• Tidak ada hasil yang ditemukan

JULAI 2018 NOVEMBER 2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JULAI 2018 NOVEMBER 2019"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

KERANGKA ASAS ANALISIS

• Metodologi: analisis berasaskan kata kunci.

• Analisis dijalankan dengan mengira bilangan kata kunci yang disebut oleh setiap MP. Senarai

kata kunci ditentukan berdasarkan analisis kasar ke atas perkataan yang direkod dalam

Hansard

• Konteks sesuatu kata kunci disebut mungkin hilang. Contohnya, kata kunci “bodoh” akan

direkod di bawah nama Speaker tapi konteks kata kunci itu disebut ialah untuk menasihati MP

dan bukannya untuk menggelar MP lain

• Data sumber: Hansard Dewan Rakyat Julai 2018 hingga November 2019 (i.e. Penggal 1

dan Penggal 2, Parlimen ke-14)

• Selepas PRU-14 hingga Langkah Sheraton

• Analisis Hansard dilakukan pada dua peringkat:

• Keseluruhan Hansard – menilai kata kunci yang disebut oleh MP

• Soal Jawab Lisan – menilai topik soalan yang ditanya oleh MP

(3)

RINGKASAN EKSEKUTIF (1/2)

1. PARLIMEN KERAP DIJADIKAN GELANGGANG BERPOLITIK

• Kebanyakan ruang perbahasan di Parlimen dipergunakan untuk memancing undi melalui topik-topik populis

terutamanya yang berkaitan infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, dan jalan raya.

• Pada masa yang sama, topik berkenaan dasar awam yang penting tetapi kurang popular di kalangan rakyat

seperti alam sekitar dan revolusi industri tidak menjadi keutamaan oleh MP.

2. TOPIK PERBAHASAN DI PARLIMEN SELALUNYA DIPANDU OLEH MP PEMBANGKANG

• MP Pembangkang lebih bebas untuk membawa topik-topik perbahasan berdasarkan agenda

masing-masing, dan kebanyakan isu dan topik perbahasan di Parlimen dijuarai oleh MP Pembangkang.

• MP Kerajaan (i.e. Ahli Pentadbiran) pula, disebabkan fungsi mereka sebagai Menteri dan Timbalan Menteri,

tidak begitu bebas untuk membawa topik dan isu baharu. Fungsi mereka hanya terhad pada menjawab apa

yang ditanya oleh MP lain.

• Jadi, untuk membawa agenda dan topik perbahasan tertentu di Parlimen, blok pembangkang sebenarnya

memainkan peranan yang sangat besar. Warga sivil dan NGO perlu menjalinkan hubungan baik dengan blok

pembangkang jika ingin melihat topik tertentu dibahaskan di Parlimen.

(4)

RINGKASAN EKSEKUTIF (2/2)

3. KLIP VIDEO PERTELINGKAHAN ANTARA MP LEBIH MUDAH TULAR

• Klip video perbahasan dasar awam kurang popular dan kurang ditonton oleh orang awam.

• Hal ini menunjukkan bahawa warga sivil perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran

masyarakat awam tentang perbahasan dasar awam yang sebenarnya berlaku di Dewan Rakyat tapi kurang

diambil peduli berbanding adegan-adegan politik yang lebih mudah tular.

• MP dan pasukan mereka juga perlu menjalankan peranan dengan lebih baik untuk mendidik masyarakat

tentang perbahasan dasar awam yang mereka lakukan di Parlimen.

4. TOPIK DAN KANDUNGAN PERBAHASAN MP PERLU MENJADI LEBIH SUBSTANTIF

• MP perlu dibantu oleh pasukan penyelidik untuk menyediakan kajian dan menyediakan bahan-bahan untuk

perbahasan Parlimen. Para MP mempunyai pilihan samada menggunakan khidmat penyelidik di Parlimen

melalui portal Electronic Parliament Research Service (EPRS) atau menubuhkan pasukan penyelidik sendiri.

