• Tidak ada hasil yang ditemukan

KitTuanRumah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KitTuanRumah"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

1. Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah?

Adakah anda bersedia untuk…

berkongsi rumah atau hartanah anda dengan orang lain

meluangkan masa dan tenaga anda untuk menguruskan pelaburan hartanah ini

membuat pembaikan dan memelihara hartanah anda

memberikan perkhidmatan kepada penyewa anda 24 jam 7 hari seminggu

menyimpan secara terperinci dokumen mengenai hartanah dan perbelanjaan

mempelajari selok belok mengenai undang-undang tempatan mengenai hartanah

dan penyewaan hartanah, dan

mempunyai kumpulan professional ( seperti penasihat kewangan, jurulatih hartanah,

peguam) untuk mendapat pendapat dan runding cara mereka.

Jika anda menanda keseluruhan petak tersebut, maka anda bersedia untuk menjadi tuan

rumah atau tanah.

2. Kelebihan mempunyai hartanah sewa

Penglibatan kepada komuniti – menyediakan tempat tinggal kepada yang

memerlukan

Pembiayaan hartanah bulanan lebih senang diuruskan dan dibayar kerana

pendapatan dari sewa. Lebihan daripada pendapatan sewa tersebut boleh

digunakan untuk membuat baikpulih dan memelihara hartanah terbabit.

Kelebihan tuan tanah di dalam pembayaran cukai pendapatan.

3. Kekurangan hartanah sewa

Anda bertanggungjawab untuk membayar penuh pembiayaan hartanah walaupun

penyewa anda tidak membayar sewa atau kosong tiada penyewa

Bertanggungjawab terhadap segala kos pembaikpulih

24 jam 7 hari seminggu mesti bersedia jika terdapat kecemasan daripada penyewa

yang melibatkan hartanah.

(3)

4.

Sebagai tuan rumah, anda perlu…

Iklankan dan promosi hartanah anda untuk menarik penyewa yang bagus

Mengekalkan penyewa yang bagus

Menentukan sewa yang patut dikenakan terhadap sesuatu hartanah

Mengutip pendapatan sewa tepat pada waktunya

Bijak dalam menentukan bajet perbelanjaan (menyimpan segala resit yang

berkenaan dengan pembaikan, pembelian, perkhidmatan professional, pengiklanan,

insurans)

Memelihara dan membuat pembaikpulih hartanah

Menyimpan rekod secara terperinci bagi setiap hartanah (permohonan sewa, tarikh

pembayaran sewa, notis, perjanjian)

Berurusan dengan orang ramai

5. Mencari penyewa yang dipercayai

Iklan dan promosikan hartanah anda.Iklan yang tiada diskriminasi terhadap jantina,

agama, bangsa, status perkahwinan dan sebagainya.

Melayan semua pemohonan dengan sama rata

Menggunakan borang permohonan sewa seperti yang dilampirkan.

Menetapkan standard tertentu untuk menerima penyewa (sebagai contoh,

pendapatan, pekerjaan penyewa)

Mengamalkan polisi “siapa cepat dia dapat”

6. Menentukan kemampuan bakal penyewa untuk menyewa rumah anda

Pastikan punca pendapatan bakal penyewa terbabit. Mungkin dengan salinan slip

pendapatan dapat membantu anda.

Nisbah pendapatan untuk pembayaran sewa. 30% daripada pendapatan kasar

penyewa. Sebagai contoh, pendapatan kasar ialah RM3000. 30% daripada RM3000

ialah RM900. Maka penyewa kemungkinan mampu untuk menyewa rumah RM900

ke bawah.

Periksa kedudukan kewangan bakal penyewa. Dapatkan salinan CCRIS untuk

mengetahui latar belakang kredit bakal penyewa.

(4)

Menghubungi rujukan penyewa atau tuan rumah sebelum ini untuk mengetahui

kelakuan bakal penyewa anda.

Adakan temuduga dengan bakal penyewa

7. Menjaga Pendapatan dari sewaan

Menentukan harga sewaan yang berpatutan

Menaikkan harga sewaan apabila perlu, lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat

pembiayaan semula hartanah

Mengambil langkah keselamatan dengan mengenakan deposit keselamatan

(security deposit) sebelum penyewa berpindah masuk ke dalam rumah.

Mempertimbangkan untuk mengumpul sewa terlebih dahulu (advance rent). Lebih

mudah dengan post dated cheque.

