Page | 1 1.0 ABSTRAK
Syarikat yang terlibat dalam projek ini adalah MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. syarikat ini terletak di Senawang Industrial Estate, Negeri Sembilan. MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. adalah pengeluar cermin kenderaan untuk pasaran dalam mahupun luar negara.
Objektif laporan ini adalah untuk mengenalpasti hazard yang berkemungkinan hadir dalam proses kerja kepada para pekerja. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti peluang hazard itu mengenai pekerja dalam sesuatu kes kemalangan. Tambahan pula, keterukan sesuatu hazard itu boleh dikenalpasti. Setelah semua hazard dikenalpasti, langkah kawalan dan cadangan boleh dilaksanakan.
Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti hazard. Hazard terbahagi kepada dua iaitu hazard keselamatan dan hazard kesihatan. Setelah risiko keselamatan dikenalpasti, hazard tersebut akan terbahagi kepada tiga jenis iaitu risiko tinggi, sederhana dan rendah. Langkah kawalan yang sesuai perlulah diambil untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Langkah kawalan perlu dilakukan berdasarkan hierarki kawalan iaitu penghapusan, penggantian, kawalan engineering, kawalan admin dan penggunaan PPE.
Page | 2 2.0 PENGENALAN
2.1 Latar Belakang
MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. ditubuhkan di bawah Akta 1965 (Akta Kilang) di kawasan Perindustrian Senawang, Negeri Sembilan sejak April 1973. Proses utama kilang ini adalah pengeluaran cermin kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas. Aktiviti utama kilang ini adalah menghasilkan cermin kenderaan melalui beberapa peringkat kerja mengikut permintaan dari syarikat pengeluaran kenderaan tempatan dan luar Negara seperti Jepun dan Korea.
Keseluruhan jumlah pekerja sehingga Februari 2012 adalah seramai 385orang. 296 daripada mereka merupakan staff pengurusan, staf bukan eksekutif dan pekerja tempatan manakala 89 orang adalah pekerja asing. MCIS Safety Glass mempunyai sembilan jabatan iaitu Jabatan Sumber Manusia, Kejuruteraan, Perniagaan dan Pemasaran, Akaun, Pengeluaran, Kualiti, Purchasing, Logistic dan juga Keselamatan dan Kesihatan.
Untuk tugasan tempat kerja ini, pengenalpastian bahaya di tempat kerja tertumpu kepada TG Plant dan menghasilkan ‘tempered glass’. Tempered glass diperbuat daripada gelas nipis biasa yang dipanaskan pada suhu tertentu dan disejukkan serta merta dan di panggil proses ‘Quenching’. Terdapat dua kegunaan ‘tempered glass’ iaitu untuk ‘rear windshield glass’ dan juga ‘side window glass’. Selain itu juga, MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. telah diiktirafkan dengan MS ISO 140001, ISO 9001dan TS 16949.
Page | 3 2.2 Carta Organisasi Pihak Pengurusan Finance & Account Corporate Services Logistic Engineering Kaizen New Model Development Tempered Plant Laminated Plant Mr.Arfendi Malek Othman Manager New Model Development Engineering Mr. Deswir Azhar Piliang Senior Manager Laminated Plant Mr. Alfizal Mohd Nor Senior Manager Mr. Mukhtar Mohamad General Manager
Ms Siti Nubliza Mohamad Secretary
Mr. Arfendi Malek Othman Manager Representative Quality Assurance Safety & Health Bussiness Development Sales Marketing Mr. Muhammad Badri Abdullah Asst. Manager
Page | 4 2.3 Jawatankuasa Keselamatan
Melakan B. Ismail Secretary
Arfie Bin Ramly
Mohtar Bin Mohamed Kasim
Mohd Radzi Bin Rejuan
Kamaludin Bin Ahmad
Hashim Bin Abu Bakar
Harliza Bt Alias
Hamdan B Zainal Abidin Amir B Abdul Aziz
Abdul Aziz B Abas Hisham B Abu Bakar Anjneare A/L Mayani
Hafiz Rashdan B Mohamad Zulkafli
Mohd Nazeri Bin Zat Mohd Saufi Bin Dollah
Harith B Yaacob Muhadhir B Baba Mahfuz B Abu Samah
Humaidi B Zakaria Zahari Bin Hasan Arfendi Malek B. Othman
Vice Chairman Logistic Plant LG Plant TG Plant Human Resource Engineering Logistic Plant LG Plant TG Plant Human Resource Engineering
Employer Representatives Employee Representatives
Mukhtar Mohamad Chairman
Page | 5 2.4 Tugasan Kerja
MCIS Safety Glass mempunyai dua plant iaitu Tempered Plant dan Laminated Plant. Logistic plant pula merupakan gudang simpanan cermin. Proses kerja di Tempered Plant adalah seperti berikut:
Page | 6 2.5 Persekitaran Tempat Kerja
MCIS Safety Glass menghasilkan cermin kenderaan. Secara umumnya, proses tebahagi kepada dua seksyen. Bahan mentah iaitu kepingan cermin akan dibekalkan oleh pembekal dan di simpan di gudang, Logistic. Apabila diperlukan, cermin tersebut akan dihantar ke kawasan produksi.
