• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

REKA BENTUK DAN PENILAIAN LAMAN WEB BERKAITAN TEKNOLOGI BANTUAN DALAM PEMBELAJARAN BAGI

GOLONGAN DISLEKSIA

Maizatul Zahrah binti Mokhtar

HV Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Kognitif

1569.5 2015

M231 2015

(2)

UNlVERSITI MALAYSIA SAWARAK

ft_

Grade: _____, ,______

Please tick 6/)

Final Year Project Report

0

Masters 1

D I

PhD

I D

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the 26 day ofJune 2015.

Student's Declaration:

I Maizatul Zahrah binti Mokhtar, 36834 from Faculty of Cognitive Sciences and Human Development hereby declare that the work entitled, Design and Evaluate a Website about Assisstive Learning Technology for Dyslexia is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

26 June 2015

Date MAlZATUL h n l N T I MOKlITAR (36834)

Supervisors Declaration:

I Assoc Prof Dr Chen Chwen Jen hereby oortifies that the work 'entit1ed, Design and Evaluate a Website about Assisstive Learning Technology for Dyslexia was prepared by the above named student, and was submitted to the Faculty of Cognitive Sciences and Human Development as a * partial/full fulfillment fur the conferment of Bachelor of Science with Honours (Cognitive Scienoo), and the aforementioned work, to the best of my know ledge, is the said student's work

.Received for examination by: Date: 26 June 2015

(ASSOC pROF DR CHEN CHWEN JEN)

I

(3)

I declare this ProjectJrhesis is classified as (Please tick (fJ):

DCONFIDENTIAL (Contains oonfidential information under the Official Secret Act 1972)*

DRESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*

~OPENACCESS

Validation ofProjectJrhesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared t.hat this said Projecttrhesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:

• This Projecttrhesis is the sole legal property ofUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make oopies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

• The Centre for Academic Infurmation Services has the lawful right to digitise the oontent to for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Infurmation Services has the lawful right to make oopies of the Projectrthesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Projecttrhesis once it beoomes sole property ofUNIMAS.

• This Projecttrhesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNThlAS permission.

Student's signature

-.::t>""J('7P""~" ' ~:;::"---

Supervisors signature:

--6- 1 -t____

(r;:;~ne

2015) (26 June 2015)

Current Address:

367, Jalan Meranti, Taman Seri Setia, 36000 Teluk Intan, Perak

Notes: * If the Projectffhesis is CONFIDENTIAL or RESTRIC'PED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument was duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

(4)

Pusat Khidmat MakJumat Akadcmik

UNlVERSm MALAYSIA SARAWAk

REKA BENTUK DAN PENILAIAN LAMAN WEB BERKAITAN TEKNOLOGI BANTUAN DALAM PEMBELAJARAN BAGI GOLONGAN DISLEKSIA

MAIZATUL ZAHRAH BINTI MOKHTAR

Projek ini diserahkan

sebagai syarat untuk bergraduat bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian

(Sa ins Kogntif)

Fakulti Sains KognitifDan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(2015)

(5)

--- --- Kajian ini bertajuk 'Reka Bentuk dan Penilaian Laman Web Berkaitan Teknologi Bantuan dalam Pembelajaran bagi Golongan Disleksia ' disediakan oleh Maizatul Zahrah binti Mokhtar dan diserahkan ke Fakulti Sa ins Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai syarat untuk bergraduat bagi Ijazah Sarjana Muda Sa ins dengan Kepujian (Sains Kogntif)

Diterima dan disemak oleh:

6£ , .­

(PROF MADY A DR CHEN C WEN JEN)

Tarikh:

26 JUN 2015

Gred

II

(6)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah sepanjang dua semester akhirnya projek yang dilaksanakan telah pun sempurna. Pertama sekali, bersyukur ke had rat I1ahi dengan kudrat dan kesihatan yang diberikan.

TanpaNya projek ini hanya sekadar imp ian dan omongan kosong. Terima kasih kerana

mengurniakan pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan yang memahami kerana sentiasa bersama­

sarna sepanjang sem terakhir ini.

Keduanya, kepada Prof. Madya Dr. Chen Chwen Jen penyelia saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkerah tenaga ketika diri ini buntu memikirkan jalan penyelesaian untuk projek ini danberkongsi ilmu beliau. Kesungguhan beliau untuk menolong saya

menyiapkan projek ini akhirnya membuahkan hasil.