• Para MP juga perlu mengadakan atau menyertai sesi libat urus yang lebih kerap bersama ahli akademik,

pemain industri dan juga orang awam untuk mendapatkan data dan input dari pelbagai pihak sebagai

persediaan perbahasan di Parlimen.

(5)

BEBERAPA DAPATAN UTAMA

Kata kunci yang paling popular

dalam kalangan MP ialah yang berkaitan topik Infrastruktur, Sarawak, Sabah dan juga Isu Sosial. Antaranya ialah ‘sekolah’, ‘Sarawak’, ‘Sabah’, ‘Luar Bandar’, ‘Hospital’ dan ‘Islam’.

• Hal di atas menunjukkan bahawa MP cenderung untuk

fokus pada isu semasa dan isu-isu asas

yang boleh menarik perhatian pengundi sahaja, dan kurang memberi perhatian pada isu-isu penting tapi kurang popular seperti kelestarian, alam sekitar, ‘industrial

revolution 4.0’ dan ekonomi digital.

• Namun begitu,

trend perbahasan sesi Jawab Lisan

agak berbeza;

topik paling popular untuk disentuh oleh MP ialah Ekonomi, Hubungan Antarabangsa dan Agama. Hal ini menunjukkan bahawa soalan yang kerap terpilih untuk dijawab secara lisan oleh Menteri selalunya adalah yang berkaitan topik tersebut.

• Secara umumnya, kata kunci

‘Sarawak’ dan ‘Sabah’

amat kerap disebut tapi sebenarnya disebut

dalam konteks yang pelbagai.

Contohnya, “rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak”. Dua perkataan ini juga kerap disebut oleh MP dari Sarawak dan Sabah sendiri, dan selalunya berkaitan dengan isu infrastruktur.

• Selain topik-topik berkaitan dasar awam,

kata kunci

yang berunsur politik

seperti ‘rasuah’, ‘RM1 trillion’, dan ‘bodoh’ juga agak kerap disebut oleh MP.

Pertelingkahan antara MP di Parlimen

memakan masa selama 53 jam atau 30 minit bagi setiap hari Parlimen bersidang. Adegan sebegini yang lebih tular di media terutamanya media sosial dan membentuk persepsi awam tentang apa yang berlaku di Parlimen secara keseluruhannya.

(6)

LATAR BELAKANG PARLIMEN KE-14

• Umur - 62% daripada MP adalah berumur 50 tahun ke atas, manakala 1/3 daripada MP

berumur 60 tahun ke atas

• Jantina – Hanya 15% daripada MP ialah perempuan, atau nisbah MP lelaki kepada MP

perempuan di Malaysia ialah pada 6:1

85% 15% Taburan jantina MP Lelaki Peremuan 2 19 44 65 62 11 1 0 10 20 30 40 50 60 70 20-29 30-39 40-49 50-59 60-69 70-79 90-95 Bila ng an MP Taburan umur MP

(7)

FUNGSI HAKIKI MP

Semak dan imbang

1

Membahas rang undang-undang

2

Membahas peruntukan dan belanjawan

3

MP harus memantau tindakan kerajaan

dan bertanya soalan atau memberikan

cadangan dasar

MP bertanggungjawab membahas dan

membentang

rang

undang-undang

sebelum diluluskan

MP berhak memberi cadangan atau

mempersoalkan

peruntukan

dan

belanjawan yang dibentang oleh kerajaan

(8)
(9)

20 KATA KUNCI PALING POPULAR

No. Kata kunci Kekerapan Topik

1 Sarawak 8,142 Sabah/Sarawak 2 Sekolah 7,008 Infrastruktur 3 Sabah 6,633 Sabah/Sarawak 4 Luar bandar 3,192 Sosial

5 Hospital 2,802 Infrastruktur

6 Islam 2,663 Agama

7 Kampung 2,415 Sosial 8 Bandar 2,119 Sosial 9 Perumahan 1,793 Infrastruktur

10 China 1,787 Hubungan antarabangsa

11 GST 1,712 Ekonomi 12 India 1,457 Kaum/Etnik 13 Melayu 1,369 Kaum/Etnik 14 Banjir 1,331 Infrastruktur 15 Elektrik 1,295 Infrastruktur 16 Pilihanraya 1,266 Politik 17 Klinik 1,182 Infrastruktur 18 Rasuah 1,084 Politik