Di kawasan pengeluaran, kepingan cermin akan dipotong mengikut bentuk yang telah ditetapkan dengan menggunakan mesin CNC atau pemotongan secara manual. Kepingan gelas tersebut akan di potong mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Setelah di basuh, kualiti gelas itu akan diperiksa untuk mengenalpasti sebarang kekurangan.
Setelah diperiksa, gelas itu akan di hantar ke proses Printing (windscreen & backlite) sebelum menjalani proses tempering di furnace. Di furnace, gelas akan dipanaskan pada suhu tertentu (600 oC hingga 700 oC) dan seterusnya akan dibentuk mengikut bentuk yang ditetapkan.
Selepas itu, cermin bahagian belakang akan di hantar ke seksyen soldering and cermin sisi akan di hantar ke bahagian holder assembly. Akhir sekali, cermin yang telah siap akan melalui pemeriksaan akhir. Semua cermin akan diperiksa mutu dan kualitinya dan seterusnya dibungkus untuk penghantaran.
Page | 7 3.0 OBJEKTIF
Objektif tugasan tempat kerja ini adalah:
3.1 Mengenalpasti kebarangkalian bahaya yang terdapat di kawasan pengeluaran. 3.2 Mengukur tahap risiko sesuatu bahaya yang telah dikenalpasti.
3.3 Memberi keutamaan risiko menggunakan jadual Risk Matrix.
3.4 Mengenalpasti bahaya yang kritikal seperti bahaya keselamatan dan kesihatan. 3.5 Memperkenalkan langkah kawalan yang sesuai dan cadangan pembaikan untuk
setiap bahaya.
3.6 Menyemak semula langkah kawalan yang telah diambil.
4.0 METODOLOGI
4.1 Kaedah Mengenalpasti Bahaya
Tiga kaedah telah digunakan untuk mengenalpasti bahaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja iaitu:
i) Kaedah analisa dan soal selidik ii) Kaedah pemerhatian tempat kerja iii) Kaedah analisa data dan dokumen a) Kaedah analisa dan soal selidik
Kaedah ini merupakan teknik penyenaraian setiap langkah kerja bagi operasi pemecahan satu cara yang mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan bahaya di tempat kerja kepada para pekerja. Penggunaan soal selidik ini perlu diubah suai dengan kerja yang hendak di analisis bagi mengenal pasti risiko dan bahaya yang terlibat.
Page | 8 b) Kaedah pemerhatian tempat kerja
Kaedah pemerhatian tempat kerja adalah cara yang paling berkesan bagi menentukan dan mengenalpasti jenis-jenis bahaya di tempat kerja. Kaedah ini biasanya dilakukan dengan cara menggunakan rujukan ‘Piawaian Aturan Kerja’ (Standard Oparting Procedure). Pada setiap kerja akan diklasifikasikan kepada kumpulan dan seterusnya di analisis bagi mengenalpasti risiko hampir kemalangan dan bahaya kritikal. Pemerhati perlu mengetahui proses aliran kerja kerana ini dapat membantu mengenalpasti dan menilai bahaya dengan lebih berkesan.
c) Kaedah analisa data dan dokumen
Kaedah analisis data adalah kaedah yang mengumpul data-data berkaitan dengan aspek yang di kaji. Data-data diperoleh daripada maklumat harian, bulanan dan tahunan yang berkaitan dengan bahaya. Pemantau akan mengenalpasti data-data kemalangan, kecederaan, hampir kemalangan dan segala penyakit pekerjaan di persekitaran tempat kerja. Data-data tersebut di analisis bagi mengenalpasti jenis-jenis kemalangan yang paling kritikal dan sebagainya.
