• Tidak ada hasil yang ditemukan

Inventori kepelbagaian rama-rama di Taman Bukit Tawau

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Inventori kepelbagaian rama-rama di Taman Bukit Tawau"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)INVENTORI KEPELBAGAIAN RAMA-RAMA DI TAMAN BUKIT TAWAU. NOR ZARIAH BINTI BABA PERPUSTAKAArt UMIVERSITI MALAYSIA SABAJ'. DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN. PROGRAM BIOLOGI PEMULlHARAAN SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 2008. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(2) PUMS99 :1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS@. IJAZAH : ~~R~AN "" \(!\L<:!)~'. SAYA ~<:I(. 2..."'~\ ~\\ f3,A8A (HURUF BESAR). SESI PENGAJIAN: :l. ~~~t~<::lCl~. mengaku membenarkan tesis (LPSMlSarjana/Doktor Falsafah) ini Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-. ~isimpan. di Perpustakaan Universiti. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institutsi pengajian tinggi. Sila tandakan ( I ). I. 2. 3. 4.. D. SU1IT. D. TERHAD. [/1. TIDAK TERHAD. (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan OlehNURULAIN BINT ISMAIL. ~. lIBRARIA I UNIllERSITI MALAY IAI SAaA~. (TANDATANGAN PUSTAKAWAN) Alamat Tetap: ~~,:. \\ 9 po,Q.'-' , ~~L~~~. i. !. }_~ '" , ~" "'" t\ ~ 'of ~ 0 \'\-\ Nama Penyelia. Tarikh:. -------. Tarikh:-,---< _. CAT ATAN;- $ Potong yang tidak berkenaan. "1ika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SUUT dan TERHAD. @Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana Muda LPSM .. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(3) 11. PENGAKUAN. Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya te1ah dije1askan sumbemya.. APRIL 2008. NOR ZARIAH BINTI BABA HS2005-1799.

(4) iii. DIPERAKUKAN OLEH. Tandatangan. I.. PENYELIA. (elK AZNIZA MAHYUDIN). 2.. PEMERIKSA 1. (PROF. DATIN DR. MARYATI MOHAMED). 3.. PEMERIKSA 2. (PROF. MADYA DR. ABDUL HAMID AHMAD). 4.. DEKAN. (PROF. MADYA DR. SHARIFF A. KADIR S. OMANG) _ _ _ _ __. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(5) IV. PENGHARGAAN. Alhamdulillah dengan rasa penuh kesyukuran kehadrat Illahi, kerana dengan izin-Nya dipennudahkan dan diberi kekuatan bagi saya untuk menyempurnakan penulisan ilmiah tahun akhir ini. Sesungguhnya pendedahan ilmu dan pengalaman kerja lapangan yang diperolehi ketika menyiapkan kajian yang bertajuk Inventori Kepelbagaian Rama-Rama di Taman Bukit Tawau ini amat berharga dan banyak memberi manfaat.. Ribuan pcnghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia projek kajian. say~. Cik. Azniza Mahyudin yang banyak memberi pe1uang, bimbingan serta dorongan kepada saya dalam menjalankan kajian ini. Juga kepada semua pensyarah, kakitangan Institut Penye1idikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan dan kakitangan Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memudahkan kerja-kerja kajian. Tidak ketinggalan kepada sahabat-sahabat yang ban yak membantu dan sentiasa bersama waktu susah dan senang, terima kasih. Hanya-Dia yang dapat membalas segala budi baik kalian.. Istimewa buat emak dan abah serta. keluarg~. terima kasih yang tidak terhingga. atas pengorbanan, dorongan dan kasih yang tidak berbelah bahagi. Doa restu kalian memungkinkan diri ini berada di landasan yang betul hingga kini. Moga dikurniakan kesejahteraan dan rahmat yang berpanjangan..

