Senarai Tugas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Pengurusan dan Pentadbiran PKP
- Menyediakan takwim PKP
- Menyediakan senarai tugas guru sepanjang tahun
- Menghadiri mesyuarat pengurusan kurikulum dan kewangan sekolah dan menghadiri mesyuarat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan NGO’s
- Menetapkan tarikh mesyuarat bersama Pentadbir
- Menentukan program dan hala tuju murid Pendidikan Khas dengan perbincangan guru-guru mengenai : ~Bilangan subjek
~Program (Pra/Vokasional/Inklusif) ~Bilangan kelas
~Aktiviti ko-kurikulum
- Memastikan guru menghadiri kursus yang ditetapkan oleh Jabatan dan Kementerian - Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja guru - Membantu dalam Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPM - Menjalankan semakan stok/inventori peralatan
- Mewujudkan hubungan yang baik dengan pentadbir dan semua warga sekolah
Kurikulum
- Menentukan dan menyemak rancangan pelajaran harian dan tahunan
- Membantu dan membimbing guru dalam penyediaan alatan dan pengajaran dalam kelas - Mengajar subjek tertentu
- Mewujudkan pusat sumber dan memantau perkembangannya - Melakukan pencerapan guru dan semakan buku tulis murid
- Membantu dalam merancang dan menyelaras hal berkaitan dengan ujian dan peperiksaan - Memastikan dalam penyediaan laporan kurikulum
- Menyusun jadual waktu kelas dan menyediakan jadual waktu gantian
- Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah atau Jabatan Pelajaran
Jadual waktu PKP
- Merancang jadual waktu kelas dan persendirian serta PPM mengikut kesesuaian opsyen dan keperluan - Mengedarkan jadual waktu kepada guru
- Membuat jadual induk bersama jawatankuasa jadual - Memastikan jadual ditampal di papan kenyataan
Kewangan PKP
- Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (PCG) di awal tahun - Menyediakan penyata perbelanjaan setiap 3 bulan sekali
- Menutup akaun pendapatan dan perbelanjaan di akhir tahun
- Dapatkan kelulusan Guru Besar dalam setiap pembelian alatan/bahan/penyelenggaraan
- Berbincang dengan guru mata pelajaran akan keperluan barangan/peralatan yang perlu dibeli dalam tahun semasa
- Menyemak keselarasan dan baki akaun dengan pejabat
Hal Ehwal Murid
- Menetapkan peraturan PKP bersama guru disiplin - Memantau perkhidmatan berikut dengan kerjasama guru:
~Bimbingan dan Kaunseling ~Kesihatan
~Biasiswa/kebajikan ~Keselamatan
~Biro Pendidikan Khas
Ko-kurikulum
- Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat dengan setiap guru penasihat pada setiap awal tahun bagi merangka dan menyediakan jadual rancangan aktiviti tahunan setiap gerakerja
- Meneliti aktiviti yang dirancangkan oleh setiap gerakerja ko-kurikulum dan memastikan rancangan tersebut dilaksanakan
- Mengumpul laporan aktiviti tahunan dan buku aktiviti ko-kurikulum
- Memastikan buku rekod kegiatan ko-kurikulum diisi oleh guru-guru penasihat dan disahkan - Menyemak borang kelulusan rombongan/lawatan yang dianjurkan
- Menyelaras aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran - Memastikan laporan dibentangkan pada mesyuarat guru