• Tidak ada hasil yang ditemukan

halaman2 MESYUARAT AJK PIBG DAN MAJLIS PERPISAHAN UST. RIZAL BIN RAZALI ( 4 FEB 2015 )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "halaman2 MESYUARAT AJK PIBG DAN MAJLIS PERPISAHAN UST. RIZAL BIN RAZALI ( 4 FEB 2015 )"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

h

alam

an

1

SMKA Segamat : Majlis Pelancaran Program Mentor

Mentee bagi tahun 2015 telah dijalankan pada hari Ahad 8 Feb 2015 Majlis dimulakan pada 7.20 pagi dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku diikuti taklimat ringkas daripada Hjh. Rosidah Binti Muji selaku Penyelaras Program. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua dan diikuti dengan persembahan Power Point daripada Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) sebagai gimik pelancaran.

Dengan tema “ Pimpin Tanganku Guru……”, semua guru akan terlibat sebagai Mentor bagi setiap kumpulan pelajar yang telah ditetapkan seramai 8-10 orang. Setiap Mentor bertanggungjawab untuk mengadakan pertemuan bersama Mentee masing-masing sekurang-kurangnya 8 kali pada tahun ini. Pihak UBK akan menyediakan modul khas bagi setiap perjumpaan tersebut. Tuan Pengetua dalam ucapannya amat berharap agar semua guru dan pelajar akan memberikan kerjasama untuk menjayakan program yang sangat baik ini.

(2)

h

alam

an

2

LAWATAN MESRA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPN JOHOR KE SMKA SEGAMAT ( 4 FEB 2015 )

MESYUARAT AJK PIBG DAN MAJLIS PERPISAHAN UST. RIZAL BIN RAZALI ( 4 FEB 2015 )

PERTANDINGAN BAHAS B.INGGERIS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT 2015 (

8 FEB 2015 )

PENYERTAAN MAJLIS MAULIDURRASUL

MASJID SEGAMAT BARU ( 6 FEB 2015 )

MYSTERY HANGOUT WITH VLE FROGASIA ( 4 FEB 2015 )

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

MSSD SEGAMAT ( 4 - 5 FEB 2015 )

(3)

h

alam

an

3

EDITORIAL BULETIN INSPIRASI SEMANGAT EDISI 05/2015

Penasihat > Ust. Mohd. Fauzan bin Mohamed Mokhtar Editor > Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah Penolong Editor > Ust. Rumaja bin Sarmin

Diterbitkan > Unit Perhubungan & Dokumentasi, SMKA Segamat

“ PIMPINLAH TANGANKU GURU….

harapan murni setiap murid yang dahagakan

ilmu, bimbingan dan pimpinan guru,

membuktikan betapa eratnya hubungan guru

dan murid. Keikhlasan guru dalam mendidik

murid akan diganjari Allah.”

- Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee SMKA Segamat pada 08.02.2015

(4)

h

alam

an

4

BICARA ILMU 4 : KEMAHIRAN GENERASI ABAD KE-21 (SURVEY)

1. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru-guru anda menerangkan tentang kemahiran abad ke-21 dan menerapkan kemahiran tersebut dalam diri pelajar.

Setuju Tidak setuju Kurang pasti

2. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru- guru anda mempraktikkan kemahiran abad ke-21 di dalam kelas seperti berlaku soal jawab dan pembentangan daripada pelajar serta berlaku interaksi banyak hala.

Setuju

Tidak setuju Kurang pasti

3. Setiap penerangan yang disampaikan oleh guru anda, maksud dan konsepnya jelas difahami dan diterima oleh pelajar?

Setuju Tidak setuju Kurang pasti

4. Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran tamat, adakah guru anda meminta pandangan dan meminta pelajar membuat rumusan kepada apa yang telah diajar pada sesi itu?

Ya Tidak

5. Guru tidak kekok dan selesa walaupun mengajar menggunakan power point atau menggunakan sebarang peralatan yang berkaitan dengan ICT.

Setuju Tidak setuju Kurang pasti

6. Adakah guru anda berkeyakinan semasa mengajar dan setiap persoalan pelajar atau apa yang pelajar tidak faham mampu guru anda jelaskan?

Ya Tidak

7. Adakah guru anda mempunyai kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan perhatian pelajar?

Ya Tidak

8. Adakah guru anda menggalakkan komunikasi interaktif untuk menyiapkan tugasan berkumpulan yang telah diarahkan dan sentiasa membuat pemantauan?

Ya Tidak

9. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, apabila pelajar menghadapi masalah guru anda mampu membuat keputusan dengan cepat dan tepat dan mengambil tindakan segera yang betul dan berkesan.

Setuju Tidak setuju Kurang pasti

10. Adakah guru anda mempraktikkan konsep 'student-centered' semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di samping memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar?

