• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan antara pendidikan agama keseimb

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan antara pendidikan agama keseimb"

Copied!
163
0
0

Teks penuh

(1)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Š

JUDUL: HUBUNGAN ANTARA PENDIDIKAN AGAMA, KESEIMBANGAN KOGNITIF DAN TINGKAH LAKU POSITIF DI KALANGAN PELAJAR DARJAH KHAS SEKOLAH AGAMA DI JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2006/2007

Saya MOHD FADZLI BIN ABU BAKAR

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 9 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

_________________________

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 417 Jalan Padi Mahsuri 8,

Taman Senai Baru, 81400 Senai, Johor.

Tarikh: 13 APRIL 2007

Disahkan oleh,

___________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA

NAMA PENYELIA

Tarikh: 13 APRIL 2007

9

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

(2)

HUBUNGAN ANTARA PENDIDIKAN AGAMA, KESEIMBANGAN KOGNITIF DAN TINGKAH LAKU POSITIF DI KALANGAN PELAJAR DARJAH KHAS

SEKOLAH AGAMA DI JOHOR BAHRU

MOHD FADZLI BIN ABU BAKAR

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(3)

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : MOHD FADZLI BIN ABU BAKAR

(4)

iii

Dedikasi

Teristimewa untuk

Ayahanda dan bonda tercinta,

Abu Bakar Othman dan Fatimah Ibrahim

Isteri tersayang, Nortinesha Abdullah

Sumber inspirasi,

Nooraini Othman dan Khairul ‘Azmi Mohamad

Kekanda dan adinda,

Mohd Fadzil, Fadzilah, Mohd Fahmi dan Mohd Fahim

Dengan doa, dorongan semangat, tunjuk ajar dan bantuan, Sungguh aku merasa amat beruntung dan menghargai.

(5)

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya terus diberi kekuatan sehingga akhirnya menyiapkan Projek Sarjana ini sebagai memenuhi keperluan syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan).

Di sepanjang menjalankan projek ini, saya telah banyak belajar dan memahami daripada para pensyarah yang telah memberikan tunjuk ajar sehingga saya mampu untuk menjelajahi. Penghargaan ini ditujukan khas kepada penyelia saya Yang berbahagia Profesor Madya Dr. Azizi bin Yahaya. Jasa baik dan budi Prof., hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor; pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia; dan pihak sekolah-sekolah agama yang terlibat kerana telah banyak menyokong serta memberi kerjasama bagi menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada isteri, Nortinesha Abdullah yang sangat memahami, sabar, dan memberi semangat, yang sentiasa ada di sisi dalam setiap halangan serta tetap meneguhi dalam setiap pencapaian. Begitu juga kepada ayahanda dan bonda yang pastinya tidak pernah putus memanjatkan doa demi kejayaan ini. Kepada

Auntie Noor dan Uncle ‘Azmi, terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan.

(6)

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pendidikan agama secara formal dan informal dengan keseimbangan kognitif; kaitannya dengan tingkah laku positif; dan perbezaan antara keseimbangan kognitif berdasarkan jantina pelajar. Seramai 400 orang pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri di Johor Bahru telah dipilih secara rawak bagi kajian ini. Satu kajian rintis telah dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti

pendidikan agama secara formal dan informal masing-masing mempunyai nilai

(7)

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the relationship between formal and informal Islamic education with cognitive consistency; the relationship with positive behaviour; and the significant difference between cognitive consistency based on student’s sex. 400 students of ‘Darjah Khas’ Sekolah Agama Kerajaan Negeri in Johor Bahru was randomly selected for this study. A pilot test was carried out to determine the reliability of

(8)

vii

1.8.1 Skop dan Lokasi Kajian

(9)

1.9

1.9.2 Sekolah Agama Kerajaan Negeri 1.9.3 Darjah Khas

1.9.4 Pendidikan Agama Secara Formal 1.9.5 Pendidikan Agama Secara Informal 1.9.6 Keseimbangan Kognitif

1.9.7 Tingkah Laku Positif 1.9.8 Jantina

KAJIAN LITERATUR

Pengenalan

Pendidikan Agama

2.1.1 Matlamat Pendidikan Agama 2.1.2 Peranan Pendidikan Secara Formal 2.1.3 Peranan Pendidikan Secara Informal Teori Pembentukan Tingkah Laku

2.2.1 Pembelajaran Sosial, Bandura 2.2.2 Humanistik, Rogers dan Maslow 2.2.3 Teori Trait

2.2.4 Psikoanalitik, Freud

2.2.5 Tingkah Laku (Behaviourism), Skinner 2.2.6 Pendekatan Perkembangan Sosial, Erikson Teori Ketekalan Kognitif

2.3.1 Teori Keseimbangan Heider dan Newcomb 2.3.2 Teori Percanggahan Festiger

2.3.3 Teori Kesaksamaan Adams

2.3.4 Teori Kekongruenan Osgood dan Tannenbaum

(10)

ix

2.4.2 Kerangka Konseptual Kajian Kajian-kajian Lepas

2.5.1 Kajian Pendidikan Agama Secara Formal 2.5.2 Kajian Pendidikan Agama Secara Informal 2.5.3 Keselarian Pendidikan Agama Secara Formal dan

Secara informal

2.5.4 Keseimbangan Kognitif 2.5.5 Kajian Tingkah Laku Positif 2.5.6 Kajian Perbezaan Jantina 2.5.7 Kesimpulan

3.4.1 Soal Selidik Bahagian A 3.4.2 Soal Selidik Bahagian B 3.4.3 Soal Selidik Bahagian C 3.4.4 Soal Selidik Bahagian D 3.4.5 Soal Selidik Bahagian E

(11)

3.5

Huraian Latar Belakang Pelajar 4.1.1 Jantina

4.1.2 Umur

4.1.3 Keputusan Peperiksaan Sekolah Agama Darjah Enam 4.1.4 Taraf Pendidikan Ibu Bapa

Analisis Soal Selidik

4.2.1 Persoalan 1: Apakah Terdapat Pendidikan Agama Secara Formal di Kalangan Pelajar

4.2.1.1 Taburan Tahap Pendidikan Agama Secara Formal 4.2.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Terdapat Pendidikan

Agama Secara Informal Di Kalangan Pelajar? 4.2.2.1 Taburan Tahap Pendidikan Agama Secara Informal 4.2.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Terdapat Keseimbangan

Kognitif Di Kalangan Pelajar?

4.2.3.1 Taburan Tahap Keseimbangan Kognitif

4.2.4 Persoalan Kajian 4: Apakah Terdapat Tingkah Laku Positif Di Kalangan Pelajar?

4.2.4.1 Taburan Tahap Tingkah Laku Positif Pengujian Hipotesis

(12)

xi

BAB V

5.0 5.1

4.3.2 Hipotesis 2: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara informal dengan keseimbangan kognitif.

4.3.3 Hipotesis 3: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara keseimbangan kognitif dengan tingkah laku positif

4.3.4 Hipotesis 4: Tidak terdapat perbezaan yang

signifikan pada keseimbangan kognitif berdasarkan jantina pelajar

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Pengenalan

Perbincangan Hasil Kajian

5.1.1 Perbincangan Latar Belakang Responden

5.1.2 Perbincangan Hasil Kajian Pendidikan Agama Secara Formal Responden

5.1.3 Perbincangan Hasil Kajian Pendidikan Agama Secara Informal Responden

5.1.4 Perbincangan Hasil Kajian Keseimbangan Kognitif Responden

5.1.5 Perbincangan Hasil Kajian Tingkah Laku Positif Responden

5.1.6 Perbincangan Perhubungan Antara Pendidikan Agama Secara Formal Dengan Keseimbangan Kognitif Responden

(13)

5.2 5.3 5.4

5.1.8 Perbincangan Perhubungan Antara Keseimbangan Kognitif Dengan Tingkah Laku Positif Responden 5.1.9 Perbincangan Perbezaan Antara Keseimbangan

Kognitif Berdasarkan Jantina Responden Rumusan

Cadangan

Cadangan Bagi Kajian Akan Datang

RUJUKAN

LAMPIRAN

112

113 114 115 117

119

(14)

xiii

Jadual Pemarkatan Bagi Skala Likert Mengikut Pernyataan Positif dan Negatif

Taburan Item Soal Selidik Bahagian B Taburan Item Soal Selidik Bahagian C Taburan Item Soal Selidik Bahagian D Taburan Item Soal Selidik Bahagian E Jadual Spesifikasi Kekuatan Korelasi

Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan

Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Umur

Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan Sekolah Agama Darjah Enam

Taburan Taraf Pendidikan Ibu Bapa Responden

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pendidikan Agama Secara Formal

Tahap Pendidikan Agama Secara Formal

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pendidikan Agama Secara Informal

Tahap Pendidikan Agama Secara Informal

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Keseimbangan Kognitif

Tahap Keseimbangan Kognitif

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Tingkah Laku Positif

Tahap Tingkah Laku Positif

(15)