Page | 9 4.2 Penaksiran Risiko
4.2.1 Kemungkinan berlakunya kejadian
Kemungkinan (L) Contoh Kadar
Paling mungkin Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku 5 Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa 4 Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan datang 3 Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun 2 Tidak dapat
dijangka
Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku 1
Nilai ini berdasarkan kemungkinan berlakunya kejadian. Kemungkinan ditaksir berdasarkan pengalaman bekerja, analisis atau pengukuran. Tahap kemungkinan berjulat daripada ‘paling mungkin’ hingga tidak dapat dijangka. Sebagai contoh, kejadian peluntur akan tertumpah sedikit dari bekasnya semasa mengisi ke dalam botol semburan adalah paling mungkin berlaku dalam setiap syif kerja. Walaubagaimanapun, kebocoran bahan bakar diesel dari tangki penyimpanan induk tidak dapat dijangka boleh berlaku.
Page | 10 4.2.2 Severity of hazard
Keterukan Contoh Kadar
Malapetaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan pengeluaran tidak dapat dipulihkan
5
Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta benda jika hazard berlaku
4
Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal 3 Ringan Menyebabkan hilang upaya teteapi bukan kecederaan kekal 2 Sedikit sehaja Sedikit lelesan, lebam, luka, kecederaan jenis rawatan cemas 1
Keterukan boleh dibahagikan kepada lima kategori. Keterukan berdasarkan tahap keterukan yang meningkat ke atas kesihatan individu, alam sekitar atau harta benda.
4.2.3 Jadual matriks risiko
Keterukan (S) Kemungkinan (L) 1 2 3 4 5 5 5 10 15 20 25 4 4 8 12 16 20 3 3 6 9 12 15 2 2 4 6 8 10 1 1 2 3 4 5 Rendah (Low) Sederhana (Medium)
Page | 11 Tinggi (High)
Untuk menggunakan matriks ini, mula-mula cari lajur keterukan (S) yang paling sesuai memerihalkan hasil risiko. Kemudian ikut baris kemungkinan (L) untuk mendapatkan pemerihalan yang paling sesuai dengan kemungkinan bagi keterukan kejadian yang berlaku. Tahap risiko diberikan di dalam petak di mana baris dan lajur bertemu.
Risk Description Action
15 - 25 Tinggi
Risiko tinggi memerlukan tindakan segera untuk mengawal hazard seperti yang diperincikan dalam hierarki kawalan. Tindakan yang diambil mestilah didokumentasikan dalam borang penaksiran risiko termasuk tarikh siap.
5 - 12 Sederhana
Risiko sederhana memerlukan pendekatan terancang bagi mengawal hazard dan mengguna pakai langkah sementara jika perlu. Tindakan yang diambil mestilah didokumentasikan dalam borang penaksiran risiko termasuk tarikh siap.
1 - 4 Rendah
Risiko yang dikenalpasti sebagai rendah boleh dianggap sebagai boleh diterima dan pengurangan selanjutnya tidak diperlukan. Walaubagaimanapun, jika risiko tersebut boleh diselesaikan segera secara berkesan, langkah kawalan hendaklah dilaksanakan dan direkodkan.
Page | 12 5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Pengenalpastian Bahaya
FIZIKAL KIMIA BIOLOGI CARA KERJA
Objek Terjatuh Bahagian mesin yang bergerak Objek tembus Elektrik Haba Kenderaan (forklift) Pengendalian manual Peralatan bertekanan tinggi Pencahayaan Getaran Bekerja ditempat tinggi Gelincir, jatuh Api dan letupan Bunyi bising Bahan kimia Kebocoran, pertumpahan bahan kimia Pembebasan gas berbahaya Serangan serangga perosak Penyakit bawaan air Habuk Ergonomik Pergerakan berulang
Page | 13 Objek tajam
5.2 Analisis bahaya keselamatan
5.2.1 Objek jatuh, objek terkena badan, objek tajam, bahagian mesin yang
bergerak
Antara proses kerja yang terlibat dengan bahaya ini termasuklah pengendalian manual, pemindahan gelas menggunakan forklift, cutting, printing, tempering, washing dan pembaikan dan penyelengaraan. Bahaya yang selalu terjadi adalah cermin terjatuh dan mengenai tubuh badan pekerja. Selain itu, cemin yang pecah juga adalah tajam dan berbahaya kepada pekerja. Bahagian mesin yang bergerak juga boleh menyebabkan objek tersangkut dan lain-lain lagi. Kemalangan ini boleh menyebabkan kecederaan samada kecederaan minor atau serius seperti luka,terpotong, pendarahan, anggota patah dan sebagainya. Selain itu, kemalangan yang berlaku juga menyebabkan kerosakan harta benda. Bahaya risiko ini termasuk dalam risiko tinggi dan memerlukan kawalan yang segera.
