• Tidak ada hasil yang ditemukan

HELAIAN DATA KESELAMATAN DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HELAIAN DATA KESELAMATAN DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD."

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Nama produk: Ethylenediamine Tarikh Diterbitkan: 10.12.2016

Tarikh Cetakan: 15.12.2016

DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD. menggalakkan dan menjangka anda membaca dan memahami keseluruhan RDKB kerana kemungkinan terdapat maklumat penting di dalam dokumen ini. Sila ikuti langkah berjaga-jaga yang dikenal pasti dalam dokumen ini kecuali keadaan penggunaan anda memerlukan kaedah atau tindakan lain yang bersesuaian.

1. PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL

Nama produk: Ethylenediamine

Cadangan Penggunaan dan Larangan Ke atas Penggunaan

Penggunaan-penggunaan yang dikenal pasti: Bahan tambahan bahan api. Fungisid. Resin

poliamida. Chelants. Pengaktif peluntur. Untuk kegunaan industri sebagai satu komponen dalam sistem reaksi. Lain-lain. Kami mengesyorkan anda menggunakan produk ini dalam tatatertib yang konsisten dengan penggunaan yang disenaraikan. Jika penggunaan anda tidak konsisten dengan penggunaan yang disenaraikan, sila hubungi wakil jualan atau perkhidmatan teknikal.

PENGENALAN SYARIKAT

DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD. LEVEL 6,CP TOWER,JALAN 16/11, PUSAT DAGANG SECTION 16, 46350 PETALING JAYA

Selangor MALAYSIA

Nombor Maklumat Pelanggan: 603-7965-5200

SDSQuestion@dow.com NOMBOR TELEFON KECEMASAN

Talian Kecemasan 24 Jam: 1-800-80-1255

Hubungi Kecemasan tempatan: 1800-80-1255

2. PENGENALAN BAHAYA

Pengelasan GHS

Diklasifikasikan sebagai berbahaya mengikut kriteria peraturan. Cecair mudah terbakar - Kategori 3

Ketoksikan akut - Kategori 4 - Oral Ketoksikan akut - Kategori 4 - Dermal

Mengakis/kerengsaan pada kulit - Kategori 1B

Kerosakan mata/kerengsaan mata yang serius - Kategori 1 Pemekaan pernafasan - Kategori 1

(2)

Elemen label GHS Piktogram bahaya

Kata isyarat: BAHAYA! Penyataan bahaya

Cecair dan wap mudah terbakar.

Memudaratkan jika tertelan atau terkena kulit.

Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang teruk. Boleh menyebabkan tindak balas alahan kulit.

Boleh menyebabkan gejala alahan atau asma atau kesukaran bernafas jika tersedut. Pernyataan berjaga-jaga

Pencegahan

Jauhkan daripada haba/ percikan api/ nyalaan terbuka/ permukaan panas. Dilarang merokok. Elakkan daripada tersedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan.

Basuh kulit sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan.

Pakai sarung tangan pelindung/pakaian pelindung/perlindungan mata/perlindungan muka. Jika pengalihudaraan tidak mencukupi, pakai perlindungan pernafasan.

Tindakan

JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Segera tanggalkan/buka semua pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan air/pancuran air.

JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan.

JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas. Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan.

Jika mengalami gejala pernafasan: Hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan. Jika berlaku kebakaran: Gunakan pasir kering, bahan kimia kering atau busa tahan alkohol untuk memadamkan kebakaran.

Penyimpanan

Simpan di tempat berkunci. Bahaya lain

Tiada data tersedia

3. KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Produk ini merupakan suatu bahan.

(3)

Komponen CASRN Kepekatan

Ethylenediamine 107-15-3 >99.0%

4. LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Penerangan langkah-langkah pertolongan cemas

Nasihat umum: Mereka yang memberi pertolongan cemas perlu memberi perhatian kepada

perlindungan diri dan memakai pakaian pelindung yang disyorkan (sarung tangan kalis bahan kimia, alat perlindungan daripada percikan). Jika berpotensi berlaku pendedahan, sila rujuk Seksyen 8 untuk alat kelengkapan pelindung diri yang khusus.

