• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

KEBERKESANAN KEPIMPINAN PENGURUS WANITA DARI PERSPEKTIF PEKERJA

Zuraiza Hj Mat Husin

HM 141 Z93 2005

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia)

2005

(2)

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

iinuiimiiuiaiýam

1000143517

u-"ac Khidmat kläkiüriýI *Akadentlk UNIVERSI77

MALAYSIA

SARAWgg 94 300 Kota Samardtoq

KEBERKESANAN KEPIMPINAN PENGURUS WANITA DARI PERSPEKTIF PEKERJA

OLEH

Zl1RAIZA HJ MAT HUSIN

Pn. jek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijaiah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

l! NIVI: RSITI MALAYSIA SARAWAK 2005

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: K`ISfRKESaNdN k#Paº, pfNaN PEN6-VxyS

wstNiTa

p, 4. Ql

ce-Kspf"f pEr-EßTd

SESI PENGAJIAN :

___

coos

Saya zuA-nlzA 95 7" #-, r" M4-T 4-RS iN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

l. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. ** sila tandakan (4)

SULIT

a

TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap:

N0'ºyn1 kMPfr kELUANCr,

2-I. L korý+

Pur"

slpýr

'IFKENC-(' N iI

Disahkan oleh

Tarikh : L414l ioo, r' Tarikh: -14/4/500. t

Catatan " Tcsis dimaksudkan schagai tesis haei Ijacah Doktor falsalith, Sariana dan Sariana Muda

"" lika tesis im SUI. I I'atau TT: RI IAI), sila lampirkan sural daripada pihak bcrkuasa/organisasi

berkenaan dengan mematakan sekali sehah dan tentpoh tesis ini perlu dikclaskan schagai SULIT atau TERHAD

(4)

Projek bertajuk `Keberkesanan Kepimpinan Penguins Wanita Dari Perspektif Pekerja' ini telah disediakan oleh Zuraiza Hj Mat Husin dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains

Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian Pembangunan Sumber Manusia.

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Prof. Datin Dr. Iýapsiah Mahfoz) Tarikh:

Prof

---

Datin Dr Napsiah Mohfoz Dekan

-skulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

11

(5)

PENGHARGAAN

ýýýýýýA0 e. W

4S }, ý ý 14.4i,

9

ýSs1cý'`. 1ý11

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek ini iaitu Prof Datin Dr Napsiah Mahfoz di atas segala bimbingan, bantuan, idea dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan projek tahun akhir im. Dorongan, sokongan, galakan dan jasa serta budi baik beliau akan sentiasa dihargai dan diingati selalu.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Penyelaras Program Pembangunan Sumber Manusia iaitu Cik Zaiton Hassan di atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada seluruh kakitangan di Jabatan Pendaftaran Hospital Universiti Sains Malaysia, (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan atas kerjasama clan masa yang telah diluangkan serta memberi peluang kepada saya

untuk menjalankan kajian di organisasi tersebut.

Seterusnya, jutaan terima kasih juga diberikan kepada ayahanda dan bonda tersayang Hj Mat Husin Ishak dan Hajah Che Hindon Ahmad serta Zulkifli, Zurina dan Zulkhairi Hj Mat Husin dan seluruh keluarga yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk saya menyiapkan projek tahun akhir ini.

Berkat doa dan sokongan daripada kalian semua, projek ini dapat dilaksanakan dan disiapkan tepat pada masanya.

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia kerana telah banyak membantu dalam menyempurnakan projek tahun akhir ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan khas buat Mohd Nizam, rakan- rakan seperjuangan (Udy, Zue, dan rakan 103) serta individu-individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam tempoh saya menyiapkan projek tahun akhir ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari kalian, pasti segala yang terhasil tidak seperti yang diimpikan.

"1'erima kasih di atas segala-galanya... Selamat majujaya.

Sekian. Wassalam.

