• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan Psikoanilitik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendekatan Psikoanilitik"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Pengenalan

• Sigmund Freud (1856-1939) adalah pengasas

pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi.

• Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada

masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman

kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik

bawah

sedar

semasa

melalui

perkembangan

psikoseksual sejak lahir hingga dewasa.

• Oleh itu, Frued menganggap zaman kanak-kanak yang

dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana

beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil

mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi

individu.

(3)

Pandangan Tentang Manusia

• Berdasarkan pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives).

• Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya.

• Freud melihat sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal.

• Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.

• Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. • Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan

berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri.

(4)

Perkembangan Personaliti

• Teori

psikoanalisis

berpendapat

bahawa

perkembangan personaliti manusia dipengaruhi oleh

tenaga psike (psyche).

• Tenaga psike meliputi konsep (i) Penentuan psike dan

(ii) Tahap kesedaran.

(5)

a. Penentuan Psike

• Penentuan psike bermaksud bahawa semua

tingkahlaku

dan reaksi emosi manusia itu

mempunyai sebab yang tertentu.

• Pada lazimnya ia berkait rapat antara hubungan

sesama insan.

• Dalam erti kata lain, terdapat perkaitan antara tahap

sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran

yang rasional dengan tindakan atau gerakan emosi

yang serta merta.

(6)

• Fahaman tenaga psike dalam individu bermaksud desakan

yang berasaskan kepada konsep LIBIDO.

• Konsep ini lebih merupakan suatu desakan seksual sebagai

tenaga hidup atau EROS (life instinct).

• Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan

desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak

tertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi

termasuk segala aspek kepuasan swadiri.

• Desakan yang kedua dalam tenaga psike adalah desakan

aggresi atau THANATOS (death instinct).

• Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang

semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan.

• Penentuan psike ini berkait dengan kenyataan yang

dikatakan awal tadi bahawa manusia sebagai individu tidak

dapat membawa arah kepada nasib haluannya.

• Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi

tingkah laku manusia.

(7)
(8)

b. Tahap Kesedaran

• Tahap kesedaran adalah sama pentingnya dengan konsep

penentuan psike dalam perkembangan personaliti

seseorang.

• Terdapat tiga tahap kesedaran yang dikemukakan dalam

teori psikoanalisis.

• Tahap-tahap itu ialah tahap sedar, tahap prasedar dan

tahap bawah sedar.

• Peringkat sedar ini adalah peringkat yang disedari oleh

seseorang. Ini adalah merangkumi kepada tingkah laku,

tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh

perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan,

berasa gembira atau sepi.

• Peringkat prasedar pula, seseorang akan mengalami sedikit

kesukaran untuk menyedari sesuatu yang berlaku.

• Walaubagaimanapun, jika tumpuan atau dilakukan secara

bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula.

(9)

• Keseluruhannya peringkat ini lebih kepada pemikiran yang berkaitan dengan perasaan. Contohnya penilaian manusia terhadap tahap kesejukan atau kepanasan. Manusia mampu berfikir sejauh mana tahap kesejukan dan kepanasan berdasarkan pengalaman. • Tahap bawah sedar berdasarkan teori psikoanalisis ialah tahap yang

paling penting. Ini kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang.

• Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk keperibadiannya. Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkah laku yang suka diterima oleh oleh orang ramai.

• Oleh sebab itu, peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar adalah sangat sukar. Ianya perlu merujuk atau memerlukan pembimbing yang lebih arif dan bertauliah contohnya kaunselor.

• Umumnya teori psikoanalisis berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses yang mana situasi yang dihadapi disekat oleh kenyataan.

• Maksudnya individu itu biasanya beranggapan bahawa dia tidak dapat menerima kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima kenyataan itu. Contohnya, khayalan seseorang atau mimpinya.

(10)

Struktur Personaliti

• Menurut pandangan psikoanalitik struktur

personaliti manusia terdiri daripada tiga

sistem utama iaitu;

• id yang didorong oleh tenaga untuk hidup

serta berprinsipkan kenikmatan;

• ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan

realiti; dan

• superego adalah komponen sosial yang

berprinsipkan moral.

(11)

• Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripda

interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut

dalam menentukan agihan tenaga psike kepada

id.

• Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah

sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha

menggunakan tenaga psike untuk bertindak

memenuhi kehendaknya.

• Bagaimanapun ego sebagai komponen psikologi

yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk

kepada superego sebagai badan kehakiman yang

menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau

buruk.

(12)

• Sekiranya desakan id tersebut menepati

kehendak moral atau tidak menyalahi

undang-undang dan beretika maka ego akan

membenarkan id menggunakan tenaga psikik

untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah

laku.

• Sebaliknya, jika didapati tingkah laku yang

ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan

moral, maka ego tidak membenarkan id

menggunakan tenaga psike tersebut, justeru

tingkah laku yang dihajati individu tersebut

tidak akan berlaku.

(13)
(14)
(15)
(16)

Perkembangan Personaliti Manusia

• Menurut Frued, perkembangan personaliti manusia

dibahagikan kepada lima peringkat yang berikut:

a. Peringkat Mulut/Oral 0 - 1 Tahun

b. Peringkat Dubur/Anal 1 - 3 Tahun

c. Peringkat Falik 3 - 6 Tahun

d. Peringkat Pendaman/Latency 6 - 12 Tahun

e. Peringkat Shahwat/Genital 12 - Dewasa

• Pada setiap peringkat perkembangan psikoseksual tersebut

individu seharusnya mendapat kepuasan untuk memenuhi

desakan nalurinya.

• Jika kepuasan dicapai maka individu akan membentuk

sahsiah yang menepati norma masyarakat.

• Sebaliknya, jika desakan tersebut tidak dipenuhi maka ia

akan membentuk tingkah laku yang bermasalah apabila

dewasa.

(17)

Peringkat Mulut/ Oral (Lahir Hingga 1 Tahun)

• Pada peringkat ini kanak-kanak didorong oleh rasa

laparkan susu ibu dan kepuasan diperoleh melalui

aktiviti mulut dengan menyusu.

• Seharusnya kanak-kanak disusui dibelai dan dilayan

mesra oleh ibunya.

• Jika tidak lekatan akan berlaku dan natijahnya

terbentuk tingkah laku tidak wajar yang dihasilkan

melalui mulut.

(18)

Peringkat Dubur/ Anal (1 hingga 3 tahun)

• Pada peringkat ini kepuasan diperoleh melalui aktiviti

dubur dengan membuang air besar dan air kecil.

• Seharusnya kanak-kanak diajar cara-cara membuang

air.

• Mereka tidak boleh dipukul atau dimarah secara

keterlaluan jika berlaku kesilapan dari segi membuang

air.

• Jika dimarah mereka akan rasa tertekan kerana keliru

terhadap apakah cara sebenarnya membuang air dan

ini akan menyebabkan lekatan perkembangan

personaliti mereka.

• Implikasi letakan di peringkat ini akan membina tingkah

laku yang kedekut, agresif dan pendendam, degil dan

obsesif-kompulsif.

(19)

Peringkat Falik (3 hingga 6 tahun)

• Pada peringkat ini perkembangan motor, kognitif dan hubungan interpersonal mula terbina dalam diri kanak-kanak.

• Mereka telah beralih daripada penerima yang pasif (passive receptive) kepada penguasaan yang aktif (active mastery).

• Di peringkat ini kanak-kanak memperoleh kepuasan melalui alat jantina mereka.

• Kecenderungan terhadap jantina yang berlainan mula timbul dalam pemikiran kanak-kanak.

• Kepuasan diperoleh melalui khayalan memperoleh keinginan seksual. Introjeksi akan berlaku dalam mana anak lelaki akan berusaha mengidentifikasi tingkah laku ayahnya agar dapat menawan hati ibunya manakala anak perempuan akan meniru tingkah laku ibunya agar dia dapat menawan hati ayahnya.

• Proses introjeksi ini menghasilkan ciri-ciri kelakian kepada anak lelaki dan ciri-ciri kewanitaan kepada anak perempuan.

