• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diumumkan secara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Berikut ialah petikan daripada FPK:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Merujuk kepada FPK yang dinyatakan di atas, maka matlamat FPK ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi

warganegara yang berguna. Selain itu, matlamat FPK bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

o Percaya dan patuh kepada Tuhan o Berilmu pengetahuan

o Berakhlak mulia

o Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara o Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

(2)

Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, melalui pendidikan adalah diharapkan Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya iaitu:

o Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajiban sebagai seorang warganegara.

o Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan kepada negara.

o Melahirkan warganegara yang memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi Perlembagaan. o Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan negara. o Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip

Rukun Negara, bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

o Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan factor yang penting untuk menentukan matlamat pendidikan kebangsaan. Matlamat ini akan menjadi lebih jelas, mantap, bermakna dan sempurna apabila dijelmakan sebagai penyataan FPK.

Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan erti kata lain, ianya menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan

pendidikan sebagai satu entiti yang tekal, jelas dan logik. FPK bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta

(3)

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FPK

Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah

penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.

Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan. Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbinganyang manfaat kepada segala usaha pendidkan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor berikut ialah:

1. faktor agama: agama Islam ialah agama rasmi negara kita. Di samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Semua agama tersebut terutamanya agama Islam merupakan faktor penting dalam proses penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dilihat melalui penyataan berikut: " mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan…."

2. faktor sosial: masyarakat negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk. Keharminian dan kemakmuran negara bergantung kepada sikap toleransi, kerjasama dan hormat menghormati tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Sikap positif ini amat penting dalam usaha mengukuhkan perpaduan kaum yang merupakan kriterian paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan ini telah dinyatakan di dalam FPK iaitu: "…..melahirkan rakyat

Malaysia….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

3. faktor politik: di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. FPK digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidkan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara.

(4)

4. faktor ekonomi: rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi negara dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Ianya telah dinyatakan iaitu: "…melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, beketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara."

5. faktor individu: potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi tersebut merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan harmonis.

6. faktor sejagat: perkembangan sistem pendidikan antarabangsa mempengaruhi penggubalan FPK. Idea-idea yang dihasilkan semasa seminar pendidikan antarabangsa mempengaruhi FPK. Sebagai contoh, program pendemokrasian pendidikan dan pendidikan seumur hidup.

Sehubungan itu, adalah diharapkan pendidikan negara ini merangkumi semua aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat memberi sumbangan kepada negara serta memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.

(5)

ELEMEN-ELEMEN DI DALAM FPK

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu,

kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlansung secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,

kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan dapat membantu individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

2. Memperkembangkan potensi individu

Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahir. Kebanyakannya terpendam dalam kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan

meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Bakat, potensi dan kebolehan dapat dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan

ditingkatkan. Ianya akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.

3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan

bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,

bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum juga harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik di dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu harus dikembangkan ke peringkat optimum dengan mengintegrasi bakat dan kebolehan yang saling berkait rapat.

(6)

4. Insan yang seimbang dan harmonis

Insan yang seimbang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta memiliki akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Insan yang seimbang dan harmonis memiliki

kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara. individu ini akan sentiasa berikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi, melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga,

bangsa dan negara.

5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspek seperti berikut:

o mengakui wujudnya Pencipta

o mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam

o menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan

o menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya.

o Melakukan kebaikan dan menghindari keburukan

o Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan agama.

6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri:

o Mencintai ilmu pengetahuan o Minat membaca

o Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan

o Sentiasa meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan o Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain

(7)

7. Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa sedia memberi sumbangan kepada negara tercinta. Rakyat Malaysia yang berketerampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri berikut:

o Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan

o Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan tugasnya o Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna

o Berpandangan jauh dan berinisiatif

8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan baik serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

o Dapat menilai perkara yang baik dan yang buruk o Mempunyai perwatakan yang baik

o Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup

9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. o Menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri

o Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna

o Mematuhi peraturan dan undang-undang negara

o Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

(8)

10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat yang berupaya mencapai

kesejahteran diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti berikut: o Daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup o Berfikiran waras dan berjiwa tenang

11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Rakyat yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka juga akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

(9)

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

FPK merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur dan perlu dihayati untuk mendapatkan kesan daripada pelaksanaannya. FPK merupakan satu penyataan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan di negara ini. FPK juga merupakan garis panduan dan rujukan para pendidik dalam

melaksanakan tugas mendidik anak bangsa.

Setiap warga pendidik di negara ini haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan-perubahan yang dilaksanakan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan perkembangan pendidikan antarabangsa. Selain itu, mereka haruslah memainkan peranan secara aktif bagi merealisasikan FPK supaya keberkesanannya dapat dinikmati dan memperkembangkan sistem pendidikan di Malaysia.

Perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran adalah tidak dapat dielakkan dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang seimbang dan berdaya saing bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. FPK adalah merupakan pemacu kepada usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kemajuan, kemakmuran dan keharmonian kepada negara.

Tugas dan tanggungjawab pendidik bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Mereka harus menyedari tugas mereka juga adalah untuk membentuk modal insan yang mempunyai nilai-nilai positif, bukan sekadar mempunyai intelek yang tinggi dan jasmani yang sihat. Oleh itu, jelaslah bahawa berperanan besar dalam merealisasikan FPK dengan menterjemahkannya ke arah memajukan pendidikan di

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan pada hari ketiga, campuran kompos, sampah sayur, dan EM4 memiliki pH sebesar 6,8, suhu 35,35 0 C, kelembaban 4 dan teksturnya masih sama.. dengan hari kedua yaitu

Dalam form Jadwal ada empat TextBox yang digunakan untuk mengisi setiap paramater yang nantinya akan digunakan untuk membuat populasi pada

Pengaruh positif dari variabel belief control system terhadap kepuasan karyawan perusahaan merupakan bukti bahwa kemampuan perusahaan dalam meyakinkan konsumen dan

Untuk kolom yang besarnya 1 m atau lebih, angka peclet diperkirakan akan lebih dari 20 dan efisiensi nya akan sama dengan efisiensi bila tidak terdapat pencampuran pada arah

Revolusi mental, dapat menghasil- kan ketahanan pendidikan, Indonesia yang berdaulat dalam bidang pendidikan, Indonesia yang berkepribadian secara sosial budaya,

Beberapa kebija- kan strategis yang dapat dilakukan adalah: (a) meningkatkan peran dan fungsi RPH di daerah sentra produksi sebagai unit pengolah daging sapi dan ikutannya

Manusia tidak dapat terlepas dari lingkaran sistem, sistem apapun dalam dirinya, termasuk diantaranya adalah sistem hukum dan sistem peradilan pidana (Lihat J.W... Pendekatan

Simulasi sistem dinamik untuk strategi penetrasi pasar memprediksi untuk 48 periode ke depan, bahwa skenario melaksanakan kegiatan praktikum untuk mahasiswa