• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAWATAN ISLAM DI NUSANTARA ANALISIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "RAWATAN ISLAM DI NUSANTARA ANALISIS"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

399

RAWATAN ISLAM DI NUSANTARA: ANALISIS TERHADAP PENGAMALAN KAEDAH RAWATAN YANG

MERAGUKAN



Khadher Ahmad1, Sedek Ariffin1, Thuraya Ahmad1 dan Norhasnira Ibrahim2

Abstrak: Dalam perkembangan semasa kini, didapati bahawa pertumbuhan pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” berkembang dengan pesat sekali sejajar dengan perkembangan teknologi kini. Hal ini memperlihatkan kepada permintaan terhadap rawatan berasaskan “tibb al-nabawi” kian mendapat perhatian ramai. Persoalannya, adakah perkhidmatan rawatan yang ditawarkan tersebut benar-benar berasaskan rawatan Nabawi? Melalui kajian di 23 pusat rawatan Islam di Malaysia, terdapat 20 kaedah dan pendekatan rawatan yang dipraktikkan dalam rawatan penyakit. Daripada 20 kaedah tersebut terdapat lapan kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai dalil nas yang jelas membenarkannya. Namun, dua daripadanya mempunyai dalil yang menunjukkan pengharam. Oleh itu, melalui metode deduktif, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci terhadap enam kaedah yang meragukan tersebut dan pada akhirnya menetapkan statusnya dari sudut hukum Islam semasa.

Kata Kunci: Rawatan Islam, Rawatan Alternatif, Nusantara, Pusat Rawatan Islam, Analisis.

PENGENALAN

Sambutan terhadap rawatan alternatif di Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan sejajar dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan alternatif yang tidak lagi berteraskan klinikal semata-mata seperti hospital dan klinik. Namun, pusat-pusat rawatan alternatif tersebut menggunakan pelbagai pendekatan dalam rawatan yang ditawarkan. Antaranya perubatan berasaskan doa-doa yang disebutkan rawatan Islam, perubatan homeopathy, perubatan aura (rekki), perubatan berasaskan warna (terapi warna), perubatan herba dan lain-lain lagi.

Demikian juga perubatan bertunjangkan kepada “rawatan Islam” yang didapati berkembang dengan pesat dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan Islam. Daripada penelitian yang dijalankan, pertumbuhan pusat rawatan Islam berlaku melalui beberapa cara iaitu diasaskan melalui sesuatu pertubuhan atau persatuan seperti Darussyifa‟, Persatuan Perubatan Islam Darussalam dan Pusat Rawatan Islam al-Manarah (PRIM), atau berteraskan syarikat perniagaan, atau premis tertentu, atau di kediaman peribadi dan ada yang bergerak secara solo dan berkumpulan tanpa sebarang premis. Antaranya seperti Perubatan Islam al-Hidayah, Sinar Zamdurrani, Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Pusat Rawatan Sinar Nur, Pusat Rawatan Terapi Hikmah (Kedai Bekam dan Resdung), Kartika Buana: Pusat Rawatan Tradisional Islam Berasaskan al-Quran dan Pusat Rawatan Qalbun Sakinah yang bergerak dalam sebuah premis khusus. Manakala Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE), Pusat Rawatan Islam

Gshahmisteri, Rawatan Islam Darul Manzil (RIDA), Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa‟

(PURIDAS), Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA), Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna, Perubatan Islam 7 Puteri, dan Pusat Rawatan Islam al-Musataqim adalah antara pusat rawatan Islam yang beroperasi berhampiran dengan kediaman pengasasnya.

Pertumbuhan ini menunjukkan bahawa sambutan terhadap rawatan berasaskan kepada pedekatan rawatan Islam semakin mendapat perhatian masyarakat. Dalam isu ini, adakah semua

pusat rawatan yang melebalkan perkhidmatan rawatan yang dijalankan itu sebagai “rawatan Islam” benar-benar berada di bawah petunjuk al-Quran, hadith, dan sejajar dengan pandangan para ulama atau sebaliknya?

1

Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 2

(2)

400

SKOP DAN METODOLOGI

Berdasarkan kepada analisis yang telah dijalankan terdapat 20 kaedah yang dipraktikkan dalam rawatan penyakit di pusat-pusat rawatan Islam. Daripada 20 kaedah tersebut, sebahagian kaedah dipraktikkan berdasarkan sumber dalil yang jelas daripada al-Quran, hadith atau pandangan para ulama. Pada sebahagian kaedah yang lain, didapati bahawa tiada dalil jelas yang mengharuskan penggunaan kaedah rawatan tersebut sehingga sebahagiannya meragukan dan tidak sewajarnya

dilabelkan sebagai “rawatan Islam.” Jadual 1.0 di bawah menyenaraikan 20 kaedah rawatan dan sumber pendalilannya berdasarkan sama ada dari al-Quran, hadith atau sunnah, pandangan ulama atau tiada sebarang sumber yang membenarkan dan tidak pula melarangnya.

