• Tidak ada hasil yang ditemukan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

WPK1313

Psikolgi Pembelajaran

Minggu 2

Pensyarah:

Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri

PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM)

(2)
(3)

PENILAIAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan pemikiran, kebolehan dan

perangai seseorang yang bukan disebabkan oleh proses pembesaran.

• Perubahan itu biasanya merupakan pertambahan kebolehan bagi sesuatu

perbuatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan minat, sikap atau nilai

seseorang.

• Pembelajaran juga merupakan proses yang menyebabkan perubahan

tingkah laku kepada diri manusia. Perubahan tingkah laku ini dihasilkan

daripada pengalaman yang diperoleh dan latihan yang diikuti, bukan

sumbangan faktor lain.

(4)

• Perubahan tingkah laku itu biasanya berlaku dalam jangka masa tertentu dan tidak

semestinya diperoleh serta-merta

• Pembelajaran adalah proses atau pengalaman peserta yang menghadiri program

latihan dalam mendapatkan pengetahuan atau kemahiran baru.

• Pembelajaran adalah dikatakan sebagai proses di mana individu dapat mengubah

sikap dan tingkah laku secara berterusan dan tekal.

• Secara amnya, pembelajaran boleh ditafsirkan sebagai tahap di mana peserta

mengalami perubahan tingkah laku, peningkatan pengetahuan dan peningkatan

(5)

PENILAIAN TINGKAH LAKU

• Tingkah laku pula diterjemahkan sebagai tahap di mana perubahan terhadap

tingkah laku berlaku disebabkan oleh peserta/klien menyertai proses kaunseling

• Tahap tingkah laku merujuk kepada sejauh mana perubahan tingkah laku

berlaku kesan daripada proses kaunseling yang dihadiri oleh mereka.

• Lima keperluan asas yang perlu wujud jika seseorang ingin mengubah tingkah

laku selepas menghadiri sesi kaunseling ialah

1) Klien mesti mahu membuat penambah baikan

2) Klien perlu mengenal pasti kelemahan mereka sendiri

3) Klien mesti mendapat bantuan daripada seseorang yang berminat dan

berkemahiran dan

(6)
(7)

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Teori connectionism (Edward Lee Thorndike)

Menurut Thorndike melalui stimulus dan respon ianya dapat meransang seseorang untuk berfikir melalui pancaindera.

Melalui respon iaitu interaksi ketika di dalam process pembelajaran juga boleh menukar fikiran, perasaan atau gerakan/tindakan.

Perubahan tingkah laku bergantung pada bagaimana seseorang itu memahami pada setiap kegiatan pembelajaran yang dilakukan. Sekiranya seseorang itu dapat

menafaatkan ilmu yang diterima maka akan mempotretkan tingkah laku Mahmudah. Malahan sebaliknya sekira ilmu yang diterima hanya sebagai proses pembelajaran sahaja.

(8)

Teori Classic Conditioning (Ivan Petrovich Pavlov)

Menurut beliau perubahan tingkah laku seseorang dapat dikendalikan dengan mengganti stimulus yang dialami dengan stimulus yang lain untuk mendapatkan pengulangan respon yang diinginkan.

Dengan itu kaunselor boleh memainkan peranan penting ketika membuat

penerokaan dengan membantu klien memikirkan perkara-perkara lain yang ada berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi untuk mengingat semula pada punca permasalah yang dihadapi. Contohnya dengan menggunakan alat-alat bantu seperti video untuk membantu mengingat semula perkara yang berlaku pada masa silam

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM PERUBAHAN TINGKAH LAKU

(9)

Teori Kontiguitas Conditioning (Edwin R Guthrie)

Menurut beliau hubungan stimulus dan respon hanyalah bersifat sederhana. Oleh itu didalam proses untuk membantu klien kegiatan pembelajaran/menyampaikan

nasihat/cadangan perlu diulang agar hubungan antara stimulus dan respon istiqamah sehingga dapat membantu klien pada tingkah laku yang mahmudah.

Dalam hal ini kaunselor perlu senantiasa memberikan peransang untuk klien bekerjasama dan menganjurkan melakukan aktiviti yang sesuai melalui proses

pembelajaran untuk menimbulkan stimulus bagi meransang perubahan tingkah laku mazmumah kepada mahmudah.

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

(10)

Teori Operant Conditioning (Burrhus Frederic Skinner)

Menurut Skinner, hubungan antara stimulus dan respon yang terjadi adalah melalui interaksi dalam lingkungannya, yang kemudian akan menimbulkan perubahan tingkah laku.