Mengutip sewa bulanan

Mengenakan denda lambat bayar sewa atau penalti jika cek ditolak.

8. Penyewa berpindah masuk

Menjaga perhubungan antara tuan rumah dan penyewa. Tidak lebih daripada itu.

Tiada perasaan peribadi.

Memeriksa hartanah anda bersama dengan penyewa

Menandatangani perjanjian sewa bersama dengan penyewa.

Buka satu fail untuk satu penyewa. Di dalam fail tersebut, anda akan isikan:

o Permohonan sewa, slip pendapatan, CCRIS, kad pengenalan dan segala

butir-butir penyewa

o Perjanjian sewa yang sudah dimatikan setem cukai.

o Senarai semak hartanah yang telah ditanda tangan oleh kedua-dua pihak

o Tarikh dan jumlah semua transaksi termasuk deposit sekuriti dan sewa

o Baik pulih yang dipinta dan baik pulih yang telah dibuat

o Rungutan daripada penyewa atau mengenai mereka

o Segala surat-menyurat di antara tuan tanah dan penyewa

(5)

LAMPIRAN

1. Permohonan untuk menyewa rumah

2. Senarai semak bagi tuan rumah

3. Perjanjian sewa

(6)

PERMOHONAN UNTUK MENYEWA RUMAH

Nama Pemohon Tarikh Lahir Tempat Lahir No. Kad Pengenalan

Email Telefon Rumah Telefon Bimbit

Nama bakal penghuni lain No. Kad

Pengenalan Hubungan dengan Pemohon

KEDIAMAN/ SEWAAN

Kediaman Sekarang Kediaman Sebelumnya Kediaman Dahulu Alamat Bandar Poskod Bayaran Sewa Terakhir Tuan Rumah/ Pengurus dan Nombor Telefon Alasan Keluar Adakah Sewa sudah dibayar penuh? Adakah anda sudah memberikan notis? Adakah anda diminta untuk berpindah?

Dari/ hingga Dari/ hingga Dari/ hingga

Tarikh Menetap

PEKERJAAN (Sila lampirkan penyata gaji terkini.)

Pekerjaan Sekarang Pekerjaan Sebelumnya Pekerjaan Dahulu Majikan

Alamat Bandar Poskod Pekerjaan

Nama Pengurus dan Nombor Telefon Gaji Kasar bulanan

Dari/ hingga Dari/ hingga Dari/ hingga

Tarikh Berkhidmat

KEWANGAN

Bank/ Institusi Baki Deposit atau Baki Pinjaman

Akaun Simpanan/ ASB/ Semasa

Kad Kredit

Pinjaman Sewa Beli Pinjaman Peribadi

KENDERAAN (termasuk kenderaan penghuni lain)

Jenama Model Warna Tahun Nombor

(7)

RUJUKAN Nama Hubungan dengan Pemohon Alamat Bandar Poskod Nombor Telefon

Dengan menandatangani permohonan ini, anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menghubungi kesemua nama yang tersenarai pada bahagian ini, jika kami tidak dapat menjejaki anda. Selain itu, jika anda meninggalkan kediaman ini atas apa-apa sebab, anda juga telah memberikan kebenaran kepada kami untuk membenarkan ahli keluarga yang terdekat untuk mengosongkan kediaman bagi pihak anda.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pernahkah anda pernah menerima notis lewat bayar dari tuan rumah?

Berapa orang penghuni yang menghisap rokok?

Berapa lama anda ingin menyewa daripada kami?

Pernahkah anda difailkan sebagai

muflis? Jika pernah, bila? Bila anda ingin berpindah ke sini?

Pernahkah anda disabitkan dengan kesalahan undang-undang?

Pernahkan anda menerima notis keluar? Jika pernah, bila?

Berapa banyak haiwan peliharaan yang anda miliki? (Senarikan jenis, berat, tinggi dan umur anggaran)

Pernahkah anda mempunyai masalah yang berulang dengan kediaman atau tuan rumah sekarang? Jika ya, sila terangkan:

Kenapa anda berpindah dari kediaman sekarang?

Senaraikan sumber dan jumlah pendapatan yang boleh dipertimbangkan dalam permohonan:

Jika anda berdepan dengan masalah kewangan pada masa hadapan dan tidak mampu untuk membayar sewa bulanan, adakah anda mempunyai sesiapa yang boleh meminjamkan wang kepada anda? Jika ya, senaraikan nama, alamat dan nombor telefon supaya kami letakkan sebagai rujukan bagi anda.