Kepada ibu bapa say a Normah Abd Aziz dan Mokhtar Sarbaini yang sentiasa ada disisi sepanjang tiga tahun menuntut ilmu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semoga mereka sentiasa dibawah rahmatNya. Tidak lupa juga kepada Zurimi Suif selaku rakan projek ini yang telah banyak berkongsi ilmu sepanjang tiga tahun bersama. Kepada rakan seperjuangan program sains kognitif, terima kasih kerana hadir dalam perjuangan hidup ini dan moga persahabatan yang terjalin utuh selamanya. Semoga berjaya!

III

(7)

Pusat Khidmat MakIumat Akademik UNlVERSm MALAYSIA SARAWAI<

lSI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL ... V SENARAI GAMBAR RAJAH ...VI

BAB SATU PENGENALAN ... 1

BAB DUA KAJIAN LITERATUR ... 5

BAB TIGA METODOLOGI ... 10

BAB EMPAT DAPATAN KAJ1AN ... 13

BAB LIMA KESIMPULAN ... 23

RUJUKAN ... 25

APENDIKS A ... 27

IV

(8)

SENARAI JADUAL

laduall Nilai Min dan Purata Min berdasarkan tujuh aspek dengan menggunakan kaedah

UTAUT ... 16

v

(9)

SENARAI GAM BAR RAJAH

Gambar rajah 1 Contoh antara muka untuk laman web mesra disleksia ...9

Gambar rajah 2. Model System Development Life Cycle (SDLC) ... 10

Gambar rajah 3. Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT)... 11

Gambar rajah 4. Antara muka utama laman web ... 13

Gambar rajah 5. Tulisan berwarna hitam yang akan dipaparkan ...14

Gambar rajah 6. Tulisan berwarna biru akan dipaparkan ... 14

Gambar rajah 7. Tulisan berwarna hijau akan dipaparkan ... 14

Gambar rajah 8. Tulisan berwarna merah akan dipaparkan ... 15

Gambar rajah 9. Saiz tulisan yang boleh dipilih oleh pengguna laman web ...15

vi

(10)

ABSTRAK

Laman web merupakan medium utama yang penting dalam penyampaian maklumat di seluruh dunia. Namun begitu, kebanyakkan laman web mengabaikan garis panduan yang sepatutnya ditepati agar semua golongan dapat menerima maklumat dan informasi terkini tanpa menghadapi sebarang masalah. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengumpul semua jenis bantuan teknologi dalam pembelajaran untuk golongan disleksia dan seterusnya mereka bentuk laman webberdasarkan garis panduan yang disyorkan oleh British Dyslexia Association (BOA) dan mengkaji penerimaan golongan normal terhadap laman web ini. Projek ini melibatkan 50 respond en dan keputusan kajian menunjukkan bahawa golongan normal berasa selesa dengan reka bentuk laman web yang direka berdasarkan garis panduan untuk golongan disleksia.

Keputusan membuktikan bahawa garis panduan tersebut sesuai digunakan oleh kedua-dua golongan tersebut.

Kata kunei: disleksia, golongan normal, reka bentuk, bantuan teknologi dalam pembelajaran

VII

(11)

ABSTRACT

Website plays an important role in presenting and disseminating information around the world.

However, many websites do not follow any specific guidelines to ensure its accessibility to wider audience, particularly those with disabilities. This project gathers information on the assistive learning technology for people with dyslexia and followed by designing a website. This website was designed based on guidelines proposed by British Dyslexia Association (BOA) and the acceptance of normal people towards this website was examined. The acceptance evaluation involved 50 respondents and the results show that normal people feel comfortable with the website which was designed based on guidelines for people with dyslexia. This implies the relevance of these guidelines for both groups of website users.

Keywords: dyslexia, normal people, assistive learning technology

viii

(12)

BABSATU PENGENALAN

Oisleksia ialah individu yang mempunyai masalah pembelajaran khusus yang memberi kesan kepada pembangunan literasi dan kemahiran bahasa. Oisleksia mempunyai ciri-ciri seperti kesukaran dalam memproses fonologi, ingatan kerja dan lambat memproses sesuatu maklumat dan berbeza dengan kebolehan kognitif individu lain (Banes & Seale, 2002).

