• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keselarian Pendidikan Agama Secara Formal dan Secara informal

Dalam dokumen Hubungan antara pendidikan agama keseimb (Halaman 69-73)

Rajah 2.3: Gambaran Jarak Keadaan Yang Kongruen

2.5 Kajian-kajian Lepas

2.5.3 Keselarian Pendidikan Agama Secara Formal dan Secara informal

Mohd Kamal (1988) menyatakan kepentingan pendidikan secara formal iaitu bagi menekankan pengajaran beserta penghayatan ibadah kepada pelajar bagi memenuhi tujuan pendidikan agama iaitu membentuk akhlak yang mulia.

Di samping itu, organisasi Islam selain sekolah yang merupakan pendidikan tidak secara formal juga dikatakan dapat membantu pengukuhan dan penghayatan akhlak mulia yang lebih mendalam dan meluas dalam masyarakat.

Kajian juga menyatakan tentang beberapa faktor yang boleh melemahkan peranan akhlak dalam pendidikan. Ini termasuk pendidikan secara formal, non formal dan

informal. Pendidikan tersebut merangkumi peranan ibu bapa, pemimpin, dasar pembangunan, amalan ekonomi, dasar pendidikan berorientasikan kecemerlangan akademik, sikap pendidik dan media massa sebagai penyebar budaya.

Latefah (2001) melalui kajian Hermenuetik dan Etnografi menghasilkan kesimpulan teori al-Ghazali, bahawa pendidikan Islam amat mementingkan hubungan rapat antara guru dengan murid dan juga ibu bapa dengan anak-anak. Ini menunjukkan pentingnya kedua-dua aspek pendidikan secara formal dan informal melalui penekanan hubungan antara pengajar dengan pelajar.

Kajian ini mendapati al-Ghazali sangat menitikberatkan kurikulum pendidikan agama secara formal dan informal. Kurikulum tersebut menyatakan bahawa pelajar sebenarnya memulakan proses pembelajarannya di rumah daripada ibu bapa dan saudara yang lebih tua. Meskipun mereka mengikuti pendidikan secara formal di sekolah, namun ibu bapa perlu menyusuli secara aktif untuk turut terlibat mendidik mereka di rumah. Golongan wanita juga dinyatakan sebagai golongan berperanan besar dalam mendidik anak-anak.

52

Dinyatakan bahawa matlamat praktikal bagi pendidikan keluarga ialah untuk memotivasi dan membantu anak-anak mengikuti cara hidup Islam secara dalaman dan luaran. Pendidikan agama akan sempurna melalui peranan setiap ahli dalam keluarga. Bapa berperanan sebagai pendidik keluarga secara menyeluruh. Manakala ibu pula berperanan sebagai pendidik anak-anak secara khusus.

Kajian Rosa (2001), mendapati bahawa fungsi pendidikan secara informal bukanlah sekadar sebagai pelengkap kepada fungsi pendidikan secara formal. Tetapi pendidikan secara formal dan informal adalah pelengkap antara satu sama lain, melalui kehidupan sebagai individu yang menjalani pendidikan secara holistik.

Jawatankuasa Pendidikan dan Masyarakat bagi Persidangan Dunia Pertama Tentang Pendidikan Islam (1977) mendapati, sekurang-kurangnya pada peringkat umur rendah dan kemungkinan di sepanjang usia individu, pengaruh institusi sosial yang memberikan pendidikan secara informal lebih meresap dan mendalam berbanding pengaruh institusi pendidikan secara formal.

Sekiranya sekolah mengajarkan nilai-nilai penting secara berkesan, kemudian tidak mendapat keselarian dengan institusi sosial seperti keluarga, jiran tetangga dan media massa, maka pembangunan pelajar hanya akan menjadi kacau bilau. Tingkah laku dan prestasi institusi sosial ini hendaklah diperbetulkan dengan sempurna supaya

persekitaran yang diberikan lebih menyokong dalam matlamat dan fungsi institusi pendidikan.

Jawatankuasa mendapati bahawa keluarga adalah institusi paling penting yang boleh memberikan sumbangan asas kepada pembangunan fizikal, intelektual, sosial, emosi, rohani dan akhlak kanak-kanak. Dengan ini, jawatankuasa telah mencadangkan agenda pemantapan terhadap pendidikan wanita berlandaskan Islam dengan memberikan penekanan kepada kurikulum pendidikan umum berkaitan nilai-nilai Islam dan larangan yang ada hubungannya dengan kehidupan keluarga.

