• Tidak ada hasil yang ditemukan

Januari - April Edisi 30

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Januari - April Edisi 30"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Januari - April

(2)

2

UTMSPACE telah mengadakan satu sesi pendaftaran mahasiswa baru bagi kemasukan Program Sarjana Muda Separuh Masa pada hari Sabtu, 25 Januari 2014. Sesi pendaftaran ini telah diadakan di Blok N24, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 500 orang mahasiswa telah datang mendaftar daripada keseluruhan jumlah 776 orang calon yang mendapat tawaran. Mahasiswa yang hadir mendaftar berasal dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk mengikuti Program Sarjana Muda, Pengajian Separuh Masa UTMSPACE (Sesi Februari 2014/2015).

Sebanyak 14 program telah ditawarkan bagi semester Februari 2014 di semua 18 pusat pembelajaran UTMSPACE seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran UTMSPACE ini termasuklah di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Pulau Pinang, Miri (Sarawak) dan Kerteh (Terengganu). Program-program ini ditawarkan kepada pekerja dewasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia, juga kepada mereka yang inginkan kemajuan dalam kerjaya.

Majlis pendaftaran mahasiswa baru ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus selaku Pengarah Program Pengajian Separuh Masa, UTMSPACE. Pada sebelah petang, taklimat Pengajaran & Pembelajaran Program Pengajian Separuh Masa beserta Sesi Soal Jawab telah diadakan. Mahasiswa baru diberi pendedahan terhadap program yang berkenaan dan diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada Pengarah Program Pengajian Separuh Masa, UTMSPACE.

Program Sarjana Muda ini ditawarkan sebanyak dua kali setahun (bulan Februari & September) dan permohonan boleh

dibuat secara online di www.utmspace.edu.

my. UTMSPACE mengucapkan tahniah dan

selamat maju jaya.

Pendaftaran

Mahasiswa Baru

IJAZAH Sarjana Muda

PROGRAM Separuh Masa

(Kemasukan Februari

(3)

3

Bagi membuka tirai kalendar tahun baru 2014,

UTMSPACE berbesar hati menyambut kedatangan YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia ke UTMSPACE, Johor Bahru. Kehadiran Naib Canselor ke UTMSPACE adalah satu penghormatan bagi semua staf. Ia juga memberi peluang kepada pihak pengurusan dan staf UTMSPACE untuk bertemu dan beramah mesra dengan beliau.

YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar tiba di perkarangan UTMSPACE pada jam 2.30 petang. Beliau disambut oleh Pengarah Urusan merangkap Dekan UTMSPACE, Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah bersama dengan pihak pengurusan yang lain.

Majlis perjumpaan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama UTMSPACE dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg Dekan. Beliau berkongsi maklumat dan video tentang pelbagai acara menarik yang telah dilaksanakan oleh UTMSPACE sepanjang tahun 2013.

Selain daripada itu, YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar turut menyampaikan ucapan serta amanat beliau untuk UTMSPACE. Beliau berharap agar UTMSPACE terus meningkatkan pendapatan bersih yang lebih tinggi pada tahun 2014 dan juga pada tahun yang mendatang.

YBhg Naib Canselor juga turut menekankan bahawa UTMSPACE perlu tampil menjadi global player dan mampu membawa imej Universiti Teknologi Malaysia ke aras yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan sepanjang hayat. Beliau menegaskan bahawa pihak pengurusan dan staf UTMSPACE

Lawatan

Naib Canselor UTM

ke UTMSPACE

mempraktikkan budaya korporat berikutan pengkorporatan UTMSPACE pada tahun 2011 dan boleh dijadikan contoh yang baik kepada staf Universiti Teknologi Malaysia yang lain.

Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang bersama semua staf pengurusan UTMSPACE.

