• Tidak ada hasil yang ditemukan

HELAIAN DATA KESELAMATAN DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HELAIAN DATA KESELAMATAN DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Nama Produk: ISONATE™ 181 MDI Prepolymer Tarikh Diterbitkan: 30.01.2015

Tarikh Cetakan: 02.02.2015

DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD. menggalakkan dan menjangka anda membaca dan memahami keseluruhan RDKB kerana kemungkinan terdapat maklumat penting di dalam dokumen ini. Sila ikuti langkah berjaga-jaga yang dikenal pasti dalam dokumen ini kecuali keadaan penggunaan anda memerlukan kaedah atau tindakan lain yang bersesuaian.

1. PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL

Nama Produk: ISONATE™ 181 MDI Prepolymer

Cadangan Penggunaan dan Larangan Ke atas Pengunaan

Penggunaan-penggunaan yang dikenal pasti:Komponen bagi pembuatan polimer uretana. Untuk

kegunaan industri sahaja. Pengenalan syarikat

DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD. LEVEL 6,CP TOWER,JALAN 16/11, PUSAT DAGANG SECTION 16, 46350 PETALING JAYA, SELANGOR MALAYSIA

Nombor Maklumat Pelanggan: 603-7965-5200

SDSQuestion@dow.com NOMBOR TELEFON KECEMASAN

Talian Kecemasan 24 Jam:: 1-800-80-1255

Talian Kecemasan Tempatan:: 1800-80-1255

2. PENGENALAN BAHAYA

Pengelasan bahan atau campuran

Diklasifikasikan sebagai berbahaya mengikut kriteria peraturan. Ketoksikan akut - Kategori 4 - Penyedutan

Kakisan/kerengsaan kulit - Kategori 2

Kerosakan mata/kerengsaan mata yang serius - Kategori 2 Pemekaan pernafasan - Kategori 1

Pemekaan kulit - Kategori 1 Kekarsinogenan - Kategori 2

Ketoksikan organ sasaran khusus – pendedahan tunggal - Kategori 3

Ketoksikan organ sasaran khusus – pendedahan berulang - Kategori 2 - Penyedutan Elemen label

(2)

Kata isyarat:BAHAYA! Bahan-bahan berbahaya Menyebabkan kerengsaan kulit.

Boleh menyebabkan tindak balas alahan kulit. Menyebabkan kerengsaan mata yang serius. Memudaratkan jika tersedut.

Boleh menyebabkan gejala alahan atau asma atau kesukaran bernafas jika tersedut. Boleh menyebabkan kerengsaan pernafasan.

Disyaki menyebabkan kanser.

Boleh menyebabkan kerosakan organ (Saluran Pernafasan) melalui pendedahan berpanjangan atau berulang jika tersedut.

Penyataan Pengawasan Pencegahan

Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk. Jangan sedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan. Pakai sarung perlindungan mata/ perlindungan muka. Pakai sarung tangan pelindung.

Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang diperlukan.

Jika pengalihudaraan tidak mencukupi, pakai perlindungan pernafasan. Tindakan

JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan jika anda rasa tidak sihat.

JIKA terdedah atau terkena bahan: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan. Jika berlaku kerengsaan kulit atau ruam: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan. Jika kerengsaan mata berterusan: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan. Bahaya lain

Tiada data tersedia

3. KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Produk ini merupakan suatu bahan.

Komponen CASRN Kepekatan

Methylenediphenyl diisocyanate (MDI)

26447-40-5 <=100.0%

(3)

diisocyanate Methylenediphenyl diisocyanate, dipropyleneglycol, tripropyleneglycol, copolymer 68092-58-0 >45.0 - <55.0% Nota

Catatan: CAS 101-68-8 adalah Isomer MDI yang sebahagian dari CAS

26447-40-4. LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Penerangan langkah-langkah pertolongan cemas

Nasihat umum:Mereka yang memberi pertolongan cemas perlu memberi perhatian kepada

perlindungan diri dan memakai pakaian pelindung yang disyorkan (sarung tangan kalis bahan kimia, alat perlindungan daripada percikan). Jika berpotensi berlaku pendedahan, sila rujuk seksyen 8 untuk alat kelengkapan pelindung diri yang tertentu.

Penyedutan:Alihkan mangsa ke tempat berudara segar. Jika tidak bernafas, beri bantuan

pernafasan; jika melalui mulut ke mulut, gunakan pelindung penyelamat (topeng muka, dan lain-lain). Jika sukar bernafas, oksigen harus diberi oleh kakitangan yang berkelayakan. Panggil doktor atau bawa ke tempat kemudahan perubatan.