(6) v. A BSTRAK. Kajian mengenai inventori kepelbagaian rama-rama makro telah dijalankan di Taman Bukit Tawau, dengan memilih tiga stesen kajian iaitu Kolam Air Panas, Asrama IO.5km dan Substesen Batong. Objektif utama kajian ini adatah (I) menyediakan senarai semak spesies rama-rama makro yang tedapat di Taman Bukit Tawau dan (2) membandingkan kepelbagaian rama-rama makro yang terdapat di ketiga-tiga stesen kajian terpilih di Taman Bukit Tawau. Kaedah perangkap cahaya telah digunakan dalam kajian ini dengan 36 jam persampelan berkesan (l2jarnlmalam x 3malam) bagi setiap stesen kajian yang terpilih. Dari hasil tangkapan di keseluruhan stesen kajian, sejumlah 486 individu dengan 217 spesies rama-rama dari 15 famili telah berjaya ditangkap. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener pula menunjukkan nilai kepelbagaian yang tinggi di ketiga-tiga kawasan, Stesen Kolam Air Panas (H'= 4.191), Stesen Asrama IO.Skm (H'= 4.5870), dan Substesen Balong (H'= 4.01). Walau bagaimanapun tiada perbezaan yang signifikan diperolehi dari perbandingan ketiga-tiga kawasan kajian (p>O.05).. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(7) vi. ABSTRACT. A study of moth diversity inventory is conducted in Tawau Hills Park at three different study sites, which were Hot Spring, 10.5km Hostel and Balong Substation. The main objectives of this study were (1) to make a checklist of macro moth species in Tawau Hills Park (2) to compare macro moth diversity among the study sites. Light trap method is used in this study with 36 hours of effective sampling (l2hourslnight x 3night) in each selected study sites. For overall catchments, there are 486 individuals with 217 moth's species from 15 families that were caught. Shannon-Wiener Diversity Index shows high diversity in each location, Hot Spring (H'= 4.191), 1O.5km Hostel (H'= 4.587) and Balong Substation (H'=4.01O). However, there was no significant different of moth's composition between the three study sites (p>O.05).. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(8) Vll. SENARAIKANDUNGAN. Muka surat. PENGAKUAN. 11. PENGESAHAN. 111. PENGHARGAAN. IV. ABSTRAK. V. ABSTRACT. VI. SENARAIKANDUNGAN. vii. SENARAI JADUAL. x. SENARAI RAJAH. xi. SENARAI SIMBOL. xii. SENARAI LAMPlRAN. xiii. BABI. PENDAHULUAN. 1.1. Pengenalan. 1. 1.2. Justifikasi Kajian. 3. 1.3. ObjektifKajian. 4. BAB 2. ULASAN PERPUST AKAAN. 2.1. Pengenalan Kepada Rama-rama. 6. 2.2. Pengelasan Rama-rama. 7. 2.3. Morfologi Rama-rama. 7. 2.4. Perbezaan Antara Rama-rama dan Kupu-kupu. 8. 2.5. Kitar Hidup Rama-rama. 9. 2.6. Cara Pertahanan Rama-rama. 10. 2.7. Kepentingan Ekologi Rama-rama. 11. 2.8. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Rama-rama. 12. 2.8.1. Faktor Taburan Sumber Makanan (vegetasi). 12. 2.8.2. Faktor Altitud. 13. 2.8.3. Faktor Cuaca. 15. 2.8.4. Faktor Suhu. 17. 2.8.5. Faktor Kelembapan. 18. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(9) viii. 2.9. Kajian Rama-rama Terdahulu. 19. 2.10. Kajian Rama-rama di Sabah. 20. BAB 3. BAHAN DAN KAEDAH. 3.1. Lokasi Persampelan di Taman Bukit Tawau. 22. 3.2. Kaedah Persampelan Rama-rama. 25. 3.3. Pengecaman Fauna Rama-rama. 26. 3.4. Kedah Analisis. 26. 3.4.1. Analisis Deskriptif. 26. 3.4.2. Indeks Kepelbagaian Shannon Weiner (H'). 27. 3.4.3. Indeks Keserataan Shannon-Wiener. 28. 3.4.4 Ujian-U Man-Whitney KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA. BAB 4 4.1. 28. Hasil Tangkapan Fauna Rama-rama di Keseluruhan Stesen Kajian di Taman Bukit Tawau. 29. 4.2. Hasil Tangkapan Fauna Rama-rama Mengikut Stesen Kajian. 31. 4.2.1. Stesen Kajian 1 (Kolam Air Panas). 31. 4.2.2. Stesen Kajian 2 (Asrama 10.Skm). 32. 4.2.3. Stesen Kajian 3 (Substesen Balong). 33. 4.3. Taburan KumulatifFauna Rama-rama Mengikut Stesen Kajian. 35. 4.3.1. Stesen Kajian 1 (Kolam Air Panas). 35. 4.3.2. Stesen Kajian 2 (Asrama 10.5km). 36. 4.3.3. Stesen Kajian 3 (Substesen Balong). 36. 4.4. Analisis Data. 38. 4.4.1. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H'). 38. 4.4.2. Indeks Keserataan Shannon-Wiener. 38. 4.4.3. Perbandingan Kawasan-kawasan Kajian. 39. 4.4.4. Pertindihan Spesies. 39. 4.5. Spesies Endemik. 40. 4.6. Spesies yang Mengalami Polimorfisme. 41. BAB 5 5.1. PERBINCANGAN Fauna Rama-rama di Keseluruhan Stesen Kajian di. 42. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(10) IX. Taman Bukit Tawau 5.2. Hasil Tangkapan Fauna Rama-rama di Stesen-stesen Kajian. 46. 5.2.1. Stesen Kajian 1 (Kolam Air Panas). 46. 5.2.2. Stesen Kajian 2 (Asrama 10.5km). 46. 5.2.3. Stesen Kajian 3 (Substesen Balong). 47. 5.3. Taburan KumulatifFauna Rama-rama Mengikut Stesen Kajian. 48. 5.3.1. Stesen Kajian 1 (Kolam Air Panas). 48. 5.3.2. Stesen Kajian 2 (Asrama 10.5km). 48. 5.3.3. Stesen Kajian 3 (Substesen Balong). 49. 5.4. Analisis Data. 49. 5.4.1. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener. 49. 5.4.2. Indeks Keserataan Shannon-Wiener. 50. 5.4.3. Perbandingan di antara Stesen-stesen Kajian. 50. 5.4.4. Pertindihan Spesies. 52. 5.5. Spesies Endemik. 53. 5.6. Polimorfisme. 53. BAB6. KESIMPULAN DAN CADANGAN. 6.1. Fauna Rama-rama di Taman Bukit Tawau. 55. 6.2. Cadangan. 56. RUJUKAN. 57. LAMPI RAN. 63. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(11) Xl. SENARAI RAJAH. Muka Surat. No. Rajah 3.1. 24. Peta Kawasan Taman Bukit Tawau, Daerah Tawau, Sabah (Sumber daripada Ibu Pejabat Taman Bukit Tawau). 4.1. Peratus Individu dan Spesies Mengikut Famili di Taman Bukit Tawau. 30. 4.2. Peratus Individu dan Spesies Mengikut Famili di Stesen Kajian 1. 31. 4.3. Peratus Individu dan Spesies Mengikut Famili di Stesen Kajian 2. 32. 4.4. Peratus Individu dan Spesies Mengikut Famili di Stesen Kajian 3. 33. 4.5. Taburan KumulatifPenangkapan Rama-rama di Stesen Kajian Kolam Air Panas. 4.6. Taburan KumulatifPenangkapan Rama-rama di Stesen Kajian Asrama 10.5km. 4.7. 4.8. 35. 36. Taburan KumulatifPenangkapan Rama-rama di Stesen Kajian Substesen Balong. 37. Pertindihan spesies di stesen-stesen kajian. 40. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(12) xu. SENARAI SIMBOL. km. kilometer. H'. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener. p. nilai signifikan. %. peratus. >. lebih daripada.

