• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemupukan Perpaduan Sosial Dalam Sistem Pendidikan Mengikut Konsep 1malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemupukan Perpaduan Sosial Dalam Sistem Pendidikan Mengikut Konsep 1malaysia"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Pemupukan Perpaduan Sosial Dalam Sistem Pendidikan Mengikut Konsep 1malaysia Norhazwah Estiar

Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

__________________________________________________________________________________

Abstrak

Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya dengan memelihara cara hidup demokratik dan mencipta masyarakat yang adil. Dalam Perlembagaan, konsep perpaduan membawa maksud bahawa kita menerima kepelbagaian etnik, agama dan kepercayaan dengan ciri keterangkuman. Kertas kerja ini merupakan satu kertas konsep yang bertujuan pemupukan perpaduan sosial dalam sistem pendidikan sekolah mengikut konsep 1Malaysia berbeza latar belakang sosioekonomi, agama, etnik dan lokasi geografi.. Seterusnya, nilai serta pengalaman yang dikongsi bersama ini akan menjadi asas pemupukan identiti nasional dan perpaduan. Keseluruhan kajian lepas telah membongkar dan memperlihatkan bahawa perlunya kefahaman dalam memupuk perpaduan nasional ke arah konsep 1Malaysia agar dapat diterjemahkan kepercayaan menjadi tindakan dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Seterusnya, kertas konsep ini dapat menjejak perubahan dalam perpaduan nasional dalam kalangan pelajar, sebagai asas untuk mengukur kemajuan mengikut aspirasi negara.

Kata Kunci: Integrasi kaum, Konsep 1Malaysia, Perpaduan, Pelbagai etnik, Sekolah 1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara majmuk dari segi kepelbagaian etniknya telah berjaya mewujudkan negara bersatu-padu yang merangkumi semua lapisan warganya. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato‘ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 4: Membina 1 Malaysia (2012) sebagai sebuah negara adalah penting untuk Malaysia mengiktiraf kemajuan besar yang telah dicapainya dalam bidang perpaduan. Namun beliau menyatakan bahawa, banyak lagi usaha ke arah perpaduan perlu dilakukan. Beliau mempercayai bahawa tahap kematangan yang diperlukan untuk membincangkan isu-isu lebih mencabar di Malaysia telah berjaya dicapai oleh warganya. Biasanya isu-isu tersebut menggambarkan polariti dan sukar mencapai penyelesaian kerana memerlukan toleransi daripada semua pihak.

Konsep terkini yang dibawa oleh kerajaan Malaysia berkaitan perpaduan adalah usaha untuk membina gagasan 1Malaysia seperti yang dirumuskan dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 4: Membina 1Malaysia (2012). Kebanyakan warga Malaysia mempunyai pendapat yang berbeza-beza tentang apa yang diperlukan untuk membina 1Malaysia. Namun, landasan pandangan tersebut adalah menuju objektif asas yang sama supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih berdaya saing, bertambah baik, dan berdaya-tahan. Kerajaan Malaysia dilihat begitu komited untuk terus berusaha memperkukuh 1Malaysia dan mentransformasikan negara melalui paparan media massa dan elektroniknya. Usaha-usaha mentransformasikan dalam perpaduan melalui pengukuhan gagasan 1Malaysia oleh kerajaan Malaysia ini boleh dihayati oleh semua lapisan rakyat Malaysia dalam menuju negara majmuk yang maju.

Menurut Amir Hassan (2004) mendapati bahawa ejen bersosial, seperti pengalaman persekolahan awal, latar belakang keluarga, agama, dan rakan-rakan, menyumbang dalam mewujudkan semangat perpaduan ke arah kumpulan etnik yang berbeza. Struktur sekolah, seperti sekolah-sekolah etnik yang berbeza, menunjukkan tingkah laku toleransi yang lebih berbanding dengan sekolah-sekolah dengan hanya satu kumpulan etnik. Sekolah dengan satu kumpulan etnik,

(2)

seperti sekolah-sekolah Cina atau India, menunjukkan toleransi yang rendah di kalangan pelajar kerana mereka telah dipisahkan sejak tahun-tahun awal persekolahan di sekolah rendah.

Teras Ketiga dalam prinsip ―Satu Malaysia‖ yang menjanjikan pelaksanaan keadilan sosial untuk semua kaum tanpa mengira latar belakang, etnik dan agama. Walaupun Malaysia belum mempunyai satu jati diri ―Malaysia‖ dan ―Bangsa Malaysia‖ dari perspektif sosiologi belum lagi wujud, namun 1 Malaysia menuntut semua etnik menganggap diri mereka sebagai satu bangsa Malaysia yang meletakkan kepentingan negara lebih dari kepentingan individu (Wan Hashim 2011 ).

Pemupukan perpaduan merupakan komponen penting dalam konteks sosial Malaysia yang unik dan menjadi faktor utama dalam merealisasikan masyarakat yang terdiri daripada individu seimbang dan harmoni seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu Pelan Pembangunan Pendidikan 2012-2025 dirangka adalah untuk menggantikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Pelan ini mendasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Antaranya ialah melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia . Ini adalah salah satu langkah kementerian untuk menggalakkan integrasi melalui perkongsian bahasa dalam kalangan pelbagai kaum (Pelan Pembangunan Pendidikan 2012).

2.0 PERPADUAN SOSIAL 2.1 Konsep Perpaduan

Perpaduan memerlukan satu proses yang rumit untuk menjayakannya memandangkan ia tidak mungkin berupaya wujud dengan sendirinya. Untuk menentukan pencapaiannya, menurut Mior Ahmad Noor dan Rashidah (2004), proses ini memerlukan setiap rakyat Malaysia mempunyai kefahaman tentang elemen perpaduan dari sudut literal, spiritual dan fizikal untuk memudahkan perlaksanaannya. Berdasarkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 4: Membina 1Malaysia (2012) literal merujuk kepada aspek pemahaman maksud perpaduan sebagai kesepaduan dalam keterangkuman pelbagai etnik di Malaysia. Spiritual dan fizikal membawa maksud melihat perpaduan dari aspek kerohanian dan jasmani pelbagai etnik di Malaysia.

Mewujudkan perpaduan dalam sebuah negara berbilang etnik seperti Malaysia merupakan suatu perkara yang mencabar dan sukar dicapai. Menurut Najeemah (2005), walaupun terdapat banyak model-model penyelesaian kepada permasalahan masyarakat majmuk seperti teori Political

Integration (Ake, 1967), Model Conflict Regulation (Nardlinger, 1972), Model Democracy Without

Consensus, (Varys, 1975), dan Model Consociational Democracy (Ljiphart, 1977), tetapi model atau

teori tersebut hanyalah menyelesaikan konflik secara politik.