Bersentuh dengan kulit:Keluarkan bahan daripada kulit serta-merta dan cuci menggunakan sabun

dan air yang banyak. Tanggalkan pakaian dan kasut yang tercemar semasa mencuci. Dapatkan rawatan perubatan jika kerengsaan berterusan. Basuh pakaian sebelum dipakai semula. Satu MDI kajian dekontaminasi kulit menunjukkan bahawa pembersihan segera selepas pendedahan adalah penting, dan pembersih kulit berasaskan polyglycol atau minyak jagung mungkin lebih berkesan daripada sabun dan air. Musnahkan semua barang yang tidak boleh dinyahcemar, termasuk barangan kulit seperti kasut, tali pinggang dan tali jam tangan. Kemudahan Pancuran keselamatan kecemasan yang sesuai harus tersedia di kawasan kerja.

Terkena mata:Serta merta bilas mata dengan air; tanggalkan kanta lekap, jika ada, selepas 5 minit

pertama, kemudian teruskan membilas mata selama sekurang-kurangnya 15 minit. Dapatkan rawatan perubatan tanpa lengah, sebaiknya daripada ahli oftalmologi. Kemudahan mencuci mata kecemasan yang sesuai harus segera tersedia.

Termakan:Jika tertelan, dapatkan bantuan perubatan. Jangan paksa muntah kecuali diarahkan

berbuat demikian oleh kakitangan perubatan.

Simptom dan kesan yang paling penting untuk akut dan tertangguh:Selain dari maklumat yang

didapati dalam Penerangan langkah-langkah pertolongan kecemasan (di atas) dan indikasi perhatian perubatan serta merta dan rawatan khusus diperlukan (di bawah), sebarang maklumat tambahan simptom dan kesan diterangkan di dalam Seksyen 11: Maklumat Toksikologi.

Tanda-tanda bagi mendapatkan rawatan perubatan segera dan rawatan khas yang perlu

Nota kepada pegawai perubatan:Kekalkan pengalihan udara dan pengoksigenan yang mencukupi

untuk pesakit. Boleh menyebabkan pemekaan pernafasan atau simpton seperti asma. Bronkodilator, ekspektoran dan antitusif mungkin membantu. Rawat bronkospasma dengan sedutan agonis beta2 dan kortikosteroid oral atau parenteral. Simptom pernafasan, termasuk edema pulmonari, mungkin tertangguh. Mereka yang banyak terdedah harus diperhatikan selama 24-48 jam, untuk memastikan jika terdapat tanda-tanda distres pernafasan. Jika anda peka kepada diisosianat, dapatkan nasihat

(4)

doktor anda mengenai bekerja dengan perengsa atau pemeka pernafasan yang lain. Rawatan akibat pendedahan perlu terus kepada kawalan simptom serta keadaan klinikal pesakit. Pendedahan berlebihan boleh memburukkan asma sedia ada dan gangguan pernafasan yang lain (misalnya emfisema, bronkitis, sindrom disfungsi saluran udara reaktif).

5. LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN

Bahan pemadam yang sesuai:Kabus air atau semburan halus. Pemadam kebakaran kimia kering.

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida. Buih. Buih kalis alkohol (jenis ATC) lebih diutamakan. Buih sintetik kegunaan umum (termasuk AFFF) atau buih protein boleh berfungsi, tetapi kurang berkesan.

Media alatan pemadam kebakaran yang tidak sesuai:Jangan gunakan semburan air secara terus.

Boleh menyebabkan api merebak.

Bahaya khas yang berpunca daripada bahan atau campuran

Produk-produk pembakaran berbahaya:Ketika berlaku kebakaran, asap boleh mengandungi bahan

asal di samping pembakaran produk dengan komposisi berbeza-beza yang mungkin toksik Produk pembakaran mungkin termasuk dan tidak terhad kepada: Nitrogen Oksida. Isosianat-isosianat. Hidrogen sianida. Karbon monoksida. Karbon dioksida.

Kebakaran Luar Biasa dan Bahaya Letupan:Bahan bertindak balas perlahan-lahan dengan air,

membebaskan karbon dioksida yang boleh menyebabkan pembentukan tekanan dan bekas bertutup pecah. Suhu tinggi mempercepatkan tindak balas ini. Bekas boleh pecah akibat penghasilan gas semasa kebakaran. Pembentukan stim atau letupan besar boleh terjadi apabila semburan air dikenakan secara terus pada cecair panas. Produk akan menghasilkan asap tebal apabila terbakar. Ikat dan bumikan secara elektrik semua peralatan.