(13) Xlll. SENARAI LAMPIRAN. Lampiran A. ladual Nilai p bagi Stesen-stesen Kajian. B. ladual Nilai Indeks Kepelbagaian dan Indeks Keserataan. Muka Surat 63. Shannon-Wiener bagi Stesen-stesen Kajian. 64. c. ladual Pertindihan Spesies Mengikut Stesen Kajian. 65. D. Senarai Semak Spesies Endemik di Taman Bukit Tawau. 67. E. Senarai Scmak Spesies Rama-rama yang Terdapat di Taman Bukit Tawau. 68.

(14) BAB1. PENDAHULUAN. 1.1. Pengenalan. Fauna invertebrat atau dikenali juga sebagai haiwan tidak bertulang belakang adalah fauna yang mempunyai kepelbagaian yang paling tinggi dengan anggaran lebih 95 peratus dari jumlah keseluruhan organisma hidup di dunia ini (Tachi, 2006). Menurut Hickman et al., (2006) terdapat 30 juta spesies yang merupakan fauna invertebrat dan dianggaran 80 peratus daripada jurnlah invertebrat daripada fauna-fauna tersebut adalah berada di dalam satu filum yang sarna iaitu Filum Arthropoda. Filum ini merangkumi Kelas Diplopoda, Kelas Chilopoda dan Kelas Insecta (Tachi, 2006). Sehingga kini, lebih dari satu juta spesies yang telah diklasifikasikan dalam Filum Arthropoda yang terdiri daripada fauna Kelas Insecta (Tachi, 2006).. Menurut McGavin (2001), terdapat 25 Order yang dinamakan di bawah Kelas Insecta dan setiap satu Order tersebut mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri yang. ·UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SA BAH.

