• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUB MALAYSIA BERHAD (Nombor Syarikat:6022-D) (Diperbadankan di Malaysia)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KUB MALAYSIA BERHAD (Nombor Syarikat:6022-D) (Diperbadankan di Malaysia)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

(Nombor Syarikat:6022-D) (Diperbadankan di Malaysia)

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUB MALAYSIA BERHAD KE-51 YANG TELAH DIADAKAN PADA HARI SELASA, 24 MEI 2016 JAM 10.00 PAGI DI DEWAN TUN DR. ISMAIL PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, ARAS 2, 41, JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR

HADIR : Dato’ Ahmad Ibnihajar (Pengerusi)

Datuk Abdul Rahim Mohd Zin (Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan) Datuk Hj Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego

Datuk Mohd Hafarizam Harun Dato’ Ab Rahim Abu Bakar Dato’ Jamelah A.Bakar

Tunku Alizan Raja Muhammad Alias Tengku Zahaimi Tuan Hashim

Encik Mohammad Farish Nizar Othman

TURUT HADIR : Cik Sharina Saidon

(Setiausaha Syarikat)

Encik Mohd Afendy Md Yazim (Setiausaha Syarikat Bersama) Puan Nani Suryani Ahmad Tajudin (Setiausaha Syarikat Bersama Luar)

PEMEGANG SAHAM / / WAKIL KORPORAT / PROKSI YANG HADIR

: Seperti Senarai Kehadiran, Lampiran 1 (1,028 Orang)

JURUAUDIT : Tetuan Deloitte (AF 0080)

(Diwakili oleh Encik Kamarul Baharin Tengku Zainal Abidin)

JEMPUTAN : Seperti di dalam Senarai Jemputan, Lampiran 2

Mesyuarat telah dimulakan pada 10.05 pagi.

PENGERUSI MESYUARAT

Menurut Artikel 74 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung Syarikat.

Dato’ Ahmad Ibnihajar (‘Dato’ Pengerusi’) sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah akan mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KUB yang ke-51 (‘MAT-51’).

KATA-KATA ALUAN

Dato’ Pengerusi mengucapkan selamat datang serta penghargaan di atas sokongan berterusan para pemegang saham dan para jemputan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan KUB Malaysia Berhad ke-51 (‘MAT-51’).

Dato’ Pengerusi memaklumkan seperti tahun sebelumnya, KUB Malaysia Berhad kekal mencatat keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

(2)

Muka surat 2 daripada 12 Beliau juga merakamkan sekalung tahniah kepada barisan Pengurusan dan seluruh warga kerja Kumpulan KUB kerana telah berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 sebanyak RM9.1 juta berbanding RM4.5 juta direkodkan pada tahun kewangan 2014 bersandarkan pendapatan RM447.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 walaupun Syarikat berhadapan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

Dato’ Pengerusi seterusnya memperkenalkan barisan Ahli-ahli Lembaga Pengarah kepada para pemegang saham dan hadirin.

NOTIS DAN KORUM

Setiausaha Syarikat telah mengesahkan menurut Artikel 72 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, korum untuk menjalankan urusan Mesyuarat adalah mencukupi. Setakat 10.00 pagi, 22 Mei 2016, sebanyak enam ratus tujuh puluh empat (674) borang proksi mewakili sebanyak 299,910,579 unit saham telah diterima dengan pecahan seperti berikut:

(i) Pengerusi Mesyuarat adalah Proksi bagi tujuh (7) Pemegang Saham untuk jumlah saham sebanyak 3,403,400 unit (0.61%) daripada modal diterbitkan dan berbayar Syarikat;

(ii) Tunku Alizan Raja Muhammad Alias adalah Proksi bagi Gaya Edisi Sdn Bhd, Pemegang Saham untuk jumlah saham sebanyak 164,844,520 unit (29.62%) daripada modal diterbitkan dan berbayar Syarikat; dan

(iii) Encik Taufek Mat Ali adalah Proksi bagi Menteri Kewangan Diperbadankan, Pemegang Saham untuk jumlah saham sebanyak 125,466,950 unit (22.55%) daripada modal diterbitkan dan berbayar Syarikat.

Dato’ Pengerusi memaklumkan Notis MAT-51 telah diedarkan mengikut peruntukkan Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad. Beliau seterusnya memulakan MAT-51 dengan Agenda pertama. Jumlah pemegang saham/wakil korporat/proksi yang hadir setakat jam 10.00 pagi adalah 1,028 orang.