4.3.1

4.3.2

4.3.3

4.3.4

Korelasi Pendidikan Agama Secara Formal Dengan Keseimbangan Kognitif

Korelasi Pendidikan Agama Secara Informal Dengan Keseimbangan Kognitif

Korelasi Keseimbangan Kognitif Dengan Tingkah Laku Positif

Analisis Perbezaan Pada Keseimbangan Kognitif Antara Pelajar Lelaki dan Perempuan

98

99

100

(16)

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

2.4

2.5

TAJUK

Kerangka Teori Berdasarkan Teori Kekongruenan Osgood & Tannenbaum

Kerangka Konseptual Kajian

MUKA SURAT

(17)

SENARAI SINGKATAN

PAFA - Perkara Asas Fardhu ‘Ain

JQAF - Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu ‘Ain PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

JAJ - Jabatan Agama Johor

(18)

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A B

C D E

F

TAJUK

Borang Soal Selidik

Surat Memohon Kebenaran Daripada Bahagian Pendidikan, JAJ

Surat Pengesahan Status Pelajar

Surat Kebenaran Daripada Bahagian Pendidikan, JAJ Surat-surat Makluman Kepada Sekolah-sekolah Agama Terlibat

Surat Kebenaran KPM

MUKA SURAT

125

131 132 133

(19)

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan agama adalah program pembangunan mental yang masih dipertahan dan dipertingkatkan sebagai langkah mendidik generasi akan datang. Pendidikan agama adalah khazanah yang dilaksanakan sejak dahulu lagi dan terus mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri untuk menghantar anak-anak bagi mendapat pendidikan secara formal.

(20)

2

Peningkatan jumlah pelajar di sekolah agama sudah membuktikan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan yang seimbang iaitu agama dan akademik (Berita Harian, 2003).

Peranan agama sangat mendorong pembangunan mental kerana ianya memberi pedoman dan petunjuk yang diperlukan oleh manusia sebagai syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam membentuk mental yang sihat (Zakiah, 1975). Tujuan pendidikan sepatutnya adalah untuk mengawal personaliti seseorang individu supaya ianya tenang dan seimbang (Abd-Allah Nasih, 2001).

Pendidikan Agama menjadi pilihan ibu bapa sebagai salah satu penyelesaian yang dijangkakan boleh mengawal tingkah laku anak-anak. Dikatakan, biasanya pelajar

sekolah agama mempunyai displin yang lebih baik di samping bebas daripada sikap nakal yang tidak terkawal (Mohd Fadzli, 2003).

Justeru, penyelidik berpandangan bahawa hubungan antara pemberian pendidikan agama kepada pelajar perlu dilanjutkan mengenai kesannya terhadap keseimbangan kognitif mereka. Matlamat bagi membentuk atau mengawal tingkah laku positif anak-anak dijangkakan dapat dipenuhi melalui realisasi pengetahuan ibadah dan akhlak beserta dengan pengetahuan dan sikap yang seimbang. Hubungan ini perlu dibuktikan secara saintifik. Penyelidik ingin melihat sama ada hubungan tersebut memenuhi objektif anak-anak dihantar mengikuti pendidikan agama yang dilaksanak-anakan.

Menurut Islam, tujuan akhir pendidikan ialah membentuk insan yang bersih kognitifnya, bersih personalitinya, bersih corak hidupnya, emosi, suci budi pekerti dan murni pergaulan sosial daripada sebarang unsur yang lain daripada landasan Ilahi yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis (Nik Azis, 1988).

(21)

mendapat keselarian daripada institusi keluarga sebagai pendidikan secara informal.

Penyelidik ingin melihat hubungannya dengan keseimbangan kognitif pelajar sama ada hasil pendidikan tersebut berkaitan dalam membentuk tingkah laku positif selaras dengan nilai-nilai pendidikan yang diberikan.

Kajian ini ingin membuktikan bahawa pendidikan di sekolah dan di rumah menyebabkan berlakunya keseimbangan kognitif antara pengetahuan dengan sikap yang dapat membentuk tingkah laku positif.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, pelbagai kes juvana berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kes buli, gangsterisme, vandalisme dan pelbagai tingkah laku delinkuen serta devian sering menjadi umpama rencah rutin dalam iklim pendidikan.

Masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja kian meruncing. Pelbagai masalah lagi akan menghimpit remaja jika ia tidak cuba diatasi dengan baik. Seterusnya usaha kerajaan bagi memperkasa agenda negara akan menemui jalan sukar. Pihak kerajaan sedar peranan keluarga dalam pembentukan individu yang sihat adalah sangat penting. Keluarga sebagai sebuah unit sosial sangat berpengaruh dalam perkembangan hayat individu. Ahli-ahli psikologi tanpa mengira pendekatan teori yang digunakan ramai bersetuju bahawa keluarga sangat penting dalam pembentukan psikologi, emosi, mental dan kognitif individu (Sapora, 2007).

(22)

4

Kita sangkakan pelajar yang menerima pendidikan agama adalah bebas sepenuhnya daripada tingkah laku melanggar nilai moraliti, rupanya masih ada yang terlibat. Ini menimbulkan persoalan untuk kita terus mendapatkan penjelasan.

Pengaruh budaya barat yang kini telah mempengaruhi iklim budaya di negara kita semakin menggalakkan lagi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di kalangan generasi muda Islam. Kesan daripada pengaruh budaya barat, generasi kini semakin menurun potensi amalan ibadahnya. Untuk melihat perbezaan antara generasi dalam amalan agama dan sikap mereka terhadap amalan agama dan kesan Pembaratan, generasi ibu bapa didapati lebih ‘praktikal’ dalam amalan ibadah mereka berbanding generasi muda (Muhammad Anwar, 1989).

Pada bulan Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Terbaru, seorang lagi mangsa dikhuatiri mengalami kemungkinan lumpuh akibat dibelasah, dihentak ke almari dan dipijak belakang dengan but Kadet Polis oleh sekumpulan pelajar lama (Muhammad Hisyam, 2005). Baru-baru ini pada 11 Mac 2007, seorang pelajar salah sebuah sekolah menengah agama di negara ini melecur teruk pada keseluruhan muka serta sebahagian lengan kanannya selepas dipercayai disimbah asid ketika sedang tidur di asrama sekolah berkenaan (Sulaiman Salleh, 2007).

Pendidikan awal agama secara formal di sekolah dan informal di rumah dikatakan dapat memberi kesan mendalam terhadap pembentukan personaliti seseorang. Kata pepatah mengatakan bahawa ‘Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.’ Selaras dengan penyataan tersebut, negeri Johor memiliki sistem pendidikan agama yang teratur bermula daripada peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

(23)

sekolah. Ibu bapa dan juga masyarakat mesti mengambil tahu tentang kedudukan anak-anaknya di sekolah sama ada mereka berjaya, mundur atau terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini (Mohd Salleh, 1998).

Keluarga ialah asas segala pendidikan yang kukuh bagi generasi muda, dan Islam mengambil berat terhadap ibu bapa yang bertindak sebagai pemberi dan pemerintah keluarga. Islam memperingatkan supaya mengambil berat tentang pendidikan dan pembelajaran diri (Basheer, 1989)

Guru juga diberikan tanggungjawab selanjutnya iaitu pembentuk akhlak dan pembimbing pelajar di bawah jagaannya. Seorang guru Islam tidak boleh memisahkan diri daripada masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakatnya. Dia tidak boleh bersikap pasif atau tidak kisah terhadap masalah tersebut. Kejayaannya ditentukan oleh kedua-dua bahan yang disampaikan beserta pelajaran rohani (Basheer, 1989).

Justeru, pendidikan agama memerlukan keselarian antara pendidikan di sekolah dan di rumah supaya peneguhan terhadap isi kandungan pendidikan Islam itu berkesan dengan penerapan serta sokongan yang saling bergabung.

Memandangkan golongan ibu bapa dan masyarakat mengharapkan kawalan tingkah laku di kalangan generasi pelapis akan datang, penyelidik berpendapat bahawa perlunya diberi kejelasan tentang hubungan antara pendidikan agama dengan tingkah laku positif.

(24)

6

Kita percaya bahawa pendidikan agama memberi kesan terhadap pembentukan sahsiah serta menentukan mutu kehidupan yang baik. Ia juga berkait rapat dengan aspek pembentukan moral pelajar dan masyarakat. Tetapi salah laku masih berlaku di kalangan pelajar yang menerima pendidikan agama. Mengapakah fenomena ini berlaku? Ia tidak semestinya berpunca daripada kepincangan pengisian pendidikan agama itu sendiri. Tetapi apakah fenomena ini berlaku kerana terdapat kaitan antara elemen-elemen pendidikan agama secara formal, secara informal dan aspek keseimbangan kognitif pelajar itu sendiri?

Bagaimanapun, fenomena-fenomena sosial tersebut perlu dilihat semula bagi mendapatkan penjelasan yang kukuh. Apakah pendidikan agama mempunyai hubungan dengan aspek keseimbangan kognitif anak-anak dan ia memerlukan aspek sokongan seperti pendidikan secara informal dalam iklim keluarga. Sejauh manakah gabung jalin aspek pendidikan tersebut memberi pengukuhan dalam bentuk keseimbangan kognitif dan tingkah laku anak-anak?