Sedangkan tidak semua masalah boleh diselesaikan melalui penyelesaian politik, malah harus ditinjau daripada pelbagai aspek lain seperti ekonomi, sosio-budaya dan pendidikan. Pendidikan adalah agen sosialisasi dan perpaduan yang amat penting dalam sesebuah negara. Justeru itu, usaha pemupukan kesepaduan pelbagai etnik di Malaysia haruslah bermula seawal pendidikan pra sekolah lagi. Usaha kerajaan untuk menyemai perpaduan melalui pendidikan telah bermula di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi melalui perlaksanaan kurikulumnya.

2.2 Kepentingan Perpaduan

Para pengkaji dan ahli akademik banyak membuat kajian berkaitan pentingnya perpaduan di dalam pendidikan dan implikasinya terhadap pembangunan nasional. Antara pengkaji yang mengutarakan pandangan tersebut seperti Jamaliah & Iskandar (2005); Najeemah (2005); Chew (2008, 2009); Izzah

(3)

& Zahara (2009); Ahamad Abdul Razaq & Anuar (2010). Namun, keseluruhan kajian tertumpu kepada perpaduan dari aspek berbeza dan tidak melibatkan perpaduan di dalam pendidikan pra sekolah. Kurikulum pra sekolah itu sendiri tidak menekankan aspek perpaduan pelbagai etnik secara signifikan. Ini dapat dibuktikan melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pra Sekolah yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2010).

Melalui pendidikan yang memupuk perpaduan di peringkat awal persekolahan iaitu pra sekolah lagi, ia dapat menjamin dan memastikan kestabilan politik negara Malaysia sentiasa terjamin untuk kelangsungan hidup generasi Malaysia yang akan datang. Menurut Abdul Syukor, Hamimah Hashim dan Siti Zuraida (2007) berdasarkan kajian Konstelnik, Soderman dan Wiren (1993) menyatakan bahawa peringkat pra sekolah adalah masa terbaik untuk peringkat perkembangan kanak-kanak. Interaksi sosial antara pelbagai etnik juga sepatutnya dimulakan daripada peringkat pra sekolah. Ini bertepatan dengan kajian Siti Zuraida (2005), yang menyatakan bahawa perubahan yang berkaitan dengan interaksi sosial agak kompleks bagi kanak-kanak kerana ia berkaitan dengan perubahan antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak serta pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial.

Usaha menyemai semangat perpaduan, sepatutnya bermula dari akar umbinya untuk menghalang sentimen perkauman yang boleh merobohkan benteng peraduan seperti Peristiwa13 Mei 1969. Tragedi berdarah tersebut mungkin akan berulang sekiranya perpaduan tidak dititikberatkan oleh rakyat Malaysia. Malahan mungkin akan lebih parah apabila ada campur tangan anasir luar yang menghasut untuk menjejaskan kestabilan negara dan seterusnya menggadai maruah serta kedaulatan negara. Oleh hal yang demikian, semua rakyat Malaysia perlu memelihara keharmonian perpaduan kaum yang telah dicapai.

3.0 DEFINISI ISTILAH 3.1 Perpaduan

Perpaduan dalam kajian ini merujuk kepada kepelbagaian dan keterangkuman yang melibatkan penggabungan atau kesepakatan, atau penyatuan masyarakat pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa tetapi saling menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian tersebut. Ini bertepatan dengan definisi perpaduan mengikut Malaysia dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 4: Membina 1Malaysia (2012). Menurut kajian Mior Ahmad Noor dan Rashidah (2004) berkaitan nilai perpaduan dalam kenegaraan Malaysia mencari titik persamaan dari kepelbagaian komuniti pasca modenisme menerangkan, perpaduan membawa maksud penggabungan menjadi satu, kesefahaman, sepakat, sebati, bersama, bekerjasama atau bersepadu bagi kepentingan semua pihak. 3.2 Sistem Pendidikan Sekolah

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Seterusnya menurut Mior Khairul Azrin (2011), sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang sangat penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan.

3.3 Konsep 1Malaysia

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia (Mohd Najib, 2009). Selanjutnya menurut Ku Hasnita & Mohd Haizam (2011), pelancaran

(4)

gagasan 1Malaysia pada bulan Jun 2009 yang menunjukkan elemen perpaduan amat penting dalam merealisasikan aspirasi wawasan 2020. Misi perpaduan menurut gagasan 1 Malaysia bukanlah sekadar demi keharmonian dan hubungan baik semata-mata, sebaliknya lebih mementingkan pembinaan sebuah negara Malaysia yang produktif dan berdaya saing serta mencapai wawasan 2020 (Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 4: Membina Satu Malaysia, 2012). Berdasar konsep 1Malaysia yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan, perpaduan didefinisikan sebagai kepelbagaian dan keterangkuman. Terdapat dua aspek utama yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan penerapan nila-nilai aspirasi. Seterusnya tiga aspek penerapan teras perpaduan iaitu penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial. Penerimaan bermaksud 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan peningkatan ketara sikap toleransi semata-mata di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati rakyat dalam satu negara.

4.0 ISU-ISU PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN

Telah menjadi dasar dan matlamat utama polisi pendidikan kebangsaan iaitu ― untuk menerap dan memupuk kesedaran nasional melalui ideologi, nilai, aspirasi dan kesetiaan yang sama untuk mewujudkan perpaduan dan identiti nasional dalam masyarakat pelbagai kaum”. Melalui kurikulum ini di harap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, menghargai kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara (Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Tingkatan 4). Jika diteliti dalam huraian di atas, jelas mata pelajaran PSK mempunyai hasrat yang murni. Namun demikian, matlamat perpaduan yang menjadi agenda utama semakin membimbangkan. Beberapa peristiwa pergaduhan pelajar hingga membawa kepada tragedi pembunuhan, sesuatu yang amat mendukacitakan ( Zahara et.al., 2009).