PERMULAAN PROSIDING

Datuk Abdul Rahim Mohd Zin (‘Datuk Presiden/GMD’) membentangkan taklimat pencapaian dan hala tuju Kumpulan KUB. (slaid pembentangan seperti Lampiran 3)

Dato’ Pengerusi menerangkan prosedur Mesyuarat dan hak bersuara serta mengundi kepada para pemegang saham, wakil korporat dan proksi.

Dato’ Pengerusi memaklumkan undian bagi semua resolusi yang dibentang adalah secara undian tangan. Namun, sepertimana yang diperuntukkan dibawah Artikel 77(a) Tataurusan Pertubuhan Syarikat, undian secara bertulis boleh dipohon oleh mana-mana individu berikut:

(i) Dato’ Pengerusi; atau

(ii) Tidak kurang daripada dua (2) pemegang saham yang hadir sendiri atau melalui proksi dan layak mengundi; atau

(iii) Mana-mana pemegang saham atau para pemegang saham yang hadir sendiri atau melalui proksi dan mewakili tidak kurang daripada 1/20 jumlah hak mengundi kesemua ahli yang berhak mengundi pada mesyuarat ini; atau

(3)

Muka surat 3 daripada 12 (iv) Pemegang saham atau para pemegang saham yang diberikan hak mengundi pada

mesyuarat ini bagi saham yang jumlah agregat berbayar bersamaan atau tidak kurang daripada 1/20 daripada keseluruhan jumlah berbayar kesemua saham yang diberikan hak berkenaan.

Dato’ Pengerusi mengumumkan Syarikat telah menerima surat daripada Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad (‘MSWG’) bertarikh 16 Mei 2016 untuk MAT-51 yang membangkitkan isu-isu berkenaan kewangan, operasi dan tadbir urus korporat Syarikat. (surat daripada MSWG seperti Lampiran 4)

Bagi menjaga kepentingan pemegang saham minoriti, Datuk Presiden/GMD membentang respon Syarikat terhadap isu yang terkandung dalam surat daripada MSWG. (respon/jawapan seperti Lampiran 5)

AGENDA 1

1. MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAUDIT UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015 BESERTA LAPORAN PARA PENGARAH DAN JURUAUDIT

Dato’ Pengerusi memaklumkan pembentangan Agenda ini hanya untuk perbincangan sahaja. Menurut Seksyen 169(1) dan (3) Akta Syarikat 1965, akaun beraudit Syarikat tidak memerlukan kelulusan para pemegang saham. Oleh itu, undian para pemegang saham tidak diperlukan. Encik Kamarul Baharin Tengku Zainal Abidin dari Tetuan Deloitte (AF 0080) telah membentangkan Laporan Audit Tanpa Syarat kepada pemegang saham (seperti dinyatakan pada muka surat 77 dan 78 Laporan Tahunan 2015). Tetuan Deloitte juga berpendapat bahawa Penyata Kewangan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 telah disediakan dengan betul menurut Piawaian Pelaporan Kewangan dan Akta Syarikat, 1965 bagi memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat setakat 31 Disember 2015 beserta prestasi kewangan dan penyata aliran tunainya bagi tahun kewangan tersebut.

Dato’ Pengerusi kemudian membuka ruang bagi soalan berkaitan Penyata Kewangan Syarikat. Beberapa pemegang saham/proksi telah mengemukakan soalan-soalan berkaitan Penyata Kewangan Syarikat yang dirumuskan seperti berikut:

(i) Encik Mohamed Afandi Ismail mengucapkan tahniah atas pelantikan Presiden/GMD yang baru dan berharap agar Datuk Presiden/GMD akan berusaha keras untuk membawa keuntungan kepada Syarikat. Beliau meluahkan rasa gembira atas keputusan Lembaga Pengarah yang mengesyorkan bayaran dividen sebanyak 0.5sen akan tetapi, beliau juga meluahkan rasa tidak puas hati kerana Lembaga Pengarah tidak menghargai kehadiran pemegang saham kerana tidak diberi wang tunai berjumlah RM50.00 serta baucer A&W seperti yang diberikan pada MAT yang lepas. Beliau turut berkongsi pendapat supaya Syarikat dapat meneliti lebih mendalam kepada perkara berikut:

(a) memainkan peranan yang lebih di dalam tanggujawab sosial korporat (‘CSR’) terutama di kawasan pedalaman;

(b) menceburi dalam industri halal; dan

(c) Maskot A&W (Malaysia) Sdn Bhd, ‘Rooty the Bear’ diperagakan mengikut perayaan kaum utama di Malaysia (contoh: Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina dan Deepavali).