Menurut Bryant dan Bryant (1998) jika golongan disleksia dapat mengenalpasti teknik pembelajaran mereka yang sesuai ianya dapat memberi kebaikan dan faedah kepada diri mereka sendiri kerana cara ini mereka dapat memperbaiki kefahaman mereka untuk menerima sesuatu maklumat. Ini adalah kerana golongan disleksia seringkali menghadapi masalah untuk

membezakan perkataan dan simbol dalam sesuatu konteks. Oleh itu, informasi yang penting seharusnya diberi lebih per hat ian dengan cara menggabungkan pelbagai jenis input seperti video dan audio kerana teknologi sebegitu dapat membantu dan boleh dijadikan sebagai salah satu cara pembelajaran yang lebih efektif kepada golongan yang kurang upaya (Bell, 2009).

Berdasarkan garis panduan yang terdapat di dalam laman web BOA sebuah laman web yang mesra disleksia seharusnya merangkumi 3 aspek penting iaitu; teks mesra disleksia, format yang mudah difahamai dan rekabentuk lam an web. Maklumat dan informasi yang lebih

terperinci tentang ketiga-tiga aspek ini akan diterangkan dalam bab yang seterusnya.

Penyataan Masalah

Walaupun telah terdapat garis panduan yang telah ditetapkan oleh laman web rasmi disleksia dan kajian-kajian penyelidik terdahulu namun masih banyak lagi laman web yang tidak mempraktikkan garis panduan tersebut dan perkara ini dipandang remeh bagi sesetengah pihak seperti pembangun laman web sendiri. Lebih menghampakan golongan ini jika laman web

(13)

tersebut mempunyai maklumat dan informasi penting tentang kejadian yang berlaku disekeliling namun mereka berhadapan dengan masalah sukar untuk membaca kerana garis panduan yang telah disediakan tidak ditepati dan akhirnya mereka ketinggalan dan tidak berpeluang untuk memahami informasi yang disampaikan.

Oleh yang demikian, garis panduan untuk golongan disleksia perlu dititikberatkan dan dipraktikkan oleh semua jenis laman web agar semua golongan dapat menggunakan laman web dengan efisen dan sarna-rata.

Objektif Kajian

I. Mengenalpasti teknologi bantuan dalam pembelajaran untuk golongan disleksia.

2. Mereka bentuk laman web mesra disleksia berasaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh BOA.

3. Menilai penerimaan golongan normal terhadap laman web mesra disleksia.

Soalan Kajian

Berdasarkan objektifkajian diatas, antara soalan kajian yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut:­

1. Bagaimanakah teknologi bantu an dalam pembelajaran ini dapat menolong golongan disfeksia memahami informasi yang ada dalam laman web?

2. Apakah garis panduan yang digunakan untuk membina laman web ini?

3. Bagaimanakah penerimaan golongan qormal terhadap laman web yang berasaskan garis panduan untuk golongan disleksia?

2

(14)

Definisi Istilah

1. Disleksia

Disleksia ialah individu yang mempunyai masalah pembelajaran khusus yang memberi kesan kepada pembangunan literasi dan kemah iran bahasa. Disleksia mempunyai ciri-ciri seperti kesukaran dalam memproses fonologi, ingatan kerja dan lamb at memproses sesuatu maklumat dan berbeza dengan kebolehan kognitif individu lain (Banes & Seale, 2002).

2. Bantuan Teknologi dalam Pembelajaran

Peralatan at au kelengkapan dalam perisian komputer yang digunakan untuk mengekalkan, memperbaiki kemah iran dan keupayaan seseorang yang tidak berkeupayaan (Banes & Seale, 2(02).

Kepentingan Kajian

Antara kepentingan yang boleh didapati dalam kajian ini adalah reka bentuk laman web yang menepati garis panduan dan ciri-ciri yang mesra disleksia. Tambahan pula, berdasarkan garis panduan tersebut kajian dapat mengetahui bagaimanakah penerimaan golongan normal terhadap laman web yang dibangunkan berdasarkan garis panduan untuk golongan disleksia.

Laman web ini juga boleh dijadikan platform yang bersesuaian untuk golongan disleksia kerana terdapat bantuan teknologi dalam pembelajaran yang dapat membantu golongan ini memahami informasi yang disampaikan. Walaupun terdapat batasan antara golongan disleksia dengan golongan normal namun dengan adanya teknologi yang bersesuaian dengan golongan disleksia mereka juga berpotensi untuk bersama-sama memahami seperti dengan golongan normal (Bryant & Bryant, 1998).