Nasihat untuk pemadam kebakaran

Prosedur Memadam Kebakaran:Jangan biarkan orang berada dekat. Pencilkan kebakaran dan

jangan biarkan sesiapa masuk tanpa keperluan. Sentiasa berada di kawasan haluan angin. Jauhi kawasan-kawasan rendah di mana gas-gas (asap) boleh berkumpul. Air tidak dicadangkan,tetapi boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak sebagai semburan halus semasa agen-agen

pemadaman lain tidak didapati. Lawan kebakaran daripada lokasi yang terlindung atau jarak yang selamat. Perlu pertimbangkan penggunaan pemegang hos tanpa pengendali, atau pantau muncung hos. Serta merta keluarkan semua kakitangan daripada kawasan sekiranya bunyi semakin kuat dari bolong peranti keselamatan atau warna bekas semakin pudar. Jangan gunakan semburan air secara terus. Boleh menyebabkan api merebak. Pindahkan bekas dari kawasan kebakaran jika tiada

bahaya. Gunakan semburan air untuk menyejukkan bekas yang terdedah kepada kebakaran dan kawasan yang terjejas oleh kebakaran hingga api dipadamkan. Jika boleh, tampung limpahan air daripada kebakaran. Limpahan air daripada kebakaran yang tidak ditampung boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Lihat Seksyen “Langkah-Langkah Pembebasan Secara Tidak Sengaja” dan “Maklumat Ekologi” di dalam LDKB ini.

Kelengkapan pelindung khas bagi pemadam kebakaran:Pakai alat pernafasan serba lengkap

tekanan positif (jenis SCBA) dan pakaian pelindung pemadam kebakaran (termasuk topi pemadam kebakaran, kot, seluar panjang, but dan sarung tangan). Elakkan sentuhan dengan bahan ini semasa operasi melawan kebakaran. Jika besar kemungkinan terjadi sentuhan, salin kepada pakaian

melawan kebakaran kalis bahan kimia yang lengkap berserta alat pernafasan serba lengkap. Jika tiada, pakai pakaian kalis bahan kimia yang lengkap dengan radas pernafasan serba lengkap dan memadam api dari jarak yang jauh. Bagi kelengkapan pelindung dalam situasi pembersihan selepas kebakaran atau bukan kerana kebakaran, rujuk kepada seksyen yang berkenaan.

(5)

6. LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA

Pengawasan diri, peralatan pelindung dan prosedur kecemasan:Pencilkan kawasan. Jangan

benarkan kakitangan yang tidak diperlukan dan tidak dilindungi daripada memasuki kawasan tersebut. Jauhkan kakitangan daripada kawasan-kawasan yang rendah. Pindahkan ke kawasan huluan angin dari tempat tumpahan. Bahan tumpahan boleh menyebabkan bahaya gelincir. Udarakan kawasan kebocoran atau tumpahan. Jika ada, gunakan buih untuk meredakan. Rujuk kepada Seksyen 7, Pengendalian, untuk ukuran tambahan langkah berjaga-jaga. Lihat seksyen 10 untuk maklumat yang lebih spesifik. Gunakan peralatan keselamatan yang sesuai. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Seksyen 8 untuk Kawalan Pendedahan dan Perlindungan Diri.

Langkah-langkah melindungi alam sekitar:Cegah daripada memasuki dalam tanah, parit,

pembentung, laluan air dan/atau air bawah tanah. Lihat Seksyen 12, Maklumat Ekologi.

Kaedah Pembersihan/Kaedah Penyekatan:Bendung tumpahan bahan jika boleh. Serapkan

dengan bahan-bahan seperti: Tanah. Vermiculite Pasir. Tanah liat. JANGAN gunakan bahan penyerap seperti: Serbuk simen (Nota: Boleh menghasilkan haba). Kumpulkan dalam bekas terbuka yang sesuai dan dilabel dengan betul. Jangan letakkan dalam bekas terkedap. Bekas-bekas yang sesuai termasuk: Tong dram logam. Drum plastik. Pac fiber berlapik poli. Basuh kawasan tumpahan dengan kuantiti air yang banyak. Percubaan untuk peneutralan dengan menambah bahan-bahan penyahcemar yang sesuai seperti:

Formulasi 1: natrium karbonat 5-10%;bahan cuci cecair 0.2-2%;air untuk membentuk 100%,ATAU Formulasi 2: larutan ammonia pekat 3-8%;bahan cuci cecair 0.2-2%;air untuk membentuk 100%. Jika ammonia digunakan, pengudaraan yang baik digunakan untuk mengelakkan pendedahan wap. Hubungi pembekal anda untuk bantuan pembersihan. Lihat Seksyen 13, Pertimbangan Pelupusan, untuk maklumat tambahan.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Pengawasan untuk pengendalian yang selamat:Elakkan daripada menyedut wapnya. Elakkan

daripada terkena mata, kulit dan pakaian. Elakan sentuhan berpanjangan atau berulang-ulang dengan kulit. Gunakan dengan pengudaraan yang mencukupi Basuh sebersih-bersihnya selepas penggunaan. Pastikan bekas senantiasa ditutup rapat Lihat Seksyen 8, Kawalan Pendedahan dan Perlindungan Diri.

Tumpahan bahan-bahan organik ini ke atas penebatan bergentian panas boleh membawa kepada pengurangan suhu swapencucuh yang boleh membawa kepada pembakaran spontan.

