• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

F a kulti Sains Kognit if dan Pemb angunan Manusia

KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNlKASI (leT) KEATAS KESEIMBANGAN KERJA-KEHIDUPAN DALAM

KALANGAN EKSEKUTIF DI SEKTOR SWASTA

Nuryushana Bt. Mohd. Rashid

Sarjana Sains

(Pembangunan Sumber Manusia)

2014

(2)

KESANPENGGUNAANTEKNOLOGI~UMATDAN

KOMUNIKASI (lCT) KEATAS KESEIMBANGAN KERJA­

'"

KEHIDUPAN DALAM KALANGAN EKSEKUTIF DI SEKTOR SWASTA

NURYUSHANA BINTI MOHD. RASlllD

Projek ini merupakan salah sa!U keperluan untuk

Ijazah Sarjana Sains

(Pembangunan Swnber Manusia)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2014

(3)

UNIVERSITY MALAYSIA SARA W AK

Grade:

A~

Please tick

(--I)

Final Year Project Report

§

Master PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the 30th day of October 2014.

Student's Declaration:

I, NURYUSHANA BINTI MOHD. RASllD (13030208) of Faculty of Cognitive Sciences And Human Development hereby declare that the work entitled, The Effects of ICT on Work-Life Balance Among Executive in the Private Sector is my original work. I have not copied from any other student's work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. •

30th October 2014 Nuryushana Binti Mohd. Rashid (13030208)

Supervisor's Declaration:

I, Dr. Surena Sabil hereby certifies that the work entitled, The Effects of ICT on Work­

Life Balance Among.. Executive in the Private Sector was prepared by the above named student, and was submitted to the "FACUL TY" as partial/full fulfillment for the confennent of Master of Sciences (Human Resource Development) and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.

Received for examination by: Dr. Surena Sabil

(4)

I declare this Projectlfhesis is classified as (Please tick (~) :

~ CONFIDENTIAL (Contains Confidential information under the official Secret Act

1972)* ~

~ RESTRICTED (Contain restricted information as specified by the organization where research was done)

*

!;;z1

OPEN ACCESS

Validation of Projectffhesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared that this said ProjectlThesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:

• This ProjectlThesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to dignities the content to for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the ProjectlThesis for the academic exchange between Higher Learning Institute.

• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Projectlfhesis once it becomes sole property ofUNIMAS.

• This Projectlfhesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student's signature:

~

Supervisor's signature:---4bbl·

~!..!..%. .

_ '_ _ __

~

Notes:

*

If the Projeetrrhesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attached together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument was duly prepared by the Centre for Academic Information Services]

(5)

,... ,...

I

PENGHARGAAN

"

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Yang Maha Kuasa dengan segala kebesaranNya. Berkat keizinanNya, maka tesis ini dapat disempumakan dengan baik. Alhamdulillah. Saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung sepanjang tesis ini disempumakan.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Surena Sabil atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak berbelah bagi. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua informan yang terlibat sepanjang saya menjalankan tesis

IDI.

Kepada insan yang teristimewa ibu dan bapa tersayang, terima kasih atas doa dan segal a jasamu selama ini. Kepada ahli keluarga, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang kalian. Terima kasih atas segala-galanya.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan, perjuangan bersama kalian adalah amat bermakna dalam hidup ini. Semoga persahabatan ini akan kekal abadi selamanya.

"

Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah S.W.T mudah-mudahan tesis ini dapat memberi faedah kepada kita semua. InsyaAllah.

\

Nuryushana Bt. Mohd. Rashid

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak .

.

~

(6)

,...