Jadual 1.0: Ketepatan Kaedah dan Pendekatan Rawatan di Pusat-Pusat Rawatan Islam di Malaysia Mengikut Sumber Pendalilannya

5. Kaedah Pukulan Dengan Alatan Tertentu /

6. Kaedah Mencari Barang Sihir /

7. Kaedah Membatalkan Sihir dan Memusnahkan Bahan

Sihir /

8. Kaedah Memberi Minum Air Jampi/Ruqyah / /

9. Kaedah Memberi Minum Air Yang Dilarutkan Dari

Tulisan Ayat al-Quran Atau Doa /

Artikel ini tidak akan menjelaskan secara terperinci setiap daripada kaedah dan pendekatan yang disenaraikan di atas. Fokus utama perbahasan adalah perbincangan terhadap lapan kaedah yang tiada sumber dalil. Walaupun demikian, jika kaedah rawatan tersebut jelas diharamkan atau dilarang berdasarkan sumber nas yang jelas, maka ia turut tidak termasuk dalam perbincangan ini. Oleh itu, hanya kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai sumber yang jelas sahaja akan diteliti dan dibahaskan dengan terperinci bagi menentukan status kaedah rawatan tersebut sama ada dibenarkan ataupun tidak.

HASIL DAN DAPATAN KAJIAN

1. Kaedah dan Pendekatan Rawatan Yang Tiada Sumber Dalil

Melalui penelitian yang telah dilakukan, terdapat lapan daripada 20 kaedah yang tidak mempunyai dalil yang jelas membenarkan penggunaan kaedah rawatan tersebut dalam rawatan penyakit. Lapan kaedah tersebut adalah Kaedah Jampi dan Mentera; KaedahScanning(Diagnosis); Kaedah Batin Atau Kekuatan Jiwa; Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir; Kaedah Membunuh Jin; Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin; Kaedah Memerangkap Jin dan Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin.

(3)

401 Bagi Kaedah Jampi dan Mentera, terdapat dalil yang jelas daripada hadith Nabi SAW yang melarang menggunakan jampi dan mentera khususnya daripada jenis jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya. Daripada „Awf bin Malik al-Ashja„i berkata: Ketika zaman Jahiliah, kami

melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): “Wahai Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian?” Maka sabda Nabi SAW: “Kemukakan kepada ku jampi

kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi syirik (kepada Allah).” (Muslim, 2000, no.hadith 5732, h.1068)

Manakala Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir larangnya adalah jelas berdasarkan kepada hadith Nabi SAW yang melarang pendekatan sedemikian digunakan untuk merawat orang yang terkena sihir. Kaedah ini dinamakan dalam hadith sebagai “al-Nushrah”. Daripada Jabir RA berkata: “Rasulullah SAW telah ditanya tentang al-Nushrah. Maka sabda Nabi SAW: “(al -Nushrah) adalah amalan syaitan.” (Abu Dawud, 2000, h.1507; al-Fifi, t.t, h.152)

Walaupun terdapat perbezaan pandangan para ulama berhubung dengan al-Nushrah ini, namun apa yang dimaksudkan dalam hadith adalah merujuk kepada penggunaan ilmu sihir untuk merawat sihir yang dikenakan ke atas seseorang. Al-Hasan al-Basri mengatakan bahawa al-Nushrah adalah daripada (jenis) sihir (Ibn Athir, 1979, j.5, h.128) dan tidak dihalalkan (dibatalkan) sihir melainkan melalui tukang sihir. Musa al-Fifi yang memetik pendapat Ibn Baz mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan menghalalkan (membatalkan) sihir melalui tukang sihir adalah dengan menggunakan al-Nushrah al-Shaytaniyyah yang menjadi amalan tukang sihir. Perkara ini tidak diharuskan bahkan ia merupakan amalan syaitan seperti mana disebutkan oleh Nabi SAW dalam hadith riwayat Abu Dawud tersebut. (Khadher, 2012, h.159)