(15) 2. membolehkan mereka dikumpulkan dan dibezakan mengikut order yang berlainan. Perbezaan ini boleh dilihat dari segi morfologi, fisioiogi dan genetik.. Secara amnya, fauna yang berada di dalam Kelas Insecta ini berkongsi beberapa ciri yang sarna. Sebagai contoh. kebanyakkan serangga (Kelas Insecta) merupakan fauna yang hidup di daratan dan mempunyai saiz bad an dalam julat 0.2 milimeter (mm) sehingga 30 sentimeter (em), tubuh pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepala. toraks dan abdomen, mempunyai sepasang antena di bahagian kepala Manakala bagi fauna yang dewasa, di bahagian toraks terdapat tiga pasang kaki yang digunakan untuk berjalan dan dua pasang sayap untuk terbang. Oi bahagian abdomen pula. ia tidak mempunyai apendej untuk berjalan dan fauna serangga ini mempunyai sistem trakea dengan spirakel yang tersusun mengikut segmen. Selain itu, perkembangan atau kitar hidup fauna ini berlaku sarna ada melalui metamorfosis lengkap atau metamorfosis tidak lengkap.. Serangga yang mudah ditemui seperti rarna-rarna seringkali tidak diendahkan oleh masyarakat umum kerana tiada keistimewaan yang dapat dilihat secara terus terhadap organisma ini. Narnun, melalui kajian-kajian saintifik yang dilakukan oleh pakar entomologi mendapati fauna serangga ini memainkan peranan yang penting dalam menyeimbangkan ekologi setempat kerana kebanyakan serangga telah dikenal pasti sebagai agen pendebungaan, agen pengurai, bioindikator yang baik terhadap gangguan alarn sekitar (Morris el al., 1989).. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(16) 3. Menurut Morris et al. (1989), hutan hujan tropika mempunyai kepelbagaian spesies serangga yang paling tinggi berbanding jenis hutan yang lain. Oleh itu. Borneo yang terkenal dengan hutan hujan tropika sememangnya menyimpan kepelbagaian biodiversiti yang tinggi. Tambahan pula, menurut Maryati (2006) Kepulauan Borneo secara relatifnya merupakan sebuah kepulauan barn yang mana proses evolusi yang melibatkan proses penspesiesan sedang berkembang dengan pesat. Jadi tidak menghairankan sekiranya banyak kajian yang telah dilakukan di Borneo tetapi masih terdapat laporan tentang penemuan spesies yang barn.. Justeru itu. kajian mengenai kepelbagaian fauna dari masa ke semasa dan di pelbagai lokasi yang mempunyai perbezaan geografi dan vegetasi perlu dijalankan secara agresif. Ini kerana, kepentingan fauna yang kedl membawa nilai signifikan yang besar terhadap alam sekitar.. 1.2. Justifikasi Kajian. Kajian mengenai kepelbagaian spesies rama-rama ini dijalankan kerana menurut Maryati (2006) Borneo merupakan kawasan kepulauan yang mempunyai proses evolusi yang pesat. Justeru kajian ini amat benepatan kerana Taman Bukit Tawau merupakan kawasan yang terletak di Borneo dan berpotensi untuk menjumpai spesies barn. Di samping ih4 rama-rama memainkan peranan yang penting kepada keseimbangan ekosistem sesuatu kawasan yang mana ia merupakan agen pendebungaan kepada spesies tumbuhan berbunga yang berkembang pada waktu malam. Justeru, pertumbuhan pokok-pokok ini.

(17) 4. pula menjamin. kesinambungan haiwan-haiwan lain yang bergantung kepada pokok-. pokok terse but sebagai sumber makanan.. Selain itu, kawasan Taman Bukit Tawau ini tidak mempunyai kajian yang saintifik mengenai rama-rama. Oleh itu, dengan adanya kajian ini ia sedikit sebanyak dapat menyumbang maklumat tentang kepelbagaian rama-rama yang terdapat di kawasan kajian dan membantu pihak pengurusan taman dalam merancang dan menjalankan proses pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. Bahkan kajian ini turut membantu pihak pengurusan taman menyediakan senarai spesies rama-rama dan maklumat yang terkini kepada bakal pengkaji yang berminat untuk membuat kajian di kawasan tersebut dan kepada para pengunjung.. 1.3. Objektif Kajian. Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang telah ditetapkan untuk kepentingan masa kini dan masa hadapan dalam pemuliharaan alam sekitar khasnya kawasan kajian setempat dan secara umumnya di Malaysia. Di antara objektifkajian adalah:. 1. Menyediakan senarai semak spesies rama-rama makro yang terdapat di Taman Bukit Tawau.. 2. Membandingkan kepelbagaian rama-rama yang terdapat di ketiga-tiga kawasan kajian terpilih..