5.2.2 Ergonomik, pergerakan berulang
Antara bahaya lain adalah pergerakan berulang. Aktiviti yang melibatkan pergerakan berulang adalah pengendalian manual yang mengangkat serta mengalihkan cermin dan juga aktiviti penyelenggaraan dan pembaikan. Pergerakn berulang mungkin menyebabkan stress pada otot dan sendi yang terlibat. Risiko bahaya ini adalah pada tahap sederhana.
Page | 14 5.2.3 Haba
Risiko bayaha haba panas ini biasanya datang dari mesin yang beroperasi seperti mesin tempering, mesin CNC dan mesin printing. Proses tempering melibatkan relau yang menghasilkan suhu dari 680 oC to700 oC. bahaya ini menyebabkan tekanan haba kepada para pekerja. Selain itu, pekerja juga mungkin terkena terbakar pada anggota badan jika terkena pada mesin yang panas. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang berisiko tinggi dan kawalan perlu dilakukan dalam kadar yang segera.
5.2.4 Getaran
Terdapat beberapa proses yang terdedah kepada bahaya getaran termasuklah memandu forklift. Pemandu forklift akan mengalami getaran semasa memandu forklift. Oleh itu, getaran itu akan menyebabkan tekanan stress kepada otot-otot yeng terlibat. Walaubagaimana pun, bahaya ini diklasifikasikan sebagai bahaya rendah.
5.2.5 Gelincir, jatuh
Tersadung, gelincir dan jatuh biasanya disebabkan oleh ruang jalan yang terhad, kadaan tidak teratur terutamanya cermin, pallet dan lain-lain lagi. Tersadung, gelincir dan jatuh boleh menyebabkan kecederaan samada kecil atau serius. Bahaya ini dikategorikan dalam bahaya sederhana.
Page | 15 5.2.6 Hazard elektrik
Kebanyakkan proses memerlukan penggunaan kuasa elektrik untuk membolehkan mesin beroperasi. Oleh itu, para pekerja terdedah berdepan dengan bahaya elektrik semasa mengendalikan mesin. Proses yang terlibat adalah cutting, printing, tempering, soldering, pembaikan dan penyelenggaraan. Bahaya ini boleh mengakibatka kejutan elektrik, litar pintas dan kebakaran. Hal ini adalah sangat bahaya kepada pekerja dan juga kilang terlibat. Ia merupakan bahaya yang serius dan memerlukan langkah kawalan yang segera.
5.2.7 Habuk
Kesan habuk akan terhasil daripada prosescutting, drilling, grinding dan juga daripada aktiviti membuang cermin rosak ke dalam tong. Cermin yang pecah terdiri daripada habuk halus dan kepingan kaca yang kecil dan boleh disedut oleh pekerja. Oleh itu, ia akan menyebabakan kesihatan terganggu seperti masalah pernafasan dan juga masalah penglihatan.
5.2.8 Tumpahan dan kebocoran air
Proses washing melibatkan penggunaan air untuk membasuh cermin selepas proses cutting. Walaubagaimanapun, proses ini boleh menyebabkan iar itu tumpah atau terdapat kebocoran dan menyebabkan air itu mengalir keluar daripada kawasan yang sepatutnya. Oleh itu ini akan menyebabkan pekerja terjatuh dan tergelincir dan juga menyebabkan kerosakan harta benda.
Page | 16 5.2.9 Bekerja ditempat tinggi
Sesetengah kawasan dan proses memerlukan pekerja untuk bekerja di tempat tinggi. Selain itu, terdapat juga mesin yang lebih tinggi dan menyebabkan pekerja bekerja ditempat kebih tinggi. Sewaktu bekerja ditempat tinggi, pekerja terdedah kepada bahaya jatuh dan ia sangat berbahaya. Apabila jatuh ia akan mengakibatkan pekerja itu cedera samada cedera ringan, serius mahupun kematian.
