FAKULTI PENDIDIKAN
FACULTY OF EDUCATION
GGGB6012
PENULISAN AKADEMIK 1
Prof. Datin Dr. Jauriah @ Juriah Long
Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod
Dr. Jamaludin Hj Badusah
Dr. Yahya Othman
SEMESTER II
–
SESI 2012/2013
Analisis Jurnal Berdasarkan
Kriteria Penulisan Akademik
NAMA PELAJAR :
MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI
(P69060)
Jurusan : Sarjana Pendidikan Bahasa Arab
KANDUNGAN
m/s
1. Pendahuluan 2
2. Tajuk Jurnal Pilihan 2
3. Analisis Jurnal 1 3
4. Analisis Jurnal 2 7
5. Kesimpulan 10
PENDAHULUAN
Menurut Nor Raudah Hj. Siren (2009), penulisan akademik merupakan satu teknik
penulisan ilmiah yang formal dan berfokus. Bentuk dan gaya bahasa penulisan
akademik juga haruslah menepati garis panduan yang telah ditetapkan samada oleh
sesebuah organisasi mahupun garis panduan penulisan am. Ini menyamai dengan apa
yang telah disampaikan oleh Prof. Datin Jauriah @ Juriah Long (2013) dalam
penyampaian tutornya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga turut
menggariskan bahawa penulisan am mestilah bersifat objektif, jujur dan tepat. Selain
itu, setiap ayatnya mestilah menggunakan laras bahasa ilmiah dan dibuat
berlandaskan metodologi saintifik. Contoh penulisan akademik atau ilmiah boleh
dikategorikan sebagai memenuhi tugas-tugas akademik seperti laporan penelitian atau
analisis, penulisan makalah untuk diskusi, seminar mahupun simposium, justeru
tugasan-tugasan kuliah juga tergolong dalam penulisan akademik berfokus dan
bersistematik.
Penulisan ini bertajuk “Analisis Jurnal Berdasarkan Kriteria Penulisan Akademik” merupakan tugasan yang telah diberikan kepada pelajar sarjana Fakulti Pendidikan
UKM yang mengambil Kursus Penulisan Akademik bagi semester kedua sesi
2012/2013. Tugasan ini bertujuan untuk pelajar/pengkaji melihat dan menganalisis 2
jurnal pilihan yang diterbitkan dalam tahun 2013. Pengkaji diminta untuk melihat,
meneliti dan menganalisis aspek-aspek penulisan akademik yang dipersembahkan
dalam 2 jurnal pilihan tersebut. Pandangan, kritikan dan rumusan perlu dinyatakan
dengan jelas agar tugasan ini menjadi lengkap dan mencerminkan tahap pemahaman
pengkaji terhadap penulisan akademik. Dengan terhasilnya tugasan ini, sudah pasti ia
memberi satu pengalaman dan pengetahuan untuk amalan yang berterusan kepada
pengkaji. Hasilnya diterjemah dalam fasa tindakan yang dilakukan untuk diaplikasi
TAJUK JURNAL PILIHAN
Berdasarkan tugasan untuk memilih 2 jurnal terkini yang diterbitkan dalam tahun
2013 untuk diteliti dan dianalisis, pengkaji telah memilih 2 jurnal yang bersesuaian
dengan pengkhususan dan jurusan pengkaji iaitu Sarjana Pendidikan Bahasa Arab di
Fakulti Pendidikan. 2 Jurnal tersebut adalah:
1. “Sikap dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF” yang dihasilkan oleh Ismail Muhammad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad dan
Azman Che Mat (2013). Jurnal 16 halaman ini diterbitkan pada bulan Mei 2013
dalam Gema Online, Journal of Language Studies, edisi ke-13.
2. “Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Jurulatih
Debat” hasil penulisan Rosni Samah, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Shaferul Hafes
Sha’ari dan Amizan Helmi Mohamad (2013). Penulisan 17 halaman ini juga diterbitkan pada bulan Mei 2013 dalam Gema Online, Journal of Language
Studies, edisi ke-13.