Pelbagai dasar dan program telah dijalankan kerajaan dalam mengurangkan polarisasi kaum khususnya dalam pendidikan. Namun masih wujud pelbagai isu seperti masalah bahas, kurang penglibatan dalam persatuan dan kelab yang dianggotai pelbagai etnik, tidak mempunyai masa untuk bersosial, jarak hubungan kaum dalam berlaku dalam bilik darjah dengan murid hanya berhubung dan berbincang dengan kaum masing-masing seperti tidak mahu bercampur gaul dengan murid berbeza, kurang komunikasi, interaksi dan persefahaman dengan rakan-rakan daripada etnik yang berlainan dalam bilik darjah (Zarina, Zahara & Hardiana, 2011). Akibatnya sesetengah rakyat mula bersifat chauvinist dal perbuatan dan percakapan akibat Dasar Pelajaran Kebangsaan ( DPK) dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang mendasari perpaduan kaum di negara ini semakin dilupakan dan tidak dilakukan dengan tegas. Percanggahan dalam penerapan nilai di rumah menyebabkan berlakunya kumpulan kaum di sekolah. Salah faham masyarakat yang beranggapan Sekolah Kebangsaan adalah untuk kaum Melayu sahaja sedangkan hakikatnya sekolah nasional ini adalah untuk semua kaum. Selagi terdapat kecenderungan untuk berkelompok selagi itulah polarisasi wujud. Permasalahannya ialah anak-anak-anak di rumah diberikan gambaran yang negatif tentang integrasi kaum. Guru-guru di sekolah gagal memupuk sikap positif terhadap perpaduan kaum ( Izzah & Zahara, 2009).

1Malaysia berjaya jika seluruh rakyat Malaysia beriltizam mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni, saling menghormati dan hidup dalam muhibah. Masyarakat muhibah dapat dibina jika berlaku komunikasi jelas dan bersopan santun. Di sinilah bahasa memainkan peranan untuk mengamalkan prinsip dan kesatuan dalam perbezaan, hanya bahasa Melayu yang dapat berperanan sebagai alat penyatu. Bahasa Melayu merupakan eset terpenting negara dalam menjayakan gagasan 1Malaysia. Peranan dalam penyatu etnik ini dipertanggungjawabkan kepada bahasa Melayu namun sebaliknya bermulalah era permasalahan antara etnik dan peranan ini semakin jelas seperti peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang antara permasalahannya adalah bahasa.

(5)

Menurut Anuar Ahmad (2013), menggariskan tiga sebab utama timbulnya masalah dalam memperkasa perpaduan negara ini. Pertama, penjajahan yang panjang oleh kuasa asing telah membentuk negara ini menjadi majmuk . Anak-anak tidak berada dalam iklim persekolahan yang sama dan menyukarkan proses integrasi berlaku. Kedua, landskap politik negara memperlihatkan kepimpinan parti politik berasaskan tidak bersikap jujur, ikhlas dan menghormati Perlembagaan Negara. Mereka begitu bijak mengambil kesempatan dengan menggunakan Perlembagaan untuk mencipta populariti. Justeru adalah sangat penting elemen Perlembagaan dan subjek Sejarah diberikan sepenuh perhatian di dalam sistem pendidikan negara. Ketiga, Jika diperhalusi taraf jati diri terhadap negara adalah rendah daripada peranan jati diri etnik dalam kalangan masyarakat. Pendidikan, sosialisasi budaya serta pembentukan identiti etnik menyebabkan masyarakat lebih mendahulukan keperluan dan kepentingan etnik berbanding kepentingan nasional ( Ahamad, Abdul Razaq & Anuar, 2010).

5.0 INISIATIF 1MALAYSIA DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Gagasan 1Malaysia melalui makmal 1Malaysia telah mengenal pasti beberapa isu pendidikan dan inisiatif yang diutarakan rakyat menerusi tinjauan awam, hari terbuka, kumpulan fokus, SMS telefon bimbit dan laman web. Seterusnya isu dan inisiatif tersebut dikelompokkan dan dibincangkan, hasilnya makmal satu Malaysia mengeluarkan beberapa syor inisiatif. Namun, mereka mengharapkan kritikan membina dan sumbangan kreatif semua pihak untuk menjayakannya. Ini disebabkan kebanyakan inisiatif mereka adalah program yang telah pun dilaksanakan untuk dikaji semua, syor yang perlu dipertimbangkan perlaksanaannya oleh pelbagai kementerian dan agensi serta bukanlah bersifat komprehensif. Antara inisiatif itu ialah:-

i) Meningkatkan kualiti Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan bagi semua pelajar (tanpa mengira kaum dan agama) dari segi kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan peruntukan untuk bahasa ibunda dan sebuah suasana yang lebih pelbagai keterangkumanya iaitu sebagai kesnya bagi beberapa sekolah mubaligh utama di kawasan bandar.

ii) Menggalakkan sekolah berasrama 1Malaysia dengan menjadikan sekolah berasrama semasa lebih berciri pelbagai kaum dalam komposisi pelajar dan penumbuhan sekolah asrama berkualiti tinggi yang terbuka kepada semua.

iii) Menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan, daya kesedaran dan kemahiran yang menjadikan mereka sensitif terhadap latar belakang pelajar yang berbeza-beza dan menangani perhubungan antara kaum dalam kaedah yang positif dan proaktif.

iv) Pelaksanaan Rancangan Integrasi murid-murid untuk perpaduan (RIMUP) yang lebih ekstensif berkesan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan. RIMUP yang mula diperkenalkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan aktiviti ekstra kurikulum bersama dalam kalangan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dengan penglibatan guru dan ibu bapa.

Syor bagi masa hadapan termasuk pelancaran program yang lebih berkesan dan agresif untuk melibatkan lebih banyak sekolah dan memanfaatkan sokongan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), rukun tetangga dan NGO tempatan, kajian semula metodologi untuk menyemai pandangan positif yang lebih berkesan terhadap pelbagai kumpulan etnik selain pelancaran projek e-Integrasi yang memanfaatkan internet dan permainan laman web yang membawa kepada penambahan interaksi.

6.0 PERSPEKTIF TEORI

6.1 Perpaduan Kaum Daripada Perspektif Teori Fungsionalisme.

Auguste Comte (1798 – 1857) dan Emile Durkheim (1858-1917) adalah tokoh awal yang telah memperkenalkan Teori Fungsionalisme. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Teori ini

(6)

beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan-perubahan semasa Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu evolusi, harmoni dan stabiliti. Evolusi untuk melihat bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari pembaharuan. Harmoni pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat dalam mencapai perpaduan (Yasmin & Najeemah 2010)

6.3 Teori Interaksi Simbolik (1969)

Teori interaksi simbolik dikatakan cetusan ideal oleh beberapa orang tokoh seperti George Herbert Mead, Charles Cooley, W.I Thomas, Erving Goffman dan Herbert Blumer. Teori ini menghuraikan makna pada peringkat perkataan, ayat dan perlakuan manusia. Teori Interaksi Simbolik bertindak berdasarkan makna yang diberikan kepada orang, benda dan peristiwa. Makna-makna ini diciptakan dalam bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain mahupun dengan diri sendiri. Teori ini bukan sahaja mengkaji perkataan, malah ayat dan reaksi manusia sesuatu dalam sebutan.