19 ASEAN 993 Hubungan antarabangsa 20 Bekalan air 851 Infrastruktur

• 7 kata kunci paling kerap disebut MP ialah yang berkaitan dengan

topik Sabah dan Sarawak, serta Infrastruktur dan Agama/Sosial,

iaitu:

o Sarawak

o Sekolah

o Sabah

o Luar Bandar

o Hospital

o Islam

o Kampung

• Daripada 20 kata kunci yang paling popular di Parlimen, 35%

adalah berkaitan topik infrastruktur, diikuti oleh topik sosial (15%)

dan politik (10%)

• MP cenderung untuk membahaskan topik-topik asas seperti

infrastruktur yang lebih populis dengan pengundi

(10)

10 KATA KUNCI PALING TIDAK POPULAR

No. Kata Kunci Kekerapan Topik

1 IR4.0 111 Teknologi

2 Ekonomi digital 106 Teknologi 3 Sisa plastik 56 Alam sekitar

4 Drone 55 Teknologi

5 Pembalakan Haram 27 Alam sekitar 6 Pencemaran udara 20 Alam sekitar

7 Import eksport 16 Hubungan antarabangsa

8 Robot 14 Teknologi

9 Pencemaran air 12 Alam sekitar 10 Taman rekreasi 4 Infrastruktur

• Daripada 10 kata kunci yang paling tidak popular di Parlimen,

40% adalah berkaitan topik teknologi dan alam sekitar

• MP jarang membahaskan topik-topik yang tidak populis seperti

teknologi, alam sekitar dan taman rekreasi

(11)

Walaupun soalan dari MP banyak berkaitan dengan

infrastruktur, kaum, dan sosial, soalan yang dipilih dalam sesi

Jawab Lisan selalunya yang berkait dengan topik [1] Ekonomi,

[2] Hubungan Antarabangsa dan [3] Agama

255 196 105 74 33 24 13 0 50 100 150 200 250 300 Ekonomi Hubungan

antarabangsa Agama Politik Pendidikan Iklim/Alamsekitar Teknologi

Jumlah soalan yang dijawab secara lisan mengikut topik

No. Topik Jumlah keseluruhansoalan dari MP (bertulis & lisan)

1 Infrastruktur 809 2 Kaum 686 3 Sosial 430 4 Ekonomi 340 5 Hubungan antarabangsa 200 6 Agama 110 7 Politik 74 8 Pendidikan 35 9 Iklim/Alam sekitar 26 10 Teknologi 15

(12)

MP Pembangkang adalah yang paling kerap berucap dan

kerap menjadi penentu utama terhadap halatuju dan topik

perbahasan di Parlimen

5,305 2,400 2,205 1,700 1,610 1,555 1,440 1,270 1,070 960 910 910 890 870 835 835 800 775 0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim Tuan Sanisvara Nethaji Rayer al Rajaji Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar Tuan Haji Awang bin Hashim Tuan Mohd Shahar bin Abdullah Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman Dato' Jalaluddin bin Alias Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah Tuan Khalid bin Abd Samad Tuan Noor Amin bin Ahmad Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob Tuan Cha Kee Chin Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said Dato' Haji Salim Sharif Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

Top 20 MP Kerap Berucap

Pembangkang Backbencher

(13)

Adakah MP yang kerap berucap suka menyentuh hal-hal

berkaitan dasar awam?