III

(6)

t'Üsat Khidmat Maklumat AkadrndR [JNIVFRSiTI MALAYSIA SARAWAK

9,11, N) Kotft SlttlilcUhail

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan

Jadual Kandungan Senarai Jadual

Senarai Rajah Abstrak

Abstract

1. PENDAHULUAN

111 1V V11 V ill

ix x

1-18

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 4

1.2 Kenyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 8

1.3.1 Objektif Umum 8

1.3.2 Objektif Khusus 8

1.4 Kerangka Konseptual 9

1.5 Hipotesis Kajian 10

1.6 Definisi Operasional dan Konseptual

1.6.1 Kepimpinan 11

1.6.2 Keberkesanan Kepimpinan 12

1.6.3 Kepintaran Emosi 13

1.6.4 Personaliti 13

1.6.5 Prestasi kerja pekerja 14

1.6.6 Kepuasan Kerja 15

1.7 Kepentingan Kajian 16

1.8 Limitasi Kajian 17

1.9 Kesimpulan 18

2. PENULISAN SEMULA KAJIAN LEPAS 19-67

2.0 Pengenalan 19

2.1 Konsep Pemimpin dan Kepimpinan 19

2.2 Ciri-ciri Kepimpinan 24

2.3 Pendekatan Kepimpinan 27

2.3.1 Pendekatan Tret atau Sifat 28

2.3.2 Pendekatan Tingkah Laku 31

2.3.3 Pendekatan Situasi 33

2.4 Dasar Wanita Negara 35

2.5 Wanita dan Pembangunan 36

2.6 Sumbangan Wanita Kepada Pembangunan 38 2.7 Wanita dan Keberkesanan Kepimpinan 40 2.8 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan

Kepimpinan 44

iv

(7)

2.8.1 Kemahiran Komunikasi 49

2.8.2 Kepintaran Emosi (EI) 55

2.8.3 Personaliti 59

2.8.4 Tahap Pendidikan dan Pengalaman 63

2.9 Rumusan dan Kesimpulan 66

3. METODOLOGI 68-80

3.0 Pengenalan 68

3.1 Reka Bentuk Kajian 68

3.2 Lokasi Kajian 69

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 69

3.4 Instrumen Kajian 71

3.5 Ujian Rintis 74

3.6 Pengumpulan Data 75

3.7 Analisis Data 76

3.7.1 Kaedah Statistik Deskriptif 76

3.7.2 Kaedah Statistik Inferens 78

3.8 Kesimpulan 80

4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN 81-102

4.0 Pengenalan 81

4.1 Demografi Responden 81

4.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan

Kepimpinan 85

4.2.1 Faktor Kemahiran komunikasi 85

4.2.2 Faktor Kepintaran Emosi 86

4.2.3 Faktor Personaliti 88

4.2.4 Faktor Tahap Pendidikan dan Pengalaman 90

4.3 Keberkesanan Kepimpinan Wanita 92

4.4 Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian 96

4.4.1 Hipotesis Nul 1 97

4.4.2 Hipotesis Nu12 98

4.4.3 Hipotesis Nul 3 99

4.4.4 Hipotesis Nul 4 99

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 101

4.5 Kesimpulan 102

5. RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 103-109

5.0 Pengenalan 103

5.1 Rumusan Kajian 103

5.2 Kesimpulan 105

5.3 Cadangan Kepada Organisasi 106

5.4 Pengamal Sumber Manusia 107

V

(8)

5.5 Pengkaj i Akan Datang 108

5.4 Penutup 109

6. BIBLIOGRAFI 110-116

7. LAMPIRAN 117

7.1 Lampiran A 7.2 Lampiran B

vi

(9)