Teori ini pada asasnya menumpukan kepada tindakan dan tingkah laku manusia dalam interaksi sosial. Di samping itu juga, ia melihat bagaimana individu bertindak balas dan mempengaruhi orang lain dalam sesuatu kelompok atau secara individu dengan individu sahaja. Interaksi sosial memerlukan hubungan dengan simbol-simbol dan makna tertentu yang dipelajari dan diterapkan dalam proses sosialisasi. Teori ini jelas menunjukkan melalui bahasa memungkinkan orang untuk mengembangkan perasaan mengenai diri dan berinteraksi dengan orang lainnya dalam sebuah masyarakat (Amir Hasan Dawi 2009)

Selaras dengan dasar perancangan pendidikan adalah untuk mewujudkan perpaduan dan memperbaiki ketidakseimbangan kaum dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dasar dan matlamat pendidikan yang menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan hingga ke universiti (Nik Aziz & Noraini 2008)

7.0 Model

7.1 Model Teras-teras Perpaduan dalam Konsep 1 Malaysia

Rajah 2: Model Teras-teras Perpaduan dalam Konsep 1 Malaysia

Terdapat dua aspek utama dalam melaksanakan gagasan 1Malaysia. Pertama penerapan Aspek Pertama Teras-teras Perpaduan Teras-teras Perpaduan: 1) Penerimaan 2) Prinsip-prinsip Kenegaraan 3) Keadilan Sosial Nilai-nilai Murni 1) Menghormati 3) Sederhana 2) Rendah Diri 4) Berbudi

(7)

teras perpaduan dan kedua mengenai penerapan nilai-nilai aspirasi. Penerapan teras-teras perpaduan perlu dijadikan budaya dan praktis bagi semua golongan rakyat di Malaysia kerana ia merupakan komponen utama yang mampu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, elemen memahami prinsip kenegaraan yang berasaskan perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara juga penting dalam menerapkan perpaduan di kalangan kaum di Malaysia. Elemen keadilan sosial yang mana mementingkan perasaan kekitaan agar semua kaum terbela dan tidak berasa dipinggirkan.

Teras-teras perpaduan haruslah dilandaskan oleh nilai-nilai murni yang menjadi mekanisme penggerak agar proses perpaduan antara kaum berjalan dalam suasana harmoni. Ia merangkumi empat aspek, iaitu hormat-menghormati, rendah diri, sederhana dan berbudi bahasa harus menjadi amalan dan praktis rakyat di Malaysia.

8.0 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN PERPADUAN

Kajian oleh Izzah Abu Bakar dan Zahara Aziz (2009) menunjukkan tahap perpaduan kaum berdasarkan kefahaman, kesediaan serta tingkah laku pelajar berada pada tahap kompromi iaitu masing-masing dengan min keseluruhan 3.866, 3.490 dan 4.286. Hasil kajian ini membuktikan bahawa hakikatnya pelajar memahami dan menyedari tentang keperluan berinteraksi di kalangan rakan‐rakan yang terdiri dari pelbagai kaum malah kefahaman pelajar tentang kesempitan budaya atau perasaan tinggi terhadap kaum etnik sendiri tidak lagi menebal berbanding generasi mereka yang terdahulu. Selain itu, tingkah laku pelajar dari aspek identiti kebangsaan amatlah membanggakan di mana mereka mengetahui tentang simbol‐simbol kebangsaan seperti Yang Di Pertuan Agong, kedudukan raja‐raja Melayu juga sebagai lambang warisan kerajaan Melayu.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa darjah keakraban pelajar yang terdiri dari pelbagai budaya dan kepercayaan agama cenderung bersifat positif berpandukan min yang diperoleh berada pada tahap yang tinggi malah pendapat pelajar tentang nilai yang ada pada sesuatu kaum seperti ikhlas dan bersih melambangkan perasaan mereka terhadap ciri sesuatu kaum. Walaupun ciri ini mungkin sukar dilihat secara zahir, namun sebagai pelajar yang terdedah kepada pergaulan dengan rakan dari kaum lain akan memberikan impak yang mendatangkan kesan kepada psikologi mereka. Hasil dari pengalaman mereka menunjukkan pergaulan mereka tidak lagi terikat dengan prasangka dan ragu‐ragu terhadap keikhlasan sesuatu kaum berdasarkan min yang tinggi dari dapatan kajian.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Amir Dawi Hasan (2004) dan Mansor Mohd Noor (2005) menunjukkan bahawa melalui interaksi yang kerap antara pelbagai etnik dapat mengecilkan jurang pemisah antara etnik, sikap prejudis, rasisme dan etnosentrisme. Beliau juga mencadangkan agar Sekolah Wawasan diperluaskan di seluruh negara agar pelajar yang berlainan etnik ini dapat berinteraksi sejak dari peringkat sekolah rendah di samping program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) perlu digerakkan secara aktif oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Hal ini menyebabkan para pelajar terdedah kepada etnik lain dan akan lebih bersifat terbuka terhadap agama dan budaya etnik lain. Manakala aliran pendidikan sekolah menengah perlu hanya satu sahaja iaitu sekolah menengah kebangsaan di mana sekolah menengah jenis kebangsaan diserapkan menjadi sekolah menengah kebangsaan.

Kajian lepas melihat matlamat dan objektif Sekolah Wawasan sebagai sesuatu yang memang mudah dituturkan di atas kertas namun perlaksanaannya jika tidak diatur dengan teliti akan kembali di takuk lama. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar memberikan penjelasan kepada semua masyarakat berhubung kekeliruan dan kebimbangan yang timbul mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini. Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad telah menyatakan bahawa perlaksanaan Sekolah Wawasan tetap akan diteruskan dan melibatkan beberapa buah sekolah baru dan lama telah bersetuju menyertai Sekolah Wawasan sebagai projek perintis. Para pendidik juga disarankan supaya menjadikan agenda perpaduan sebagai keutamaan dalam semua aktiviti dan program pendidikan yang dilaksanakan. (Azizi Yahaya, Amir Hamzah, Abdul Sanif Sapaat 2010).

(8)

mplikasi kajian kes yang telah dilakukan di negeri Pahang terhadap kepelbagaian pelajar dan sekolah menunjukkan pelbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya berusaha untuk meningkatkan tahap penerimaan kepelbagaian sekolah dalam kalangan pelajar bagi menjamin kualiti pendidikan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan keupayaan pelajar ke arah slogan ―Satu Malaysia‖ (Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, Zalizan Mohd Jelas dan Ahmad Ali Seman 2010).