Pernahkah anda terlibat dalam apa-apa tuntutan mahkamah? Jika pernah, sila terangkan mengapa:

Kami akan membuat pemeriksaan terhadap rekod kewangan dan jenayah anda. Adakah anda ingin memberi komen sebelum kami jumpai rekod anda?

Bagaimana anda tahu mengenai rumah ini?

Adakah anda tahu sesiapa yang masih mencari rumah? Sila berikan nama dan nombor telefon.

PERJANJIAN

Saya telah memastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan sekiranya maklumat itu palsu, permohonan anda dibatalkan. Saya faham bahawa ini adalah borang permohonan untuk menyewa rumah dan bukannya sebahagian perjanjian sewa rumah.

(8)

SENARAI SEMAK BAGI TUAN RUMAH

HARTANAH: _____________________________________________________________________ ALAMAT: ________________________________________________________________________ NAMA PENYEWA: _________________________________________________________________

Berikut adalah senarai semak penyewaan hartanah. Pastikan prosedur telah diikuti dengan betul dan tiada yang tertinggal supaya tiada masalah yang akan timbul nanti.

Sediakan dua salinan Perjanjian Sewa. Pastikan penyewa dan saksi telah menandatangani perjanjian sewa.

Pastikan semua tandatangan diperolehi sebelum matikan setem hasil. Serahkan satu salinan kepada penyewa. Simpan satu salinan di dalam fail khas.

Sewa Bulan pertama telah diterima.

Deposit Keselamatan (Security Deposit) berjumlah dua (2) bulan sewa telah diterima. Deposit Utiliti (Utilities Deposit) berjumlah satu (1) bulan sewa telah diterima.

Segala resit pembayaran telah diberikan kepada penyewa.

Pemeriksaan hartanah telah dilakukan bersama-sama penyewa. Serahkan satu salinan senarai pemeriksaan hartanah kepada penyewa.

Serahkan kunci rumah sepenuhnya kepada penyewa.

Pas dan pelekat kereta untuk kawasan perumahan yang dilengkapi pengawal keselamatan. Senarai nombor telefon penting

(9)

Tarikh

Di antara

( Tuan Punya Rumah )

Dengan

( Penyewa )

*********************************************

PERJANJIAN SEWA

(10)

PERJANJIAN SEWA

Perjanjian Sewa ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1 diantara dua pihak yang telah dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Tuan Punya Rumah”) sebagai pihak pertama dan satu pihak lagi dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Penyewa” ) di pihak kedua.

ADALAH DINYATAKAN BAHAWA

1) Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah kepada hartanah yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai “Premis”).

2) Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis berserta kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.

ADALAH DIPERSETUJUI

1. Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah depersetujui oleh Tuan Punya Rumah dan Penyewa untuk menerima sewaan bagi Premis pada jangkamasa, tarikh masuk dan tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1.

2. Nilai sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan hendaklah dibayar pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewaan hendaklah dibayar terus ke akaun Tuan Punya Rumah yang bernombor: ……….. atas nama ………... Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua bulan sewaan seperti dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa dalam menjaga baik Premis. Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh (20) hari selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Tuan Punya Rumah jika berlaku kerosakan pada Premis yang disebabkan oleh kecuaian Penyewa (kerosakan normal disebabkan kelusuhan dan waktu adalah diterima).

4. Penyewa dikehendaki membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik) seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 Jadual 1. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa setelah tamat tempoh sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas bulanan selesai selama Penyewa tinggal di dalam Premis.

(11)

5. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN PUNYA RUMAH seperti dinyatakan :

5.1 Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan Penyewa membayar sewa selama tiga (3) bulan berturut-turut boleh menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak keatas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.

5.2 Membayar segala kemudahan asas yang disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis. Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.

5.3 Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan serta persekitaran dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi faktor masa dan usia adalah diterima). Segala peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.

5.4 Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau penambahan ke atas Premis, hiasan Tuan Punya Rumah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan. Setelah mendapat keizinan dari Tuan Rumah, Penyewa hanya dibenarkan melakukan pengubahsuaian atau penambahan pada kawasan yang ditentukan oleh Tuan Punya Rumah sahaja dan segala kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut adalah ditanggung oleh Penyewa kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Punya Rumah. Penyewa mesti mengembalikan pengubahsuaian atau penambahan kepada keadaan asal apabila diminta oleh Tuan Punya Rumah.

