• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Kaedah Inkuiri Terbimbing Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penggunaan Kaedah Inkuiri Terbimbing Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1651

Penggunaan Kaedah Inkuiri Terbimbing Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Dayana Farzeeha Ali, Kamalularifin Subari & Muhammad Khair Noodin Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

Abstrak:

Kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri adalah melibatkan proses pengajaran yang berpusatkan pelajar dan sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah inkuiri terbimbing dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Instrumen kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah inkuiri terbimbing dalam pengajaran dan pembelajaran dari aspek pengetahuan dan kemahiran adalah berada pada tahap tinggi. Bagi aspek kemahiran, kajian mendapati ia berada di tahap yang sederhana. Dapatan kajian menunjukkan, dengan menggunakan kaedah inkuiri terbimbing, ia dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. Pembelajaran secara inkuiri boleh menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dan seterusnya membantu mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Kata kunci: Kaedah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Pengajaran, Pembelajaran.

1. PENDAHULUAN

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali berasaskan teknologi ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Matlamat mata pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat yang kreatif, inovatif dan produktif selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengalaman serta berakhlak mulia demi cabaran kehidupan masa kini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).

*Correspondence author. Tel: +6019-9317130 E-meAddressl: dayanafarzeeha@utm.my

(2)

Namun begitu, dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan berinisiatif serta berkeyakinan tinggi, guru juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam menyahut seruan kerajaan seperti yang disebut di dalam dokumen Pembangunan Pendidikan 2000-2001 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ada menyebut tenaga pengajar perlu menguasai kandungan dan pengetahuan pedagogi untuk pembelajaran yang berkesan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan kurikulum pada semua peringkat pendidikan. Guru-guru seharusnya menitikberatkan bukan sahaja daripada penguasaan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar malah turut perlu menguasai pedagogi dalam pendidikan seperti pengawalan bilik darjah termasuklah kaedah pengajaran seta serta menguasai isi pengajaran yang akan disampaikan di dalam kelas.

Walaupun terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang telah didedahkan kepada guru-guru, namun terdapat sebilangan guru-guru yang masih lagi menggunakan kaedah tradisional iaitu latih tubi tanpa memberikan penerangan yang mencukupi tentang sesuatu konsep isi pelajaran yang diajar (Sim Siew Ling, 2008). Hal ini menghalang pelajar daripada berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2007), teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan topikal dan nota masih lagi diamalkan oleh guru-guru di sekolah.

Kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri adalah melibatkan proses mendapatkan jawapan dan kesimpulan daripada soalan ataupun masalah yang diberikan oleh guru. Antara aktiviti yang terlibat di dalam kaedah pembelajaran ini adalah pelajar akan mengenalpasti masalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasatan dan seterusnya membuat rumusan bagi mendapatkan jawapan kepada masalah yang dikenalpasti pada awal pembelajaran. Matlamat kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri adalah bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran serta disiplin intelektual dalam persoalan yang timbul dan jawapan kepada persoalan tadi serta akan menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Guru digalakkan melaksanakan pembelajaran berpusatkan palajar dan menggunakan pelbagai teknik dan strategi untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1981). Menurut Rajendran (2001), proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah

(3)

bergantung kepada beberapa perkara-perkara asas yang perlu diambil kira oleh guru seperti pengetahuan tentang isi pelajaran yang diajar, kemahiran bagi mengajar kandungan mata pelajaran dan sikap yang sesuai dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Menurut Wan Mohd Zaid Mohd Nordin (1993), perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah membawa perubahan iaitu pendekatan tradisional kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran di sekolah. Pembelajaran berpusatkan pelajar perlu diamalkan dan pembelajaran berpusatkan kepada guru haruslah dikurangkan. Guru yang gagal berperanan menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, maka perkembangan diri pelajar tidak dapat dilaksanakan.

Pembelajaran berasaskan inkuiri bukanlah suatu bentuk pengajaran yang baru, bahkan sudah lama digunakan. Menurut Burden dan Byrd (2010) menyatakan bahawa kaedah pengajaran ini membolehkan pelajar terlibat dalam proses penerokaan dengan mengumpul maklumat dan menguji hipotesis. Manakala guru pula akan membimbing pelajar semasa aktiviti pembelajaran dijalankan dalam membina kefahaman baru, latihan kemahiran dan pengalaman yang akan membentuk pembelajaran mereka.