I

ABSTRAK

KESAN PENGGUNAAN leT KEATAS KESEIMBANGAN KERJA­

KEHIDUPAN DALAM KALANGAN EKSEKUTIF DI SEKTOR SWASTA

Kajian ini bertujuan bagi memperoleh kefahaman berkenaan dengan kesan leT keatas keseimbangan kerja-kehidupan dalam kalangan eksekutif di sektor swasta. Spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan positif dan negatif leT ke atas keseimbangan kerja-kehidupan serta strategi dalam mencapai keseimbangan kerja­

kehidupan melalui penggunaan ICT. Kaedah kajian kualitatif telah digunapakai dalam kajian ini dengan menjalankan temubual separa berstruktur keatas tiga (3) orang informan yang telah dipilih melalui persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kesan positif leT keatas keseimbangan kerja-kehidupan adalah terutamanya dari sudut fleksibiliti, memudahkan kerja dan juga mempercepatkan komunikasi. Bagi kesan negatif pula, kajian mendapati bahawa leT memberikan kesan keatas kesihatan mental dan fizikal, menjurus kepada bekerja lebih masa dan sekaligus menyebabkan peningkatan tuntutan kerja. Hal ini terjadi disebabkan tiada lagi wujudnya sempadan masa dan ruang antara kehidupan kerja dan juga kehidupan peribadi. Antara strategi bagi mencapai keseimbangan kerja-kehidupan melalui penggunaan leT yang dikenalpasti melalui kajian ini adalah dari segi aspek pekerja itu sendiri dan juga

p'

organisasi yang terlibat.

(7)

I

ABSTRACT

THE EFFECTS OF ICT ON WORK-LIFE BALANCE AMONG EXECUTIVE IN THE PRIVATE SECTOR

( This study aims to gain an insight into the effects of leT on work-life balance among

executive in the private sector. Specifically, this study intends to identify positive and negative effects ofleT on work-life balance and also to determine strategies in achieving work-life balance through leT. Qualitative research method was used in this study and the data was collected through semi-structured interview that has been done with three (3) informants The results of this study revealed that among the positive effects of leT on work-life balance are in term of its flexibility, facilitate works and also speed up the communications. In terms of negative effects, leT lead to poor mental and physical health, work overload and also increment in work demands. This situation happened because there is no more time and space -boundary between personal and professional life. Among strategies in order to achieve work-life balance through the use of leT identified from this study are related with the organizations involved and employees themselves.

(8)

- -

BABl 1.0 1.1 1.2 1.3

1.4 1.5 1.6 1.7

1.8

Pusat Khidmat MakJumat Akadem ik.

UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK

SENARAJ lSI KANDUNGAN

SENARAI lSI KANDUNGAN RUJUKAN

LAMPlRAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL

PENGENALAN Pengenalan

Latar belakang kajian Penyataan masalah Objektif kaj ian

1.3.10bjektifumum 1.3.2 Objektif khusus Persoalan kajian

Kepentingan dan sumbangan kajian Batasan kajian

Takrif istilah

..

1.7.1 Keseimbangan kerja-kehic.iupan

1.7.2 Teknologi Komunikasi dan Maklumat (leT) 1.7.3 Strategi

Rumusan

1-111

IV

IV

iv

V

1 1 4 7 7 7 8 8 9 9 9 10 10 11

J

(9)

I

,...

BAB2 KAJIAN LITERA TUR

2.0 Pengenalan 12

2.1 Kesan ICT keatas keseimbangan kerja-kehidupan 2 2.1.1 Kesan negatiflCT keatas keseimbangan 12

Kerja-kehidupan

2.l.2 Kesan positifICT keatas keseimbangan 14 Kerja-kehidupan

2.2 Teori Sempadan Kerja-Keluarga 15

I'

2.3 Dapatan kajian lepas 16

2.4 Rumusan 19

BAB3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 20

3.1 Reka bentuk kajian 20

3.2 Populasi, sampel dan persampelan 21

3.2.1 Populasi 22

3.2.2 Sampel 22

3.3.3 Persampelan 23

3.3 Instrumen kajian 24

3.4 Kajian rintis 26

3.4.1 Profil demografi informan bagi kajian rintis 27

,'

3.4.2 Dapatan kajian bagi kajian rintis 27

3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan 32

3.5.1 Kajian rintis 32

3.5.2 Borang persetujuan informan 32

3.5.3 Proses merekod temubual 33

3.5.4 Kejelasan soalan 33

3.6 Etika kajian 33

3.7 Prosedur analisis data 34

3.8 Rumusan 35

11

(10)

,....

