• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI

EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

Dapatan dari kajiselidik 3,783 pengundi mengenai sentimen mereka terhadap suasana ekonomi negara, kos sara hidup dan kadar kenaikan harga barang

(2)

Kandungan

▪ Latar belakang

▪ Kaedah dan sampel

▪ Sentimen pengundi mengenai suasana ekonomi negara

▪ Sentimen pengundi mengenai kenaikan harga barang yang dialami ▪ Sentimen pengundi mengenai pendapatan berbanding kos sara

hidup

(3)

Latar belakang

▪ Melalui kajiselidik-kajiselidik sebelum ini, I-CPI mendapati bahawa isu-isu paling penting yang mempengaruhi pilihan pengundi adalah isu ekonomi rakyat, terutamanya mengenai kenaikan harga barang dan gaji yang dilihat tidak setimpal dengan kenaikan kos sara hidup ▪ Oleh itu, kefahaman mengenai tahap puas hati pengundi mengenai

prospek ekonomi adalah cukup penting bagi 2 tujuan utama:

i. Corak sentimen pengundi terhadap prospek ekonomi boleh

mengesahkan dapatan sebelum ini mengenai tahap sokongan kepada parti-parti politik

ii. Corak sentimen pengundi terhadap prospek ekonomi boleh memberi gambaran bila pilihanraya umum akan dipanggil

(4)

Latar belakang

▪ Secara umumnya, Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya memanggil

PRU14 apabila sentimen pengundi terhadap prospek ekonomi adalah baik kerana ia bermakna pentadbiran beliau telah berjaya menangani masalah-masalah utama yang selama ini mengundang kemarahan pengundi

▪ Kajiselidik ini juga dibangunkan khusus untuk membandingkan kadar inflasi bagi kumpulan barangan utama yang dirasai rakyat berbanding dengan kadar inflasi yang diumumkan kerajaan

▪ Dapatan dari perbandingan ini membolehkan pembuat dasar mengetahui keadaan sebenar kenaikan harga barang yang nampaknya semakin terpisah dari angka rasmi inflasi

(5)

Kaedah dan sampel

3,783 orang pengundi berdaftar di seluruh negara mendapat panggilan dalam

bahasa ibunda masing-masing atau bahasa Melayu:

Pengundi Melayu – Bahasa Melayu

Pengundi Cina– Bahasa Mandarin

Pengundi India – Bahasa Tamil Pengundi Bumiputra Sabah/Sarawak – Bahasa Melayu Pecahan 3,783 pengundi mengikut kaum Melayu 59% Cina 26% India 7% Bumiputra Sabah/Sarawak 8%

(6)

▪ Kajiselidik melibatkan panggilan dari “interactive voice response

system” iaitu sistem temuramah berinteraktif yang dibangunkan I-CPI.

Pengundi ditanya soalan dan memberi jawapan dengan menekan angka di telefon bagi jawapan yang dipilih

▪ Kajiselidik dijalankan dari 10 Jun 2017 ke 14 Julai 2017

▪ Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kajiselidik berkomputer INVOKE

▪ Seramai 1.94 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak. Dari jumlah itu, 22,376 orang pengundi mengangkat telefon dan 3,783

orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya

(7)

▪ Kadar mengangkat telefon (“response rate”) yang lebih rendah adalah disebabkan tempoh masa kajiselidik dibuat iaitu sekitar dua minggu sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri. Cuti panjang menyebabkan lebih ramai yang tidak mengangkat telefon.

▪ Keputusan hasil dari kajiselidik melibatkan 3,783 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut:

i. agregat umur, jantina dan kaum (supaya melambangkan taburan

demografi pengundi di seluruh negara)

ii. agregat taburan pengundi di setiap negeri (supaya

melambangkan kedudukan kerusi parlimen di seluruh negara)

(8)

▪ Pengundi ditanya soalan-soalan berikut:

Soalan 1

Tekan 1 jika anda rasa hala tuju ekonomi negara pada landasan yang betul.

Tekan 2 jika anda rasa hala tuju ekonomi negara pada landasan yang salah.

Soalan 2

Tekan 1 jika anda rasa keadaan ekonomi keluarga anda lebih baik sekarang berbanding 4 tahun lalu.

Tekan 2 jika anda rasa keadaan ekonomi keluarga anda lebih buruk sekarang berbanding 4 tahun lalu.

(9)

Soalan 3:

Tekan 1 jika anda rasa keadaan ekonomi keluarga anda akan lebih baik tahun depan.

Tekan 2 jika anda rasa keadaan ekonomi keluarga anda akan lebih buruk tahun depan.

Soalan 4:

Berdasarkan pengalaman anda, berapakah peratus kenaikan harga makanan dan runcit sejak setahun lepas?

Tekan 1 jika kenaikan antara 1 ke 5% Tekan 2 jika kenaikan antara 6 ke 10% Tekan 3 jika kenaikan melebihi 10%

(10)

Soalan 5:

Berdasarkan pengalaman anda, berapakah peratus kenaikan bil bulanan seperti elektrik, api, air, telefon dan lain-lain sejak setahun lepas?