Pengajaran berasaskan inkuiri merupakan salah satu pengajaran berpusatkan kepada pelajar dan sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun, ia jarang digunakan oleh para guru di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini merugikan para pelajar kerana pelajar boleh membuat andaian daripada data-data dengan pemikiran logikal sama ada secara induktif mahupun deduktif selain pengajaran inkuiri menggalakkan pemikiran intuitif.

Menurut Arends (1994) melalui bukunya “Learning to Teach” kaedah pengajaran inkuiri dapat membantu pelajar untuk berfikir. Ia adalah selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Zainuddin Hassan et al. (2006), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya mereka berfikir secara kritis dan kreatif dan boleh menghasilkan idea-idea yang baru. Melalui pengajaran secara inkuiri ini, pelajar akan belajar cara untuk menjana idea melalui soalan dan dapat menjawab atau menyelesaikan masalah tentang perkara yang ingin diketahui. Guru pula akan membantu murid dalam membina idea dan teori sendiri berdasarkan penemuan

(4)

baru yang mereka perolehi. Dengan itu, pelajar dapat membina keyakinan diri untuk mencari jawapan kepada masalah yang mereka minat dan perkara yang perlu diselesaikan.

Menurut Che Mansor Che Tom (2000), guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir agar generasi akan datang mampu untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan mempunyai idea-idea yang tuntas. Para guru hendaklah tidak terikat hanya dengan fakta semata-mata dalam menyampaikan isi pelajaran tetapi seharusnya melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang membolehkan minda mereka berkembang (Mimi Mohaffyza et al, 2008).

Menurut Zahara Aziz (1998) di dalam kertas kerja beliau bertajuk “Pengajaran Inkuiri di Sekolah-sekolah Malaysia”, pengajaran inkuiri tidak dilaksanakan di dalam bilik darjah adalah kerana beberapa sebab yang sentiasa diberikan oleh guru-guru. Antaranya ialah secara umumnya berpendapat bahawa inkuiri hanyalah sesuai untuk mata pelajaran sains dan matematik sahaja. Hal ini kerana, aspek-aspek masalah dan penemuan adalah lebih senang dicari di dalam mata pelajaran ini. Faktor kedua yang dikemukakan beliau ialah guru juga bimbang sekiranya pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri ini terkeluar daripada sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru lebih menumpukan kepada peperiksaan. Menurut Zahara Aziz (1998) lagi, faktor yang ketiga pula adalah kerana kemahiran dan konsep secara aplikasi kaedah inkuiri juga tidak diberi pendedahan secara menyeluruh di institut latihan perguruan. Pemahanan lebih tertumpu kepada teori berbanding aplikasi di dalam latihan mengajar. Manakala faktor yang keempat menurut beliau adalah kerana kaedah inkuiri memakan masa yang agak lama kerana melibatkan aktiviti pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh kerana waktu pengajaran yang terhad, guru kurang berminat untuk memilih kaedah inkuiri sebagai salah satu kaedah pengajaran mereka.

Pendekatan pembelajaran inkuiri terbimbing adalah lebih bersifat induktif berbanding kaedah tutorial lebih berbentuk deduktif. Pada awal pembelajaran, pelajar akan dikemukakan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan domain pembelajaran. Kemudian, permasalahan dikaji dan pelajar akan dibimbing untuk melakukan penerokaan, membiat pemerhatian, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pendekatan inkuiri terbimbing dikatakan berupaya membantu dalam permindahan maklumat secara aktif dengan menyediakan suasana pembelajaran yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir tahap tinggi (Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan, 2005).

(5)

Menurut Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan (2005), inkuiri terbimbing sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar sekolah menengah kerana pelajar di peringkat ini perlu diberikan bimbingan asas bagi mencetuskan persoalan-persoalan dan seterusnya merangsang mereka untuk terus membuat penerokaan. Guru perlu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk menukar amalan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada kaedah pembelajaran konvensional seperti pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang lebih memberi pendekatan berpusatkan pelajar (Rajendran, 2001).

Kajian-kajian lampau menunjukkan pendekatan pembelajaran inkuiri terbimbing dapat meningkatkan pencapaian dan meningkatkan kebolehan memerikan hujahan di kalangan pelajar (Ivins, 1986; McComas, 1992). Pencapaian pelajar dalam pembelajaran dapat ditingkatkan menerusi pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri terbimbing turut disokong dalam beberapa kajian lain (Weinstein et al, 1982; Lott, 1983; Shymansky, 1990; Von Secker dan Lissits, 1999; Schneider et al, 2002). Kebanyakan kajian yang dijalankan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan inkuiri di dalam pengajaran berdasarkan pencapaian pelajar terhadap isi pelajaran, pemahaman konsep dan juga mengatasi salah faham. Hasil kajian menunjukkan peningkatan dalam pencapaian pelajar (Basaga et al, 1994; Hall dan McCurdy, 1990; Luckie et al, 2004; Sundberg dan Moncada, 1994).