(4)

Muka surat 4 daripada 12 Datuk Presiden/GMD menyatakan bahawa Lembaga Pengarah amat mengalu-alukan kehadiran serta sokongan para pemegang saham. Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah untuk tidak meneruskan pemberian wang dan baucer adalah kerana Syarikat mensasarkan pembayaran dividen yang lebih tinggi bagi tahun yang akan datang.

Datuk Presiden/GMD mengambil maklum cadangan bagi mempelbagaikan imej maskot A&W. Syarikat akan berusaha untuk meningkatkan aktiviti CSR pada tahun ini. Bagi menceburi industri halal, Datuk Presiden/GMD menyatakan kajian yang mendalam hendaklah dibuat. Pada masa kini, Syarikat memberi tumpuan kepada perkembangan tiga (3) sektor perniagaan teras iaitu Tenaga, Peladangan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

(ii) Encik Sulaiman Abu Samah merujuk kepada insiden runtuhan tangki POME kilang minyak kelapa sawit milik KUB Maju Mill Sdn Bhd dan mempersoalkan sama ada insiden tersebut akan menjejaskan hasil dan kemampuan/kapasiti kilang untuk memproses minyak kelapa sawit.

Datuk Presiden/GMD memaklumkan bahawa Syarikat telah melantik konsultan untuk menyiasat punca berlakunya insiden/bencana tersebut serta akan menjalankan proses pembaikan kerosakan tersebut secepat yang mungkin.

(iii) Encik Mohd Ismail Che Mat Din menyokong strategi / ‘Game Plan’ seperti yang dibentangkan oleh Datuk Presiden/GMD. Beliau kemudian mempersoalkan kebolehan Pengurusan untuk melaksanakan ‘Game Plan’ tersebut dan menggesa agar Lembaga Pengarah dan Datuk Presiden/GMD untuk mengukuhkan administrasi tenaga kerja Syarikat.

Datuk Presiden/GMD memaklumkan kepada para pemegang saham bahawa Syarikat telah memantapkan Pengurusan Kumpulan KUB dengan pelantikan Naib Presiden Bahagian Kewangan Kumpulan dan Naib Presiden Bahagian Operasi dan Pembangunan Strategik Kumpulan. Dengan pelantikan tersebut, Datuk Presiden/GMD yakin bahawa ‘Game Plan’ tersebut boleh dilaksanakan dengan lancar.

(iv) Encik Saad Man menyatakan bahawa Syarikat mencatat keuntungan bagi tahun kewangan berkahir 31 Disember 2015. Beliau mengusulkan agar Syarikat mengurangkan perbelanjaan operasi serta mengkaji semula tindakan Syarikat untuk melupuskan aset di Ipoh.

Datuk Presiden/GMD menjelaskan bahawa Syarikat telah melaksanakan penilaian dalaman yang terperinici ke atas operasi perniagaan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Syarikat dan Kumpulan. Hasil daripada analisa tersebut, Syarikat memutuskan untuk melupuskan aktiviti perniagaan anak-anak Syarikat yang tidak berdaya saing dan memantapkan strategi dengan pengkhususan kepada tiga (3) sektor teras perniagaan Syarikat iaitu Tenaga, Peladangan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

(v) Encik Ali Hj Hassan meminta penjelasan tentang strategi Syarikat bagi memperoleh perintah pembangunan untuk ‘KUB Tower’ serta jangka masa untuk pembinaan ‘KUB Tower’.

Datuk Presiden/GMD memaklumkan bahawa projek ‘KUB Tower’ masih di peringkat

perbincangan dengan rakan strategik bagi memudahkan penyerahan/permohonan

perintah pembangunan. Datuk Presiden/GMD menyatakan bahawa

penyerahan/permohonan perintah pembangunan untuk ‘KUB Tower’ dijangka selesai

(5)

Muka surat 5 daripada 12 (vi) Mejar (B) Ainudin Ishak membangkitkan perjanjian yang dibuat oleh Koperasi Usaha

Bersatu (sebelum penubuhan KUB Malaysia Berhad). Menurut beliau, Koperasi Usaha Bersatu telah berjanji untuk memberikan pulangan yang tinggi jika ahli koperasi melabur dalam Syarikat.

