membimbing umat Islam

D. pendakwah dari luar tidak lagi diperlukan kerana mencukupi

dengan pendakwah tempatan sahaja ( )

23. Salah satu usaha yang dilakukan oleh golongan ulama dalam usaha menyebarkan dakwah Islam di Nusantara ini ialah dengan membina pesantren, pondok dan sebagainya. Penubuhan institusi pendidikan seperti ini amat penting kerana _______________.

A. untuk mengajar Islam perlu terpisah dari kehidupan sehari-hari

B. mampu menimbulkan rasa hormat golongan lain terhadap Islam

C. dapat mematahkan dakwah yang turut disebarkan oleh agama selain Islam

D. umat Islam berpeluang mempelajari agama Islam secara formal dan sistematik

( )

24. Diantara mereka yang berperanan menyebarkan ajaran Islam di Nusantara merupakan para pedagang. Para pedagang ini memahami bahawa _______________.

A. sebagai pedagang, peluang mereka untuk berdakwah amat luas

B. orang awam akan mudah tertarik kepada Islam jika mereka kaya-raya

C. ekonomi mereka perlu mantap sebelum mereka melibatkan diri dalam usaha dakwah

D. pekerjaan mereka sebagai pedagang memberikan mereka

(10)

9

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

25. Pada tahun 1966, MUIS telah ditubuhkan sebagai usaha untuk menguruskan segala hal ehwal masyarakat Islam Singapura seperti menyelaraskan pendidikan agama dan menganjurkan kegiatan-kegiatan di masjid-masjid. Sebagai remaja Islam Singapura, kita perlu _______________.

A. menjadi pemerhati agar MUIS tidak melakukan kesilapan B. memberikan MUIS sokongan dan kerjasama untuk kebaikan

bersama

C. menyoal siasat tugas-tugas yang dilakukan agar MUIS dapat menyempurnakan tanggungjawabnya

D. a) mempertahankan MUIS daripada kritikan-kritikan dengan lantang dan menyebarkannya secara meluas di lelaman sosial

(11)

10

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

Bahagian B (45 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan. 1. Dinasti Ming merupakan pemerintah bukan Islam yang kuat dan berpengaruh.

Walaupun Laksamana Cheng Ho adalah seorang Islam, beliau telah mendapat penghargaan dan kepercayaan dari Maharaja Yongle dari Dinasti Ming. Beliau dilantik sebagai pemimpin yang mengetuai kapal laut terbesar ketika itu untuk menjelajahi negara-negara Asia dan Afrika.

(a) Jelaskan tiga ciri terpenting yang membolehkan Laksamana Cheng Ho mendapatkan kepercayaan Maharaja Yongle.

[6 markah] (b) Di Singapura, kita hidup di dalam masyarakat yang beraspirasi tinggi dan sentiasa kuat bersaing untuk berjaya. Sebagai remaja Islam, bagaimana kamu dapat mengamalkan Islam dan mengekalkan akhlak mulia dalam menceburi suatu bidang pekerjaan.

[3 markah]

2. Abdul Rahman al-Dakhil memainkan peranan yang amat penting dalam Pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol).

(a) Jelaskan siapakah Abdul Rahman al-Dakhil. Apakah peranan Penting yang dimainkannya?

(12)

11

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

(b) Jelaskan sumbangan Kerajaan Islam di Andalusia dalam bidang ilmu pengetahuan dan seni bina. Sokong jawapan kamu dengan beberapa contoh (misalannya nama masjid, bidang ilmu dan sebagainya).

[6 markah]

3. Kerajaan Fatimiyyah mampu berdiri teguh di Afrika selama lebih kurang 262 tahun serta mampu membawa Islam ke puncak kejayaan.

(a) Jelaskan kejayaan pemerintahan kerajaan Fatimiyyah dalam bidang ketenteraan dan bidang ekonomi. Sokong jawapan kamu dengan beberapa contoh.

[6 markah] (b) Salah satu punca kelemahan Kerajaan Fatimiyyah ialah persengketaan yang berlaku di kalangan tentera Sudan dan Barbar. Jelaskan satu lagi kelemahan yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Fatimiyyah.

(13)

12

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

4. Sejarah menunjukkan di kalangan orang Islam, khususnya bangsa Arab suka melakukan mengembara dan meneroka. Banyak negara telah mereka lawati dengan tujuan tertentu yang hampir sama.