Kajian Nazri Muslim dan Abdul Latif Samian (2012) menyatakan bahawa bahasa Melayu dalam perlembagaan sangat memberi implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia kerana pelajar Melayu khususnya masih lagi sensitif dan peka terhadap hal yang berkaitan dengan bahasa Melayu di mana analisis menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan mereka adalah tinggi. Manakala bagi pelajar bukan Melayu, walaupun tahap pengetahuan dan kefahaman mereka agak tinggi, tetapi tahap penerimaan agak rendah. Maka, isu ini perlu diberi perhatian yang serius agar setiap etnik di Malaysia mempunyai tahap penerimaan yang tinggi terhadap apa yang termaktub dalam perlembagaan.

Chew Fong Peng (2009) menyatakan bahawa buku teks komponen sastera (KOMSAS) tidak mencerminkan realiti masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh guru-guru bahasa jarang menerapkan elemen perpaduan kaum sama ada di dalam mahupun luar kelas, manakala para pelajar tidak berminat dalam pembelajaran KOMSAS yang didapati berpusatkan orang Melayu. Malahan mereka juga jarang bergaul dengan sahabat kaum lain. Faridah Jalil (2007) pula menegaskan isu tentang kontrak sosial yang berkaitan dengan bahasa Melayu dalam perlembagaan adalah merupakan perbincangan yang sering mengalami pasang surut akan terus berlaku jika tahap penerimaan pelajar bukan Melayu tidak ditangani dengan baik. Disebabkan terdapat perbezaan yang agak ketara mengikut etnik, agama, aliran pendidikan sekolah rendah dan aliran pendidikan sekolah menengah terhadap tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap bahasa Melayu dalam perlembagaan, maka faktor-faktor demografi ini sangat relevan dalam mempengaruhi isu-isu berbangkit.

Daripada dapatan Jamaliah Ahmad dan Iskandar Abdullah (2005) menjelaskan bahawa setiap kumpulan etnik yang menonton program televisyen membuat pertimbangan kompleks yang dimanipulasikan. Lantaran itu, menyebabkan penghasilan kepelbagaian maksud yang terhasil daripada kecenderungan peribadi. Kajian ini juga menyokong tafsiran bahawa kandungan program televisyen adalah bersifat sosial dan melekakan. Faktor yang menjadi belenggu sosial seperti budaya, cara bekerja dan sikap serta taraf pendidikan didapati menyumbang kepada pembentukan sikap pentafsiran responden. Kecenderungan mereka dilihat apabila mereka mengaitkan kandungan media khusus memaksa mereka untuk mengambil posisi pentafsiran yang berbeza. Dalam tahun 2008, Chew Fong Peng mengkaji persepsi khalayak terhadap isu-isu pendidikan sastera perpaduan dan memperoleh 66.48% responden menyokong saranan mengajar sastera perpaduan di institusi pendidikan. Setelah dianalisis, adalah didapati wanita Melayu yang berstatus sosio-ekonomi tinggi lebih banyak menyokong cadangan itu berbanding kumpulan orang bukan Melayu lelaki daripada status sosio-ekonomi yang rendah. Kajian ini juga memberi saranan bagaimana menjadikan pendidikan perpaduan itu lebih berkesan menerusi kesusasteraan Melayu

Dapatan kajian Zarina Md Yasin, Zahara Aziz dan Hardiana Ema Ribu (2011) menunjukkan keseluruhan hasil dapatan daripada 2 ujian yang telah dijalankan memperoleh peningkatan yang cemerlang dari segi prestasi markah. Pelajar-pelajar dapat menerima perpaduan yang boleh mengeratkan hubungan kaum. Analisis data merekodkan taburan skor min item tahap persepsi responden terhadap perpaduan didapati 9 item daripada 10 item mempunyai skor min yang tinggi hanya item berbual dalam Bahasa Melayu dapat mengeratkan hubungan kaum memperoleh skor yang sederhana iaitu skor min = 3.44. Hasil analisis ini juga menunjukkan pelajar-pelajar dapat menerima pembelajaran dalam bilik darjah bersama-sama dan boleh bekerjasama dalam pelbagai kaum.

Pengkaji membuat andaian bahawa pembelajaran koperatif yang disyorkan oleh penyelidik dapat membantu dan membaiki prestasi pelajar pada masa yang sama mewujudkan toleransi dan interaksi antara pelajar yang pelbagai budaya di Malaysia. Melalui dapatan temu bual berstruktur mengenai respons guru dan pelajar terhadap modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) yang telah dilaksanakan di sekolah pula menunjukkan bahawa minat pelajar amat penting untuk menggalakkan pembelajaran subjek PSK dalam kelas. Pelajar bersikap positif dengan kaedah pengajaran guru melalui pembelajaran koperatif. Pengajaran guru yang menjalankan lebih banyak

(9)

aktiviti berkesan kerana dapat menarik perhatian pelajar yang seronok apabila boleh mempelajari budaya kaum lain. Dapatan pemerhatian semasa proses pembelajaran koperatif didapati terdapat perubahan sikap pelajar dari segi interaksi, kerjasama, kolaborasi dan persefahaman.

Mohd Rizal dan Thay Cheow Yin (2010) merumuskan bahawa tahap hubungan etnik dari ketiga-tiga aspek iaitu dari segi kehidupan seharian pelajar, dari segi kegiatan pembelajaran pelajar dan dari segi kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap yang sederhana. Jumlah keseluruhan min ialah 2.78 juga pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun didapati tahap hubungan etnik dari segi kehidupan seharian pelajar adalah paling tinggi dengan minnya 2.95, diikuti dengan tahap hubungan etnik dari segi kegiatan kokurikulum pelajar dengan minnya 2.74 dan tahap hubungan etnik dari segi kegiatan pembelajaran pelajar adalah paling rendah dengan minnya 2.66. Kajian oleh Abdul Rahim Hamdan dan Siti Norashikin Moin (2010) mendapati bahawa pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dapat mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum adalah pada tahap sederhana kerana terdapat pelajar yang tidak setuju berkaitan pembelajaran di dalam kelas dapat mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum.

Dalam kajian Mohd Rizal dan Thay (2010), permasalahan yang wujud dalam hubungan etnik dalam kalangan pelajar menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar lebih suka makan semeja, bersenda gurau, menonton wayang dan membincangkan masalah dengan rakan-rakan yang sama keturunan dan agama. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh rakan yang berketurunan dan beragama sama lebih mudah untuk berkomunikasi dan saling memahami.