5.5 Membenar Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah memberi tiga (3) hari notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau atas persetujuan bersama melalui temujanji untuk memasuki Premis dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana Tuan Punya Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi memaklumkan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan meminta Penyewa melaksanakannya. Dan sekiranya Penyewa dalam masa empat belas (14) hari dari notis tersebut tidak melaksanakannya maka tuan rumah bersama atau tidak bersama dengan pembaik berhak memasuki Premis tersebut dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

5.6 Menggunakan Premis bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 Jadual 1 dan tidak menggunakan Premis atau menyebabkan penggunaan Premis tersebut selain daripada yang dinyatakan atau menyebabkan Premis menjadi gangguan dalam sebarang bentuk kepada

(12)

Tuan Punya Rumah atau jiran Premis. Sebagai tambahan Penyewa adalah dilarang sama sekali untuk membela binatang ternakan separti ayam. itik, kambing, lembu atau seumpamanya bagi mengelakkan kesulitan yang telah dijelaskan di atas.

5.7 Tidak membenarkan atau menyewa Premis tersebut samada secara pemilikan sah atau sebahagian sah atau sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Tuan Punya Rumah.

5.8 Tidak menyebabkan atau disebabkan Premis tersebut melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan atau atau garis panduan daripada mana-mana agensi kerajaan atau badan atau organisasi bertanggungjawab sehingga menyebabkan perlanggaran polisi atau polisi insurans berkaitan kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran atau meningkatkan risiko kebakaran sehingga menyebabkan tambahan premium.

5.9 Penyewa bersetuju untuk membersihkan segala sampah atau sisa-sisa dan menyerahkan Premis tersebut dalam keadaan baik dan bersih dan telah dibuat pembaikan kepada Tuan Punya Rumah. Penyewa dibolehkan menanggalkan gantungan atau pemasangan kepunyaan Penyewa tetapi Penyewa mesti melakukan pembaikan keatas segala kecacatan atau kerosakan akibat penanggalan gantungan atau pemasangan tersebut.

5.10 Tidak menyimpan atau membawa masuk ke dalam Premis senjata, senjata api, bahan letupan, peledak, peluru atau sebarang bahan midah terbakar, meletup, merbahaya dan melanggar undang-undang.

5.11 Tidak menggunakan Premis untuk kegunaan yang boleh melanggar undang-undang atau tidak bermoral, perniagaan atau pusat penyimpanan atau tempat perjudian walau dalam bentuk apa cara sekalipun.

5.12 Tidak menambah kunci atau mangga pintu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan memberikan kunci pendua bagi semua pintu rumah.

5.13 Penyewa adalah bertanggungjawab untuk membaikpulih Premis secara minor tidak melebihi jumlah seratus ringgit RM100.00. (Jumlah dalam masa sebulan).

5.14 Penyewa bersetuju menerima sewaan Premis bersih seadanya. Penyewa bersetuju untuk memulangkan Premis di dalam keadaan asalnya dan membayar kos pembersihan sekiranya Tuan Punya Rumah mengupah untuk membersihkan Premis.

(13)

5.15 Dalam tempoh 2 bulan sebelum tamat perjanjian sewaan, kecuali Penyewa telah memberikan notis bertulis untuk memperbaharui perjanjian tersebut, Penyewa perlu member kebenaran kepada orang yang diberi kuasa oleh Tuan Punya Rumah untuk memasuki dan melihat keadaan rumah pada masa yang berpatutan

6. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB TUAN PUNYA RUMAH KEPADA PENYEWA seperti dinyatakan :

6.1 Membayar sewa keluar, servis caj dan segala yang berkaitan yang telah dipersetujui antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa.

6.2 Pada setiap masa disepanjang tempoh perjanjian ini, dilindungi insurans daripada kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran kecuali perabot atau hartabenda milik Penyewa

6.3 Penyelanggaraan dan memastikan struktur utama Premis iaitu atap, dinding utama, lantai, siling-siling dan system pembentungan dalam keadaan baik atau dalam keadaan boleh dibaiki oleh Penyewa di sepanjang tempoh perjanjian ini kecuali kerosakan kepada Premis tersebut adalah disebabkan oleh tindakan atau salahlaku atau kecuaian Penyewa atau orang berkaitan dengan Penyewa, yang mana Penyewa akan melakukan pembaikan atau pebaharuan dengan kos yang ditanggung oleh Penyewa. Dalam keadaan kerosakan yang bukan disebabkan oleh Penyewa atau orang berkaitan dengan Penyewa, Tuan Punya Rumah akan membaiki atau membuat pembaharuan dalam masa 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis dari Penyewa. Sekiranya Tuan Punya Rumah gagal melaksanakan tugasnya, Penyewa boleh melakukan sendiri pembaikan dan pembaharuan dan menuntut kos pembaikan daripada Tuan Punya Rumah.