2. Kaedah Rawatan Islam Yang Meragukan

Daripada lapan kaedah yang disebutkan sebelum ini, dua daripadanya terdapat dalil yang jelas melarang penggunaannya dalam rawatan penyakit. Oleh itu, hanya enam kaedah dan pendekatan sahaja yang memerlukan penelitian dan penjelasan lanjut berhubung dengan status pengamalannya. Kaedah rawatan tersebut adalah:

Pertama: Kaedah “Scanning” (Diagnosis)

Kaedah ini bertujuan untuk mengimbas atau mengesan kehadiran makhluk halus dalam tubuh badan pesakit. Teknik imbasan dilakukan oleh perawat dengan meletakkan tangan dan menyentuh badan pesakit atau memicit pada bahagian tertentu seperti celah jari antara ibu jari dan jari telunjuk untuk mengesan keberadaan makhluk halus dalam badan. Teknik imbasan ini juga dilakukan tanpa sentuhan melainkan dengan cara perawat meletakkan tapak tangan hampir dengan tubuh pesakit yang disertakan bacaan ruqyah. Tindak balas pesakit seperti mengerang kesakitan, meronta-ronta meminta dilepaskan atau berlaku perubahan suara pesakit kepada suara orang lain selepas dilakukan imbasan tersebut menunjukkan kewujudan makhluk halus dalam tubuh badan pesakit. (Khadher, 2012, h.255)

Walaupun demikian, terdapat juga kaedah “scanning” yang dilakukan dengan cara pesakit dikumpulkan dalam satu bilik bersama dengan perawat untuk melalukan proses rawatan. Bagi pesakit yang kali pertama datang untuk rawatan, proses rawatan tersebut dinamakan

sebagai proses “scanning” dan pesakit diminta untuk mengamalkan bahan-bahan rawatan yang dibekalkan untuk tempoh tertentu. Selain itu, terdapat juga perawat yang melakukan “scanning” untuk mengesan kehadiran makluk halus atau mengesan jenis penyakit dengan menggunakan gerak hati dan ilhamnya. Walaupun begitu persoalan yang timbul adalah adakah seseorang itu sentiasa diberi ilham dan gerak hati setiap kali melakukan rawatan dan bagaimana gerak hati dan ilham tersebut boleh didapati oleh perawat?

(4)

402

tidak boleh atau haram untuk menggunakan kaedah ini dalam proses rawatan jika perawat mendakwa bahawa terdapat jin yang mendiami tubuh pesakit itu dengan jumlah tertentu seperti lima ekor, sepuluh ekor dan sebagainya. Hal ini kerana, dakwaan tersebut memperlihatkan bahawa perawat itu mempunyai pengetahuan tentang hal-hal yang ghaib dan dakwaan tersebut menyamai dakwaan dalam kalangan tukang sihir, tukang tilik, bomoh, dukun dan lain-lain. Tambahan lagi, ia merupakan sesuatu dakwaan yang tidak dapat dibuktikan secara jelas. Persoalan berhubung dengan perkara-perkara ghaib adalah urusan Allah SWT dan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Firman Allah SWT dalam surah al-Naml ayat 65: “ Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" dan dalam surah al-Jinn ayat 26: "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun.”

Dalam ayat yang lain, Allah SWT menjelaskan bahawa makhluk jin tersebut dapat melihat dan memerhati gerak laku manusia, sedangkan manusia tidak diberi kelebihan tersebut untuk melihat makhluk halus itu. Dari itu, jelas menunjukkan bahawa perawat sama sekali tidak dapat untuk menetapkan jumlah jin secara pasti yang mendiami tubuh seseorang pesakit. Jika diketahui jumlah tersebut bermakna terdapat unsur dakwaan seperti tukang sihir atau bomoh dan terdapat persahabatan antara perawat dengan makhluk yang membantu dalam rawatan yang dijalankan serta kemungkinan ia juga hanya penipuan semata-mata. Firman Allah SWT dalam surah al-A„raf ayat 27: "Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Tambahan lagi, syaitan dan makhluk halus juga tidak mengetahui persoalan-persoalan ghaib sepertimana penjelasan al-Quran yang menyebutkan kisah kewafatan Nabi Sulaiman AS. Kewafatan baginda hanya diketahui oleh syaitan atau jin yang bekerja untuk baginda setelah baginda terjatuh disebabkan oleh tongkat yang digunakan untuk mengelak baginda jatuh reput dimakan oleh anai-anai. Firman Allah SWT dalam surah Saba‟ ayat 14: “Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.”