Tekan 1 jika kenaikan antara 1 ke 5% Tekan 2 jika kenaikan antara 6 ke 10% Tekan 3 jika kenaikan melebihi 10%

Soalan 6:

Berdasarkan pengalaman anda, berapakah peratus kenaikan harga minyak (petrol dan diesel) sejak setahun lepas?

Tekan 1 jika kenaikan antara 5 ke 10% Tekan 2 jika kenaikan antara 10 ke 20% Tekan 3 jika kenaikan melebihi 20%

(11)

Soalan 7:

Berdasarkan pengalaman anda, berapakah peratus kenaikan harga keperluan lain seperti pakaian, belanja sekolah anak dan lain-lain sejak setahun lepas?

Tekan 1 jika kenaikan antara 1 ke 5% Tekan 2 jika kenaikan antara 6 ke 10% Tekan 3 jika kenaikan melebihi 10%

Soalan 8:

Berdasarkan pengalaman anda, berapakah peratus pendapatan bulanan keluarga yang digunakan untuk membayar hutang kereta dan rumah?

Tekan 1 jika jumlahnya antara 30% ke 50% Tekan 2 jika jumlahnya antara 50 ke 70% Tekan 3 jika jumlahnya melebihi 70%

(12)

Soalan 9:

Tekan 1 jika anda mempunyai pekerjaan tetap dan anda berpuas hati dengan gaji anda.

Tekan 2 jika anda mempunyai pekerjaan tetap dan anda tidak berpuas hati dengan gaji anda.

Tekan 3 jika anda tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mahukan pekerjaan tetap.

Tekan 4 jika anda tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mahukan pekerjaan tetap.

(13)

Soalan 10:

Tekan 1 jika pendapatan bulanan keluarga anda melebihi perbelanjaan bulanan.

Tekan 2 jika pendapatan bulanan keluarga anda cukup-cukup untuk perbelanjaan bulanan.

Tekan 3 jika pendapatan bulanan keluarga anda tidak cukup untuk perbelanjaan bulanan.

Kaedah dan sampel

▪ Jawapan dari pengundi Bumiputra Islam Sabah/Sarawak ditunjukkan

bersama sebagai sebahagian dari keputusan “Melayu”

▪ Jawapan pengundi Bumiputra bukan Islam Sabah/Sarawak ditunjukkan bersama sebagai sebahagian dari keputusan “Cina”

(14)

Sentimen pengundi: Suasana

ekonomi negara

41%

59%

Landasan betul Landasan salah

44% 39% 35%

56% 61% 65%

M E L AYU C I N A I N D I A

Landasan betul Landasan salah Adakah hala tuju ekonomi negara berada di landasan betul/salah?

(15)

Sentimen pengundi: Suasana

ekonomi negara

Adakah keadaan ekonomi keluarga anda lebih baik/buruk sekarang berbanding 4 tahun lalu?

35%

65%

Lebih baik Lebih buruk

39% 34%

22%

61% 66%

78%

(16)

Sentimen pengundi: Suasana

ekonomi negara

Adakah keadaan ekonomi keluarga anda akan lebih baik/buruk tahun depan?

36% 64% 46% 27% 16% 54% 73% 84%

(17)

Sentimen pengundi: Kadar sebenar

kenaikan harga yang dialami

Berapakah peratus kenaikan harga makanan dan runcit sejak setahun lepas?

13% 37% 50% 13% 15% 10% 42% 29% 36% 45% 56% 54% M E L AYU C I N A I N D I A

(18)

Sentimen pengundi: Kadar sebenar

kenaikan harga yang dialami

Berapakah peratus kenaikan bil bulanan seperti elektrik, api, air, telefon dan lain-lain sejak setahun lepas?

35%

37% 28%

1% hingga 5% 6% hingga 10% Lebih 10%

29% 47% 25% 38% 33% 53% 34% 20% 22% M E L AYU C I N A I N D I A

(19)

Sentimen pengundi: Kadar sebenar

kenaikan harga yang dialami

Berapakah peratus kenaikan harga minyak (petrol dan diesel) sejak setahun lepas?

34% 41% 25% 34% 29% 25% 45% 66% 53% 21% 6% 22% M E L AYU C I N A I N D I A

(20)

Sentimen pengundi: Kadar sebenar

kenaikan harga yang dialami

Berapakah peratus kenaikan harga keperluan lain seperti pakaian, belanja sekolah anak dan lain-lain sejak setahun lepas?

9% 27% 64% 12% 3% 6% 31% 14% 37% 57% 82% 58% M E L AYU C I N A I N D I A

(21)

Sentimen pengundi: Pendapatan

berbanding kos sara hidup

Berapakah peratus pendapatan bulanan keluarga yang digunakan untuk membayar hutang kereta dan rumah?

50% 31%

19%

30% hingga 50% 50% hingga 70% Lebih 70%

48% 54% 56%

35% 23% 30%

17% 23% 13%

M E L AYU C I N A I N D I A

(22)

Sentimen pengundi: Pendapatan

berbanding kos sara hidup

Adakah anda mempunyai pekerjaan tetap & berpuas hati dengan gaji anda?