6.4 Setelah Penyewa membuat pembayaran sewa dan melaksanakan segala tanggungjawabnya kepada Tuan Punya Rumah, Penyewa berhak menikmati dan menggunakan Premis tersebut tanpa gangguan Tuan Punya Rumah atau orang berkaitan Tuan Punya Rumah disepanjang tempoh perjanjian.

7. SEHARUSNYA DAN SENTIASA DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA BELAH PIHAK:

7.1 Jika pada sebarang ketika bayaran sewa (samada diminta atau tidak) akan kekal sebagai bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 7 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewa dibuat dan sekiranya ini berlaku, Tuan Punya Rumah berhak pada bila-bila masa tanpa prejudis untuk memasuki Premis tersebut atas nama perjanjian ini telah dilanggar oleh Penyewa.

(14)

7.2 Jika pada sebarang ketika, bayaran sewa ( samada diminta atau tidak ) akan kekal sebagai bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 14 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewa dibuat dan sekiranya ini berlaku, Penyewa akan meninggalkan keluar Premis dalam masa 7 hari, mengembalikan kepada Tuan Punya Rumah segala yang sepatutnya dan membaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh Penyewa atau orang yang berkaitan Penyewa dan melupuskan semua deposit. Penyewa akan bertanggungjawab atas semua caj guaman yang ditanggung Tuan Punya Rumah bagi melaksanakan Klaus ini.

7.3 Tanpa prejudis dan kuasa Tuan Punya Rumah atau sebagainya seperti yang termaktub di dalam perjanjian ini, Penyewa akan membayar bayaran lewat mengikut kadar faedah 2% sebulan dikira dari hari ke hari atau semua bayaran tertunggak dan dibayar dalam tempoh 7 hari oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah. Kadar faedah bayaran lewat tersebut dikira 7 hari dari tarikh akhir bayaran sepatutnya dibuat sehingga semua bayaran dilangsaikan. Penyewa akan bertanggungjawab atas semua caj guaman yang ditanggung Tuan Punya Rumah bagi melaksanakan Klaus ini.

7.4 Jika berlaku Penyewa ingin melanjutkan Perjanjian Sewa ke atas Premis yang sama, Penyewa hendaklah memberi notis dua (2) bulan secara bertulis kepada Tuan Punya Rumah sebelum tamat Perjanjian Sewa ini dan di dalam masa yang sama Penyewa hendaklah mematuhi segala terma dan syarat Perjanjian Sewa sediaada sebelum Tuan Punya Rumah bersetuju menawarkan Penyewa menyambung Perjanjian yang mana telah dinyatakan dalan Seksyen 9 Jadual 1 dengan terma dan syarat yang sama dan jumlah sewaan yang depersetujui kelak.

7.5 Jika berlaku Penyewa ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tarikh tamat perjanjian yang mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1, deposit dua bulan adalah dikira hangus dan menjadi hak sepenuhnya Tuan Punya Rumah dan deposit kemudahan asas dalam Seksyen 8 Jadual 1 akan dipulangkan sepenuhnya setelah mengambilkira semua kemudahan asas itu telah di selesaikan sepenuhnya oleh Penyewa atau sebahagiannya melalui deposit tersebut.

7.6 Segala kos setem dan kos perjanjian ini dibuat dan disediakan adalah di bawah tanggungan Penyewa.

7.7 Segala cukai yang berkaitan dengan premis ini seperti cukai tanah, cukai pintu, Indah water dan sebagainya adalah di bawah tanggungan Tuan Punya Rumah

(15)

8. Di dalam Perjanjian ini :

8.1 Terma “Tuan Punya Rumah” dan “Penyewa” adalah merangkumi waris sah atau wakil yang diperakui oleh kedua-dua belah pihak.