Manakala kaedah scanning menggunakan gerak hati atau ilham untuk mengesan jenis penyakit atau mengesan kehadiran makhluk halus dalam badan pesakit, ia memerlukan suatu perbahasan yang khusus. Hal ini kerana, dalam persoalan gerak hati atau ilham, maka tidak boleh untuk mengatakan bahawa apa yang dikatakan atau apa yang didakwa tersebut adalah benar. Kemungkinan dakwaan tersebut adalah sangkaan semata-mata. Jika demikian, kemungkinan menyamai ucapan dan dakwaan para bomoh, dukun dan pawang. Sedangkan menyerupai amalan para bomoh adalah dilarang dalam Islam.

Kedua, sekiranya proses scanning dilakukan dengan hanya membacakan ruqyah-ruqyah tertentu ke atas pesakit yang disihir, lalu terdapat tindak balas dari pesakit maka keadaan ini dibenarkan dengan syarat tiada sebarang dakwaan daripada perawat yang mengatakan bahawa terdapat sejumlah jin (dengan bilangan tertentu) yang mengganggu atau mendiami tubuh pesakit tersebut. Antara tindak balas pesakit selepas di ruqyah adalah seperti tiba-tiba mengerang kepanasan, menjerit dan meronta-ronta, berubah perwatakan dari sudut percakapannya atau bersuara garau, bertindak agresif, melawan dan lain-lain keadaan lagi. (Khadher, 2011, h.6).

Kedua: Kaedah Rawatan Batin atau Kekuatan Jiwa

(5)

403 lain, terdapat juga kaedah batin digunakan untuk meminta jin yang berada dalam tubuh pesakit yang disihir mencari dan mendapatkan bahan-bahan yang telah digunakan untuk menyihir individu itu. Selepas itu, diminta pula jin itu untuk mengambil bahan-bahan itu dan seterusnya bahan-bahan itu dibakar dengan menyebutkan ayat-ayat al-Qur‟an. Semua teknik mencari dan membatalkan sihir dilakukan secara batin sahaja. Pesakit yang dikuasai oleh jin sihir itu akan melakukan isyarat mengambil barang sihir dan seterusnya membakar barang sihir itu menggunakan ayat-ayat al-Qur‟an atau doa tertentu berdasarkan kepada arahan perawat. (Khadher, 2012, h.285).

Kaedah rawatan batin atau melalui kekuatan jiwa adalah hampir menyerupai kaedah rawatan jarak jauh, tetapi kedua-dua kaedah ini adalah berbeza. Kaedah rawatan jarak jauh melibatkan penggunaan alatan perhubungan untuk berkomunikasi di antara perawat dan pesakit. Namun, kaedah batin atau kekuatan jiwa tidak melibatkan sebarang perantaraan atau alatan ketika rawatan berlangsung. (Khadher, 2012, h.286).

Penggunaan kaedah ini dalam rawatan banyak menimbulkan keraguan. Bahkan, kesahihan rawatan sedemikian turut diragui. Tambahan pula, menggunakan khidmat jin dalam rawatan adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana makhluk tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada manusia melainkan menambahkan lagi kesesatan. Hal ini dapat dirujuk kepada ayat 6 surah al-Jin, maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Khadher, 2012, h.288).

Ketiga: Kaedah Rawatan Jarak Jauh

Kaedah rawatan jarak jauh adalah kaedah yang dilakukan untuk rawatan penyakit tanpa kehadiran pesakit dan dilakukan melalui penggunaan alatan perhubungan tertentu seperti telefon, internet dan lain-lain. Rawatan yang dilakukan oleh perawat adalah melalui percakapan dalam telefon di mana perawat dan pesakit tidak bersemuka, tetapi mereka berkomunikasi ketika itu antara satu sama lain walaupun jarak antara mereka beribu batu. Dalam keadaan lain, perawat juga merawat pesakit dengan menggunakan gambar pesakit yang dibawa oleh keluarga pesakit. Keadaan ini lazim berlaku disebabkan pesakit yang disihir enggan datang mendapatkan rawatan. Ini bermakna, perawat akan membacakan ruqyah ke atas pesakit yang berada di dalam gambar tersebut.

Berhubung dengan penggunaan kaedah ini dalam rawatan penyakit, pengkaji mendapati

bahawa konsep “jarak jauh” adalah menepati konsep seseorang saudara itu mendoakan

kesejahteraan dan kesembuhan saudaranya tanpa pengetahuan saudara itu. Berdoa dengan cara demikian, lebih mengundang kemakbulan daripada Allah SWT. Daripada Abi al-Darda‟,

berkata, Rasulullah SWT bersabda: Maksudnya:“Sesiapa sahaja dari kalangan hamba yang Muslim berdoa untuk saudaranya dibelakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu), kecuali Malaikat akan berdoa kepada seperti itu juga.” (Muslim, 2000, no.hadith 6927, h.1152).