(4)

4

UTMSPACE telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H pada 27 Februari 2014. Semua staf telah menghadirkan diri ke bilik seminar UTMSPACE untuk mendengar ceramah yang bertajuk “Cinta Nabi tidak Bermusim”. Ceramah ini disampaikan oleh Prof. Dr. Badlihisham bin Mohd Nasir daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Majlis anjuran KESUKEB Johor ini bermula jam 9.00 pagi. Selain daripada banyak input ilmiah yang diterapkan, Prof. Dr. Badlihisham juga telah menceritakan keadaan semasa yang berkait dengan zaman Nabi. Satu sesi soal jawab telah diadakan dan bagi sesiapa yang bertanyakan soalan telah menerima hadiah cenderahati daripada UTMSPACE.

Majlis Sambutan

Maulidur Rasul

1435H

(5)

5

Pasukan futsal SJFC (Space Johor Football

Club) telah menyertai perlawanan Piala Futsal iM4U yang dianjurkan oleh Standard Chartered. Perlawanan ini telah diadakan pada 28 Februari 2014, bertempat di Millenium Sport Centre, Taman Tun Aminah, Johor Bahru.

Sebanyak 60 pasukan sekitar Johor Bahru telah menyertai perlawanan ini. Pada akhir perlawanan, pasukan futsal Space Johor telah dikategorikan dalam 10 pasukan terbaik peringkat zon Johor.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :

Piala Futsal

i

M4U

Standard

Chartered

Space Johor

Space Johor 2 – 1

Space Johor 4 – 2 Sekolah Sukan Johor B * Pasukan Space Johor telah menjuarai peringkat kumpulan D

Space Johor 2 – 0 Politeknik Johor Bahru

Space Johor 0 – 3 Sekolah Sukan Johor A

Pasukan Space Johor tewas di peringkat suku akhir kepada pasukan Sekolah Sukan Johor A. Ucapan terima kasih diberikan kepada semua staf dan keluarga yang hadir memberikan sokongan.

Kumpulan D

Kangkar Pulai Members Senandung Merah 3 – 1

Pusingan Kedua

Suku Akhir

(6)

6

Pada tarikh 7 April 2014, seramai 30 pengikut

(followers) media sosial UTMSPACE yang bertuah

telah dibawa ke Pulau Tinggi, Mersing. Program ini dianjurkan oleh pasukan Media Sosial UTMSPACE. Dengan bertemakan ‘Clean and Green’, acara ini telah dijayakan dengan kerjasama 45 orang peserta.

Program ‘Clean and Green’ telah berjalan selama 2 hari 1 malam, bermula dari 5 April hingga 6 April 2014. Seramai 23 orang peserta dari Kuala Lumpur dan 22 orang peserta termasuk sekretariat dari UTMSPACE Johor Bahru. Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peminat media sosial UTMSPACE yang banyak memberi sokongan dalam program-program yang dipromosikan di tiga saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Acara dimulakan dengan sesi pengenalan para peserta pada jam 3 petang selepas semua peserta telah mendaftar masuk ke Chalet Tok Mok. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membersihkan kawasan pesisiran pantai. Acara pembersihan pantai turut disertai oleh Ketua Kampung Pulau Tinggi dan kakitangan Taman Laut Iskandar, yang juga bertindak sebagai pengurus acara program ini.

Selain daripada pembersihan pantai, pihak UTMSPACE turut menaja 3 tong kitar semula untuk diletakkan di Pulau Tinggi sebagai tanda ingatan bagi Program Clean and Green. Selain daripada itu, acara sukaneka turut dijalankan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama peserta.

Program Clean

& Green

Pada sebelah malam, para peserta disajikan dengan hidangan ala BBQ.

Acara jungle trekking dan snorkeling telah dijalankan di sekitar kawasan Pulau Tinggi bagi menutup program ‘Clean and Green’. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan supaya setiap peserta dapat merasai pengalaman di kedua-dua acara tersebut. Semua peserta berpuas hati dengan program yang telah dijalankan dan berharap agar pihak UTMSPACE akan sentiasa mengadakan program bersama di masa depan.

(7)

7

Pada 13 April 2014, UTMSPACE telah

mengadakan Hari Terbuka bertempat di Bangunan UTMSPACE Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di ruang legar utama. Bersesuaian dengan cogan kata UTMSPACE “Learning is a journey, Experience it with UTMSPACE”, UTMSPACE menawarkan khidmat rundingan program, pendaftaran dan yuran pendaftaran percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Hari Terbuka ini menawarkan pelbagai kursus seperti, Diploma Sepenuh Masa, Program Diploma Eksekutif Pembinaan, Seminar Tempatan / Antarabangsa dan Program Bahasa Inggeris.