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan kaedah pengajaran secara inkuiri terbimbing dalam pengajaran dan pembelajaran dalam KHB.

Manakala objektif khusus bagi kajian ini adalah bertujuan bagi mengkaji beberapa aspek yang telah dibuat dalam persepsi guru KHB terhadap penggunaan kaedah pengajaran inkuiri terbimbing dalam pengajaran dan pembelajaran dalam KHB pula adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing dalam P&P dari aspek pengetahuan

ii. Mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing dalam P&P dari aspek kemahiran.

(6)

iii. Mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing dalam P&P dari aspek sikap.

4. REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan strategi kajian tinjauan deskriptif. Menurut Azizi et al (2006), tinjauan deskriptif adalah bertujuan untuk mendapatkan ukuran atau gambaran tentang sesuatu situasi ataupun ciri populasi. Kaedah pengumpulan data yang digunakan bagi kaedah ini dalam kajian ini adalah melalui kaedah soal selidik. Data yang dikumpul adalah bersifat kuantitatif. Kajian ini adalah untuk menilai persepsi guru KHB tentang kaedah inkuiri terbimbing dalam pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Aspek-aspek yang dikaji adalah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing dalam pengajaran dan pembelajaran KHB.

5. DAPATAN KAJIAN

Jadual 1: Jadual Perbandingan Min Persoalan Kajian

BIL PERSOALAN KAJIAN MIN TAHAP

1 Apakah persepsi guru KHB terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing di dalam P&P

Kemahiran Hidup Bersepadu dari aspek pengetahuan?

3.76 Tinggi

2 Apakah persepsi guru KHB terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing di dalam P&P

Kemahiran Hidup Bersepadu dari aspek kemahiran?

3.63 Sederhana

3 Apakah persepsi guru KHB terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbumbing di dalam P&P

Kemahiran Hidup Bersepadu dari aspek sikap?

(7)

Jadual 1 menunjukkan taburan min dan tahap persepsi responden terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Secara kesimpulannya, persepsi guru-guru KHB terhadap kaedah inkuiri terbimbing adalah berada di tahap yang tinggi bagi aspek pengetahuan dan sikap. Manakala, persepsi guru-guru KHB dari aspek kemahiran terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing adalah berada di tahap yang sederhana.Daripada perbandingan persepsi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap didapati persepsi dari aspek sikap mencatat nilai min tertinggi iaitu 3.80 dan berada pada tahap tinggi diikuti oleh nilai min kedua tertinggi iaitu 3.76 bagi aspek pengetahuan. Nilai min terendah bagi adalah persepsi dari aspek kemahiran iaitu 3.63 yang berada pada tahap sederhana.

6. PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap penggunaan kaedah inkuiri terbimbing dalam P&P bagi mata pelajaran KHB berada pada tahap tinggi. Majoriti guru-guru KHB mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang kaedah inkuiri terbimbing di dalam P&P. Meraka juga boleh menggunakan kaedah inkuiri terbimbing semasa P&P dengan yakin. Ini disokong oleh Norlaila (2008) dalam kajiannya di mana guru-guru Program Khas Pensiswazahan Guru didapati menguasai pengetahuan dan kemahiran pedagogi. Menurut Azizi et al (2010), mendapati bahawa guu-guru teknikal mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran, mempunyai kemahiran yang pelbagai dalam menyampaikan isi pelajaran.

Walaupun guru-guru berpengetahuan tinggi tentang kaedah inkuiri terbimbing, namun mereka terlebih dahulu menyelaraskan pengetahuan pelajar dengan aktiviti pembelajaran inkuiri terbimbing yang dijalankan. Guru-guru didapati lebih menggunakan kaedah inkuiri terbimbing terhadap pelajar yang mempunyai aras pembelajaran tinggi sahaja. Dapatan ini berterntangan dengan kajian yang dilakukan oleh Susan et al (2011), bahawa kaedah pembelajaran secara inkuiri boleh dilaksanakan di dalam semua bidang dan saiz kelas. Guru-guru juga berkemahiran dalam menarik minat pelajar untuk belajar apabila menggunakan kaedah inkuiri terbimbing dalam P&P mereka. Menurut Kuhlthau (2010), melalui kaedah pembelajaran secara inkuiri, pelajar akan belajar cara belajar dengan mengambil berat tentang proses pembelajaran mereka. Ini dapat meneruskan minat pelajar untuk terus belajar. Pembelajaran secara inkuiri ini melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti di dalam proses P&P (Kipnis, 2005; Matson, 2006).