(6)

404

beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”

Keempat: Kaedah Membunuh Jin

Kaedah membunuh jin adalah kaedah yang digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan rasukan makhluk halus. Perawat akan menggunakan pelbagai cara untuk membunuh jin ada mendiami tubuh pesakit itu. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membunuh jin seperti menyembelih jin dengan menggunakan alatan tertentu seperti kayu atau rotan dan dilakukan isyarat sembelihan, meracun jin menggunakan air ruqyah dengan niat meracun jin yang berada dalam tubuh pesakit, atau membakar jin menggunakan ayat-ayat ruqyah tertentu.

Persoalannya, adakah manusia boleh membunuh jin sesuka hati dan benarkah jin tersebut terbunuh dengan kaedah yang dijalankan tersebut? Berhubung dengan membunuh jin, terdapat hadith yang menceritakan tentang seorang pemuda yang telah membunuh jin yang

menyerupai seekor ular hitam sehingga menyebabkan beliau terbunuh. “Abu Sa„id RA

melanjutkan ceritanya: „Kami menghadap Rasulullah SAW dan menceritakan kejadian itu

kepada baginda. Lalu kami berkata kepadanya: “Mohonlah kepada Allah agar menghidupkan kami

dengan kebahagiaan kami. Baginda menjawab: “Mohonlah ampun untuk sahabat kalian itu.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya di Madinah terdapat golongan jin yang telah masuk Islam, maka jika kalian

melihat sebahagian mereka –dalam rupa ular– berilah peringatan tiga hari. Dan apabila kamu masih melihatnya setelah itu, bunuhlah ia kerana sebenarnya dia adalah syaitan.” (Muslim, 2000, no.hadith 5839, h.1075).

Walaupun demikian, dalam hadith menunjukkan bahawa jin tersebut terbunuh disebabkan oleh penyeruaannya sebagai seekor ular hitam. Sedangkan, dalam pengamalan di pusat rawatan Islam, hanya sekadar isyarat sahaja dilakukan untuk membunuh jin tersebut dan benarkah jin itu dapat dibunuh dalam rupa asal kejadiannya? Ibn al-„Abbas mengatakan bahawa membunuh jin tanpa hak adalah tidak harus sepertimana tidak harus untuk membunuh seorang manusia. Ini kerana berlaku zalim tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan. Begitu juga, tidak dibenarkan seseorang untuk menzalimi orang lain walaupun dalam kalangan orang kafir seperti disebutkan dalam ayat 8 surah al-Ma‟idah: Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.”

Ibn Taymiyyah dalam risalahnya “Idah al-Dalalah fi „Umum al-Risalah” mengatakan bahawa sesungguhnya seorang perawat (al-Raqi) telah membunuh jin, tetapi khabarkan kepadanya bahawa sesungguhnya jin itu telah menipu golongan perawat dengan cara sedemikian. (Ibn Taymiyyah, t.t, h.33) Beliau juga menyatakan bahawa membunuh jin tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh adalah haram sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah termasuk dalam perlakuan zalim sepertimana diharamkan untuk membunuh seorang kafir. (Ibn Taymiyyah, t.t, h.33). Perkara ini dijelaskan dalam ayat 8 surah al-Ma‟idah. (Ibn Taymiyyah, 2005, j.19, h.52-53).

(7)

405

Kelima: Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin

Kaedah menarik keluar atau menyedut jin adalah kaedah yang dilakukan oleh perawat dengan melakukan isyarat menarik menggunakan tangan pada bahagian kaki atau mana-mana anggota badan pesakit sambil membaca ruqyah tertentu. Kaedah ini dilaksanakan setelah perawat mengenalpasti keberadaan jin dalam tubuh pesakit dan ia enggan untuk berunding secara baik serta tidak mahu keluar dari tubuh pesakit.

Berhubung dengan masalah ini, pengkaji melihat bahawa jika dikatakan benar-benar menarik keluar seekor jin itu dari tubuh seseorang kemungkinan ia adalah perkara yang tidak logik akal. Namun, apa yang diperhatikan dan difahami perawat hanya melakukan isyarat tarik sahaja dengan menggunakan tangan dengan disertakan arahan supaya jin tersebut segera meninggalkan tubuh pesakit itu. Dalam kontek tersebut, terhadap hadith yang menyebutkan bahawa Nabi SAW mengarahkan agar syaitan yang merasuk dalam tubuh seseorang sahabat itu

keluar. Daripada „Uthman bin Abi al-„As RA berkata: Maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW melantik aku sebagai gabenor di Taif, ada sesuatu yang mendatangiku di dalam solat sehingga aku tidak mengetahui solatku itu. Apabila aku melihat keadaan demikian, aku pergi menemui Nabi SAW. Baginda

bertanya (kepadaku): “(Kamu) Ibn Abi al-„As?” Aku menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Sabda Nabi

SAW: “Apakah yang menyebabkan engkau datang kemari?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, ada sesuatu yang mendatangiku ketika dalam solatku sehingga aku tidak mengetahui hal keadaan solatku itu.” Sabda Nabi SAW: “Itu adalah syaitan (yang mengganggu mu), dekatkan lah dirimu”. Maka aku

mendekati baginda SAW dan aku duduk dihujung atas tapak kakiku.” Lalu baginda SAW memukul dadaku dengan tangannya dan meludahi mulutku, sambil berkata: “Keluarlah wahai musuh Allah!” Baginda mengulanginya tiga kali lal bersabda: “Kembalilah kepada tugasmu”. Kata Uthman: “Sesungguhnya aku

tidak menyangka ada lagi yang mengganggku selepas itu.” (Ibn Majah, t.th, no.hadith 3548, j.2, h.117)

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hadith lain daripada Ya„la bin Murrah daripada

bapa berkata: Maksudnya: “Seorang wanita datang bertemu dengan Nabi SAW bersama dengan anaknya yang mengalami lamam. Lalu Nabi SAW bersabda: “Keluarlah musuh Allah, aku Rasulullah”. Kata

Murrah lagi: “Maka dia pun sembuh.” (Ahmad, 2001, no.hadith 17549)

Oleh itu, dalam konteks menarik atau menyedut keluar jin dari tubuh seseorang, pengkaji melihat bahawa perawat hanya melakukan isyarat untuk menarik sahaja dan belum tentu jin itu mengikut arahan yang diberikan untuk keluar dari tubuh tersebut. Hal ini bermakna, kaedah ini boleh dilakukan dengan arahan yang jelas disertakan dengan isyarat menarik keluar, tetapi dari sudut kesahihan sama ada jin itu benar-benar keluar atau tidak dari tubuh badan pesakit itu hanya berserah pada Allah SWT. Mungkin selepas tarikan itu di buat, perawat perlu membacakan ruqyah lagi bagi mengetahui keadaan sebenar pesakit. Bahkan, sangat perlu bagi setiap peraway supaya sentiasa berwaspada dan jangan mudah percaya dengan makhluk halus tersebut kerana kemungkinan besar untuk golongan itu menipu adalah sangat tinggi.

Keenam: Kaedah Memerangkap Jin

Kaedah memerangkap jin ini dilakukan setelah proses rundingan antara perawat dengan jin yang menguasai tubuh pesakit yang disihir tersebut gagal dan jin enggan keluar secara baik dari tubuh pesakit. Perawat akan memasukkan tapak tangan sehingga pergelangan tangan pesakit ke dalam balang kaca tersebut dan ditarik jin masuk ke dalam botol itu sambil membaca ruqyah serta menggunakan isyarat tangan menarik jin ke dalam balang kaca itu.

(8)

406

AS, baginda membatalkan niat tersebut. (Muslim, 2000, no.hadith 1211). Dari hadith berkenaan dapat difahami bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya berusaha untuk mengelak atau berlindung daripada gangguan itu, bukan bertujuan untuk menangkap atau memerangkap jin tersebut. Bahkan, secara logik akalnya, golongan jin ini tidak terperangkap dengan sesuatu bekas kerana mereka bebas bergerak dan dapat menembusi sesuatu jirim atau benda.

Oleh yang demikian, menangkap jin dan mengurungnya dalam sesuatu bekas adalah perkara yang meragukan sehingga tidak terdapat bukti jelas bahawa golongan tersebut dapat diperangkap sedemikian rupa.

Ketujuh: Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin;

Kaedah rawatan melalui pendekatan ini adalah dengan cara perawat berusaha untuk memanggil jin yang mendiami tubuh pesakit supaya masuk ke dalam badan waris pesakit. Selepas itu, jin tersebut akan dipaksa keluar dengan pendekatan berdialog dan berhujah dengan jin itu. Pada masa yang sama perawat cuba untuk berdakwah kepada jin itu supaya menganut agama Islam. Menurut sebahagian perawat, pendekatan ini sesuai dilakukan kerana jin yang mendiami tubuh pesakit adalah sangat wajar dipaksa keluar kerana ia telah menyakiti tubuh badan pesakit yang bukan merupakan haknya. Jika usaha mengislamkan jin itu berjaya, ini akan dapat mengelakkan daripada penyakit atau sihir tersebut berulang dan sebagai makhluk Allah sesama Islam adalah tidak wajar menyakiti antara satu sama lain. Terdapat dua hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengislamkan Qarin yang mendampingi baginda (Muslim, 2000, no.hadith 7108 dan 7110).

Walaupun demikian, persoalannya adakah boleh dipaksa jin itu memeluk Islam dan jika jin itu masuk Islam, adakah di atas kerelaannya untuk berbuat demikian? Tidak ada bukti yang jelas untuk menunjukkan tindakan ini benar-benar dapat membantu menghalau jin itu keluar dari tubuh pesakit dan seterusnya sembuh. Namun, tidak dinafikan perkara sedemikian boleh berlaku walaupun pada realitinya ia banyak menimbulkan keraguan.

Pada pandangan pengkaji, jika perawat itu dapat berdialog dan berdakwah kepada jin tersebut sehingga jin itu rela untuk memeluk agama Islam, maka tindakan tersebut adalah wajar dilakukan. Perawat itu perlu menjelaskan kedudukan jin itu setelah Islam dan tidak wajar untuk menyakiti sesama saudara seIslam.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa dalam menyebut tentang rawatan Islam, tidak semua rawatan yang dipraktikkan tersebut menepati ciri-ciri rawatan Nabi SAW. Sebahagian daripada kaedah rawatan yang dipraktikkan tersebut adalah yang bercanggah dengan syariat Islam, ada yang meragukan dan ada juga yang memerlukan penelitian dan perbincangan yang lebih terperinci untuk mengetahui status pengamalannya dalam rawatan penyakit.

Oleh yang demikian, berhubung dengan kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai dalil yang jelas ini, pengkaji dapat meringkas status pengamalan dan keterangannya seperti dalam Jadual 2.0 di bawah;

Jadual 2.0: Keterangan Ringkas Berhubung dengan Status Rawatan Menurut Islam

Bil. Pendekatan dan

Kaedah Rawatan Keterangan Ringkas Berhubung dengan Status Rawatan Menurut Islam

1. Kaedah Jampi dan

Mentera

Jelas diharamkan berdasarkan terdapat dalil dari hadith yang melarang menggunakan jampi atau mentera.

2. Kaedah “Scanning” (Diagnosis)

Kaedah ini dilarang sekiranya disertakan dengan dakwaan secara pasti jumlah jin yang berada dalam tubuh seseorang pesakit. Sekirannya dikenalpasti hanya melalu tanda-tanda tertentu atau melalui pengalaman perawat, maka ia dibenarkan.

3. Kaedah Batin Atau

Kekuatan Jiwa

(9)

407 tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada manusia melainkan menambahkan lagi kesesatan

4. Kaedah Ilmu Sihir

Untuk Merawat Sihir

Kaedah ini jelas diharamkan kerana sesuatu yang jahat atau tidak baik bukanlah ubat kepada sesuatu yang daripada unsur jahat jua.

5. Kaedah Rawatan Jarak

Jauh

Kaedah ini adalah kaedah yang dibenarkan sekalipun perawat dan pesakit tidak bersemuka. Namun, apa yang lebih utama ada lah rawatan tersebut perlulah menggunakan ruqyah yang dibenarkan, menggunakan bahan yang halal, tiada pemujaan atau memohon pertolongan makhluk halus.

6. Kaedah Membunuh

Jin

Jin boleh dibunuh sekiranya mengancam nyawa manusia. Pembunuhan itu boleh sekiranya dalam bentuk penyamaran dengan rupa binatang seperti ular hitam, kala jengking dan lain-lain. Namun, jika membunuh jin dalam rupa bentuk asal perkara tersebut meragukan kerana tidak ada bukti yang dapat menunjukkan bahawa jin tersebut tersebut atau terbakar. Tambahan lagi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

7. Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin

Kaedah ini meragukan dari sudut sama ada jin tersebut benar-benat dapat ditarik keluar ataupun tidak. Namun, dari sudut cara tarikan dengan menggunakan isyarat dan arahan yang jelas adalah tidak menyalahi hukum.