3

(15)

Skop Kajian

Majoriti garis panduan untuk mereka bentuk laman web hanya berdasarkan BOA manakala untuk menilai penerimaan golongan normal terhadap laman web tentang teknologi bantuan dalam pembelajaran terhadap golongan disleksia adalah berdasarkan teori Unified Theory ofAcceptance and Use of Technology (UTAUT).

(

4

(16)

usat Khidmat Maklumat Akadentik UNIVERsm MALAYSIA SARAWAK

BABDUA KAJIAN LITERATUR

Disleksia

Disleksia sering dikaitkan dengan masalah membaca dan mengeja. Sehingga kini masih tiada istilah yang sesuai untuk menerangkan maksud sebenar disleksia. Namun demikian, sebelum golongan normal memahami lebih lanjut tentang golongan disleksia mereka perlu terIebih dahulu memahami apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan apakah yang

dimaksudkan dengan disleksia. Berdasarkan International Dyslexia Association (IDA), disleksia ialah ketidakupayaan pembelajaran tentang bahasa dimana ianya mempengaruhi kebolehan individu dari aspek mengeja, membaca dan menyebut perkataan.

Menurut Brothers (2014) majoriti daripada golongan ini menghadapi masalah berkenaan dengan fonologi .Dalam erti kata lain, proses bunyi adalah salah satu masalah besar yang dihadapi oleh golongan disleksia manakala proses visual dan juga kemahiran berfikir adalah yang sedikit. Kajian oleh Shaywitz dan Shaywitz (2004) menunjukkan bahawa aktiviti yang berlaku pada otak kanan dan kiri golongan disleksia adalah sedikit berbeza dengan golongan bukan disleksia. Tambahan pula, terdapat sedikit perbefaan pada otak belah kiri golongan disleksia apabila aktiviti membaca sedang berIaku.

Disleksia dan Teknologi

Menurut Beacham (2002), para penyelidik telah sebulat suara menyatakan bahawa rekabentuk untuk pembelajaran secara teknologi seharusnya bersesuaian dengan semua golongan dalam gaya pembelajaran. Oleh yang demikian, laman web yang mesra disleksia boleh dijadikan sebagai panduan untuk semua golongan disamping dapat mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan bukan disleksia (Rello et ai, 2012).

5

(17)

Namun begitu, kajian tentang keberkesanan multimedia dalam cara pembelajaran untuk golongan disleksia adalah sangat terhad (Beacham, 2002). Gabungan daripada beberapa elemen media amat digalakkan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman supaya mereka juga dapat memperbaiki cara pembelajaran mereka (Paivio et ai, 2000).

Laman web yang berkualiti adalah laman web yang mementingkan semua golongan manusia tanpa mengabaikan golongan yang lain. Tiada gunanya jika rekabentuk dan gaya bahasa laman web tersebut kelihatan menarik dan kemas tetapi tidak dapat digunakan oleh semua golongan manusia (Bell, 2009).

Rekabentuk laman web mesra disleksia

Berdasarkan garis panduan BOA sendiri laman web yang mesra disleksia akan dibangunkan bersesuaian dengan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Selain itu, satu kajian telah dibuat oleh Rello et al (2012) di sebuah universiti mendapati bahawa untuk mebina sebuah laman web yang sesuai untuk semua orang adalah sangat mustahil. Namun begitu, dengan adanya garis panduan dan teknologi yang bersesuaian dengan golongan disleksia maka masalah tersebut dapat dibendung. Terdapat tiga aspek yang perlu dititikberatkan iaitu: teks mesra disleksia, format yang mudah difahami dan rekabentuk laman web.

Teks Mesra Disleksia. Jenis tulisan. Mengikut garis panduan BOA jenis tulisan yang sesuai dengan golongan disleksia adalah jenis tulisan sans-serif dimana tulisan tersebut kelihatan kemas dan tidak beralun. Contoh tulisan yang dicadangkan adalah Arial dan Comic Sans dan terdapat juga jenis tulisan yang sesuai termasuklah Verdana, Tahoma, Century Gothic dan Trebuchet. Ini adalah kerana jenis tulisan memainkan peranan yang penting dan pemilihan

tulisan yang tidak beralun akan meminimumkan kesukaran golongan disleksia untuk membaca sesuatu informasi (Bell, 2009). Tambahan pula, dengan penggunaan saiz tulisan diantara 12-14

6

(18)

pt akan melancarkan lagi pembacaan mereka walaupun sesetengah daripada mereka memilih untuk tulisan yang lebih besar dan penggunaan tulisan jenis italic kurang sesuai jika digunakan dalam laman web yang mesra disleksia.