Keadaan penyimpanan yang selamat:Simpan di tempat kering. Lindungi daripada lembapan

atmosfera. Jangan simpan produk tercemar dengan air untuk mengelakkan potensi tindak balas berbahaya. Lihat seksyen 10 untuk maklumat yang lebih spesifik. Maklumat penyimpanan dan pengendalian tambahan bagi produk ini boleh diperolehi dengan menghubungi khidmat jualan atau pelanggan anda.

Kestabilan penyimpanan

Suhu penyimpanan: Tempoh penyimpanan:

(6)

8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI

Had-had kawalan

Had pendedahan disenaraikan di bawah jika wujud.

Komponen Peraturan Cara untuk

penyenaraian Nilai/Tatatanda 4,4' -Methylenediphenyl diisocyanate ACGIH TWA 0.005 ppm MY PEL TWA 0.051 mg/m3 0.005 ppm Kawalan-kawalan pendedahan

Kawalan kejuruteraan:Gunakan hanya dengan ventilasi yang mencukupi. Pengudaraan ekzos

tempatan mungkin perlu untuk sesetengah operasi. Sediakan alih udara ekzos setempat dan/atau umum untuk mengawal aras bawahan udara supaya kurang daripada garis panduan pendedahan. Sistem ekzos seharusnya direkabentuk untuk mengalihkan udara daripada punca penghasilan wap/aerosol dan pekerja yang berkerja di tempat ini.. Bau dan takat merengsa bahan ini tidak memadai sebagai amaran pendedahan berlebihan.

Langkah-langkah perlindungan individu

Perlindungan mata/muka:Gunakan gogal kimia. Gogal kimia perlu selaras dengan EN 166

atau yang setara. Perlindungan kulit

Perlindungan tangan:Gunakan sarung tangan kalis bahan kimia yang

diklasifikasikan di bawah Piawai EN374: Sarung tangan pelindung terhadap bahan kimia dan mikro-organisma. Contoh bahan sarung tangan rintangan yang diutamakan termasuk: Getah Butil Polietilena. Polietilena berklorin. Etil vinil alkohol laminat ("EVAL"). Contoh bahan sarung tangan rintangan yang dibenarkan adalah termasuk: Neoprena. Viton. Polivinil klorida ("PVC" atau "vinil"). Getah nitril/butadiena ("nitril" atau "NBR"). Jika sentuhan berpanjangan atau sering berulang kali boleh terjadi, sarung tangan dengan kelas perlindungan 5 atau lebih (jangka masa penerobosan melebihi 240 minit menurut EN 374) disarankan. Jika sentuhan sebentar sahaja yang dijangkakan, sarung tangan dengan kelas perlindungan 3 atau lebih (jangka masa penerobosan melebihi 60 minit menurut EN 374) disarankan. NOTIS: Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi khas dan tempoh penggunaan di tempat kerja perlu mengambil kira semua faktor relevan tempat kerja seperti, tetapi tidak terhad kepada: bahan kimia lain yang mungkin dikendalikan, keperluan fizikal (perlindungan pemotongan/kebocoran, ketangkasan, perlindungan terma), potensi tindak balas badan kepada bahan sarung tangan, termasuk arahan/spesifikasi yang diberi oleh pembekal sarung tangan.

Perlindungan lain:Gunakan pakaian pelindung kalis bahan kimia. Pemilihan pakaian

tertentu seperti penutup muka, sarung tangan, but, apron, atau baju seluruh tubuh bergantung kepada keperluan jenis operasi.

Perlindungan Pernafasan:Aras atmosfera patut dikekalkan di bawah garis panduan

pendedahan. Jika aras atmosfera boleh melebihi garis panduan pendedahan, gunakan respirator penulen udara yang diluluskan dan dilengkapi bahan pengerap wap organik dan turas zarahan. Bagi situasi di mana aras atmosfera boleh melebihi aras keberkesanan respirator penulen udara, gunakan respirator bekalan udara tekanan positif (talian udara atau alat pernafasan swalengkap). Bagi respons kecemasan atau situasi apabila aras atmosfera tidak diketahui, gunakan alat pernafasan swalengkap tekanan positif atau talian udara tekanan positif dengan bekalan udara swalengkap bantu yang diluluskan.

Gunakan alat pernafasan penyegar udara yang diluluskan oleh CE seperti ber Katrij wap organik dengan pra-penuras berzarah, jenis AP2.

(7)

9. SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Rupa

Keadaan Fizikal cecair

Warna Tidak berwarna ke kuning

Bau Ringan

Had Bau 0.4 ppm Berdasarkan maklumat bertulis untuk MDI. Bau

adalah amaran yang tidak memadai tentang pendedahan berlebihan.

pH Tidak berkenaan.