Datuk Presiden/GMD memberi jaminan bahawa Syarikat di bawah pengurusan beliau dan selaras dengan ‘Game Plan’ yang dibentangkan akan meningkatkan hasil serta keuntungan bagi tahun akan datang dan seterusnya memberi pulangan yang lebih tinggi kepada para pemegang saham.

(vii) Encik Ahmad Ibrahim meminta penjelasan lanjut mengenai butiran lain-lain perbelanjaan berjumlah RM28,945,000.00 seperti yang dinyatakan di halaman 79 Laporan Tahunan 2015. Beliau juga mencadangkan agar Lembaga Pengarah dan Syarikat mempelbagaikan aktiviti tangunggjawab sosial korporat. Selain itu, beliau turut meminta agar Lembaga Pengarah memberi pertimbangan yang wajar dalam keputusan yang dibuat untuk tidak memberi sebarang ‘door gift’ kepada para pemegang saham yang hadir pada Mesyuarat pagi ini.

Datuk Presiden/GMD membentangkan butiran yang terkandung dalam lain-lain perbelanjaan seperti berikut:

No. Lain-lain Perbelanjaan RM’000

1 Pelunasan dan susut nilai 3,954

2 Peruntukan bagi pembayaran ganti rugi tertentu dipastikan 1,332

3 Peruntukan bagi kerugian boleh dijangka 9,672

4 Elaun rosotnilai bagi perdagangan belum terima 6,205

5 Elaun rosotnilai bagi inventori 1,007

6 Tarif/fi pentadbiran berkaitan projek KUB Power Sdn Bhd 6,156

7 Rugi tak terealisasi bagi pertukara asing 452

8 Lain-lain 167

Jumlah 28,945

Datuk Presiden/GMD menjelaskan ‘Provision for liquidated and ascertained damages’ (item No. 2 di atas) adalah peruntukan untuk denda/ganti rugi yang dikenakan kepada kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah ditetapkan dalam kontrak.

Datuk Presiden/GMD seterusnya menjelaskan ‘Provision for foreseeable losses’ (ítem No. 3 di atas) adalah peruntukan bagi projek yang dijangka akan mengalami kerugian. Bagi merungkai persoalan pemegang saham tersebut, Datuk Presiden/GMD memberi jaminan di bawah pengurusan beliau pada tahun-tahun yang mendatang, kedua-dua peruntukan tersebut di atas akan dielakkan. Segala usaha niaga yang baru serta projek yang bakal diceburi oleh Kumpulan KUB akan melalui proses pengurusan risiko serta kajian kebolehlaksanaan.

Setelah Dato’ Pengerusi dan Datuk Presiden/GMD menjawab semua soalan yang diajukan oleh para pemegang saham/proksi, Dato’ Pengerusi mengisytiharkan Penyata Kewangan Beraudit untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2015 beserta Laporan Pengarah dan Juruaudit diterima.

(6)

Muka surat 6 daripada 12 AGENDA 2

2. MELANTIK SEMULA PARA PENGARAH YANG BERSARA MENURUT ARTIKEL 101 TATAURUSAN PERTUBUHAN SYARIKAT

Pengarah-pengarah yang bersara menurut Artikel 101 adalah layak untuk pelantikan semula. Pengarah-pengarah yang telah bersetuju untuk dilantik semula:

(i) Dato’ Ahmad Ibnihajar (Resolusi Biasa 1)

(ii) Datuk Abdul Rahim Mohd Zin (Resolusi Biasa 2)

(iii) Encik Mohammad Farish Nizar Othman (Resolusi Biasa 3)

Dato’ Pengerusi memaklumkan kepada para pemegang saham, wakil korporat dan proksi bahawa Seksyen 126 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan pengundian bagi Resolusi-resolusi Biasa 1, 2 dan 3 hendaklah dijalankan secara berasingan.

Profil Pengarah-pengarah tertera di halaman 16, 17 dan 25 Laporan Tahunan 2015 yang telah diedarkan kepada para pemegang saham, wakil korporat dan proksi.

(RESOLUSI BIASA 1)

Untuk Resolusi Biasa 1, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif mengambil alih tugas mempengerusikan Mesyuarat ini daripada Dato’ Pengerusi bagi mengelak sebarang konflik kepentingan.