DAB 4 4.0 4.1 4.2

4.3

DABS

5.0 5.1 5.2

5.3

I

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan 36

Profit demografi informao ., 36

37 Dapatan dan perbincangan

4.2.1 Kesan positifICT keatas keseimbangan 38 Kerja-kehidupan

48 Kerja-kehidupan

4.2.2 Kesan negatifICT keatas keseimbangan

4.2.3 Strategi bagi mencapai keseimbangan 58 Kerja-kehidupan

Rumusan 66

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengenalan 68

Kesimpulan 68

Cadangan 69

.

5.2.1 Cadangan bagi kajian masa hadapan 69 5.2.2 Cadangan bagi pengamal sumber manusia 69 5.2.3 Cadangan kepada organisasi 70 5.2.4 Cadangan kepada pembuat polisi 71

Rumusan 71

111

(11)

RUJUKAN 72

LAMPIRAN

A Borang persetujuan informan 75

B Soalan temubual 76

SENARAI RAJAH Rajah 3.4.2.1

Rajah 3.4.2.2

Rajah 3.4.2.3

Rajah 4.2.1 Rajah 4.2.1.1 Rajah 4.2.1.2 Rajah 4.2.1.3 Rajah 4.2.2 Rajah 4.2.2.1 Rajah 4.2.2.2 Rajah 4.2.2.3 Rajah 4.2.3 Rajah 4.2.3.1 Rajah 4.2.3.2 Rajah 4.2.4

Kesan negatiflCT keatas keseimbangan kerja-kehidupan 28 (Kajian rintis)

Kesan positiflCT keatas keseimbangan kerja-kehidupan 29 (Kajian rintis)

Strategi dalam mencapai keseirnbangan kerja-kehidupan 31 (Kajian rintis)

Kesan positiflCT keatas keseimbangan kerja-kehidupan 38

Kesan positiflCT keatas aspek kerja 39

Kesan positiflCT keatas aspek keluarga 43 Kesan positif ICT keatas aspek personal 45 Kesan negatiflCT keatas keseimbangan kerja-kehidupan 48

Kesan negatiflCT keatas aspek kerja 49

Kesan negatiflCT keatas aspek keluarga 52

tI

Kesan negatif ICT keatas aspek personal 55 Strategi dalam mencapai keseimbangan kerja-kehidupan 58

Strategi bagi individu 59

Strategi bagi organisasi 61

Model: ICT dan keseimbangan kerja-kehidupan 65

IV

(12)

SENARAI JADUAL

JaduaJ 3.4.1 Profit demografi informan bagi kajian rintis 27

,.j~

Jadual4.1 Profit demografi informan 36

\

v

(13)

BABI

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Bah ini membincangkan mengenai latar belakang kajian, penyataan masalah yang menerangkan tentang faktor-faktor kepada pelaksanaan kajian ini, objektif atau matlamat kajian dijalankan dan juga persoalan kajian. Selain itu, bab ini juga rnembincangkan mengenai kepentingan dan sumbangan kajian, batasan kajian serta takrifistilah yang digunakan. Dalam kajian ini, penggunaan istilah ICT (Information

and Communication Technology) merujuk kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau singkatannya ICT, digunakan dalam keseluruhan kajian.

1.1 Latar Belakaog Kajiao

Keseimbangan kerja-kehidupan didefinisik~ sebagai kawalan seseorang individu terhadap tempat kerja, keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri (Dubey, Saxena, &

Bajpai, 2010). Menurut Ali & Ahmed (2013) pula, keseimbangan-kerja kehidupan merupakan amalan pekerjaan yang wujud sekiranya terdapat keseimbangan dalam kehidupan pekerja iaitu keseimbangan antara kerja dan tanggungjawab yang dipikul luar daripada lingkungan kerja. Kebanyakkan pekerja pada masa kini lebih mengharapkan bahawa adanya sempadan yang jelas antara aspek kerja dan juga

aspek diluar lingkungan kerja (Chesley, 2005). Namun begitu, penggunaan ICT seperti internet, e-mel, komputer riba dan peranti komunikasi mudah alih seperti

telefon bimbit telah menyebabkan pekerja mampu diakses 2417 dan sekaligus menyebahkan sempadan antara dua aspek ini sukar untuk diwujudkan (Leung, 2011).

