• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gangguan Neurologi semasa Hamil

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Gangguan Neurologi semasa Hamil"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Gangguan Neurologi semasa Hamil

Pengenalan

Gangguan Neurologi merangkumi penyakit-penyakit sistem saraf (termasuk otak, saraf tunjang dan semua saraf periferi).

Gangguan Neurologi kerap kali berlaku di kalangan penduduk dan di kalangan kaum wanita dalam kelompok umur pembiakan atau reproduktif. Kehamilan boleh mencetus dan memburukkan lagi beberapa masalah keabnormalan neurologi tertentu.

Masalah biasa

Sakit kepala

Masalah ini sudah menjadi rungutan biasa ketika hamil. Selalunya sakit kepala ini dicetuskan oleh ketegangan (sebab itu ia dipanggil sakit kepala ketegangan). Ia berlarutan hingga beberapa jam. Ia dicirikan oleh:

• Terasa sakit dan tegang di bahagian belakang kepala dan tengkuk.

• Terasa sakit yang akan hilang bila berehat, menuam dengan sesuatu yang panas atau sejuk, diurut, mengambil ubat anti-keradangan atau ubat penenang yang ringan.

Jika usaha-usaha diambil untuk mengatasi tekanan perasaan/stres, ia akan mencegah keadaan ini dari berulang.

Sakit kepala Migrain

Migrain paling biasa berlaku ketika hamil kerana ia begitu mudah menyerang golongan wanita yang berada dalam lingkungan umur boleh mengandung. Hormon yang terhasil ketika mengandung akan mencetuskan serangan. Terdapat 4 jenis sakit kepala Migrain:

• Migrain biasa - selalunya di sebelah kepala sahaja (unilateral) dan berpanjangan sehingga beberapa jam. Ia diikuti dengan loya, muntah dan kulit kepala terasa lembut. Selalunya terdapat sejarah keluarga yang menghadapi masalah yang sama.

• Migrain Klasik - menunjukkan gejala yang sama seperti di atas. Ia biasanya didahului oleh masalah saraf yang lain seperti rayan (halusinasi).

• Migrain Basilar - termasuk gejala seperti Vertigo (terasa berpusing-pusing seolah-olah persekitaran atau pesakit itu berada dalam satu gerakan yang berterusan), Disartria (gangguan percakapan di mana sebutan menjadi tidak jelas) dan Diplopik (penglihatan berganda).

(2)

Diagnosis Migrain melibatkan ujian dan pemeriksaan berikut:

• Mengambil sejarah pesakit dan melakukan pemeriksaan yang lengkap.

• Menjalani pemeriksaan menggunakan pengimbas CT atau MRI (Magnetic Resonance Imaging).

• atau mengambil EEG (elektroensefalogram) ketika terjaga atau tidur.

Rawatan bagi migrain yang akut di kalangan pesakit yang hamil adalah sama seperti pesakit yang tidak mengandung. Mereka boleh diberi ubat seperti Aspirin, Parasetamol dan lain-lain. Ubat Ergotamine TIDAK boleh diberikan semasa mengandung kerana ia mencerutkan saluran darah dan seterusnya memberi kesan pada pengaliran darah ke rahim dan uri. Ubat atau dadah antikeradangan bukan-steroid (NSAIDs) juga perlu dielakkan terutama di trimester terakhir kehamilan.

Masalah jarang berlaku

Pendarahan subaraknoid (pendarahan ke dalam ruang subaraknoid yang mengelilingi otak).

o Berlaku kira-kira 1 dalam 75,000 kehamilan.

o Dicirikan oleh serangan sakit kepala secara tiba-tiba, perubahan penglihatan dengan kekejangan leher, paras sedar terganggu, loya, muntah dan fotofobia.

o Boleh berlaku apabila aneurisma (bengkakan seakan-akan belon yang timbul pada dinding arteri) pecah di dalam otak, angioma telah pecah atau kecacatan bentuk arteriovena yang merupakan simpulan saluran darah yang menggelembung. Saluran darah ini menutupi dan menekan permukaan otak.

o Diagnosisnya boleh disahkan melalui pengimbasan CT atau mengesan cecair Serebrospina yang mengandungi darah yang boleh diperolehi melalui satu prosedur yang dipanggil Punktur Lumbar.

o Rawatan terdiri dari, berehat di tempat tidur, ubat penenang dan analgesia. Doktor kadangkala mengesyorkan pembetulan melalui pembedahan. Terapi ini tidak boleh diketepikan dari pesakit semata-mata atas alasan mengandung.

