• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Pengajian Perniagaan Penggal 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Pengajian Perniagaan Penggal 3"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

Mentakrifkan Usahawan Dan Keusahawanan

Istilah Huraian

Keusahawanan Ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang usahawan dalam menjana idea-idea baharu untuk perniagaan. Usahawan Seseorang yang memulakan sesuatu usaha teroka atau sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang

baharu.

Peniaga Seseorang yang menceburi perniagaan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi tidak menunjukkan keinginan yang tinggi untuk mengembangkan perniagaan yang sedang diusahakannya.

Pengurus Seseorang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan sesebuah perniagaan bagi mendapatkan imbuhan dalam bentuk gaji sebagai pulangan terhadap fungsi pengurusan yang telah dijalankan dalam perniagaan.

Membezakan Antara Usahawan, Peniaga, Dan Pengurus

Usahawan Peniaga Pengurus

Definisi Usahawan menjalankan perniagaan yang mementingkan keuntungan di samping sumbangan, jasa dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara. Keluaran yang dihasilkan oleh usahawan adalah berdasarkan inovasi yang dilakukan oleh usahawan tersebut.

Peniaga merupakan pihak yang menjalankan aktiviti jual beli

barangan dengan

mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Individu yang dilantik oleh syarikat untuk menjalankan fungsi pengurusan dalam syarikat tersebut.

Peranan Terlibat dalam aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan di samping sentiasa berusaha mengenal pasti peluang perniagaan dan melakukan inovasi.

Terlibat dalam aktiviti jual beli barangan dan perkhidmatan.

Bertanggungjawab untuk menjalankan kerja pengurusan, penyeliaan dan pengagihan tugas dalam organisasi.

Pengembangan perniagaan

Mempunyai kemahuan, semangat yang tinggi dan cita-cita yang tinggi untuk

mengembangkan dan

membesarkan perniagaan yang dijalankannya.

Berpuas hati dengan keadaan sedia ada dan tidak mempunyai

keinginan untuk

mengembangkan dan

membesarkan perniagaannya.

Tidak berhasrat untuk mengembangkan perniagaan, hanya menjalankan tugas mengikut skop jawatan dan huraian kerja sahaja.

Sumbangan Menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Tanggungjawab sosial bukan orientasi utama perniagaan.

Tidak menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara.

Sebaliknya hanya

bertanggungjawab untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak organisasi sahaja.

Menjelaskan Peranan Usahawan Dalam Masyarakat Usahawan Secara Mikro Dan Makro

Aspek Huraian

Peranan usahawan dalam organisasi  Menyumbangkan idea dan melakukan pembaharuan  Merancang idea dan peluang perniagaan

 Menggembleng faktor-faktor pengeluaran  Mengurus, mengeluar dan mengedar keluaran  Menangani ketidakpastian

Peranan usahawan kepada masyarakat  Menawarkan peluang pekerjaan  Meningkatkan taraf hidup masyarakat

(2)

 Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat  Mempelbagaikan barang dan perkhidmatan dalam pasaran Peranan usahawan dalam

membangunkan ekonomi negara

 Meningkatkan pendapatan negara  Menggunakan sumber-sumber tempatan  Mewujudkan peluang pekerjaan  Membangunkan industry sokongan  Mempelbagaikan ekonomi negara  Pemindahan teknologi moden

Menerangkan Teori-Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Ekonomi, Pendekatan Psikologi, Dan Pendekatan Sosiologi Serta Mengaitkan Teori Tersebut Dengan Pelopornya

Pedekatan Faktor pendorong Tokoh

Ekonomi Keuntungan dan kekayaan  Joseph Schumpeter  Alfred Marshall  Israel Kirzner  Say

 Burton Psikologi Ciri-ciri personality seseorang  McClelland

 De Vries Sosiologi Keadaan persekitaran dan situasi sosial  Max Weber

 Everett Hagen  Thomas Cochrau

Menerangkan Sifat-Sifat Peribadi Usahawan Berjaya Antaranya Mempunyai Inisiatif Yang Tinggi, Berani Mengambil Risiko, Kreatif, Inovatif, Dan Lain-Lain Serta Mengaitkan Sifat-Sifat Usahawan Dengan Tokoh-Tokoh Usahawan Semasa

Sifat Peribadi Usahawan Berjaya Tokoh-Tokoh Usahawan Semasa  Mempunyai inisiatif yang tinggi

 Berani mengambil risiko  Kreatif

 Inovatif

 Sanggup berkorban

 Sentiasa mencari dan merebut peluang perniagaan  Mempunyai keyakinan diri

 Berorientasikan masa hadapan  Sanggup bekerja kuat  Bertanggungjawab  Kepimpinan

 Mempunyai wawasan

 Berkeinginan untuk pencapaian

 Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary

 Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

 Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan  Tan Sri Dato Sri Dr. Anthony Francis Fernandes  Tan Sri Azman Hashim

 Tan Sri The Hong Piow

Menjelaskan Ciri-Ciri Orang Yang Efektif Berdasarkan Stephen Covey (Tujuh Tabii Orang Berjaya)

Ciri-ciri Huraian

Proaktif  Berpandangan jauh  Berinisiatif

 Bermotivasi untuk bekerja

 Bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan  Bijak mengawal persekitaran

Mula sesuatu dengan mengingati matlamat

 Boleh membentuk matlamat

 Menyusun matlamat mengikut keutamaan

 Mempunyai metlamay kerja mengikut hari, minggu, bulan dan tahun  Sentiasa mengingati matlamay yang hendak dicapai

Utamakan perkara yang utama

 Mempunyai banyak tugas

 Banyak sumber yang meliputi manusia, wang, bahan mentah dan mesin  Menyusun keutamaan tugas

(3)

 Menyiapkan tugas mengikut masa  Menyemak tugas

 Memantau tugas Berfikiran

menang-menang

 Membawa faedah bersama  Memahami bekerja berkumpulan  Bekerja sama-sama

 Bukan bersifat pertandingan

 Komitmen ahli member kepuasan semua pihak Cuba memahami

sebelum cuba difahami

 Berkaitan dengan komunikasi interpersonal  Melihat sudut pandangan orang lain  Mempunyai nilai empati

 Mampu mendengar dengan efektif

 Mempunyai persepsi baik kepada orang lain  Pengurus mudah member arahan

Bersinergi  Mencapai hasil yang banyak apabila individu dan jabatan mengkoordinasi tindakan mereka

 Memerlukan kerjasama yang erat  Memahami pekerja

 Menyusun kerja dalam menyelaraskan aktiviti kerja  Menghargai kelainan setiap individu

 Perbezaan pendapat membentuk alternatif dan pelung Tajamkan gergaji  Menekankan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

 Meningkatkan keupayaan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

 Menjalani kursus, ceramah, melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan keupayaan intelek Menerangkan Faktor Kejayaan Seimbang

Faktor Maksud Kaedah Kesan

Jasmani Kesihatan tubuh badan  Melakukan senaman  Makanan seimbang

 Menjalani pemeriksaan kesihatan  Menjauhi tabiat merokok dan

minum minuman keras

 Tubuh badan yang sihat  Mengelakkan daripada cuti saki  Meningkatkan produktiviti

 Mengurangkan kemalangan di tempat kerja

Emosi Perasaan individu  Menyelesaikan sesuatu masalah dengan kadar segera

 Menyelesaikan masalah dengan cara yang betul

 Sentiasa berfikiran positif

 Emosi yang stabil

 Mengurangkan pergaduhan  Mengurangkan ketegangan  Meningkatkan prestasi kerja  Meningkatkan persefahaman dalam

kalangan pekerja Rohani Melibatkan jiwa

seseorang

 Melakukan ibadah

 Mendengar ceramah dan motivasi  Mengelakkan perkara yang

dilarang oleh agama

 Dapat menghindari amalan rasuah  Meningkatkan imej organisasi  Mengelakkan ketegangan

 Meningkatkan produktiviti kerana menganggap kerja adalah amanah dan tanggungjawab

Intelek Melibatkan kemahiran dan pengetahuan seseorang

 Menghadiri kursus  Melakukan pembacaan  Menyambung pelajaran

 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja

 Meningkatkan produktiviti organisasi  Menghasilkan idea baharu dalam

perniagaan

Menjelaskan Sumber Yang Boleh Memberi Idea Baru Umpamanya Pelanggan, Produk Sedia Ada, Syarikat Sedia Ada, Saluran Pengedaran, Paten, Penyelidikan Dan Pembangunan, Profesional/Jururunding, Dasar Kerajaan

Sumber idea Huraian

Pelanggan  Cita rasa pelanggan

(4)