Penyedutan: Alihkan mangsa ke tempat berudara segar. Jika tidak bernafas, beri bantuan

pernafasan; jika melalui mulut ke mulut, gunakan pelindung penyelamat (topeng muka, dan lain-lain). Jika sukar bernafas, oksigen harus diberi oleh kakitangan yang berkelayakan. Hubungi doktor atau bawa ke tempat kemudahan perubatan.

Bersentuh dengan kulit: Basuh serta merta secara berterusan dan menyeluruh dalam air mengalir

selama sekurang-kurangnya 30 minit adalah penting, sambil menanggalkan pakaian yang tercemar. Mendapatkan nasihat doktor dengan segera adalah penting. Basuh pakaian sebelum dipakai semula. Lupuskan dengan sewajarnya barangan kulit seperti kasut, tali pinggang, dan tali jam tangan. Kemudahan Pancuran keselamatan kecemasan yang sesuai harus segera tersedia

Terkena mata: Bilas serta merta dan terus menerus dengan air mengalir selama sekurang-kurangnya

30 minit. Tanggalkan kanta lekap setelah 5 minit pertama dan teruskan membilas. Dapatkan nasihat doktor dengan segera, sebaiknya daripada ahli oftalmologi. Kemudahan mencuci mata kecemasan yang sesuai harus segera tersedia.

Termakan: Jangan dipaksa muntah. Beri satu cawan (8 auns atau 240 ml) air atau susu jika ada dan

bawa ke kemudahan perubatan. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kecuali mangsa sedar sepenuhnya.

Simptom dan kesan yang paling penting untuk akut dan tertangguh: Selain dari maklumat yang

didapati dalam Penerangan langkah-langkah pertolongan kecemasan (di atas) dan indikasi perhatian perubatan serta merta dan rawatan khusus diperlukan (di bawah), sebarang maklumat tambahan simptom dan kesan diterangkan di dalam Seksyen 11: Maklumat Toksikologi.

Tanda-tanda bagi mendapatkan rawatan perubatan segera dan rawatan khas yang perlu

Nota kepada pegawai perubatan: Kekalkan pengalihan udara dan pengoksigenan yang mencukupi

untuk pesakit. Boleh menyebabkan simptom seperti asma (saluran udara reaktif). Bronkodilator, ekspektoran dan antitusif mungkin membantu. Disebabkan sifat-sifat merengsa, penelanan boleh menyebabkan luka terbakar/pengulseran mulut, diikuti oleh striktur pada perut dan trek gastrousus bawah. Aspirasi muntahan boleh menyebabkan kecederaan paru-paru. Kawalan endotrakea/esofagus disarankan jika lavaj telah dilakukan. Luka terbakar kimia pada mata mungkin memerlukan irigasi berlanjutan. Dapatkan nasihat doktor dengan segera, sebaiknya daripada ahli oftalmologi. Jika luka terbakar, rawat sama seperti mana-mana luka terbakar terma, selepas dekontaminasi. Tiada penawar khusus. Rawatan akibat pendedahan perlu terus kepada kawalan simptom serta keadaan klinikal pesakit. Pendedahan berlebihan berulang kali boleh memburukkan penyakit paru-paru sedia ada.

(4)

5. LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN

Bahan pemadam yang sesuai: Kabus air atau semburan halus. Pemadam kebakaran kimia kering.

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida. Buih. Buih kalis alkohol (jenis ATC) lebih diutamakan. Buih sintetik serba guna (termasuk AFFF) atau buih protein boleh berfungsi, tetapi kurang berkesan.

Media alatan pemadam kebakaran yang tidak sesuai: Tiada data tersedia

Bahaya khas yang berpunca daripada bahan atau campuran

Produk-produk pembakaran berbahaya: Ketika berlaku kebakaran, asap boleh mengandungi bahan

asal di samping pembakaran produk dengan komposisi berbeza-beza yang mungkin toksik dan/atau merengsa. Produk pembakaran mungkin termasuk dan tidak terhad kepada: Nitrogen Oksida. Karbon monoksida. Karbon dioksida.

Bahaya Kebakaran Luar Biasa dan Letupan: Pembentukan stim atau letupan besar boleh terjadi

apabila semburan air dikenakan secara terus pada cecair panas. Wap adalah lebih berat dari udara dan boleh bergerak jauh dan berkumpul di kawasan rendah. Nyalaan semula dan/atau balik kilat boleh berlaku.