8.2 Perkataan yang merujuk kepada jantina merangkumi lelaki dan perempuan.

8.3 Perkataan yang merujuk kepada satu atau sesuatu merujuk kepada bilangan satu atau lebih daripada satu dan yang merujuk kepada orang atau seseorang merujuk kepada individu, orang perseorangan atau organisasi.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI DAN DISAKSIKAN oleh pihak-pihak dibawah yang memetrai perjanjian ini pada hari dan tahun di bawah menurut Seksyen 1 Jadual 1.

Ditandatangani oleh Tuan Punya Rumah

Nama )

Nombor Kad Pengenalan )

Tarikh ) ...

Ditandatangani oleh Penyewa

Nama )

Nombor Kad Pengenalan )

Tarikh ) ...

Ditandatangani oleh Saksi

Nama )

Nombor Kad Pengenalan )

(16)

JADUAL 1

( Ini haruslah diambilkira dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sewa )

SEKSYEN PERKARA KETERANGAN

1 Tarikh Perjanjian

2 Tuan Punya Rumah

( Nama, Nombor Kad Pengenalan, No Tel) Alamat

3 Penyewa ( Nama, Nombor Kad

Pengenalan, No Tel ) Alamat

4 Alamat Premis

5 (a) Tempoh Sewaan

(b) Tarikh Masuk (c) Tarikh Tamat

6 (a) Sewa Bulanan

(b) Tarikh Bayaran

Ringgit Malaysia :

Pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan

7 Deposit ( dua bulan sewa ) Ringgit Malaysia :

8 Deposit Kemudahan Asas Ringgit Malaysia :

9 Tempoh Pembaharuan Sewa

(17)

ALIRAN TUNAI HARTANAH

HARTANAH:

ALAMAT:

PENYEWA:

TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN

RM0.00

RM0.00

(18)

BAJET OPERASI HARTANAH

Bahagian 1: Pendapatan Sewa

UNIT 1

UNIT 2

UNIT 3

A. JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

Bahagian 2: Bajet Perbelanjaan dan Simpanan

Unit 1 - Pembiayaan, Cukai dan Yuran

Pembiayaan Hartanah

Cukai Pintu

Cukai Tanah

Unit 2 - Insuran

MLTA

Unit 3 - Bil Utiliti

Elektrik

Air

Pembentungan

Telefon

Astro

Unit 4 - Pemeriksaan Rutin

Pembaikan & Pemeriksaan Rutin

Unit 5 - Pembaikan Besar

Penyaman Udara

Unit 6 - Kekosongan

Sewa

Iklan & promosi

Unit 7 - Khidmat Profesional

Guaman

Akauntan

Penasihat

Unit 8 - lain-lain

B. JUMLAH BAJET PERBELANJAAN

KESELURUHAN

(19)

Bahagian 3: Aliran Tunai

A. Jumlah Pendapatan Sewa (Bahagian 1)

B. Jumlah Bajet Perbelanjaan (Bahagian 2)

Referensi

Dokumen terkait

Responden yang dijadikan objek penelitian adalah seluruh masyarakat yang melakukan kegiatan agroindustri pengolahan hasil laut yang ada di Desa Kwanyar Baratyaitu agroindustri

o Langkah buang (1-0) ialah proses konstan. Proses pembakaran pada volume tetap disebabkan pada waktu terjadi kompresi, dimana campuran bahan bakar dan udara mengalami

(1) Pemegang Gadaian hendaklah dalam tempoh 14 hari selepas menerima baki Harga Belian membayar semua sewa (sekiranya ada) kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan

Untuk optimalisasi pendukung kegiatan, PPID Utama Pemerintah Kota Depok melaksanakan sosialisasi terhadap para PPID Pembantu tiap-tiap Perangkat Daerah dalam lingkup

Berdasarkan penelitian yang telah peneliti lakukan di TK Flora Kecamatan Singkawang Barat mengenai penerapan pembelajaran menggunakan metode demonstrasi, untuk meningkatkan

Pelajar baharu yang menarik diri dari Universiti dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran, bayaran akan dikembalikan setelah ditolak bayaran Yuran Kemasukan.. Tiada

Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian:.. i) membayar semua bayaran yang tertunggak kepada

- Deposit sewa 1 bulan dan deposit barang RM 100 (akan dipulangkan sekiranya tiada kerosakan) - Bayaran Cash atau Bank In. - Bayaran 1hb setiap awal bulan.. Terbuka kepada