(8)

Menurut Abdul Razak dan Nor Asmah (2010), dalam kajiannya mendapati guru-guru masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru dalam P&P mereka walaupun mereka menggunakan kaedah P&P berpusatkan pelajar dan bahan. Guru-guru didapati tidak menggunakan sepenuhnya kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam P&P secara menyeluruh sebaliknya masih menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru (Ab Halim et al, 2004). Penggunaan pengajaran berpusatkan guru adalah disebabkan oleh penekanan yang terlalu diberikan terhadap peperiksaan sehingga guru kurang berminat untuk menggunakan pembelajaran berpusatkan pelajar (Toh, 2003). Majoriti guru mengatakan pembelajaran secara inkuiri terbimbing adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan untuk pelajar. Menurut Abdul Razak dan Nor Asmah (2010), perancangan aktiviti P&P di dalam kelas dapat menjadikan suasana P&P lebih menyeronokkan. Pembelajaran secara inkuiri terbimbing ini juga didapati dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

7. KESIMPULAN

Kaedah inkuri terbimbing merupakan salah satu kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Kaedah pengajaran ini boleh digunakan oleh guru sebagai salah satu kaedah P&P di dalam kelas. Pembelajaran secara inkuiri didapati boleh menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Kajian yang telah dilaksanakan adalah bagi melihat persepsi guru-guru KHB terhadap kaedah inkuiri terbimbing dalam P&P bagi mata pelajaran KHB. Hasil daripada dapatan ini didapati bahawa guru-guru KHB mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kaedah inkuiri terbimbing dalam P&P bagi mata pelajaran KHB. Aspek persepsi yang dinilai adalah persepsi guru-guru KHB dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Guru-guru KHB didapati berpengetahuan tinggi dalam menggunakan kaedah inkuiri terbimbing. Guru-guru mempunyai pengetahuan yang jelas tentang kaedah dan cara melaksanakan inkuiri terbimbing. Mereka juga boleh menggunakan kaedah inkuiri terbimbing semasa P&P dengan yakin.

8. PENGHARGAAN

Sokongan pembiayaan diakui dari Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia & Vote No (000K64).

(9)

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim dan Khadijah Abdul Razaket.(2004). Keberkesanan P&P Pendidikan Islam ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, UKM dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi

Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Razak B. Idris dan Nor Asmah Binti Salleh. (2010). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Matematik. UTM

Arends, R. I (1994). Learning to Teach. Third Edition. United States of America: McGrow Hill. Inc.

Azizi et al (2006). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Proffesional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi et al (2010). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru Mata Pelajaran Teknikal. UTM.

Basaga, H., Geban, O., & Tekkaya, C. (1994). The Effect of the Inquiry Teaching Method on Biochemistry and Science Process Skill Achievements. Biochemical Education, 22(1), 29-32.

Burden P. R & Byrd D. M (2010). Method For Effective Teaching: Meeting the Needs of All Student. (5th ed.) United States of America: Pearson Education Inc.

Che Mansor bin Che Tom. (2000). Journal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (halaman 48).

Hall, D.A,& McCurdy, D.W. (1990). A Comparison of a Biological Sciences Curriculum Study (BSCS) Laboratory and a Traditional Laboratory on Student Achievement at Two Private Liberal Arts Colleges. Journal of Research in Science Teaching, 27(7), 625-636. Irfan Naufal Umar & Sajap Maswan (2007). The Effects of A Web-Based Guided Inquiry

Approach on Students’ Achievement. Journal of Computer. 2(5).

Ivins, J.E (1986). A Comparison of effects of two instructional sequences involving science laboratory activities. Dissertation Abstracts international.

Kipnis, N. (2005). Chance in science: The discovery of electromagnetism by H.C. Oesrsted. Science & Education, 14, 1-28.