Resolusi Biasa 1 tersebut telah dicadangkan oleh Encik Burhanuddin Ahmad dan disokong oleh Encik Mohd Ismail Che Mat Din.

Datuk Mohd Hafarizam Harun seterusnya mengemukakan Resolusi Biasa 1 untuk pengundian. Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan semula Dato’ Ahmad Ibnihajar sebagai Pengarah Syarikat dengan sebulat suara.

Datuk Mohd Hafarizam Harun seterusnya menyerahkan kembali tugas Pengerusi Mesyuarat kepada Dato’ Pengerusi.

Dato’ Pengerusi kemudian meneruskan Mesyuarat dengan pembentangan Resolusi Biasa 2 dan 3 serta meminta pencadang dan penyokong seperti berikut:

(RESOLUSI BIASA 2)

Resolusi Biasa 2 telah dicadangkan oleh Encik Sulaiman Abu Samah dan disokong oleh Encik Sharif Tun Samad.

Dato’ Pengerusi meneruskan pembentangan Resolusi Biasa 2 untuk pengundian.

Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan semula Datuk Abdul Rahim Mohd Zin sebagai Pengarah Syarikat dengan sebulat suara.

(7)

Muka surat 7 daripada 12 (RESOLUSI BIASA 3)

Resolusi Biasa 3 telah dicadangkan oleh Encik Rosli Saad dan disokong oleh Mejar (B) Ainudin Ishak.

Dato’ Pengerusi meneruskan pembentangan Resolusi Biasa 3 untuk pengundian.

Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan semula Encik Mohammad Farish Nizar Othman sebagai Pengarah Syarikat dengan sebulat suara.

AGENDA 3

3. MELANTIK SEMULA PARA PENGARAH YANG BERSARA MENURUT ARTIKEL 95(i), TATAURUSAN PERTUBUHAN SYARIKAT

Pengarah-pengarah yang bersara menurut Artikel 95(i) adalah layak untuk pelantikan semula. Pengarah-pengarah yang telah bersetuju untuk dilantik semula:

(i) Dato’ Jamelah A.Bakar (Resolusi Biasa 4) (ii) Dato’ Sohaimi Shahadan (Resolusi Biasa 5)

Dato’ Pengerusi memaklumkan pengundian bagi Resolusi-reolusi Biasa 4 dan 5 akan dibuat secara berasingan menurut Seksyen 126, Akta Syarikat 1965. Profil Pengarah-pengarah tersebut tertera di halaman 21 dan 22 Laporan Tahunan 2015 yang telah diedarkan kepada para pemegang saham, wakil korporat dan proksi.

Encik Sulaiman Abu Samah meminta penjelasan berkaitan sumbangan serta kredibiliti Pengarah-pengarah yang akan dilantik semula. Beliau berpendapat bahawa Menteri Kewangan sebagai pemegang saham utama hendaklah melantik wakil sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bagi melindungi kepentingan Menteri Kewangan serta memudahkan urusan Kumpulan KUB dengan pihak berkaitan.

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah telah membuat keputusan yang wajar berdasarkan keputusan penilaian prestasi serta rekomendasi yang diutarakan oleh Jawatankuasa Lembaga Pencalonan dan Imbuhan terhadap setiap Pengarah yang bersara. Dato’ Pengerusi menjelaskan bahawa keputusan untuk melantik wakil Menteri Kewangan bagi menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat adalah hak mutlak Kementerian Kewangan.

(RESOLUSI BIASA 4)

Resolusi Biasa 4 telah dicadangkan oleh Encik Mohd Ismail Che Mat Din dan disokong oleh Mejar (B) Ainudin Ishak.

Dato’ Pengerusi meneruskan Mesyuarat dengan pembentangan Resolusi Biasa 4 untuk pengundian.

Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan semula Dato’ Jamelah A.Bakar sebagai Pengarah Syarikat dengan sebulat suara.

(RESOLUSI BIASA 5)

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa Dato’ Sohaimi Shahadan telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Pengarah Syarikat bertarikh 24 Mei 2016 pada pagi ini sebelum Mesyuarat bersidang.

(8)

Muka surat 8 daripada 12 AGENDA 4

4. MELULUSKAN BAYARAN DIVIDEN PERTAMA DAN AKHIR SATU PERINGKAT SEBANYAK 0.5 SEN SETIAP SATU UNIT SAHAM BIASA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015

(RESOLUSI BIASA 6)

Menurut Artikel 148, Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Lembaga Pengarah telah mencadangkan pembayaran dividen pertama dan akhir satu peringkat.