• Bagaimanapun, sekiranya ayah atau ibu mempamerkan tingkah laku yang salah maka anak akan menirunya dan terbinalah tingkah laku yang salah.

• Gangguan atau kekaburan dalam mengidentifikasi peranan jantina akan menyebabkan konflik.

(20)

Peringkat Pendaman/Latency (6 hingga 12 tahun)

• Semasa melalui peringkat perkembangan pertama, kedua dan ketiga, individu menempuh pelbagai cabaran dan kini individu berehat melalui pendaman.

• Ego dan superego semakin terbina.

• Di peringkat ini kanak-kanak sudah berada di alam sekolah rendah rendah.

• Kepuasan diperoleh melalui aktiviti mengikut padanan jantina.

• Di samping belajar, masa kanak-kanak seharusnya dipenuhi dengan bermain.

• Kanak-kanak seharusnya diatur akan permainan yang sesuai dengan jantinanya. Kanak-kanak lelaki memainkan peranan sebagai bapa, manakala perempuan memainkan peranan sebagai ibu.

• Jika tidak diatur sedemikian maka mereka akan keliru akan peranan yang sepadan dengan jantina mereka.

• Proses pendaman ini berterusan hingga kanak-kanak dewasa atau baligh.

(21)

Peringkat Syahwat/Genital (Dewasa)

• Di peringkat ini individu telah dewasa dan boleh

menyalurkan desakan syahwatnya melalui perkahwinan

mengikut landasan agama dan moral.

• Mereka mula menyumbang kepada perkembangan diri,

keluarga dan masyarakat.

• Kemudian mereka akan bergerak keluar dari alam

remaja ke alam dewasa yang matang.

• Mereka kini lepas daripada pengaruh ibu bapa,

membina hubungan dan mula membina hubungan

yang intim.

• Kemahiran

berhubung

dan

kecenderungan

mementingkan orang lain mula terbina.

(22)

Mekanisme Helah Bela Diri

• Menurut Freud, mekanisme bela diri ialah keadaan di

mana ego membela dirinya terhadap konflik dan

kerisauan dengan membuang fikiran-fikiran dan

impuls-impuls yang tidak menyenangkan ke pemikiran

bawah sedar.

• Menurut Schultz (1993) pula mekanisme bela diri

sebagai satu proses psikologi yang bertujuan untuk

mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang

mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan

sempurna.

• Mekanisme bela diri juga dilihat sebagai mampu

mempertahankan segala kutukan oleh superego.

• Berikut adalah deskripsi ringkas dan contoh-contoh

strategi mekanisme bela diri yang biasa digunakan

dalam kehidupan seharian.

(23)

Represi (Repression)

• Represi adalah strategi mekanisme bela diri yang

terpenting dan paling asas dalam teori personaliti

Frued.

• Represi berlaku apabila seseorang itu menolak

fikiran, keinginan dan kenangan yang tidak boleh

diterima, dan mengusir mereka ke alam bawah sedar

(motivated forgetting).

• Contohnya, kita cuba melupakan penderaan seksual

yang berlaku semasa kanak-kanak kerana begitu

traumatik.

(24)

Penafian (Denial)

• Penafian ialah penolakan untuk percaya maklumat

yang menimbulkan kerisauan (Ini tidak mungkin

berlaku).

• Jika represi lebih merupakan motivated forgetting

untuk melupakan maklumat, penafian pula adalah

satu assertion bahawa maklumat tersebut salah.

• Contohnya, menafikan diagnosis doktor tentang

kanser dan cuba mendapatkan pendapat daripada

doktor yang lain.

(25)

Rasionalisasi (Rationalization)

• Apabila

seseorang

itu

berusaha

untuk

membuktikan bahawa tindakan mereka adalah

rasional dan ada justifikasinya dan dengan itu

wajar diterima, maka individu ini dikatakan

menggunakan strategi rasionalisasi.

• Contohnya, seorang pelajar yang ingin pergi

menonton wayang berkata “...terlalu banyak baca

buku pun bukannya elok sangat.”

• Seseorang yang terlepas temuduga jawatan

kosong akan berkata “Saya sebenarnya tidak

begitu inginkan pekerjaan tersebut.”