1

(14)

Dewasa ini, penggunaan ICT merupakan aspek yang penting dalam kehidupan

masyarakat global serta menjadi tren budaya kerja semasa. Menurut Derks dan

.,

Bakker (2010), dengan kebimbangan terhadap kesan ICT keatas kemerosotan kualiti

kerja dan kehidupan, konsep keseimbangan kerja-kehidupan telah mendapat perhatian daripada pekerja, majikan, serta pembuat dasar awam. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengetahui dan mengkaji kesan sebenar ICT terhadap keseimbangan kerja-kehidupan pekerja pada masa kini.

Walaubagaimanapun, hubungan sebenar antara ICT dan keseimbangan kerja­

kehidupan adalah tidak semudah yang difikirkan. Jni adalah kerana walaupun membantu dari segi komunikasi dan fleksibiliti misalannya, penggunaan ICT tidak

memberikan jaminan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi kerana pekerja akan lalai jika mereka tidak mengingatkan diri mereka sendiri dari masa ke semasa (Tennakoon, 2007).

Menurut Sylvain (2011) pula, aspek-aspek negatifICT tidak timbul kerana ICT itu sendiri, tetapi kerana budaya pengurusan dalam sesebuah organisasi. Terdapat

dalam kalangan pekerja yang menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit untuk urusan kerja di luar waktu pejabat. Ini adalah kerana majikan, penyelia

ataupun pelanggan mereka mengharapkan respon yang segera daripada mereka dan sekaligus mening~atkan tuntutan kerja (Schauf eli & Bakker, 2004). Ini secara tidak langsung mengganggu keseimbangan kerja-kehidupan para pekerja kerana mereka

.

sentiasa diharapkan agar memberi respon sepantas yang mungkin meskipun berada diluar waktu pejabat.

2

--- - ---4

(15)

Satu basil kajian yang diperoleh melalui kajian yang dilakukan oleh enjin pencarian pekerjaan dalam talian, JobStreet.com mendapati bahawa 54 peratus (54%) daripada responden yang terdiri daripada pekerja diseluruh negara yang mengambil bahagian daIarn kajian tersebut masih menerima arahan daripada ketua masing-masing meskipun sedang bercuti (Dtusan Online, 2013). Ini menunjukkan bahawa dengan adanya ICT seperti telefon, e-mail dan aplikasi online media sosial (WhatsapplWe Chat) dan sebagainya telah menyebabkan pekerja lebih mudah untuk dihubungi serta mengganggu kehidupan personal mereka.

Ini dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Adetayo et al. (2011) iaitu

mereka berpendapat bahawa ICT sememangnya telah menyebabkan proses komunikasi menjadi lebih mudah dan pantas serta menyebabkan pekerja tidak mempunyai keseimbangan kerja-kehidupan kerana mereka harns bekerja meskipun berada di luar lingkungan waktu bekerja.

lsu berkaitan dengan penggunaan ICT dan keseimbangan kerja-kehidupan ini juga dapat dikaitkan dengan hasil kajian global yang dijalankan oleh Accenture pada tallUD 2013 (Accenture, 2013). Accenture telah menjalankan kajian secara dalam talian keatas 4,100 eksekutif pemiagaan di seluruh 33 negara untuk mendapatkan maklumat berkenaan hal ini. Satu siri keputusan mendapati bahawa sebanyak 78 peratus (78%) dappada responden bersetuju bahawa I CT membolehkan mereka menjadi lebih fleksibel dengan jadual mereka. Walaubagaimanapun, sebanyak 70 peratus (70010) daripada responden juga bersetuju bahawa ICT membawa kerja ke dalam kehidupan peribadi mereka.