Dalam merealisasikan pencapaian kejayaan ke arah Rancangan Malaysia ke 9, salah satu daripada Misi Nasional adalah untuk melahirkan modal insan kelas pertama melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan; pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi; dan pembentukan masyarakat berbudaya serta memiliki kekuatan moral.

Asas ini diharapkan akan dapat membentuk modal insan yang cemerlang dengan acuan pembentukan masyarakat kita sendiri. Pelan pembangunan negara adalah

(25)

1.2 Pernyataan Masalah

Golongan ibu bapa memberi harapan agar pendidikan agama di sekolah mampu memberi pengisian kepada anak-anak. Harapan ini berkemungkinan besar berkait rapat dengan penyertaan ibu bapa sendiri untuk turut serta memberikan pendidikan agama secara informal dalam keluarga. Ia adalah berkaitan isu kebanyakan ibu bapa yang hanya sekadar menyerahkan kepada institusi pendidikan semata-mata untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka.

Permasalahan yang timbul berkaitan kajian ini adalah, pendidikan agama secara formal sahaja tidak boleh dianggap sebagai satu corak sosialisasi menyeluruh yang membentuk tingkah laku positif di kalangan pelajar. Pembentukan tingkah laku ini perlu diselarikan dengan pendidikan agama secara informal supaya ia lebih membantu dan berkesan. Justeru, penyelidik cuba membuktikan bahawa keseimbangan kognitif dalam pembentukan tingkah laku positif mempunyai kaitan dengan elemen pendidikan agama secara formal di sekolah dan secara informal di rumah. Penyelidik juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan pada keseimbangan kognitif berdasarkan perbezaan jantina.

Dalam kajian ini, pengkaji tegasnya ingin melihat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara formal dan informal dengan keseimbangan kognitif, serta perkaitannya dengan tingkah laku positif; dalam proses melahirkan generasi muslim, mukmin, yang terpelajar, terdidik, intelektual dan bertakwa yang mempunyai kesedaran diri sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi Allah melalui proses pendidikan rohani, emosi, intelek, jasmani dan amali yang bersepadu dan seimbang sehingga tercapai hasanah di dunia dan di akhirat.

(26)

8

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang dikenal pasti. Objektif tersebut adalah seperti berikut:

1.3.1 Mengenal pasti sama ada terdapat pendidikan agama secara formal di kalangan pelajar

1.3.2 Mengenal pasti sama ada terdapat pendidikan agama secara informal di kalangan pelajar

1.3.3 Mengenal pasti sama ada terdapat keseimbangan kognitif di kalangan pelajar

1.3.4 Mengenal pasti sama ada terdapat tingkah laku positif di kalangan pelajar

1.3.5 Untuk mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara formal dengan keseimbangan kognitif

1.3.6 Untuk mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara informal dengan keseimbangan kognitif

1.3.7 Untuk mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara keseimbangan kognitif dengan tingkah laku positif

(27)

1.4 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian telah dibentuk bagi mencapai objektif kajian. Persoalan yang dikenal pasti untuk dianalisis adalah seperti berikut:

1.4.1 Apakah terdapat pendidikan agama secara formal di kalangan pelajar?

1.4.2 Apakah terdapat pendidikan agama secara informal di kalangan pelajar?

1.4.3 Apakah terdapat keseimbangan kognitif di kalangan pelajar?

1.4.4 Apakah terdapat tingkah laku positif di kalangan pelajar?

1.4.5 Adakah terdapat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara formal dengan keseimbangan kognitif?

1.4.6 Adakah terdapat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara informal dengan keseimbangan kognitif?

1.4.7 Adakah terdapat perhubungan yang signifikan antara keseimbangan kognitif dengan tingkah laku positif?

(28)

10

1.5 Hipotesis Kajian

Terdapat empat hipotesis kajian yang telah dibentuk bagi menguji dan meramal pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam kajian ini. Ianya adalah seperti berikut:

1.5.1 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara formal dengan keseimbangan kognitif

1.5.2 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pendidikan agama secara informal dengan keseimbangan kognitif

1.5.3 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara keseimbangan kognitif dengan tingkah laku positif

(29)

1.6 Rasional Kajian

Matlamat pendidikan agama Islam adalah bagi melahirkan generasi muslim, mukmin yang terpelajar, terdidik, intelektual dan bertaqwa yang mempunyai kesedaran diri sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi Allah melalui proses pendidikan rohani, emosi, intelek, jasmani dan amali yang bersepadu dan seimbang sehingga tercapai hasanah di dunia dan di akhirat (Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor, 2005).

Justeru, dalam negara kita yang memegang agama Islam sebagai agama rasmi, pendidikan agama setakat ini masih dipegang sebagai aspek pendidikan yang berpotensi mendidik generasi akan datang. Di kalangan ibu bapa, anak-anak orang Islam masih difikirkan perlu untuk dihantar mengikuti pendidikan agama secara formal di sekolah-sekolah agama.

Namun, pendidikan agama secara informal perlu juga menyusul supaya keselarian aspek pendidikan formal dan informal tersebut dapat memberi impak pendidikan agama secara berkesan kepada anak-anak.

Dewasa ini, golongan ibu bapa Islam merasa bertanggungjawab memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Tetapi dunia materialistik kini menjadikan ibu bapa lebih bersikap ‘lepas tangan’ setelah memberikan pendidikan agama secara formal di sekolah agama, sedangkan pendidikan secara informal di rumah kurang diberikan perhatian.

(30)

12

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada penyelidik, ibu bapa, guru-guru, pegawai pendidikan, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor dan juga kepada Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia; ke arah kepentingan memantapkan lagi kurikulum pendidikan agama dan fungsi institusi keluarga. Pemantapan ini akan memberi implikasi yang besar dalam membentuk generasi muda serta membantu merealisasikan agenda pembangunan modal Insan.

Dengan jalinan keselarasan antara pendidikan agama secara formal dan informal, diharapkan elemen asas pendidikan agama ini akan berjaya sebagai agen pembentuk tingkah laku positif remaja. Oleh itu, kajian ini berguna khususnya kepada:

1.7.1 Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor

Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa dasar pendidikan agama di Johor adalah berkesan dalam membentuk keseimbangan kognitif serta tingkah laku pelajar. Begitu juga bahawa pendidikan agama secara formal di sekolah memerlukan keselarian dengan pendidikan secara informal di rumah. Kejayaan mewujudkan kawalan tingkah laku adalah daripada penyertaan pendidikan agama secara formal dan juga secara informal.

1.7.2 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

(31)

adalah menyokong fungsi proaktif Persatuan Ibu Bapa dan Guru di peringkat sekolah agama dalam kerjasama mereka mendidik generasi.

1.7.3 Ibu bapa pelajar

Kajian ini juga berguna kepada ibu bapa supaya mereka menyedari bahawa kerjasama daripada institusi keluarga juga turut memainkan peranan dalam pendidikan agama. Dalam membentuk tingkah laku positif anak-anak, ibu bapa tidak wajar untuk hanya berpeluk tubuh dengan menyerahkan tanggungjawab memberi pendidikan agama kepada pihak sekolah semata-mata.

1.7.4 Agensi-agensi Pembangunan Wanita dan Keluarga

Kajian ini berguna bagi agensi-agensi Pembangunan Wanita dan Keluarga agar dapat terus menyusun program dan menggunakan pendekatan positif dalam

meningkatkan lagi pembentukan institusi keluarga yang baik. Begitu juga dalam menyampaikan informasi berasaskan kajian saintifik berkaitan pendidikan secara

informal anak-anak di rumah dan kepentingan mewujudkan suasana keluarga berbudaya agama kepada masyarakat umum. Elemen mikro ini akan dapat memberikan implikasi makro kepada pembentukan masyarakat.

1.7.5 Kementerian Pelajaran Malaysia

Bagi Kementerian Pelajaran, kajian ini bermanfaat untuk cadangan

(32)

14

diselaraskan dengan program-program ke arah memperkasakan pendidikan secara informal dalam institusi keluarga.

Sebagai kesimpulannya, kajian ini akan menyumbang ke arah perkembangan dan kemantapan dalam bidang keilmuan agama. Dimana kebiasaannya hal ehwal dalam agama banyak dibuktikan melalui medium penyampaian al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias sebagai sumber utamanya. Kajian ini merupakan sokongan dalam bentuk empirikal yang berpotensi memperluaskan lagi kefahaman tentang pengaruh pendidikan Islam kepada semua pihak yang beragama Islam mahupun tidak.

Diharapkan sekolah agama menjadi tempat yang berkesan dalam membentuk keperibadian serta jati diri generasi masa depan. Begitu juga dengan pendidikan di rumah agar ibu bapa sentiasa sedar tentang inisiatif serta keprihatinan untuk turut

bertanggungjawab menyediakan pendidikan agama kepada anak.

Maklumat ini juga akan membantu pentadbiran sekolah memberi tumpuan memupuk nilai-nilai keprihatinan di kalangan ibu bapa, supaya mereka dapat

melaksanakan struktur pendidikan agama yang perlu kepada pendidikan secara formal dan informal.