 Maklum balas daripada pelanggan

 Membuat penyelidikan seperti soal selidik atau tinjauan terhadap pelanggan Produk sedia ada  Mengubah suai produk sedia ada

 Mengkaji kelebihan dan kekurangan yang wujud pada produk sedia ada Syarikat sedia ada  Mengkaji kelebihan dan kekurangan syarikat sedia ada

 Melengkapkan produk yang dihasilkan oleh syarikat sedia ada  Mengubah suai keluaran syarikat sedia ada

 Mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pekerja dalam syarikat Saluran pengedaran  Menjadi saluran pengedaran

 Mendapatkan maklumat berkaitan cita rasa,kehendak dan keperluan,dan maklum balas pelanggan daripada saluran pengedaran

Paten  Membeli paten daripada pihak yang tertentu

 Menghasilkan keluaran dan memohon kelulusan paten daripada pihak berkuasa Penyelidikan dan

pembangunan

 Melakukan penyelidikan dan pembangunan secara tidak formal  Penyelidikan dan pembangunan dilakukan oleh tenaga pakar

 Membeli hasil penyelidikan dan pembangunan daripada pihak tertentu Profesional dan

jururunding

 Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada professional dan jururunding  Mencadangkan cara menyelesaikan masalah yang tertentu

Dasar kerajaan  Penguatkuasaan undang2 dan peraturan oleh kerajaan  Kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan

 Memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh dasar kerajaan Pesaing  Menilai kelebihan dan kekurangan pesaing

 Meniru dan mengubah suai produk pesaing  Menjadi rakan kongsi pesaing

 Memerhatikan dan membuat penyelidikan produk pesaing Media massa dan

bahan cetak

 Membuat penelitian terhadap isi kandungan dalam media massa

 Mengkaji maklumat yang berkaitan dengan perubahan persekitaran yang terdapat dalam media massa seperti perubahan cita rasa

Pengalaman dan kemahiran

 Pengalaman bekerja masa lalu

 Pengalaman yang diperoleh daripada ibu bapa atau keluarga  Kemahiran semula jadi yang dimiliki oleh individu

 Kemahiran yang diperoleh secara formal seperti manjalani kursus di GIATMARA Menjelaskan Kaedah Menjana Dan Mengembangkan Idea Melalui Soal Selidik, Sumbang Saran, Pemerhatian, Kumpulan Fokus

Kaedah Huraian

Soal selidik Memberikan set soal selidik kepada pelanggan atau melakukan temu bual kepada pelanggan

Sumbang saran Satu kaedah berkumpulan bagi mengenal pasti pelbagai idea dan jalan penyelesaian baharu

Pemerhatian Memantau dan memerhatikan persekitaran umum untuk menghasilkan idea-idea baharu bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang wujud disebabkan oleh perubahan persekitaran

Kumpulan fokus Sekumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur

Aspek Kaedah sumbang saran Kumpulan fokus

Kumpulan Ahli terdiri daripada dalam organisasi perniagaan tersebut

Ahli terdiri daripada ahli yang berbeza latar belakang sosioekonomi

Idea  Tahap idea asas untuk dibangunkan tetapi boleh hasilkan idea kreatif

 Kritikan tidak boleh dilakukan kerana bilangan atau jumlah idea yang banyak diperlukan

Idea adalah terarah dan tidak terarah tetapi dalam bentuk berformat

(5)

Fasilitator Fasilitator tidak mendominasi ahli dalam kumpulan

Fasilitator yang bertindak sebagai pemandu arah supaya perbincangan secara terarah

Membincangkan Proses Merealisasikan Idea Iaitu Idea, Menapis Idea, Membina Konsep, Menguji Konsep, Membuat Rancangan Perniagaan, Membina Fizikal (Prototaip), Dan Mengkomersialkan.

Proses merealisasikan idea Huraian

1. Tahap idea Mengumpul dan mengenal pasti idea-idea yang berpotensi tinggi untuk menjanjikan kejayaan

2. Tahap menapis idea Menapis dan memilih idea-idea pernigaan yang diperoleh untuk mendapatkan idea yang terbaik dan membantu mengurangkan pembaziran sumber

3. Tahap membina konsep Idea yang menjanjikan kejayaan akan disaring dan dibangunkan. Idea yang telah dipilih oleh usahawan akan diterjemahkan melalui pembinaan konsep

4. Tahap menguji konsep Interaksi dengan bakal pengguna dan saluran pengedaran tanpa mengeluarkan produk sebenar untuk mengetahui dan memperbaiki kelemahan yang wujud pada produk yang akan dihasilkan

5. Tahap membuat rancangan perniagaan

Menyediakan rancangan perniagaan secara terperinci yang menggariskan perkara-perkara berkaitan perancangan kewangan, pemasaran, sumber manusia dan pengeluaran.

6. Tahap membina fizikal (Prototaip)

Prototaip adalah sebarang bentuk atau versi suatu sistem yang boleh

memberikan gambaran terhadap perlakuan dan cirri-ciri sebenar produk yang hendak dihasilkan

7. Tahap mengkomersialkan Produk yang telah dihasilkan akan dipasarkan di peringkat domestik dan antarabangsa mengikut tahap kemampuan perniagaan

Membincangkan Kaedah Memulakan Sesebuah Perniagaan, Iaitu Memulakan Sendiri, Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada, Francais, Dan Pakatan Strategik (Pelesenan, Kontrak Pengeluaran, Dan Usaha Sama)

Kaedah memulakan perniagaan

Huraian Memulakan perniagaan

sendiri

1. Alasan usahawan memulakan perniagaan sendiri  Kebebasan membuat keputusan

 Memilih kemudahan fizikal  Membina imej perniagaan  Memilih lokasi perniagaan  Galakan kerajaan

 Membina cara atau kaedah pengurusan sendiri 2. Kebaikan

 Bebas untuk membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar  Berpeluang untuk membangunkan imej perniagaan

 Bebas memilih lokasi yang diingini

 Bebas memilih kemudahan fizikal yang diperlukan 3. Kelemahan

 Tiada rekod perniagaan terdahulu yang dapat dijadikan panduan  Perlu mencari pelanggan baharu

 Usaha memakan masa yang panjang

 Menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman atau kemudahan pembiayaan Mengambil alih

perniagaan sedia ada

1. Faktor diambil kira sebelum mengambil alih perniagaan  Persaingan

 Keadaan pasaran

 Pembangunan masyarakat masa hadapan  Komitmen undang-undang

 Bangunan dan kemudahan fizikal  Harga keluaran

2. Kebaikan

 Rekod perniagaan sudah terbukti  Mempunyai pelanggan sedia ada  Lokasi perniagaan yang strategic

(6)

 Mempunyai pekerja terlatih sedia ada  Harga pembelian yang berpatutan  Pembekal sedia ada

3. Kelemahan

 Rekod perniagaan yang kurang baik  Nama buruk perniagaan

 Lokasi perniagaan yang tidak strategic  Kemudahan fizikal yang using  Kos pengambilalihan yang tinggi  Pekerja sedia ada yang kurang sesuai  Gaya pengurusan yang berbeza Kaedah francais 1. Konsep

 Kaedah pemasaran barang atau perkhidmatan yang mana sebuah syarikat induk (francaisor) member hak kepada syarikat lain (francaisi) untuk memasarkan keluaran francaisor

2. Jenis francais

 Pemegang francais berformat  Francais wakil pengedar  Francais pengilang produk  Francais penganjur

 Francais lessen bertanda dagang atau jenama 3. Kebaikan kepada francaisi

 Latihan pengurusan disediakan oleh francaisor  Bantuan kewangan disediakan oleh francaisor

 Jenama keluaran atau imej perniagaan sudah mantapkaedah menjalankan urus niaga terbukti

 Boleh menerima bantuan berterusan  Lokasi perniagaan yang strategic  Program promosi nasional  Ekonomi bidangan  Berisiko rendah

4. Kebaikan kepada francaisor

 Dapat menikmati faedah ekonomi bidangan  Meluaskan pasaran

 Jaminan kualiti

 Pendapatan yang lebih tinggi  Tidak perlu mengeluarkan modal  Kod diagihkan

5. Kelemahan

 Kuasa kawalan terhad  Yuran yang tinggi

 Imej cawangan lain terjejas  Produk yang terhad Pakatan strategik 1. Konsep

 Satu kerjasama atau penggabungan antara dua atau lebih firma dalam pasaran untuk mempelajari teknologi, kemahiran dan pengetahuan antara satu sama lain dengan tujuan mendapat keuntungan