No. Nama MP Kekerapan berucap

1 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim 5,305 2 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer al Rajaji 2,400 3 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan 2,205 4 Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar 1,700 5 Tuan Haji Awang bin Hashim 1,610 6 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah 1,555 7 Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman 1,440 8 Dato' Jalaluddin bin Alias 1,270 9 Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah 1,070

10 Tuan Khalid bin Abd Samad 960

No. Nama MP kata kunci berkait dasarKekerapan menyebut awam

1 Dr. Maszlee bin Malik 1,453

2 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni 1,376 3 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan 1,291 4 Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim 1,206

5 Tuan Haji Ahmad bin Hassan 1,025

6 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji 898

7 Tuan Lim Guan Eng 858

8 Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed 818

9 Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad 796

10 Puan Teo Nie Ching 714

Top 10 MP Kerap Berucap

Top 10 MP yang kerap menyebut kata kunci dasar awam

Dapatan utama

• MP yang kerap berucap tidak semestinya berbincang tentang topik yang bermakna

• Sebaliknya, MP yang kurang berucap mungkin lebih kerap bercakap topik yang relevan

(14)

Ahli-ahli Parlimen yang paling kerap berucap tidak

semestinya berbahas tentang topik yang berkait dengan

dasar awam

152 150 106 67 64 63 56 55 53 0 20 40 60 80 100 120 140 160 180

Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim

121 82 73 67 67 39 38 37 31 0 20 40 60 80 100 120 140 160 180 Tuan RSN Rayer 166 129 119 118 70 58 57 47 44 0 20 40 60 80 100 120 140 160 180

Datuk Seri Haji Ahmad Maslan

Dato' Seri Dr. Shahidan

Kassim Tuan RSN Rayer Datuk Seri Haji Ahmad Maslan

Kekerapan berucap 5,305 2,400 2,205

Kekerapan menyebut kata kunci dasar awam 1,206 898 1,291

(15)

Terdapat juga MP yang kurang berucap tetapi banyak

berbahas tentang isu berkait dasar awam

166 129 119 118 70 58 57 47 44 0 100 200 300 400 500 600 700 800 900

Datuk Seri Haji Ahmad Maslan

Dr Maszlee Malik Tuan Lukanisman AwangSauni Datuk Seri Haji Ahmad Maslan

Kekerapan berucap 415 360 2,205

Kekerapan menyebut kata kunci dasar awam 1,453 1,376 1,291

10 Kata Kunci Teratas untuk 3 MP yang Paling Kerap Menyebut Kata Kunci Dasar Awam

569 254 108 91 63 50 41 30 20 0 100 200 300 400 500 600 700 800 900

Tuan Lukanisman Awang Sauni

824 107 99 70 42 31 29 26 23 0 100 200 300 400 500 600 700 800 900 Dr Maszlee Malik

(16)

Kata kunci berkaitan infrastruktur adalah yang paling popular –

sekolah, hospital, perumahan, banjir, elektrik

7,008 2,802 1,793 1,331 1,295 1,182 851 827 616 0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000 7,000 8,000

Kekerapan kata kunci infrastruktur No.Nama MP MP Kekerapan

1 Dr. Maszlee bin Malik Kerajaan 991

2 Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad Kerajaan 627

3 Puan Teo Nie Ching Kerajaan 497

4 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni Pembangkang 424

5 Dr. Lee Boon Chye Kerajaan 391

6 Tuan Haji Ahmad bin Hassan Backbencher 352 7 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji Backbencher 342 8 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan Pembangkang 333

9 Puan Yeo Bee Yin Kerajaan 332

10 Dato’ Dr. Xavier Jayakumar Kerajaan 316

No. Contoh konteks penggunaan

1 Perumahan mampu milik

2 Penubuhan Sekolah Wawasan untuk memupuk perpaduan nasional 3 Meroboh bangunan sekolah yang telah rosak dan menggantikanbangunan tersebut 4 Capaian internet di sekolah luar bandar

(17)

