• Tidak ada hasil yang ditemukan

Warisan dan Kebudayaan Kaum Cina di Mala

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Warisan dan Kebudayaan Kaum Cina di Mala"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 3 : DINAMIKA BUDAYA DI MALAYSIA (CINA)

SAMBUTAN DAN PERAYAAN

1. Tahun Baru Cina

Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

2. Hari Chap Goh Mei

Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana mereka akan makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga. Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.

3. Pesta Chingay

(2)

4. Cing Ming /Cheng Beng (April)

Perayaan yang penting untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Anak-anak dan cucu-cicit akan membawa makanan, buah-buahan, kertas-kertas wang ke kubur dan membersihkan kubur nenek moyang. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbul-bual.Orang Cina percaya bahawa kertas wang tersebut akan bertukar menjadi duit di alam yang lain.

5. Pesta Duan Wu / Festival Perahu Naga (5 Mei)

Merupakan perayaan tradisional Cina yang disambut pada hari kelima bulan kelima mengikut kalendar Cina dimana ia melibatkan acara lumba perahu naga. Perayaan ini disambut untuk mengenang budi dan jasa seorang menteri Negara Chu semasa zaman-zaman berperang. Beliau merupakan seorang penyair yang patriotisme, berbakat dan banyak menyumbang idea untuk memajukan negara Chu. Namun demikian, Maharaja terpedaya dengan kata-kata pegawai yang jahat dan mengusir Qu Yuan dari ibu kota negara. Qu Yuan membunuh diri dengan terjun ke Sungai Miluo kerana sedih dan kecewa terhadap maharaja yang tidak mendengar nasihatnya dan akan mengakibatkan kemusnahan negara tersebut. Rakyat jeleta berasa sedih dan mencari jenazah Qu Yuan di Sungai Miluo menggunakan perahu tetapi tidak ditemui. Lalu mereka melemparkan nasi yang dibungkus dengan daun ke dalam sungai supaya ikan dan udang dalam sungai tidak memakan jenazah Qu Yuan.

KESENIAN

1. Seni Kaligrafi

(3)

2. Seni Bina

Di Malaysia, seni bina Cina terdiri daripada dua jenis: tradisional dan Baba-Nyonya. Contoh seni bina tradisional termasuk yang terdapat pada kuil Cina di seluruh negara seperti kuil Cheng Hoon Teng yang dibina pada 1646. Kebanyakan rumah lama terutamanya di Melaka dan Pulau Pinang adalah daripada warisan Baba-Nyonya, dibina dengan halaman dalam rumah serta dihiasi jubin cantik serta warna-warni. Kombinasi seni bina yang jarang dilihat iaitu elemen Cina dan Barat ditunjukkan pada masjid Terengkera di Melaka. Rupanya seperti pagoda adalah contoh terbaik bentuk bumbung berpengaruh Cina, digabungkan dengan butiran Barat seperti pada birai dan susur.

2. Seni Tari Tarian Singa Cina

Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina, Tarian Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda, di zaman purbakala, hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Tarian ini biasanya memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi, tarian ini sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.

Tarian Naga

(4)

ADAT RESAM

Adat resam orang cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran falsafah serta etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Oleh kerana itu, mereka kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi hingga malam iaitu mengikut perubahan musim dan pelbagai kuasa tertentu.

Tanpa kepercayaan khusus tentang tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping papan peringatan ( tablet) yang dicatatkan nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupun di rumah tokong.

Hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara adik beradik lelaki dengan ketua keluarga dan antara sahabat amatlah penting. Oleh itu mereka amat menghormati orang yang lebih tua yang di pandang sebagai mempunyai kebijaksanaan. Secara tradisi terdapat nama keluarga dan diturunkan melalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta dari bapanya. Kepentingan meneruskan keluarga menyebabkan perkahwinan seorang lelaki adalah amat penting. Secara tradisi perkahwinan mengikut beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan.

