• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

HUBUNGAN ANTARA SELF – ESTEEM DENGAN PERHUBUNGAN PERKAHWINAN

Bong Set Foon

Kota Samarahan 2007

brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk

provided by Unimas Institutional Repository

(2)

i

HUBUNGAN ANTARA SELF-ESTEEM DENGAN PERHUBUNGAN PERKAHWINAN.

BONG SET FOON

Projek ini merupakan salah satu keperluan bagi Program Kaunseling Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

(3)

ii

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :____________________________________________________

____________________________________________________

SESI PENGAJIAN : __________________

Saya_________________________________________________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akedemik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akedemik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. **Sila tandakan (√)

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

_________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

__________________________

__________________________

__________________________

Tarikh: ____________________ Tarikh: _______________

Gred:

(4)

iii

Projek bertajuk “Hubungan Antara Self-Esteem Dengan Perhubungan Perkahwinan”

telah disediakan oleh Bong Set Foon dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian.

Diterima untuk diperiksa oleh

--- Puan Fatahyah Binti Yahya

Tarikh:

---

Gred

(5)

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih terutamanya kepada Puan Fatahyah Yahya selaku penyelia saya yang banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan kajian ini. Segala teguran dan nasihat yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada Encik Rizal Abu Bakar selaku ketua program yang banyak membantu dalam memberi maklumat yang berkaitan dalam menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah kaunseling yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek tahun akhir ini.

Selain itu juga, sekalung penghargaan kepada pihak Hospital Umum Kuching, Sarawak kerana membenarkan saya untuk menjalankan kajian di organisasi mereka.

Kerjasama dan komitmen yang baik diperolehi daripada pihak Hospital Umum Kuching, Sarawak membantu dan memudahkan proses pengumpulan data.

Kepada keluarga yang tercinta terutamanya bapa dan mak yang dikasihi, terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang sentiasa diberikan serta memberi bantuan dari segi kewangan bagi menyiapkan projek ini. Kasih sayang bapa dan mak amat bernilai bagi saya. Tidak lupa pula buat abang, kakak dan adik yang disayangi kerana memberi sokongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat kepada saya meneruskan perjuangan ini. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Jasa dan budi kalian akan dikenang untuk selamanya.

(6)

v

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan iii

Jadual Kandungan v

Senarai Rajah viii

Senarai Jadual ix

Abstrak xi

Abstract xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Kenyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Kerangka Konseptual 8

1.5 Hipotesis Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Definisi Kajian 11

1.8 Limitasi kajian 13

1.9 Kesimpulan 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan 16

2.1 Sorotan Kajian Lepas 17

2.1.1 Penemuan kajian lepas tentang

self-esteem 17

2.1.2 Penemuan kajian lepas tentang

perhubungan perkahwinan 18 2.1.3 Penemuan kajian lepas tentang

self-esteem dengan perhubungan

perkahwinan 23

2.1.3.1 Penemuan kajian lepas tentang self-esteem dengan

komunikasi 25 2.1.3.2 Penemuan kajian lepas

tentang self-esteem dengan

pencapaian peranan 26 2.1.3.3 Penemuan kajian lepas

tentang self-esteem dengan

pencapaian tugasan 28

(7)

vi 2.1.3.4 Penemuan kajian lepas

tentang faktor demografi terpilih

iaitu jantina dengan self-esteem 30 2.1.3.5 Penemuan kajian lepas

tentang faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkahwinan

dengan self-esteem 32

2.2 Pendekatan Teori 34

2.2.1 Teori Maslow 34

2.2.2 Teori Scanzoni’s Three Stage Model 37 2.2.3 Teori Interaksi Simbolik 40

2.3 Kesimpulan 42

BAB 3 REKA BENTUK KAJIAN

3.0 Pengenalan 43

3.1 Reka Bentuk Kajian 44

3.2 Alat Kajian 44

3.2.1 Bahagian A: Demografi Responden 44 3.2.2 Bahagian B: Rosenberg Self-Esteem Scale 44 3.2.2 Bahagian C: Perhubungan Perkahwinan 45