Nasihat untuk pemadam kebakaran

Prosedur Memadam Kebakaran: Jangan biarkan orang berada dekat. Pencilkan kebakaran dan

jangan biarkan sesiapa masuk tanpa keperluan. Sentiasa berada di kawasan haluan angin. Jauhi kawasan-kawasan rendah di mana gas-gas (asap) boleh berkumpul. Gunakan semburan air untuk menyejukkan bekas yang terdedah kepada kebakaran dan kawasan yang terjejas akibat kebakaran, lakukannya sehingga api dipadamkan dan bahaya penyalaan semula telah tiada. Cecair terbakar boleh dipadamkan melalui pencairan dengan air. Jangan gunakan semburan air secara terus. Boleh menyebabkan api merebak. Hapuskan punca-punca nyalaan. Cecair terbakar boleh dipadamkan dengan menyiram air bagi melindungi kakitangan dan mengurangkan kerosakan harta benda.

Kelengkapan pelindung khas bagi pemadam kebakaran: Pakai alat pernafasan serba lengkap

tekanan positif (jenis SCBA) dan pakaian pelindung pemadam kebakaran (termasuk topi pemadam kebakaran, kot, seluar panjang, but dan sarung tangan). Elakkan sentuhan dengan bahan ini semasa operasi melawan kebakaran. Jika besar kemungkinan terjadi sentuhan, salin kepada pakaian

melawan kebakaran kalis bahan kimia yang lengkap berserta alat pernafasan serba lengkap. Jika tiada, pakai pakaian kalis bahan kimia yang lengkap dengan radas pernafasan serba lengkap dan memadam api dari jarak yang jauh. Bagi kelengkapan pelindung dalam situasi pembersihan selepas kebakaran atau bukan kerana kebakaran, rujuk kepada seksyen yang berkenaan.

6. LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA

Pengawasan diri, peralatan pelindung dan prosedur kecemasan: Kosongkan kawasan. Hanya

kakitangan yang terlatih dan dilindungi sewajarnya dilibatkan di dalam operasi pembersihan. Jauhkan kakitangan daripada kawasan-kawasan yang rendah. Kekalkan arah angin tumpahan. Udarakan kawasan kebocoran atau tumpahan. Kawasan larangan merokok. Singkirkan punca-punca nyalaan dalam persekitaran sekeliling tumpahan atau melepaskan semburan untuk mengelakkan kebakaran atau letupan. Halang dan sekat semua bekas-bekas dan peralatan pengendalian. Bahaya letupan wap. Jauhkan dari pembentung. Rujuk kepada Seksyen 7, Pengendalian, untuk langkah berjaga-jaga tambahan. Gunakan peralatan keselamatan yang sesuai. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Seksyen 8 untuk Kawalan Pendedahan dan Perlindungan Diri.

Langkah-langkah melindungi alam sekitar: Cegah daripada memasuki dalam tanah, parit,

(5)

Kaedah dan bahan bagi pembendungan dan pembersihan: Bendung tumpahan bahan jika boleh. Tumpahan kecil: Serapkan dengan bahan-bahan seperti: Tanah liat. Tanah. Milsorb®. Pasir. JANGAN gunakan bahan penyerap seperti: Batang jagung kisar. Penyerap organik lembab. Mos gambut. Keluarkan dengan penyodok. Tumpahan besar: Bentengkan kawasan untuk bendung tumpahan. Pam dengan peralatan kalis letupan. Jika ada, guna buih untuk meredakan. Kumpulkan dalam bekas yang sesuai dan dilabelkan dengan betul. Lihat Seksyen 13, Pertimbangan Pelupusan, untuk maklumat tambahan.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Pengawasan untuk pengendalian yang selamat: Jauhkan dari haba, percikan dan nyalaan api.