3

(16)

Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua keputusan bertentangan antara satu sarna lain. Hal ini menimbulkan persoalan sarna ada ICT

~

benar-benar membantu dalam mengimbangi kerja dan kehidupan personal para pekerja ataupun sebaliknya.

1.2 Penyataan Masalah

Menurut Sylvain (2011), tidak banyak kajian yang dijalankan bagi mengupas isu berkenaan ICT dan keseimbangan kerja-kehidupan. Tambahan pula, kesemua jumal dan kajian lepas yang digunakan dalam kaj ian ini merupakan sumber dari luar negara. Ini mungkin kerana isu berkaitan ICT dan keseimbangan kerja-kehidupan

masih terlalu bam untuk dikaji secara meluas. Namun begitu, kesan ICT keatas keseimbangan kerja-kehidupan harns diberi perhatian memandangkan ia melibatkan isu berkenaan kualiti kehidupan professional dan personal seseorang pekerja (Leung, 2011).

Dengan meningkatnya kebimbangan dan kesedaran mengenai kesan kualiti kehidupan dan keluarga keatas pelbagai masalah sosial, konsep keseimbangan kerja­

kehidupan telah mendapat perhatian (Tennakoon, 2007). Atas dasar itu, adalah amat penting bagi mengenalpasti kesan sebenar ICT keatas keseimbangan kerja­

kehidupan dalam kalangan pekerja. Selain daripada itu, kajian literatur berkaitan dengan ICT dan 'kesannya keatas keseimbangan kerja-kehidupan Iebih menyentuh mengenai kesan negatif ICT berbanding kesan positifnya. Sebagai contoh, Lowry dan Moskos (2005) misalannya menyatakan bahawa antara perubahan besar I CT

keatas budaya kerja sesebuah organisasi adalah dalam peningkatan mobiliti dan fleksibiliti pekerja.

4

(17)

Pusat Kh idmat M akJumat

kaul'rnik UNIVERSm MALAYSIA SAKAWA)(

Kesan ICf keatas fleksibiliti dan mobiliti telah mewujudkan keupayaan untuk menghubungi pekerja di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan peningkatan tuntutan kerja dan tekanan dalam diri pekerja. Situasi ini

"

terjadi disebabkan tiada lagi wujudnya sempadan masa dan ruang antara k~hidupan

kerja dan juga kehidupan peribadi (Tennakoon, 2007). Ini menunjukkan cabaran yangjelas keatas pengguna ICT dalam kalangan pekerja khususnya.

Selain daripada itu juga, ICT telah menyebabkan kurangnya komunikasi secara bersemuka (face-to-face) dalam kalangan pekerja dan menyebabkan mereka mempunyai hubungan yang tidak erat serta mudah terdedah dengan konflik (Derks

& Bakker, 2010). Konflik. yang terjadi akan menyebabkan pekerja kurang bermotivasi, tertekan serta boleh menjurus kepada ketidakseimbangan kerja­

kehidupan (Roberts, 2007). Penurunan tahap motivasi serta peningkatan tahap tekanan dalam diri pekerja merupakan satu masalah yang serius memandangkan ia bukan sahaja memberi kesan negatif keataS individu yang terlibat, malahan ia turut memberi kesan negatifkepada organisasi.

Walaubagaimanapun, kesan penggunaan ICT keatas keseimbangan kerja-kehidupan turut memberikan kesan yang positif contohnya dalam kajian oleh Sylvain (2011) iaitu beliau menyatakan bahawa teknologi merupakan sesuatu yang sangat memudahkan aspek kerja dan kehidupan pekerja. Ini adalah kerana ICT memberikan lebih banyak kesan positif berbanding kesan negatif keatas pekerja khususnya ibubapa. Sebagai contoh, jika pekerja tersebut sudah berkeluarga serta mempunyai anak, pekerja tersebut boleh menyelesaikan tugasan kerja dari rumah jika ia memerlukan mereka berbuat demikian sekiranya tugasan tersebut diminta disiapkan dengan kadar yang segera (Chesley, 2005).