SENARAI JADUAL

Jadual 3.5

Hasil Ujian Rintis 75

Jadual 3.7.1

Ukuran Tahap Keberkesanan kepimpinan Wanita 78

Jadual 3.7.2

Tafsiran Pekali Korelasi Pearson 79

Jadual 4.1

Demografi Responden 84

Jadual 4.2.1

Taburan Responden Terhadap Faktor Kemahiran Komunikasi 86

Jadual 4.2.2

Taburan Responden Terhadap Faktor Kepintaran Emosi 88

Jadual 4.2.3

Taburan Responden Terhadap Faktor Personaliti 89 Jadual 4.2.4

Taburan Responden Terhadap Faktor Tahap Pendidikan dan Pengalaman 91 Jadual 4.3

Taburan Responden Terhadap Keberkesanan Kepimpinan Wanita 95 Jadual 4.4

Keputusan Ujian Korelasi Pearson 97

Jadual 4.5

Ringkasan Dapatan Kajian 101

vii

(10)

SENARAI RAJAH

Rajah 1.4

Rangka Konseptual 9

Rajah 2.8

Faktor-faktor Keperibadian dan Situasi Yang Mempengaruhi

Kepimpinan Yang Berkesan 44

viii

(11)

ABSTRAK

KEBERKESANAN KEPIMPINAN PENGURUS WANITA DARI

PERSPEKTIF PEKERJA HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

(HUSM), KUBANG KERIAN KELANTAN.

ZURAIZA HJ MAT HUSIN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan wanita dari perspektif pekerja. Faktor-faktor yang dikaji adalah kemahiran komunikasi, kepintaran emosi (EI), personaliti serta tahap

pendidikan. Kajian ini berbentuk survei yang menggunakan borang soal-selidik untuk pengumpulan data dan seramai 59 responden di bawah seliaan pengurus wanita telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor kemahiran komunikasi, kepintaran emosi (EI) dan personaliti dengan keberkesanan kepimpinan wanita. Hasil kajian mendapati tahap keberkesanan kepimpinan wanita secara keseluruhannya adalah tinggi. Justeru itu, dicadangkan pihak organisasi dan pengamal sumber manusia dapat memperbanyakkan program berkaitan dengan kepimpinan wanita bagi memberi peluang untuk wanita menjadi pemimpin.

ix

(12)

ABSTRACT

EFFECTIVENESS IN WOMEN'S LEADERSHIP FROM THE

PERSPRECTIVES OF EMPLOYEES IN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS

MA LA YSIA (HUSM), KUBANG KERIAN KELANTAN.

ZURAIZA HJ MA T HUSIN

This study aimed to identify the level of effectiveness in women's leadership from the perspectives of employees. The factors being studied are communication skills, emotional intelligence (EI), personality as well as level of education and experience. The research methodology used is a quantitative survey approach,

utilizing self-administered questionnaires as instrument for data collection.

Statistical analysis used in the study is Pearson Correlation. 59 respondents under supervision of women managers are selected as sample group. The findings reveal that there are significant relationships among communication

skills, emotional intelligence (EI) and personality towards the level of effectiveness in women's leadership. The result also proved that the level of women 's leadership effectiveness is high overall. Hence, it is recommended that the organization and HR practitioner give opportunities for women to lead in the organization.

x

(13)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kepimpinan merupakan satu faktor yang menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi. Pemimpin adalah individu yang memainkan peranan penting sebagai penggerak sesebuah kumpulan.

Kelemahan sesebuah kumpulan sering kali dikaitkan dengan kelemahan pengendalian dan pengurusan pemimpin dan ahli kumpulan dalam organisasi itu sendiri. Hal ini kerana ketiadaan atau kekurangan pemimpin-pemimpin yang cekap untuk menerajui kepimpinan yang dibawa. Oleh itu, pemimpin adalah memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan sesebuah kumpulan dan kemajuan organisasi.