(26)

Pindah Gantian (Displacement)

• Berbekalkan pengalihan perilaku atau fikiran jauh

dari target sebenar ke sasaran kurang mengancam,

pindah gantian membolehkan orang terlibat dalam

perilaku dengan kecemasan yang kurang.

• Contohnya, seseorang yang marah dengan ketua

atau profesornya akan melepaskan kemarahannya

kepada seseorang yang berstatus kurang mengancam

kepadanya.

(27)

Regresi (Regression)

• Kembali ke tahap kefungsian asal perkembangan

yang tidak begitu matang, regresi merupakan

usaha seseorang menghadapai peranannya untuk

mengelakkan kecemasan.

• Dengan mengambil peranan keanak-anakkan,

seseorang itu dapat melarikan diri dari

tanggungjawab dan kembali ke hidup yang

mungkin lebih selamat.

• Contohnya, mengasingkan diri, menangis,

meronta-ronta apabila mendengar berita sedih.

(28)

Projeksi (Projection)

• Projeksi pula adalah perasaan bersalah tentang

sesuatu tindakan yang telah kita lakukan, lalu kita

membuat kesimpulan bahawa individu lain juga

akan bertindak begitu dalam situasi yang sama

seperti situasi yang kita alami.

• Contohnya, seseorang terjumpa wang kertas yang

bernilai RM 100 lalu beliau tidak menyerahkan

kepada guru sebaliknya menggunakan wang

tersebut.

• Beliau akan memberi alasan sekiranya orang lain

terjumpa dengan wang sebanyak itu tentu

mereka juga akan bertindak serupa.

(29)

Pembentukan Reaksi (Reaction Formation)

• Pembentukan reaksi ialah bertindak secara

bertentangan dengan perasaan yang telah sebati

dengan jiwanya.

• Contohnya seorang pelajar yang mempunyai

tingkah laku baik tetapi oleh sebab ingin diterima

oleh ahli kumpulan di sebuah sekolah yang baru

dimasuki, dia terpaksa mengikut budaya

kumpulan tersebut walaupun bertentangan

dengan sifat asalnya.

• Oleh sebab ingin diterima sebagai rakan, mereka

sanggup

berubah

sikap

asal,

seterusnya

(30)

Sublimasi (Sublimation)

• Satu bentuk pindahgantian yang berunsur seksual,

apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan

yang berbentuk sosial dan bermanfaat serta kreatif.

• Contohnya, menyanyi, melukis, drama dan semua

kegiatan kreatif dan kesenian.

• Sekiranya pindahgantian berunsurkan desakan yang

ganas maka sublimasi berbentuk kegiatan yang ganas

akan mengambil alih seperti sukan berbentuk lasak.

Referensi

Dokumen terkait

Tulisan ini hendak memberikan legal problem solving terhadap permasalahan penumpukan perkara pidana di Indonesia yang hingga saat ini belum mampu terpecahkan,

Para transgender dalam penelitian ini memilih untuk berdamai dengan kondisi yang dimiliki dan memutuskan untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang difasilitasi oleh

Salah satu syarat atau ciri penting menuju negara yang demokratis adalah dengan adanya keterbukaan informasi publik, dan hal ini sejalan dengan konsideran

analisis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah statistik inferensial. Statistik inferensial adalah statistik yang digunakan untuk menganalisis

Bahwa Pimpinan STIESIA dalam Rapat Pleno tanggal 14 September 2012 telah menerima konsep Rencana Strategis (Renstra) Prodi S3 Ilmu Manajemen Tahun 2012-2016, dan sesuai

Wade (2007) terdapat beberapa aspek dari pengelolaan marah, yaitu:.. 1) Mengenali emosi marah, emosi marah merupakan kemampuan untuk mengendalikan perasaan marah sewaktu

The Doctor made sure of his grip on Adric’s collar with his free hand, and glanced towards the console and Romana; she was protected for the moment as long as she didn’t try to

Berdasarkan penjelasan tersebut dapat diketahui bahwa telah terjadi kekosongan norma dalam penerapan Pasal 66 ayat (1) UUJN-P, karena tidak ada peraturan yang menjelaskan