ANALISIS JURNAL 1
1. Tajuk Kajian/Jurnal
Penulis telah memilih untuk menulis tajuk yang ringkas tetapi tidak begitu jelas
menerangkan maksudnya. “Sikap dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF” menunjukkan bahawa kajian ini merupakan satu laporan (realiti) dan kajian perbandingan di antara sikap dan realiti. Namun penulis tidak
menyatakan secara terus tujuan kajian dijalankan dalam tajuk penulisannya. Pembaca
perlu membaca tajuk beberapa kali sebelum dapat memahaminya secara umum dan
mengandaikan maksud yang tersirat di dalamnya.
Tajuk kajian ini berkisar tentang mata pelajaran bahasa Arab Program j-QAF yang
dilaksanakan di sekolah kebangsaan. Fokusnya adalah murid-murid yang mengambil
mata pelajaran tersebut di sekolah. Pengkaji mengandaikan bahawa tajuk ini boleh
Maka sudah tentu kajian ini akan menarik lebih ramai pembaca dari kalangan
guru-guru bahasa Arab j-QAF sebagai pelaksananya di sekolah mahupun penggubal
program dan kurikulum mata pelajaran tersebut di Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) atau sesiapa sahaja yang berkepentingan terhadapnya.
2. Abstrak
Secara umum abstrak yang ditulis oleh penulis adalah jelas menerangkan latar
belakang kajian, objektif, dapatan dan kesimpulan kajian yang telah dijalankan oleh
penulis. Namun begitu, dalam ayat pertama abstrak yang ditulis oleh penulis, pengkaji
telah mendapati bahawa abstrak dan mungkin beberapa bahagian dalam kajian ini
tidak merujuk kepada sumber yang tepat. Ayat pertama abstrak yang ditulis,
“Pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah telah diwajibkan melalui
program j-QAF” adalah bercanggah dengan pengetahuan yang ada pada pengkaji sebagai penggubal kurikulum bahasa Arab di Bahagian Pembangunan Kurikulum
KPM. Perkataan “diwajibkan” tidak pernah disebut atau dinyatakan dalam mana -mana surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran KPM sejak mula-mula pelaksanaan
mata pelajaran bahasa Arab tersebut di sekolah kebangsaan pada tahun 1998. Status
pelaksanaan bagi mata pelajaran ini sejak sebelum pelaksanaan j-QAF pada tahun
1998, diikuti dengan pelaksanaan program tersebut yang melibatkan mata pelajaran
ini pada tahun 2004 sehinggalah pelaksanaannya sebagai Modul Elektif dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan pada tahun
2011, statusnya tidak pernah berubah iaitu sebagai mata pelajaran pilihan atau
tambahan. Ini dapat dibuktikan melalui 3 surat pekeliling ikhtisas (SPI) dan 1 surat
siaran KPM yang telah dikeluarkan sepertimana berikut;
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1998: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Arab di Sekolah Kebangsaan bertarikh 2 Mei 1998 (Kementerian Pelajaran
Malaysia 1998).
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa
Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK) bertarikh 1 Oktober 2002
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2002).
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah
4. Surat siaran Panduan Melaksanakan Modul Elektif di Semua Sekolah
Kebangsaan (SK) bertarikh 3 Januari 2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia
2011).
3. Pengenalan
Penulisan berkaitan pengenalan atau pendahuluan kajian ini dihuraikan dalam 6
perenggan dengan 5 isi utama. Satu isi dihuraikan dengan baik bersama rujukan yang
mantap dan jelas dalam setiap perenggan. Perenggan yang ke-6 pula penulis telah
membuat kesimpulan dari kelima-lima isi sebelumnya sebagai menyatakan objektif
kajian tersebut dijalankan.
4. Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini berkisar tentang motivasi yang ditakrifkan sebagai keinginan
murid untuk mempelajari bahasa Arab. Ianya ditulis dalam sorotan kajian literatur
yang telah dijalankan oleh penulis. Pembaca harus meneliti perenggan demi
perenggan untuk mendapatkan persoalan kajian sebenar yang ingin dinyatakan oleh
penulis.
5. Pernyataan Masalah
Penulis juga tidak menyatakan masalah kajian secara jelas dalam penulisannya.
Namun apabila pengkaji menyudahi pembacaan sorotan literatur penulis, di situ
terdapat masalah-masalah yang cuba ditimbulkan oleh penulis dalam kajiannya ini.