Kepimpinan menurut Ainon (2003), boleh mengubah tingkah laku dan juga sikap orang bawahannya. Maka jelas menunjukkan bahawa kepimpinan adalah satu

kuasa yang ada pada seseorang individu yang dapat menarik seseorang yang lain

I

(14)

untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Keupayaan sesebuah kumpulan mencapai kejayaan dalam mendapatkan matlamat ialah banyak bergantung kepada pemimpin selain daripada ahli kumpulan itu sendiri.

Keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi juga dapat diukur dan dinilai melalui produktiviti, prestasi kerja kakitangan, tahap kualiti dan sebagainya.

Untuk memastikannya tercapai, pihak pengurus dalam sesebuah organisasi perlu mewujudkan suasana pekerjaan yang baik dan sempurna di samping memberikan pengetahuan yang mencukupi ke atas semua pekerja.

Di Malaysia, kedudukan dan pencapaian kaum wanita memang boleh dibanggakan. Ini kerana banyak telah diperkatakan tentang penglibatan serta sumbangan wanita dalam pelbagai bidang. Walaupun ada segelintir pihak yang berpuas hati dengan kedudukan wanita dalam masyarakat hari ini, namun begitu, terdapat juga golongan yang masih belum berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai oleh wanita Malaysia. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam membangunkan wanita serta keterbukaan kerajaan dalam memberi peluang kepada wanita dalam menjawat jawatan yang tinggi.

Menurut Buch (2001), kewujudan wanita sebagai ketua bermula sejak zaman dahulu lagi. Namun begitu, jumlah wanita dalam pengurusan atasan atau eksekutif masih tidak ramai (Thompson, 1997). Manakala Rajan dan Krishnan (2002) pula mengatakan jumlah wanita yang menjadi pemimpin di peringkat

2

(15)

pengurusan eksekutif telah meningkat sebanyak 10% sejak tahun 1980 tetapi

masih tidak dapat menandingi jumlah eksekutif lelaki.

Dalam Utusan Malaysia, Jumaat 10 September 04, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender dan perlaksanaan Basar 30 % wanita di peringkat pembuat Basar. Pengumuman yang dibuat sempena Hari Wanita itu bertujuan untuk memenuhi matlamat penubuhan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Ban Masyarakat (KPWKM) yang telah lama memperjuangkan hak wanita Malaysia.

Dasar 30 % wanita di peringkat pembuat dasar membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan martabat wanita di negara ini. Kerajaan mengakui bahawa tidak sepatutnya wujud prejudis terhadap wanita yang berkelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan di peringkat pembuat dasar dan keputusan.

Dasar ini akan merubah persepsi dan landskap sosioekonomi dan politik bahawa wanita mempunyai peranan, tanggungjawab dan hak yang sama rata dengan kaum lelaki di dalam pembangunan negara. Keputusan kerajaan ini adalah sebagai satu sumber inspirasi kepada wanita untuk terus berjuang bersama-sama kaum lelaki dalam membangunkan negara. Menurut beliau lagi, ini jelas menunjukkan

peranan wanita dan sumbangan mereka sebagai pembuat dasar negara semakin diperlukan.

3

(16)

Pembabitan wanita Malaysia kini dalam arena politik merupakan kesinambungan dari perjuangan wanita terdahulu. Penglibatan wanita secara semakin meningkat dari semasa ke semasa dan ramai yang telah berjaya memegang jawatan penting dalam pentadbiran negara. Ini jelas terbukti oleh Andek Masnah (dipetik: Siti

Fatimah (2000), bahawa kedudukan wanita dalam kabinet semakin kukuh apabila mereka telah dilantik sebagai menteri penuh. Antaranya adalah Dato' Sri Rafidah Aziz dilantik sebagai Menteri perusahaan Awam dan kemudiannya Menteri perdagangan Antarabangsa, Dato' Sri Zaharah Sulaiman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail sebagai Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat dan pemimpin-pemimpin wanita lain. Ini menunjukkan bahawa wanita Malaysia telah melibatkan diri dalam bidang politik dan mampu menonjolkan keterampilan diri di bidang kepimpinan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Terlalu banyak perkara yang telah diperkatakan tentang wanita. Fungsi wanita dalam pembangunan kini adalah sama pentingnya dengan peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki. Ini termasuklah dalam pembentukan kerajaan untuk