Jangan terkena pada mata, kulit, pakaian. Jangan telan. Elakkan sentuhan kulit yang berpanjangan atau berulang. Elakkan daripada menyedut wapnya. Pastikan bekas sentiasa tertutup. Gunakan dengan pengudaraan yang mencukupi. Basuh sebersih-bersihnya selepas penggunaan. Dilarang merokok, nyalaan terbuka atau sumber pencucuhan di kawasan pengendalian dan penyimpanan. Ikat dan bumikan secara elektrik semua peralatan. Penggunaan peralatan yang tidak menghasilkan bunga api atau kalis letupan, bergantung kepada jenis operasi. Bekas simpanan, walaupun yang sudah dikosongkan, mungkin mengandungi wap. Jangan potong, gerudi, kisar, kimpal atau lakukan aktiviti serupa ke atas atau berhampiran dengan bekas kosong. Lihat Seksyen 8, KAWALAN PENDEDAHAN DAN PERLINDUNGAN DIRI.

Keadaan penyimpanan yang selamat: Minimakan punca-punca pencucuhan, seperti penimbunan

statik, haba, percikan atau nyalaan api. Pastikan bekas senantiasa ditutup rapat Jangan simpan dalam: Tembaga Gangsa. Tembaga. Aloi tembaga.

Kestabilan penyimpanan Tempoh penyimpanan: Pukal. 6 Month Drum plastik. 24 Month

8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI

Parameter Kawalan

Had pendedahan disenaraikan di bawah jika wujud.

Komponen Peraturan Cara untuk

penyenaraian

Nilai/Tatatanda

Ethylenediamine ACGIH TWA 10 ppm

ACGIH TWA SKIN

Dow IHG TWA 5 ppm

Dow IHG TWA SKIN, DSEN, RSEN

MY PEL TWA 25 mg/m3 10 ppm

MY PEL TWA SKIN

Kawalan-kawalan pendedahan

Kawalan kejuruteraan: Gunakan kawalan kejuruteraan untuk mengekalkan paras bawaan udara di

bawah syarat atau garis panduan had pendedahan. Tiada syarat-syarat atau garis panduan bagi had pendedahan, guna dengan pengudaraan yang mencukupi. Pengudaraan ekzos tempatan mungkin perlu untuk sesetengah operasi.

(6)

Langkah-langkah perlindungan individu

Perlindungan mata/muka: Gunakan gogal kimia. Jika pendedahan menyebabkan

ketidakselesaan mata, pakai respirator penuh muka. Perlindungan kulit

Perlindungan tangan: Gunakan sarung tangan kalis bahan kimia pada bahan ini.

Contoh bahan sarung tangan rintangan yang diutamakan termasuk: Polietilena berklorin. Polietilena. Etil vinil alkohol laminat ("EVAL"). Contoh bahan sarung tangan rintangan yang dibenarkan adalah termasuk: Getah Butil Getah asli ("lateks"). Neoprena. Getah nitril/butadiena ("nitril" atau "NBR"). Polivinil klorida ("PVC" atau "vinil"). Viton. Elakkan sarung tangan yang dibuat daripada: Polivinil alkohol ("PVA"). NOTIS: Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi khas dan tempoh penggunaan di tempat kerja perlu mengambil kira semua faktor relevan tempat kerja tetapi tidak terhad kepada, seperti: Bahan kimia lain yang mungkin dikendalikan, keperluan fizikal (perlindungan pemotongan/penebukan, ketangkasan, perlindungan terma), potensi tindak balas badan kepada bahan sarung tangan, termasuk arahan/spesifikasi yang diberi oleh pembekal sarung tangan.

Perlindungan lain: Gunakan pakaian pelindung kalis bahan kimia. Pemilihan pakaian

tertentu seperti penutup muka, sarung tangan, but, apron, atau baju seluruh tubuh bergantung kepada keperluan jenis operasi.

Perlindungan Pernafasan: Perlindungan pernafasan perlu dipakai apabila terdapat potensi

melebihi keperluan atau garis panduan had pendedahan. Jika tiada had keperluan dan garis panduan pendedahan, gunakan alat pernafasan yang dibenarkan. Pemilihan jenis penulen udara atau jenis sumber udara tekanan positif adalah bergantung kepada operasi khusus dan potensi kepekatan bawaan udara ke atas bahan. Untuk keadaan kecemasan, pakai alat pernafasan swalengkap tekanan positif yang diluluskan. Di kawasan terkurung atau yang kurang sempurna pengudaraan, gunakan alat pernafasan swalengkap atau talian udara tekanan positif dengan bekalan udara swalengkap bantu yang diluluskan.