5

(18)

Menurut Hayman (2009), leT memberikan fleksibiliti kepada pekerja kerana mereka boleh menyelesaikan tugasan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana

~aserta memberikan mereka peluang untuk menguruskan masa mereka sendiri.

Ini memberikan kebebasan kepada pekerja dalam aspek pegurusan masa kerana mereka mampu untuk menyiapkan tugasan mengikut kelapangan masa, keutamaan dan keselesaan mereka.

Strategi bagi mencapai keseimbangan ketja-kehidupan melalui penggunaan leT juga harus diberi penekanan kerana menurut Adetayo et aI. (2011), ia adalah bagi memastikan peketja sentiasa menunjukkan prestasi ketja yang baik, meningkatkan kepuasan ketja mereka serta sekaligus menyumbang kepada keseimbangan ketja­

kehidupan yang sihat. Strategi yang digariskan oleh organisasi haruslah menjurus kepada perubahan dan transformasi serta memberi penekanan terhadap penyelesaian keatas isu peningkatan tuntutan dan beban kerja yang wujud akibat kesan leT itu sendiri (Sylvain, 2011).

Setiap individu dan organisasi harus mempraktikkan strategi yang bersesuaian dengan situasi dan bidang pengkhususan bagi memastikan strategi terse but berkesan dalam membantu dari segi aspek keseimbangan kerja-kehidupan peketja mereka.

Berdasadc.an kepada penyataan masalah yang telah dikemukakan, persoalan yang wujud akibat daripada isu ini adalah sarna ada para pekerja mampu mencapai keseimbangan kerja-kehidupan dengan wujudnya ICT dalam amalan ketja mereka atau adakah pekerja mendapati bahawa ianya amat sukar untuk menguruskan masa antara kehidupan peribadi dan ketja serta sekaIigus menyumbang kepada ketidakseimbangan kerja-kehidupan. Dapatan kajian yang diperoleh oleh pengkaji­

6

(19)

pengkaji terdahulu iaitu Sylvain (2011), Tennakoon (2007) serta Lowry dan Moskos (2005) adalah tidak konsisten dan berbeza mengikut bidang pengkbususan pekerja

".

eksekutif dan organisasi yang dikaji oleh mereka. Oleh atas dasar itulah, kajian ini telah dijalankan sebagai satu percubaan untuk lebih memahami kesan ICT terhadap keseimbangan kerja-kehidupan pekerja eksekutif di sebuah organisasi dalam sektor swasta serta strategi yang diperlukan oleh eksekutif dan organisasi yang dikaji dalam mencapai keseimbangan kerja-kehidupan melalui penggunaan ICT. Melalui dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji dapat mengenalpasti sarna ada dapatan kajian ini lebih menjurus kepada kesan positifatau negatifICT keatas keseimbangan kerja-kebidupan serta strategi yang diperlukan bagi mencapai keseimbangan kerja­

kehidupan melalui penggunaan I CT.

1.3 ObjektifKajian

Objektif bagi kajian ini terdiri daripada satu objektif umum danbeberapa objektif khusus.

1.3.10bjektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah bagi mengkaji kesan ICT keatas keseimbangan kerja-kebidupan dalam kalangan pekerja eksekutif di sektor swasta

1.3.1 ObjektifKhusus

Objektifkhusus bagi kajian ini adalah: .

1. Bagi menerokai kesan positiflCT ke atas keseimbangan kerja-kehidupan 2. Bagi menerokai kesan negatifICT ke atas keseimbangan kerja-kehidupan 3. Bagi mengenalpasti strategi yang diperlukan dalam mencapai keseimbangan

kerja-kehidupan melalui penggunaan ICT 7

(20)

1.4 Persoalan Kajian

8agi mencapai objektifkajian, persoalan kajian seperti yang berikut telah dibuat:

1. A pakah kesan positifICT ke atas keseimbangan kerja-kehidupan?

2. Apakah kesan negatiflCT ke atas keseimbangan kerja-kehidupan?

3. Apakah strategi yang diperlukan dalam mencapai keseimbangan kerja­

kehidupan melalui penggunaan ICT?