2. Kebaikan

 Peluang kejayaan yang lebih tinggi  Risiko kerugian yang rendah  Modal pelabuarn yang besar  Kepakaran yang tinggi  Mengurangkan persaingan 3. Kelemahan

 Perbalahan dalam kalangan ahli  Rahsia perniagaan terbongkar  Kesukaran mencapai kesepakatan  Jangka hayat yang tidak kekal  Ketidakselarasan pengurusan

(7)

4. Pelesenan

 Pembentukan perjanjian antara pemegang lessen dengan penerima lessen bagi membolehkan penerima lessen memasuki suatu pasaran asing melalui tanggungan risiko yang minimum

5. Kontrak pengeluaran

 Sebuah syarikat tempatan mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat asing untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan di loji pengeluaran di negara asing 6. Usaha sama

 Dibentuk oleh firma-firma yang ingin memasarkan barang atau perkhidmatan mereka dalam pasaran domestik dan antarabangsa

Menjelaskan Bentuk Modal

(I) Kewangan Seperti Modal Teroka, Ekuiti, Dan Hutang (II) Bukan Kewangan Seperti Aset-Aset Tetap

Bentuk modal Huraian

Modal kewangan 1. Konsep

 Modal pelaburan berisiko yang digunakan untuk memulakan sesebuah perniagaan baharu

2. Modal teroka

 Modal yang sanggup dilaburkan oleh pemiliknya di dalam perniagaan baharu atau perniagaan kecil yang mempunyai risiko kerugian yang tinggi

3. Modal ekuiti

 Sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam perniagaan 4. Modal hutang

 Modal kewangan yang diperoleh melalui hutang atau pinjaman daripada pihak luar organisasi

Modal bukan

kewangan

1. Konsep

 Modal selain daripada modal kewangan yang digunakan untuk membiayai operasi perniagaan

2. Aset  Bangunan  Kenderaan  Mesin

 Inventori atau bahan mentah 3. Modal insan

 Latihan  Pendidikan  Pengalaman  Pengetahuan

Menjelaskan Sumber Modal Formal (Contoh: Pinjaman Bank, Bantuan Kerajaan, Pelabur) Dan Sumber Modal Tidak Formal (Contoh: Simpanan Sendiri, Pinjaman Daripada Saudara Mara/Rakan)

Sumber modal Huraian

Sumber modal formal 1. Bank  Pinjaman  Overdraf

2. Bantuan kerajaan daripada

 Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional)

 Institut Pembangunan Dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)  Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD)  Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) 3. Pelabur

(8)

Sumber modal tidak formal

 Simpanan sendiri

 Pinjaman daripada rakan-rakan dan saudara-mara

 Kredit dagangan daripada pembekal (pembayaran tertangguh atas belian yang diberikan oleh pembekal kepada usahawan)

Menerangkan Jenis Kemudahan dan Bantuan Yang Diberikan Oleh Agensi Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Dan Pihak Swasta Seperti Bantuan Kewangan, Tapak Kilang, Khidmat Nasihat Dan Perundingan, Dan Pembangunan Usahawan

Jenis kemudahan dan bantuan

Agensi terlibat Bantuan kewangan 1. Agensi kerajaan

 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 2. Badan berkanun

 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)  Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)  SME Corporation Malaysia (SME Corp.)

 Bank Simpanan Nasional (BSN)

 Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)  Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)  Agrobank

3. Pihak swasta  Bank perdagangan  Syarikat kredit Tapak kilang 1. Agensi kerajaan

 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) 2. Badan berkanun

 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 3. Pihak swasta

 Malaysian Industrial Estates Berhad (MIEL)  Zon Perdagangan Bebas (FITZs)

 Kawasan Keutamaan Kastam (PCAs)  Licenced Manufacturing Warehouse (LMWs) Khidmat nasihat dan rundingan  Kementerian Pembangunan Usahawan

 Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

 Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

 Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) Di University Utara Malaysia (UUM)

 Institut Pembangunan Dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)  Institut Piawaian Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Pembangunan usahawan 1. Bentuk program

 Program Pembangunan Vendor  Program Mentor-Mentee  Program Pembangunan Francais  Program Latihan Keusahawanan 2. Contoh

 Konsep Inkubator

 Majlis Amanah Rakyat (MARA)  Konsep Payung

 Subkontrak  Intrapreneur Mentakrifkan Rancangan Perniagaan Dan Kepentingannya

(9)

Konsep rancangan perniagaan

 Satu dokumen bertulis yang dirangka oleh usahawan untuk merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan pada masa akan datang

Kepentingan rancangan perniagaan Huraian

Menyediakan garis panduan dalam usaha memulakan perniagaan

 Menerangkan misi,matlamat dan objektif

 Memandu untuk mencapai hala tuju yang ditetapkan Mengurangkan kesilapan  Mengurangkan risiko kesilapan

 Mengurangkan risiko penyelewengan Memudahkan kawalan  Mengukur tahap pencapaian organisasi

 Mengenal pasti penyelewengan dan mengambil tindakan pembetulan Alat komunikasi  Meningkatkan keyakinan pelabur,pembiaya,dan pembekal

 Memberikan tanggapan terhadap usaha teroka Menggalakkan penggunaan sumber dengan

cekap

 Meminimumkan kos pengeluaran  Memaksimumkan keuntungan  Mengelakkan pembaziran sumber  Menerangkan amaun dan jenis kos Menyediakan strategi perniagaan  Menganalisis setiap aktiviti organisasi

 Membantu menyediakan strategi pemasaran, pengeluaran, operasi, kewangan dan sumber manusia

Menilai prestasi organisasi  Menilai prestasi aktiviti semasa  Menilai prestasi selepas aktiviti

 Mengenal pasti matlamat tercapai atau sebaliknya Mengenal pasti risiko-risiko kritikal  Mengenal pasti risiko kritikal yang mungkin dihadapi

 Merancang untuk menghadapi risiko

Menjelaskan Kegunaan Rancangan Perniagaan Kepada Usahawan Dan Pihak Berkepentingan

Kegunaan rancangan perniagaan Huraian

Usahawan  Menjadi garis panduan untuk mencapai matlamat organisasi  Menerangkan langkah untuk merealisasikan idea perniagaan  Menerangkan proses pengeluaran produk

 Menghuraikan strategi pemasaran produk  Menerangkan perancangan kewangan

 Menghuraikan tentang modal insan dalam organisasi  Alat komunikasi

 Mengoptimumkan penggunaan sumber organisasi Pihak berkepentingan dalam

organisasi

1. Pihak pengurusan dan usahawan

 Sebagai garis panduan bagi menentukan hala tuju perniagaan  Membantu mencapai kejayaan dalam perniagaan

2. Kakitangan dan pekerja

 Melaksanakan strategi-strategi yang telah dirancang  Melihat prospek masa hadapan organisasi

 Memberikan motivasi kepada kakitangan Pihak berkepentingan luaran

organisasi

1. Bakal pelabur

 Menilai potensi masa hadapan perniagaan dan unjuran keuntungan 2. Pembekal

 Menawarkan syarat kredit atau kredit perdagangan

 Mengenal pasti jenis, kuantiti dan kualiti bahan mentah yang perlu dibekalkan

3. Pembiaya atau bank

 Melihat keupayaan perniagaan menghasilkan aliran tunai dan keupayaan membayar balik pinjaman

 Melihat jumlah modal yang diperlukan oleh usahawan dan penggunaan dana

(10)

4. Pelanggan

 Menerangkan tentang mutu dan kawalan kualiti produk yang akan dihasilkan

 Melihat keupayaan perniagaan menghasilkan volum keluaran 5. Bakal pekerja

 Memastikan potensi masa hadapan syarikat  Menarik minat bakal pekerja yang berkelayakan 6. Kerajaan

 Memberikan bantuan kepada usahawan yang terlibat

 Mengenal pasti secara lebih jelas dan terperinci tentang keperluan yang diperlukan oleh usahawan

Menyediakan Rancangan Perniagaan Berdasarkan Format Berikut: (I) Rumusan Eksekutif

(Ii) Pengenalan (Iii) Objektif

(Iv) Latar Belakang Syarikat

(V) Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi (Vi) Latar Belakang Projek

(Vii) Rancangan Organisasi (Viii) Rancangan Pemasaran

(Ix) Rancangan Pengeluaran/Operasi (X) Rancangan Kewangan

(Xi) Kesimpulan (Xii) Lampiran

Butiran Huraian

Halaman hadapan  Tajuk rancangan perniagaan  Nama penulis atau usahawan

 Nama, nombor telefon dan alamat syarikat  Tarikh rancangan perniagaan disediakan Rumusan eksekutif  Tujuan rancangan perniagaan