Julat lebur/takat Tiada data ujian tersedia

Takat beku Tiada data ujian tersedia

Takat didih (760 mmHg) 200 °CBahan ilmiahMengurai

Takat Kilat cangkir bertutup > 224 °CASTM D 93

Kadar Penyejatan (Butil Asetat = 1)

Tiada data ujian tersedia

Kemudahbakaran (pepejal, gas) tidak berkenaan bagi cecair

Had bawah peletupan Tiada data ujian tersedia

Had atas peletupan Tiada data ujian tersedia

Tekanan Wap < 0.00001 mmHg di; pada25 °CBahan ilmiah

Relatif Ketumpatan Wap (Udara = 1)

>1 Dianggarkan.

Ketumpatan Relatif (air = 1) 1.20 di; pada20 °C /20 °C Bahan ilmiah

Keterlarutan air tak terlarut, bertindak balas, evolusi CO2

Pekali petakan (n-oktanol/air) Tiada data tersedia

Suhu pengautocucuhan Tiada data ujian tersedia

Suhu penguraian Tiada data ujian tersedia

Kelikatan Kinematik Tiada data ujian tersedia

Sifat ledakan Tidak mudah meletup

Sifat mengoksida Tiada

Berat Molekul Tiada data ujian tersedia

NOTA: Data fizikal yang diberikan di atas adalahnilai-nilai tipikal dan tidak patut ditafsir sebagai spesifikasi.

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kereaktifan:Produk berasaskan diisosianat seperti TDI dan MDI bertindak balas dengan pelbagai

bahan lalu mengeluarkan haba. Kadar tindak balas meningkat mengikut kenaikan suhu serta peningkatan sentuhan; tindak balas tersebut boleh menjadi ganas. Sentuhan meningkat apabila dikacau atau jika bahan lain bertindak sebagai pelarut. Produk berasaskan diisosianat seperti TDI dan MDI tidak terlarut dalam air dan akan tenggelam ke bawah, tetapi bertindak balas perlahan-lahan di antara muka. Tindak balas membentuk gas karbon dioksida dan lapisan poliurea pepejal.

(8)

Kestabilan kimia:Stabil dalam keadaan penyimpanan yang disyorkan. Lihat Penyimpanan, Seksye

Kemungkinan tindak balas berbahaya:Boleh terjadi. Pendedahan kepada suhu tinggi boleh

menyebabkan produk mengurai dan menghasilkan gas. Ini boleh menyebabkan naiknya tekanan dan / atau pecahnya bekas simpanan tertutup. Pempolimeran boleh dimangkinkan oleh: Bes kuat. Air.

Keadaan untuk dielak:Pendedahan kepada suhu tinggi boleh menyebabkan produk mengurai.

Penghasilan gas semasa penguraian boleh menyebabkan tekanan dalam sistem bertutup. Peningkatan tekanan boleh berlaku dengan pesat. Elakkan kelembapan. Bahan bertindak balas perlahan-lahan dengan air, membebaskan karbon dioksida yang boleh menyebabkan pembentukan tekanan dan bekas bertutup pecah. Suhu tinggi mempercepatkan tindak balas ini.

Bahan-bahan yang tidak serasi:Elakkan sentuhan dengan: Asid-asid. Alkohol. Amina. Air.

Ammonia. Bes. Sebatian-sebatian logam. Udara lembap. Pengoksida kuat Produk berasaskan diisosianat seperti TDI dan MDI bertindak balas dengan pelbagai bahan lalu mengeluarkan haba. Kadar tindak balas meningkat mengikut kenaikan suhu serta peningkatan sentuhan; tindak balas tersebut boleh menjadi ganas. Sentuhan meningkat apabila dikacau atau jika bahan lain bertindak sebagai pelarut. Produk berasaskan diisosianat seperti TDI dan MDI tidak terlarut dalam air dan akan tenggelam ke bawah, tetapi bertindak balas perlahan-lahan di antara muka. Tindak balas membentuk gas karbon dioksida dan lapisan poliurea pepejal. Elakkan sentuhan dengan logam seperti:

Aluminium. Zink. Tembaga Timah. Tembaga. Logam galvani. Elakkan sentuhan dengan bahan menyerap seperti: Penyerap organik lembab. Elakkan sentuhan tidak sengaja dengan poliol. Tindak balas poliol dan isosianat menghasilkan haba.

Produk penghuraian yang berbahaya:Hasil penguraian berbahaya bergantung pada suhu,bekalan

udara dan kehadiran bahan lain. Gas dibebaskan semasa penguraian.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Maklumat toksikologi tentang produk ini atau komponennya terdapat dalam seksyen ini apabila data telah tersedia.