Encik Jayabalan Diraviyam memohon penjelasan berkaitan jumlah dividen yang akan dibayar oleh Syarikat kerana terdapat kekeliruan dikalangan para pemegang saham.

Datuk Presiden/GMD menjelaskan bahawa Syarikat akan membayar 0.5 sen bagi setiap satu unit saham biasa. Jumlah tersebut dicadangkan setelah mengambil kira aspek keuntungan dan aliran tunai Syarikat.

Resolusi Biasa 6 ini telah dicadangkan oleh Encik Mohd Fendi dan disokong oleh Encik Mohd Ismail Che Mat Din.

Dato’ Pengerusi kemudian membentangkan Resolusi Biasa 6 untuk pengundian.

Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pembayaran dividen pertama dan akhir satu peringkat sebanyak 0.5 sen bagi setiap satu unit saham biasa untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

AGENDA 5

5. MELULUSKAN BAYARAN YURAN PARA PENGARAH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015

(RESOLUSI BIASA 7)

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah telah meluluskan cadangan pembayaran yuran para pengarah berdasarkan pengesyoran dan penilaian Jawatankuasa Lembaga Pencalonan dan Imbuhan untuk dikemukakan kepada para pemegang saham untuk kelulusan.

Encik Mohd Ismail Che Mat Din mencadangkan agar ‘Key Performance Indicators’ diwujudkan bagi menilai imbuhan Lembaga Pengarah.

Encik Sulaiman Abu Samah kemudian berkongsi pendapat agar setiap Lembaga Pengarah membeli saham Syarikat bagi memupuk semangat kekitaan terhadap Syarikat.

Mejar (B) Ainudin Ishak menggesa supaya Lembaga Pengarah mempertimbangkan semula keputusan Lembaga Pengarah untuk tidak memberi sagu hati kepada para pemegang saham/proksi yang hadir pada Mesyuarat pagi ini.

Dato’ Pengerusi kemudian menangguhkan MAT-51 selama sepuluh (10) minit bagi membolehkan Lembaga Pengarah membincangkan isu sagu hati tersebut di atas.

(9)

Muka surat 9 daripada 12 Setelah perbincangan Lembaga Pengarah, Dato’ Pengerusi mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah bersetuju untuk memberi elaun mesyuarat mereka (elaun Lembaga Pengarah yang hadir ke MAT-51) untuk diagihkan kepada para pemegang saham dan proksi yang hadir pada Mesyuarat pagi ini.

Dato’ Pengerusi kemudian membentangkan Resolusi Biasa 7 untuk pengundian setelah menjawab semua persoalan berkaitan Agenda ini daripada para pemegang saham/proksi. Resolusi Biasa 7 ini telah dicadangkan oleh Encik Mohd Asmadi dan disokong oleh Mejar (B) Ainudin Ishak.

Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan bayaran yuran para Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dengan sebulat suara.

AGENDA 6

6. MELANTIK SEMULA TETUAN DELOITTE SEBAGAI JURUAUDIT SYARIKAT DAN MEMBERI KUASA KEPADA PARA PENGARAH MENETAPKAN IMBUHAN MEREKA (RESOLUSI BIASA 8)

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah mengesyorkan Juruaudit Luar Syarikat, Tetuan Deloitte dilantik semula. Tetuan Deloitte yang bersara pada MAT ini telah menyatakan persetujuan untuk pelantikan semula sebagai Juruaudit Luar sehingga MAT yang akan datang.

Resolusi Biasa 8 ini telah dicadangkan oleh Encik Mohd Ismail Che Mat Din dan disokong oleh Mejar (B) Ainudin Ishak.

Dato’ Pengerusi kemudian membentangkan Resolusi Biasa 8 untuk pengundian.

Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan semula Tetuan Deloitte sebagai Juruaudit Syarikat dan memberi kuasa kepada para Pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka dengan sebulat suara.

URUSAN KHAS

AGENDA 7

7. KUASA KEPADA PARA PENGARAH UNTUK MENERBITKAN SAHAM MENURUT SEKSYEN 132D AKTA SYARIKAT, 1965

(RESOLUSI BIASA 9)

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa Resolusi Biasa 9 ini bertujuan untuk memperbaharui mandat am yang akan memberikan fleksibiliti kepada Syarikat untuk menjalankan aktiviti penambahan dana.