Teori ini dapat memberikan lebih kesan terhadap perubahan tingkah laku kerana lebih mementingkan faktor-faktor penguat (reinforcement) dengan penggunaan alat bantu seperti media masa, video dan sbgnya.

Maka itu klien boleh menggunakan stimulus dengan alat bantu tersebut untuk meransang respon yang baik bagi membantu perubahan tingkah laku yang lebih baik.

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

(11)

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM PERUBAHAN TINGKAH LAKU DARI PERSPEKTIF ISLAM

• Aliran behavioristik memandang “benar dan salah” itu bergantung pada reinforcement baik positif ataupun negatif. Sekiranya stimulasi menimbulkan kebaikkan maka tingkah laku yang dihasilkan adalah baik juga dan jika respon menimbulkan reinforment negatif, maka perbuatan tersebut adalah yang tidak baik.

• Namun menurut Malik Badri (1986) - “Berdasarkan karya eksperimentalnya tentang

reinforcement dan operan conditioning, kesimpulannya adalah tingkah laku yang disebut ”benar/ salah” tidak disebabkan oleh kebaikan/ keburukan yang nyata-nyata ada dalam situasi dan tidak pula disebabkan oleh kemungkinankemungkinan yang melibatkan

berbagai macam penguat/ reinforcer positif dan negatif (ganjaran dan hukuman)”. • Hal di atas jelas sangat berbeza dengan Islam. Dalam Islam, baik dan buruk sudah

ditentukan dan ditunjukkan, kembali kepada individu masing-masing untuk memilih yang mana (QS. Ali Imran: 256 dan Al-Kahfi: 29), bukan semata-mata kerana baiknya

perbuatan yang dilakukan pada diri sendiri. Namun boleh menyakiti orang lain, tanpa ia menyadarinya.

(12)

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM PERUBAHAN TINGKAH LAKU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dalam Islam perubahan tingkah laku disebabkan beberapa perkara iaitu taqlid, tajribah wal khata’ dan ta’wid (Najati, 2002).

1. Taqlid (Imitasi/Peniruan)

Kebanyakan perilaku manusia dan kebiasaannya merupakan hasil tiruan dari orang yang ada di sekelilingnya (Ibnu Sina).

Contoh 1

Bagaimana Qabil membunuh saudaranya Habil, dan tidak mengetahui bagaimana ia harus memperlakukan mayat saudaranya yang telah dibunuhnya. Maka Allah

mengajarkan kepada Qabil dengan mengutus seekor burung gagak yang menggali tanah untuk menguburkan bangkai burung gagak lainnya yang telah mati. Dari sini Qabil mempelajari bagaimana untuk menguburkan mayat (Al-Maidah:31) yang menunjukkan bahawa dengan proses peniruan boleh merubah tingkah laku.

(13)

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM PERUBAHAN TINGKAH LAKU DARI PERSPEKTIF ISLAM

2. Tajribah wa Khatha’ (Trial dan Error)

Dalam kehidupan sehari-hari, seseorang sering melakukan trial & error terhadap sesuatu baru yang belum diketahui cara pemecahannya. Rasulullah pun ternyata sudah mengisyaratkan teori trial and error ini dalam haditsnya tentang penyemaian mayang kurma, sebagaimana hadits dari „Aisyah, sebagai berikut:

“Sesungguhnya Rasulullah mendengar suara, lalu beliau bertanya: “ini suara apa?”. Para sahabat menjawab: orang-orang sedang menyerbukkan kurma. Maka Nabi bersabda: “seandainya mereka tidak melakukannya, tentu itu lebih baik”. Maka para sahabat tidak melakukan hal itu lagi tahun ini, ternyata mereka mengalami kegagalan. Kemudian mereka memberitahu Nabi, lalu Nabi bersabda: “jika sesuatu itu termasuk perkara dunia kalian, maka

itu terserah kalian. Akan tetapi jika itu termasuk urusan agama kalian, maka tanyalah kepada saya” (HR. Ibnu Majah)

(14)

3. Ta’wid (Pembiasaan)

Menurut Hasan Langgulung (1988:362) terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi perubahan tingkah laku seseorang seperti berikut:

i) Ada perangsang (stimulus) yang mudah difahami. Contoh: soalan-soalan yang ditanyakan kepada klien.

ii) Memastikan klien mendapat ransangan dari soalan-soalan yang ditanyakan untuk mendapat kerjasama.

iii) Ada peneguhan agar bersifat kekal.