5.3.0 Peralatan bertekanan tinggi
Di holder assembly, terdapat alat yang bertekanan tinggi yang digunakan iaitu pressure gun. Alat ini menggunakan jumlah tekanan yang tertentu untuk membolehkan Hamatite Sealant keluar daripada tiubnya. Oleh itu, semasa mengendalikan alat tersebut, pekerja berdepan dengan bahaya tekanan. Jika berlaku sebarang kemalangan, ia boleh menyebabkan kecederaan dan juga kerosakan harta benda.
5.3.1 Pencahayaan, silau
Semasa quality inspection, cermin akan diperiksa untuk sebarang kekurangan dan kecacatan menerusi cahaya lampu. Keadaan ini akan memberi kesan silau kepada pekerja dan selepas jangka masa tertentu, ia akan menyebabkan keletihan mata dan tekanan fikiran.
Page | 17 5.3.2 Serangan makhluk perosak
Serangan makhluk perosak boleh berlaku di mana-mana kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk makhluk perosak hidup. Oleh itu, terdapat sesetengah kawasan yang berpotensi untuk serangan makhluk perosak seperti di kawasan stor penyimpanan. Keadaan yang bersepah dan tidak teratur meningkatkan lagi kemungkinan untuk serangan makhluk perosak. Serangan makhluk perosak ini boleh memberi masalah kepada manusia terutamanya ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan dengan menyebarkan virus tertentu dan menyebabkan penyakit. Selain itu, serangan makhluk perosak juga menyebabkan kerosakan harta benda.
5.3 Analisis Bahaya Kesihatan
5.3.1 Bunyi Bising
Banyak proses di dalam kilang ini yang menghasilkan bunyi bising termasuklah aktiviti forklift, cutting, washing, printing, tempering, pembaikan dan penyelengaraan. Selain itu, terdapat sesetengah tempat yang pekerjanya terdedah kepada bunyi bising yang tinggi iaitu melebihi 90 dBa selama 8 jam. Bunyi bising akan menyebabkan masalah pendengaran kepada pekerja-pekerja yang terlibat dan juga boleh menyebabkan tekanan perasaan akibat pendedahan yang lama. Risiko bahaya ini tinggi dan memerlukan kawalan yang segera.
Page | 18 5.3.2 Bahan Kimia Berbahaya, asap gas berbahaya
Terdapat beberapa bahan kimia yang digunakan untuk proses tertentu seperti proses printing, bahan kimia yang digunakan adalah silver paste, ceramic paste, sicasol dan spirits. Di proses holder assesmbly, bahan yang digunakan adalah Hamatite dan untuk soldering melibatkan solder flux. Kesemua bahan kimia ini boleh menyebabkan kerengasaan pada kulit, membebaskan wap gas berbahaya dan setelah pendedahan yang lama ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah pernafasan.
5.4 Bahaya yang dikenalpasti
Bil Bahaya Aktivit terlibat Kesan Kemungkinan Keterukan Risiko
1. - Cermin/objek jatuh - Objek menghempap badan - Objek tajam - Moving part of machineries - Pengalihan secara manual - Forklift memindahkan barang - Cutting - Printing - Tempering - Washing - Pembaikan dan penyelenggaraan - Kecederaan minor dan major 5 3 15 (Tinggi) 2. Bahan/asap kimia berbahaya - Printing - Soldering - Holder assembly - Kerengsaan kulit - Membebas 5 3 15 (Tinggi)
Page | 19 asap gas berbahya -Masalah kesihatan seperti pernafasan.
