• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 4: ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAJUK 4: ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT. NordinTahir IPG Kampus Ipoh"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

NordinTahir IPG Kampus Ipoh

TAJUK 4:

ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT

(2)

MENCARI ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT MEDIA ELEKTRONIK MEDIA BERCETAK SUMBER MANUSIA BERAUTORITI SUMBER MEDIA 3 DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , BAHAN GRAFIK, MAJALAH GURU, WAKIL RAKYAT, PENGUATKUASA, AHLI PERNIAGAAN, PAKAR MOTIVASI BAHAN REALIA, DIORAMA, MOBIL, BONEKA, TOPENG, AKUARIUM, TERRARIUM SUMBER PERSEKITARAN BUNYI, WARNA, CAHAYA, TENAGA

(3)

1. Sumber Media Elektronik

 Terdapat pelbagai jenis sumber media yang dapat kita gunakan untuk memperolehi maklumat dan ilmu. Antaranya adalah sumber dari media elektronik.

 Media ini sangat berguna untuk memahami konsep yang kompleks dan sukar difahami melalui lisan.

 Terdapat dua jenis media elektronik iaitu audio visual dan komputer.

 Audio visual termasuk radio, televisyen dan video manakala komputer pula merangkumi internet, emel, perpustakaan maya, multimedia, pendidikan jarak jauh dan sebagainya.

(4)

1.1

Televisyen

 Televisyen merupakan suatu medium yang berkesan dalam penyebaran maklumat dan ilmu.

 Ia merangkumi pelbagai aspek seperti aspek ekonomi, sosial, pendidikan, hiburan dan hal-ehwal kehidupan lain.  Rancangan pendidikan yang disiarkan melalui televisyen sangat berguna dalam proses pembelajaran dengan penggunaan pelbagai kesan bunyi dan grafik yang mengujakan.

 Rancangan pendidikan yang disiarkan di televisyen kebiasaannya menggunakan sukatan pelajaran tertentu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

(5)

1.2

Video

 Perakam video merupakan teknologi yang mudah dan senang didapat pada harga yang berpatutan. Penggunaan kemudahan ini amat pesat dan boleh dikatakan seluruh rumah dan sekolah mempunyai kemudahan ini.

 Penggunaannya sangat praktikal dan boleh digunakan di dalam semua situasi tanpa menggunakan bilik gelap. Antara alat yang diperlukan untuk menggunakan perakam video ialah pita rakaman dan monitor televisyen serta kabel penyambung yang sudah disediakan oleh pembekal.

 Video dapat menayangkan gambar seperti televisyen, dapat merangsang pemikiran, dapat menarik minat dan dapat membantu individu dalam pembelajaran seharian.

(6)

1.3

Komputer

 Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima kemasukan data dan memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang diproses dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai

output seperti fakta, nombor, huruf dan imej yang dikenali

sebagai data.

 Arahan yang digunakan untuk menjalankan proses dinamakan perisian atau software.

(7)

1.4

Internet

 Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar dan menghubungkan dari rumah, sekolah, universiti, pejabat dan pelbagai organisasi.

 Tekonologi ini dapat menghubungkan antara individu dan kelompok manusia dengan individu dan kelompok manusia yang lain di seluruh dunia.

 Suasana pembelajaran seperti ini dapat membantu individu untuk menguasai kemahiran-kemahiran kognitif yang diperlukan.

 Internet dilihat sebagai alat untuk mengakses maklumat sendiri, mengikut kebolehan sendiri dan pada kadar yang kendiri.

 Internet telah merevolusikan dunia maya hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, video, suara dan animasi.

 Penggunaan internet memudahkan lagi pembelajaran jarak jauh dengan individu lain dari negara atau benua yang berlainan.Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

(8)

2. Sumber Media Cetak

 Media cetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan sehingga kini masih lagi digunakan dalam perpindahan ilmu di bilik darjah atau di mana sahaja.

 Walaupun mendapat saingan hebat dari media-media

pembelajaran yang lain, ia tetap kekal menjadi medium utama dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat tiga bentuk media cetak :

i. Merupakan sumber untuk memberi hiburan atau mengisi masa lapang. Contohnya seperti majalah hiburan dan sebagainya.

ii. Merupakan sumber maklumat seperti surat khabar, majalah ilmiah, jurnal, risalah, ensiklopedia, buku panduan dan sebagainya.

iii. Berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks, teks pengajaran terancang termasuk modal pengajaran, buku kerja dan nota edaran.

(9)

2.1

Bahan Grafik

 Didefinasikan sebagai gambaran visual dua dimensi yang dicipta serta digubah khas untuk menyampaikan mesej dan maklumat.

 Terdapat beberapa jenis bahan grafik yang sesuai sumber pembelajaran iaitu carta, graf, poster dan lukisan kartun.

 Antara prinsip grafik yang sesuai sebagai sumber pembelajaran ialah kesederhanaan, penyatuan, garisan, imbangan warna dan susunan.

(10)

3. Sumber Persekitaran

 Sumber persekitaran ini dapat menjadikan individu itu memahami alam sekitar dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang didiami.

Cara terbaik untuk memperoleh maklumat dari alam sekitar adalah melalui bunyi, bau, pergerakkan, warna dan tenaga.

(11)

3.1 Bunyi:

 Tanpa bunyi dunia akan menjadi sepi dan segalanya tidak memberi makna kepada manusia.

 Bunyi merangsang deria pendengaran manusia kerana telinga bertindakbalas kepada getaran berfrekuensi antara 15 sehingga 20 000 hertz. Hertz adalah unit frekuensi yang bersamaan satu pusingan sesaat.  Bunyi melebihi 20 000 hertz dipanggil bunyi ultrasonik.

 Bunyi yang bising menganggu tumpuan pembelajaran namun ada juga bunyi yang menyenangkan dan dapat memberi maklumat kepada individu seperti bunyi air terjun, bunyi runut lagu yang perlahan, deruan ombak pantai, bunyi percikan air di sungai dan juga bunyi kicauan burung yang dapat mendamaikan hati.

 Jika ingin membuat persembahan, elemen bunyi merupakan sesuatu yang amat penting kepada audien.

(12)

3.2 Warna:

 Warna merupakan sesuatu elemen yang dapat membangkitkan keceriaan di dalam kehidupan.

 Warna asas adalah warna merah, biru dan hijau yang dinamakan warna primier manakala warna kuning, ungu dan jingga adalah warna sekunder.  Warna objek yang dilihat mata adalah bergantung kepada warna cahaya yang menyinari objek dan warna cahaya yang dipantulkan oleh objek.

 Pigmen adalah bahan yang menyerap dan memantulkan warna cahaya tertentu dan diperolehi daripada mineral dan bahan organik.

 Warna digunakan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan kerana dapat mendatangkan perasaan ceria dan kegembiraan.

 Warna juga mempunyai mod-mod yang tertentu seperti wana sejuk seperti warna hijau dan biru atau campuran keduanya. Warna panas seperti warna jingga dan merah atau campuran antara keduanya.

(13)

3.3 Cahaya:

 Cahaya ialah sejenis pancaran elektromagnet sama jenis dengan haba radiasi, gelombang radio dan juga sinar-X.

 Cahaya merambat dalam satu garisan lurus.

 Penyerakan cahaya merupakan proses pemesongan atau pemantulan cahaya dari jaluran asal oleh zarah-zarah halus.  Penyebaran cahaya merupakan penguraian cahaya putih kepada tujuh juzuk warna.

 Cahaya merah paling sedikit dibias kerana bergerak laju dalam kaca diikuti jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

 Tanpa cahaya manusia tidak dapat menerima sebarang maklumat dari persekitaran dan tidak dapat mengetahui warna sesuatu bahan kerana warna terjadi akibat pantulan cahaya matahari yang mengenai permukaan yang berwarna.

(14)

3.4 Tenaga:

 Gaya hidup kini begitu maju kerana adanya sumber tenaga.  Perbezaan zaman dahulu dan moden adalah adanya tenaga.

 70% penggunaan tenaga dunia adalah berasal dari petroleum fosil.

 Namun bahan api fosil adalah bersifat tidak boleh diperbaharui dan akan habis pada suatu masa nanti.

 Di era ini, perkembangan tenaga nuklear semakin berkembang dan semakin banyak negara yang mengaplikasikan kemudahan tenaga nuklear bertujuan untuk menjanakan janakuasa elektrik.

 Selain itu tenaga nuklear juga digunakan untuk menggerakkan kapal selam, kapal besar dan satelit.

(15)

4. Sumber Media 3 Dimensi

4.1

Bahan Realia:

 Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contoh bahan realia adalah seperti daun dan haiwan kecil yang berada di persekitaran.

 Bahan realia ini boleh dibahagikan kepada 2 konteks iaitu : bahan realia dalam konteks dan juga bahan realia di luar konteks.