mentadbir dan meneruskan rancangan yang dibuat. Saidatul Nomis (1991) yang dipetik daripada Siti Fatimah (2000) mengatakan pendapatnya bahawa, salah satu cara untuk mengiktiraf penghormatan pada seseorang wanita ialah dengan memberi wanita ruang untuk mengembangkan kebolehan dan potensinya agar

4

(17)

dapat dimanfaatkan bersama. Ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya

diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki.

Golongan wanita merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi. Ini kerana menurut Suzana Khamis (1995), mereka banyak menyumbangkan tenaga dan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pelancongan, perkhidmatan, pendidikan, pemiagaan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa wanita adalah elemen penting dalam masyarakat dan wanita merupakan golongan yang juga berpotensi untuk membangunkan negara (Saidatul Nornis (1991), dipetik daripada Siti Fatimah, 2000)

Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa dijangkakan jumlah pekerja wanita akan meningkat menjelang 2009 berbanding lelaki memandangkan ramai pelajar wanita institusi pengajian tinggi kini berbanding pelajar lelaki. Menurut Gill (2003), kebolehan wanita dalam menggunakan kemahiran `survival' merupakan satu kekuatan yang menyumbang kepada keupayaan menawan persada organisasi daripada kawalan lelaki. Kejayaan pemimpin wanita dalam memimpin terbukti clan diperakui oleh lelaki kerana mereka sudah berjaya mengangkat martabat serta kebolehan dalam pengurusan (Harris, 2000).

Sungguhpun begitu, terdapat segelintir pihak yang beranggapan negatif terhadap penibabitan wanita dalam dunia kepimpinan kerana kurangnya kepercayaan terhadap wanita untuk memegang pucuk pimpinan. Berita negatif ini telah terbukti salah dengan lahirnya beberapa menteri dari kalangan wanita di peringkat

5

(18)

persekutuan. Walaupun jumlah tersebut adalah amat kecil berbanding dengan kaum lelaki yang telah lama menerajui kepimpinan. Wanita tidak boleh berjaya disebabkan tiada pendedahan awal berkenaan karier untuk mendorong wanita maju dan berjaya. Ini kerana menurut Veale dan Gold (1998), pekerja wanita kebanyakannya terikat pada tanggungjawab keluarga yang menjadi satu penghalang kepada pengurus wanita untuk berjaya dalam profesion yang diceburi.

Tambahan pula, Rahmah Ismail dan Zaini Mahbar (1996), menegaskan terdapat diskriminasi terhadap wanita. Malah sesetengah pendapat menghujah tentang ketidakmampuan wanita dalam menangani tugas di luar rumah.

Namun begitu, penglibatan ramai wanita dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dapat membuktikan bahawa tidak ada kekangan yang menghalang penglibatan wanita untuk memajukan diri, keluarga serta kerjaya yang diceburi.

1.2 Kenyataan Masalah

Tanggapan masyarakat terhadap lelaki bahawa mereka merupakan golongan pemimpin yang sesuai clan ideal adalah amat sukar untuk dihapuskan.

"1'idak dapat dinafikan, mungkin selama ini memang golongan lelaki majoritinya menerajui bidang kepimpinan kerana golongan wanita yang menjadi pemimpin adalah amat kecil berbanding dengan golongan lelaki.

6

(19)

Namun begitu, wanita kini semakin mantap dalam pelbagai aspek khususnya dari segi mental, sosial, ekonomi dan politik. Golongan ini sudah mampu untuk bersaing dengan kaum lelaki, malah ada di antara mereka yang lebih berjaya daripada kaum lelaki. Kebanyakan organisasi tidak meletakkan kepercayaan terhadap kebolehan wanita dalam aspek kepimpinan. Ini kerana wanita sering kali dikaitkan dengan sikap yang lemah-lembut, penyayang, pengurus rumah tangga, lemah, beremosi, jujur dan mempunyai ciri atau keterampilan diri yang feminin.