BAGAIMANA TEORI BEHAVIORISME DALAM PERUBAHAN TINGKAH LAKU DARI PERSPEKTIF ISLAM

(15)

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PERUBAHAN

TINGKAH LAKU

1. Tingkah laku kilen boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Teori ini dapat membantu kaunselor untuk memerhatikan tingkahlaku seseorang klien.

Contoh: Apabila kaunselor memberikan rangsangan seperti memberi kata kata motivasi kepada klien terutamanya pada klien yang kurang

memberikan respond/kerjasama. Melalui rangsangan yang diberikan, kaunselor dapat memerhatikan tingkah laku klien tersebut sebelum dan selepas diberikan rangsangan. Kemudia kaunselor secara tidak langsung dapat mengawal tingkahlaku klien itu seterusnya kaunselor akan dapat mengawal tingkahlaku klien tersebut pada sesi kaunseling seterusnya.

(16)

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PERUBAHAN

TINGKAH LAKU

2. Proses Kaunseling dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Keadaan/tempat kaunseling amat penting semasa proses pembelajaran berlangsung. Oleh itu, kaedah peneguhan positif dalam teori Operan Skinner boleh diaplikasikan dalam proses kaunseling.

Kaunselor boleh memberikan peneguhan positif dalam usaha untuk menarik minat klien untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan. Contoh peneguhan positif ialah kata-kata motivasi,senyuman dan sebagainya.

Setiap kali klien menjawab soalan atau menunjukkan perubahan tingkahlaku, kaunselor boleh memberi ganjaran kepada pelajar tersebut. Contohnya, klien cuba menjawab soalan yang diajukan, kaunselor boleh memberi pujian kepada klien yang memberikan jawapan yang betul. Manakala apabila klien memberikan jawapan yang kurang jelas, kaunselor

(17)

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PERUBAHAN

TINGKAH LAKU

3. Meningkatkan kerjasama klien

Kaunselor perlu memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang berulang- ulang.

Kaunselor perlu memberikan kerja rumah yang konsisten dan berterusan kepada klien untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman bahawa masih ada ruang untuk mereka berubah.

Oleh itu,rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk kelaziman. Contohnya, Azmi telah menyiapkan homework yang diberikan dengan cepat daripada

jangka waktu yang diberikan.Jadi kaunselor boleh memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Azmi. Hal ini akan menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana Azmi akan lebih berusaha untuk menyiapkan

homework yang diberikan lebih awal pada sesi kaunseling yang akan datang kerana dia mahukan kata-kata pujian daripada kaunselor.

(18)

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PERUBAHAN

TINGKAH LAKU

4. Membantu Kaunselor menetapkan maklumat yang spesifik.

-Matlamat akhir proses kaunseling/pembelajaran dapat dinyatakan dengan jelas. realistik dan boleh dicapai.

5. Membantu Kaunselor menetapkan objektif bagi setiap langkah proses kaunseling.

- Objektif dapat ditetapkan secara khusus (satu objektif bagi satu langkah kecil).

6. Membantu Kaunselor membuat analisis tugasan.

-Pecahkan tugasan kaunseling kepada langkah- langkah kecil.

7. Membantu Kaunselor menyediakan langkah proses kaunseling secara berperingkat.

-Satu aktiviti khusus bagi satu langkah kaunseling secara progresif/ansur maju.

8. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai.

(19)
(20)

Referensi

Dokumen terkait

Stimulus adalah suatu perubahan dari lingkungan eksternal yang menjadi tanda untuk mengaktifkan organisme untuk bereaksi atau berbuat, sedangkan respon adalah sembarang tingkah

Terjadinya perubahan yang dialami siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru adalah hasil interaksi antara stimulus dan respon.. Meskipun semua

Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran sosial iaitu pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada tiga kaedah membentuk akhlak yang mulia

Atau dengan kata lain belajar adalah perubahan yang dialami siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi antara stimulus dan

Menurut teori ini, belajar dipandang sebagai perubahan tingkah laku yang terjadi berdasarkan paradigma Stimulus – Respon (S-R), yaitu suatu proses yang memberikan respon

Teori Behavioristik merupakan teori yang menyatakan bahwa belajar adalah perubahan dalam tingkah laku sebagai akibat dari interaksi antar stimulus dan respon. Teori

Belajar atau learning terjadi bila ada perubahan tingkah laku yang terjadi berdasarkan paradigma S-R (Stimulus- Respon), yaitu proses yang memberikan respon tertentu terhadap

Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah