• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM

1.0 KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti faham sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.

Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur berpandukan 3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.

(2)

menyemarak dan menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia.

Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden dan ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks “bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib.

(3)

matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John Lowe,1960).

2

2.0 PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA

Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini.

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

3.0 DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

(4)

2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

(5)

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

(6)

Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka. Peristiwa 13 Mei 1969 Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah, Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

Keseimbangan kaum melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina dan Melayu di Kuala Lumpur. Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan ‘ Malayan Malaya’ sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan DAP memainkan isu perkauman semasa pra-pilihanraya.

(7)

Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan pengindustrian disesebuah negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan menyemai ideologi Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan). Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang dan cepat diperolehi.

5.0 KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

(8)

pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.

Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.

Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

(9)

mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.

Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar dan menguasai proses pembelajaran

yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.

Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

(10)

input-input daripada guru dengan berkesan. Guru juga akan sentiasa memberikan input-input yang terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik. Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid tanpa mengira kaum berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing mengikut tahap kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh Howard Gardner iaitu ialah kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.

Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru untuk merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar. Sistem pendidikan sedemikian akan menggalakkan pembelajar yang lebih efisien di Malaysia.

Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan melihat keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih berpusatkan kepada guru dan murid. Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Pelajar mempunyai pandangan serta pengalaman tersendiri yang mereka lalui sebelum ini.

(11)

6.0 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara kita.

Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi masalah globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita juga memusatkan (centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar belitkan dibawak faktor politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas dasar pendidikan. Ini akan melahirkan masyarakat yang tidak adil seperti kekurangan guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan ini juga akan merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi sedikit yang akan merencatkan perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis adat dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit.

(12)

pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara penilaian baru mungkin akan memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

7.0 CADANGAN MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan kursus ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing.

Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang.

(13)

mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.

Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.

Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.

Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.

(14)

yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan.

8.0 KESIMPULAN

Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat.

Referensi

Dokumen terkait