(18) 5. Walau bagaimanapun dalam kajian ini, hanya rama-rama makro yang diambil kim kerana kekurangan sumber rujukan untuk proses pengecaman rama-rama mikro..

(19) DAD 2. ULASAN PERPUSTAKAAN. 2.1. Pengenalan kepada Rama-rama. Pada pandangan umum, rama-rama merupakan serangga yang biasa dapat dilihat pada waktu malam. Ia tidak begitu menarik untuk diperhati dan diteliti kerana wamanya yang biasanya tidak begitu menarik dan menonjol. Tetapi saiz sesetengah spesies rarna-rarna yang besar, tingkah laku ketika terbang dan posisi ketika rehat. adaka1anya menjadi tarikan kepada serangga ini. Selain itu sesetengah masyarakat percaya bahawa apabila serangga ini memasuki rumah mereka, ini memberikan petanda bahawa ada tetamu yang bakal berkunjung ke kediarnan mereka. Serangga ini juga memberi nilai estetika yang mana ada segelintir karyawan seni yang mengabdikan serangga ini dalarn karya mereka seperti lukisan dan puisi. Mereka berpendapat serangga ini memberi simbol kebebasan, tenaga, keriangan, dan kemurungan. Walau bagaimanapun dalarn bidang sains, khasnya bidang pemuliharaan, serangga ini bukan sekadar untuk diperhatikan tetapi perlu dikaji secara spesifik (Mohamed Salleh, 1992)..

(20) 7. 2.2. Pengelasan Rama-rama. Secara saintifik, Lepidoptera dalam Bahasa Greek membawa maksud sisik (lepis) dan kepak (pteron). Di dalam Order Lepidoptera terdapat 47 superfamili, 128 famili dan 180 000 spesies yang telah dikenal pasti. lni menjadikan Order Lepidoptera merupakan order kedua terbesar dalam proses identifikasi spesies di dalam Kelas Insecta selepas Order Coleoptera (kumbang) (McGavin, 2001). Terdapat dua suborder dalam Order Lepidoptera iaitu rama-rama (Heterocera) dan kupu-kupu (Rhopalocera). Dari 47 superfamili yang terdapat di dalam order Lepidoptera ini, 44 superfamili merupakan superfamili untuk rama-rama. Oder Lepidoptera boleh dibahagikan kepada dua iaitu Makro Lepidoptera dan Mikro Lepidoptera berdasarkan saiznya. Pengkelasan taksonomi untuk rama-rama adalah seperti berikut:. 2.3. Alam. Animalia. Filum. Anthropoda. Kelas. Insecta. Order. Lepidoptera. Suborder. Heterocera. Morfologi Rama-rama. Seekor rama-rama dewasa mempunyai beberapa bahagian asas seperti kepal~ toraks, abdomen, mata, antena, kepak dan kaki. Antena bagi rama-rama biasanya bersisik dan. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(21) 8. bersegmen. Terdapat pelbagai jenis antena bagi rama-rama dan biasanya antena ramarama jantan lebih kompleks berbanding rama-rama betina. Kriteria ini boleh digunakan untuk menentukan jantina rama-rama. Rama-rama seperti serangga yang lain mempunyai mata kompaun tetapi ianya besar (boleh dilihat dengan jelas dengan mata) dan berwama hitam. Bahagian toraks bagi seekor rama-rama boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan iaitu protoraks, mesotoraks dan metatoraks yang mana setiap bahagian mempunyai sepasang kaki (McGavin, 2001).. W alau. bagairnanap~. di bahagian abdomen rama-rama dewasa tidak mempunyai. sebarang apendaj. Bahagian mulut seekor rama-rama pula biasanya mempunyai tiub yang dipanggil proboskis yang digunakan untuk menghisap madu dan bagi sesetengah spesies lain bahagian ini biasanya berlakunya modifikasi bergantung kepada pemakanan spesies rama-rama tersebut. Tetapi yang pasti rangka kepak dan corak yang terhasil dari susunan sisik rama-rama boleh digunakan untuk proses identifikasi rama-rama (Romoser, 1993).. 2.4. Perbezaan Antara Rama-rama dan Kupu-kupu. Secara amnya, seekor Lepidoptera akan dikatakan rama-rama atau kupu-kupu dengan melibat caranya meletakkan kepaknya semasa ianya rebat iaitu membuka atau melebarkan kepak (bagi rama-rama) dan menutup atau menegakkan kepak (kupu-kupu). Akan tetapi tidak semua spesies mempunyai cirri-ciri seperti yang dinyatakan. Lazimnya umum berpendapat, rama-rama hanya aktif pada waktu malam (noktumal) dan kupu-kupu pula banya aktifpada waktu siang (diurnal). lni adalah tidak benar kerana terdapat spesies.