Ketoksikan akut

Ketoksikan akut secara oral

Ketoksikan rendah jika tertelan. Jika tertelan dalam jumlah sedikit sewaktu melakukan operasi pengendalian biasa berkemungkinan tidak menyebabkan kecederaan;

walaubagaimanapun, jika tertelan dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan kecedaraan. Pemerhatian pada haiwan termasuk: Kerengsaan Gastrousus.

Sebagai produk: Dos tunggal oral LD50 belum ditentukan. Ketoksikan akut secara sentuhan kulit

Sentuhan pada kulit yang berpanjangan berkemungkinan tidak menyebabkan penyerapan dalam jumlah yang boleh memudaratkan.

Sebagai produk: LD50 dermis belum ditentukan. Ketoksikan akut secara penyedutan

Pada suhu bilik, wap-wap adalah minima disebabkan kemeruapan rendah. Walau

bagaimanapun, operasi-operasi tertentu boleh menghasilkan kepekatan wap atau kabus. Operasi-operasi tersebut termasuk bahan yang dipanaskan, disembur ataupun disebarkan secara mekanikal seperti penggendangan, pelohongan atau pengepaman. Pendedahan berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan atas (hidung dan

(9)

kerongkong) serta paru. Boleh menyebabkan edema pulmonari (bendalir dalam paru-paru). Kesan-kesan mungkin tertunda. Penurunan fungsi paru-paru telah dikaitkan dengan pendedahan berlebihan terhadap isosianat.

Sebagai produk: LC50 belum ditentukan.

Kakisan/kerengsaan kulit

Sentuhan berpanjangan boleh menyebabkan kerengsaan kulit dengan kemerahan setempat. Boleh mengotorkan kulit.

Kerosakan pada mata/kerengsaan mata yang serius Boleh menyebabkan kerengsaan sederhana pada mata.

Boleh menyebabkan kecederaan ringan sementara pada kornea. Pemekaan

Sentuhan kulit boleh menyebabkan reaksi alergi kulit.

Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa kulit yang terkena isosianat mungkin memainkan peranan dalam pemekaan pernafasan.

Boleh menyebabkan tindak balas alergi pernafasan.

Kepekatan MDI di bawah garis panduan pendedahan boleh menyebabkan tindak balas pernafasan alergi pada individu yang peka.

Simptom-simptom seperti asma boleh termasuk batuk, kesukaran bernafas dan rasa sesak dada. Kadang kala, kesukaran bernafas mungkin mengancam nyawa.

Organ Sasaran Khusus Ketoksikan Sistemik (Pendedahan Tunggal)

Mengandungi komponen-komponen yang diklasifikasikan sebagai bahan toksik organ sasaran tertentu, pendedahan tunggal, kategori 3.

Organ Sasaran Khusus Ketoksikan Sistemik (Pendedahan Diulang)

Kecederaan tisu dalam saluran pernafasan atas dan paru-paru dikesan pada haiwan makmal selepas pendedahan berlebihan secara berulang-ulang kepada aerosol MDI/MDI polimer.

Kekarsinogenan

Tumor paru-paru telah diperhatikan dalam haiwan makmal yang terdedah kepada titikan aerosol oleh MDI/Polymeric MDI (6mg/m3) dalam seluruh hidup. Tumor terjadi dengan respirasi dan paru-paru terluka. Maklumat tentang pendedahan dijangka melindungi terhadap kesan yang dilaporkan untuk MDI.

Keteratogenisis

Dalam haiwan-haiwan makmal, MDI/polimerik MDI tidak menyebabkan kecacatan kelahiran; kesan-kesan janin yang lain berlaku hanya pada dos-dos yang tinggi yang toksik kepada induk.

Ketoksikan pembiakan Tiada data relevan ditemui. Kemutagenan

Data ketoksikan genetik ke atas MDI tidak membawa kepada sebarang keputusan. MDI adalah positif lemah dalam beberapa kajian in vitro; manakala kajian in vitro lain memberikan keputusan negatif. Kajian kemutagenan haiwan sebahagian besarnya adalah negatif.

Bahaya Aspirasi

(10)

KOMPONEN MEMPENGARUHI TOKSIKOLOGI: Methylenediphenyl diisocyanate (MDI)

Ketoksikan akut secara oral

LD50, Tikus, > 2,000 mg/kg Tiada kematian terjadi pada konsentrasi ini. Ketoksikan akut secara sentuhan kulit

LD50, Arnab, > 9,400 mg/kg

Ketoksikan akut secara penyedutan LC50, Tikus, 1 Hour, debu/kabut, 2.24 mg/l 4,4' -Methylenediphenyl diisocyanate

Ketoksikan akut secara oral

LD50, Tikus, > 2,000 mg/kg Tiada kematian terjadi pada konsentrasi ini. Ketoksikan akut secara sentuhan kulit

LD50, Arnab, > 9,400 mg/kg

Ketoksikan akut secara penyedutan LC50, Tikus, 1 Hour, debu/kabut, 2.24 mg/l

Methylenediphenyl diisocyanate, dipropyleneglycol, tripropyleneglycol, copolymer Ketoksikan akut secara oral

Khas untuk famili bahan ini. Pemerhatian pada haiwan termasuk: Kerengsaan Gastrousus. LD50, Tikus, > 2,000 mg/kg Dianggarkan. Tiada kematian terjadi pada konsentrasi ini. Ketoksikan akut secara sentuhan kulit

Khas untuk famili bahan ini. LD50, Arnab, > 9,400 mg/kg Ketoksikan akut secara penyedutan

LC50 belum ditentukan.