Penyataan masalah kajian ini ditulis bagi menjawab dan menghuraikan bagaimana
objektif pembelajaran bahasa Arab dapat dicapai melalui teknik-teknik yang
dinyatakan dalam kajian lepas.
6. Metodologi Kajian
Metodologi kajian ini ditulis secara jelas dalam tajuk yang nyata beserta beberapa
tajuk komponen metodologi yang berkaitan seperti responden kajian, instrumen yang
digunakan dan cara penulis menganalisis dapatan kajian atau kerangka konseptual
kajian. Penulisan begini memudahkan pembaca untuk terus mengenalpasti reka
7. Dapatan Kajian
Oleh kerana kajian ini merupakan kajian kuantitatif, maka dapatan kajian ini ditulis
dalam bentuk nombor, perpuluhan dan peratus. Ianya dijelaskan dalam beberapa
jadual skor berdasarkan instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini. Setiap
jadual tersebut dihurai dengan ringkas tetapi jelas menerangkan maksudnya. Namun
penulis tidak membuat kesimpulan secara umum terhadap dapatan kajiannya.
Pengkaji berpendapat kemungkin ianya akan dihurai secara jelas dalam tajuk
perbincangan dan kesimpulan.
8. Perbincangan dan Kesimpulan
Seperti yang dijangka oleh pengkaji, penulis telah membuat kesimpulan dapatan
kajiannya dalam tajuk perbincangan yang menyusuli dapatan kajian sebelumnya.
Pengkaji mendapati penulis telah berjaya merumus dapatan kajiannya dengan
mengaitkan data dapatan kajiannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhi dapatan
kajian tersebut.
Penulis telah menulis tajuk kesimpulan dengan 2 perenggan yang sederhana. Namun
begitu rumusan keseluruhan kajian hanya ditulis dalam 1 perenggan sahaja. Manakala
perenggan terakhir menceritakan andaian implikasi kajiannya kepada pendidikan
bahasa Arab.
9. Cadangan
Penulis telah menulis cadangan beliau terhadap kajian akan datang dalam
penulisannya di bawah tajuk kesimpulan. Namun penulisannya agak ringkas dan tidak
jelas cadangan yang dikemukakan. Sepatutnya penulis menulis cadangannya dengan
baik dalam satu perenggan lain agar ianya dapat difahami dan dilaksanakan dalam
kajian yang akan datang.
10. Rujukan
Hampir kesemua rujukan yang digunakan oleh penulis dalam kajian ini merupakan
rujukan baru yang dihasilkan sekitar tahun 2000 hingga tahun 2012. Hanya terdapat
beberapa rujukan sahaja yang menggunakan rujukan lama atau rujukan asal iaitu yang
digunakan oleh penulis adalah 37 buah rujukan yang berupa buku-buku dan
jurnal-jurnal yang berkaitan. Ianya ditulis dengan format penulisan yang konsisten dalam
semua aspek seperti nama pengarang, tahun penulisan, tajuk, tempat dan syarikat
penerbitan. Rujukan-rujukannya disusun secara abjad dengan format yang betul dan
kemas.
Rumusan Analisis Jurnal 1
Secara keseluruhan penulisan dalam jurnal ini adalah baik dan meliputi aspek dan
ciri-ciri penulisan akademik yang sempurna. Penyusunan ayat dan perenggan yang
teratur dan betul menjadikan pembaca mudah memahami maksud yang ingin
disampaikan. Kekuatan jurnal ini adalah pemilihan tajuk yang segar dan menepati
kehendak semasa kerana kekurangan kajian sedia ada berkenaannya. Huraian dapatan
kajian dikupas satu persatu dalam perenggan yang tersusun dan kemas dengan gaya
bahasa yang mudah untuk difahami agar pembaca dapat menentukan jawapan bagi
setiap persoalan kajian dan objektif yang telah ditentukan. Manakala kelemahan
kajian ini pula adalah terdapat maklumat yang tidak tepat telah dinyatakan dalam
penulisan abstrak. Ini mungkin disebabkan penulis tidak mendapat rujukan yang sahih
ketika penulisan ini dibuat. Pengkaji berpendapat keadaan ini akan memberi implikasi
negatif kepada pembaca apabila menjadikan penulisan jurnal ini sebagai rujukan
mereka dalam kajian-kajian yang akan datang dan meletakkan kepercayaan
sepenuhnya pada penulisan ini.