(22) 9. rama-rama yang juga aktif pada waktu awal pagi dan lewat petang seperti 'Gypsy moth' dan 'Sunset moth'. Selain itu, antena bagi kedua-dua serangga ini terdapat perbezaan yang mana antena rama-rama lebih berpalu berbanding kupu-kupu. Bahagian abdomen rama-rama pula biasanya lebih besar jika dibandingkan dengan kebanyakan abdomen kupu-kupu (Romoser, 1993).. 2.5. Kitar Hidup Rama-rama. Secara umum, semua Lepidoptera melalui metamorfosis lengkap (holometabola) dengan menjalani empat peringkat kitar hidup iaitu sebagai telur, larva, pupa dan rama-rama atau kupu-kupu dewasa. Instar tidak matang bagi rama-rama dikenali sebagai larva. Pada peringkat larva fauna rama-rama tidak mempunyai mata kompaun atau mata rnajrnuk dan lazimnya mernpunyai bahagian mulut jenis mandibulat tetapi ciri ini tidak semestinya dikekalkan pada instar dewasa.. Kebanyakan perubahan transforrnasi yang melibatkan morfologi dan fisiologi daripada larva instar akhir kepada dewasa digabungkan rnenjadi satu instar penghalang yang dikenali sebagai instar pupa. Pupa yang tipikal rnerupakan suatu peringkat rehat yang terlindung dalam beberapa cara seperti dikepompongi oleh kokun sutera, tersorok dalam daun kering dan pelbagai lagi. Peringkat pupa ini juga merupakan peringkat yang rnembolehkan pembentukan kepak rama-rama yang lengkap. Secara teorinya, kepak rama-rama pada mulanya berkembang di dalam badan, maka terdapat ruang yang sempit di dalam toraks larva rarna-rama untuk pembentukan kepak dan otot kepak. Oleh itu, satu. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(23) 10. proses penyalinan kulit diperlukan untuk mengevaginat kepak (penyalinan kulit larvapupa) dan menyediakan ruang untuk pembentukan otot kepak (Romoser, 1993).. 2.6. Cara Pertahanan Rama-rama. Secara umumnya, semua organisma hidup yang boleh bergerak akan melarikan diri atau mempertahankan diri dengan pelbagai cara apabila diganggu atau terasa dirinya terancam apabila dapat mengesan kehadiran pemangsanya. Sebagai contoh, rama-rama dari famili Noctuidae melarikan diri apabila dapat mengesan kehadiran kelawar insektivor. Pada waktu malam, kelawar insektivor menentukan kedudukan serangga di udara dengan mengeluarkan impuls ultrasonik dan seterusnya menentukan kedudukan sumber gema. Rama-rama pula dapat mengesan impuls ultrasonik ini di luar julat kepekaan penentuan kedudukan gema kelawar dengan bantuan organ timpanum pendengaran dan bertindak melarikan diri (Romoser, 1993).. Selain melarikan diri dari musuh, perubahan yang ketara yang ditunjukkan oleh rama-rama dari segi bentuk, perwamaan dan corak perwamaan juga mampu mempertahankan diri rama-rama dari ancaman musuh. Persamaan yang sangat serupa antara kepak serta bahagian badan lain dengan daun, ranting atau bahagian-bahagian lain tumbuhan dapat mengaburi penglihatan haiwan pemangsa tentang kehadirannya. Begitu juga dengan rama-rama yang mampu bergabung dengan baik dengan persekitaran normalnya (kripsis). Bagi rama-rama yang mempunyai bintik di pelbagai tempat pada badannya, bintik ini sela1unya menyerupai mata haiwan vertebrat dan kadangkala. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(24) 11. menyerupai mata serangga lain yang mampu menakutkan pemangsa. Kebanyakan ramarama yang mempunyai bintik mata pada kepak belakang, berwama kripsis apabila berehat di atas substratnya yang biasa. Jika cara pertahanan pertama iaitu kripsis gagal dan pemangsa menyerang, kepak hadapan dihulurkan ke hadapan dan dengan serta-merta mempamerkan bintik matanya (Romoser, 1993). 2.7. Kepentingan Ekologi Rama-rama. Menurut Favila & Halffter (1997) kelimpahan dan kekayaan spesies yang ditunjukkan oleh serangga membolehkannya menjadi bioindikator kepada alam sekitar. Selain itu, kepekaan serangga dalam memberi tindak balas kepada sebarang gangguan terhadap habitat mereka dengan memberi perubahan yang jelas melalui kelimpahan spesies, kepelbagaian spesies dan komposisi spesies (Favila & HalfTer, 1997). Rama-rama merupakan indikator biologi yang baik (Chey, 2000).. Sebagai contohnya, sesetengah spesies rama-rama yang menghisap madu bunga telah dikenal pasti sebagai agen pendebungaan yang amat penting bagi tumbuhtumbuhan. lni dapat dibuktikan oleh rama-rama spesies Macroglossum corythus lulea/um Butler dari Famili Sphingidae (Barlow, 1982). Kehadiran jenis-jenis spesies rama-rama seperti ini penting dalam sesuatu ekosistem sebagai penyeimbang di antara populasi haiwan dan populasi tumbuhan..