Adalah diharapkan sekolah akan menjadi tempat yang berkesan untuk

(33)

1.8 Batasan kajian

1.8.1 Skop dan Lokasi Kajian

Penyelidikan ini tertumpu kepada hubungan antara pendidikan agama secara formal dan informal dengan keseimbangan kognitif yang membentuk tingkah laku positif pelajar.

Pendidikan agama yang dikaji adalah pada aspek Ibadah dan Akhlak sahaja. Aspek Ibadah terkecuali daripada jenis-jenis ibadah yang berada di luar kewajipan pelajar mengikut peringkat umur mereka seperti terkecuali daripada kewajipan berzakat dan menunaikan Haji. Aspek Akhlak pula hanya menyentuh nilai-nilai asas Akhlak yang bersesuaian bagi peringkat umur pelajar. Keseimbangan kognitif adalah pada aspek keselarasan antara pengetahuan dengan sikap berkaitan nilai-nilai Ibadah dan Akhlak. Tingkah laku positif pula adalah khusus kepada tingkah laku mengamalkan nilai ibadah dan akhlak yang diperolehi daripada pendidikan agama secara formal dan informal serta yang terbentuk daripada aspek keseimbangan kognitif yang dikaji sahaja.

Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di daerah Johor Bahru sahaja. Dengan ini, penyelidik memilih empat buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di daerah Johor Bahru untuk kajian ini. Sekolah yang dipilih adalah antara yang terbaik di Johor Bahru sebagai sekolah agama yang sempurna dari segi pentadbiran dan pelajarnya terdiri daripada anak-anak bagi golongan ibu bapa yang bekerja.

(34)

16

Selain itu, sampel yang dipilih terdedah kepada kemungkinan memberi maklumat yang palsu kerana tujuan menjaga prestij diri dan keluarga mereka. Begitu juga dalam menciptakan keseimbangan kognitif yang palsu sekiranya mereka sedar tentang aspek ketidakseimbangan kognitif yang dikaji. Persepsi pelajar terhadap pendidikan agama secara informal yang diberikan oleh ibu bapa masih boleh dipertikaikan kerana penilaian pelajar terhadap ibu bapa bergantung kepada pemikiran yang mungkin kurang matang.

Dapatan kajian ini hanya sah untuk sekolah-sekolah agama di daerah Johor Bahru sahaja dan ia tidak boleh diaplikasikan secara menyeluruh di semua sekolah-sekolah agama di seluruh daerah di negeri Johor atau di seluruh negara.

1.9 Definisi Istilah

Penyelidik menggunakan beberapa pemboleh ubah dalam mengenal pasti perhubungannya dengan tingkah laku positif pelajar di sekolah-sekolah agama daerah Johor Bahru. Berikut dijelaskan makna istilah-istilah dalam konteks penggunaannya dalam kajian ini:

1.9.1 Pendidikan Agama

Syed Muhammad Naquib (1979), menyatakan bahawa Pendidikan ialah satu proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia.

Pendidikan juga adalah proses mendidik, mengajar dan melatih (Webster’s Dictionary, 1981; dlm. Mohd Yusuf, 2004).

(35)

Secara keseluruhannya, semua takrifan menuju kepada satu hala ataupun

matlamat iaitu membina manusia dan menyediakan individu untuk mengambil bahagian dalam masyarakat serta mengekalkan budaya kumpulan (Mohd Salleh, 1998).

Pendidikan Agama di Malaysia adalah merujuk kepada Pendidikan Islam, bersempena dengan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pendidikan Islam pula adalah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam (Burlian, 1989; dlm. Mohd Yusuf, 2004).

Menurut pemikir tanahair, Abdul Halim (1993), beliau menyatakan bahawa Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf as-Soleh serta ilmuan muktabar untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul

tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat.

Menurut Husain (1979) Pendidikan Islam dijelaskan dalam petikan ungkapannya sebagaimana berikut:

“Islamic Education is an education which trains the sensibility of pupils in such manner that in their attitude to life, their actions, decisions and approach to all kinds of knowledge, they are governed by the spiritual and deeply felt ethical values of Islam.”

Dalam Jawatankuasa Pendidikan dan Masyarakat, Persidangan Dunia Pendidikan Pertama Tentang Pendidikan Islam (1977), menganggap pendidikan Islam sebagai proses sepanjang umur untuk menyediakan seseorang individu menyusun kehidupannya

(36)

18

1.9.2 Sekolah Agama Kerajaan Negeri

Negeri Johor mempunyai sistem pendidikan agama yang berkesinambungan. Iaitu merangkumi Tadika Agama Johor (TAJ), Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Sekolah Menengah Agama, dan Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (MARSAH).

Sistem pendidikan yang terlibat dalam kajian ini adalah Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Menurut Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor, Sekolah Agama Kerajaan Negeri merujuk kepada sekolah rendah agama yang melibatkan murid-murid sekolah kebangsaan mengikutinya secara tambahan sama ada pada sesi petang ataupun pagi, mengikut keselarasan sesi persekolahan kebangsaan biasa. Sebelum tahun 1965 ia dipanggil sebagai Sekolah Agama Petang.

Murid-murid sekolah agama ini terdiri daripada peringkat darjah satu hingga darjah enam yang dimulakan sejak umur tujuh tahun. Pelajar yang sudah melepasi peringkat Darjah Enam boleh melanjutkan persekolahannya ke peringkat Darjah Khas. Mereka yang melepasi peringkat sekolah ini akan diberikan Sijil Darjah Enam Agama dengan pencapaian tertinggi 9 A1.

1.9.3 Darjah Khas

(37)

Kajian ini memilih pelajar Darjah Khas sebagai responden kerana ia adalah peringkat akhir serta lanjutan bagi Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Pelajar Darjah Khas ini dianggap telah mengikuti pendidikan secara formal dengan sempurna serta

mempunyai tahap kematangan tertinggi bagi peringkat Sekolah Agama berkenaan.

1.9.4 Pendidikan Agama Secara Formal

Menurut Jawatankuasa Pendidikan dan Masyarakat, Persidangan Dunia

Pendidikan Pertama Tentang Pendidikan Islam (1977), pendidikan secara formal adalah merangkumi pendidikan di sekolah dan maktab pada pelbagai peringkat dan jenis.

Pendidikan Secara Formal merangkumi pendidikan yang diberikan di sekolah-sekolah biasa hingga ke universiti (‘International Standard Classification of Education (ISCD)’, 1970 dalam Rosa, 2001)

Disimpulkan bahawa pendidikan secara formal adalah sebagaimana petikan berikut:

“Pendidikan secara formal adalah proses melatih dan membangunkan individu dalam bidang pengetahuan, kemahiran, minda dan perwatakan tingkah laku melalui program pendidikan yang berstruktur serta diiktiraf.” (SIL International, 1999)

Dengan ini, pendidikan agama secara formal adalah sebagaimana kenyataan di atas, tetapi ianya lebih khusus kepada bidang pengajaran dan pembelajaran agama Islam sahaja.

1.9.5 Pendidikan Agama Secara Informal

(38)

20

Formal (Non-Formal) dan Informal. Pendidikan Secara Informal merangkumi pendidikan yang disampaikan dalam institusi keluarga termasuk pembelajaran sosial secara langsung.

Dengan ini, pendidikan agama secara informal adalah sebagaimana kenyataan di atas, tetapi ianya lebih khusus kepada bidang pengajaran dan pembelajaran agama Islam sahaja.

Istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah Pendidikan Secara Formal dan Pendidikan Secara Informal yang merangkumi bidang pendidikan secara formal di sekolah agama dan pendidikan secara informal dalam institusi keluarga.

1.9.6 Keseimbangan Kognitif

Kognitif merujuk kepada corak pemprosesan informasi, penggunaan pengetahuan dan perubahan terhadap pemilihan dalam pemikiran manusia. Proses kognitif boleh wujud dalam bentuk asal ataupun dengan penambahan; sedar ataupun tidak sedar. Terma kognisi ini juga digunakan secara meluas mengenai makna bagi tindakan berasaskan pengetahuan; juga turut diinterpretasikan dalam penilaian sosial dan budaya bagi

menjelaskan perkembangan pengetahuan biasa dan konsep yang akan menjadi anggapan dan tindakan (Wikipedia, 2007)

Keseimbangan merujuk kepada maksud ketekalan atau kekonsistenan

(39)

Keseimbangan Kognitif yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah aspek

‘Cognitive Congruity Theory’ yang diperkenalkan oleh Osgood dan Tannenbaum (1955). Ia digunakan bagi mengurus perubahan pendirian yang disebabkan oleh komunikasi.

Teori ini menggambarkan tentang keadaan sekiranya terdapat dua orang yang saling bercanggah, satu set informasi, ataupun suatu konsep yang perlu kepada penilaian seseorang pemerhati. Keseimbangan Kognitif dinilai melalui keseimbangan aspek keserasian kognitif. Sekiranya dua set informasi yang dinilai adalah kongruen (serasi) maka tiada masalah yang akan timbul dan pemerhati juga tidak mengalami sebarang tekanan.