 Misi syarikat

 Perihalan tentang produk yang dihasilkan oleh perniagaan

 Kelebihan dan kelemahan barangan yang dihasilkan berbanding pesaing  Sasaran pelanggan yang akan menggunakan barangan yang dihasilkan  Jumlah dan bentuk pelaburan yang diperlukan

 Hasil yang dijangkakan akan diterima atas pelaburan  Prospek masa hadapan perniagaan, syarikat dan industri Senarai kandungan

Pengenalan  Apa (what)-menyatakan nama,jenis perniagaan,dan maklumat-maklumat penting perniagaan yang diceburi

 Di mana (where)-menyatakan lokasi atau tempat serta liputan perniagaan dijalankan  Bila (when)-tarikh atau masa perniagaan ini dimulakan jika perniagaan tersebut telah

beroperasi atau tarikh perniagaan hendak dimulakan bagi perniagaan baharu  Siapa (who)-individu atau pihak yang terlibat dalam perniagaan yang dijalankan  Mengapa (why)-menerangkan tujuan perniagaan dijalankan dan prospek masa hadapan

perniagaan

 Bagaimana (how)-menghuraikan bagaimana perniagaan tersebut beroperasi atau dijalankan Objektif  Menyatakan kegunaan dana kewangan yang ingin dipohon secara terperinci

 Menyatakan jumlah keseluruhan pembiayaan dan kegunaan dana

 Menerangkan berkaitan kos-kos operasi yang diperlukan bagi suatu jangka masa tertentu  Membuat anggaran pengiraan pembayaran pinjaman secara bulanan

Latar belakang syarikat  Nama syarikat  Alamat syarikat  Alamat surat-menyurat  Nombor telefon  Alamat e-mel  Alamat laman web  Bentuk perniagaan

(11)

 Bentuk pemilikan perniagaan  Kegiatan utama

 Tarikh pendaftaran

 Modal permulaan/sumber pembiayaan  Nama dan alamat pemegang saham  Nama bank

 Jenis akaun perniagaan Latar belakang pemilik /

ahli kongsi  Nama penuh  Nom.kad pengenalan  Tarikh lahir  Umur  Jantina  Status perkahwinan  Alamat tetap  Nom.telefon

 Latar belakang akademik  Kursus yang pernah diikuti  Pengalaman bekerja  Kemahiran

 Pekerjaan sekarang

Latar belakang projek  Jenis atau bidang perniagaan yang diceburi

 Sebab atau faktor pendorong kepada penubuhan projek tersebut

 Potensi masa hadapan projek yang diceburi dan kejayaan yang diharapkan

 Prinsip atau panduan yang perlu dipegang dan dipatuhi dalam mengusahakan projek tersebut

Rancangan organisasi  Matlamat dan strategi organisasi a) Matlamat perniagaan b) Objektif perniagaan c) Misi perniagaan d) Strategi perniagaan ~ Strategi korporat ~ Strategi perniagaan ~ Strategi fungsian

 Struktur organisasi (carta organisasi) a) Mengikut fungsian

b) Mengikut produk keluaran c) Mengikut geografi kawasan d) Mengikut matriks

e) Mengikut pelanggan pasaran  Kakitangan pengurusan

 Butiran jawatan  Imbuhan dan insentif  Susun atur pejabat

 Belanjawan kos pentadbiran Rancangan pemasaran  Pelanggan/pembeli keluaran

 Analisis pasaran

 Saluran agihan/saluran pengedaran  Rancangan bayaran jualan

 Strategi penetapan harga  Konsep promosi  Ramalan jualan  Persaingan

(12)

Rancangan

pengeluaran/operasi

 Produk yang dihasilkan oleh perniagaan  Proses pengeluaran

 Kapasiti mesin

 Rancangan volum pengeluaran  Mesin dan peralatan

 Prabot dan kelengkapan  Susun atur loji/mesin

 Bahan mentah yang diperlukan  Tenaga kerja bahagian pengeluaran  Kos teknikal pengeluaran

Rancangan kewangan  Kos projek

 Sumber pembiayaan  Pinjaman

 Sewa beli/sewa pajak  Jadual susut nilai asset tetap  Penyata kewangan proforma Kesimpulan

Lampiran  Surat penilaian dan geran tapak projek

 Sebut harga daripada pembekal yang membekalkan bahan mentah  Sebut harga asset tetap yang hendak dibeli

 Surat pengesahan daripada bakal pelanggan yang akan membeli produk yang dihasilkan  Surat perjanjian perkongsian sekiranya perniagaan jenis perkongsian

 Tata urus dan Tatacara Persatuan bagi perniagaan jenis syarikat

 Surat pengesahan pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Perniagaan

 Surat atau geran barang yang akan dijadikan cagaran  Maklumat atau data penyelidikan perniagaan

 Penyata kewangan yang telah diaudit- bagi perniagaan yang telah sedia ada atau perniagaan lama

(13)

Mentakrif Maksud Perniagaan Antarabangsa Dan Menjelaskan Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Dalam Ekonomi Merangkumi Tukaran Asing, Pasaran Luas, Guna Tenaga, Pemindahan Teknologi

Aspek Huraian

Konsep perniagaan antarabangsa

 Transaksi antara barang dan perkhidmatan dengan barang dan perkhidmatan yang lain atau antara barang dan perkhidmatan dengan wang yang berlaku merentasi sempadan politik dan ekonomi

Kepentingan perniagaan antarabangsa

 Memperoleh tukaran mata wang asing  Meluaskan pasaran

 Guna tenaga

 Pemindahan teknologi

Menjelaskan Tahap Perniagaan Antarabangsa Termasuk Domestik, Antarabangsa, Multinasional, Dan Global Tahap perniagaan

antarabangsa

Huraian

Domestik  Perniagaan yang menjalankan aktiviti pada peringkat tempatan

 Urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan dalam lingkungan sempadan sesebuah negara

Antarabangsa  Perniagaan yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara lain  Terlibat dalam kegiatan eksport atau pelaburan langsung di negara lain

Multinasional  Syarikat tempatan atau syarikat asing yang menjalankan operasi perniagaannya di lebih daripada sebuah negara asing

 Syarikat membuka cawangan-cawangan di beberapa buah negara luar yang dikawal oleh ibu pejabat

Global 1. Syarikat yang beroperasi di pelbagai tempat merentasi sempadan negara msing-masing

2. Tujuan

 Keperluan untuk mengimport keluaran pada harga yang lebih rendah  Keperluan untuk mengimport keluaran yang lebih berkualiti

 Keperluan untuk meningkatkan eksport sebagai salah satu cara untuk meluaskan pasaran

 Keperluan untuk meningkatkan eksport bagi memperbaiki kadar pertukaran asing dan mengurangkan defisit dagangan negara

Menjelaskan Strategi Memasuki Perniagaan Antarabangsa Termasuk Import, Eksport, Kontrak Pengeluaran, Pelesenan, Francais, Usaha Sama, Subsidiari, Dan Operasi Serah Kunci

Strategi Memasuki Perniagaan Antarabangsa

Huraian

Import  Pembelian barangan dari luar negara untuk dijual atau digunakan dalam negara  Syarikat-syarikat dalam sesebuah negara yang membeli keluaran dari luar negara untuk

digunakan dalam negara bagi memenuhi keperluan perniagaan dalam negara Eksport  Penjualan barangan yang dihasilkan dalam negara ke luar negara

 Syarikat-syarikat di Malaysia yang menjual barang buatan negara ke luar negara  Boleh berlaku sama ada eksport barang atau perkhidmatan

Kontrak pengeluaran  Pemberian kontrak kepada pekilang-pekilang luar negara untuk menghasilkan keluaran sesebuah syarikat

 Negara yang menerima kontrak akan menjual keluaran tersebut dalam pasaran negara berkenaan atau dalam pasaran negara lain

Pelesenan  Pembentukan perjanjian antara pemegang lessen dengan penerima lessen bagi membolehkan penerima lessen memasuki suatu pasaran asing melalui tanggungan risiko yang minimum

 Penerima lessen perlu membayar loyalty kepada pemegang lessen

Francais Satu kaedah pemasaran barang atau perkhidmatan yang mana sebuah syarikat induk (francaisor) member hak kepada syarikat lain (francaisi) untuk memasarkan keluaran francaisor

(14)

Usaha sama  Penggabungan dua atau lebih syarikat antarabangsa yang bertujuan menjalankan perniagaan dan mencapai matlamat yang ditetapkan

 Dibentuk oleh firma-firma yang ingin memasarkan barang atau perkhidmatan mereka dalam pasaran domestik dan antarabangsa