Kuhlthau C.C. (2010) Guided Inquiry : School Libraries in the 21st Century, 17-28

Lott, G. W. (1983). The Effect of Inquiry Teaching and Advance Organizers Upon Student Outcome in Science Education. Journal of Research in Science Teaching, 20(5), 437-451.

Luckie, D.B. et al (2004). Infusion of Collaborative Inquiry throughout a Biological Curriculum Increases Student Learning: a Four-Year study of Teams and Streams. Advances in Physiology Education, 28(4), 199-209.

Matson, J. O. (2006). Misconceptions About The Nature Of Science, Inquiry-Based Instruction, And Constructivism: Creating Confusion In The Science Classroom. Electronic Journal of Literacy through Science, 5(6), 1-10.

McComas, W.F (1992). The Nature of exemplary practice in secondary school science laboratory instruction: A Case Study approach, Dissertation Abstracts InternationalMcComas, W.F (1992). The Nature of exemplary practice in secondary school science laboratory instruction: A Case Study approach, Dissertation Abstracts International.

Mimi Mohaffyza binti Mohamad, Md. Nazaruddin b. Sarji, Masitah binti Misman (2008). Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Rekabentuk Dan

(10)

Penghasilan Projek (Matapelajaran Kemahiran Hidup). Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru (JPPG 2008), Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia.

Norlaila Bulat. (2006). Tahap Kesediaan Kemahiran Dan Pengetahuan pedagogi Guru-guru PKPG KH Dalam pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Tesis Sarjana Muda. UTM.

Rajendran, N.S (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Pembentangan Kertas Kerja dalam Seminar/Pameran Projek KBKK: Poster ‘Warisan- Pendidikan-Wawasan’ anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, dari 1-2 Ogos 2001. Schneider, R. M., Krajcik, J., Marx, R. W., dan Soloway, E. (2002). Performance of Students

in Project Based Science Classrooms on a National Measure of Science Achievement. Journal of Research in Science Teaching, 39(25), 410-422.

Shymansky, J. A. (1990). A Reassessment of the Effect of Inquiry-Based Science Curricula of the 60’s on Student Performance. Journal of Research in Science Teaching, 27(2), 127-144.

Sim Siew Ling (2008). Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains Di Kalangan Guru Pelatih Utm Semasa Latihan Mengajar Di Negeri Johor. Projek Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia). UTM.

Sundberg, M. D., dan Moncada, G. J. (1994). Creating Effective Investigative Laboratories for Undergraduates. Bioscience, 44(10), 689-704.

Susan et al (2011). Inquiry Learning : Level, Discipline, Class Size, What Matters?. International Journal for the Scholarship of Theaching and Learning. 5(1).

Toh, W.S., 2003. Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education. Jurnal Penyelidikan MPBL, 4, 20-22.

Von Secker, C. E., dan Lissitz, R. W. (1999). Estimating the Impact of Instructional Practices on Student Achievement in Science. Journal of Research in ScienceTeaching, 36(10), 1110-1126.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Weinstein, R. Boulanger, D. dan Walberg, H. J. (1982) Science Curriculum Effects in High School: A Quantitative Synthesis. Journal of Research in Science Teaching, 19(6), 511-522.

Zahara Aziz (1998). Pengajaran Inkuiri di Sekolah-sekolah Malaysia. Kertas Kerja Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. UKM, Bangi, 26-27 November.

Zainuddin Hassan, Mohd. Najib Abdul Ghaffar, Sanitah Mohd Yusof dan Jamilah Omar. (2006). Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Di Sekolah Menengah Daerah Kota Bharu, Kelantan. UTM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981) : Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Matlamat, Rasional, Bidang Pelajaran Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002) : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah :

Huraian Sukatan PElajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kesediaan kemahiran generik pelajar PKPG yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam aspek kemahiran

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mendapat maklumbalas guru-guru PKPG 4SPN UTM terhadap tahap keyakinan penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai persepsi tentang kaedah pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru sains berdasarkan kemahiran sosial pelajar

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran generik yang lain iaitu kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran kerja berkumpulan berada tahap

Hasil daripada kajian ini, pengkaji menjangkakan akan dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran profesional yang diperlukan guru dalam melaksanakan pentaksiran dan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana,

inkuiri terbimbing dalam keseharian guru telah dilakukan penelitian dengan desain penelitian survey berkenaan dengan aktivitas pembelajaran inkuiri terbimbing siswa

Modul Kaedah Pengajaran dan Pentaksiran Elemen Kemahiran Insaniah yang diusahakan oleh Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme (JKPP), Institut Pendidikan Guru