3.3 Kebolehpercayaan Kajian 45

3.3.1 Rosenberg Self- Esteem Scale 45 3.3.2 Family Assessment Measure Version III

(Dyadic Relationship Scale) 46

3.4 Prosedur Kajian 46

3.4.1 Lokasi Kajian 46

3.4.2 Populasi Kajian 47

3.4.3 Persampelan 47

3.5 Responden Kajian 47

3.6 Teknik Pengumpulan Data 47

3.7 Teknik Penganalisaan Data 48

3.8 Rumusan Penganalisaan Data 49

3.9 Kesimpulan 49

BAB 4 PENGANALISAAN DATA DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 50

4.1 Taburan Demografi Responden 52

4.1.1 Jantina 51

4.1.2 Umur 52

4.1.3 Etnik 53

4.1.4 Bilangan anak 54

(8)

vii

4.1.5 Tempoh perkahwinan 55 4.1.6 Tempoh perkhidmatan 56 4.1.7 Latar belakang pendidikan 57

4.2 Dapatan Hipotesis 58

4.2.1 Hubungan antara self-esteem dengan

perhubungan perkahwinan 58 4.2.2 Hubungan antara self-esteem dengan

komunikasi 60

4.2.3 Hubungan antara self-esteem dengan

pencapaian peranan 61 4.2.4 Hubungan antara self-esteem dengan

pencapaian tugasan 63 4.2.5 Perbezaan antara faktor demografi terpilih

iaitu jantina dengan self-esteem 65 4.2.6 Perbezaan antara faktor demografi terpilih

iaitu tempoh perkahwinan dengan self-esteem 66 4.3 Rumusan keputusan ujian-t, ANOVA dan

Korelasi Spearman ‘rho’bagi mengkaji hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan

(komunikasi, pencapaian peranan dan pencapaian tugasan) dan mengkaji hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina dan tempoh

perkahwinan dengan self-esteem 68 4.4 Kesimpulan 70

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 71

5.1 Rumusan Kajian 72

5.2 Cadangan 73

5.2.1 Para jururawat dan pihak hospital 74

5.2.2 Bidang kaunseling 75

5.2.3 Pengkaji akan datang 76

5.3 Kesimpulan 78

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

(9)

viii

SENARAI RAJAH

Rajah 1

Kerangka Konseptual Kajian 8

Rajah 2

Hirarki Keperluan Maslow 34

Rajah 3

Scanzoni’s Three Stage Model 37

(10)

ix

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1

Skala likert dengan empat skor 45

Jadual 3.2

Skala likert dengan empat skor 45

Jadual 3.3

Rumusan penganalisaan data 49

Jadual 4.1

Taburan responden mengikut jantina 52

Jadual 4.2

Taburan responden mengikut umur 53

Jadual 4.3

Taburan responden mengikut etnik 54

Jadual 4.4

Taburan responden mengikut bilangan anak 55

Jadual 4.5

Taburan responden mengikut tempoh perkahwinan 56

Jadual 4.6

Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 57

Jadual 4.7

Taburan responden mengikut latar belakang pendidikan 58

Jadual 4.8

Keputusan ujian korelasi Spearman ‘rho’ bagi mengkaji hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan

di kalangan jururawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak 59

Jadual 4.9

Keputusan ujian korelasi Spearman ‘rho’ bagi mengkaji

hubungan antara self-esteem dengan komunikasi 61 57

(11)

x Jadual 4.10

Keputusan ujian korelasi Spearman ‘rho’ bagi mengkaji

hubungan antara self-esteem dengan pencapaian peranan 63

Jadual 4.11

Keputusan ujian korelasi Spearman ‘rho’ bagi mengkaji

hubungan antara self-esteem dengan pencapaian tugasan 64

Jadual 4.12

Ujian-t angkubah dengan jantina responden 66

Jadual 4.13

ANOVA sehala angkubah antara self-esteem dengan

tempoh perkahwinan 68

Jadual 4.3

Rumusan keputusan ujian-t,ANOVA dan korelasi ujian Spearman ‘ rho’ bagi mengkaji hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan (komunikasi, pencapaian peranan dan pencapaian tugasan) dan mengkaji hubungan antara faktor demografi terpilih (jantina dan tempoh

perkahwinan) dengan self-esteem 70

(12)

xi ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA SELF-ESTEEM DENGAN PERHUBUNGAN PERKAHWINAN