Tanggapan dan kurangnya kepercayaan terhadap kebolehan inilah yang menjadi penghalang kepada wanita untuk menjadi pemimpin.

Appelbaum, Audet dan Miller (2002), menegaskan bahawa sesebuah organisasi perlulah meletakkan kepercayaan kepada pemimpin wanita untuk menerajui dan menguruskan organisasi mereka sehingga berjaya. Ini kerana di Malaysia, ramai kaum wanita yang telah berjaya memimpin sesebuah organisasi (Razif, 2002).

Lipatan sejarah telah membuktikan terdapat ramai pemimpin wanita yang berjaya dalam bidang politik, ekonomi, korporat dan perkhidmatan awam. Sebagai contoh, Malaysia memiliki ramai pemimpin wanita yang berkaliber dalam pelbagai bidang seperti Datuk Rafidah Aziz dan Datuk Shahrizat dalam bidang politik, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam bidang ekonomi dan Datuk Maznah pula bidang korporat.

Persoalan yang timbul ialah, apakah faktor yang boleh mempengaruhi keupayaan dan keberkesanan kepimpinan wanita dalam pelbagai sektor. Setakat mana kebolehan dan kemahiran komunikasi, kepintaran emosi (EI), personaliti serta

7

(20)

tahap pendidikan dan pengalaman yang ada pada wanita menjadi faktor -faktor

penting dalam mengukur keberkesanan kepimpinan wanita di sektor awam.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan golongan wanita dalam kumpulan pengurusan dan profesional dari perspektif pekerja.

1.3.2 Objektif Khusus

1. Mengenal pasti tahap keberkesanan kepimpinan wanita.

2. Mengenal pasti perkaitan antara faktor kemahiran komunikasi dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

3. Mengenal pasti perkaitan antara faktor kepintaran emosi (EI) dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

4. Mengenal pasti perkaitan antara faktor personaliti dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

5. Mengenal pasti perkaitan antara faktor tahap pendidikan dan pengalaman dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

8

(21)

1.4 Rangka Konseptual

Dalam rajah 1.4 iaitu Rangka Konseptual yang ditunjukkan, terdapat dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar.

Pemboleh ubah bebas adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan pengurus wanita dalam sesebuah organisasi yang terdiri daripada kemahiran komunikasi, kepintaran emosi (EI), personaliti serta tahap pendidikan dan pengalaman. Manakala pemboleh ubah bersandar mengkaji hasil keberkesanan kepimpinan wanita dari perspektif pekerja yang mana keberkesanan diukur dari aspek prestasi kerja pekerja, suasana tempat kerja dan kepuasan kerja.

Pemboleh ubah bebas

Faktor yang mempengaruhi

" Kemahiran Komunikasi

" Kepintaran Emosi (EI)

" Personaliti

" Tahap Pendidikan dan Pengalaman

Pemboleh ubah bersandar

Keberkesanan kepimpinan

wanita dari perspektif pekerja

" Prestasi kerja pekerja

" Suasana tempat kerja

" Kepuasan kerja

Rajah 1.4 : Rangka Konseptual Faktor yang mempengaruhi Keberkesanan kepimpinan wanita darf perspektif pekerja

9

(22)

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi Keberkesanan kepimpinan wanita dari perspektif pekerja Oleh yang demikian, beberapa Hipotesis Nul (Ho) telah dibina. Antaranya ialah seperti berikut;

Ho 1: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor kemahiran komunikasi dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

Ho? : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor kepintaran

Emosi (EI) dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

Ho3 : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor personaliti dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

Ho4: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor tahap pendidikan dan pengalaman dengan keberkesanan kepimpinan wanita.

