• Tidak ada hasil yang ditemukan

assigment teori 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "assigment teori 2"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Bidang Komunikasi berkembang daripada perkara kecil hingga menjadi bidang utama. Kita melihat perkembangan di barat dan kemudian diikuti perkembangan bidang ini di Malaysia.Bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang penting pada abad ke-20. Komunikasi adalah bahagian terpenting dalam kehidupan seharian. Komunikasi tidak sahaja berlaku melalui percakapan sahaja tetapi juga melalui mendengar, membaca, menulis dan gerak badan. Semuanya memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari. Sesetengahkemahiran seperti penguasaan bahasa dan pemilihan perkataan yang tepat,

pemikiranlogik dan pengumpulan maklumat amat diperlukan untuk semua jenis komunikasi sepertikomunikasi antara perorangan, komunikasi dalam kumpulan, komunikasi dalam organisasi, komunikasi untuk pemasaran, dan komunikasi dalam bentuk pengucapan awam. Oleh itu semakin baik kemahiran ini dikuasai, maka semakin berkesanlah proses komunikasi yang berlangsung. Komunikasi yang berkesan membolehkan idea dan maklumat dapat disampaikan dengan sempurna dan bernas.

Komunikator yang berjaya tahu bagaimana untuk mendengar, bercakap, membaca dan menulis. Bagaimanapun kepetahan bercakap belum lagi menjamin kemahiran

berkomunikasi kerana tidak ada makna jika kata-kata yang disusun indah hanya menyakitkan dan mencederakan perasaan orang lain.Dalam kertas kerja ini saya ingin berkongsi pengalaman dan membincangkan suatu fenomena Komunikasi Interpersonal . .

(2)

Teori Komunikasi Interpersonal

Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang dilakukan kepada pihak lain untuk mendapatkan umpan balik, baik secara langsung (face to face) maupun dengan media. Berdasarkan definisi ini maka terdapat kelompok maya atau faktual (Burgon & Huffner, 2002). Contoh kelompok maya, misalnya komunikasi melalui internet (chatting, face book, email, etc.). Berkembangnya kelompok maya ini karena perkembangan teknologi media komunikasi.Teri komunikasi interpersonal juga dikenali sebagai ‘dyadic

communication’.Komunikasi ini tidak hanya melibatkan komunikasi antara individu dengan individu yang lain.Malahan ia juga membabitkan dengan sekumpulan kecil individu lain. Manakala menurut Beebe dan Redmond(1999).komunikasi interpersonal akan berlaku apabila Seseorang melakukan interaksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi Dengan tujuan mengawal proses komunikasi tersebut.Sebagai contoh,jika kita mempunyai Seorang kawan yang baru dikenali kita harus berkomunikasi dengannya agar kita dapat Mengenalinay dengan lebih mendalam lagi.Hubungan yang baik akan terjalin apabila kita Selalu berinteraksi dan memahami antara satu sama lain.Jadi penting untuk kita mengetahui bagaimana cara kita sepatutnya berkomunikasi supaya prosespembentukan hubungan untuk apa jua tujuan dapat berjalan dengan baik dan memenuhi keperluan semua pihak.

(3)

Terdapat sepuluh teori yang berada di bawah komunikasi Interpersonal,iaitu menurut Griffin(2000)’Interaksisymbol(Symbolic Interactionism),Pengurusan Koordinasi Makna(Coordinated Management of meaning),Teori Melampaui Jangkaan(Expectancy Violations Theory),Teori Pengkaburan Interpersonal(Interpersonal Deception

Theory),Kritikan Konstruktivisme(Constructivism),Teori Penembusan Sosial(Social Penetration Theory),TeoriPengurangan Ketidakpastian(Uncertainly Reduction

Theory),Pandangan Interaksi(Interaction View),Perhubungan Dialek(Relational Dialecs) dan Teori Keadilan Sosial(Social Judgement Theory).

Dua Teori Komunikasi Interpersonal

Teori Tembusan Sosial

Teori ini telah diutarakan oleh Altman & Taylor (1973).Teori Tembusan Sosial (Social Penetration Theory) mengatakan dalam proses menjalin hubungan,komunikasi berubah daripada satu tahap yang cetek,tidak intim kepada tahap yang lebih mendalam dan yang peribadi dalam jangka masa tertentu.

Proses komunikasi interpersonal adalah proses tembusan sosial yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang diri sendiri dengan pasangan masing-masing.Oleh itu kita boleh samakan proses komunikasi interpersonal sebagai proses tembuasan sosial.Teori ini juga dikenali teori kulit bawang yang mengambarkan diri sebagai kulit bawang.Kulit bawang yang mempunyai banyak lapisan dari lapisan luar yang nipis,diikuti dengan lapisan-lapisan lain

(4)

yang semakin mendalam,semakin kuat dan padat.Ini juga boleh digambarkan dengan

gambaran,semakin lama kita berkenalan atau mula melakukan komunikasi interpersonal,maka kita akan lebih mengenali dan memahami isi hati dengan individu terbabit.