Osgood dan Tannenbaum memperkenalkan Skala Pembezaan Semantik yang mempunyai tujuh skala. Skala tersebut memberi nilai kepada darjah kesukaan ataupun persetujuan daripada darjah paling buruk (-3) kepada darjah paling baik (+3).

Sebagai contoh, sikap seorang pelajar yang menganggap remeh tentang puasa pada bulan Ramadhan (-3). Sedangkan dia mempunyai pengetahuan serta bersetuju (+2) bahawa berpuasa adalah suatu kewajipan dan meninggalkannya adalah berdosa. Dia akan mengalami keadaan kognisi yang tidak seimbang atau konsisten kerana pengetahuan dan sikapnya adalah berlawanan. Hal ini akan mendorong supaya dia membuat perubahan sama ada pada pemesongan pengetahuan fakta ataupun sikapnya bagi mengurangkan percanggahan dan kembali kepada keadaan konsisten.

Oleh itu, kajian ini mengukur keseimbangan kognitif berasaskan elemen pengetahuan dengan sikap. Iaitu apakah pengetahuan yang diperolehi daripada

(40)

22

1.9.7 Tingkah Laku Positif

Tingkah laku adalah sebahagian daripada elemen sikap bagi seseorang individu. Menurut Azizi (2005), tingkah laku merupakan penampilan dan hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Dalam kajian ini, perasaan dan pemikiran yang dianggap sebagai agen penentu tingkah laku pelajar adalah hasil jangkaan daripada pendidikan agama secara formal dan informal. Pendidikan agama menyampaikan pengetahuan serta peneguhan yang dijangka membentuk sikap pelajar. Seterusnya pengetahuan dan sikap ini akan membentuk tingkah laku.

Tingkah laku positif adalah berlawanan dengan tingkah laku devian dan

delinkuen. Delinkuen didefinisikan sebagai tingkah laku yang ganjil dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima. Devian pula adalah kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial (Azizi, 2005).

Penyelidik memilih aspek tingkah laku positif berbanding tingkah laku delinkuen atau devian adalah bertujuan bagi mengurangkan jawapan pemalsuan daripada pelajar. Ini kerana instrumen dalam kajian ini berpotensi menyedarkan responden tentang kewujudan keadaan kognisi yang bercanggah (cognitive disonance), jika ianya terdapat dalam diri mereka. Merujuk definisi teori berkenaan, keadaan sedemikian akan

mendorong responden untuk mengubah maklumat diri yang menggambarkan keseimbangan kognitif palsu.

(41)

1.9.8 Jantina

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995) Jantina adalah bangsa, kelamin, seks atau jenis kelamin. Jantina merujuk kepada perbezaan individu dari segi fizikal. Ia adalah bentuk dan fungsi fizikal seseorang, manakala gender pula adalah komponen identiti yang dimiliki oleh individu (Berhanundin et al, 2005). Ia adalah perbezaan jantina yang terbahagi kepada lelaki dan perempuan.

Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang

signifikan pada keseimbangan kognitif berdasarkan jantina lelaki dan perempuan. Istilah Gender tidak digunakan kerana kajian ini hanya mengenal pasti perbezaan yang

(42)

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab ini menghuraikan mengenai teori, dapatan-dapatan dan penyelidikan lalu berkaitan pembolehubah-pembolehubah bagi kajian ini.

Ia mengandungi hasil penyelidikan mengenai Pendidikan Agama secara umum, diikuti dengan kaitannya secara khusus mengenai fungsi, pengaruh dan

elemen-elemennya dalam membentuk tingkah laku pelajar. Seterusnya ia akan dikaitkan dengan huraian daripada kajian-kajian lalu mengikut kategori Formal dan Informal dalam pendidikan agama. Seterusnya disertakan teori-teori psikologi berkaitan yang didapati turut mempengaruhi tingkah laku positif pelajar.

(43)

2.1 Pendidikan Agama

2.1.1 Matlamat Pendidikan Agama

Menurut Basheer (1977), pendidikan yang betul hendaklah menonjolkan kelakuan akhlak di samping memenuhi kehendak kebendaan dan keduniaan masyarakat.

Perseimbangan tersebut tidak dapat diwujudkan kecuali melalui keluarga, masjid, sekolah, universiti dan media yang memainkan peranan masing-masing.

Basheer berpandangan, matlamat pendidikan agama yang utama haruslah mencapai pembentukan akhlak yang baik, di samping turut menyediakan individu yang dapat memenuhi keperluan sesebuah masyarakat. Hal ini disyaratkan keberkesanannya melalui jalinan ataupun keselarian peranan pelbagai pihak yang memberikan pendidikan secara formal dan informal.

Ghulam (1977) pula berpendapat bahawa Pendidikan Islam seharusnya mendidik generasi Islam supaya memiliki semua kriteria sempurna, berperwatakan positif dan berakhlak. Pendidikan mestilah pada asasnya diarahkan kepada menanamkan semangat keyakinan diri dengan budaya yang secukupnya dalam masyarakat Islam dan syariat Islam.

(44)

26

2.1.2 Peranan Pendidikan Secara Formal

Menurut Radhashyam (1996), kurikulum, aktiviti, peraturan, displin sekolah, personaliti guru besar, personaliti guru dan persekitaran sekolah memainkan peranan menyeluruh terhadap pengaruh perkembangan moral pelajar. Kurikulum sekolah

seharusnya membantu perkembangan moral pelajar dengan memberi penekanan kepada pembentukan watak beserta dengan nilai-nilai kemanusiaan.

Kajian berkaitan hal ini, merujuk ‘Research Bulletin of NIER, Japan’ (1981):

“Kurikulum sekolah seharusnya memiliki teras sebagai pusat kepada pemenuhan objektif pembentukan watak. Cara terbaik adalah dengan membantu pelajar mencari penyempurnaan kendirinya (self-actualization), sedangkan tindakan mendorong untuk mengikuti dan memerhati juga turut membantu tetapi kurang berkesan. Penyempurnaan kendiri adalah keperluan yang kuat dalam diri manusia, tetapi dalam situasi kehidupan sosial, mental dan persekitaran moral, ia tidak selalunya kondusif sebagai pengisian terhadap keperluan tersebut. Aktiviti pendidikan perlu dibentuk berkaitan supaya setiap penglibatan mendorong pelajar mencari sendiri cara terbaik bagi pengisian atau kepuasan diri.”

Kedudukan bagi pendidikan moral adalah berbeza antara sesebuah negara dengan negara lain kerana pendidikan merupakan subjek yang sentiasa berkembang. Moraliti merupakan asas kebenaran bagi semua agama. Dengan ini, setiap pengajaran agama haruslah memberi penekanan kepada perkembangan moral pelajarnya.

Berkaitan pernyataan ini, penyelidik memandang kedudukan aspek moral iaitu akhlak berdasarkan budaya dan agama Islam di Malaysia sebagai elemen pendidikan yang sangat diberikan penekanan. Dengan ini, falsafah pendidikan agama mempunyai matlamat utama bagi membentuk tingkah laku positif pelajar.

(45)

menjadi contoh atau model sebenar dunia sosial di sekeliling kita, kerana pendidikan adalah bersifat pragmatis, praktis dan mempunyai ciri yang baik dalam maksud sosial.

Dalam hal ini, Dewey dinyatakan telah merumuskan pandangannya tentang hubungan pendidikan dengan aspek perbaikan sosial dengan berkata:

“Pendidikan ialah penyusunan ikhtiar kanak-kanak untuk berlaku kepada gerak balas sosial. Bagi menyesuaikan kegiatan individu kanak-kanak, atas pertimbangan yang lalu bahawa dia harus melibatkan diri dalam kegiatan sosial, adalah sesungguhnya cara yang paling mantap untuk kemajuan sosial.”

Berkaitan hal ini, Basheer menyatakan bahawa seseorang yang dapat menyerap pelbagai ilmu pengetahuan dan dapat membezakannya dengan jelas, pasti akan

dikurniakan dengan keperibadian jelas yang menggambarkan apa yang telah dipelajari menurut cara yang membolehkannya untuk perkembangan selanjutnya. Kaedah ini membina pemikiran pelajar dan membina dirinya dari segi budaya, serta menjadikannya diperlukan oleh masyarakat sebagai individu yang berharga. Bidang yang dipelajari dibuktikan menerusi cara ini bahawa dia mempunyai nilai sejati dan banyak kegunaannya untuk masyarakat sosial.

(46)

28

2.1.3 Peranan Pendidikan Secara Informal

Menurut kajian Radhashyam (1996), ibu bapa memainkan peranan penting selaras dengan harapan mereka terhadap pembentukan moral pelajar. Ibu bapa perlu memberikan banyak aktiviti berasaskan moral bagi mempengaruhi pembentukan tersebut. Ini

termasuklah dengan cara yang memadai dalam penyediaan kemewahan, penunaian tanggungjawab dan permodelan tingkah laku positif dalam kehidupan seharian.

Ibu bapa seharusnya mewujudkan suasana yang boleh mendorong kepada tingkah laku positif dalam keluarga seperti displin bangun awal pagi, aktiviti beribadah bersama di rumah, menyediakan makanan-makanan daripada sumber yang baik, dan menjaga hubungan kasih sayang serta persaudaraan.