Resolusi Biasa 9 ini telah dicadangkan oleh Encik Mohd Ismail Che Mat Din dan disokong oleh Mejar (B) Ainudin Ishak.

(10)

Muka surat 10 daripada 12 Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan bahawa menurut Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965 dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan, para Pengarah adalah dengan ini diberi kuasa untuk menerbitkan saham Syarikat dari semasa ke semasa dan berasaskan suatu terma dan syarat dan untuk suatu tujuan sebagaimana yang difikirkan wajar oleh para Pengarah dengan syarat bahawa bilangan saham agregat yang diterbitkan menurut Resolusi ini tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada modal terbitan semasa Syarikat dan bahawa para Pengarah juga adalah diberi kuasa untuk memperoleh kelulusan untuk penyenaraian dan sebut harga saham tambahan seperti yang diterbitkan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad dan bahawa kuasa tersebut akan terus berkuatkuasa sehingga tamat MAT yang akan datang dengan sebulat suara.

AGENDA 8

8. CADANGAN PEMBAHARUAN KUASA PEMBELIAN OLEH KUB MALAYSIA BERHAD BAGI SAHAM BIASA MILIKNYA MEWAKILI SEHINGGA SEPULUH PERATUS (10%) DARIPADA MODAL TERBITAN DAN BERBAYAR SYARIKAT (‘CADANGAN BELIAN SEMULA SAHAM’)

(RESOLUSI BIASA 10)

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa bagi Resolusi Biasa 10, satu Surat Pekeliling bertarikh 29 April 2016 telah diedarkan bersama Laporan Tahunan Syarikat 2015 untuk makluman dan pertimbangan para pemegang saham. Dato’ Pengerusi juga memaklumkan bahawa manfaat-manfaat cadangan belian semula saham terkandung di dalam Surat Pekeliling tersebut.

Resolusi Biasa 10 ini telah dicadangkan oleh Encik Mohd Ismail Che Mat Din dan disokong oleh Mejar (B) Ainudin Ishak.

Dato’ Pengerusi kemudian membentangkan Resolusi Biasa 10 untuk pengundian.

Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat dengan sebulat suara meluluskan bahawa tertakluk sentiasa kepada pematuhan Akta Syarikat, 1965, Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (‘Keperluan Penyenaraian’) Bursa Malaysia Securities Berhad atau undang-undang dan peraturan mana-mana pihak berkuasa perundangan yang lain dan semua undang-undang, peraturan, garis panduan atau kelulusan yang terpakai dan berkuatkuasa pada masa ini atau sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa, para Pengarah Syarikat adalah dengan ini diberikuasa untuk menjalankan pembelian saham biasa bernilai RM0.40 sesaham daripada modal saham terbitan dan berbayar (‘Saham’) sebagaimana yang akan ditentukan oleh para Pengarah Syarikat dari semasa ke semasa melalui Bursa Malaysia Securities Berhad berdasarkan terma dan syarat yang difikirkan wajar, perlu dan sesuai demi kepentingan Syarikat dengan syarat:

(i) bilangan Saham agregat yang akan dibeli dan/atau dipegang oleh Syarikat sebagai saham perbendaharaan tidak seharusnya melebihi sepuluh peratus (10%) daripada modal saham terbitan dan berbayar Syarikat pada bila-bila masa pembelian tersebut;

(ii) dana maksimum yang diperuntukkan oleh Syarikat dengan tujuan membeli Sahamnya tidak seharusnya melebihi jumlah perolehan terkumpul dan/atau premium saham Syarikat pada masa pembelian tersebut; dan

(iii) kuasa yang diberikan oleh Resolusi ini berkuatkuasa serta-merta sejurus Resolusi Biasa ini diluluskan akan terus berkuatkuasa sehingga:

(a) selesainya MAT Syarikat selepas mesyuarat agung di mana Resolusi ini diluluskan, di mana ianya akan luput kecuali kuasa tersebut diperbaharui melalui resolusi biasa pada mesyuarat tersebut, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat;

(11)

Muka surat 11 daripada 12 (b) tamatnya tempoh di mana MAT berikutnya sepatutnya diadakan mengikut

peruntukan Akta Syarikat, 1965; atau

(c) dibatalkan atau diubah melalui resolusi biasa yang diluluskan oleh para Pemegang Saham Syarikat pada mesyuarat agung, yang mana lebih awal;