Subsidiari  Sesebuah syarikat yang dipunyai oleh syarikat lain melalui pemegangan sahamnya Operasi serah kunci  Aktiviti syarikat yang menjalankan perniagaan pada peringkat antarabangsa dengan

cara mereka bentuk, membina dan menyiapkan pembinaan kemudahan infrastruktur atau membina kilang dsn melatih pekerja tempatan negara berkenaan

 Menyerahkan kunci kepada syarikat atau kerajaan tempatan apabila projek telah siap  Sejumlah bayaran tertentu perlu dijelaskan kepada syarikat yang menjalankan tugas Mentakrifkan Konsep-Konsep Berikut:

(I) Dunia Tanpa Sempadan

(Ii) Pasaran Menimbul (Emerging Market) (Iii) Selatan-Selatan (Iv) Globalisasi (V) Lokalisasi (Vi) Nasionalisasi (Vii) Penswastaan Konsep Huraian

Dunia tanpa sempadan  Memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan Pasaran menimbul  Pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut

 Terdiri daripada Asia Timur (Jepun, China, Hong Kong, Asia Tenggara dan di sekeliling Asia Pasifik) merupakan pasaran menimbul yang mempunyai masa depan dalam bidang perniagaan yang amat cerah

Selatan-selatan Selatan-selatan terdiri daripada negara-negara yang dianggap masih belum membangun dari segi ekonomi, iaitu negara miskin dan negara sedang membangun

Globalisasi  Firma-firma perniagaan mula membina tempat operasi di serata dunia dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan antarabangsa

 Aktiviti pemasaran, pembuatan, pengurusan sumber manusia dan pemindahan teknologi boleh dilakukan secara bebas di mana-mana negara

Lokalisasi  Satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu pasaran di kawasan tertentu

 Melibatkan tindakan sesebuah syarikat mengubah anak syarikatnya daripada sebuah subsidiary organisasi asing kepada sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tempatan Nasionalisasi  Proses menjadi dan mengekalkan syarikat-syarikat perniagaan negara asing sebagai hak milik

negara tempatan

 Pemilikan syarikat dibuat dengan menjual aset syarikat secara paksaan kepada syarikat tempatan atau kerajaan sesebuah negara

Penswastaan  Proses menswastakan atau memperbadankan syarikat atau perbadanan awam untuk mewujudkan syarikat milik pemegang saham yang terdiri daripada kerajaan, institusi-institusi kerajaan awam atau swasta dan orang awam

Menjelaskan Maksud Syarikat Multinasional Dan Tujuan Organisasi Menjadi Syarikat Multinasional

Aspek Huraian

Konsep syarikat multinasional  Sebuah syarikat besar yang beroperasi melalui cawangan-cawangan yang terdapat di beberapa buah negara di dunia

Tujuan organisasi menjadi syarikat multinasional

 Mendapatkan sumber yang lebih murah  Mengelakkan tariff dan kuota

 Meningkatkan saiz pasaran  Mendapat pindahan teknologi

 Mendapatkan kepelbagaian dari segi produk Menjelaskan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Syarikat Multinasional Dari Aspek: (I) Struktur Organisasi

(Ii) Kawalan Pengurusan (Iii) Politik Dan Perundangan

(Iv) Ekonomi (V) Sosiobudaya

(15)

Cabaran syarikat multinasional

Huraian Struktur organisasi 1. Struktur organisasi mengikut jabatan atau fungsian

 Kebaikan

- Pengkhususan membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan - Kawalan ketat setiap fungsian dapat dilakukan

- Kursus kepada pekerja setiap fungsian mudah dijalankan

- Memudahkan latihan supaya kecekapan pekerja boleh ditingkatkan - Masalah yang timbul dalam fungsian mudah diselesaikan

 Kelemahan

- Pengkhususan terhadap sesuatu kerja mengakibatkan kebosanan - Kekurangan dan kesukaran penyelarasan antara fungsian - Kurang penekanan terhadap objektif keseluruhan organisasi - Hanya sesuai bagi syarikat yang mengeluarkan barangan yang sama - Keuntungan organisasi menjadi tanggungjawab pihak atasan 2. Struktur organisasi mengikut produk atau keluaran

 Kebaikan

- Kepelbagaian produk dapat dihasilkan

- Memudahkan penyelerasan aktiviti bagi setiap produk

- Penggunaan sumber modal, kemudahan, kemahiran dan pengetahuan khusus dapat digunakan dengan lebih cekap

- Setiap jabatan bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum - Penyesuaian produk mengikut negara mudah dilakukan

 Kelemahan

- Pengurus bagi setiap jabatan hendaklah mampu untuk mengeluarkan dan memasarkan produk

- Kawalan oleh pihak atasan sukara dilakukan

- Penyesuaian mengikut kehendak tempatan akan meningkatkan kos - Kos penyelidikan dan pembangunan akan meningkat

- Pengurus dan kakitangan setiap jabatan sukar bergerak secara bebas dalam struktur organisasi

3. Struktur organisasi mengikut geografi atau kawasan  Kebaikan

- Pengurus setiap kawasan lebih memahami masalah di kawasannya - Tanggungjawab pada peringkat lebih rendah

- Dapat berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan memenuhi kehendak dan keperlun mereka

- Penyelarasan setiap kawasan adalah lebih baik dan mudah

- Penilaian prestasi firma dapat diukur berdasarkan keadaan kawasan setempat - Melahirkan lebih ramai pengurus yang profesional

 Kelemahan

- Tindakan pengurus kawasan bertindak sendiri menyukarkan ibu pejabat - Pertindihan tugas akan berlaku

- Kawasan yang luas menyebabkan beban pengurus sangat berat - Kawalan pengurusan bagi setiap kawasan adalah terpisah - Kurang kepekaan dari ibu pejabat

- Memerlukan lebih ramai pengurus yang profesional 4. Struktur organisasi mengikut pelanggan atau pengguna

 Kebaikan

- Penyesuaian produk mengikut pelanggan mudah dilakukan

- Pengkhususan membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan - Pengurus jabatan hanya bertanggungjawab terhadap pelanggan sahaja

- Masalah yang timbul daripada pelanggan mudah diselesaikan - Pengurus setiap jabatan lebih memahami masalah pelanggannya  Kelemahan

- Pengurus bagi setiap jabatan hendaklah mampu untuk memenuhi permintaan pelanggannya

- Kawalan pengurusan bagi setiap jabatan adalah terpisah - Kurang penekanan terhadap objektif keseluruhan organisasi

(16)

- Kos penyelidikan dan pembangunan akan meningkat - Pertindihan tugas dalam organisasi akan berlaku 5. Struktur organisasi mengikut matriks

 Kebaikan

- Sumber kepakaran pekerja dapat dikongsi untuk meningkatkan prestasi organisasi - Kemahiran bekerjasama dalam kalangan pekerja dapat ditingkatkan

- Keputusan dapat dibuat dengan lebih cepat

- Komunikasi dalam kalangan pekerja lebih mantap bagi menghasilkan maklumat yang lebih banyak dan cepat

 Kelemahan

- Beban tugas pekerja lebih banyak kerana mendapat arahan daripada dua orang ketua - Ketua sebenar bagi seseorang pekerja sukar dipastikan

- Melambatkan pembuatan keputusan jika terdapat percanggahan pendapat antara pengurus

- Pendekatan pengurusan yang berbeza bagi setiap bahagian menyukarkan pengurusan Kawalan pengurusan 1. Syarikat multinasional merupakan syarikat yang mempunyai banyak cawangan di seluruh

dunia. Setiap buah cawangan mempunyai persekitaran perniagaan yang berbeza. Kawalan pengurusan yang dilakukan juga perlu berbeza dan keputusan yang dibuat juga berbeza. 2. Kawalan pengurusan secara berpusat

 Kebaikan

- Syarikat induk dapat mengawal semua aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh cawangannya

 Kelemahan

- Proses membuat keputusan memakan masa yang lama mungkin mendatangkan kerugian dan keputusan dilakukan mungkin tidak tepat kerana syarikat induk tidak memahami keadaan sebenar di cawangannya

3. Kawalan pengurusan secara berasingan  Kebaikan

- Keputusan boleh dibuat dengan cepat dan tepat kerana pengurus cawangan lebih memahami keadaan persekitarannya

 Kelemahan

- Tiada kawalan oleh syarikat induk kerana semua keputusan dilakukan oleh cawangan Politik dan perundangan  Masalah memiliknegarakan syarikat-syarikat swasta dan sekatan politik