BONG SET FOON

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan di kalangan jururawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Kajian ini juga melihat perkaitan antara self-esteem dengan elemen perhubungan perkahwinan iaitu komunikasi, pencapaian peranan dan pencapaian tugasan, termasuk perkaitan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina dan tempoh perkahwinan. Kajian ini melibatkan 82 orang jururawat. Kaedah penganalisaan data yang digunakan ialah kaedah taburan deskriptif untuk mendapat kekerapan dan peratusan bagi faktor demografi manakala ujian-t, ANOVA dan korelasi Spearman digunakan untuk mengkaji hipotesis yang telah dibentuk.

Daripada penganalisaan yang telah dilakukan, hasil dapatan menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan. Hanya faktor demografi terpilih iaitu jantina dan tempoh perkahwinan sahaja yang mempunyai perkaitan yang signifikan dengan self-esteem. Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak Hospital Umum Kuching, para jururawat, bidang kaunseling dan pengkaji pada masa akan datang.

(13)

xii ABSTRACT

THE RELATION BETWEEN SELF-ESTEEM AND MARITAL RELATIONSHIP.

BONG SET FOON

The purpose of this research is to study the relation between self-esteem and marital relationship among nurses in the General Hospital Kuching, Sarawak. This study finds out the relation between self-esteem with communication, role achievement and task achievement and also relation between self-esteem with selected demographic factors such as gender and marital duration. This study included 82 nurses. A descriptive statistic method was used to get the frequency and percentage for the demographic factors while the t-test, ANOVA and Spearman correlation was used to test the hypothesis of this research. The result of the correlation analysis showed that there are no significant relation between self-esteem and marriage.

Only selected demographic factors that are gender and marital duration showed a significant relation with self-esteem. The researcher recommended some suggestion to General Hospital Kuching, Sarawak, counseling professionals and future researches.

(14)

1 BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara khusus mengenai latar belakang kajian, kenyataan masalah, objektif, kerangka konseptual, hipotesis kajian, kepentingan kajian, definisi dan limitasi kajian.

(15)

2 1.1 Latar Belakang Kajian

Self-esteem merupakan penilaian positif atau negatif yang dinilai oleh individu terhadap diri sendiri (Donahue & Benson, 1995). Banyak kajian lepas telah dilakukan berhubung dengan tahap self-esteem yang rendah dengan masalah seperti penderaan, kemurungan, bunuh diri dan sebagainya. Self-esteem dikatakan boleh digunakan untuk meramal berlakunya masalah kemurungan terhadap individu yang berkenaan (Murk, 1995; Nunley, 1996).

Self-esteem merupakan sesuatu yang telah lama wujud dalam pemikiran kita. Ia wujud tanpa disedari oleh individu tersebut kerana ia merupakan pemikiran dan perasaan kita terhadap diri sendiri, di mana ia boleh mempengaruhi cara kita bertindak. Menurut Harter (1998), self-esteem merujuk kepada nilai yang diletak oleh individu terhadap identitinya. Self-esteem boleh dikategorikan dalam dua (2) bahagian iaitu self-esteem yang tinggi dan rendah. Individu yang memiliki self- esteem yang tinggi dikatakan mempunyai pencapaian tugasan yang memuaskan, di mana dia dapat melakukan tugasan yang diberi itu dengan cepat dan sempurna.

Manakala individu yang memiliki self-esteem yang rendah mudah untuk mendapat penyakit dan sentiasa berada dalam keadaan kemurungan.