Berikut adalah jenis-jenis respirator penulen udara yang sepatutnya berkesan: Kartrij wap organik.

9. SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Rupa

Keadaan Fizikal Cecair.

Warna Tidak berwarna ke kuning

Bau Berammonia

Had Bau Tiada data ujian tersedia

pH 11.5 Bahan ilmiah1% larutan akueus.

Julat/takat lebur tidak berkenaan bagi cecair

Takat beku 11 °CBahan ilmiah

Takat didih (760 mmHg) 117 °CBahan ilmiah

Takat kilat cawan tertutup 38 °CPenanda Cawan Tertutup ASTM D56

Kadar Penyejatan (Butil Asetat = 1)

0.9 Bahan ilmiah

Kemudahbakaran (pepejal, gas) tidak berkenaan bagi cecair

Had bawah peletupan 4.2 % vol Bahan ilmiah

Had atas peletupan 14.4 % vol Bahan ilmiah

(7)

Ketumpatan Wap Relatif (Udara = 1)

2.1 di; pada20 °CBahan ilmiah

Ketumpatan Relatif (air = 1) 0.897 di; pada20 °C /20 °C Bahan ilmiah

Keterlarutan air 1000 g/L di; pada20 °CBahan ilmiah

Pekali petakan (n-oktanol/air) log Pow: -1.6Diukur

Suhu pengautocucuhan 385 °C Bahan ilmiah

Suhu penguraian Tiada data ujian tersedia

Kelikatan Dinamik 1.265 - 1.725 cPdi; pada20 °CBahan ilmiah

Kelikatan Kinematik Tiada data ujian tersedia

Sifat ledakan Tidak mudah meletup

Sifat mengoksida Tiada

Berat molekul 60.10 g/mol Bahan ilmiah

Rumusan molekular C2H8N2

Peratus kemeruapan Tiada data tersedia

NOTA: Data fizikal yang diberikan di atas adalah nilai-nilai tipikal dan tidak patut ditafsir sebagai spesifikasi.

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kereaktifan: Tiada data tersedia

Kestabilan kimia: Stabil dari segi terma pada suhu penggunaan biasa.

Kemungkinan tindak balas berbahaya: Pempolimeran tidak akan terjadi.

Keadaan untuk dielak: Pendedahan kepada suhu tinggi boleh menyebabkan produk mengurai.

Tindak balas dengan karbon dioksida boleh membentuk amina karbamat. Asap boleh dihasilkan bergantung pada tekanan wap dalam campuran. Produk ini menyerap karbon dioksida daripada udara.

Bahan-bahan yang tidak serasi: Elakkan sentuhan dengan agen pengoksida. Elakkan sentuhan

dengan: Asid-asid. Akrilat. Alkohol. Aldehid. Hidrokarbon berhalogen. Keton. Nitrit. Elakkan sentuhan dengan logam seperti: Tembaga Gangsa. Aloi tembaga. Elakkan sentuhan dengan bahan menyerap seperti: Batang jagung kisar. Penyerap organik lembab. Mos gambut.

Produk penguraian yang berbahaya: Hasil penguraian berbahaya bergantung pada suhu, bekalan

udara dan kehadiran bahan lain. Hasil-hasil penguraian boleh termasuk dan tidak terhad kepada: Karbon monoksida. Karbon dioksida. Ammonia. Amina mudah meruap. Nitrogen Oksida.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Maklumat toksikologi terdapat di dalam seksyen ini apabila data seumpamanya boleh diperolehi.

Ketoksikan akut

(8)

Ketoksikan rendah jika tertelan. Penelanan boleh menyebabkan kerengsaan atau

pengulseran gastrousus. Penelanan mungkin menyebabkan luka terbakar pada mulut dan tekak.

LD50, Tikus, jantan dan betina, 866 mg/kg Ketoksikan akut secara sentuhan kulit

Sentuhan berpanjangan atau meluas boleh menyebabkan penyerapan dalam jumlah yang boleh memudaratkan.

