• Tidak ada hasil yang ditemukan

Memanaskan badan dan regangan dalam Suka (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Memanaskan badan dan regangan dalam Suka (1)"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Memanaskan badan dan regangan dalam Sukan Memanah

Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari faktor: struktur tulang, otot, tendon dan ligamen.

Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan.

Untuk meningkatkan kadar pergerakan, latihan regangan berikut dicadangkan:

Latihan Regangan

Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas kerana ia akan menjadikan anda pening. Semasa melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda bertambah.

Melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari dengan kedudukan tapak atas kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan ke atas dan tahan selama 10 saat tangan keluar. Luruskan tangan anda .

Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah lengan.Bengkokkan satu tangan melepasi kepala dan dan turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu dari bawah ke atas. Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat. Biarkan keadaan belakang anda dalam keadaan tegak semasa latihan ini.

Melonggarkan bahu dan otot belakang.Kuncikan jari kedua-dua tangan bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri dan kekanan perlahan-lahan selama 10 saat.

(2)

Melonggarkan otot belakang dan bahu.Gunakan seutas getah, pegang kedua-dua hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan depangkan tangan. Biarkan bahu pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan cara mengembang dan menguncup otot belikat. Lakukan selama 10 saat.

Melonggarkan otot bahu.Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya, angkat sebelah tangan melepasi kepala dan sebelah lagi separas dengan bahu. Tarik tangan separas bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6 kali.

Melonggarkan otot dada dan bahu.Gunakan seutas getah, pagang kedua hujung ketika getah berada di bahagian belakang badan. Angkat kedua tangan separas bahu kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan getah. Tahan selama 10 saatdanulangsebanyak 6 kali.

Melonggarkan otot memanah.Gunakan seutas getah. Ikat kedua hujungnya untuk membentuk satu lingkaran, buat aksi seperti menarik tali panah. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak 6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang sebelah lagi.

Kebaikan Sukan Memanah

(3)

2. Membina kekuatan bahagian atas badan – memegang busur dan menarik anak panah memerlukan kekuatan fizikal. Memanah akan memberi kekuatan unggul pada bahagian atas badan.

3. Meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari – memegang busur, memasang, mengangkat dan melepaskan anak panah adalah semua aktiviti yang mengukuhkan dan meningkatkan fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.

4. Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata – memanah adalah untuk melepaskan anak panah pada sasaran, yang secara semulajadi membantu dalam pembangunan kemahiran koordinasi tangan-mata

5. Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan – pemanah tahu bagaimana untuk membebaskan minda mereka dari gangguan dan memberi tumpuan kepada sasaran. Ia menjadikan memanah sebagai kaedah senaman minda. Memanah juga merupakan amalan mengawal minda dan meningkatkan kesabaran.

6. Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Matlamat utama pemanah adalah keseronokan dalam bersukan. Pemanah perlu memberikan tumpuan dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang tentang apa yang orang lain lakukan, dan dengan itu memanah akan memberi lebih keseronokan serta keyakinan diri meningkat.

7. Berjalan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan kaki. Semasa pertandingan, pemanah boleh berjalan sejauh sehingga 5 kilometer semasa melaksanakan tugas memanah dan bergerak dari satu kedudukan kepada yang lain. Walaupun banyak berjalan ini adalah dalam jarak yang pendek, kesan kumulatif berjalan sepanjang pertandingan boleh memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan kaki. Pemanah akan mendapat manfaat ini kerana menghabiskan sejumlah besar masa berjalan untuk mengambil anak panah disasaran dan kembali ke garisan permulaan.

7. Memanah salah satu jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh individu bagi memenuhi keperluan, kepuasan dan minat.

Referensi

Dokumen terkait

PENCEGAHAN PEMBERANTASAN PENYALAHGUNAAN PEREDARAN GELAP NARKOBA (P4GN). Didin Juandi

Pada buku teks Bahasa Indonesia Kelas VII Kurikulum 2013 tidak terdapat bentuk penilaian penugasan kelompok di luar sekolah. Berikut ini beberapa bentuk penilaian

(SUPRIANTO, SH) Daftar

Sebaliknya jika guru pengajar tidak berkompeten, maka siswa akan enggan untuk belajar karena tidak diimbangi dengan adanya minat belajar sehingga tidak dapat memperoleh

Sehingga perbedaan antara bank Islam (syari’ah) dan bank konvensional terletak pada prinsip dasar operasinya yang tidak menggunakan bunga, akan tetapi menggunakan prinsip bagi

Ketidakmampuan keluarga memodifikasi lingkungan untuk mengatasi hipertensi Setelah dilakukan tindakan satu kali pertemuan keluarga mampu memodifikasi lingkungan

Menurut hasil penelitian yang dilakukan oleh Dwi Marinajati, diketahui riwayat paparan pestisida berhubungan dengan kadar monosit, kadar Pb menjadi faktor dominan untuk kadar Hb

Untuk pengambilan sampel specimen dilakukan dengan cara memungut langsung pada daun, batang dan buah kakao yang terdapat insekta parasitdan dengan memasang