Mead (1934) berpendapat bahawa self-esteem diperolehi daripada penilaian orang lain terhadap diri sendiri. Beliau menyatakan bahawa jika permintaan seseorang sentiasa dilayan dengan baik maka individu tersebut memiliki self-esteem yang tinggi manakala permintaan individu yang sering ditolak memiliki self-esteem yang rendah (dalam Bagley, 1984). Suami dan isteri yang saling memenuhi permintaan dalam kehidupan seharian boleh meningkatkan self-esteem pasangan.

Suami dan isteri mempunyai personaliti yang berlainan. Untuk memiliki keluarga yang bahagia, mereka perlu saling menghormati, mengambil berat, memenuhi permintaan pasangan dan sebagainya. Walaupun perkara seperti ini dianggap perkara

(16)

3

yang remeh, namun ia akan mempengaruhi self-esteem seseorang secara langsung atau tidak langsung.

Keluarga dan perkahwinan merupakan institusi yang paling asas dalam masyarakat. Dari zaman dahulu hingga kini, manusia hidup berkelompok dalam unit keluarga untuk mencari sokongan emosi dan fizikal di samping bertujuan membantu dalam proses perkembangan dan sosialisasi. Perkembangan kedua-dua institusi ini adalah saling mempengaruhi dan merupakan sumber sokongan yang amat penting terutamanya pada saat krisis (Rozumah, Tan Jo-Pei & Siti Nor, 2002).

Asas perkahwinan dan keluarga yang kukuh haruslah disemai dan dikekalkan sebagai garis panduan ke arah perkembangan individu yang sihat dan sejahtera.

Pengalaman perkahwinan dan keluarga yang pelbagai dan membina boleh menjadi sumber motivasi kepada individu dan keluarga yang sihat. Sebaliknya, pengalaman yang negatif akan merumitkan lagi usaha untuk membina dan mengekalkan sebuah perkahwinan dan seterusnya keluarga yang kukuh (Rozumah, Tan Jo-Pei & Siti Nor, 2002).

Di dalam Islam, perasaan kasih dan sayang terhadap diri dan sesama manusia adalah digalakkan. Perasaan cinta dalam Islam bagi pasangan yang telah berkahwin diperjelaskan dalam Al-Quran yang membawa maksud:

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu dari diri kamu isteri kamu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadinya di antara kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benarnya terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ”

(Surah Ar-Ruum:21)

Kepentingan kemahiran berkomunikasi sudah lama dibuktikan melalui pelbagai kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi

(17)

4

perhubungan, di mana masalah komunikasi menjadi salah satu daripada faktor-faktor utama yang menyebabkan perpisahan dan penceraian. Dalam konteks perkahwinan, dua (2) faktor lain yang penting ialah wang dan seks. Bagi wanita pula, faktor komunikasi menjadi punca paling utama yang menyebabkan mereka berasa tidak puas hati dengan perkahwinan mereka (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2006).

Jadi, jelas bahawa komunikasi memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan perhubungan perkahwinan yang bahagia.

Menurut Mohd Ismail Mustari (2005) salah satu fungsi komunikasi ialah meningkatkan self-esteem. Setiap orang memerlukan kehadiran orang lain yang rapat dalam hidup kerana kita memerlukan kemuliaan dan penghargaan. Dengan kehadiran orang yang rapat dapat membuat kita berasa bahawa diri kita diperlukan, dihargai dan penting kepada orang lain. Perasaan tersebut adalah asas kepada self-esteem yang sihat. Kemahiran menuturkan pengiktirafan adalah penting kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan orang lain merasakan kehadiran mereka dalam hidup adalah sia-sia sahaja.

Jadi, jelaslah bahawa, self-esteem boleh dipengaruhi oleh banyak faktor dan orang yang paling rapat dengan kita akan memberi pengaruh yang paling kuat.