Warna tulisan dan latarbelakang. Berdasarkan kajian daripada Rello et al (2012), beliau dan rakan telah memadankan 12 jenis warna secara berpasangan dan responden diminta untuk mengundi pasangan warna yang manakah sesuai ketika mereka membaca laman web tersebut. Antaranya contoh warna yang dipadankan ialah kuninglhitam, putBlIbiru, creme/hitam, putihlhitam, kuninglbiru, dan hijau cair/perang. Namun begitu, kuninglhitam adalah warna yang telah mendapat undian terbanyak. Gabungan diantara dua warna yang berbeza ini adalah

berdasarkan warna yang ketara antara satu sarna lain akan tetapi menurut Perron (2012), kedua­

dua warna ini jarang digunakan kerana warnanya yang terlalu ketara dan boleh mengurangkan kelancaran dalam pembacaan seseorang.

Walaubagaimanapun, untuk laman web yang mesra disleksia pemilihan warna sebagai ...

latarbelakang dan tulisan adalah berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan dimana warna latarbelakang adalah lebih sesuai jika berwarna terang tetapi bukan1ah warna putih manakala warna tulisan adalah yang berwarna gelap.

Susun atur laman web. Mengikut panduan daripada BOA, susun atur dalam sesebuah laman web yang mesra disleksia seharusnya tidak terhad dengan penggunaan margin yang lebar.

Ini kerana hasi1 kajian daripada Rello et al (2012), jika penggunaan ruang yang terhad antara perkataan dan barisan diantara ayat akan menyebabkan pembaca mengambil masa yang lebih lama untuk memahami makna ayat tersebut. Selain daripada itu, berdasarkan prinsip 8 Golden Rules oleh Shneiderman dan Plaisant (2005) dengan memaparkan pelbagai informasi dalam satu antara muka boleh mengganggu perhatian pembaca kerana hukum manusia untuk mengingati

7

(19)

sesuatu adalah berdasarkan "seven plus minus two chunks". Oleh itu, gabungan beberapa elemen adalah terhad supaya tidak mengganggu kelancaran pembacaan sesorang.

Gaya penulisan. Apabila menyampaikan sesuatu maklumat ia haruslah ringkas dan padat supaya golongan disleksia dapat menerima maksud tersirat dengan mudah. Elakkan daripada menggunakan ayat yang panjang dan kosakata yang jarang didengar. Menurut Santana, Olieveira, Almeida dan Baranauskas (2012) golongan ini akan berhenti seketika untuk

memahami maksud selain daripada memikirkan sebutan perkataan yang sesuai agar ayat tersebut memberi makna. Oleh itu, ayat perlu'lah ringkas dan padat bagi memudahkan mereka dan tidak memerlukan kemahiran membaca yang tinggi.

Seterusnya, gunakan grafik untuk menggambarkan sesuatu ayat at au idea yang kompleks.

Ini adalah kerana gambar rajah terse but mungkin boleh menyampaikan maklumat yang kompleks dengan cara yang lebih mudah.

Format yang mudah difahami. Laman web ini ju~a menyediakan artikel berkenaan dengan disleksia yang boleh dimuat turun oleh pembaca agar dapat menjadi rujukan pada masa akan datang. Selain daripada itu, pembaca juga tidak perlu tergesa-gesa kerana artikel tersebut

boleh dirujuk semula walaupun tidak akses kepada internet. Kebiasaanya, art ike I dalam format

Microsoft Word lebih menjadi pilihan pembaca daripada Portable Document Format (PDF)

kerana jenis tulisan dan saiz tulisan boleh diubah mengikut citarasa pembaca.

Reka bentuk laman web. Terdapat beberapa perkara untuk memaksimumkan laman web yang mesra disleksia antaranya ialah navigasi yang jelas, penggunaan grafik dan gambar, saiz grafik tidak terlalu besar sehingga menganggu kelancaran bacaan, pautan link akan berubah

warna apabila sudah dilawati dan pengguna laman web dibenarkan untuk memilih warna tulisan dan warna latarbelakang.