Menurut Hasan (1979), pendidikan dalam erti katanya yang luas bermakna

mengubah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat. Dengan ini, ia adalah melalui pelbagai proses pemindahan budaya iaitu secara

pengajaran, latihan dan indoktrinasi.

Beliau juga menyingkap tentang amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw dalam proses perubahan sikap ialah dengan mengajarkannya kepada orang terdekat terlebih dahulu. Orang terdekat adalah isteri baginda, kaum kerabat dan handai taulan. Sebagaimana firman Allah dalam surah as-Syuara’ ayat 214 yang bermaksud:

“Ajarlah keluarga mu yang terdekat.”

Di sini, dilihat peranan keluarga sebagai salah satu lembaga sosial, dalam mengadakan perubahan masyarakat. Rasulullah telah menggunakan keluarga ini selama 13 tahun sebagai agen perubahan dalam masyarakatnya.

Rousseau (1762) dalam Hasan (1979), menyatakan pentingnya zaman kanak- kanak semasa keperibadian mereka terbentuk. Pengaruhnya amat besar terhadap kehidupan remaja, dewasa dan tua untuk seterusnya. Sebab itulah kanak-kanak pada asalnya diciptakan berpotensi untuk menerima sama ada yang baik dan juga yang buruk. Hanya ibu bapanya yang mencenderungkan kepada salah satu daripadanya.

Kenyataan tersebut menyerupai hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

“Seorang anak itu dilahirkan dengan fitrahnya. Hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, ataupun Yahudi, atapun Nasrani.”

Pendidikan Islam itu bermula melalui proses peniruan dan indoktrinasi. Kanak- kanak memerhatikan apa yang berlaku dalam persekitarannya. Jika ibu bapa membaca al- Quran, mendirikan solat, berpuasa dan selainnya dalam mengamalkan agama, semuanya itu memberi kesan kepada akalnya. Seterusnya tingkah laku mereka akan terpengaruh.

54

Selepas itu, sekiranya proses permodelan kurang berkesan maka Islam memerintahkan pendidikan itu dijalankan melalui dorongan. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

“Perintahkanlah anak-anakmu bersolat jika mereka baru berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka sekiranya mereka sudah berumur sepuluh tahun.”

Ini menunjukkan Islam menganjurkan pendidikan generasi muda melalui proses indoktrinasi yang banyak melibatkan institusi keluarga sebagai agen utamanya.

Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam pendidikan keluarga. Seterusnya pendidikan keluarga adalah suatu agen penting dalam pembinaan masyarakat. Keluarga dilihat daripada segala sudut, fungsi, peranan, kekuasaan dan mekanisme yang dimiliki untuk memelihara kelanjutan hidup dan menghindari kehancuran. Pendidikan Islam yang diterapkan kepada anak-anak adalah hasil daripada pengaruh sosialisasi dalam keluarga yang merangkumi pemerhatian sikap dan tingkah laku ibu bapa.

Mengenai pendidikan di sekolah pula, beliau menyatakan bahawa seharusnya di sekolah-sekolah perlu lengkap dengan surau atau masjid supaya pendidikan Islam dapat dijalankan secara amali serta penghayatan. Sekiranya pendidikan hanya dijalankan mengikut kurikulum secara teori semata-mata, maka nilai pendidikan Islam yang diterapkan hanyalah sedikit kesannya terhadap kanak-kanak.

Dengan ini, didapati bahawa pendidikan agama secara formal dan infomal memerlukan keselarian bagi membentuk tingkah laku positif pelajar.

2.5.4 Keseimbangan Kognitif

Kajian yang pernah dibuat oleh Rosario et al (2006) mengenai keseimbangan kognitif adalah berkaitan perkembangan identiti di kalangan remaja lesbian, gay dan biseksual. Kajian berkenaan menyatakan bahawa tingkah laku seksual tersebut adalah hasil daripada ketidakseimbangan atau ketidakkongruenan antara komponen kognitif, afektif dan tingkah laku seseorang.

Ini dikaitkan dengan teori psikologi yang menekankan bahawa individu menuju ke arah keseimbangan kognitif, afektif dan tingkah laku bagi mengelakkan tekanan psikologi. Berdasarkan kajian ini, penyelidik mendapati aspek keseimbangan kognitif yang tidak seimbang mendorong kepada ketidakselesaan aspek psikologi dan membentuk tingkah laku negatif secara umum.

Dalam dokumen Hubungan antara pendidikan agama keseimb (Halaman 69-73)

Dokumen terkait