2. Strok atau angin ahmar (Iskemia - disebabkan pengaliran darah ke sebahagian otak yang tidak mencukupi).

o Berlaku 1 dalam 7000 - 11,000 kelahiran.

o Boleh berlaku akibat tekanan darah tinggi, Diabetes, kolesterol tinggi, penyakit Sel Sabit (sejenis penyakit darah keturunan), penyakit Jantung Reumatik, Septisemia (keracunan darah) dan merokok.

(3)

o Pesakit akan mengalami sakit kepala yang datang secara tiba-tiba, Hemiplegia (lumpuh sebelah badan) atau lain-lain masalah dalam otak atau serangan sawan yang baru.

o Ujian-ujian yang dilakukan adalah seperti kiraan sel darah lengkap, kadar pengenapan, Profil Lipid Serum, ECG atau Ekokardiogram dan pengimbas CT kepala atau Angiografi Serebral, sekiranya didapati perlu.

o Rawatan adalah seperti berehat, ubat Analgesia, Aspirin, Heparin. Pembedahan Ceasarean hanya dilakukan atas sebab-sebab masalah sakit puan sahaja.

3. Trombosis Sinus Vena Serebrum

o Keadaan ini berlaku disebabkan oleh trombus (bekuan darah yang terdapat sepanjang dinding saluran darah di dalam otak yang seringkali menyebabkan saluran tersebut tersekat).

o Pesakit mengadu sakit kepala yang amat sangat, terasa mengantuk,terkeliru dan mungkin diserang sawan, tekanan darah tinggi atau Papiloedema (kebengkakan pada cakera optik).

o Diagnosis dibuat menggunakan peralatan pengimbas CT atau Angiografi.

o Rawatan meliputi pemberian ubat seperti Mannitol atau Dexamethasone (untuk mengurangkan sembab atau Edema Intrakranium) dan ubat anti sawan jika berlakunya serangan sawan. Heparin akan diberi jika berlakunya pendarahan.

4. Kanser atau Malignansi

o Kanser Intrakranium merupakan 10% dari semua kematian ibu mengandung.

o Kanser boleh berlaku ketika hamil atau perubahan-perubahan fisiologi kehamilan yang berjaya mengaruhkan beberapa gejala ke atas tumor/ketumbuhan yang dahulunya tidak menimbulkan sebarang gejala.

o Gejalanya termasuk sakit kepala, muntah, perubahan pada paras sedar, sawan dan tekanan darah tinggi. Papiloedema mungkin juga wujud.

o Diagnosis boleh dibuat dengan melakukan pengimbasan CT atau pengimejan MR (MRI).

o Rawatan bergantung pada sama ada tumor tersebut boleh dibedah ataupun tidak. Jika sesuatu tumor itu ditakuti boleh merebak dengan cepat atau boleh menimbulkan beberapa komplikasi neurologi seperti sawan, maka pembedahan perlu dilakukan tanpa ditangguhkan lagi. Jika sebaliknya, di mana gejala hanya ringan dan lambat merebak ia mungkin dirawat sepenuhnya selepas bersalin.

(4)

5. Serebri Pseudotumor

o Keadaan ini dicirikan oleh peningkatan tekanan Intrakranium, Papiloedema dan sakit kepala tanpa keabnormalan neurologi tertentu.

o Penyebabnya tidak diketahui.

o Kebanyakan kes terjadi di kalangan wanita gemuk yang berada dalam peringkat umur boleh mengandung.

o Pesakit ini perlu dipantau dengan beberapa siri ujian medan penglihatan dan ujian Akuiti (ketajaman).

o Rawatan boleh diberi dalam bentuk pelaksanaan prosedur Punktur Lumbar, pirauan (shunting) dan memberi ubat Kortikosteroid.

6. Sklerosis multipel

o Ia adalah sejenis penyakit kronik yang melemahkan sistem saraf pusat bahagian jirim putih (white matter). Penyakit ini dicirikan oleh keradangan yang kronik, demielinasi pilihan (pemusnahan pada sarung mielin saraf) dan parutan.

o Penyakit ini boleh berlaku serentak dengan kehamilan.

o Gejalanya seperti terasa lemah, Hiperrefleksia (refleks berlebihan), Paraestesia (keabnormalan pada kederiaan sentuh), Hipoestesia (penurunan kederiaan sentuh yang abnormal), Ataksia (kegagalan penyelarasan otot ), hilang penglihatan, Diplopia (penglihatan berganda) lumpuh saraf muka, vertigo (lihat di atas), cemas dan gangguan pembuangan air kecil dan air besar.

o Diagnosis boleh dilakukan melalui pemeriksaan cecair Serebrospina dan Pengimejan MR (MRI).

o Bagi kes-kes yang lebih serius, semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit ini boleh diteruskan semasa hamil. Ubat-ubat tersebut seperti Hormon Adrenokortikotrofik (ACTH), Glukokortikoid atau ubat Penekan Sistem Imunan (immunosuppressive drugs).

7. Miastenia Gravis (kelemahan otot yang keterlaluan)

o Masalah ini dicirikan oleh keletihan yang mudah berlaku pada otot-otot muka, Orofaring (bahagian bawah faring di belakang mulut dan di atas Esofagus dan Larinks), Ekstraokular (di luar kawasan mata) dan anggota (tangan/kaki).

o Kaum wanita lebih mudah diserang penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki. Penyakit ini memuncak pada pertengahan umur 20an dan 30an.

(5)

o Wanita mengandung yang mendapat penyakit ini di peringkat sederhana selalunya cuma memerlukan rehat yang cukup sahaja dan elakkan dari melakukan kerja-kerja yang berat. Bagi kes yang lebih serius rawatan perubatan mungkin diperlukan.

o Pelahiran dan kelahiran perlu diteruskan seperti biasa kerana penyakit ini tidak melibatkan otot-otot licin.

8. Distrofi Miotonik (gangguan serat-serat otot yang menyebabkan pengecutan berpanjangan yang luarbiasa)

o Keadaan ini dicirikan oleh kekakuan otot, perubatan otot muka, leher dan kaki yang berterusan dan katarak.

o Perubahan rupa (roman) pesakit - kelopak mata terjatuh, kesusutan otot di bahagian sisi kepala (temporal), kelemahan dan gangguan di bahagian mulut - lemah dan susut (atropi) otot-otot kecil tangan dan kesukaran untuk bernafas dan membuang air besar.

o Pesakit yang menghidap penyakit ini berisiko tinggi mendapat komplikasi kehamilan seperti Polihidramnios (berlebihan cecair Amnion dalam rahim), lahir sebelum cukup masa (kelahiran berlaku sebelum tempohnya), pelahiran disfungsi (proses pelahiran yang terlalu perlahan yang akhirnya perlu dibantu atau dilakukan pembedahan Caesarean) dan pendarahan Postpartum (pendarahan melalui faraj selepas bersalin).

o Gejala di pertengahan akhir kehamilan selalunya serius tetapi menjadi bertambah baik selepas bersalin)

o Penyakit ini boleh berpindah dari satu generasi ke satu generasi, kerana ia adalah sejenis penyakit "autosomal-dominant" (yang berkaitan dengan kromosom).

Kecederaan saraf tunjang

• Pada amnya, wanita yang berada dalam lingkungan umur pembiakan atau reproduktif yang mendapat kecederaan saraf tunjang biasanya dapat melalui masa hamilnya dengan baik. Walau bagaimanapun mereka mungkin akan menghadapi masalah membuang air besar atau lepuh tekanan di kulit dan juga mudah mendapat jangkitan saluran kencing.

• Bagi sesetengah kes kecederaan saraf tunjang ini, kelahiran biasa melalui faraj boleh dilakukan kerana kekuatan rahim untuk menolak keluar kepala bayi masih ada dan mencukupi. Selepas itu, kelahiran ini boleh dibantu. Jika pembedahan Ceasarean diperlukan, bius di bahagian berkenaan akan dijalankan.

Referensi

Dokumen terkait

Aktivitas penambangan pasir atau bahan galian golongan C yang berada di Desa Terantang telah lama mendapat penolakan dari masyarakat desa, namun izin terhadap

Puji dan syukur penulis panjatkan ke hadirat Allah SWT, atas rahmat dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Laporan Tugas akhir yang

Kajian Museum Jembatan sebagai Bangunan ikonik Pulau Madura didahului dengan mengetahui pengertian dan ciri-ciri bangunan ikonik, diperoleh bahwa bangunan

Sebelum saya mendapatkan bimbingan dari DPL, saya merasa gugup dan minder, karena saya juga orangnya termasuk takut di depan orang banyak, tetapi setelah bliau

Perbedaan antara proteksi katodik dengan sistem arus dan sistem anoda korban adalah bahwa pada sistem arus tanding anoda dipusatkan di suatu lokasi yang disebut

Hal ini sesuai dengan modifikasi PSAK 31 tentang akuntansi perbankan paragraf 63 yang menyatakan bahwa dalam hal L/C yang diterbitkan bank penerbit direalisasikan oleh penerima L/C

Penggunaan waktu pemisahan 10 menit maupun 30 menit juga tidak memperlihatkan perbedaan yang nyata pada rasio spermatozoa X dan Y baik pada fraksi atas maupun fraksi bawah

Modal Konstruksi 192.000.000 1 paket Kec. Jaten APBD (DAU) Maret Juni April Oktober. 86 1.03.1 DINAS PEKERJAAN  UMUM Pemeliharaan Berkala Jalan