Semakin banyak kita berkomunikasi dan semakin banyak kita ketahui mengenai pasangan kita,maka komunikasi yang terjalin menjadi lebih peribadi.Ini menunjukkan semakin lama kita mengenali dirinya semakin banyaklah dan semakin mendalam mengenai dirinya yang kita ketahui.Proses pembentukan hubungan ini di antara dua individu dilihat oleh Altman dan Taylor sebagai proses menembusi lapisan bawang besar.Kita sudah tentu biasa dengan bawang besar yang digunakan untuk memasak.Bawang mengandungi lapisan luaran ,atau kulit nipis dan diikuti dengan lapisan-lapisan lain yang semakin mendalam ,kuat dan padat.

Fenomena

Proses mengetahui seseorang sebenarnya memerlukan kita menembusi kulit bawang supaya kita dapat memasuki ke lapisan bawah kulit dan seterusnyaterus ke bahagian tengah bawang.Kita hanya boleh mengetahui isi bawang apabila kita menembusinya.Maka kita boleh tahu tentang diri orang lain kalau kita berkomunikasi denmgannya.Contonya,Saya mula bercerita kepada kawan yang di kenali.Rakan seperjuangan saya di waktu sekolah hinggalah kini.Rakan saya boleh berkongsi maklumat dengannya.Saya banyak berceritakan mengenai apa yang saya minat dan mudah untuk disenangi olehnya.Selain itu,mengenai hobi di waktu lapang.Perbualan ini menunjukkan pada tahap awal kepada teman baru.

Saya banyak bercerita dengan rakan saya yang bernama Ain,kami berkongsi masalah.Sejak dari bangku sekolah menengah saya mula mengenalinya.Dia seorang rakan

(5)

yang sangat mengambil berat terhadap saya.Dari tahun 2000 kami memasuki sekolah yang sama sehinggalah penghujung tahun 2004.Sewaktu tahun 2000 hingga 2002 subjek kami sama,banyak berkongsi pendapat dan sering menyiapkan kerja sekolah bersama.Selepas peperiksaan PMR,kami berasingan kelas.Subjek kami berlainan,saya mengambil aliran sastera.Sahabat saya mengambil aliran sains.Namun begitu,minat kami sama iaitu seni lukis.Pengajian saya di tingkatan 4 saya mengambil kursus seni lukis.Saya amat meminati seni lukis,bidang ini dapat memberi ketenangan kepada saya.Saya berkongsi idea dengan kawan saya,untuk projek seni saya.Seterusnya kami sambung belajar di tingkatan 6 sehingga tahun 2006.Di tahun tersebut kami mengambil subjek yang sama,iaitu seni lukis.Projek kami untuk peperiksaan STPM,kami berkongsi idea dan pendapat cara kerja kursus kami.Sepanjang perkenalan saya ,kami banyak bersama.Saya rajin bertandang ke rumahnya untuk mencari ilmu bersama.Sahabat saya seorang yang rajin belajar dan sentiasa memberi tumpuan yang terbaik di dalam kelas.

Sehingga ke hari ini kami masih bersahabat,berkongsi suka duka kehidupan.Ain sudah tamat belajar di UMT,di Terengganu.Manakala saya masih di UPM,Serdang.Bidang kami berbeza dan berlainan.Minat saya untuk menyambung pelajaran ini di dorong oleh keluarga dan sahabat baik saya iaitu Ain.Sebenarnya sya rasa malu dan kecil hati melihat kawan-kawan mengambil segulung ijazah dengan bangganya.Saya perlu berusaha sehingga berjaya,rintangan yang mendatang perlu di tempuh dengan hati yang waja.Keprihatinan sahabat saya dan sokongan darinya dapat saya teruskan sehingga hari ini.

Pendedahan kendiri ada reiprokal atau ada timbal balik yang membolehkan perkongsian.Contohnya,selepas saya bercerita dan berkongsi maklumat sahabat saya,Ain banyak berkongsi idea dan pandangannya.Maka ada respon darinya.Kesungguhannya membantu saya dalam menyiapkan projek subjek seni kami bersama.

(6)

Tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan tetapi menjadi lambat selepas sampai ke lapisan yang lebih tengah.Selalunya kita tidak suka menceritakan tentang perkara yang lebih peribadi.Pertahanan dalaman dan norma masyrakat melarang kita daripada terlalu banyak menceritakan tentang perkara peribadi kita kepada kenalan

baru.Hubungan selalu bertahan di tahap lama sebelum berubah ke tahap intim,sehingga adakalanaya hubungan terhenti atau berakhir jika berlaku perpisahan ataupun

ketegangan.Namun begitu saya rasa meluahkan pendapat pada rakan yang kita kenali itu tidak salah,sekiranya kita rasa hati bahawa dia ialah sahabat dan pendengar setia kita.Perhubungan terjalin dengan saling mempercayai antara satu sama lain.