Jika seseorang pelajar diasingkan mengikut kaum maka ia akan mewujudkan semangat perkauman. Ini tidak baik bagi perpaduan nasional sekolah wawasan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum. Asimilasi kaum ini akan menimbulkan suasana muhibah dan perpaduan bagi semua bangsa di Malaysia. Contohnya dalam kajian Silang Etnik dan Persahabatan (Munniksma dan Juvonen 2012) mendapati walaupun pelajar lebih suka berkawan sesama etnik di sekolah-sekolah pelbagai etnik namun persekitaran ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk membentuk persahabatan yang silang etnik.

Kajian oleh Azmi Shah, Mohd Nasir, Ramli, Sayed & Zulkifli (2007), mendapati bahawa prinsip, nilai dan sifat dimensi dialog peradaban seperti nilai kejujuran, nilai prihatin dan sikap toleran dalam tanggapan dan amalan pelajar yang terbina sejak di peringkat sekolah dan di bawa ke peringkat Institusi pengajian tinggi. Pengamalan nilai-nilai dalam dialog peradaban seperti toleransi, interaksi, prihatin, jujur, hormat-menghormati serta kerjasama berada di tahap yang sederhana ke atas dan boleh ditingkatkan lagi.

Penyelidikan Amir Hassan (2004) mendapati bahawa ejen bersosial, seperti pengalaman persekolahan awal, latar belakang keluarga, agama, dan rakan-rakan, menyumbang dalam mewujudkan semangat perpaduan ke arah kumpulan etnik yang berbeza. Struktur sekolah, seperti sekolah-sekolah etnik yang berbeza, menunjukkan tingkah laku toleransi yang lebih berbanding dengan sekolah-sekolah dengan hanya satu kumpulan etnik. Sekolah dengan satu kumpulan etnik, seperti sekolah-sekolah Cina atau India, menunjukkan toleransi yang rendah di kalangan pelajar kerana mereka telah dipisahkan sejak tahun-tahun awal persekolahan di sekolah rendah.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa belia yang telah diberikan pengalaman awal dalam masyarakat kumpulan etnik yang pelbagai telah menunjukkan tahap toleransi yang tinggi. Belia dengan kelayakan akademik yang tinggi juga menunjukkan tahap toleransi tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Hasilnya membuktikan bahawa pengalaman awal persekolahan mempunyai impak dalam bersosial pelajar yang dipunyai kepada hubungan etnik (Ezhar, Fazilah , Wendy, Azimi dan Rezal 2006). Kajian yang dilakukan oleh Rusimah, Mohd Ainuddin dan Salma (2004) juga menunjukkan terdapat kecenderungan suasana interaksi antara kaum yang lebih positif dan tidak terdapat perbezaan interaksi antara kaum yang disebabkan oleh faktor latar belakang kaum.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penekanan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan dalam merapatkan hubungan antara etnik telah membawa keputusan yang baik di antara kaum di Malaysia. Sistem pendidikan mempunyai penekanan yang kuat terhadap isu perpaduan di kalangan pelbagai etnik di Malaysia. Kajian yang dilakukan oleh Khalim dan Norshidah, (2010) yang menunjukkan bahawa belia mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang kepentingan hubungan etnik di Malaysia. Belia sedar kepentingan hubungan etnik yang baik memberi kesan kestabilan ekonomi dan politik.

(10)

Menurut Hamilton (2007) pula, menunjukkan kajian prejudis yang berpunca daripada penubuhan kumpulan, etnosentrisme dan stereotaip. Prejudis melibatkan perasaan curiga terhadap etnik lain. Ini adalah kerana kepercayaan yang berbeza di kalangan kumpulan etnik. Oleh itu, ia membawa perasaan yang negatif ke arah satu sama lain. Dalam menjelaskan prejudis, salah satu teori yang terkenal ialah Teori Antara Hubungan (Gordon, 1954). Teori ini memfokuskan kesan interaksi antara kaum. Teori ini mempunyai wawasan mengenai kemungkinan hasil positif dari hubungan kaum jika persekitaran yang memberikan sokongan yang sesuai. Sokongan ini datang daripada matlamat dan sistem struktur pendidikan yang sama daripada pihak berkuasa untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan stabil di kalangan kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza.

9.0 CADANGAN

Konsep 1Malaysia memainkan peranannya yang tersendiri dalam memupuk perpaduan dalam pendidikan sekolah.. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah, masih terdapat ruang yang luas untuk memperbaikinya. Berdasarkan masalah dan dapatan daripada kajian lepas, berikut dikemukakan beberapa cadangan bagi pemupukan perpaduan sosial dalam sistem pendidikan sekolah mengikut konsep satu Malaysia:-

i- Kurikulum pendidikan prasekolah yang ditampilkan perlulah mempunyai keseimbangan dari aspek teori dan amali. Pendidikan prasekolah perlu dimasukkan kurikulum sejarah yang seimbang, progresif dan dinamik sebagaimana yang telah disarankan oleh Ahamad bin Rahim dan rakan-rakan (2011) terhadap sistem pendidikan rendah di Malaysia . Dalam konteks pendidikan prasekolah, kurikulum yang dihasilkan perlu berpusatkan pelajar, realistik serta praktikal dan boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan harian. Isi kandungan kurikulum sejarah dalam pendidikan prasekolah perlu dimasukkan dengan sumbangan semua kaum di negara ini terhadap kemerdekaan negara. Sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan perlu dimasukkan dalam kurikulum. supaya kurikulum sejarah itu dapat merangsang anak-anak kecil agar dapat menghayati sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama-sama.

ii- Menurut Nazri Muslim dan Abdul Latif Samian (2012), satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk membentuk satu generasi baharu yang mempunyai keperibadian Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini, seharusnya dilaksanakan dalam sistem pendidikan prasekolah hari ini. Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan kaum lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan generasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan lain. Pendidikan juga dapat memupuk integrasi kaum di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu perlu diperkaya sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan sahaja meletakkan taraf Bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara kaum di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik dan agama.

iii- Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara kaum. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran (1993) adalah untuk memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar kerana reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja atau almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh kaum Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pelajar-pelajar dari pelbagai kaum tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana

(11)

sekolah di negara kita Hak-hak kebudayaan kumpulan kaum lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan kumpulan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya .Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara kaum.

iv- Pelaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara kaum di Malaysia. Menurut Amir Dawi Hasan (2004) dan Mansor Mohd Noor (2005), Sekolah Wawasan ialah sekolah-sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang pelbagai etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua murid melalui perkongsian kemudahan sekolah. Konsep sekolah ini juga amat bersesuaian dengan tahap pendidikan prasekolah . Anak-anak dikumpulkan di bawah satu bumbung dan perpaduan serta integrasi akan dapat dipupuk dan disemai.