10

(23)

1.6 Definisi Operasional dan Konseptual

1.6.1 Kepimpinan

i) Definisi Konseptual

Kepimpinan menunjukkan individu yang mampu meminta orang lain untuk melakukan arahan dan perintah mereka (Hogan et al., 1994). Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2002), kepimpinan adalah tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin.

Inilah yang membezakan kepimpinan daripada kuasa dan autoriti.

ii) Definisi Operasional

Kepimpinan yang dimaksudkan ini adalah merujuk kepada kemampuan seseorang pengurus, penyelia atau ketua wanita dalam mengurus pekerja bawahannya untuk mencapai matlamat, sasaran dan objektif yang dirancang. Ia juga menunjukkan perkaitan ketua dalam mengurus orang bawahan untuk

melaksanakan arahan atau tugas.

11

(24)

1.6.2 Keberkesanan Kepimpinan i) Definisi Konseptual

Locke (1991), mendefinisikan keberkesanan kepimpinan adalah kemampuan ketua untuk berdepan dan bergaul dengan individu lain yang terdapat dalam sesebuah kumpulan. Mereka biasanya mempunyai visi atau matlamat tertentu dan akan berusaha keras untuk mencapainya. la juga merujuk kepada seorang ketua yang efektif yang mana boleh menggunakan sebaik-baiknya sumber yang ada, hasil kemampuannya bekerja dengan individu lain dalam usaha untuk menghasilkan serta mengekalkan satu bentuk perkaitan yang baik (Blake dan McCanse, 1991).

ii) Definisi Operasional

Dalam kajian ini, keberkesanan kepimpinan adalah merujuk kepada kemampuan seseorang ketua atau pengurus wanita dalam mengurus pekerja di bawah seliaannya untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi. Ia juga untuk

menunjukkan sejauh mana pencapaian serta keberkesanan hasil dari kepimpinan oleh pengurus atau ketua wanita.

12

Gambar

JADUAL  KANDUNGAN
Rajah  1.4 : Rangka Konseptual Faktor yang mempengaruhi Keberkesanan  kepimpinan  wanita darf perspektif pekerja

Referensi

Dokumen terkait

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Cottrell (2000), dalam kajiannya yang bertajuk Employment Relations Today, menyatakan bahawa faktor utama ya n g dikenalpasti

H O I Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar le lak i dan pelajar wanita dari segi l110tivasi untuk l11elanjutkan pelajaran. Hm T idak terdapat

Berdasarkan sorotan kajian-kajian lepas, tidak ada pengkaji yang cuba untuk mengkaji tingkahlaku kepemimpinan dengan komitmen pekeIja di NGO, oleh yang demikian,

1 Perkaitan Antara Penghargaan dan Pengiktirafan Dengan 52 Motivasi PekefJa Untuk Bekerja 4.2.2 Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Dalam Organisasi Dengan 53 Motivasi Pekerja Untuk

Manakala faktor masalah organisasi yang terpilih ialah persekitaran kerja hubungan di dalam organisasi dan sistem ganjaran gaji, pampasan dan faedah 1.6 Kepentingan Kajian Kajian

II Kelompok Kerja Kelompok Kerja Kelompok Kerja perkhidmatan Jadual 3.4 Nilai ketekalan alat kajian bagi kajian rintis 30 Jadual3.5 Taburan Pengagihan soal selidik 30 Jadual

Tujuan utama projek ini adalah untuk mengumpul semua jenis bantuan teknologi dalam pembelajaran untuk golongan disleksia dan seterusnya mereka bentuk laman webberdasarkan garis panduan

1 Perbincangan Cabaran Kerjaya Dalam Kalangan Penerima APC 36 4.2.2 Perbincangan Kesan-Kesan Cabaran Kerjaya Terhadap p,.estasi 46 Kerja Penerima APC 4.2.3 Dapatan Kajian Mengenai