Dan bahawa selepas pembelian semula saham disempurnakan, para Pengarah Syarikat adalah dengan ini diberi kuasa untuk menguruskan Saham yang dibeli mengikut budi bicara mereka melalui cara berikut:

(i) membatalkan semua Saham yang dibeli; dan/atau

(ii) mengekalkan Saham yang dibeli sebagai Saham Perbendaharaan untuk pengagihan sebagai dividen kepada Pemegang Saham dan/atau dijual semula di pasaran Bursa Securities; dan/atau

(iii) mengekalkan sebahagian Saham tersebut sebagai saham perbendaharaan dan membatalkan bakinya;dan

(iv) dengan apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh Akta Syarikat, 1965, undang-undang dan peraturan yang digubal menurut Akta Syarikat, 1965 dan Keperluan Penyenaraian dan undang-undang dan peraturan mana-mana pihak berkuasa yang berkuatkuasa pada masa tersebut.

Dan seterusnya bahawa kuasa adalah dengan ini diberikan kepada para Pengarah dan/atau salah seorang daripada mereka untuk menyempurnakan dan melakukan semua tindakan dan perkara berkenaan sebagaimana difikirkan wajar atau perlu demi kepentingan Syarikat, termasuk dan tidak terhad kepada pelaksanaan semua dokumen berkenaan seperti yang diperlukan atau difikirkan wajar dan dengan kuasa penuh untuk bersetuju dengan apa-apa pengubahsuaian, pengubahan dan/atau pindaan apabila difikirkan perlu atas budi bicara para Pengarah dalam memastikan pelaksanaan Cadangan Belian Semula Saham dan/atau sebagaimana diberi kuasa melalui Resolusi Biasa ini.

9. PERKARA-PERKARA LAIN

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa semua Agenda di dalam Notis MAT-51 telah dibentangkan dan meminta Setiausaha Syarikat mengesahkan sama ada Syarikat menerima sebarang notis bagi membincangkan perkara-perkara lain di dalam Mesyuarat ini.

Setiausaha Syarikat memaklumkan bahawa Syarikat tidak menerima sebarang notis bagi membincangkan perkara-perkara lain.

(12)

Muka surat 12 daripada 12 PENUTUP

Setelah mendapat pengesahan daripada Setiausaha Syarikat bahawa tiada lagi usul-usul lain yang diterima untuk pembentangan dan memandangkan tiada lagi persoalan/isu berbangkit yang dikemukakan oleh para pemegang saham, Dato’ Pengerusi mengisytiharkan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-51 pada 1.30 petang.

Dato’ Pengerusi bagi pihak Lembaga Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin di atas kesudian menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan KUB Malaysia Berhad ke-51.

Disahkan oleh: (ditandatangani) ________________ Pengerusi

Referensi

Dokumen terkait

Ketua tua organisas organisasi yayasan yang i i yayasan yang idea deal l mem memilik iliki t i tangg anggung ung jawa jawab b baik baik ke kedala dala m m maupun

Sebagaimana dapat dilihat pada tabel di atas, jumlah kalori pada detritus yang terbentuk pada bulan Mei dari proses dekomposisi serasah yang gugur dari seluruh luasan

Rumusan masalah dari penelitian ini adalah (1) Bagaimana peningkatan motivasi belajar IPA materi proses pembentukan tanah karena pelapukan melalui penerapan model pembelajaran

Puji syukur ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala rahmat, bimbingan dan perlindungan-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan tugas akhir ini sebagai syarat

Oleh karena itu, peneliti tertarik untuk melakukan penelitian dengan judul Pengaruh Pemberian Zat Pengatur Tumbuh (ZPT) terhadap Pertumbuhan Stum Mata Tidur Karet Klon

Untuk lebih memahami perilaku reaksi pada esterifikasi asam lemak bebas dan gliserol dalam menghasilkan minyak DAG diperlukan simulasi yang dapat menggambarkan perilaku

Dalam pendekatan sebelumnya sampel mungkin diambil tiap item dengan sebuah elemen yang mempunyai aplikasi yang unik pada tiap itemnya atau yang lainnya adalah rata- rata mungkin

Karena Kualitas “lebih penting” (LbP) dibandingkan Harga dan Ketepatan Pengiriman “sedikit lebih penting” dibadingkan dengan Harga, maka kriteria Kualitas lebih tinggi