v- Sistem sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi antara kaum menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993). Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Sistem ini bukan sahaja patut dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, malahan amat sesuai dilaksanakan untuk tahap prasekolah juga. Dalam konteks Malaysia, bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu. Pada masa ini, di Malaysia terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dengan bahasa pengantar Bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi di antara pelbagai kaum yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara kaum di peringkat sekolah rendah berjalan agak perlahan atau lambat. Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan timbul masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain kaum. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan India perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa sahaja dari kaum-kaum yang berminat. Melalui cara ini, adalah diharapkan agar anak-anak prasekolah boleh bergaul secara meluas antara mereka, dan mereka juga boleh memahami budaya kaum atau kaum lain. Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman akan dapat dihapuskan sejak peringkat prasekolah rendah lagi. Pergaulan antara pelbagai etnik ini akan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni. vi- Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan berpengaruh untuk mendidik dan

membimbing anak-anak supaya lebih bersifat terbuka dalam soal perpaduan pelbagai etnik. Ibu bapa boleh memainkan peranan sebagai suri teladan dalam hal-hal integrasi kaum . Dalam usia muda lagi, ibu bapa menanamkan sikap berbaik-baik antara anggota pelbagai etnik supaya amalan ini dapat diteruskan kepada generasi akan datang. Kesannya, Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang harmoni, aman, dan damai.

Justeru, semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang perkembangan sistem pendidikan sekolah yang berkonsepkan satu Malaysia..

(12)

1.0 KESIMPULAN

Melalui perbincangan yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering menyukarkan pemupukan perpaduan sosial dalam sistem pendidikan sekolah mengikut konsep 1Malaysia. Para guru dan pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada di dalam sistem pendidikan sekolah.

Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal menerajui negara kita suatu hari nanti. Akhir kata, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya dan seterusnya menghasilkan Malaysia yang unggul di mata dunia.

Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk setiap bangsa mempunyai latar belakang kebudayaan, agama, adat serta cara hidup yang berbeza. Perbezaan ini tidak dapat dihapuskan kecuali dengan pengiktirafan dan akur kewujudan perbezaan ini. Perspektif terbuka dan sikap lapang dada mengakui dan menghormati perbezaan selain dari mencari persamaan dan bekerjasama dalam hal-hal yang boleh dipersetujui bersama adalah merupakan sikap fundamental yang harus wujud dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu pemupukan semangat perpaduan antara kaum untuk saling hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai serta toleransi yang tinggi harus dimulakan di peringkat sekolah bagi menerapkan nilai identiti bangsa Malaysia.

Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati arus pemodenan dan pembangunan negara maju.

Justeru itu sekolah merupakan wadah yang berkesan untuk menerapkan semangat untuk memahami sekali gus membina sifat jujur, prihatin, hormat, kerjasama, berbaik sangka, interaksi dan sikap toleran dan akur terhadap perkara yang berbeza atau yang tidak dipersetujui. Pemupukan nilai-nilai murni adalah lebih mudah dan berkesan dilakukan semasa kanak-kanak masih kecil melalui aktiviti terancang di sekolah (Azmi Shah et.al 2007).

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan & Siti Norashikin Moin. 2010. Tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). [Bahan online]. Dipetik dari http://eprints.utm.my/10727/1/Tahap_Perpaduan_Pelajar_Pelbagai_Kaum_Dalam_Mata_Pela jaran_Kemahiran_Hidup_Bersepadu.pdf pada 21 Mei 2013.

Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, Zalizan Mohd Jelas & Ahmad Ali Seman. 2010. Kepelbagaian pelajar dan sekolah: Satu kajian kes di negeri Pahang (Student and School‟s Diversity: A case study in state of Pahang). Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): hlmn.87-95.

Abdul Syukor Hashim, Hamimah Hashim & Siti Zuraida Maaruf. 2007. Laporan Akhir Penyelidikan Bertajuk "Korelasi Antara Lukisan Figura Dan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah", Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC) Shah Alam: Universiti Teknologi Malaysia.

Ahamad bin Rahim, Abdul Razaq Ahmad & Anuar Ahmad. 2010. Kurikulum Sejarah ke arah memperkasa perpaduan kaum dalam kalangan pelajar di Malaysia. Dlm. Hansiswany Kamarga, Abdul Razaq Ahmad, Wan Hasnah bt Wan Mamat, Siti Hawa bt Niza Abdullah (pnyt) Proceedings International Seminar Comparative Studies in Educational System Between Indonesia and Malaysia, 526- 539. Bandung: Rizqi Press

(13)

Ahamad Rahim , Abdul Razaq Ahmad & Anuar Ahmad. 2011. Kurikulum Sejarah ke arah memperkasa perpaduan kaum dalam kalangan pelajar di Malaysia. Dlm. Hansiswany Kamarga, Abdul Razaq Ahmad, Wan Hasnah Wan Mamat, Siti Hawa Nizam Abdullah (pnyt) Proceedings International Seminar Comparative Studies In Educational System Between Indonesian And Malaysia, 526:539. Bandung, Bangi & Kuala Lumpur: Penerbit Indonesia Universiti Of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia & Universiti Malaya.

Amir Dawi Hassan. 2004. Hubungan etnik di IPT: Satu kajian etnografi dan model budaya di kalangan pelajar berlainan etnik. Disertasi Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan masyarakat. Kuala Lumpur: Penerbit Prospecta Printers and Bhd. Kuala Lumpur.

Anuar Ahmad. 2013. Keterbezaan, ketaksamaan, pendidikan dan institusi persekolahan dalam

masyarakat. Nota kuliah 4: Subjek pendidikan perubahan sosial sarjana sosiologi pendidikan semesta 2 2013, 1 : 4 . Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahaya, Amir Hamzah Abdul & Sanif Sapaat.2000.Sekolah Wawasan : Sejauh manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang.1-10.[Bahan online]. Dipetik dari http.//eprints.utm.my pada 19 Mei 2013.

Azmi Shah Suratman, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad & Zulkifli Haron. 2007. Tahap dialog peradaban: Kajian dalam kalangan pelajar tahun 3 Universiti Teknologi Malaysia. Pusat pengajian Islam dan Sains Sosial. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Chew Fong Peng. 2008. Persepsi Khalayak Terhadap Isu-Isu Pendidikan Sastera Perpaduan. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 26 : 3-25.

Chew Fong Peng. 2009. Pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS Tingkatan 4: pelaksanaan dan kesannya. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (2): 15-31.

Ezhar Tamam, Fazilah Idris, Wendy Yee Mei Tien, Azimi Hamzah & Rezal Hamzah. 2006. News Media Socialization And Ethnic Tolerance Among Youth In Malaysia. Paper presented at 15th AMIC Annual Conference Organized by The Asian Media Information And Communication Center, 17-20 July 2006, Penang Malaysia.