1.S Kepentingan dan Sumbangan Kajian

Kepentingan dan sumbangan kajian ini berkenaan pengetahuan ialah diharapkan ia dapat memberi maklumat berhubung dengan kesan positif dan negatif ICT terhadap

keseimbangan kerja-kehidupan pekerja. Kajian ini juga adalah untuk menambah pengetahuan berkenaan dengan strategi bagi mencapai keseimbangan kerja-kehidupan melalui penggunaan I CT.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan terhadap mutu amalan kerja yang lebih teratur serta terurus dalam kalangan pekerja. Menerusi objektif kajian yang ketiga iaitu bagi mengenalpasti strategi dalam mecapai keseimbangan kerja-kehidupan melalui penggunaan ICT, diharapkan strategi-strategi tersebut dapat dijadikan panduan serta dipraktikkan oleh para pekerja dan juga organisasi. Oleh kerana kekurangan kajian berkenapl dengan kesan ICT keatas keseimbangan kerja-kehidupan para pekerja khususnya di Malaysia, kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengisi jurang berkenaan. Kajian ini juga diharapkan agar dapat menjadi panduan bagi kajian di masa hadapan. serta boleh dibuat penambahbaikan sarna ada dari segi metodologi, instrumen kajian dan sampel yang digunakan.

8

(21)

Melalui dapatan kajian dan cadangan yang diusulkan dalam kajian ini, diharapkan kajian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang boleh digunapakai sebagai garis panduan kepada organisasi dalam membuat polisi berkenaan dengan penggunaan leT bagi membantu pekerja dalam mencapai keseimbangan kerja-kehidupan.

Memandangkan para pekerja merupakan aset yang penting bagi sesebuah organisasi, organisasi seharusnya mengambil langkah atau polisi yang strategik dalam memastikan pekerja mencapai keseimbangan kerja-kehidupan seiring dengan penggunaan leT.

1.6 Batasan Kajian

Antara batasan bagi kajian ini adalah dari sudut penggunaan sampel kajian memandangkan sarnpel bagi kajian ini hanya melibatkan pekerja eksekutif di sektor swasta sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak menggambarkan fenomena keseluruhan eksekutif di sektor swasta terhadap kesan leT keatas keseimbangan kerja-kehidupan mereka. Kajian ini juga hanya dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dimana instrumen kajiannya adalah temubual separa berstruktur sahaja. Kaedah kuantitatiftidak digunakan didalam kajian ini dan dicadangkan untuk kajian yang akan datang.

1.7 Takriflstilah

Istilah yang digunakan dalam kajian Inl ditakrifkan secara konseptual dan juga operasional.

1.7.1 Keseimbangan kerja-kehidupan

DaIam konteks konseptual, menurut Lakshmi & Gopinath (2013), keseimbangan kerja­

kehidupan bukan bermaksud keseimbangan yang sarna rata tetapi ianya bermaksud

9

(22)

kapasiti atau kebolehan dalam menguruskan masa antara kehidupan personal dan profesional agar menjalani hidup yang lebih sihat dan tenang.

Dalam konteks operasional pula, keseimbangan kerja-kehidupan bemaksud keselarasan antara aspek kerja dan aspek kehidupan/keluarga apabila pekerja terbabit berjaya menyelaraskan masa kerja dan masa peribadinya dengan baik.

7.2 Teknologi maklumat dan komunikasi (leT)

Dalam konteks konseptual, Teknologi maklumat dan komunikasi atau leT bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, dan penyebaran maklwnat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi (Lowry &

Moskos, 2005).

Dalam konteks operasionai, leT adalah merujuk kepada internet, e-mel, komputer, komputer riba, dan juga peranti komunikasi mudah alih seperti telefon bimbit dan telefon pintar yang digunakan oleh pekerja semasa dan diluar waktu kerja.