Panduan moral daripada ibu bapa adalah suatu kepentingan utama dalam menaikkan semangat kecenderungan moral di kalangan pelajar. Panduan ibu bapa mengikut kesesuaian masa dan waktu adalah suatu kepentingan yang ideal dalam perkembangan moral.

Kajian berkaitan hal ini juga, merujuk ‘Research Bulletin of NIER, Japan’ (1981) dalam Radhashyam (1996):

“Pendidikan keluarga memiliki peranan asli dalam pendidikan. Perwatakannya adalah bagi membina sentimen keinginan, pendirian dan membantu; melalui aspek rutin dalam hidup yang berlaku dalam hubungan antara ibu bapa dengan anak.”

Ibu bapa tidak seharusnya terlalu memberi kebebasan, sebaliknya perlu mengawal sedikit sebanyak tingkah laku yang diharapkan daripada anak-anak. Bahkan

(47)

Institusi keluarga adalah asas bagi segala pendidikan yang kukuh bagi generasi muda. Islam mengambil berat terhadap ibu bapa yang bertindak sebagai pemberi dan pemerintah keluarga. Ini digambarkan melalui idea suci dalam Islam iaitu perkahwinan yang menganjurkan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan belas kasihan dalam keluarga. Allah swt berfirman dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan bagi orang yang berfikir.”

Allah swt juga berfirman dalam surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan dijadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.”

Jika orang Islam berjaya membimbing anak-anak mereka ke jalan yang betul, mereka akan ditingkatkan ke tahap orang yang bertaqwa. Mendidik anak merupakan satu kesyukuran dan rasa kehambaan kepada Allah, bukanlah untuk memaparkan kemegahan dalam kehidupan. Islam memberikan status yang penting bagi kaum ibu. Ini kerana jagaan ibu adalah peringkat pertama dalam membentuk sikap, kesedaran hati, akhlak dan tingkah laku sosial yang betul. Cukup jika dikatakan bahawa ibu yang terpelajar boleh mempengaruhi anak-anaknya membentuk sifat dan nilai-nilai sosial yang baik.

Islam menetapkan bahawa keluarga hendaklah dibina atas dasar keTuhanan, Allah mewahyukan bahawa wanita yang mulia dalam Islam adalah yang membawa

(48)

30

2.2 Teori Pembentukan Tingkah Laku

2.2.1 Pembelajaran Sosial, Bandura

Menurut Bandura (1977) pengukuhan adalah sangat penting dalam melakukan sejenis tingkah laku yang dipelajari daripada mengajar tingkah laku itu. Sebagai contoh, seorang pelajar yang melihat abangnya dipuji kerana rajin mengaji al-Quran

kemungkinan akan melakukan tingkah laku tersebut.

Manusia dipengaruhi oleh bukan sahaja akibat tingkah laku sendiri malah akibat

yang dialami oleh orang lain yang dilihat. Sebagai contoh, seorang pelajar akan cuba mematuhi amalan menunaikan solat Fardhu kerana melihat abangnya dipukul kerana mengabaikannya. Tingkah laku ini dipanggil sebagai akibat ‘vicarious reinforcement’ atau ‘punishment’.

Tingkah laku seseorang individu juga bukan sahaja ditentukan oleh faktor luaran malah faktor dalaman. Skema perwakilan abstrak yang dipelajari daripada tingkah laku orang lain seperti yang kita tonton atau dengar akan menjadi panduan pemikiran, perasaan, dan tingkah laku (Bandura, 1986). Seorang kanak-kanak yang melihat sikap sopan santun pada seseorang akan menghayatinya. Sebaliknya akan menunjukkan sikap biadap apabila menonton sikap berkenaan daripada idolanya.

(49)

Dalam teori ini penyelidik mendapati bahawa pelajar sekolah agama mempunyai potensi yang agak besar untuk terpengaruh melalui pembelajaran sosial yang meliputi lebih daripada skop pembelajaran agama secara formal di sekolah. Keseimbangan

kognitif dan tingkah laku positif ataupun negatif juga adalah hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran pelajar; seperti melihat sendiri sesuatu perlakuan ibu bapa, rakan sebaya atau menonton dalam media massa.

2.2.2 Humanistik, Rogers dan Maslow

Mengikut Rogers (1951) setiap organisme dilahirkan dengan kebolehan, kapasiti dan potensi dalaman. Kesempurnaan Kendiri adalah sasaran hidup bagi setiap individu sebagai memenuhi pencapaian potensi terbaik yang dimilikinya.

Setiap individu adalah baik dan mulia pada asalnya. Mereka sentiasa maju ke arah

kesempurnaan kendiri. Juga mempunyai kecenderungan untuk menyempurna, mengekal dan menambah pengalamannya. Bagaimanapun, pergerakan individu ke arah

kesempurnaan ini mungkin boleh terganggu dengan halangan berkaitan keseimbangan

dalaman bagi mencapai matlamat berkenaan.

Keseimbangan adalah keadaan aman yang wujud antara kendiri dan pengalaman seseorang. Seseorang itu boleh mengalami keadaan tidak seimbang kerana berlaku percanggahan antara kendiri yang diinginkan dengan kendiri sebenar. Ini menimbulkan ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri.

(50)

32

Menurut Rogers, manusia juga perlukan perhatian positif, iaitu keperluan untuk disayangi, disukai, dihormati, disanjungi, dan diterima oleh orang lain. Apabila menerima perhatian atau pengalaman positif, ia akan diintegrasikan dalam konsep kendirinya. Ini meyebabkan perolehan sikap positif terhadap diri dan juga terhadap orang lain

(Coopersmith,1968).

Oleh itu, seseorang pelajar perlu menerima keadaan dirinya yang sebenar dengan keluarga dan imej agama serta budaya sebagai usaha untuk mengelak timbulnya masalah dan konsep kendiri negatif. Mereka memerlukan sokongan orang lain seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan sebagainya.

Maslow (1970) pula menggambarkan keperluan diri manusia dalam susunan

Hirarki Keperluan. Tahap tertinggi yang dikehendaki adalah kesempurnaan kendiri. Jika seseorang itu berupaya mencapai tahap ini tetapi dihalang oleh masalah, seseorang itu akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidupnya.

Menurut Maslow, dalam proses pergerakan ke arah kesempurnaan ini, manusia didorong motif kekurangan dan motif pertumbuhan. Motif kekurangan mendorong untuk berusaha mendapatkan sesuatu yang asas. Manakala motif pertumbuhan mendorong mendapatkan sesuatu yang berguna dan tidak berdasarkan keperluan fisiologi.

(51)

2.2.3 Teori Trait

Manusia berbeza dalam pelbagai bidang seperti kebergantungan, kebimbangan, sikap agresif dan proses sosialisasi. Setiap individu memiliki trait masing-masing. Trait tidak dapat ditentukan tetapi dapat difahami daripada tingkah laku. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu suka bersosial dan memiliki ramai kawan, kita simpulkannya sebagai mempunyai trait sosial.

Trait personaliti dianggap sebagai trait yang stabil dalam tempoh masa panjang dan konsisten dalam situasi tertentu. Perbezaan personaliti individu adalah hasil daripada kekuatan dan campuran trait (Guilford, 1959 dlm. Patricia & Jeffrey, 1997).

Menurut Allport (1961), seseorang yang memiliki trait tertentu akan menunjukkan tingkah laku yang konsisten dalam setiap situasi. Sebab itu seorang yang agresif akan menunjukkan sikap agresif dalam situasi tertentu dari semasa ke semasa. Allport juga percaya bahawa selain menjelaskan tingkah laku yang sama antara kebanyakan individu, setiap personaliti individu mengandungi kumpulan trait.

Dengan ini, seorang pelajar yang mempunyai trait keagresifan akan berpotensi bertingkah laku negatif. Begitu juga dengan trait-trait lain yang juga mempengaruhi pembentukan tingkah laku.

2.2.4 Psikoanalitik, Freud

Freud (1959) dlm. Mischel (1986) merujuk personaliti akibat interaksi tiga bahagian yang berasingan iaitu Id, Ego, dan Superego. Ketiga-tiga unsur ini mencerminkan proses interaksi yang pelbagai dalam memotivasikan tingkah laku.

Id merupakan elemen asas, tidak teratur, diwarisi dan bertujuan untuk

(52)

34

seperti kelaparan, seks, agresif yang berasaskan kenikmatan adalah untuk meredakan ketegangan serta memaksimakan nikmat hidup.

Keinginan bebas ini dikawal oleh pertimbangan rasional dan norma-norma kehidupan. Contohnya, kita tidak boleh memuaskan keperluan seks dengan sesuka hati kecuali dengan mengikut landasan agama dan budaya masayarakat.

Elemen Ego berperanan merasionalkan kehendak Id berdasarkan prinsip realiti.

Ego mengawal keinginan naluri bagi menjaga keselamatan individu dan

mengintegrasikan status individu dalam masyarakat. Dengan ini, Ego berperanan membuat keputusan, mengawal tingkah laku dan menggunakan pertimbangan dalam memenuhi kepuasan Id. Ego dianggap sebagai kebolehan kognitif seperti kepintaran, penilaian, mencari alasan dan pembelajaran.