Untuk bahan yang sama: 4,4'-Methylenediphenyl diisocyanate (CAS 101-68-8). LC50, Tikus, 1 Hour, Aerosol, 2.24 mg/l

Untuk bahan yang sama: 2,4'-Diphenylmethane diisocyanate (CAS 5873-54-1). LC50, Tikus, 4 Hour, Aerosol, 0.31 mg/l

12. MAKLUMAT EKOLOGI

Maklumat ekotoksikologi produk ini atau komponennya terdapat dalam seksyen ini apabila data telah tersedia.

Ekoketoksikan

Ketoksikan akut untuk ikan

Keekotoksikan yang diukur adalah bagi produk terhidrolisis, kebiasaannya pada keadaan yang memaksimumkan penghasilan spesis boleh larut.

Bahan ini tidak diklasifikasikan sebagai merbahaya kepada organisma akuatik

(11)

Berdasarkan pada informasi untuk satu bahan yang serupa:

LC50, Danio rerio (ikan zebra), ujian statik, 96 Hour, > 1,000 mg/l, Garis Panduan Ujian OECD 203 atau yang Setara

Ketoksikan akut untuk invertebrat akuatik

Berdasarkan pada informasi untuk satu bahan yang serupa:

EC50, Daphnia magna (Telepuk), ujian statik, 24 Hour, > 1,000 mg/l, Garis Panduan Ujian OECD 202 atau yang Setara

Ketoksikan akut kepada alga / tumbuhan akuatik

Berdasarkan pada informasi untuk satu bahan yang serupa:

NOEC, Desmodesmus subspicatus (alga hijau), ujian statik, 72 Hour, Perencatan kadar tumbesaran, 1,640 mg/l, Garis Panduan Ujian OECD 201 atau yang Setara

Ketoksikan kepada bakteria

Berdasarkan pada informasi untuk satu bahan yang serupa:

EC50, enap cemar yang diaktifkan, ujian statik, 3 Hour, Kadar pernafasan., > 100 mg/l Ketoksikan untuk organisma tanah perumahan

EC50, Eisenia fetida (cacing tanah), Berdasarkan pada informasi untuk satu bahan yang serupa:, 14 d, > 1,000 mg/kg

Ketoksikan untuk tumbuh-tumbuhan daratan

EC50, avena sativa (oat), Perencatan pertumbuhan, 1,000 mg/l EC50, Lactuca sativa (selada), Perencatan pertumbuhan, 1,000 mg/l Keselanjaran dan Keterdegradan

Kebolehbiodegradasian: Dalam persekitaran akuatik dan daratan, bahan ini bertindakbalas

dengan air membentuk lebih banyak poliurea tidak boleh larut yang dilihat stabil. Dalam persekitaran atmosfera,bahan dijangka mempunyai separuh hayat troposfera yang pendek, berdasarkan pada pengiraan dan melalui analogi dengan diisosianat yang berkaitan.

10 hari Tingkap: Tidak tersedia

Degradasi secara biologi: 0 %

Masa pendedahan: 28 d

Cara: Garis Panduan Ujian OECD 302C atau yang Setara

Keupayaan bioakumulatif

Bioakumulasi: Potensi pembiopekatan adalah rendah (BCF < 100 atau Log Pow < 3).

Faktor biokepekatan (BCF): 92 Cyprinus carpio (Kap) 28 d

Mobiliti dalam tanah

Dalam persekitaran akuatik dan daratan, gerakan adalah dijangka terhad dengan

tindakbalasnya bersama air menghasilkan sebahagian besar poliurea yang tidak boleh larut.

Keputusan PBT dan penilaian vPvB

Bahan ini tidak dianggap sebagai gigih, bioakumulasi dan toksik (PBT). Kesan-kesan mudarat yang lain

Bahan ini tidak terdapat di Lampiran I Peraturan (EC) No 1005/2009 atas bahan yang menipiskan lapisan ozon.

(12)

13. MAKLUMAT PELUPUSAN

Kaedah pelupusan:Sebarang amalan pembuangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan

peraturan-peraturan tempatan dan negara. Jangan buang ke dalam pembetung, ke tanah atau ke dalam mana-mana takungan air.