LD50, Arnab, jantan, 560 mg/kg Ketoksikan akut secara penyedutan

Kepekatan wap adalah boleh dicapai yang boleh menjadi bahaya dari pendedahan tunggal. Pendedahan berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan atas (hidung dan kerongkong) serta paru-paru.

LC50, Tikus, jantan, 4 Hour, wap, 14.7 mg/l Dianggarkan.

Mengakis/kerengsaan pada kulit

Sentuhan singkat boleh menyebabkan luka terbakar yang teruk pada kulit. Simptom-simptomnya termasuk rasa sakit, kemerahan setempat yang teruk dan kerosakan tisu.

Diklasifikasikan sebagai mengkakis kepada kulit berdasarkan garis panduan Kerosakan mata/kerengsaan mata yang serius

Boleh menyebabkan kerengsaan teruk dengan kecederaan kornea, yang boleh mengakibatkan cacat kekal pada penglihatan, malah boleh menyebabkan buta. Luka terbakar kimia boleh berlaku.

Wap boleh menyebabkan kerengsaan mata yang dialami sebagai ketidakselesaan ringan dan kemerahan mata.

Pemekaan

Menyebabkan reaksi alergi kulit pada manusia.

Individu yang mempunyai reaksi alahan kulit kepada bahan-bahan yang serupa mungkin mempunyai reaksi alahan kepada produk ini.

Bahan yang serupa adalah: Trietilenatetramina(TETA).

Telah menunjukkan potensi alergi sentuhan ke atas tikus. Menyebabkan reaksi alergi kulit apabila diuji pada tikus belanda. Boleh menyebabkan tindak balas alergi pernafasan.

Organ Sasaran Khusus Ketoksikan Sistemik (Pendedahan Tunggal)

Bahan menghakis. Bahan ini tidak dikelaskan sebagai perengsa pernafasan; bagaimanapun, kerengsaan saluran pernafasan bahagian atas atau kakisan boleh dijangka.

Organ Sasaran Khusus Ketoksikan Sistemik (Pendedahan Berulang) Dalam haiwan, kesan-kesan telah dilaporkan pada organ-organ berikut: Ginjal.

Hati.

Kekarsinogenan

(9)

Keteratogenisis

Telah menjadi toksik kepada fetus dalam haiwan makmal pada dos yang toksik pada induk. Tidak menyebabkan kecacatan kelahiran pada haiwan makmal.

Ketoksikan pembiakan

Dalam kajian haiwan, tidak mengganggu pembiakan. Kemutagenan

Kajian ketoksikan genetik in vitro sebahagian besarnya adalah negatif. Kajian ketoksikan genetik haiwan adalah negatif.

Bahaya Aspirasi

Penyedutan ke dalam paru-paru boleh berlaku semasa tertelan atau muntah, menyebabkan kerosakan tisu atau kecederaan paru-paru.

12. MAKLUMAT EKOLOGI

Maklumat ekotoksikologikal terdapat di dalam seksyen ini apabila data seumpamanya boleh diperolehi.

Ekoketoksikan

Ketoksikan akut pada ikan

Bahan adalah sedikit toksik kepada organisma akuatik atas dasar akut (LC50/EC50 antara 10 dan 100 mg/L dalam spesies paling sensitif yang telah diuji).

LC50, Poecilia reticulata (ikan gupi), ujian semi-statik, 96 Hour, 640 mg/l Ketoksikan akut pada invertebrat akuatik

EC50, Daphnia magna (Kutu air), ujian statik, 48 Hour, 16.7 mg/l Ketoksikan akut pada alga / tumbuhan akuatik

EC50, Pseudokirchneriella subcapitata, ujian statik, 72 Hour, Perencatan kadar tumbesaran, 645 mg/l

EbC50, Pseudokirchneriella subcapitata (alga hijau), 96 Hour, Biojisim, 151 mg/l, Kaedah tidak dinyatakan.

Ketoksikan kepada bakteria

EC50, Bakteria, 16 Hour, 500 - 1,000 mg/l Ketoksikan akuatik kronik

Ketoksikan kronik pada ikan.