8

(20)

Contoh antaramuka laman web mesra disleksia

1\IJI,an u1amIllmln Mb ,,.. dt>an""nlran adallh "'tuk~, penenmaan gdong;l(\ normal tartadap larran web yang dlblra btnsaslGln OllIS panduan I.,.., web unl1lk dlSlelcsia. ~hInPlh. gariS pandu3n tllfSebut adilRh ba~kiinBmlstI DvIIadii AssoaIbon (BOA) dan JUOiI btb~kiIit....

yang tltlilh ~01., perwelldJt. lanya m..,~uoa a~ialbJ tIIks mara cII5t4biiI. f1m'atyang mldlh dlf.ltarri dan ,ebb"~klarran web.

Segalil ketjaAmI tuar1 dalam pengllbilt3n QlIIn Inl amatlah dl3IlHIlikan cian dldahulll dengan ucapan tIInlTli bsn.

Gambar rajah 1. Contoh antaramuka untuk laman web mesra disleksia.

Berdasarkan gambar rajah diatas beberapa perkara berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh BDA telah pun dipraktikkan. Antaranya ialah jenis tulisan yang dipaparkan ialah jenis sans-ser((seperti Arial dan Tahoma yang bersaiz 14pt. Tambahan pula dengan penggunaan

wama yang cerah sebagai warna latarbelakang dan wama tulisan yang gelap adalah antara padanan wama yang sesuai untuk semua orang Namun begitu, wama latarbelakang bukanlah yang berwama putih. Bantuan teknologi dalam pembelajaran juga disediakan seperti text-to­

speech agar dapat melancarkanproses pembacaan pengguna. Pengguna laman web juga boleh

memilih saiz tulisan dan wama latarbelakang mengikut kesesuaian kemahiran kognitif membaca mereka sendiri. Akhir sekali, pautan yang disediakan akan bertukar wama setelah dilawati.

9

(21)

BABTIGA METODOLOGI Responden Kajian

Populasi kajian untuk membuat penilaian terhadap rekabentuk laman web mesra disleksia melibatkari pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sendiri. Manakala sampel untuk kajian ini adalah 50 orang pelajar yang bukan daripada program Sains Kognitif dengan

menggunakan kaedah convenience sampling. Kaedah ini dipilih kerana responden adalah secara sukarela. Kebiasaannya, keputusan daripada responden secara sukarela dengan responden yang dipilih secara rawak adalah tidak sarna.

Walaubagaimanapun, responden terdiri daripada golongan normal sahaja kerana tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimanakah penerimaan golongan normal terhadap reka bentuk laman web mesra disleksia sarna ada sesuai digunakan oleh golongan disleksia sahaja atau sesuai untuk semua golongan.

Model System Development Life Cycle (SDLC)

Perancangan

Pelaksanaan

Pembangunan

Gambar rajah 2. Model System Development Life Cycle (SDLC).

10

(22)

Berdasarkan gambar rajah diatas, SDLC mempunyai enam fa sa iaitu Perancangan, Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Penilaian dan Pelaksanaan. Namun begitu hanya empat fasa sahaja yang terlibat dalam projek ini iaitu Perancangan, Analisis, Reka Bentuk dan Penilaian.

Perancangan. Fasa ini melibatkan perancangan tujuan kajian ini dijalankan iaitu untuk merekabentuk dan menilai laman web tentang teknologi bantuan dalam pembelajaran terhadap golongan disleksia.

Analisis. Oleh itu, beberapa masalah telah dikenalpasti sebelum merekabentuk laman web iaitu, terdapat laman web yang masih tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh BDA dan tidak kurang juga masih ada laman web yang tidak menyediakan teknologi bantu an dalam pembelajaran untuk golongan yang tidak keupayaan.

Reka Bentuk. Berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh BDA beberapa aspek telahpun dikenalpasti dan contoh lakaran laman web telahpun disediakan (rujuk gam bar rajah 1).

Penilaian

Gambar rajah 3. Model Unified Theory ofAcceptance and Use ~rTechnolo!()' (UTAUT).

II

(23)

Teori UTAUT yang melibatkan tujuh aspek iaitu; performance expectancy, effort expectancy, facilitating conditions, behavioral intentions to use the system, anxiety, attitude toward using technology dan self-efficacy akan digunakan untuk menilai penerimaan golongan normal terhadap laman web ini.