(a) Jelaskan mengapa pengembaraan dan penerokaan ini telah berkesan dalam penyebaran ajaran Islam.

[3 markah] (b) Pada masa kini, pelajar banyak diberi peluang ke luar negeri sama ada dianjurkan oleh sekolah ataupun bersama keluarga. Dari perspektif Islam, jelaskan tiga faedah yang kamu dapat perolehi dari lawatan-lawatan sedemikian.

[6 markah]

5. Wali Songo merupakan kumpulan pendakwah yang aktif menyebarkan ajaran Islam di Jawa. Mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha dakwah mereka.

(a) Jelaskan cara Wali Songo menyampaikan dakwah melalui penglibatan dalam masyarakat dan ekonomi.

(14)

13

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

(b) Cara yang digunakan oleh Wali Songo dalam berdakwah amat sesuai dengan masyarakat ketika itu. Jelaskan cara bagaimana kamu berinteraksi dengan teman-teman kamu supaya dakwah yang kamu sampaikan diterima baik oleh mereka.

(15)

14

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

Bahagian C (30 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan. 1. Perkembangan Islam di Andalus telah melahirkan ramai ilmuan Islam seperti

Ibnu Rusyd dan Ibnu Hazm. Mereka memberikan sumbangan yang amat besar dalam perkembangan ilmu dan intelektual. Mereka sampai ke tahap ini kerana mengamalkan adab-adab Islam dalam menuntut ilmu.

Sebagai pelajar Muslim, huraikan lima adab-adab Islam dalam menuntut ilmu yang perlu kamu amalkan dan berikan contoh.

(16)

15

(17)

16

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam

2. Pada abad ke-15M, Islam mula berkembang di Brunei apabila Sultan Brunei, Raja Alak Bertata menganut Islam untuk berkahwin dengan seorang puteri Sultan Johor. Walaupun pemerintahan Islam di Brunei telah melalui banyak cabaran, negeri Brunei tetap kekal sebagai negeri Islam sehingga kini.

Pada masa kini, terdapat trend di mana orang Melayu berkahwin dengan bangsa lain yang baru memeluk Islam. Mengambil pengajaran dari kisah di atas, Islam dapat bertahan kerana ada usaha untuk mengekalkan Islam dari satu generasi ke generasi yang lain dan usaha dakwah yang berterusan. Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan oleh pasangan seperti ini untuk mengekalkan Islam melalui kedua-dua usaha tersebut.

(18)

17

LPPI 2013 Menengah 4 Sejarah Islam SELESAI

Referensi

Dokumen terkait

Hasil uji BNT untuk perlakuan menunjukan bahwa pemberian ketiga jenis ekstrak pada umpan tidak ada perbedaan terhadap hasil tangkapan; tetapi pemberian ekstrak power bait dan

Penelitian dengan metode kualitatif ini menemukan bahwa: (1) politik ekonomi air sangat dinamis melibatkan beragam aktor lokal, nasional, global dengan kepentingan dan ideologi

Pada 1999, melanjutkan studi Pascasarjana pada program studi Pengkajian Seni Pertunjukan dan Seni Rupa, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Gajah Mada (UGM)

Berdasarkan pembahasan yang telah diuraikan maka dapat ditarik kesimpulan bahwa Peraturan Mahkamah Agung (Perma) merupakan produk hukum dari Mahkamah Agung sesuai

Fuzzy rule yang digunakan dalam sistem monitoring sebagai bentuk penarikan hasil kesimpulan dengan input suhu, kelembapan, dan titik embun lebih sangat sederhana, sistem

Lagi pula tempat saya minum agak ke hilir daripada tempat Tuanku." Kata harimau pula, "Kamu cuma yang mengotori, tahun-tahun yang lalu kamu jelek-jelekkan pula saya."

pengelolaan masjid Agung Darul Muttaqin yang dapat menganggu keberadaan dan keberlanjutan dalam mengelola masjid Agung Darul Muttaqin Batang. Diantara ancaman yang

Beredar sebuah informasi pada media sosial tentang temperatur cuaca di Indonesia, dengan klaim bahwa akan terjadi cuaca panas extreme selama tiga hari kedepan, bahkan pada