 Sekatan penghantaran balik tunai dan sebarang keuntungan ke negara asal  Pergolakan politik sesebuah negara seperti peperangan dan pemberontakan

 Karenah birokrasi sesebuah negara dan perubahan dasar sesebuah negara menggugat operasi perniagaan

 Negara yang mempunyai kedudukan politik yang tidak stabil disebabkan pertelingkahan antara parti politik sering mengalami pertukaran tampuk pemerintahan dan perubahan penguatkuasaan undang-undang negara

 Politik dan perundangan akan menentukan kadar cukai dan subsidi yang akan diberikan kepada perniagaan

Ekonomi  Syarikat yang hendaklah memasuki pasaran antarabangsa perlu mengkaji jenis sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara berkenaan. Jika negara berkenaan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, maka syarikat menghadapi risiko bersaing dengan kuasa monopoli yang akan menindas syarikat multinasional

 Sekiranya negara tersebut mengalami deflasi, maka pelung perniagaan syarikat multinasional untuk berkembang akan terjejas

 Selain itu, syarikat multinasional perlu mengkaji pendapatan perkapita penduduk di sesebuah negara yang hendak berurus niaga

Sosiobudaya  Budaya sesebuah negara atau lebih dikenali sebagai budaya nasional merujuk kepada sikap dan persepsi yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam masyarakat sesebuah negara yang dapat mempengaruhi gelagat pembelian penduduk negara tersebut

 Pengurus bagi sesebuah organisasi antarabangsa mesti memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai sikap dan kepercayaan, adat resam, agama dan bahasa penduduk sesebuah negara. Keluaran dan strategi pemasaran perlu diubahsuai mengikut kehendak, keperluan dan cita rasa penduduk tempatan

(17)

Menerangkan Jenis Risiko Antaranya Risiko Ekonomi, Politik, Kredit, Pemilikan Negara, Penghantaran Balik Modal Dan Dividen, Dan Kadar Pertukaran Wang.

Jenis risiko Huraian

Risiko ekonomi  Kemelesetan ekonomi berlaku apabila wang yang sedikit dalam pasaran wang mengejar barang yang banyak dalam pasaran barang. Kemelesetan ekonomi yang berlaku akan menyebabkan permintaan terhadap keluaran dalam pasaran berkurangan

 Inflasi pula berlaku apabila wang yang banyak dalam pasaran wang mengejar barang yang sedikit dalam pasaran barang. Kewujudan sebahagian permintaan tidak dapat dipenuhi akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Akibatnya, harga keluaran dalam pasaran turut meningkat.

 Untuk menangani risiko ini, syarikat multinasional yang beroperasi dalam sesebuah negara asing perlu peka terhadap sebarang perubahan dalam keadaan ekonomi yang berlaku di negara tersebut kerana masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi akan menjejaskan tingkat keuntungan dan kebersaingan syarikat dalam pasaran

Risiko politik  Risiko terhadap kerugian yang mungkin dialami oleh syarikat multinasional akibat keadaan kerajaan asing di tempat syarikat multinasional beroperasi

 Tindakan yang mungkin diambil oleh kerajaan atas dasar kepentingan politik :

- Pemilikan negara dengan cara atau kaedah perampasan hak milik syarikat multinasional sama ada dengan pampasan atau tanpa pampasan

- Kawalan penghantaran balik modal dan dividen - Kawalan pertukaran mata wang asing

- Kerugian kerana pergolakan yang berlaku dalam negara asing seperti peperangan, pemberontakan dan sebagainya

 Untuk menangani risiko ini, syarikat multinasional boleh mengawal sendiri elemen terpenting dalam organisasi, menghindari translasi atau pelaburan, menjalankan rancangan pemberhentian pelaburan, menggunakan kredit tempatan, menggunakan sumber tenaga pekerja negara tersebut dan membeli insurans atas pelaburan yang dilakukan

Risiko kredit  Kemungkinan negara pengeksport yang menjual keluaran ke negara asing gagal untuk mendapat bayaran daripada negara pengimport

 Untuk menangani risiko ini, negara pengeksport boleh menyediakan kaedah pembayaran yang berkesan seperti menyediakan kemudahan surat kredit untuk negara pengimport. Selain negara pengeksport boleh melantik wakil untuk menerima bayaran daripada negara pengimport

Pemilikan negara  Pengambilalihan sesebuah perniagaan penting atau perniagaan asing oleh kerajaan tempatan yang memerintah

 Risiko pemilikan negara cenderung berlaku di negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis atau sistem ekonomi perancangan pusat

 Untuk menangani risiko ini, dua buah negara yang berdagang boleh membentuk satu memorandum kerjasama sebagai jaminan pemilikan negara tidak akan berlaku antara kedua-dua buah negara tersebut

Penghantaran balik modal dan dividen

 Berlaku apabila sesebuah negara menggunakan pekerja asing milik sebuah syarikat asing. Pekerja asing yang bekerja di sesebuah negara akan mengirimkan pendapatan yang diperoleh balik ke negara asal mereka. Selain itu, pelabur asing yang menerima keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan di negara lain akan menyalurkan keuntungan yang diperoleh balik ke negara asal mereka. Kedua-dua tindakan ini melibatkan pengaliran keluar wang atau modal ke luar negara

 Untuk mengangani risiko ini, pihak kerajaan boleh memainkan peranan penting dengan mengawal pengaliran keluar wang dan modal melalui penguatkusaaan peraturan dan dasar-dasar tertentu.

Kadar pertukaran wang  Kadar pertukaran asing menggambarkan kedudukan nilai mata wang tempatan berbanding dengan nilai mata wang asing. Nilai mata wang yang sentiasa berubah –ubah akan menyebabkan kadar pertukaran asing menjadi tidak stabil

 Untuk menangani risiko ini pihak kerajaan boleh menggunakan rizab emas dan mata wang asing untuk melakukan jual beli mata wang asing dalam usaha menstabilkan nilai mata wang serta menjalankan dasar menetapkan nilai mata wang tempatan berbanding dengan nilai matawang asing melalui sistem kadar pertukaran tetap.

(18)

Menjelaskan Kegunaan Dokumen Penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill Of Lading), Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate Of Origin)

Dokumen penghantaran Huraian

Surat pengesahan

penghantaran laut ( Bill of Lading)

1. Surat pengesahan penghantaran laut akan dikeluarkan oleh syarikat perkapalan sebagai perakuan penerimaan barang-barang. Dokumen ini merupakan hak milik dan boleh dipindah milik kepada pihak lain atas persetujuan pemilik yang sebenar. Dokumen ini perlu dikemukakan ketika membuat tuntutan barang.

2. Mengandungi butir-butir berikut :

 Nama, alamat pengeksport dan pengimport  Jenis barang

 Tambang  Nama kapal

 Nama pelabuhan yang menghantar dan menerima barang  Syarat-syarat perkapalan

 Tanda barang

3. Salinan surat diberi kepada pihak-pihak yang berikut :  Satu salinan untuk nakhoda kapal

 Satu salinan untuk syarikat perkalapan  Satu salinan untuk syarikat pengeksport  Dua salinan akan diberi kepada pengimport 4. Fungsi dan kegunaan :

 Sebagai bukti kewujudan kontrak antara syarikat perkapalan dengan pengeksport  Sebagai nota makluman yang membekalkan maklumat mengenai barang yang

dibawa, boleh diniaga atau cagarkan untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan, membantu pihak kastam menentukan tafsiran cukai

 Sebagai perakuan penerimaan barang oleh syarikat perkapalan.

Surat pengesahan

penghantaran udara ( Airway Bill)

1. Surat pengesahan penghantaran udara digunakan apabila penghantaran barang dibuat melalui kemudahan pengangkutan udara. Dokumen ini bukan dokumen hak milik dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain.

2. Mengandungi butir-butir berikut :

 Nama, alamat penghantar dan penerima barang  Senarai dokumen penghantaran

 Pihak yang bertanggungjawab untuk membayar tambang dan cukai kastam  Jumlah bungkusan barang

 Ukuran barang  Tanda barang  Berat barang

3. Salinan surat diberi kepada pihak-pihak yang berikut :  Satu salinan untuk syarikat pengangkutan udara  Satu salinan untuk penerima barang

 Satu salinan untuk penghantar barang Sijil pengesahan tempat asal

(Certificate of Origin)

1. Sijil pengesahan tempat asal merupakan satu dokumen yang memperakui tempat asal pengeluaran barang yang dieksport yang perlu ditandatangani oleh pegawai jabatan perdagangan negara pengeksport.