(5)

h

alam

an

(6)

h

alam

an

6

DEFINISI

“Mentor” bermaksud seorang individu yang dilantik untuk membimbing

meningkatkanperkembangan potensi diri murid. Biasanya mentor adalah seorang yang

lebih berjaya atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai ”role model”.

”Mentee” bermaksud individu yang dibantu oleh mentor dalam proses ”mentoring” dan

biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan untuk pembangunan kendiri dan

penyesuaian diri dalam kehidupan seorang murid.

”Mentoring” bermaksud proses memberi bimbingan, sokongan secara profesional (terlatih

dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis kehidupansebagai

seorang murid.

MATLAMAT

Murid yang semakin tercabar dalam arus pembangunan kini perlu diberi bimbingan agar

mereka dapat memperkembangkan segala potensi serta menilai kelemahan diri sendiri.

Menerusi program ini murid akan didampingi dengan lebih rapat oleh mentor mereka. Di

samping itu rakan sebaya akanmemainkan peranan dengan bertukar pendapat dan

maklumat diri masing-masing melalui bimbingan mentor.

(7)

h

alam

an

(8)

h

alam

an

(9)

h

alam

an

(10)

h

alam

an

10

Karya Pelajar

Permata Keluarga Bahagia

Mahligai kehidupan bernama

keluarga

Membina generasi pewaris bangsa

Bermula asuhan pertama ibu bapa

Tanpa mereka tiada makna

Siapa kita

Lahirmu disambut dalam pangkuan

bonda

Dibelai dimanja penuh mesra

Mengalir titisan mutiara berharga

Tersenyum sayang bersulam bahagia

Taati mereka selagi ada

Usah alpa

Siapa diri kita

Reda Ilahi jaminan segala

Menabur bakti

Di kandung nyawa

(11)

h

alam

an

(12)

h

alam

an

12

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata , “Rasulullah s.a.w. mengutus 10 utusan yang dipimpin Ashim bin Tsabit al -Anshari. Ketika mereka tiba di daerah Huddah antara Asafan dan Mekah mereka berhenti di sebuah kampung suku Hudhail (Bani Luhayan). Bani Luhayan menghantar 100 pemanah untuk mengejar utusan Rasulullah s.a.w. Mereka berjaya menemui sisa makanan berupa biji kurma yang mereka makan di tempat rehat itu. Mereka berkata, ‘Ini adalah biji kurma Madinah, kita harus mengikuti jejak mereka. ‘Ashim merasa rombongannya diikuti Bani Luhayan, kemudian mereka

berlindung di sebuah kebun. Bani Luhayan berkata, “Turun dan menyerahlah, kami akan membuat perjanjian dan tidak akan

membunuh kalian. Ashim bin Tsabit berkata, “Aku tidak akan menyerahkan diri pada orang kafir”. Lalu memanjatkan doa, “Ya Allah, beritakan keadaan kami ini kepada Nabi-Mu” Bani Luhayan merejam mereka dengan tombak sehingga Ashim terbunuh. Utusan Rasulullah tinggal tiga orang, mereka bersetuju untuk membuat perjanjian. Mereka itu adalah Hubaib, Zaid bin Dasnah dan seorang lelaki yang kemudian ditombak pula setelah mengikatnya. Lelaki ketiga itu berkata, “Ini

adalah pengkhianatan pertama. Demi Allah, aku tidak akan berkompromi kepadamu kerana

sahabatku yang terbunuh”. Kemudian rombongan Bani Hudhail membawa pergi Hubaib dan Zaid, mereka berdua dijual. Ini

berlaku setelah peperangan Badar. Adalah Bani Harits bin Amr bin Nufail yang membeli Hubaib. Kerana Hubaib adalah orang yang membunuh al -Harits bin Amir pada peperangan Badar. Kini Hubaib menjadi tawanan Bani al-Harits. Ketika Bani al-Harits membawa keluar Hubaib dari tanah haram untuk membunuhnya, Hubaib berkata, “Berilah aku kesempatan untuk mengerjakan solat dua rakaat” . Mereka membenarkan solat dua rakaat. Hubaib berkata, “Demi Allah, sekiranya kalian tidak menuduhku berputus asa pasti aku menambah solatku”. Lalu Hubaib memanjatkan doa, “Ya Allah, susutkanlah jumlah bilangan mereka, musnahkanlah mereka, sehingga tidak ada seorang pun dari keturunannya yang hidup” lalu mengucapkan syair:

“Mati bagiku bukan masalah selama aku mati dalam keadaan Islam

Dengan cara apa saja Allahlah tempat kembaliku. Semua itu aku korbankan demi Engkau Ya Allah. Jika Engkau berkenan, berkahilah aku berada dalam tembolok burung kerana lukaku (syahid).”