Proses kebalikan tembusan(depenetration)adalah proses menarik diri dari satu lapisan ke satu lapisan sama seperti dilalui pada peringkat tembusan.Kita bolah bayangkan proses ini seperi menonton wayang dari akhir ke awal.Namun begitu proses ini tidak berlaku dalam diri saya.Persahabatan yang terjalin di antara saya dan sahabat saya amat

erat.Kemesraan kami terjalin dengan baik.Kami sering bertukar-tukar pendapat dan sentiasa meluahkan perasaan yang tersimpan tentang masalah masing-masing.Perhubungan ini memberi kebaikan kepada saya kerana ada seorang rakan yang membantu ketika saya dalam kesusahan dan bersenang bersama.Pengunaan analisi untung rugi untuk melihat

perkembangan hubungan antara dua orang dilihat sebagai simple atau mudah bagi sesuatu yang kompleks.Kita tidak rugi dalam berkawan.Malahan kita mendapat kebaikan dalam membentuk hubungan persahabatan.

(7)

Teori Pengurangan Ketidakpastian

Teori ini diutarakan oleh Berger (1987).Teori pengurangan

ketidakpastian(uncertainty reduction theory) memberi tumpuan terhadap komunikasi manusia bagi mendapatkan pengetahuan di samping dapat membentuk persefahaman di antara satu sama lain. Di antara dua individu secara khususnya.Semasa kita berkomunikasi sesama kita,sebenarnya kita mempunyai tujuan untuk mengetahui tentang individu

itu.Lazimnya,semasa kita berkomunikasi dengan seseorang kita berpotensi untuk mengetahui mengenai dirinya,siapa dia,dari mana asalnya,kenapa dia berjumpa kita,apakah latar

belakangnya,apakah niatnya terhadap kita dan pelbagai persoalan yang timbul di fikiran kita.

Teori pengurangan ketidakpastian ini mengatakan bahawa apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita tidak kenali sebelimnya,kita merasa tidak pasti

(uncertain).Terdapat dua jenis ketidakpastian iaitu ketidakpastian perlakuan yang boleh diatasi dengan mengikuti prosedur tertentu dan ketidakpastian kognitif yang kita dapat atasi dengan haya mendapatkan maklumat.

Teori ini mengemukan beberapa aksiom yang mempunyai perkaitan di antara ketidakpastian dan beberapa variable utama.Aksiom merupakan kenyataan yang diteriam sebagai benar tanpa perlu diuji.Oleh itu teori URT ini digunakan dan dikenali sebagai teori aksiomatik.Teori ketidakpastian ini menlalaui beberapa fasa dalam interaksi awal.Menurut Berger seseorang itu akan melalui tiga tahap dalam membentuk hubungan dengan seseorang.

(8)

Fasa yang di maksudkan oleh Berger ialah melalui fasa permulaan iaitu di mana seseorang akan mula bercakap tentang dirinya dengan memberi maklumat asalnya di

mana,tempat dia bekerja,pengalaman hidupnya,dan serta pendidikan.Selalaunya maklumat yang diberi

Referensi

Dokumen terkait

“Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang berbentuk tatap muka, interaksi orang ke orang, dua arah, verbal dan non verbal saling berbagi informasi dan

Dalam hal ini, aktor atau pelaku yang melakukan interaksi sosial dengan dirinya sendiri, menurut Mead dilakukan dengan cara mengambil peran orang lain, dan bertindak berdasarkan

Komunikasi interpersonal adalah interaksi yang dilakukan dari orang ke. orang, bersifat 2 arah baik secara verbal maupun non verbal, dengan

Menurut Matondang (2008:5), kepemimpinan adalah suatu proses dalam mempengaruhi orang lain agar mau melakukan sesuatu yang diinginkan, dengan menjalin suatu hubungan

Menurut Bienvenu (dalam Rochmah, 2011) komunikasi interpersonal yang baik dikarenakan adanya konsep diri yang dapat mempengaruhi komunikasi, kemudian ada kemampuan

Pada saat orang mengunggah sesuatu, dan terjadi interaksi dengan pihak lain, maka komunikasi interpersonal terjadi, dan disaat yang sama terjadi juga komunikasi

Komunikasi antarbudaya terjadi dalam situasi yang berkisar dari interaksi-interaksi antara orang-orang yang berbeda ranah budaya secara ekstrim hingga interaksi-interaksi

Komunikasi Massa menurut pendapat tan dan wright merupakan bentuk komunikasi yang menggunakan saluran (media) dalam menghubungkan komunikator dan komunikan secara massal,