Kata kunci ‘Sarawak’ dan ‘Sabah’ mencakupi pelbagai topik seperti

Pendidikan, infrastruktur, hubungan luar negara dan ekonomi dan

melibatkan MP dari kedua-dua blok

8,142 6,633 0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 Sarawak Sabah

Kekerapan kata kunci Sabah dan Sarawak

No. Nama MP MP Kekerapan

1 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni Pembangkang 660 2 Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Pembangkang 499

3 Dr. Kelvin Yii Lee Wuen Backbencher 392

4 Tuan Haji Ahmad bin Hassan Backbencher 377

5 Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Pembangkang 347

6 Tuan Chan Foong Hin Backbencher 341

7 Datuk Seri Panglima Madius Tangau Backbencher 331 8 Datuk Alexander Nanta Linggi Pembangkang 321

9 Datuk Ugak anak Kumbong Pembangkang 296

10 Tuan Jonathan bin Yasin Pembangkang 285

No. Contoh konteks penggunaan

1 Gangguan oleh kuasa asing di luar perairan Sabah dan Sarawak 2 Kekurangan bekalan air di Sabah

3 Cadangan membina lebih banyak sekolah berasrama di Sabah 4 Industri perikanan Sabah

5 Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama di Persekutuan Malaysia

Dapatan utama

• Ahli Dewan Rakyat di kerajaan dan pembangkang minat isu Sabah dan Sarawak

• Isu keselamatan negara sering disebut bersama Sabah dan Sarawak

(18)

Pertelingkahan sesama MP telah mengambil masa 53 jam (5.7%)

sepanjang tahun 2018–2019 yang sepatutnya boleh digunakan untuk

membahas dasar awam

Masa perbahasan dan ucapan berunsur politik

Perbahasan Ucapan berunsur politik

872 jam 27 minit

95.3%

52 jam 57 minit

5.7%

Dapatan utama

• Secara purata, 30 minit dibazirkan setiap

hari untuk “politicking” di Dewan Rakyat

• Walaupun sekadar 6%, klip video

pertelingkahan MP jauh lebih tular di

media berbanding rakaman perbahasan

topik-topik berkait dasar awam

(19)

Kata-kata kunci berunsur politik seperti ‘rasuah’, ‘fitnah’,

‘bodoh’ juga kerap disebut oleh ahli parlimen

Dapatan utama

• MP kerap menyebut perkataan ‘rasuah’. Perkataan ini boleh dikaitkan dengan pencegahan rasuah atau

tuduhan rasuah kepada MP lain

No. Nama MP MP Kekerapan

1 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji Backbencher 203 2 Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim Pembangkang 167 3 Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar Pembangkang 143 4 Tuan Haji Awang bin Hashim Pembangkang 94 5 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan Pembangkang 77

6 Tuan Lim Guan Eng Kerajaan 65

7 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin Kerajaan 54 8 Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman Pembangkang 53

9 Tuan Khoo Poay Tiong Backbencher 53

10 Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi Pembangkang 48

1,084 496 346 253 140 126 124 100 18 15 0 200 400 600 800 1,000 1,200

(20)

Kata kunci berkait kaum dan agama agak popular di

Parlimen seperti Islam (#6), Melayu (#13), Cina (#26)

No. Contoh konteks penggunaan

1 Perjanjian perdagangan antara Malaysia dan India 2 Pembangunan ekonomi masyarakat Melayu

3 Bahasa Melayu sebagai pencetus perpaduan nasional 4 Tanah orang asli

5 Tawaran universiti kepada pelajar India

Dapatan utama

• Kata kunci ‘India’ disebut lebih kerap daripada ‘Melayu’ kerana perkataan ini digunakan dalam dua

2,663 1,457 1,369 781 599 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000

Islam India Melayu Orang asli Cina

Kekerapan kata kunci No. Nama MP MP Kekerapan

1 Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali Pembangkang 323 2 Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim Pembangkang 297

3 Dato’ Seri Dr. Santhara Backbencher 213

4 Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy Kerajaan 209 5 Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Kerajaan 197