NOEC, Ikan, ujian semi-statik, 28 d, keberterusan hidup, > 10 mg/l Ketoksikan kronik pada invertebrat akuatik

NOEC, Daphnia magna (Kutu air), ujian semi-statik, 21 d, bilangan anak, 0.16 mg/l Keselanjaran dan Keterdegradan

Kebolehbiodegradasian: Bahan ini mudah terbiodegradasikan. Lulus ujian OECD bagi

keterbiodegradasikan sedia. 10 hari Tingkap: Tidak tersedia

(10)

Degradasi secara biologi: 95 %

Masa pendedahan: 28 d

Cara: Garis Panduan Ujian OECD 301C atau yang Setara

Keperluan Oksigen Teori: 3.47 mg/mg

Keupayaan bioakumulatif

Bioakumulasi: Potensi pembiopekatan adalah rendah (BCF < 100 atau Log Pow < 3).

Pekali petakan (n-oktanol/air)(log Pow): -1.6di; pada20 °CDiukur

Faktor biokepekatan (BCF): 0.07 Ikan Dianggarkan.

Mobiliti dalam tanah

Potensi mobiliti dalam tanah adalah sangat tinggi (Koc antara 0 dengan 50).

Memberikan pemalar Henry yang sangat rendah, pemeruapan dari bahan air semulajadi atau tanah lembap tidak dijangka sebagai proses kesan utama.

Pekali sekatan(Koc): 4766 Diukur

Keputusan PBT dan penilaian vPvB

Bahan ini tidak dianggap akan menjadi gigih, bioakumulasi mahupun toksik (PBT). Bahan ini tidak dianggap akan menjadi sangat gigih mahupun sangat bioakumulasi (vPvB).

Kesan-kesan mudarat yang lain

Bahan ini tidak tersenarai di dalam bahan-bahan dalam senarai Protokol Montreal yang menipiskan lapisan ozon.

13. MAKLUMAT PELUPUSAN

Kaedah pelupusan: JANGAN BUANG KE DALAM PEMBETUNG, DI ATAS TANAH, ATAU KE

DALAM SEBARANG KELOMPOK AIR. Semua amalan pelupusan mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan Persekutuan, Negeri/Wilayah dan tempatan. Peraturan mungkin berbeza bagi lokasi berlainan. Pengkelasan bahan buangan dan pematuhan undang-undang yang bersesuaian merupakan tanggungjawab sepenuhnya penjana bahan buangan. SEBAGAI PEMBEKAL ANDA, KAMI TIDAK MEMPUNYAI KAWALAN TERHADAP AMALAN PENGURUSAN ATAU PROSES PENGILANGAN PIHAK PENGENDALI ATAU PENGGUNA BAHAN INI. MAKLUMAT YANG DINYATAKAN DI SINI HANYALAH BERKAITAN PRODUK YANG DIHANTAR DALAM KEADAAN SEPATUTNYA SEBAGAIMANA TERCATAT DI DALAM SEKSYEN RDKB: Maklumat Komposisi. UNTUK PRODUK YANG TIDAK DIGUNAKAN DAN TIDAK TERCEMAR, pilihan-pilihan yang diutamakan termasuk menghantar kepada pemegang lesen, yang dibenarkan: Insinerator atau peralatan pemusnah terma yang lain.

Produk ini apabila dilupuskan dalam keadaan belum digunakan dan tidak tercemar harus dirawat sebagai sisa berbahaya.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Klasifikasi untuk pengangkutan JALANRAYA dan Rel:

Nama kiriman yang betul ETHYLENEDIAMINE

Nombor UN UN 1604

Kelas 8 (3)

(11)

Klasifikasi untuk pengangkutan LAUT (IMO/IMDG)

Nama kiriman yang betul ETHYLENEDIAMINE

Nombor UN UN 1604

Kelas 8 (3)

Kumpulan bungkusan II

Pencemar marin Tidak

Pengangkutan secara pukal mengikut Lampiran I atau II MARPOL 73/78 dan Kod IBC atau IGC

Consult IMO regulations before transporting ocean bulk

Klasifikasi untuk pengangkutan UDARA (IATA/ICAO)

Nama kiriman yang betul Ethylenediamine

Nombor UN UN 1604

Kelas 8 (3)

Kumpulan bungkusan II

Maklumat ini adalah tidak bertujuan untuk menyampaikan semua pengawalaturan spesifik atau keperluan/informasi operasi yang berkaitan dengan produk ini. Klasifikasi pengangkutan mungkin berbeza daripada isipadu kontena dan boleh juga dipengaruhi oleh variasi serantau atau peraturan-peraturan dalam negara . Maklumat sistem pengangkutan tambahan boleh diperolehi melalui wakil perkhidmatan pelanggan atau penjual yang sah. Ia merupakan tanggungjawab organisasi

pengangkutan untuk mengikut semua undang-undang, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang berhubungan dengan pengangkutan bahan.