33%

42% 22%

3%

Kerja tetap, gaji puas hati Kerja tetap, gaji tidak puas hati Tiada kerja tetap, mahukan kerja

37% 26% 28% 36% 57% 24% 23% 14% 48% 4% 3% 0% M E L AYU C I N A I N D I A

Tiada kerja tetap, tidak mahukan kerja Tiada kerja tetap, mahukan kerja Kerja tetap, gaji tidak puas hati Kerja tetap, gaji puas hati

(23)

Sentimen pengundi: Pendapatan

berbanding kos sara hidup

Adakah pendapatan bulanan keluarga anda melebihi/mencukupi/tidak cukup untuk perbelanjaan bulanan?

23%

60% 17%

Pendapatan melebihi belanja

Pendapatan cukup-cukup 20% 22%

44%

58% 66%

45%

21% 12% 10%

Pendapatan tidak cukup Pendapatan cukup-cukup Pendapatan melebihi belanja

(24)

Pemerhatian utama

▪ Lebih dari 60% pengundi merasakan ekonomi negara berada pada landasan yang salah. Mereka juga merasakan keadaan sekarang lebih buruk dari 4 tahun lalu dan akan kekal buruk tahun depan

▪ Sentimen pengundi terhadap prestasi pengurusan ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah begitu rendah. Pada masa isu-isu ekonomi rakyat adalah isu yang menentukan pilihan parti mana, sentimen yang begitu negatif membayangkan keputusan PRU14 yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional

▪ Sentimen pengundi Melayu yang berpuas hati dengan suasana

ekonomi (sekitar 40% ke 45%) adalah selari dengan tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno dan peratusan pengundi yang masih mahukan Dato’ Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri

(25)

Pemerhatian utama

▪ Dapatan kajiselidik ini yang selari dengan dapatan kajiselidik yang terdahulu (walaupun subjek kajiselidik adalah berlainan) mengesahkan sokongan kepada Umno yang kekal lemah (dalam lingkungan 35% hingga 45% dari pengundi Melayu dalam pertandingan 3 penjuru) ▪ Mengambil kira sentimen pengundi yang tidak berpuas hati dengan

prestasi pengurusan ekonomi Dato’ Seri Najib, besar kemungkinan PRU14 tidak dipanggil tahun ini untuk membolehkan isu-isu ekonomi diselesaikan dengan lebih baik. Penyelesaian kepada isu-isu kenaikan harga barang, gaji dan sentimen suasana

ekonomi dijangka mengambil masa yang lebih panjang dari tempoh 3-4 bulan (masa berbaki tahun ini)

(26)

Pemerhatian utama

▪ Ada perbezaan besar di antara angka rasmi inflasi yang dikeluarkan kerajaan (sekitar 2% hingga 3%) berbanding kenaikan harga barang yang dirasai oleh pengundi (secara majoritinya melebihi 10%)

▪ Perbezaan ini yang menunjukkan angka rasmi tidak membayangkan keadaan sebenar yang dirasai pengundi sebenarnya melunturkan keyakinan pengundi kepada angka-angka rasmi kerajaan

▪ Ini menyukarkan lagi sebarang usaha di pihak Dato’ Seri Najib untuk membaiki sentimen pengundi terhadap suasana ekonomi kerana pengumuman mengenai pencapaian makro ekonomi tidak lagi berkesan untuk mengubah sentimen pengundi

(27)

Referensi

Dokumen terkait

Secara keseluruhan, strategi pengembangan wisata air terjun Coban Pelangi di Desa Wisata Gubugklakah adalah mengoptimalkan potensi alam dan social budaya yang

Manfaat Penelitian adalah sebagai berikut a. Menumbuhkan minat belajar siswa pada pembelajaran IPA, sehingga IPA menjadi mata pelajaran yang menarik bagi

Penelitian ini sendiri membuahkan kesimpulan yang mengungkapkan bahwasanya korelasi antara pengajaran berbasis website dengan motivasi dan minat belajar Aqidah

Dalam proses pelayanan yang diberikan kepada masyarakat oleh pemerintah desa golan dalam berbagai hal urusan yang mengenai pelayanan administrasi masih belum

Dalam penelitian ini diurailcan atau dibahas tentang prestasi belajar siswa dalam bidang studi bahasa Indonesia yang diperoleh siswa dihubungkan dengan disiplin siswa

Hasil yang didapatkan adalah tidak ada hubungan yang signifikan antara variable independen (riwayat penyakit ibu, riwayat penyakit keluarga, sosial ekonomi, dukungan keluarga

As everyone always comes to Don Vito Corleone for help, he starts to not believe in society and the government because they cannot handle people right like

Hasil penelitian menyatakan persepsi ibu terhadap dukungan bidan paling banyak memiliki persepsi ibu terhadap dukungan bidan kategori baik sebanyak 32 responden (68,1%),