2. Dokumen ini akan digunakan oleh kastam sebagai rujukan semasa melaksanakan dasar kerajaan terhadap barang yang diimport. Untuk negara yang menjadi anggota blok perdagangan, penggunaan dokumen ini membolehkan negara anggota menikmati pelepasan cukai di kawasan perdagangan bebas.

Menjelaskan Kaedah Penyelesaian Perdagangan, Iaitu Perdagangan Barter Dan Perbankan Koresponden Kaedah penyelesaian

perdagangan

Huraian

Perdagangan barter  Melibatkan pertukaran barang antara negara yang berniaga tanpa melibatkan penggunaan mata wang negara asing yang lain

 Digunakan dengan syarat persetujuan diperoleh daripada pemerintah kedua-dua buah negara pengeksport dan pengimport

(19)

Perbankan koresponden  Pengeksport akan melantik sebuah bank sebagai ejen untuk bertindak bagi pihaknya. Bank yang dilantik oleh pengeksport akan menerima bayaran daripada pengimport bagi pihak pengeksport dan memasukkan bayaran yang diterima dalam akaun pengeksport

 Pengeksport dan pengimport perlu menandatangani draf perjanjian yang menyatakan persetujuan pengimport untuk menjelaskan bayaran apabila diminta atau mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pengeksport

Menjelaskan Kegunaan Dokumen Pembayaran Perdagangan Antarabangsa Berikut: Surat Kredit (Letter Of Credit), Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order), Dan Lain-Lain

Dokumen pembayaran Huraian

Surat kredit (Letter of Credit)

 Satu dokumen yang menyatakan persetujuan pihak bank untuk membayar sejumlah wang kepada pengeksport

 Surat kredit akan dikeluarkan oleh bank pengimport sebagai jaminan pembayaran kepada pengeksport

Tuntutan ikut perintah (Sign/Demand Order)

 Satu bentuk arahan bertulis tidak bersyarat yang ditujukan oleh pengeksport kepada pengimport

 Melalui dokumen ini, pengeksport akan meminta pengimport membayar sejumlah wang kepadanya dalam tempoh yang telah ditetapkan

 Pengimport yang menerima dokumen mengeluarkan perakuan pengesahan yang menyatakan persetujuannya untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan kemudian mengirim kembali dokumen tersebut kepada pengeksport

 Sebaik sahaja pengeksport menerima pengakuan daripada pengimport, pengeksport akan menghantar barang kepada pengimport dan mendiskaun bil perintah bayar di bank-bank tempatan

Inco terms (International Commercial Terms)

 Satu set peraturan antarabangsa yang diamalkan dalam perdagangan antarabangsa yang menetapkan kaedah pembayaran bagi semua pihak pada peringkat antarabangsa

 Menjelaskan tanggungjawab pembeli dan penjual, di mana tanggungjawab penjual berakhir dan bermulanya tanggungjawab pembeli

Menjelaskan Kesan Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Terhadap Perniagaan Antarabangsa Kadar pertukaran mata

wang asing

Huraian Sistem kadar pertukaran boleh

ubah atau terapung

1. Menetapkan nilai pertukaran asing berdasarkan permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing

2. Kesan pelaksanaan :

 Kenaikan kos faktor pengeluaran akan menyebabkan kos seunit keluaran dan kos import meningkat. Keadaan ini akan menjejaskan kebersaingan keluaran tempatan dalam pasaran antarabangsa

 Menggalakkan pergerakan modal dari dalam negara ke luar negara

 Para spekulator akan mengambil kesempatan daripada keadaan turun naik mata wang untuk mencari keuntungan

 Tindakan spekulator membeli mata wang pada harga yang rendah dan menjual semula mata wang apabila harganya meningkat akan menyebabkan nilai mata wang menjadi tidak stabil

 Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi tidak stabil kerana kos import dan kos eksport akan berubah mengikut kadar pertukaran asing yang sentiasa berubah-ubah

Sistem kadar pertukaran tetap 1. Tindakan kerajaan sesebuah negara melalui bank pusat menentukan kadar pertukaran mata wang negara berbanding denga mata wang negara asing pada satu kadar tertentu

2. Kesan pelaksanaan :

 Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi lebih stabil disebabkan harga barang import dan eksport yang lebih stabil

 Kadar pertukaran asing yang lebih stabil akan meningkatkan keyakinan pelabur asing dan peniaga dari luar negara untuk melabur dalam negara

 Kegiatan spekulator mata wang yang cuba meraih keuntungan berikutan keadaan turun naik nilai mata wang dalam pasaran pertukaran boleh ubah dapat dihapuskan

(20)

Menjelaskan Peranan MATRADE Dalam Menggalakkan Pemasaran Antarabangsa MATRADE (Malaysian External

Trade Development Corporation)

Peranan  Ditubuhkan pada 1 Mac 1993

untuk mempromosikan aktiviti perdagangan luar Malaysia bagi pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

 Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu serta mengenal pasti pasaran baharu di luar negara

 Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara dengan menganjurkan perjumpaan antara penjual dan pembeli

 Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar  Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan

Malaysia

 Mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar tempatan dan membawa masuk pengimport dari luar negara

 Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan perhubungan perdagangan dengan negara lain

 Merancang dan mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa untuk pengeksport Malaysia

Menjelaskan Galakan Perniagaan Antarabangsa Berikut: (I) Blok Perdagangan Termasuk AFTA, NAFTA, EU, ASEAN (Ii) Perdagangan Timbal Balas

(Iii) Kempen Kerajaan (Zon Perdagangan Bebas, Koridoraya Multimedia (MSC), Galakan Cukai, Pengecualian Cukai, Pembiayaan Eksport, Taraf Perintis, Subsidi, Dan Kempen Belilah Barangan Malaysia)

(Iv) Promosi Pelaburan Galakan perniagaan

antarabangsa

Huraian Blok perdagangan 1. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

 Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada tahun 1993 yang bermatlamat untuk mempercepat pengurangan kadar tariff terhadap barang industry melalui Tarif Keutamaan Berkesan Bersama (Agreement on Common Effect Preferential – CEPT)

 Matlamat penubuhan AFTA :

- Menghapuskan tarif, kuota dan bentuk sekatan perdagangan lain - Mengenakan satu tarif yang seragam bagi negara bukan anggota

- Meningkatkan mobility pengaliran modal dan buruh dalam kalangan negara anggota

- Mewujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian dan pendidikan yang dapat memanfaatkan negara anggota

 Faedah pelaksanaan AFTA :

- Penghapusan cukai atau tarif dalam kalangan negara anggota membolehkan keluaran tempatan dijual kepada pengguna pada harga yang lebih murah

- Persaingan sihat wujud dalam kalangan pengeluar serantau menggalakkan penghasilan barangan yang lebih berkualiti

- Perpaduan yang dipupuk dalam kalangan negara anggota mengukuhkan integrasi antara penduduk dari negara berlainan yang berasal daripada pelbagai latar belakang

- Kewujudan pasaran yang lebih luas dan peningkatan aliran modal menggalakkan pertumbuhan perusahaan baharu yang dapat menyumbang kepada kestabilan ekonomi ASEAN

 Kesan negatif AFTA :

- Syarikat kecil mungkin mengalami kerugian kerana gagal bersaing dengan syarikat besar

- Usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf industri tempatan dalam sesebuah negara mungkin terbantut disebabkan tumpuan berlebihan yang diberi terhadap pembangunan ekonomi serantau

(21)

perdagangan dan diplomatik antara negara berkenaan

- Syarikat yang terlibat terpaksa menghadapi kesan negatif yang mungkin timbul ekoran tindakan blok perdagangan lain yang lebih kuat

2. Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)

 Satu pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1992 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 1994

 Tujuan penubuhan NAFTA :

- Memansuhkan halangan tarif dan bukan tarif dalam aktivit perdagangan yang melibatkan ketiga-tiga buah negara ini dalam tempoh 10 tahun

- Menyelesaikan masalah negara anggota yang berkaitan dengan harta intelektual, pelaburan dan perkhidmatan serta peraturan perdagangan

 Kejayaan NAFTA :

- Meningkatkan eksport negara anggota ke negara Amerika Latin

- Negara anggota menikmati penjimatan kos pengeluaran melalui pengambilan pekerja tempatan yang murah dari Mexico

3. Kesatuan Eropah (EU)

 Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun 1957 berikutan Perjanjian Rom yang kemudiannya telah ditukar kepada Komuniti Eropah (EC) menjelang tahun 1986 dan seterusnya ditukarkan menjadi Kesatuan Eropah untuk disesuaikan dengan keadaan ekonomi pada masa itu. Organisasi ini juga berubah daripada kesatuan ekonomi kepada kesatuan politik