Superego pula dibentuk daripada norma dan nilai yang ditentukan oleh ibu bapa dan masyarakat, guru dan orang-orang signifikan dalam kehidupan seseorang. Keadaan ini membentuk personaliti seseorang untuk bertingkah laku dengan menggabungkan prinsip-prinsip moral dalam masyarakat.

Superego dibahagikan kepada Bahagian Sedar dan Ideal Ego. Bahagian Sedar

menghalang kita melakukan perkara yang bercanggah dalam masyarakat manakala Ideal Ego memotivasikan kita melakukan sesuatu yang positif.

Menurut Freud, tingkah laku dibentuk dan ditentukan oleh pengalaman yang dialami pada zaman kanak-kanak yang tidak difahami orang lain. Sebahagian daripada personaliti yang tidak diketahui adalah punca kebanyakan tingkah laku.

(53)

2.2.5 Tingkah Laku (Behaviourism), Skinner

Menurut Skinner (1984), corak tingkah laku yang membezakan antara seseorang individu dengan yang lain adalah hasil daripada pengalaman hidup. Terdapat tiga jenis tingkah laku yang mempengaruhi pembentukan tingkah laku seseorang iaitu Tingkah Laku Operan dan Tingkah Laku Akibat Pengukuhan ataupun Hukuman.

Tingkah Laku Operan adalah tingkah laku yang dikawal dan ditentukan oleh persekitaran. Ianya adalah ditentukan dan dilakukan atas kehendak seseorang individu itu sendiri sebagai tindak balas menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tingkah laku ini juga boleh dipengaruhi untuk ditingkatkan melalui penghargaan ataupun pengukuhan,

sedangkan hukuman pula boleh mengurangkan pengaruh membentuk sesebuah tingkah laku.

Pengalaman dalam melakukan sesuatu tingkah laku adalah dipengaruhi oleh aspek pengukuhan ataupun hukuman. Dengan ini, tingkah laku positif yang selaras dengan aspek pematuhan nilai-nilai agama dan akhlak juga bergantung sama ada

seseorang pelajar itu diberi pendekatan peneguhan ataupun hukuman daripada pendidikan secara formal dan informal.

2.2.6 Pendekatan Perkembangan Sosial, Erikson

Menurut Erikson (1968), perhubungan kanak-kanak dengan ibu bapa adalah penting dalam pembentukan personaliti. Ini menentukan sama ada seseorang kanak-kanak diterima dan disayangi ataupun sebaliknya. Perkara yang penting ialah keperluan dan keinginan kanak-kanak yang seimbang mengikut budaya masyarakat bagi

(54)

36

Menurut beliau, ada lapan peringkat yang dilalui dalam proses perkembangan manusia. Seseorang harus berjaya melepasi krisis bagi setiap peringkat sebelum berpindah ke peringkat seterusnya.

Peringkat yang paling penting ialah peringkat kelima iaitu peringkat menemui krisis pengertian identiti dengan kekeliruan peranan. Di sinilah identiti seseorang pelajar dibentuk hasil daripada integrasi pelbagai peranan sebagai pelajar, kakak ataupun abang, rakan dan sebagainya. Jika pelajar gagal dalam pembentukan identiti maka wujudlah kekeliruan dan kekecewaan Erikson. Pelajar tidak dapat menilai antara yang baik dan buruk lalu bertingkah laku negatif berbanding melakukan hal-hal positif.

Menurut Erikson juga, selepas baligh, remaja mengalami pengalaman transisi daripada bergantung pada ibu bapa kepada berdikari iaitu identiti diri. Mereka mula bertanya sama ada pengalaman lepas dan sekarang menyediakan mereka ke suatu era baru.

Menurut Marcia dlm Ed.(1980), pencapai identiti akan berpuas hati dengan peranan dan yakin bahawa nilai serta tingkah laku mereka direstui oleh orang lain.

(55)

2.3 Teori Ketekalan Kognitif

Salah satu daripada teori motivasi yang wujud dalam diri manusia adalah Teori Ketekalan Kognitif yang menekankan perhubungan antara pemikiran, kepercayaan dan sikap (semua aspek-aspek kognitif) dalam memotivasikan seseorang. Asas yang

terkandung dalam teori ketekalan ini adalah mengenai keadaan kognisi seseorang yang mempunyai konflik atau tidak selari dengan orang lain, diri sendiri atau keadaan. Seterusnya daripada keadaan konflik dan tidak selari tersebut, maka individu akan termotivasi untuk mengurang atau menyelesaikan konflik berkenaan.

Teori Ketekalan Kognitif ini dinyatakan dalam empat bentuk teori tersendiri daripada pelbagai aspek tertentu. Teori-teori tersebut adalah:

2.3.1 Teori Keseimbangan Heider dan Newcomb

Teori Keseimbangan (Balance Theory) (Heider, 1946; Newcomb, 1956) adalah perspektif mengenai interaksi sosial yang mencadangkan bahawa individu mempunyai persepsi tersendiri terhadap orang lain dan objek. Persepsi tersebut akan menghasilkan sama ada berkeadaan seimbang atau tidak seimbang seterusnya individu akan berusaha untuk mendapatkan ketekalan berbentuk perasaan positif atau negatif sesama mereka.

Dua unsur asas yang terlibat dalam sesebuah masalah adalah hubungan di antara ‘minda dan persekitaran’, mengenai kefahaman dan persepsi kita terhadapnya. Apabila dua unsur tersebut berkonflik, maka pada waktu itu kita tidak memperdulikan unsur lain yang mempengaruhi. Apa yang berlaku hanyalah suatu proses imbangan yang bersifat dalaman dan sangat peribadi (Boeree, 1999).

(56)

38

Perhubungan di antara seseorang individu dengan orang lain terhadap sesuatu objek (p-o-x) akan melibatkan sama ada ianya adalah hubungan positif atau negatif. Hubungan positif merujuk kepada perasaan suka atau minat sedangkan hubungan negatif merujuk kepada perasaan benci atau tidak berminat.

2.3.2 Teori Percanggahan, Festiger

Teori Percanggahan (Dissonance Theory) (Festiger, 1957) menekankan mengenai hubungan antara daya-daya kognisi seseorang individu secara dalaman. Kognisi dianggap sebagai cebisan-cebisan pengetahuan dan ianya akan berbentuk sama ada sebagai

pendirian, emosi, tingkah laku, penilaian dan sebagainya. Manusia selalunya menghadapi dua atau lebih pendirian kognisi melalui rangsangan kehidupannya. Pendirian kognisi yang pelbagai dalam satu masa berkenaan boleh bercanggah dan berlawanan antara satu sama lain.

Prinsip teori ini adalah mengenai percanggahan kognitif yang terhasil apabila seseorang individu cuba mengawal dua daya kognisi yang tidak tekal. Percanggahan kognisi ini boleh berbentuk percanggahan antara sikap dengan sikap, tingkah laku dengan tingkah laku ataupun sikap dengan tingkah laku

(57)

2.3.3 Teori Kesaksamaan Adams

Teori Kesaksamaan (Equity Theory) (Adams, 1963; 1965) adalah teori yang membandingkan keseimbangan dan kesaksamaan diri berbanding individu lain mengenai input dan output dalam sesuatu bidang tugas atau pekerjaan.

Adams menyatakan bahawa apabila seseorang individu menilai tugas atau bebanan kerjanya dengan orang lain, maka input dan outputnya adalah sangat diambil kira. Input merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pendapatan atau pulangan seseorang seperti taraf pendidikan, jawatan, bakat, masa bekerja, kesukaran, kuantiti dan sebagainya. Manakal output adalah pulangan atau tawaran seperti gaji, faedah dan pelbagai bentuk pemberian lagi.

Sebagaimana seseorang individu menilai dan mempertikaikan tentang kesaksamaan input dan output dirinya sendiri, maka begitu juga bahawa dia akan membandingkannya dengan input dan output orang lain.

2.3.4 Teori Kekongruenan, Osgood dan Tannenbaum

Teori Kekongruenan (Congruity Theory) (Osgood & Tannenbaum, 1955) menggunakan skop lebih fokus berbanding Teori Keseimbangan Heider dan Newcomb. Teori ini adalah mengenai adanya perubahan pendirian yang disebabkan oleh hubungan komunikasi. Teori ini lebih tepat dan mudah sebagai suatu ujikaji.

(58)

40

Teori memperkenalkan gred-gred tertentu untuk mengukur hubungan di antara subjek sama ada suka dengan simbol positif (+) dan tidak suka dengan simbol negatif (-). Setiap yang positif atau negatif mempunyai tahap-tahap ukurannya lagi.