(18)

5 1.2 Kenyataan Masalah

Setiap manusia mempunyai self-esteem yang berlainan sama ada self-esteem yang tinggi atau rendah. Individu yang memiliki self-esteem yang tinggi sentiasa kelihatan yakin, tenang, dapat menyempurnakan kerja atau tanggungjawabnya dengan baik dan cepat, dihormati serta cekap (Palladino, 1994). Mereka dikatakan memiliki personaliti yang baik. Manakala individu yang mempunyai self-esteem yang rendah sering dipengaruhi oleh emosi yang negatif seperti zaman kanak-kanak yang malang dan tidak menggembirakan, masalah semasa zaman remaja, masalah dari pasangan hidup, persekitaran yang tidak selamat dan tidak aman, masyarakat yang kelam kabut dan sebagainya. Jika perasaan negatif ini tidak diatasi, ia akan menjadi satu tabiat. Apabila seseorang itu semakin dewasa, perasaan dan pemikiran negatif ini akan menjadi semakin kuat sehingga ia mampu mempengaruhi penilaian dan keputusan yang dibuat termasuklah dalam kerjaya dan rumah tangga .

Institusi perkahwinan dan keluarga telah mengalami perubahan ekoran evolusi sosiobudaya. Sebelum abad ke-19, perkahwinan dan keluarga dianggap sebagai institusi yang mulia dan dipandang tinggi. Pada awal abad ke-19, pandangan terhadap perkahwinan dan keluarga telah berubah kepada anggapan bahawa ia adalah institusi sivil. Pandangan ini berubah lagi di abad ke-20, di mana perkahwinan dan keluarga dilihat sebagai cara memperolehi kepuasan peribadi.

Perubahan ini jelas mencerminkan perubahan dari segi tumpuan dan matlamat, fungsi asalnya seperti dari aspek psikologi, kemasyarakatan dan ekonomi adalah masih kekal (Saxton, 1996).

Walaupun perkahwinan merupakan cara untuk kita melahirkan generasi yang seterusnya, namun, banyak golongan muda memilih untuk tidak berkahwin atau lambat mendirikan rumah tangga. Hal ini berlaku kerana semakin hari semakin banyak kes perceraian dan penderaan berlaku. Maka, tidak hairanlah jika golongan

(19)

6

muda lambat berkahwin. Menurut Stack (1994), penceraian merupakan trauma kedua tertinggi bagi manusia kerana ia merupakan satu peristiwa yang paling ditakuti dan boleh menyeksakan zahir dan batin individu yang terlibat. Perceraian biasanya berlaku sebagai jalan terakhir untuk mengatasi perselisihan faham dan perkahwinan.

Perceraian di negara Barat seperti Amerika Syarikat berlaku dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan tetapi tertinggi pada tahun ke-3 dan peningkatan kadar berlaku sebanyak 50 peratus setahun.

Kadar penceraian di kalangan masyarakat Malaysia juga dilaporkan tinggi.

Masalah penceraian di kalangan masyarakat Malaysia mula mendapat perhatian pengkaji sosiologi sejak tahun 1970-an. Laporan statistik menunjukan penceraian di kalangan orang Islam lebih tinggi berbanding golongan bukan Islam. (JAKIM, 1995).

Merujuk kepada Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 di Malaysia menunjukkan bahawa golongan muda lebih cenderung untuk berkahwin pada usia yang lewat. Seterusnya, perkadaran mereka yang tidak pernah berkahwin yang berumur antara 20-34 tahun terus meningkat di antara tahun 1991-2000 daripada 43.2% kepada 48.1%. Di kalangan perempuan berumur 20-24 tahun, 68.5% adalah belum berkahwin pada tahun 2000 berbanding dengan 60.2% pada tahun 1991.

Corak yang sama juga dapat dilihat di kalangan lelaki dan perempuan dalam kumpulan 25-34 tahun.

Kecenderungan lelaki dewasa untuk berkahwin pada umur lewat dapat dilihat daripada umur min perkahwinan daripada 28.2 tahun pada tahun 1991 kepada 28.6 tahun pada tahun 2000, manakala bagi perempuan pula min ini meningkat daripada umur 24.7 tahun kepada 25.1 tahun pada tempoh yang sama. Bagi semua kumpulan etnik di setiap negeri di Malaysia, lelaki cenderung untuk berkahwin pada umur yang lebih lewat berbanding perempuan. Adalah diperhatikan bahawa lelaki pada

(20)

7

umumnya berkahwin pada umur melebihi sedikit 3 tahun terkemudian daripada perempuan.