8. Kaedah Memerangkap Jin Kaedah ini meragukan dari sudut sama ada jin tersebut boleh ditangkap dan dikurung dalam satu bekas. Tiada dalil yang jelas berhubung perkara ini.

9. Kaedah Dialog dan

Mengislamkan Jin

Kaedah ini boleh dilakukan dengan tujuan untuk berdakwah kepada jin. Namun, amat perlu untuk berhati-hati kerana kemungkinan ia adalah tipu helah mahkluk tersebut.

RUJUKAN

Abu Dawud, Sulayman bin al-Asy„at al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud, dalam dalam Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„.

Ahmad bin Hanbal Abu „Abd Allah al-Syaibani (1421H/2001M), Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, ditahqiqkan oleh Shu„aib al-Arnu‟ut et.al, Beirut: Mu‟assasah al-Risalah.

Ibn Taymiyyah, Taqiy al-Din Ahmad bin „Abd al-Halim bin Taymiyyah al-Harrani (1426H/2005M),

Majmu„ al-Fatawa, ditahqiqkan oleh Anwar al-Baz dan „Amir Jazzar, Mansurah: Dar al-Wafa‟.

__________________ (t.t) Idah al-Dalalah fi „Umum al-Risalah, al-Riyad: Maktabah al-Riyad al-Hadithah. Jazari, Abu al-Sa„adat al-Mubarak bin Muhamad al- (1399H/1979M), Nihayah fi Gharib Hadith wa

al-Athar, ditahqiq oleh Tahir Ahmad Zawi dan Mahmud Muhammad Tanahi, Beirut: al-Maktab al-„Ilmiyyah

Khadher Ahmad & Rushdi Ramli, “Hukum Semasa Dalam Rawatan Islam: Isu Terhadap Pengamalan Kaedah “Scanning” Dalam Rawatan Penyakit Gangguan Makhluk Halus”, (Kertas Kerja

dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa VII, 14 & 15 Disember 2011).

Khadher Ahmad (2012), “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia” (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Khadher Ahmad dan Ishak Suliaman (2011), “Hadith-Hadith Mengenai Sihir dan Rawatannya Dalam al-Kutub al-Sittah: Satu Analisis Kualitatif” dalam al-Bayan: Jurnal of al-Quran & al-Hadith, Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Muhammad bin Yazid Abu „Abd Allah al-Qazwaini selepas ini Ibn Majah (t.t), Sunan Ibn Majah, ditahqiqkan oleh Muhammad Fuad „Abd al-Baqi, Beirut: Dar al-Fikr.

Musa bin Muhammad bin Jabir al-Fifi, (t.t), Ahadith al-Sihr wa al-Ruqiyyah fi al-Kutub al-Sittah: Riwayah wa Dirayah, (Tesis di al-Jami„ah al-„Alamiyyah al-Amrikiyyah (American‟s International University), Beirut dibawah penyeliaan al-Husayn bin Muhammad Shawat.

Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi (2000M), Sahih Muslim dalam Mawsu„ah al -Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„.

(10)

408

Referensi

Dokumen terkait

Penyebab gangguan konsentrasi pada anak karena ketika mereka berhadapan dengan tablet, gambar yang mereka lihat bergerak dengan sangat cepat mereka terlihat fokus pada

Dalam penelitian ini tujuan yang ingin dicapai yaitu untuk menentukan besarnya momen gaya dan nilai konsumsi energi pada pekerja bongkar es balok, untuk

Maka dari itu, penulis tertarik untuk mengangkat tema yang sama dengan menganalisis kesulitan yang dihadapi siswa dalam menyelesaikan soal pada materi persamaan

Isu yang diangkat pada Headline Media sangat beragam, 3 isu utama mengangkat mengenai: isu Pemblokiran Situs Radikalisme sejumlah 8 headline media, untuk isu Kisruh di Partai golkar

[r]

selaku dosen pembimbing yang telah menyediakan waktu, tenaga, dan pikirannya dalam mengarahkan dan dengan sabar membimbing penulis selama penyusunan laporan Praktek

Penelitian tersebut menduga bahwa sesudah ligasi varises pada awal tindakan, saluran utama varises telah mengalami trombosis sehingga angka komplikasi untuk sesi skleroterapi

2) Kawasan sempadan sungai sebagaimana dimaksud pada ayat (1) huruf a adalah kawasan sepanjang kanan kiri sungai, termasuk sungai buatan, kanal, dan saluran irigasi