1.7.3 Strategi

Dalam konteks konseptual, strategi merupakan satu pelan tindakan yang efektif bagi mencapai matlamat jangka panjang ataupun penyelesaian kepada sesuatu perrnasalahan (Fairholrn, 2009).

Dalam konteks operasional, strategi merupakan satu pelan tindakan ataupun langkah­

langkah yang diambil oleh pekerja dan juga organisasi dalam mencapai matlamat yang diingini. Matlamat dalam konteks kajian ini adalah keseimbangan kerja­

kehidupan. Ini bermaksud dalam kajian ini, strategi yang ingin dikenalpasti adalah strategi bagi mencapai keseimbangan kerja-kehidupan melalui penggunaan leT.

10

(23)

Rumusan

Secara amnya, bab ini menjelaskan secara ringkas mengenai latar belakang kajian, penyataan rnasalah, objektifkajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan juga takrif istilah. Dalam bab yang seterusnya, kajian literatur serta sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan isu leT dan keseimbangan kerja-kehidupan akan dibincangkan.

11

(24)

DAD 2

KAJIAN LITERATUR

Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai kajian literatur yang relevan dengan topik kajian iaitu mengenai kesan ICT terhadap keseimbangan kerja-kehidupan, teori yang terlibat serta dapatan kajian lepas.

2.1 Keaan ICT terhadap keseimbangan kerja-kehidupan pekerja

Dalam kajian . ini, isu yang paling penting dan harus diketengahkan bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci terhadap objektif yang ingin dicapai adalah isu berkenaan kesan ICT terhadap keseimbangan kerja-kehidupan. Menurut Tennakoon (2007), ICT memberikan kesan positif dan negatif terhadap keseimbangan kerja­

kehidupan bergantung kepada cara seseorangpekerja itu sendiri dalam menguruskan kerja dan kehidupannya.

2.1.1 Kesu negatiC ICT terhadap keseimbangan kerja-kehidupan pekerja

Menurut Lowry & Moskos (2005), individu pada masa kini menggunakan ICT terlalu kemp sehingga menyebabkan keseimbangan kerja-kehidupan goyah dan gagal diurus dengan baik. Meskipun ICT bertujuan untuk menjadikan urusan menjadi lebih efisien serta mudah, ramai pekerja yang mempunyai pengalaman sendiri berhubung dengan isu ICf berpendapat bahawa ICT menyebabkan kepada peningkatan tekanan (Chesley, 2(05). Tekanan perasaan yang wujud akibat daripada aspek fleksibiliti dan mobiliti ICT seperti peranti mudah alih misalannya menyebabkan pekerja mudah untuk dihubungi atas urusan kerja meskipun berada di luar waktu pejabat.

. 12

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini juga melihat perkaitan antara self-esteem dengan elemen perhubungan perkahwinan iaitu komunikasi, pencapaian peranan dan pencapaian tugasan, termasuk

Melalui kajian ini, pengkaji cuba untuk m em ahami dengan lebih mendalam mengenai faktor yang mempengaruhi perkembangan kerjaya wanita berkeluarga iaitu faktor yang

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Cottrell (2000), dalam kajiannya yang bertajuk Employment Relations Today, menyatakan bahawa faktor utama ya n g dikenalpasti

Keputusan kajian menunjukkan kategori masalah pekerja tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi terhadap perkhidmatan kaunseling sama ada di kalangan

Operasional : Merujuk kepada ciri-ciri personaliti yang dipilih dalam kajian ini iaitu ciri personaliti ekstrovet, ketahanan, mengawal, menolong, agresif, autonomi,

Justeru dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat sama ada wujudnya perkaitan di antara emosi seorang kanak-kanak yang mengalami kemurungan dengan sokongan keluarga yang

Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauhmana kaunseling kelompok berstruktur dapat membantu meningkatkan Iagi kecerdasan emosi remaja lelaki yang mempunyai

SENARAI JADUAL Jadual : Halaman Keputusan Ujian Cronbach alpha Terhadap Instrumen Kajian Ukuran Ciri Personaliti Ukuran Pelakuan di Tempat Kerja Bilangan dan Peratusan Responden