Kebahagiaan dalam perkahwinan merupakan impian semua orang, namun untuk memilikinya seseorang itu perlu berusaha mengekalkan kehidupan yang harmoni, sayang-menyayang antara satu sama lain dan menjalankan peranan masing- masing sebagai suami dan isteri.

1.3 Objektif Kajian

Objektif am

1. Mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan di kalangan jururawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak.

Objektif khusus

1. Mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan komunikasi.

2. Mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan pencapaian peranan.

3. Mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan pencapaian tugasan.

4. Mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina dengan self- esteem.

5. Mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkahwinan dengan self-esteem.

(21)

8 1.4 Kerangka Konseptual

Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar

Rajah 1: Hubungan di antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan: Satu kajian di kalangan jururawat Hospital Umum Kuching, Sarawak.

Kerangka konseptual ini dibentuk untuk mengenalpasti hubungan di antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan di kalangan jururawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Merujuk kepada rajah di atas, pembolehubah tidak bersandar terdiri daripada dua (2) bahagian. Bahagian satu ialah faktor demografi yang terpilih termasuklah jantina dan tempoh perkahwinan. Manakala bahagian kedua ialah perhubungan perkahwinan iaitu komunikasi, pencapaian peranan dan pencapaian tugasan. Pembolehubah bersandar pula terdiri daripada self-esteem.

Faktor Demografi

 Jantina

 Tempoh perkahwinan

self-esteem

Perhubungan Perkahwinan

 Komunikasi

 Pencapaian peranan

 Pencapaian tugasan

(22)

9

Kedua-dua bahagian pembolehubah tidak bersandar ini akan mempengaruhi pembolehubah bersandar.

1.5 Hipotesis Kajian

Ho 1: Tiada hubungan yang signifikan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan di kalangan jururawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak.

Ho 2: Tiada hubungan yang signifikan antara self-esteem dengan komunikasi.

Ho 3: Tiada hubungan yang signifikan antara self-esteem dengan pencapaian peranan.

Ho 4: Tiada hubungan yang signifikan antara self-esteem dengan pencapaian tugasan.

Ho 5: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina dengan self-esteem.

Ho 6: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkahwinan dengan self-esteem.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberi kepentingan kepada beberapa pihak iaitu kepada individu kajian (jururawat), organisasi, bidang kaunseling, dan penyelidik akan datang.

Responden kajian ini terdiri daripada golongan lelaki atau golongan wanita yang bekerja sebagai jururawat. Maka kajian ini memberi kepentingan kepada mereka untuk mengenalpasti self-esteem terhadap kepuasan kerja mereka.

Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu jururawat-jururawat supaya lebih memahami serta mengetahui tentang self-esteem mereka dalam perhubungan perkahwinan mereka. Jika mereka mempunyai self-esteem yang rendah dalam

(23)

10

perkahwinan atau kerjaya mereka maka mereka boleh memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut sebelum sesuatu yang tidak baik dan tidak diingini berlaku dalam perkahwinan atau kerjaya mereka. Hasil kajian ini dapat membantu para jururawat mengekalkan kehidupan yang bahagia dalam perkahwinan mereka.

Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan atau panduan kepada pihak Hospital Umum Kuching, Sarawak untuk memberi motivasi, ceramah serta bengkel dan latihan kepada para jururawat supaya dapat meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan mereka kepada orang yang memerlukannya. Jika semua program yang dirancang oleh pihak hospital bersesuaian dengan masalah self-esteem dan masalah perhubungan perkahwinan yang dihadapi oleh para jururawat, maka mereka dapat memberi hasil kerja yang lebih baik. Secara tidak langsung, cara ini dapat meningkatkan imej hospital sebagai tempat pilihan utama masyarakat untuk mendapat rawatan.