Faridah Jalil. 2007. Perlembagaan Persekutuan menangani cabaran semasa dan mendatang. Dlm. Faridah Jalil (pnyt.). Undang-Undang Malaysia: 50 tahun merentasi zaman. Bangi: Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim. 1993. Pengurusan dan Pengelolaan Pusat Prasekolah, Fajar Bakti: Shah Alam, Selangor.

Hamilton, V. M. (2007). Human Relations The art and Science of Building Effective Relationships. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Izzah Abu Bakar & Zahara Aziz. 2009. Persepsi perpaduan kaum dalam kalangan pelajar sekolah menengah kawasan Jasin. Dlm. Zamri Mahamod , Jamil Ahmad, Mohd. Izham Mohd. Hamzah , Jamalul Lail Abdul Wahab, Siti Fatimah Mohd. Yassin, Norazah Mohd. Nordin, Saemah Rahman. (pnyt.). Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke4, 381:389 . Bangi:Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Penerangan Malaysia dan Biro Tatanegara. [Bahan online]. Dipetik pada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/362-1-malaysia-dato-sri-najib/10487-teras-perpaduan-1malaysia.html pada 21 Mei 2013.

Jamaliah Ahmad & Iskandar Abdullah. 2005. Social and Cultural Influences in Reception of

Development-oriented Television Programme in a Multi-ethnic Society. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 13(1): 47-65. ISS: 0128-7702. Universiti Putra Malaysia Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala Lumpur: Bahagian

Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Khalim Zainal dan Norshidah Mohamad Salleh. 2010.Ethnic relation among the youth in Malaysia: Toward fulfilling the concept of one Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences.(9):855-858.

(14)

Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor. 2011. Kepentingan pendidikan patriotisma terhadap warganegara Malaysia. Jurnal Jati. 16: 23-34

Mansor Mohd Noor. 2005. Integrasi Etnik di IPTA. Pulau Pinang: Penerbit Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara.

Mior Ahmad Noor Mior Hamzah & Rashidah Mamat. 2004. Nilai perpaduan dalam kenegaraan Malaysia: Mencari titik persamaan dari kepelbagaian komuniti pasca modenisme. [Bahan online]. Dipetik dari http://repo.uum.edu.my pada 21 Mei 2013.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaludin.2011.Sistem Pendidikan di Malysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Jurnal Sosiohumanika, 4(1) :33-48.

Mohd Najib Razak. 2009. 1Malaysia. Dipetik dari http://www.1Malaysia.com.my pada [21 Mei 2013].

Mohd. Rizal & Thay Cheow Yin. 2010. Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. pp. 1-7. (Unpublished).

Munniksma. A. & Juvonen. J.2012. Cross-ethnic friendships and sense of social -emotional safety in a multiethnic middle school: An exploratory study. Merrill -Palmer Quarterly. Wayne State University Press, Detroit. 58(4):489-506

Najeemah Mohd. Yusof. 2005. Pola interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan sekitar Sungai Petani, Kedah. Tesis Dr. Fal, Universiti Sains Malaysia. Nazri Muslim & Abdul Latif Samian. 2012. Tahap Penerimaan Pelajar terhadap Peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. International Journal of the Malay World and Civilisation 30(1): 3-27.

Nik Aziz N.P. & Noraini I. 2008. Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 tahun. Utusan Publications & Distribitors and Bhd. hlmn.3-4.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Tingkatan 4

Rusimah Sayuti, Mohamad Ainuddin Iskandar, Lee Abdullah & Salma Ishak.2004. Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial. Universiti Utara Malaysia:1-12. Siti Zuraida Maaruf. (2005). Keberkesanan Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Multimedia

Interaktif Terhadap Proses Pembelajaran Pendidikan Seni Pra-Sekolah Masters thesis, Universiti Teknologi Mara.

Unit Pengurusan Sekolah Menegah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Terengganu. 2012. Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan Murid (RIMUP) dikendalikan oleh bahagian kokurikulum dan kesenian bermula dari 2012. Di petik pada 19 Mei 2013.

Unit PEMANDU (Performance Management & Delivery Unit), Jabatan Perdana Menteri Malaysia. 2012. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 4: Membina 1Malaysia, hlmn. 69-99.

Wan Hashim Wan Teh. 2011. Hubungan etnik di Malaysia. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Yasmin, A. & Najeemah, M.Y. 2010. Ethnic boundary among students in Malaysian Primary Schools and social interaction: A conceptual framework. Journal Procedia-Social and Behavioral Sciences, 7 : 82-91.

Zarina Md Yasin, Zahara Aziz & Hardiana Ema Ribu. 2011. Keberkesanan Modul Pengajaran dan Pembelajaran dalam Meningkatkan Perpaduan dan Hubungan Etnik. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke-5 2011, hlmn. 1-11.

Referensi

Dokumen terkait

Metode Penetapan Kalender Hijriah Pada Majelis Tarjih Muhammadiyah Dan Bahsul Masail Nahdlatul Ulama. Tesis Program Pascasarjana IAIN Sumatera Utara, 2013. Kalender Hijriah

Kelompok Acuan, kclompok aCllan seseorang Icrdiri dari sClllua kclompok yang mcmiliki pcngaruh langsung (Ialap muka ) alau lidak langsung lerhadar sikap atau pcri l

We have evaluated 20 networks (five designs for four switch topologies) in terms of the design complexity, the host-to-host average shortest path length (h-ASPL), the diameter,

Melalui analisis data dan pembahasan pada penelitian ini, dapat disimpulkan bahwa dari delapan faktor yang telah di analisis yaitu perencanaan suksesi, perencanaan strategis,

Implementasi ketentuan ini memerlukan berbagai persyaratan sebagai berikut: (1) adanya standardisasi prosedur medik, keperawatan, dan kefarmasian sebagai pedoman

Pembuatan mikrokapsul MUF dilakukan dengan metode in-situ polimerisasi SDGD VXKX Û& pH 3, waktu homogenisasi 30 menit, dan waktu mikroenkapsulasi 2 jam dengan bahan yang

Pelaksanaan rekapitulasi penghitungan suara Pemilihan Gubernur dan Wakil Gubernur/Bupati dan Wakil Bupati/Wali Kota dan Wakil wali Kota*).. disaksikan oleh Saksi

PENATALAKSANAAN PPOK STABIL Pengobatan tergantung derajat berat penyakit Edukasi berperan, terutama berhenti merokok evidence A Obat-obatan berguna untuk mengurangi gejala