• Tidak ada hasil yang ditemukan

KIMIA TINGKATAN 4 BAB 6 ELEKTROKIMIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KIMIA TINGKATAN 4 BAB 6 ELEKTROKIMIA"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Kegunaan Elektrolisis Dalam Industri

i. Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir

melaluinya.Arus elektrik boleh dialirkan melalui elektrolit dengan menggunakan dua elektrod.

ii. Elektrod yang disambungakan kepada terminal positif yang dinamakan anod, manakala elektrod yang

disambungkan kepada terminal negatif dinamakan katod.

iii. Semasa elektrolisis berlaku, ion negatif akan bergerak ke anod.Oleh itu ion ini dikenali sebagai kation. Ion positif pula akan bergerak ke katod yang mana ion ini dikenali sebagai kation.

Sebagai contoh proses:

(a) Mengekstakkan Logam (b) Penulenan Logam

(2)

Kegunaan Elektrolisis Dalam Industri

Proses elektrolisis digunakan secara meluas dalam industri untuk

(a)Mengekstakkan Logam

(3)

 Dalam proses ini, leburan bijih dijadikan elektroit dan elektrod-elektrod yang lengai seperti karbon digunakan sebagai elektrod positif dan elektrod negatif.

(b) Penulenan Logam

 Logam-logam telah diekstrak daripada bijihnya biasanya tidak tulen dan mengandungi bendasing yang perlu

disingkirkan.

 Logam-logam ini boleh ditulenkan secara elektrolisis.

 Dalam proses penulenan, logam tidak tulen dijadikan anod manakala kepingan logam tulen dijadikan katod.

 Elektrolitnya adalah suatu larutan yang mengandungi ion-ion logam itu.

 Dalam proses penulenan, warna elektrolit kekal tidak berubah. Ini kerana kepekatan ion logam dalam larutan kekal tidak berubah.

(4)

 Semasa elektrolisis, logam-logam tidak tulen di anod membebaskan elektron dan terlarut ke dalam elektrolit sebagai ion-ion logam.

Ion-ion logam itu akan menerima elektron dan terenap sebagai logam tulen di katod.

Saiz logam tak tulen (anod) menjadi semakin kecil dan bendasing akan terkumpul di dasar bekas. Jisim kepingan logam tidak tulen berkurang.

Saiz logam tulen (katod) menjadi semakin besar disebabkan oleh enapan logam yang tulen. Jisim kepingan logam tulen bertambah.

(5)

(c) Penyaduran Logam

 Banyak logam boleh disadurkan dengan logam lain melalui elektrolisis. Proses ini dinamakan penyaduran elektrik.

 Tujuan penyaduran logam secara elektrolisis termasuk o menjadikan logam lebih tahan kakisan

o menjadikan logam kelihatan lebih menarik.

 Biasanya, logam-logam seperti argentum, aurum, nikel, kuprum, kromium, kadmium, zink atau stanum

(6)

 Dalam proses penyaduran, logam penyadur dijadikan anod manakala logam yang hendak disadur dijadikan katod.

 Elektrolit yang digunakan ialah larutan akueus yang mengandungi ion logam penyadur.

 Semasa elektrolisis, logam penyadur atau anod

membebaskan elektron dan terlarut untuk membentuk ion logam.

 Ion logam penyadur kemudian bergerak ke katod, menerima elektron dan terenap sebagai satu lapisan nipis logam.

 Untuk memperoleh hasil penyaduran logam yang kekal, sekata, dan cantik, keadaan-keadaan yang berikut perlu dipatuhi:

o Logam yang hendak disadur perlu dibersihkan (misalnya dengan kertas pasir) terlebih dahulu.

o Arus elektrik yang kecil dialirkan.

o Larutan elektrolit yang cair digunakan. o Tempoh masa penyaduran adalah lama

o Logam yang disadur itu perlu dipusing perlahan-lahan semasa elektrolisis.

(7)

Faedah dan kesan buruk elektrolisis dalam industri.

1. Elektrolisis banyak diaplikasikan dalam bidang-bidang seperti pengekstrakan logam, penulenan logam, dan penyaduran logam.

Proses Faedah

Pengekstrakan logam Membolehkan logam-logam yang lebih

reaktif daripada karbon diekstrak daripada

bijihnya.

Penulenan logam Meningjatkan kebolehan logam mengkonduksikan elektrik.

Penyaduran logam Meningkatkan

ketahanan logam yang disadurkan terhadap kakisan

(8)

2. Akan tetapi, industri elektrokimia telah menimbulkan kepada alam sekitar seperti yang berikut:

(a) Elektrolit seperti larutan natrium hidroksida, NaOH, menyebabkan pencemaran air di sungai dan laut yang memudaratkan hidupan air.