Lalu Abu Sirwa’ah Uqbah bin Harits tampil untuk membunuh Hubaib. Hubaib adalah orang Islam pertama yang dibunuh dan sebelum dibunuh melakukan solat.

Nabi Muhammad s.a.w memberitahu para sahabat pada hari diseksanya Hubaib, bahawa kaum Quraisy mengutus beberapa orang untuk mencari bukti bahawa Ashim bin Tsabit telah terbunuh dalam peristiwa itu, mereka mencari potongan tubuh Ashim kerana Ashim adalah yang membunuh salah seorang pembesar Quraisy. Tetapi Allah melindungi jenazah Ashim dengan menghantar sejenis sekawan lebah yang melindungi jenazah Ashim, sehingga orang-orang itu tidak berjaya memotong bahagian tubuh jenazah Ashim sedikit pun. ” (HR. Al- Bukhari, no. 3989)

(13)

h

alam

an

(14)

h

alam

an

14

Surah al-Isra’: 56 - 58

Terjemahan Surah Al-Isra’

[56] Katakanlah: "Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Dia

(Allah) Maka mereka tidak mempunyai kekuasaan untuk menghilangkan

bahaya daripada kamu dan tidak pula memindahkannya".

[57] Sekalian yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada

Tuhan mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah)? Dan

mereka mengharapkan rahmat-Nya (Allah), dan takutkan azab-Nya (Allah);

sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang sangat menakutkan.

[58] Dan tidak ada suatu negeri pun (yang penduduknya derhaka), melainkan

Kami (Allah) membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami (Allah)

azabkan (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu

(15)

h

alam

an

15

IZHAR HALQI

Izhar bermaksud jelas atau nyata. Halqi bermaksud kerongkong. Izhar Halqi bermaksud melafazkan

nun sakinah dengan jelas tanpa dengung

dan saktah apabila bertemu dengan 6 huruf berikut :

Tanda-tanda bacaan :

Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.

Cara bacaan :

Menjelaskan sebutan nun sakinah atau

tanwin tanpa mendengungkannya.

Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung.

Sebutan nun hendaklah dicepatkan untuk

mengelakkan suara dengung.

(16)

h

alam

an

16

INFO ISLAM

Imam Abu Hanifah Ialah Nukman Bin Thabit bin Zuta.

Berketurunan Parsi. Digelar Hanifah kerana mempunyai

anak lelaki bernama Hanifah. Juga bermaksud cenderung

dalam agama. Rajin membawa tempat dakwat (Hanifah) ke

mana sahaja. Dilahirkan pada 80 Hijrah (699M) di Kufah,

Iraq, semasa pemerintahan Bani Umaiyah, Abdul Malik Bin

Marwan. Menurut jejak bapanya seorang saudagar

menjual ubin yang dihasilkan sendiri. Sangat berminat

kepada ilmu Pengetahuan. Rajin mempelajari ilmu yang

belum diketahuinya dan mengajarnya kepada orang lain.

Seorang yang kaya dan berilmu tetapi dermawan, amanah

serta kuat beribadat. Sangat bijak berbahas untuk mencari

kebenaran. Terkenal dengan kepintaran mengeluarkan

hukum apabila dikemukakan permasalahan kepadanya.

Imam Syafie sewaktu ditanya mengenai Abu Hanifah:

"Tidak Ada Wanita Yang Dapat Melahirkan Seorang Anak

Yang Bijak Seperti Abu Hanifah".

Referensi

Dokumen terkait

Sesuai dengan Undang-Undang Nomor 25 Tahun 2004 tentang Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional, dan Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintah Daerah

Peserta didik mengamati gambar dan materi tentang syahadat pada buku siswa, kemudian mengamati penjelasan tambahan dari guru dalam bentuk video yang

Kesimpulan pada penelitian ini yaitu untuk merancang model basis data pada Lembaga Kursus Digi Kidz memerlukan tahapan secara konseptual, logikal dan fisikal

‚Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Tsabit Al Bunani dari Anas bahwa pada suatu ketika Nabi

Pembahasan : gagasan utama disebut juga dengan gagasan pokok atau ide pokok Gagasan utama pada kalimat di atas “Aremania adalah supporter yang memiliki kepedulian sosial”

Ulat daun Plutella xylostella termasuk dalam golongan insecta (serangga) yang harus dikendalikan dengan insektisida. Karakteristik hama ini menyerang daun tanaman

Dilarang memperbanyak sebagian atau seluruh isi dokumen tanpa ijin tertulis dari Direktorat Jenderal Bina Marga, Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat.. DAFTAR

Yield gula reduksi terbaik dihasilkan dari proses hidrolisis dengan campuran enzim selulase dan enzim xilanase sebesar 0,4834 g/ g ampas tebu. Yield etanol terbaik dihasilkan