 Tujuan utama penubuhan EU adalah untuk menggalakan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara anggota

 Butir-butir perjanjian EU termasuk memansuhkan segala halangan tarif dalam kalangan negara anggota dan memperkenalkan satu mata wang yang seragam untuk negara anggota, iaitu mata wang EURO

4. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

 Tujuan penubuhan ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota dalam pelbagai bidang termasuk dari segi pembangunan industry dan perdagangan

 Setiap negara anggota akan menikmati perlindungan dari segi halangan tarif dan bukan tarif, bekerjasam antara satu sama lain dalam sektor perindustrian dan menjalankan projek pendidikan, pengawalan jumlah penduduk, kebudayaan, kewangan dan pertanian

 Semenjak penubuhannya, ASEAN telah menjalankan aktiviti berikut : - Menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

- Menubuhkan Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan IMT-GT dan IMS-GT - Memperkenalkan Tarif Keutamaan Berkesan Bersama (CEPT)

- Menetapkan pendirian bersama berkenaan isu-isu ekonomi antarabangsa seperti peluasan pasaran bagi barangan eksport ASEAN, penstabilan harga, komoditi dan masalah hutang luar negara

- Mengadakan dialog dengan Negara Dunia Ketiga dan EU

Perdagangan timbal balas 1. Transaksi perniagaan antarabangsa, iaitu jualan eksport ke sesebuah negara dengan syarat pengeksport akan menerima import dari negara yang sama

2. Sebab berlakunya perdagangan timbal balas :

 Negara tidak mempunyai tunai yang cukup atau kemudahan kredit untuk membuat bayaran atas barangan import yang dibuat

 Negara membangun yang ingin mewujudkan aktiviti mengeksport produk negaranya.

 Bentuk-bentuk perdagangan timbal balas adalah seperti barter, belian bertimbal, dan perindustrian bertimbang.

Kempen kerajaan 1. Zon Perdagangan Bebas

 Satu kawasan yang diisytiharkan oleh Menteri Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 3 (1) Akta Zon Bebas 1990 dan tujuan pdengan kami takpa pon utamanya iaitu menggalakkan perniagaan entreport dan perkembangan industri mengorientasikaneksport.

(22)

2. Koridor Raya Multimedia (MSC)

 Zon pelaburan khas yang diwujudkan bagi membolehkan syarikat berteknologi tinggi bekerjasama untuk memajukan bidang teknologi maklumat.

 Tujuan

- Menawarkan persekitaran berpusat yang baik supaya rangkaian nilai barang dan perkhidmatan dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

- Mewujudkan satu kawasan luas yang terbaik yang menyediakan kemudahan teknologi, multimedia dan tenaga buruh

- Sebagai satu kaedah melahirkan golongan masyarakat yang celik dalam teknologi masyarakat.

- Mewujudkan konsep bestari dalam semua aspek, termasuklah sekolah bestari, pentadbiran bestari, dan perumahan bestari

 Langkah menggalakkan kegiatan pelaburan di zon MSC - Menyediakan prasarana maklumat

- Menggalakkan kemasukan pakar teknologi maklumat dari negara asing tanpa sebarang sekatan

- Menggalakkan pengaliran wang modal secara global - Menawarkan insentif kewangan yang kompetitif

- Menggalakkan pembentukan undang-undang siber yang memberi perlindungan tarhadap harta intelektual

- Membekalkan maklumat melalui Internet tanpa sebarang penapisan

- Menubuhkan sebuah agensi pelaksana iaitu Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC)

- Memberi tender prasarana utama kepada syarikat yang terlibat dalam bidang teknologi maklumat dengan menggunakan zon MSC sebagai pusat serantau. 3. Galakan Cukai

 Insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bentuk percukaian kepada pelabur asing yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan asing melabur ke dalam negara ini.

 Dilaksanakan melalui pengecualian dan pengurangan cukai dalam sektor-sektor tertentu. Kerajaan memberikan elaun-elaun tertentu bagi menggalakkan pelaburan dan perniagaan pada peringkat antarabangsa.

4. Pengecualian cukai

 Penggunaan wang untuk sesuatu perbelanjaan boleh ditolak daripada pembayaran cukai. Pelepasan cukai atau kelonggaran pembayaran cukai diberikan kepada perbelanjaan promosi dan premium insurans barangan eksport.

 Bertujuan untuk memberikan galakan kepada syarikat untuk membelanjakan wang dalam sesuatu bidang dan dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh sesebuah syarikat.

5. Pembiayaan Eksport

 Penyediaan kemudahan pembiayaan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan mengeksport produk ke luar negara

 Kemudahan yang diberikan kepada pengeksport untuk mendapatkan kewangan segera bagi mengeksport barangan yang dijual secara kredit

6. Taraf Perintis

 Kerajaan akan member pengecualian cukai keuntungan kepada pelabur baharu untuk suatu tempoh antara dua tahun hingga lima tahun

 Asas yang melayakkan syarikat menerima taraf perintis - Keutamaan eksport

- Penggunaan tahap teknologi

- Kandungan bahan mentah tempatan dalam operasi pengeluaran - Aktiviti dan jenis pengeluaran

7. Subsidi

 Bantuan yang diberikan oleh kerajaan sama ada dalam bentuk bayaran langsung atau memberi kesan secara langsung terhadap perniagaan

 Kemudahan subsidi dapat membantu mengurangkan harga barangan dalam pasaran dan seterusnya menjadikan syarikat lebih berdaya saing dengan barangan luar negara

(23)

8. Kempen Beli Barangan Malaysia

 Barangan buatan Malaysia adalah semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini  Tujuan

- Memberikan kesedaran kepada pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia

- Memberi kesedaran kepada pengguna tentang kualiti barangan buatan Malaysia adalah standing dengan barangan luar negara

 Kesan membeli barangan buatan Malaysia

- Meminimumkan aliran wang yang keluar ke negara asing

- Member galakan kepada industri tempatan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti tinggi dan mampu bersaing dengan barangan luar negara

- Melonjakkan ekonomi industri tempatan

- Meyakinkan pengeluar tempatan untuk menerokai bidang perniagaan yang baharu - Mengelakkan daripada krisis ekonomi global

- Mengurangkan perbelanjaan pengguna kerana membeli barangan yang berkualiti pada harga yang murah

- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membantu mengurangkan pengangguran

- Meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan yang dibayar oleh syarikat tempatan

Promosi pelaburan  Tindakan kerajaan untuk menarik pelabur membuat pelaburan dalam sesebuah negara, khususnya pelabur asing yang mempunyai modal yang banyak dan kepakaran yang tinggi dalam bidang teknologi

Menjelaskan Fungsi, Peranan, Dan Kesan Pakatan Perniagaan Antarabangsa, Seperti WTO, AFTA, NAFTA, EU, APEC, ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, BIMP-EAGA), Dan Lain-Lain

Pakatan Perniagaan Antarabangsa Huraian Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

1. Dianggotai lebih daripada 133 buah negara dan ditubuhkan pada 1 Januari 1995 di Geneva, Switzerland berikutan perundingan Pusingan Uruguay yang meliputi keluaran seperti barang dan komoditi, perkhidmatan dan harta intelektual.

2. Fungsi

 Menguruskan perjanjian perdagangan WTO  Mengadakan forum perundingan perdagangan  Menangani permasalahan perdagangan  Mengawasi polisi perdagangan negara anggota

 Member bantuan teknikal dan latihan kepada negara-negara membangun

 Mewujudkan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa lain terutama dalam aspek yang berkaitan dengan perdagangan

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

1. Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada tahun 1993 2. Fungsi

 Menghapuskan tarif, kuota dan bentuk sekatan perdagangan lain  Mengenakan satu tarif yang seragam bagi negara bukan anggota

 Meningkatkan mobility pengaliran modal dan buruh dalam kalangan negara anggota

 Mewujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian dan pendidikan yang dapat memanfaatkan negara anggota

Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)

1. Satu pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1992 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 1994

2. Fungsi

 Memansuhkan halangan tarif dan bukan tarif dalam aktiviti perdagangan yang melibatkan ketiga-tiga buah negara ini dalam temph 10 tahun

 Menyelesaikan masalah negara anggota yang berkaitan dengan harta intelektual , pelaburan dan perkhidmatan serta peraturan perdagangan

Kesatuan Eropah (EU)

1. Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) telah ditubuhkan pada tahun 1957 berikutan Perjanjian Rom yang dianggotai Itali, Luxembourg, Belanda dan Jerman Barat serta pada tahun 1973 dianggotai Denmark,

Referensi

Dokumen terkait