6 Puan Fuziah binti Salleh Kerajaan 187

7 Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof Pembangkang 183 8 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji Backbencher 170

9 Dr. Maszlee bin Malik Kerajaan 166

(21)

Isu luar bandar, kampung, dan bandar juga menjadi fokus MP

– topik mencakupi infrastruktur, masalah sosial, ekonomi

3,192 2,415 2,119 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 3,500

Luar bandar Kampung Bandar

Kekerapan kata kunci berkaitan sosial

No.Contoh konteks penggunaan

1 Skim Elektrifikasi Luar Bandar

2 Pembetulan ketidakseimbangan pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak 3 Latihan untuk penduduk kampung untuk menggunakan big data dalam proses pemasaran produk kampung 4 Meningkatkan lampu jalan di kampung

5 Pembinaan ’flyovers’ di bandar

Dapatan utama

• Minat yang seimbang dari MP kerajaan dan pembangkang

No.Nama MP MP Kekerapan

1 Tuan Sivarasa Rasiah Kerajaan 335

2 Datuk Seri Rina binti Mohd Harun Kerajaan 253

3 Tuan Haji Ahmad bin Hassan Backbencher 249

4 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan Pembangkang 234 5 Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed Backbencher 230 6 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni Pembangkang 221 7 Datin Mastura binti Mohd Yazid Pembangkang 191

8 Tuan Cha Kee Chin Backbencher 164

9 Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob Pembangkang 141 10 Datuk Halimah binti Mohamed Sadique Pembangkang 133

(22)

Kata kunci berkait ekonomi yang popular ialah GST, SST,

kemiskinan dan mendapat perhatian daripada MP semua

blok

No. Contoh konteks penggunaan

1 Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2 Pembayaran balik GST

3 Tempoh peralihan dari GST ke Cukai Jualan 4 Kemiskinan bandar

5 Mengangkat golongan luar bandar keluar dari kepompong kemiskinan

Dapatan utama

0 200 400 600 800 1,000 1,200 1,400 1,600 1,800

Kekerapan kata kunci ekonomi (5 teratas)

No.Nama MP MP Kekerapan

1 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan Pembangkang 310 2 Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar Pembangkang 282

3 Tuan Lim Guan Eng Kerajaan 268

4 Tuan Haji Awang bin Hashim Pembangkang 108

5 Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir Backbencher 91 6 Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed Backbencher 90 7 Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali Backbencher 83 8 Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob Pembangkang 73 9 Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Backbencher 73 10 Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah Kerajaan 68

(23)

‘China’, ‘India’, ‘ASEAN’ dan ‘Amerika’ juga amat popular untuk dibandingkan

dengan prestasi ekonomi Malaysia. Selain itu, 2019 menyaksikan beberapa isu

geopolitik (e.g. US-China trade war) dan juga isu perdagangan antarabangsa

(e.g. boikot sawit). Ini menunjukkan perbahasan Parlimen amat dipengaruhi

oleh isu semasa di peringkat serantau dan global

No. Contoh konteks penggunaan

1 Kerjasama yang lebih erat dengan China melalu memorandum 2 Eksport minyak sawit ke China dan India

3 Persidangan ASEAN

4 Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China 5 Hab khas ekonomi ASEAN

Dapatan utama

• MP mengambil berat mengenai perkembangan semasa hubungan antarabangsa Malaysia

No. Nama MP MP Kekerapan

1 Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] Pembangkang 213

2 Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja] Kerajaan 133

3 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] Backbencher 127

4 Tuan Lim Guan Eng [Bagan] Kerajaan 124

5 Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] Kerajaan 123

6 Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] Backbencher 117 7 Dato' Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] Kerajaan 115 8 Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat] Backbencher 113

9 Dr. Ong Kian Ming [Bangi] Kerajaan 109

10 Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli] Backbencher 102

0 200 400 600 800 1,000 1,200 1,400 1,600 1,800 2,000

China India ASEAN Amerika Syarikat

Kekerapan kata kunci hubungan antarabangsa

(24)