15. MAKLUMAT PENGAWALSELIAAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

16. MAKLUMAT LAIN

Bahan Ilmiah Produk

Maklumat tambahan berkenaan produk ini boleh diperolehi dengan menghubungi pengurus jualan anda atau khidmat pelanggan. Minta brosur produk.

Sistem Pengkadaran Bahaya NFPA

Kesihatan Api Kereaktifan

(12)

Semakan

Nombor Identifikasi:101234218 / A154 / Tarikh Diterbitkan:10.12.2016 / Versi:6.0

Semakan paling baru ditandakan dengan huruf tebal, palang kembar pada sebelah kiri sepanjang dokumen.

Keterangan

ACGIH Amerika Syarikat. ACGIH Threshold Limit Values (TLV) Dow IHG Panduan Kebersihan Industri Dow

MY PEL Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

SKIN Absorbed via skin

SKIN, DSEN, RSEN

Diserap melalui kulit, Pemeka Kulit, Pemeka Pernafasan TWA Purata masa berpemberat

DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD. menekankan agar setiap pelanggan atau penerima Risalah Data Keselamatan Bahan (RDKB) ini mengkaji dengan teliti, meminta nasihat daripada pakar yang sesuai, serta menyedari dan memahami maklumat yang terkandung dalam RDKB dan

mengenal pasti bahaya yang berkait dengan produk ini. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini dikemukakan secara jujur dan dipercayai adalah tepat setakat tarikh berkuat kuasa yang tertera di atas. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa jaminan yang boleh diberikan sama ada yang tersurat atau tersirat. Keperluan pengawalaturan adalah tertakluk kepada perubahan dan mungkin berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Adalah tanggungjawab pembeli/pengguna untuk memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mematuhi undang-undang persekutuan, negeri, wilayah atau tempatan. Maklumat yang dikemukakan di sini hanya berkaitan dengan produk yang dihantar. Oleh sebab syarat untuk kegunaan produk ini bukan di bawah kawalan pengilang, adalah tanggungjawab pembeli/pengguna untuk memastikan kesesuaian keadaan bagi penggunaan produk ini secara selamat. Disebabkan oleh proliferasi ke atas sumber maklumat seperti Risalah Data Keselamatan Bahan (RDKB) pengilang tertentu, kami tidak akan dan tidak boleh bertanggungjawab terhadap Risalah Data Keselamatan Kimia ©SDS yang diperolehi daripada sumber lain. Jika anda memperolehi senaskah Risalah Data Keselamatan Bahan(RDKB) daripada sumber yang lain atau jika anda tidak pasti Risalah Data Keselamatan Bahan(RDKB) yang anda miliki adalah terkini, sila hubungi kami untuk mendapatkan versi yang terkini.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa relefansi strategi penanggulangan terorisme yang dilakukan secara konvensional oleh pemerintah Indonesia pada masa dahulu untuk diterapkan

tindak balas; EmS - Jadual Kecemasan; ENCS - Bahan Kimia Sedia Ada dan Baharu (Jepun); ErCx - Kepekatan yang berkaitan dengan x% tindak balas kadar pertumbuhan; ERG - Panduan Tindakan

Bagi Indonesia yang merupakan negara kepulauan, kenaikan muka air laut ini bisa menenggelamkan pulau kecil terluar yang berarti mengubah konfigurasi garis pangkal

Tipe B Kabupaten Konawe Kabupaten Muna Kabupaten Buton Kota Baubau Kabupaten Wakatobi Kabupaten Kolaka Utara Kabupaten Konawe Selatan Kabupaten Konawe Utara Kabupaten

Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti tetapi tidak

Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti tetapi tidak

PERHATIAN: Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti

PERHATIAN: Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti