• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca

Panduan Kursus

dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk

Panduan Kursus

secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

MPU3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda di Open University Malaysia.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.

Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

(2)

 PANDUAN KURSUS

xii

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam

perbincangan awal

3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep, ciri dan keistimewaan sesebuah tamadun;

2. Mengaitkan sesebuah tamadun dengan hasil pencapaiannya;

3. Menyelesaikan masalah dan isu semasa yang berkaitan dengan pertembungan antara tamadun Melayu, China dan India;

4. Merancang strategi meningkatkan amalan peradaban ketamadunan dalam konteks perguruan; dan

5. Membina watak sebagai individu dan bangsa yang bertamadun.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan ke atas rentetan sejarah kewujudan manusia di dunia ini sejak 10,000 tahun Sebelum Masihi turut membawa kepada penemuan yang mengagumkan daripada pelbagai hasil

man-made

yang datangnya daripada sesuatu bangsa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM) Copyright © Open University Malaysia (OUM)

(3)

Topik 2 memperkenalkan terminologi tamadun Islam amat sinonim dengan konsep madaniyyat, hadharah, thaqafah dan umran. Keempat-empat istilah inilah yang membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ini khususnya dari segi konsep asas, keistimewaan dan sumber tamadunnya.

Topik 3 membincangkan keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia.

Topik 4 menerangkan pembentukan tamadun Melayu yang berteraskan kepada agama Islam, adat dan budaya, sama ada berlangsung secara defusi dan integrasi antara lingkungan etnik dan geografi di nusantara.

Topik 5 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban dunia seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya, sains dan teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat sehingga hari ini.

Topik 6 menerangkan pembentukan tamadun China banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dalamannya bermula daripada kepelbagaian etnik, perkahwinan, upacara keagamaan, bahasa dan sebagainya.

Topik 7 menghuraikan kegemilangan tamadun China dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, sosial, falsafah, kesusasteraan, perundangan, perubatan, matematik dan perekonomian.

Topik 8 membincangkan perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjodaro di Harrapa sekitar lembah Sungai Indus yang berkembang sejak 2500 SM.

Topik 9 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India yang dilihat dari pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan, pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian, falsafah dan seni bina.

Topik 10 membincangkan isu semasa seperti realiti dan impak daripada arus globalisasi dan jajahan isme atau ideologi barat zaman

post-modernism

kepada masa hadapan sesuatu tamadun.

(4)

 PANDUAN KURSUS

xiv

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.

Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.

Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),

Copyright © Open University Malaysia (OUM) Copyright © Open University Malaysia (OUM)

(5)

pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada pengetahuan asas diperlukan. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus kerana ia kursus berstatus wajib MQA.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN

Abdul Alim Abdul Rahim., & Syed Idrus Syed Mohamad. (1995).

Tamadun Islam

. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor., & Zulkanain Abdul Rahman. (2002).

Tamadun Islam dan tamadun Asia

(Ed. ke-2). Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Azharudin Mohd Dali. (2004).

Tamadun India

. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizan Baharudin. (1986).

Pengenalan tamadun Islam di Andalus

. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahree, P. (1977).

The Hindu world

. Kuala Lumpur, Malaysia: KL Silver Burdett.

Basham, A. L. (1967).

The wonder that was India

(3rd ed.). London, England:

Sidgwick and Jackson.

Canby, C. (1980).

Archeology of the world.

London, England: Chancelor Press.

Ghazali Darusalam. (2001).

Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam

. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors.

Mahayudin Yassin. (2004).

Tamadun Islam

. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.

Murugesu Patmanathan. (1985).

Isu-isu hal ehwal antarabangsa

. Petaling Jaya, Malaysia: Pelanduk.

Rajakrishnan Ramasamy., & Rajantheran Muniandy. (1994).

Pengantar tamadun

India

. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

(6)

 PANDUAN KURSUS

xvi

Stutley, M. (1985).

Hinduisme: The eternal law an introduction to the literature, cosmology and cults of the Hindu religion

. Wellingborough, England:

Aquarian Press.

Wan Fuad Wan Hassan, (1990).

Ringkasan sejarah sains

. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM) Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Referensi

Dokumen terkait

1) Secara tertulis importer meminta kepada bank yang ditunjuk di negaranya (misal: Bank Mandiri) untuk membelikan mata uang asing atau USD di pasar valas (spot

Ketika kakek hanya mewarisi bersama dengan saudara saja, yaitu saudara laki-laki dan saudara perempuan tanpa ada ahli waris yang lain, maka kakek dapat memilih salah satu dari

Pada skripsi ini akan didesain suatu filter pasif untuk mereduksi rugi-rugi harmonisa akibat variasi beban yang dilakukan di laboratorium kom- puter Teknik Elektro

Walaupun adanya tindakan-tindakan positif tersebut, laporan yang bisa dipercaya mengenai pelanggaran HAM yang dilakukan oleh polisi terus bermunculan, dengan polisi secara

Penelitian ini dilakukan untuk mendapatkan jawaban terhadap pertanyaan apakah identitas social kemasyarakatan, dalam bentuk banyaknya warga keturunan Timur Tengah di Kawasan Condet

Beberapa penelitian pengenalan isyarat tutur menggunakan bahasa Indonesia dilakukan oleh (Sutisna 2013) menggunakan metode Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS)

RENSTRA UNIT PENJAMINAN MUTU STKIP KN | 20 dan mengevaluas i pelaksanaan penjaminan mutu evaluasi untuk kinerja setiap semester selama satu semester meningkat %

Serta dapat memperbaiki histologi jaringan ginjal tikus diabetes melitus yang telah yang dipapar MLD-STZ yang mendapat terapi ekstrak rumput laut coklat