3. Bunyi - Aktiviti forklift - Cutting - Washing - Printing - Tempering -Pembaikan dan penyelenggaraan -Hilang pendengaran -Tekanan mental 5 3 15 (Tinggi)
4. Haba panas - Tempering - CNC cutting - Printing - Tekanan haba - Terbakar -Tekanan mental 5 3 15 (Tinggi) 5. Bekerja ditempat tinggi - Tempering - Repair and maintenance - Jatuh - Kecederaan 5 3 15 (Tinggi) 6. Elektrik - Cutting - Printing - Tempering - Soldering & holder Assembly -Pembaikan dan penyelengaraan - Kejutan elektrik - Litar pintas - Api 4 3 12 (Sederhana)
Page | 20 7. Tergelincir,
jatuh
- Semua kawasan - Kecederaan minor atau major injury 4 3 12 (Sederhana) 8. Habuk - Cutting - Drilling - Grinding - Tempering -Masalah kesihatan -Masalah penglihatan 4 3 12 (Sederhana) 9. Ergonomik, pergerakan berulang - Pengendalian manual -Pembaikan dan penyelengaraan - Tekanan pada otot dan sendi 5 2 10 (Sederhana) 10. Pencahayaan, silau - Pemeriksaan kualiti -Tekanan mata/letih -Tekanan mental 5 2 10 (Sederhana)
11. Bahaya tekanan - Holder assembly - Kecederaan - Kerosakan harta benda 3 3 9 (Sederhana) 12. Tumpahan, kebocoran air - Washing - Tergelincir dan jatuh 3 3 9 (Sederhana) 13. Serangan makhluk perosak
- Semua kawasan -Masalah kesihatan - Kerosakan harta benda
3 2 6
(Sederhana)
Page | 21
otot (Rendah)
6.0 CADANGAN
Kawalan adalah penghapusan atau penyingkiran hazard yang mana ianya tidak mendatangkan risiko kepada pekerja yang memasuki kawasan atau bekerja menggunakan kelengkapan dalam tempoh kerja yang dijadualkan.
Hazard hendaklah dikawal di puncanya. Sebaik-baiknya kawalan disediakan hampir dengan punca hazard. Kawalan mestilah mengikut hierarki kawalan yang bermula dari penghapusan, penggantian, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan penggunaan PPE.
No Bahaya Penghapusan Penggantian
Kawalan kejuruteraan Kawalan pentadbiran PPE 6.1 Objek terjatuh, objek menghempap badan, objek tajam, bahan mesin yang begerak Tukar kepada full automatic machine untuk mengurangka n penggunaan tenaga pekerja Guna mesin/ pembawa menggantika n pengendalian secara manual Sediakan peralatan untuk aktiviti mengangkat. Contoh : Mechanical lifter -Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan -Hanya pekerja mahir sahaja dibenarkan melakukan tugas tertentu - Guna PPE dengan betul seperti glove, arm guard, safety boot 6.2 Ergonomik, pergerakan berulang Sediakan peralatan untuk proses mengangkat Contoh: Mechanical Lifter - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan -Pemantauan kesihatan. 6.3 Heat -Asingkan kawasan yang - Amalkan cara kerja yang - Guna PPE dengan betul
Page | 22 terlibat - Pasangkan nstall penebat haba pada mesin -Pasangkan pengalihudara an/exhaust untuk membuang udara panas keluar -Pasangkan penghadang daripada terkena mesin panas selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan - Penyelenggaraa n mesin seperti glove, safety boot, goggles dan sebagainya
Page | 23 No Bahaya Penghapusan Penggantian Kawalan
kejuruteraan Kawalan pentadbiran PPE 6.4 Getaran - Penyerap getaran pada tempat duduk pemandu forklift - Penyelenggara an yang secukupnya - Amalkan amalan kerja yang selamat - Penggantian kerja 6.5 Tergelincir, jatu - Kawasan khas untuk susunan cermin dan pallet - Amalkan amalan kerja yang selamat - Memperbaiki kekemasan dan kebersihan kawasan kerja - Guna PPE dengan betul seperti glove, safety boot, dan sebagainya 6.6 Bahaya elektrik - Pasang penghadang untuk mengelakkan sentuhan secara terus kepada sumber elektrik - Pasangkan safety switch - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan -Hanya pekerja mahir sahaja dibenarkan melakukan tugas tertentu - Guna PPE dengan betul seperti glove, safety boot, dan sebagainya 6.7 Habuk -Asingkan kawasan proses - Pasangkan pengudaraan yang bagus seperti exhaust fan - Penghadang boleh dipasang untuk mengelakkan habuk dari tersebar - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan - Guna PPE dengan betul seperti mask, goggles dan sebagainya
Page | 24 No Bahaya Penghapusan Penggantian Kawalan