Meningkatkan kerjasama dengan MP untuk sentiasa memberi input dan menyalurkan idea untuk perbahasan

Mengambil inisiatif untuk menilai prestasi MP di Parlimen secara menyeluruh dan menyampaikan maklumat tersebut kepada orang awam untuk melahirkan pengundi yang bijak, dan bukannya dipengaruhi oleh video-video tular di media sosial semata-mata

Perlunya disediakan peruntukan khas untuk pasukan penyelidik bagi membantu persediaan perbahasan

Memanfaatkan khdimat penyelidik di Parlimen sedia ada melalui Electronic Parliament Research Service (EPRS)

Mengadakan libat urus dasar awam untuk data dan input yang menyeluruh dan terkini bersama-sama dengan ahli akademik, pemain industry dan masyarakat awam

Mengurangkan politicking, meningkatkan fokus pada perbincangan dasar awam

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

(25)

KESIMPULAN

1. Dewan Rakyat kerap dijadikan gelanggang berpolitik untuk memancing undi sedangkan

perbahasan berkenaan dasar awam tidak menjadi keutamaan oleh MP.

2. Topik perbahasan di Parlimen selalunya dipandu oleh topik yang disentuh oleh MP

Pembangkang, manakala topik perbahasan oleh MP Kerajaan (i.e. Ahli Pentadbiran)

adalah terhad pada apa yang ditanya oleh MP lain sahaja.

3. Klip video pertelingkahan sesama MP lebih mudah tular berbanding video perbahasan

dasar awam – ini merupakan peluang untuk NGO meningkatkan kesedaran masyarakat

awam tentang perbahasan dasar awam yang sebenarnya berlaku di Dewan Rakyat tapi

kurang diambil peduli berbanding adegan-adegan politik yang lebih mudah tular.

4. Topik dan kandungan perbahasan MP secara umumnya perlu menjadi lebih substantif.

Oleh itu, MP perlu dibekalkan dengan sumber tambahan seperti pasukan penyelidik

sendiri. Para MP juga perlu mengadakan atau menyertai sesi libat urus yang lebih

kerap bersama ahli akademik, pemain industri dan juga orang awam untuk

mendapatkan data dan input dari pelbagai pihak sebelum menyediakan bahan untuk

perbahasan di Parlimen.

(26)

Terima Kasih

Referensi

Dokumen terkait

Masalah utama yang ingin dikaji dalam penelitian ini adalah apakah pembelajaran IPA melalui metode Mind Map dapat meningkatkan hasil belajar siswa pada

Hal tersebut dapat terjadi karena aparat pengawas internal inspektorat di Provinsi Riau telah memiliki kompetensi yang sangat baik dalam pengetahuan, keahlian, dan

y MD6 dipilih sebagai model misuse detection terbaik karena: y MD6 dipilih sebagai model misuse detection terbaik karena: y Total waktu pelatihan dari seluruh skenario paling kecil

Jika tidak ada Pusat Layanan Pelanggan di negara Anda, silakan datang ke dealer Philips setempat atau hubungi Bagian Servis dari Philips Domestic Appliances and Personal Care

Pada titik-titik tersebut terjadi peningkatan kecepatan karena pada titik terse- but merupakan titik awal diskretisasi pada arah vertikal, yang bersesua- ian

Pengetahuan Dasar Matematika siswa SMP tentang Operasi Aljabar Bilangan adalah kemampuan dasar siswa dalam melakukan dan memahami konsep operasi- oparasi dasar

Dari pandangan Kuntowijoyo tentang sosok ideal cendikiawan dapat disimpulkan bahwa tokoh, meskipun dia sudah meraih gelar yang tinggi, secara intelektual dan

Berdasarkan hasil penilaian dari para ahli dan praktisi bahwa model permainan perseptual motorik berkategori sangat baik dan efektif, dengan demikian model permainan ini