(25) RUJUKAN. Abang, F. & Catherine, K. 2005. Diversity of Macromoths (Lepidoptera: Heterocera) in the Poring Hi1l Dipterocarp forest, Sabah, Borneo. Asia-Pacific Entomology. Journal. 8(1): 69-79.. Arifin, A. 2005. Hutan dan Kehutanan. Cetak ulang. Kaanisius, Yogyakarta. Barlow, H. S. 1982. An Introduction to the Moths of South East Asia. The Malayan Nature Society, Kuala Lumpur.. Bernard, H. & Y oneda, M. 2005. Ecological Methodology in Conservation Biology:. Elementary Statistics and Analysis of Experiment. Universiti Malaysia Sab~ Kota Kinabalu.. Chey, V. K., Holloway, J. D. & Speight, M. R. 1997. Diversity of Moths in Forest Plantations and Natural Forests in Sabah. Bulletin of Entomological Research (87-4): 371-385.. Chey, V. K. 2000. Moth Biodiversity in the Tropical Rain Forest of Lanjak-Entimau, Sarawak, Malaysia. Malayan Nature Journal (54-4): 305-318.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(26) 58. Danks, H.V. (eds.). 1994. Insect Life-Cycle Polymorphism: Theory. Evolution and Ecological Consequences for Seasonality and Diapause Control. Kluwer Academic Publishers, Netherlands.. Favila. M.E. & Halffier, G. 1997. The use of indicator groups for measuring biodiversity as related to community structure andfunction. Acta Zoological Mexicana 72:. Holloway, J.D. 1983. The Moths of Borneo: Family Notodontidae. Malayan Nature Journal. 37: 1-107.. .. Holloway, J.D. 1984. The Larger Moths of Gunung Mulu National Park; A Preliminary assessment of Their Distribution, Ecology, and Potential as Environment Indicators. Sarawak Museum Journal. 30: 149-190.. Holloway, J.D. 1985. The Moths of Borneo: Family Noctuidae: Subfamilies Euteliinae, Stictopterinae, Plusiinae, Pantheinae. Malayan Nature Journal. 38: 157-317.. Holloway, J.D. 1986. The Moths of Borneo: Key to Families: Families Cossidae, Metarbelidae, Ratardidae, Dudgeoneidae, Epipyropidae and Limacodidae. Malayan Nature Journal. 40: 1-166.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(27) 59. Holloway, J.D. 1987. The Moths of Borneo: Superfamily Bombycoides; families. Lasiocampidae,. Eupterolidae,. Bombycidae,. Brahmaeidae,. Saturniidae,. Sphingidae. Southdene, Kuala Lumpur.. Holloway, J.D. 1988. The Moths of Borneo: Famili Arctiidae, Subfamilies Syntominae,. Euchrominae, Arctiinae, Noctuidae misplaced in Arctiidae (Camptoloma, Aganainae). Southdene, Kuala Lumpur.. Holloway, J.D. 1989. The Moths of Borneo: Family Noctuidae, Trifine Subfamilies: Noctuinae, Heliothinae, Hadeninae, Acronictinae, Amphipyrinae, Agaristinae.. Malayan Nature Journal. 42: 57-226.. Holloway, J.D. 1993. The Moths of Borneo: family Ennominae. Southdene, Kuala Lumpur.. Holloway, J. D. 1996a. Butterflies and Moths. DIm: Wong, K. M. & Phillips, A. (pnyt.) Kinabalu Summit of Bomeo. Print & Co Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.. Holloway, J.D. 1996b. The Moths of Borneo: family Geometridae: Subfamilies. Oenochrominae, Desmobathrinae, Geometrinae, Orthostixinae. Southdene, Kuala Lumpur.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(28) 60. Holloway, J.D. 1997. The Moths of Borneo: family Geometridae: Subfamilies Sterrhinae,. Larenliinae. Southdene, Kuala Lumpur.. Holloway, J.D. 1998. The Moths of Borneo: families Castniidae, Callidulidae,. Drepanidae, Uraniidae. Southdene, Kuala Lumpur.. Holloway, J.D. 1999. The Moths of Borneo: family Lymantriidae. Southdene, Kuala Lumpur.. Holloway, J.D. 2001. The Moths of Borneo: family Arctiidae, subfamily Lithosiinae.. Malayan Nature Journal. 55: 279-486.. Jr. Hickman, C. P., Roberts, L. S., et al. 2006. Integrated Principles of Zoology. Ed. Ke13. Me Graw-Hill. America.. Maryati, M. 2006. The Unique Biodiversity of Forest in Borneo. DIm: Hashimoto, Y.,Hornathevi Rahman & Maryati Mohamed. (pnyt.) Inventory & Collection: Total Protocol for Understanding of Biodiversity. Ed. 2nd. ,. Universiti Malaysia. Sabah, Kota Kinabalu.. Me Gavin, G. C. 2001. Essential Entomology: An Order-by-Order Introduction. Oxford University Press, New York..