Kelahiran anak mengikut beberapa adat pantang larang untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan. Digalakan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibedung. Pada hari ke 29 anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah dan di gantung dekat bantalnya selama 100 hari dan kemudiannya dibuang ke dalam sungai. Dia diharapkan berani pada masa hayatnya. Setelah 1 bulan upacara ‘Bulan Penuh’akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran tidak akan diperingati kecuali oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran.

Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak, keranda yang baik, tanah kubur yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belanja yang besar. Inilah hadiah terbaik anak pada ibu bapanya. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan peraturan tertentu. Selepas pengkebumian diadakan pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Oleh itu banyak kepercayaan dan pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.

(5)

ALAT MUZIK TRADISIONAL

1. Bo yang juga dikenali sebagai Po adalah sejenis alat muzik yang diklasifikasikan dalam kumpulan Idiofon. Alat ini sangat popular semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang (581-907). Sepasang piring bulat yang rata yang biasanya diperbuat daripada kepingan gangsa. Masyarakat Cina biasanya menganggap bunyi yang kuat sebagai baik sepertimana amalan mereka membakar mercun untuk menghalau hantu.

2. Ching dan Chap adalah alat muzik dalam kategori Idiofon. Alat ini dibuat serupa dan digunakan secara berpasangan. Alat muzik dalam keluarga simbal berbentuk bulat dan berlekuk di bahagian tengah seperti cawan. Ching dan Chap biasanya diperbuat daripada kepingan gangsa nipis.Garis pusatnya adalah di antara 12 hingga 14 sm bagi alat yang kecil dan 23 hingga 26 sm bagi alat yang besar. Ching dan Chap berfungsi sebagai penanda masa dan menentukan tempo dalam pancaragam Piphat.

3. Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon. Ia merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali dua. Erhu adalah di antara alat muzik paling popular dalam keluarga Hu-qin di China. Badan Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi yang dipasangkan dengan kulit ular. Di dalam Orkestra Cina, Erhu terbahagi kepada dua iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua atau ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan kedua.

4. Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon. Ia merupakan alat muzik bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin. Liu Qin dipetik dengan satu alat pemetik yang diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik ini diperbuat daripada plastik. Ia digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat .Selain itu, ia digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina.

Referensi

Dokumen terkait

Pengunaan simbol merupakan cara yang relatif mudah untuk menyampaikan kesan atau pesan kepada orang yang melihatnya atau masyarakat luas, sehingga diharapkan dapat membentuk

Hasil dari penelitian ini adalah sesi konsultasi antara karyawan bagian laboratorium dengan sistem pakar untuk mengetahui jenis bahan baku sepatu yang akan dijadikan bahan

Simple Pay 0% untuk 3, 6 & 12 bulan Minimum transaksi Rp.1.000.000,- Berlaku di seluruh outlet ORISKIN Berlaku untuk PermataKartuKredit Berlaku hingga 31 Mei 2018 Moira Beauty

Pelayanan gizi rawat Jalan merupakan pelayanan gizi yang dimulai dari proses pengkajian gizi, diagnosis gizi, intervensi gizi meliputi penyuluhan/ edukasi dan

Penggunaan Berbagai Bahan Pengikat terhadap Kualitas Fisik dan Kimia Pelet Hijauan Makanan Ternak (Effect of Binder on Physical and Chemical Quality of Grass

Terdapat korelasi terbalik yang kuat antara usia kehamilan dengan preeklamsia berat baik yang early onset maupun yang late onset dengan kadar serum seruloplasmin (p-value

3HQGLGLNDQ DGDODK XVDKD VDGDU GDQ WHUHQFDQD XQWXN PHZXMXGNDQ VXDVDQD EHOD MDU GDQ SURVHV SHPEHODMDUDQ DJDU SHVHUWD GLGLN VHFDUD DNWLI PHQJHPEDQJNDQ SRWHQVL GLULQ\D XQWXN

Puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan karunia-Nya sehingga penulis bisa menyelesaikan Tugas Akhir yang berjudul “ANALISIS