 Bahan-bahan dalam konteks ialah bahan yang sebenarnya yang tidak terdapat di sekeliling bilik pembelajaran. Contohnya untuk mengkaji dan mengetahui hakisan hujan kepada tebing sungai. Maka kita haruslah pergi ke tebing sungai untuk mengkajinya.

 Manakala bahan realia di luar konteks pula ialah bahan-bahan sebenar yang terdapat di sekeliling bilik pembelajaran. Contohnya motosikal yang boleh dibawa masuk ke bilik darjah untuk pembelajaran.

(16)

4.2

Diorama

 Bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat asal kejadian.

 Diorama banyak digunakan di muzium yang bersaiz hidup untuk bahan asal yang kecil. Contohnya untuk mengetahui berkaitan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, maka di Muzium Orang Asli Melaka ada memaparkan diorama ataupun patung yang menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.

 Diorama penting sebagai pengganti kepada suatu suasana dahulu yang sudah tidak wujud pada waktu sekarang.

(17)

4.3

Mobil

 Diambil dari perkataan inggeris yang bermaksud bergerak.

 Mobil biasanya dibuat dari bahan-bahan yang terbuang dan mudah dibawa ke mana sahaja untuk digunakan.

 Ia mudah didapati di mana sahaja kerana mudah untuk digerakkan ke mana sahaja.

 Boleh digunakan di dalam penyampaian maklumat kerana dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.

(18)

4.4

Boneka

 Boneka ialah figura animasi yang digunakan untuk persembahan sesebuah teater.

 Boleh mewakili manusia, binatang dan personafikasi mistik kerana terdiri dari pelbagai saiz, bentuk dan warna.

 Bermula semenjak tamadun manusia wujud lagi dan mudah dibawa ke mana sahaja dan hanya menggunakan jari dan tangan untuk mengawalnya.

 Dapat memberi kefahaman dan ingatan jangka pendek kepada penonton.

(19)

4.5

Topeng

 Digunakan untuk menutup muka di dalam persembahan teater dan memberi simbol kepada pemakai.

 Tujuannya untuk berkomunikasi dengan menggunakan identiti yang berlainan.

 Biasanya diperbuat daripada kayu, kulit, kertas, plastik dan direka dengan pelbagai bentuk.

 Membuat topeng merupakan aktiviti seni dalam banyak budaya.

(20)

4.6

Akuarium

 Merupakan tangki kaca yang diisi air di dalamnya.

 Biasanya berbentuk empat segi dan didindingi cermin.

 Digunakan untuk meletakkan hidupan akuatik untuk tujuan perhiasan.

 Di sekolah kebiasaannya digunakan untuk memelihara hidupan akuatik seperti ikan, katak, berudu, ulat air, lumut, rumpai air dan sebagainya.

(21)

4.7

Terrarium

 Terrarium atau Vivarium dikenali sebagai taman gelas.

 Ia didindingi dengan kaca di sekeliling bertujuan untuk menyimpan tumbuhan, rumpai, serangga atau binatang-binatang kecil yang lain.

 Ianya bertujuan untuk perhiasan dan juga kajian bagi proses pembelajaran.

 Terrarium telah digunakan sejak 500 sebelum masehi untuk meletakkan pokok-pokok hiasan.

 Pada zaman moden, terrarium dicipta oleh Nanthaniel Ward di London, England sekitar 1827 bertujuan untuk melindungi pokok tanaman beliau dari mati kerana pencemaran udara di kota London.

(22)

5. SUMBER MANUSIA BERAUTORITI

5.1

Guru/ Pensyarah:

 Guru dan pensyarah merupakan golongan yang terpilih untuk mendidik. Mereka perlu mempunyai sifat mendidik dengan penuh kasih sayang dan kemesraan.

 Guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar di bawah didikannya. Jesteru individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh terbaik kepada anak didik mereka.

 Guru merupakan suatu sumber yang merangkumi semua aspek seperti aspek pendidikan, aspek kerjaya, aspek kehidupan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan pengalaman pendidikan keguruan.

 Sumber maklumat dari seorang guru merupakan sumber maklumat yang terbaik untuk seorang pelajar.

 Guru boleh menjadi pemimpin dan membahaskan segala isu-isu yang diutarakan oleh pelajar mereka.

(23)

5.2

Wakil Rakyat

 Wakil rakyat merupakan insan yang dipilih oleh masyarakat setempat untuk mewakili mereka dalam sesuatu kawasan tertentu.

 Wakil rakyat kebanyakannya mempunyai keistimewaan yang menyebabkan mereka diangkat menjadi wakil penduduk setempat.