(29) 61. Mohamed Salleh. 1992. Serangga dan Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.. Morris, M. G., Collins, N. M., et al. 1989. The Utilization and Value of Non-. domesticated Insect. Dim: Collins, N. M. & Thomas, J. A.(pnyt.) 15th Symposium of the Royal Entomological Society of London 1989, 14-15 September 1989, London.: 319-347.. Price, P. W. (pnyt.). 1984. Ekologi Serangga. Maryati, M. (ptjr.). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.. Romoser, W. S. 1993. Sains Entomologi. Esah, D. (ptjr.). Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.. Siri Ensiklopedia Tumbuhan. 2002. Siri Tumbuhan Rimba. Penerbitan PCT, Selangor Darul Ehsan.. Tachi, T. 2006. Biodiversity of Invertebrate. DIm: Hashimoto, Y., Homathevi Rahman & Maryati Mohamed. (pnyt.) Inventory & Collection: Total Protocol for Understanding of Biodiversity. Ed. ke-2, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(30) 62. Taman Bukit Tawau. (tidak bertarikh). Skala 1: 5 000, Ibu Pejabat Taman Bukit Tawau, Tawau, Sabah.. Upton, M.S. 1991. Methods for Collecting, Preserving, and Studying Insects and allied. forms. Ed. Ke-4. Australian Entomological Society, Brisbane.. Whitmore, T. C. 1993. Hulan Hujan Tropika di Timur Jauh. Noraini, M. T. (ptjr.) Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(31)

Referensi

Dokumen terkait

a Timbang 5 g sampai dengan 10 g contoh m ke dalam labu Kjeldahl 250 mL, tambahkan 5 mL sampai dengan 10 mL HNO3 pekat dan 4 mL sampai dengan 8 mL H2SO4 pekat dengan hati-hati;

Bangunan dan fasilitas harus dirancang sedemikian rupa sehingga sanitasi dapat terlaksana dengan mudah, yaitu dengan cara mengatur alir proses mulai dari penerimaan bahan

Pada makalah ini, dengan menggunakan sistem KG akan disajikan persamaan kelestarian massa atau yang disebut dengan persamaan kontinuitas Eularian dan persamaan

Guru memberikan tanggung jawab sepenuhnya saat siswa dapat mengerjakan tugasnya Guru mendukung usaha-usaha siswa untuk menggunakan kemampuan yang telah dimiliki siswa Guru

Hasil yang diharapkan Data pemesanan Kode obat, nama obat baru obat, jenis obat, ditambahkan pada jumlah obat, daftar pemesanan keterangan obat Form pemesanan Data pemesanan

Data harga saham bulanan yang telah diperoleh dari www.finance.yahoo.com ditabulasi dengan menggunakan Microsoft Excel 2007 kemudian diselisihkan antara harga saat

c) Pakej multimedia adalah interaktif dengan penggunaan panel kekunci yang dapat menukarkan persembahan dari satu skrin kepada skrin yang berikutnya atau