Produk ini apabila dilupuskan dalam keadaan belum digunakan dan tidak tercemar harus dirawat sebagai sisa berbahaya.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Klasifikasi untuk pengangkutan JALANRAYA dan Rel: Not regulated for transport

Klasifikasi untuk pengangkutan LAUT (IMO/IMDG)

Not regulated for transport Pengangkutan secara

pukal mengikut Lampiran I atau II MARPOL 73/78 dan Kod IBC atau IGC

Consult IMO regulations before transporting ocean bulk

Klasifikasi untuk pengangkutan UDARA (IATA/ICAO)

Not regulated for transport

Maklumat ini adalah tidak bertujuan untuk menyampaikan semua pengawalaturan spesifik atau keperluan/informasi operasi yang berkaitan dengan produk ini. Klasifikasi pengangkutan mungkin berbeza daripada isipadu kontena dan boleh juga dipengaruhi oleh variasi serantau atau peraturan-peraturan dalam negara . Maklumat sistem pengangkutan tambahan boleh diperolehi melalui wakil perkhidmatan pelanggan atau penjual yang sah. Ia merupakan tanggungjawab organisasi

pengangkutan untuk mengikut semua undang-undang, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang berhubungan dengan pengangkutan bahan.

15. MAKLUMAT PENGAWALSELIAAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

(13)

Bahan Ilmiah Produk

Maklumat tambahan pada produk ini boleh didapati dengan menghubungi Bahagian Jualan atau Pusat Khidmat Pelanggan hubungan anda.

Semakan

Nombor Identifikasi:101199319 / A154 / Tarikh Diterbitkan:30.01.2015 / Versi:6.0

Semakan paling baru ditandakan dengan huruf tebal, palang kembar pada sebelah kiri sepanjang dokumen.

Keterangan

ACGIH Amerika Syarikat. ACGIH Threshold Limit Values (TLV)

MY PEL Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000. TWA Kepekatan di udara purata berpemberat lapan jam

DOW CHEMICAL (MALAYSIA) SDN. BHD. menekankan agar setiap pelanggan atau penerima Risalah Data Keselamatan Bahan (RDKB) ini mengkaji dengan teliti, meminta nasihat daripada pakar yang sesuai, serta menyedari dan memahami maklumat yang terkandung dalam RDKB dan

mengenal pasti bahaya yang berkait dengan produk ini. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini dikemukakan secara jujur dan dipercayai adalah tepat setakat tarikh berkuat kuasa yang tertera di atas. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa jaminan yang boleh diberikan sama ada yang tersurat atau tersirat. Keperluan pengawalaturan adalah tertakluk kepada perubahan dan mungkin berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Adalah tanggungjawab pembeli/pengguna untuk memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mematuhi undang-undang persekutuan, negeri, wilayah atau tempatan. Maklumat yang dikemukakan di sini hanya berkaitan dengan produk yang dihantar. Oleh sebab syarat untuk kegunaan produk ini bukan di bawah kawalan pengilang, adalah tanggungjawab pembeli/pengguna untuk memastikan kesesuaian keadaan bagi penggunaan produk ini secara selamat. Disebabkan oleh proliferasi ke atas sumber maklumat seperti Risalah Data Keselamatan Bahan (RDKB) pengilang tertentu, kami tidak akan dan tidak boleh bertanggungjawab terhadap Risalah Data Keselamatan Kimia ©SDS yang diperolehi daripada sumber lain. Jika anda memperolehi senaskah Risalah Data Keselamatan Bahan(RDKB) daripada sumber yang lain atau jika anda tidak pasti Risalah Data Keselamatan Bahan(RDKB) yang anda miliki adalah terkini, sila hubungi kami untuk mendapatkan versi yang terkini.

Referensi

Dokumen terkait

Bagi Indonesia yang merupakan negara kepulauan, kenaikan muka air laut ini bisa menenggelamkan pulau kecil terluar yang berarti mengubah konfigurasi garis pangkal

Tipe B Kabupaten Konawe Kabupaten Muna Kabupaten Buton Kota Baubau Kabupaten Wakatobi Kabupaten Kolaka Utara Kabupaten Konawe Selatan Kabupaten Konawe Utara Kabupaten

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa relefansi strategi penanggulangan terorisme yang dilakukan secara konvensional oleh pemerintah Indonesia pada masa dahulu untuk diterapkan

tindak balas; EmS - Jadual Kecemasan; ENCS - Bahan Kimia Sedia Ada dan Baharu (Jepun); ErCx - Kepekatan yang berkaitan dengan x% tindak balas kadar pertumbuhan; ERG - Panduan Tindakan

Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti tetapi tidak

Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti tetapi tidak

PERHATIAN: Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti

PERHATIAN: Pemilihan sarung tangan spesifik untuk aplikasi tertentu dan lama pemakaiannya di tempat kerja harus juga memperhitungkan seluruh faktor di tempat kerja, seperti