ANALISIS JURNAL 2
1. Tajuk Kajian/Jurnal
Tajuk kajian ditulis dalam bentuk yang sederhana panjang namun jelas dan mungkin
boleh difahami dalam sekali pembacaan sahaja. Fokus kajian ini boleh diketahui
dengan memahami tajuk yang dipilih iaitu guru bahasa Arab atau lebih tepat jurulatih
debat bahasa Arab. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kesalahan di mana penulis
menggunakan huruf besar pada awal kata hubung ‘Dalam’ yang sepatutnya ditulis
dengan huruf kecil. Cara penulisan tajuk yang betul bagi tajuk kajian ini adalah
2. Abstrak
Penulisan abstrak oleh penulis dalam kajian ini agak panjang yang merangkumi aspek
pendahuluan, tujuan dan objektif, reka bentuk kajian dan cadangan kepada pembaca.
Pengkaji berpendapat seharusnya dapatan kajian tidak perlu di tulis terlalu detil dan
panjang di dalam penulisan abstrak bagi memberi peluang pembaca meneliti dapatan
tersebut di dalam tajuk Dapatan Kajian di dalamnya.
3. Pengenalan
Pengkaji berpendapat bahawa penulisan di bawah tajuk pendahuluan bagi jurnal ini
tidak menjelaskan pengenalan tajuk kajian yang telah dijalankan oleh penulis. Latar
belakang yang dijelaskan tidak membawa pembaca kepada memahami situasi sebenar
melainkan permasalahan yang timbul sehingga membawa kepada tujuan objektif dan
tujuan kajian ini dijalankan. Seharusnya kenyataan ini dijelaskan secara terperinci
dalam tajuk atau perenggan persoalan kajian yang boleh memahamkan pembaca
secara teratur dan tersusun, bukannya diceritakan dari awal perenggan di bawah tajuk
ini.
4. Persoalan Kajian
Selain kenyataan berkenaan persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam tajuk
Pengenalan kajian ini, penulis juga ada menulis persoalan kajian secara khusus
dibawah tajuknya sendiri. Persoalan kajian ini telah ditulis secara mudah dan jelas
berdasarkan objektif yang telah dinyatakan sebelum darinya. Pengkaji berpendapat
bahawa penulisan dengan cara ini tidak membawa penjelajahan pembaca secara
kreatif untuk pergi lebih jauh dari objektif dan persoalan yang dinyatakan.
5. Pernyataan Masalah
Pengkaji berpendapat bahawa penulisan yang buat oleh penulis dalam menyatakan
pernyataan masalah tidak membawa kepada objektif dan tujuan kajian ini dijalankan.
Ianya lebih bersifat sorotan kajian lepas oleh penyelidik-penyelidik terdahulu dan
penulis hanya memetik masalah-masalah yang difokuskan dalam kajian-kajian
Pengkaji juga melihat penulis ada mewujudkan tajuk Kajian Lepas dalam
penulisannya yang boleh digabungkan dengan penulisan pernyataan masalah ini.
6. Metodologi Kajian
Sebelum penulis menghurai reka bentuk dan konseptual kajian yang telah dijalankan,
penulis secara ringkas telah memberi keterangan terhadap maksud konsep kajian yang
telah dijalankan secara umum. Ini memudahkan pembaca untuk lebih memahami
pelaksanaan kajian yang dijalankan bermula dari pemilihan kaedah kajian, merintis,
mengesahkan dan melaksanakan sehingga selesai. Namun penulis tidak menyatakan
bagaimana proses pengumpulan dan pemprosesan data dibuat untuk mendapatkan
dapatan kajian secara total.
7. Dapatan Kajian
Secara jelas penulis telah menyatakan dapatan kajian dengan tersusun mengikut fokus
kajiannya. 3 tajuk kecil berdasarkan fokus telah dinyatakan bagi memberi kefahaman
yang mudah kepada pembaca. Selain penggunaan reka bentuk jadual bagi menyatakan
dapatan kajian, keterangan yang ringkas tetapi jelas sangat membantu pembaca
memahaminya dengan baik.
8. Perbincangan dan Kesimpulan
Tajuk Perbincangan telah ditulis dalam perenggan yang banyak mengikut aspek yang
telah dinyatakan dalam dapatan kajian. Setiap aspek dikupas dengan begitu terperinci.
Namun bagi pengkaji, perbincangan yang cuba diketengahkan oleh penulis tidak
membawa kepada persoalan baru yang boleh ditimbulkan selain ianya lebih mirip
kepada rumusan atau kesimpulan dari dapatan kajian.
Kesimpulan kajian pula dirumus dengan begitu panjang lebar seolah mengulang
semula apa yang telah dinyatakan dalam perenggan dan tajuk sebelumnya. Banyak
rujukan yang masih digunakan dalam penulisan rumusan ini yang sepatutnya lebih
9. Cadangan
Penulis tidak menyatakan cadangan yang ingin diketengahkan hasil dari kajiannya ini.
Hasil dapatan kajian ini lebih kepada laporan bagi menyatakan beberapa cara yang
kerap digunakan oleh guru atau jurulatih debat dalam melatih anak-anak murid
mereka sebagai pendebat yang hebat.
10. Rujukan
Penulis telah berjaya menggunakan sebanyak 63 buah buku, jurnal dan pelbagai
bentuk penulisan lagi dalam kajiannya ini. Rujukan penulis terdiri dari
rujukan-rujukan berbahasa Melayu dan Inggeris. Namun pengkaji mendapati terdapat banyak
rujukan yang digunakan diambil dari penulis yang sama seperti Ghazali Yusri, Dr.
Kamarulzaman Abdul Ghani dan Profesor Madya Dr. Nik Mohd Rahimi. Walau
bagaimanapun kebanyakan rujukan yang dipilih terdiri dari rujukan-rujukan terbaru
dan terkini. Kesemua rujukan disusun secara abjad dan konsisten serta menepati
format penulisan yang tepat dan betul seperti yang dimaklumi.
Rumusan Analisis Jurnal 2
Jurnal ini sangat sesuai dirujuk oleh guru atau jurulatih debat bahasa Arab bagi
mencari teknik dan kaedah yang sesuai dalam melatih murid-murid memasuki
pertandingan debat bahasa Arab. Penulis telah berjaya mempersembahkan hasil
kajiannya dengan kemas, teratur dan konsisten selain penggunaan gaya bahasa yang
mudah difahami. Kekuatan penulisan jurnal ini adalah terdapat banyak huraian yang
jelas bagi menerangkan sesuatu maksud yang diinginkan. Manakala kelemahannya
pula adalah terdapat penulisan yang tidak bersesuaian di bawah tajuk yang dinyatakan
seperti tidak menepati kehendak tajuk.
KESIMPULAN
Kedua-dua jurnal yang telah dianalisis oleh pengkaji mempunyai kekuatan dan
kelemahan masing-masing yang boleh dinilai oleh sesiapa sahaja. Namun
kedua-duanya mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Selain tajuk kajian, kedua-dua
jurnal yang dianalisis menyentuh tajuk kemahiran mendengar dan bertutur bahasa
Penulisan abstrak, pengenalan, persoalan kajian, metodologi kajian, dapatan kajian,
kesimpulan dan rujukan masing-masing dinyatakan dalam penulisan mereka.
Penggunaan gaya bahasa kedua-duanya tidak jauh berbeza. Mudah difahami dan
dihurai dengan menggunakan laras bahasa yang betul dan tepat. Setiap perenggan
diolah dengan baik dan disusuli dengan contoh yang jelas. Namun terdapat beberapa
kelemahan seperti huraian yang meleret-leret selain lari dari tajuk yang sepatutnya.
Hanya jurnal pertama sahaja yang dapat dikesan oleh pengkaji menyatakan fakta yang
salah dari hal atau keadaan yang sebenarnya.
RUJUKAN
Ismail Muhammad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad, Azman Che Mat. 2013. Sikap dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF. Journal of Language Studies, 13(May), 81–97.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1998. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1998: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Kebangsaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Surat Siaran Panduan Melaksanakan Modul Elektif di Semua Sekolah Kebangsaan (SK).
Nor Raudah Hj. Siren. 2009. Kuliah 6 : Penulisan Esei Akademik.
http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009/10/kuliah-6-penulisan-esei-akademik.html [1 June 2013].
Prof. Datin Jauriah @ Juriah Long. 2013. Penulisan Akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.