Tujuan Hari Tebuka ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada pengunjung luar, tidak mengira umur mahupun sudah bekerja untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan jadual kursus yang disediakan lebih fleksibel, ini dapat memudahkan individu yang berminat untuk meneruskan pelajaran walaupun sudah bekerja.

Antara kebaikan bagi pelajar yang mendaftar dengan UTMSPACE adalah pelajar dapat bersemuka secara terus

dengan pensyarah. Ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran. Bagi pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja, mereka boleh berkongsi pengalaman kerja bersama dengan pelajar lain.

Program yang ditawarkan oleh UTMSPACE mendapat pengiktirafan daripada badan-badan profesional. Tahap kualiti sijil akademik yang dimiliki oleh pelajar adalah setaraf dengan program perdana yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Terdapat 6 kaunter yang terlibat iaitu Kaunter Media Sosial, Bahagian Pembangunan Profesional, Kolej Space Kaunter Khidmat Pelanggan, Program Kerjasama dan Program Eksekutif. Setiap kaunter menyediakan khidmat nasihat program dan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah percuma disediakan untuk pengunjung.

Lebih 100 orang pengunjung telah menekan butang ‘Like’ & ‘Follow’ pada laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter UTMSPACE. Rebat RM100 diberikan kepada calon yang mendaftar di Kolej Space, dan cenderamata menarik disediakan untuk semua pengunjung.

Kebanyakan pengunjung yang hadir ke kaunter Khidmat Pelanggan telah memberikan maklum balas, cadangan, dan aduan berkenaan dengan perkhidmatan UTMSPACE. Pakej fotografi secara santai turut diadakan bagi pengunjung yang berminat.

Hari Terbuka

UTMSPACE 2014

(8)

JOHOR B AH RU PULA U PINANG AL OR SE TA R KULIM

SHAH ALAM KUALA L

UMPUR KLAN G MELAK A KU AN TA N KUCHING KERTEH KU ALA TERENGGANU KO TA BHA RU IPOH BINTUL U MIRI LUMUT KO TA KINAB AL U

18 Pusat Pembelajaran UTMSP

ACE di

seluruh Malaysia

.

Jom

Mendaftar Bersama

Kami!

www.utmspace.edu.my

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari studi kasus ini adalah untuk mendiagnosis penyakit, mengetahui penyebab dan faktor risiko, melakukan tatalaksana dan memperbaiki keadaan pasien, serta meningkatkan

Malaria adalah penyakit infeksi menular yang disebabkan oleh parasit dari genus Plasmodium, yang ditularkan melalui gigitan nyamuk anopheles

Secara khusus penulis mengucapkan banyak terima kasih kepada Bapak Evo Sampetua Hariandja,Ir., MM selaku pembimbing yang telah banyak membantu, membimbing, mendukung mengarahkan

Dengan demikan peneliti fokus terhadap fashion yang bisa menjadi peran dalam branding wilaya Subang, dan Batik Nanas dapat membantu mempromosikan industri batik itu

Strategi dilakukan oleh beberapa perusahaan dalam mempertahankan loyalitas pelanggannya dengan konsep dari Customer Relationship Management (CRM), merupakan suatu

Sebelumnya penjadwalan dan kegiatan rapat dilaksanakan secara offline, namun seiring dengan berkembangnya teknologi penjadwalan dan kegiatan rapat dapat dilakukan

pertama, di MI Negeri Bulusari Gempol Pasuruan ini kurang memanfaatkan media Grafis atau gambar, pada pembelajaran yang paling sering digunakan. adalah metode

Berdasarkan hal-hal tersebut, Pimpinan Pusat Muhammadiyah menyatakan bahwa Muhammadiyah mendukung pelaksanaan vaksinasi sebagai bagian dari upaya penanganan pandemi Covid-19