Performance expectancy bermaksud pengguna percaya dengan menggunakan sistem ini dapat membantu mencapai keuntungan dalam prestasi kerja mereka. Seterusnya, effort

expectancy dimaksudkan dengan usaha pengguna untuk menggunakan sistem ini adalah yang paling maksima. Manakalafacilitating conditions bermaksud pengguna percaya bahawa sebuah organisasi dan infrastruktur teknikal wujud untuk menyokong penggunaan sistem ini. Manakala, behavioral intentions to use the system adalah ketika menggunakan sistem individu telah

melaksanakan sesuatu dalam keadaan yang sedar untuk tingkah laku pada masa hadapan.

Selain itu, attitude toward using technology ialah sejauh mana individu percaya dengan kebolehannya dimana dia perlu menggunakan sistem tersebut. Untuk menyelesaikan sesuatu kerja individu percaya dengan kebolehannya sendiri ketika menggunakan sistem tersebut merupakan maksud self-efficacy. Akhir sekali, anxiety adalah reaksi emosi dan kebimbangan pengguna ketika penggunaan sesuatu sistem.

Instrumen

Kajian ini akan menggunakan borang kaji selidik berdasarkan UTAUT. Teori UTAUT ini banya melibatkan tujuh daripada lapan aspek iaitu; performance expectancy, effort

expectancy, facilitating conditions, behavioral intentions to use the system, anxiety, attitude toward using technology dan self-efficacy. Berdasarkan borang kaji selidik daripada responden, nilai purata min bagi setiap aspek akan dikira.

(24)

BABEMPAT DAPATAN KAJIAN Teknologi Bantuan dalarn Pernbelajaran

Terdapat sembilan jenis teknologi bantuan dalam pembelajaran yang telah dipaparkan dalam laman web ini. 1a merangkumi informasi dan definisi tentang teknologi tersebut dan disertakan contoh-contoh aplikasi yang sedia ada.

1. Peranti rnudah alih

• Telefon bimbit

• Perakam suara digital dan Pen

• Kamus mudah alih

• Pen pembaca

Global Positioning System (GPS)

• Penyimpanan dan keselamatan

Peranti mudah alih adalah hasil gabungan diantara komputer riba dengan telefon bimbit.

Kepesatan teknologi tersebut semakain menular dalam masyarakat yang memainkan peranan penting dalam setiap individu. Kebanyakkan telefon pintar menyediakan aplikasi yang lebih efektif daripada komputer riba.

2. Sistern peralihan teks kepada audio

• Format mudah diakses

o Tulisan untuk sistem peralihan teks kepada suara

• Peperiksaan

o Pembaca komputer o Pen untuk peperiksaan

13

Gambar

Gambar rajah  1.  Contoh antaramuka untuk laman web mesra disleksia.
Gambar rajah  2.  Model  System Development Life Cycle  (SDLC).
Gambar rajah  3.  Model Unified Theory ofAcceptance and Use  ~rTechnolo!()'  (UTAUT).

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini juga melihat perkaitan antara self-esteem dengan elemen perhubungan perkahwinan iaitu komunikasi, pencapaian peranan dan pencapaian tugasan, termasuk

Projek bertajuk 'Perkaitan Antara Tema MinaI Kerjaya dengan Penyesuaian Kerjaya Pekerja di Dalam Bidang Perh otelan, Satu Tinjauan Oi Hotel Merdeka Palace Sarawak' telah

Fungi utama aplikasi web ini ialah memberikan bantuan kepada para pelajar dan pengguna dalam mencari peluang pekerjaan dan membantu memberikan tips-tips kerjaya

Berdasarkan sorotan kajian-kajian lepas, tidak ada pengkaji yang cuba untuk mengkaji tingkahlaku kepemimpinan dengan komitmen pekeIja di NGO, oleh yang demikian,

Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauhmana kaunseling kelompok berstruktur dapat membantu meningkatkan Iagi kecerdasan emosi remaja lelaki yang mempunyai

1.7.2 Komunikasi antara penilai dan individu yang dinilai Definisi Operasi Penerangan tentang format penilaian prestasi dan kriteria pemberian skor oleh pengurus serta memperolehi

Justeru itu, bab 1 ini akan menerangkan tentang kajian yang akan dijalankan iaitu untuk melihat hubungkait kepuasan kerja dengan faktor- faktor yang boleh mempengaruhi kepuasan kerja

A Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS News Program Tanggungjawab Sosial Korporat “Open Up Your Eyes” KMC 4263 Praktikum Kaunseling Penyelia: Dr Jamayah Saili