 Antara keistimewaan yang terdapat pada seorang ahli politik adalah seperti kepimpinan, komunikasi, cekap menyelesaikan masalah, ramah mesra, peka kepada persekitaran dan sebagainya.

 Mereka pandai berpidato dan dapat memikat audien yang mendengar.  Banyak maklumat yang dapat diperolehi dari mereka seperti dasar-dasar negara, pengurusan persatuan, pembangunan, nilai-nilai dan lain-lain isu yang berkaitan.

 Ini kerana mereka kerap bermesyuarat dan berbincang mengenai dasar-dasar berkaitan dalam dan luar negara.

(24)

5.3

Penguatkuasa

 Penguatkuasa adalah orang atau pihak yang menguatkuasa sesuatu undang-undang dan juga dasar-dasar tertentu dalam negara.  Mereka yang menguatkuasakan segala undang-undang di dalam negara dan memastikan negara berada di dalam keadaan yang aman untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

 Antara maklumat yang dapat diperolehi dari mereka adalah berkaitan undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, badan atau persatuan.

 Mereka juga boleh memberi maklumat berkaitan perlaksanaan sesuatu penguatkuasaan ; jenis-jenis hukum, bentuk operasi, perlaksanaan dan juga pencegahan.

(25)

5.4

Ahli Perniagaan

 Ahli perniagaan adalah individu yang menjalani kehidupan sara hidup menggunakan aktiviti perniagaan.

 Ahli perniagaan yang berjaya turut menyumbang kepada ekonomi negara melalui pembayaran cukai dan dibayar kepada kerajaan.

 Terdapat pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan jual beli, hartanah, pengiklanan, perundingan, makanan dan seumpamanya.

 Mereka dapat kita jadikan sumber pemerolehan ilmu yang penting seperti strategi perniagaan yang digunakan dalam perniagaan untuk membawa jumlah keuntungan yang banyak.

 Selain itu kita juga boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.

 Sistem pengurusan perniagaan yang bersistematik juga dapat diperolehi dari mereka kerana mereka merupakan orang yang paling layak untuk memberi maklumat mengenai sistem dan strategi perniagaan di dunia.Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

(26)

5.5

Pakar Motivasi

 Terdapat pelbagai bentuk pakar motivasi di dalam negara seperti yang berkaitan pendidikan, rumahtangga dan juga kerjaya.

 Cara percakapan, berkomunikasi dan berceramah dapat memberi motivasi kepada orang ramai.

 Mereka berpengetahuan luas dalam sifat-sifat manusia dan mampu mendorong orang ramai untuk menjadi lebih dinamik.

 Mereka mengamalkan apa yang mereka tahu dan mengamalkan perkara yang mereka mahir.

 Mereka dapat memberi pemikiran yang positif kepada manusia.

Referensi

Dokumen terkait

Nina adalah seorang siswa kelas VII yang berencana membawa bekal makan siang ke sekolah berupa nasi, ayam goreng, tempe goreng, tahu goreng, dan sayur bayam. Diberikan

Setelah didapatkan jumlah ibu hamil yang mengalami anemia, maka kegiatan ketiga kami yaitu segera memberikan edukasi kepada ibu hamil yang mengalami anemia dan

Dan strategi komunikasi untuk memperkuat kapasitas kelembagaan melalui peningkatan sumberdaya manusia pada pengelolaan lahan gambut di sektor pertanian adalah peningkatan

Sampel yang dianalisis dalam penelitian adalah (1) Return Jakarta Islamic Index; (2) Sampel variabel makro ekonomi yang digunakan, Kurs USD/IDR, kurs CNY/IDR, Inflasi,

2.1.2.3 Perhitungan pada Siklus Kompresi Uap Diagram tekanan entalpi siklus kompresi uap dapat digunakan untuk menganalisa unjuk kerja mesin pendingin kompresi uap yang meliputi

juga perlu faktor utama unsur-unsur fisik antara lain kekuatan otot tungkai dan kekuatan otot lengan bekerja sama untuk memukul (cambukan bola) sehingga dapat

langsung, selain menerima uang penggantian hak sesuai ketentuan Pasal 156 ayat (4) diberikan uang pisah yang besarnya dan pelaksanaannya diatur dalam perjanjian kerja,

Berdasarkan analisis tebal lapis tambah yang telah dilakukan pada metode MDP 2017 diatas yaitu didapatkan tebal overlay sebesar 120 mm dan termasuk dalam katagori lalu