Ukuran pendirian adalah menggunakan perbandingan simentik iaitu sebagai alat ukuran psikometrik yang Teknik pengukuran yang diperkenalkan oleh Osgood, Suci dan Tannenbaum (1957). Perbandingan simentik berkenaan mempunyai tujuh 7 skala

sebagaimana yang digambarkan seperti berikut:

Buruk Baik

+3 +2 +1 0 -1 -2 -3

Rajah 2.1: Dimensi Penilaian Bagi Perbandingan Simentik

Pemerhati akan diberikan senarai nama-nama orang dan topik-topik tertentu. Kemudian menggredkan orang terpilih dan juga menggredkan topik terpilih. Gred bagi angka positif menggambarkan bahawa penilaian subjek adalah baik terhadap orang atau topik terpilih.

Contohnya seperti seorang pelajar mempunyai banyak pengetahuan mengenai kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa dan menggredkannya pada gred +3. Sedangkan dia bersikap kurang bersetuju apabila dikatakan perlu mematuhi arahan ibu bapa dan menggredkannya kepada –2. Jarak yang jauh di antara gred +3 dengan –2 menunjukkan bahawa terdapat situasi tidak kongruen di antara dua penilaian tersebut.

(59)

Buruk Baik

+3 +2 +1 0 -1 -2 -3

Rajah 2.2: Gambaran Jarak Keadaan Tidak Kongruen

Berdasarkan gambaran pada rajah 2.2, didapati pengetahuan menghormati ibu bapa terletak pada skala +3 dan sikap kurang setuju untuk mematuhi arahan terletak di skala -2. Jarak jauh di antara keduanya menggambarkan keadaan tidak kongruen

Buruk Baik

+3 +2 +1 0 -1 -2 -3

Rajah 2.3: Gambaran Jarak Keadaan Yang Kongruen

Berdasarkan gambaran pada rajah 2.3, didapati pengetahuan menghormati ibu bapa terletak pada skala +3 dan sikap bersetuju untuk mematuhi arahan terletak di skala +1. Jarak dekat antara keduanya menggambarkan keadaan yang kongruen

Teori Ketekalan Kognitif mempunyai peranan yang sangat luas dalam aspek perhubungan individu dengan individu lain dan objek persekitaran. Semuanya

(60)

42

2.4 Model Kajian

2.4.1 Kerangka Teori

Berdasarkan teori-teori lalu, penyelidik mendapati bahawa tingkah laku positif adalah terbentuk daripada pendidikan agama. Pendidikan agama pada asalnya adalah bertujuan membentuk tingkah laku melalui didikan secara formal dan informal. Menurut sumber-sumber Islam, pendidikan secara formal dan informal kedua-duanya adalah penting. Maka, pembentukan sahsiah dengan pendidikan agama dibentuk melalui pencapaian matlamat pendidikan Islam, peranan institusi keluarga, peniruan dan indoktrinasi.

Seterusnya, terdapat juga pengaruh-pengaruh lain berdasarkan teori psikologi yang membentuk tingkah laku individu. Pengukuhan, akibat tingkah laku dan bermain peranan sebagai elemen permodelan pembentukan tingkah laku. Selain itu, konsep kendiri menerangkan tentang matlamat kesempurnaan kendiri yang dikejar oleh setiap individu. Dengan itu, konsep kendiri sebenar dan ideal perlulah jelas sebagai seorang Islam untuk membentuk personaliti positif berasaskan agama.

Teori Trait menyatakan wujudnya pengaruh tingkah laku daripada sifat-sifat semulajadi seseorang. Tingkah laku didorong oleh unsur Id dan dikawal oleh Ego dan Superego. Pengalaman hidup sama ada melalui pengaruh persekitaran, akibat

pengukuhan dan akibat hukuman mencorakkan tingkah laku seseorang.

(61)

Dalam skop motivasi tingkah laku pula, penyelidik mendapati aspek kognitif sebagai salah satu dorongan yang membentuk tingkah laku manusia. Berdasarkan pandangan-pandangan mengenai pendidikan agama, pengetahuan adalah penting dalam membentuk tingkah laku. Sikap pula perlu melalui pembelajaran dan peneguhan supaya ianya kongruen dengan pengetahuan yang diperolehi.

Penyelidik memandang aspek kognitif berperanan penting sebagai salah satu asas tingkah laku positif pelajar. Ini kerana pengetahuan agama dan peneguhan sikap adalah kandungan kepada pendidikan agama formal dan informal.

(62)

44

Dengan ini, rajah kerangka teori yang dibina adalah seperti berikut:

Jantina Pelajar

Tingkah Laku Positif Pendidikan Agama

Secara Formal dan Informal

TEORI KEKONGRUENAN, OSGOOD & TANNENBAUM

Rajah 2.4: Kerangka Teori

(63)

2.4.2 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka kajian ini didasarkan kepada Teori Kekongruenan Osgood dan Tannenbaum (1955) sebagai kerangka kepada aspek keseimbangan kognitif pelajar.

Bagi menghasilkan kerangka konseptual kajian ini, penyelidik membahagikan pendidikan agama kepada Pendidikan Secara Formal dan Pendidikan Secara Informal yang dihubungkan dengan Keseimbangan Kognitif. Seterusnya Keseimbangan Kognitif dihubungkan dengan Tingkah Laku Positif.

(64)

46

Keseimbangan Kognitif PENDIDIKAN AGAMA

Jantina Pelajar

Pendidikan Agama Secara Informal Pendidikan Agama Secara Formal

Tingkah Laku Positif

Membantu ke arah mencapai matlamat pendidikan Islam:

Melahirkan generasi muslim, mukmin, yang terpelajar, terdidik, intelektual dan bertakwa yang mempunyai kesedaran diri sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi Allah melalui proses pendidikan rohani, emosi, intelek, jasmani dan amali yang bersepadu dan seimbang sehingga tercapai hasanah di dunia dan di

akhirat (Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor, 2005)

(65)

2.5 Kajian-kajian Lepas

2.5.1 Kajian Pendidikan Agama Secara Formal

Nik Azis (1988) menyatakan dalam kajiannya mengenai pengalihan tumpuan ‘pengajaran dan pembelajaran’ daripada perspektif berasaskan hafalan kepada perspektif binaan. Perspektif binaan ini dikatakan berupaya membentuk generasi muda yang benar-benar menghayati pendidikan Islam agar ianya dapat diamalkan dengan kerelaan.

Pendidikan formal berasaskan hafalan ini akan mendorong pelajar ke arah pengamalan agama secara ‘Taqlid’ (ikut-ikutan). Pengamalan ini adalah buruk sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Jauzy yang bermaksud:

“Ketahuilah orang yang bertaqlid itu tidak mempunyai kepercayaan yang teguh pada apa yang ditaqlidkan, dan taqlid itu merosakkan kemanfaatan kerana ia mengenepikan penggunaan intelek (aktiviti refleksi dan pengabstrakan) sedangkan intelek itu dicipta untuk berfikir dan menganalisa. Dan amat bodoh lagi keji pada orang yang diberi lilin tetapi dia memadamkannya dan berjalan dalam kegelapan.”

Dalam konteks ini, pendidikan agama formal dianggap sebagai satu usaha yang boleh membentuk pengamalan agama secara menyeluruh. Namun kepincangan yang berkemungkinan berlaku adalah disebabkan oleh pendekatan penyampaian pendidikan secara hafalan. Ini akan menjejaskan penghayatan pada pendidikan agama, contohnya pelajar sekolah agama yang cemerlang dalam pencapaian akademik tetapi tidak menghayati pendidikan tersebut di peringkat pengamalan.

Pandangan ini berkaitan bahawa pendidikan agama secara formal berupaya membentuk tingkah laku positif dengan syarat proses ‘pengajaran dan pembelajaran’nya dilaksanakan berasaskan perspektif binaan, bukan perspektif hafalan yang akan

Referensi

Dokumen terkait

diperoleh kesimpulan yaitu ;.. Karyawan yang bekerja selama ini selalu berada dibawah target yang telah ditetapkan perusahaan, sehingga karyawan harus dapat bekerja secara

Beberapa penelitian menunjukkan hasil yang serupa, diantaranya adalah penelitian yang dilakukan pada pasien usia 25-60 tahun di Rumah Sakit Bhayangkara, Porong,

Setelah mempelajari permasalahan yang ada dan telah diuraikan sebelumnya, serta dengan melakukan penelitian pada proses perekrutan dan penempatan karyawan baru di PT. BFI

Disisi lain Clara Ika Sari Budhayanti,dkk (2008) menyebut bahwa formulasi model merupakan penterjemahan dari masalah ke dalam persamaan atau pertidaksamaan matematik

Telah dilakukan penelitian elusidasi struktur kimia senyawa fenol-2-(1-metiletoksi)- metilkarbamat, yang bersifat bioaktif (LC 50 = 3,57 ppm) pengendali serangga ulat

Ekonomi mikro konvensional didasarkan pada perilaku individu yang terjadi di setiap unit ekonomi yang ditandai oleh tidak adanya batasan syari’ah. Perilaku individu tersebut

Prioritas penilaian PISA 2012 dalam literasi sains tertuju pada beberapa aspek kompetensi sains, yaitu: mengidentifikasi isu ilmiah, menjelaskan fenomena ilmiah

Musim tentu tidak bisa diperkirakan oleh manusia, sehingga saat kemarau datang dengan masa yang amat panjang adalah hal yang sangat wajar.. Akan tetapi, hal tersebut