(b) Gas beracun seperti gas klorin, Cl2, menyebabkan

pencemaran udara.

(c) Garam nikel dan garam kromium yang digunakan sebagai elektrolit dalam industri penulenan dan

penyaduran adalah beracun kepada manusia.

(d) Logam-logam berat seperti merkuri yang digunakan sebagai elektrod dalam elektrolisis larutan natrium klorida, NaCl, adalah sangat beracun dan akan mencemari alam sekitar jika dibuang secaratidak terkawal.

(9)

Sel Voltan

Sel voltan ialah jenis sel yang menghasilakn tenaga elektrik daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya.

 Dalam sel kimia, tenaga kimia berubah kepada tenaga elektrik.

 Contoh-contoh sel kimia termasuk sel ringkas, sel Daniell, sel kering, sel alkali, dan akumulator asid-plumbum.

(10)

Sel Voltan Ringkas

Sel voltan ringkas mempunyai dua konduktor

berlainan (logam atau karbon) yang dicelup ke dalam larutan elektrolit dan disambungkan dengan wayar

(11)

dalam siri elektrokimia (logam yang kurang

elektropositif) akan bertindak sebagai terminal positif.

Di terminal negatif, elektrod logam akan melepaskan elektron dan terlarut untuk membentuk ion logam.

Di terminal positif, kation sesuatu logam yang lebih rendah kedudukannya dalam siri elektrokimia, akan menerima elektron yang dinyahcaskan untuk

membentuk atom neutral.

 Sebagai contoh, jika kepingan zink dan kepingan kuprum dicelup ke dalam larutan natrium sulfat, Na2 SO4,

kepingan zink akan terlarut membentuk ion-ion zink kerana zink adalah lebih elektropositif daripada kuprum.

 Elektron-elektron yang terhasil terkumpul pada kepingan zink dan menjadikannya bercas negatif. Oleh itu,

kepingan zink bertindak sebagai terminal negatif bagi sel ringkas itu.

 Elektron-elektron kemudian akan mengalir melalui litar luar dari kepingan zink kepada kuprum. Arus elektrik yang terhasil dapat dikesan oleh mentol, ammeter, voltmeter atau galvanometer.

 Di kepingan kuprum, ion hidrogen, H+ (lebih rendah

kedudukannya daripada ion natrium, Na+, dalam siri

elektrokimia) akan menerima elektron untuk

dinyahcaskan. Gas hidrogen yang tidak berwarna terhasil.

Persamaan ion keseluruhan bagi tindak balas yang berlaku boleh ditulis seperti yang berikut:

Zn(p) Zn2+(ak) + 2e- ………. (1)

2H+(ak) + 2e- H

2(g) ………. (2)

(12)

Zn(p) + 2H+(ak) Zn2+(ak) + H 2(g)

Sel Daniell

Larutan kalium klorida (titian Larutan kuprum (II) sulfat Larutan zink sulfat kupru m zink Laruta n kupru m (II) Pasu berlian Laruta n zink sulfat Kepinga n kuprum Kepinga n zink

(13)

Sel Daniell terdiri daripada dua elektrod logam berlainan yang dicelup ke dalam dua larutan elektrolit yang

berasingan.

 Larutan-larutan elektrolit dalam sel Daniell boleh dipisahkan sama ada oleh pasu berliang atau titian garam.

 Pasu berliang atau titian garam berfungsi untuk

memisahkan dua larutan elektrolit tetapi membenarkan ion-ion melaluinya untuk melengkapkan litar.

Titian garam boleh terdiri daripada sebarang elektrolit dengan syarat ia tidak bertindak balas dengan elektrod-elektrod dalam sel Daniell. Contoh-contoh elektrolit yang boleh digunakan sebagai titian garam termasuk asid sulfuric cair, H2SO4, larutan natrium nitrat, NaNO3, dan

larutan kalium klorida, KCl.

 Tindak balas kimia yang berlaku pada sel Daniell pada asasnya sama dengan sel ringkas. Tindak balas kimia yang berlaku dalam sel Daniell juga menghasilkan tenaga elektrik.

(14)

Logam yang terletak pada kedudukan lebih tinggi

dalam siri elektrokimia akan bertindak sebagai terminal positif.

 Sebagai contoh, pada halaman 12, kepingan zink bertindak sebagai terminal negatif kerana kedudukan zink lebih tinggi daripada kuprum dalam siri

elektrokimia.

 Di terminal negatif, atom zink, Zn kehilangan dua

elektron untuk membentuk ion zink, Zn2+. Kepingan zink

terlarut ke dalam larutan.

 Elektron-elektron kemudian mengalir melalui litar luar ke kepingan kuprum yang bertindak sebagai terminal positif. Arus elektrik terhasil.

 Di terminal positif, ion-ion kuprum (II), Cu2+, daripada

larutan akan menerima elektron-elektron daripada kepingan kuprum. Pepejal perang kuprum terenap.

 Persamaan ion keseluruhan bagi tindak balas yang berlaku:

Zn(p) Zn2+(ak) + 2e- ………. (1)

Cu2+(ak) + 2e- Cu(g) ………. (2)

(15)

Sel Kimia Lain

 Pengetahuan tentang prinsip penghasilan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia telah diaplikasikan untuk menghasilkan pelbagai jenis sel kimia.

 Sel kimia membolehkan kita melakukan banyak aktiviti kehidupan harian yang memerlukan tenaga elektrik.

 Antara sel kimia yang sering digunakan ialah sel kering, akumulator asid-plumbum, sel merkuri, sel alkali, dan sel nikel-kadmium.

(16)

Tindak balas yang berlaku dalam Sel-sel Kimia

Sel kimia Tindak balas kimia

Terminal negatif Terminal positif Sel Kering Zn Zn2++ 2e -2MnO2 + 2NH4+ + 2e -Mn2O3 + 2NH3 + H2O Akumulator asid-plumbum Pb Pb2+ + 2e -PbO2 + 4H+ + 2e -Pb2+ + 2H 2O HgO + H2O + 2e

(17)

-Sel nikel-kadmium

Cd + 2OH- Cd(OH)

2 + 2e

-Ni(OH)2 + 2OH

-Kelebihan dan Kelemahan Pelbagai Sel Kimia

Sel kimia

Kelebihan

Kelemahan

Sel kering

Mudah dibawa

kerana ringan

Membekalkan arus

tetap

Elektrolit tidak

mudah tertumpah

kerana tidak

mengandungi

elektrolit cecair

Tidak tahan lama

Tidak dapat dicas

semula

Akumulator

asid-plumbum

Dapat dicas semula

Membekalkan arus

besar dan tetap

bagi tempoh masa

yang lama

Berat dan mahal

Asidnya mudah

tertumpah

Mudah rosak jika

tidak dijaga dengan

baik

(18)

Membekalkan arus

yang lebih besar

dan voltan tetap

semula

Sel alkali

Tahan lama

Membekalakan

arus yang lebih

besar dan tetap

daripada sel kering

Tidak dapat dicas

semula

Lebih mahal

daripada sel kering

biasa

Sel nikel-kadmium

Tahan lama

Boleh dicas

semula

Bahan kimia tidak

tertumpah

Casnya tidak

hilang walaupun

tidak digunakan

untuk tempoh

masa yang panjang

Referensi

Dokumen terkait

Bersama ini, kami ingin mengundang Bapak/ Ibu/ Saudara-Saudari dan juga para Sabumnim/ Sabum pecinta taekwondo di seluruh Indonesia untuk turut berpartisipasi dalam Kejuaraan Terbuka

10 MITI Mitra Investindo Tbk Tanubrata Susanto Fahmi & Rekan (PKF) 0 11 PKPK Perdana Karya Perkasa Tbk Junaedi, Chairul dan Subyakto 0 12 RUIS Radiant Utama Interisco Tbk

Tidak terdapat perbedaan persepsi antara mahasiswa program studi S1 akuntansi dan alumni program studi S1 akuntansi STIE Perbanas Surabaya kemungkinan terjadi

Jurnal Ilmu Kedokteran dan Kesehatan Volume 1 Nomor 1, Januari 2014 penurunan kadar kolesterol selama 2 minggu walaupun tidak diberikan infusa

Adapun faktor eksternalnya adalah faktor po litis, yaitu masih dirasakan adanya hambatan dari se golongan masyarakat yang berpikiran sekuler atau pe nganut agama lain,

Oppilaiden mukaan oikeu- denmukaisen opettajan tulee toimia kaikkia oppilaita kohtaan tasa-arvoisesti, mutta kuitenkin niin, että jokaisen oppimisedellytykset otetaan

Tujuan penelitian ini adalah untuk meningkatkan (1) motivasi belajar kelarutan dan hasil kali kelarutan dan (2) hasil belajar kelarutan dan hasil kali kelarutan melalui

Diagram alir produksi dijelaskan pada gambar. Pada menu produksi berisi informasi hasil tangkapan. Produksi Usaha Perikanan start stop login Username dan password benar Kapal