Kejuruteraan Kawalan pentadbiran PPE 6.8 Tumpahan, kebocoran air - Pasangkan penghadang atau second containment untuk mengelakkan air dari mengalir keluar - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan - Guna PPE dengan betul seperti safety boots dan sebagainya 6.9 Bekerja ditempat tinggi - Sediakan platform/tapak yang lebih luas semasa bekerja ditempat tinggi - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan - Guna PPE dengan betul seperti safety boots dan sebagainya 6.10 Peralatan bertekanan tinggi - Sediakan Safety switch pada peralatan tersebut - Pasangkan pressure controller - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan - Tingkatkan penyelenggaraa n - Guna PPE dengan betul seperti glove, goggles, dan sebagainya 6.11 Pencahayaan - Sediakan mesin untuk quality inspection - Gunakan lampu yang menghasilkanc ahaya yang lebih selamat - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan - Guna PPE dengan betul seperti glove, goggles, dan sebagainya
Page | 25 No Bahaya Penghapusan Penggantian
Kawalan kejuruteraa n Kawalan pentadbiran PPE 6.12 Serangan makhluk perosak - Buangakn semua tanda serangan - Gunakan racun makhluk perosak - Sediakan lantai dan dinding yang mudah dibersihkan - Pastikan keadaan kawasan sentiasa kemas - Amalkan kebersihan
6.13 Bunyi bising - Asingkan
kawasan proses - Pasangkan penghadang bunyi - Pasangkan penyerap bunnyi pada mesin atau tempat kerja yang terlibat - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan - Tingkatkan penyelenggaraa n - Guna PPE dengan betul seperti plug, ear muff dan sebagainya 6.14 Bahan kimia/ asap gas berbahaya - Gunakan bahan yang kurang berbahaya - Amalkan cara kerja yang selamat -Pertukaran kerja/ aturan kerja -Tingkatkan penyeliaan dan latihan -Pemantauan kesihatan. - Guna PPE dengan betul seperti glove, mask dan sebagainya
Page | 26 7.0 SEMAKAN SEMULA BAHAYA
Langkah-langkah semakan semula perlu diambil untuk mengurangkan dan mengawal bahaya supaya langkah-langkah kawalan yang diambilberkesan dan memberi manfaat kepada pihak pengurusan dan pekerja. Langkah-langkah semakan semula juga boleh diparktikkan dengan langkah-langkah berikut:
i. Menjalankan kerja-kerja baikpulih pada mesin dan memantau langkah-langkah kawalan yang diambil untuk memastikan keberkesanannya. Contohnya membuat pemeriksaan berkala pada mesin untuk memastikantiada kerosakan berlaku. Jika ada apa-apa kerosakan, ianya perlu diganti supaya dapat mengelakkan kemalangan. ii. Memastikan latihn yang diberikandapt difahami dengan mudah oleh pekerja. Ujian dan pertanyaan perlu diajukan kepada pekerja supaya kandungan latihan yang diberikan benar-benar difahami. Bahan-bahan pembelajaran perlu dikemaskini supaya peraturan baru yang diperkenalkan dapat diketahui.
iii. Audit dan pemeriksaan perlu dijalankan untuk membuat pemeriksaan padakerja-kerja yang dilakukan.
iv. Setiap kemalangan, near miss, insiden hendaklah di beritahu dan diambil tindakan semula serta membuat kajian terperinci.
V. Memastikan tata amalan kerja dipatuhi.
vi. Bahagian Keselamatan hendaklah memantau semua pekerja daripada segala kemungkinan berhadapan dengan kemalangan.
vii. Mengadakan sistem keselamatan bagi memberi latihan keselamatan kepada pekerja dn majikan.
Page | 27 7.1 Manfaat untuk organisasi
Berdasarkan laporan ini, kita memdapati terdapat bahaya-bahaya dan potensinya serta kaedah pengawalan dan cadangan. Cadangan yang dipercayai akan memberi manfaat kepada majikan kerana:
i. Ia boleh meningkatkan motivasi yang tinggi dengan melaksanakan tugas dengan efisyen.
ii. Dapat meningktkan lagi tenaga mahir dan memperkukuhkan lagi kekuatan majikan. iii. Dapat memberi pendedahan kepada majikan dan pekerja tentang kepentingan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
iv. Mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan melalui jawatankuasa yang telah ditubuhkan dengan mengadakan mesyuarat sekali dalam tiga bulan tanpa gagal.
v. Menyahut saranan kerajaan dalam mencapai matlamat kearah kemalangan sifar. vi. Meningkatkan tahap kepercayaan organisasi luar kepada syarikat kita.