Hasil kajian ini juga penting dalam dunia kaunseling. Di mana, hasil kajian yang telah dibuat dapat membantu kaunselor menyedari masalah klien dengan lebih mendalam dan jelas terutamannya klien yang menghadapi masalah self-esteem yang rendah dalam perkahwinan atau kerjaya mereka. Jadi, kaunselor dapat mengambil teknik dan menggunakan kemahiran kaunseling yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah klien. Hasil kajian ini dapat membantu melancarkan proses sesi kaunseling. Secara tidak langsung, ia membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kaunseling.

Kajian ini dijalankan untuk membantu penyelidik yang lain menjalankan kajian terhadap self-esteem dan perhubungan perkahwinan yang berlaku di antara dua (2) jantina yang berlainan iaitu lelaki dan perempuan. Hasil kajian ini boleh dijadikan satu rujukan atau panduan kepada mereka. Selain itu, pengkaji berharap

(24)

11

kajian ini dapat menyalurkan sebar sedikit pengetahuan kepada penyelidik yang akan datang berkaitan dengan tingkahlaku manusia dalam organisasi.

Sebagai kesimpulannya, kajian yang dijalankan ini dapat membantu semua pihak untuk mengetahui dan mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan.

1.7 Definisi Kajian

1.7.1 Self-esteem

Konseptual: Self-esteem membawa maksud keyakinan diri, harga diri dan maruah diri. Ia termasuklah menghormati orang lain sama seperti menghormati diri sendiri dan mempunyai perasaan hormoni dan aman dalam diri (Palladino, 1994). Menurut Harter(1998), self-esteem bermaksud nilai yang diletak oleh individu terhadap identitinya.

Operasional: Dalam konteks ini, self-esteem bermaksud keyakinan diri seseorang dalam melakukan sesuatu samada di tempat kerja atau di rumah.

1.7.2 Perhubungan perkahwinan

Konseptual: Charles (1995) berpendapat bahawa perkahwinan membawa maksud satu identiti baru bagi lelaki dan perempuan serta mendidik dan membela anak-anak.

Perkahwinan ini akan disokong dan dijaga di bawah undang-undang dan polisi sosial (dalam Lauer dan Lauer, 2004). Menurut Khavari (1993), perkahwinan adalah satu perjanjian, di mana dua (2) individu yang berlainan jantina saling menghormati, memberi layanan yang adil dan sayang-menyayang antara satu sama lain untuk mengekalkan perkahwinan yang bahagia.

Referensi

Dokumen terkait

Dari pengolahan data dan analisis yang sudah dilakukan dapat ditarik kesimpulan bahwaperencanaan proyek Very Low Pressure Phase-II menggunakan metode Critical Chain

Sedangkan data primer bersumber dari wawancara yang dilakukan terhadap Kepala Badan pada SKPD KB, Anggota Legeslatif, dan Ketua/Pengurus Perkumpulan Keluarga

Upaya-upaya yang dilakukan dalam mewujudkan implementasi kebijakan Rencana Tata Ruang Wilayah dalam Penyediaan Ruang Terbuka Hijau di Kota Administrasi

Sistem multimedia yang digunakan dalam produksi film dokumenter “Wanita Tangguh” dengan kamera DSLR berbasis multimedia ini, terdiri dari teknologi multimedia dan aplikasi

Sedangkan Rencana Program dan Kegiatan Pengembangan Keuangan Kabupaten Wonogiri Tahun 2012-2016 yang terdiri dari Program Peningkatan Kemampuan Keuangan Daerah,

Melalui tema ini, kita diajak untuk dapat membaca teks Kitab Wahyu secara benar dan dapat mengerti pemahaman tentang akhir zaman menurut Wahyu, sehingga dapat

Indonesia (Nasional-Propinsi-Kabupaten/Kota-Tapak/KPH), Membahas langkah-langkah tindak lanjut untuk “linking” SIS- REDD+ nasional dengan Sistem Informasi Kehutanan di Propinsi

Dalam penelitian ini, penulis menganalisis tentang konstruksi realitas sosial tenaga kerja wanita yang bekerja di Hongkong yang terdapat di dalam film Minggu