8.0 UNDANG-UNDANG YANG TERLIBAT
i. Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 (Akta 514) ii. Akta Jentera dan Kilang 1967 ( Akta 139)
Page | 28 9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengenalpastian hazard adalah sangat penting untuk sesebuah organisasi. Tujuan utama mengenalpasti hazard adalah untuk mengutamakan operasi kerja yang kritikal yang mana proses tersebut mempunyai risiko kepada keselamatan dan kesihatan para pekerja serta menekankan hazard yang mungkin hadir daripada mesin dan peralatan, sumber kuasa, keadaan tempat kerja atau pun aktiviti yang dilaksanakan.
Oleh yang demikian, mana-mana hazard yang dikenalpasti boleh memberi kesan sampingan kepada para pekerja seharusnya dihapuskan dan langkah kawalan hendaklah diambil untuk memastikan tahap keselamatan para pekerja berada pada tahap yang baik.
Bagi TG Plant, MCIS Safety Glass Sdn.Bhd. terdapat beberapa hazard yang telah dikenalpasti. Hazard yang berisiko tinggi termasuklah objek terjatuh, bahagian mesin yang bergerak, objek tajam, bunyi bising, bahang panas, penggunaan bahan kimia dan juga aktiviti membaik pulih dan penyelenggaraan. Hazard ini merupakan hazard yang berisiko tinggi dan memerlukan langkah kawalan yang segera.
Sehubungan dengan itu, cadangan langkah kawalan seperti yang dinyatakan di dalam laporan haruslah dilaksanakan bagi mengurangkan dan mengawal hazard daripada terdedah kepada para pekerja.
Page | 29 10.0 RUJUKAN
(DOSH) Department of Occupational Safety and Health (2008). Hazard Identification, Risk Assessment and Risk (HIRARC). Guideline Hazard Identification, Risk Assessment and Risk (HIRARC) JKKP DP 127/789/4-47 ISBN 978-983-2014-62-1.
(DOSH) Department of Occupational Safety and Health (2009). Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514), Regulations and Order. International Law Book Services
(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality Act 1974 (Act 127), Regulations, Rules and Orders. International Law Book Services
(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality (Industrial Effluents) Regulation 2009.
(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality (Prescribed Premises) (Scheduled Wastes Treatment and Disposal Facilities) Regulations 2005
Department of Chemistry and Biochemistry. Research Laboratory Hazard Assessment and Personal Protective Equipment Use [Online]. Available at:
http://www.chemistry.ucla.edu/file-storage/publicview/pdfs/HazardAssessmentPPE.pdf. Assessed on: 22nd April 2012
Page | 30 11.0 APPENDIX
i. Objek jatuh, objek tajam, bahagia mesin yang bergerak
ii. Bahan kimia berbahaya Rajah 1 : Pekerja sedang mengalihkan cermin
Rajah 2: Bahagian mesin yang bergerak
Rajah 3: Manual cutting dan grinding Rajah 4: Cermin pecah. Objek tajam
Rajah 5: Printing process. Menggunakan paste, ceramic paste, sicasol and spirits
Rajah 6: Holder assembly. Menggunakan Hamatite sealant.
Page | 31 iii. Bunyi bising
iv. Heat
Rajah 7: Soldering process. Menggunakan solder flux.
Rajah 8: Tempering process menghasilkan
bunyi bising Rajah 9: Cutting, grinding and drilling menghasilkan bunyi bising
Rajah 10: Relau untuk tempering process menggunakan suhu bermula 650 oC hingga 700 oC
Rajah 11: Printing process manghasilkan haba dan bahang panas
Page | 32 v. Bekerja di tempat tinggi
vi. Hazard elektrik
Rajah 12: Membaik pulih dan penyelengaraan mesin.
Rajah 13: Bekerja di tempat tinggi
Rajah 14: Peralatan mesin menggunakan elektrik sebagai sumber tenaga
Page | 33 vii. gelincir, jatuh
viii. Pencahayaan, silau
viiii. Glass pallet yang tidak teratur Rajah 16: Keadaaan yang tidak kemas dan bersepah
Rajah 17: Keadaan tidak kemas
Rajah 18: Pemeriksaan kualiti Rajah 19: Pemeriksaan kualiti