• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN PENGETUA DALAM MENERAJUI PERUBAHAN ICT DI SEKOLAH. Haslinda binti Maszalan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERANAN PENGETUA DALAM MENERAJUI PERUBAHAN ICT DI SEKOLAH. Haslinda binti Maszalan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

186

PERANAN PENGETUA DALAM MENERAJUI PERUBAHAN ICT DI SEKOLAH

Haslinda binti Maszalan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan tentang peranan pengetua dalam menerajui perubahan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) di sekolah. Perubahan sistem pendidikan memerlukan anjakan paradigma pengetua untuk melengkapkan diri dalam mengadaptasi pelbagai perubahan termasuklah perubahan ICT. Pengurusan dan pentadbiran di sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih baik dengan adanya ICT. Pengetua perlu meningkatkan ilmu berkaitan ICT dalam usahanya menerajui kepimpinan dan pentadbiran di sekolah. Terdapat beberapa peranan yang nyatakan boleh digunakan bagi mengimplementasi ICT di sekolah. Model mengurus perubahan dalam implementasi ICT dan kepimpinan sekolah turut dibincangkan yang melibatkan strategi pengetua dan ciri-ciri organisasi. Fasa perlaksanaan kejayaan implementasi ICT di sekolah mewakili peringkat transformasi berbeza juga dinyatakan. Beberapa tinjauan literatur dan kajian dalam dan luar negara berkaitan peranan pengetua dalam perubahan perlaksanaan ICT dikupas agar peranan pengetua dapat ditingkatkan khususnya dalam implementasi ICT. Cadangan bagi memantapkan lagi peranan pengetua sebagai pemimpin teknologi di sekolah dinyatakan.Usaha ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada alam tahap penggunaan ICT yang maksimum.

Kata kunci: peranan, pengetua, perubahan, ICT

This concept paper discusses the role of principal in leading the changes in information and communications technology (ICT) in schools. A change in the education system requires principals to complete the paradigm shift in adopting various changes, including changes in ICT. Management and administration in schools can be implemented better with ICT. Principals need to increase knowledge of ICT in its leadership and administration in schools. There are several roles that state can be used for implementing ICT in schools. Model to manage changes in ICT implementation and school leadership are discussed which involve the principal strategies and organizational characteristics. Successes of the implementation phase of ICT implementation in schools representing different stages of transformation are also described. Several studies in the literature review and foreign-related and role of ICT in the implementation of changes to the role of principal can be improved, particularly in ICT implementation. Proposals to strengthen the role of principals as technology leaders in this are also described. This will make all the schools in this country are always in the maximum level of ICT usage.

(2)

187 PENDAHULUAN

Untuk memastikan rakyat Malaysia mampu menangani kelaluan percambahan ilmu setiap saat, reformasi dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bagi mengharungi cabaran dan wawasan 2020, pembangunan pendidikan yang dirancang perlu mengambilkira pelaksanaan dan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. Perubahan sistem pendidikan negara dalam melahirkan masyarakat berteknologi tinggi seiring dengan usaha KPM ke arah kesinambungan pemantapan teknologi dalam sistem pendidikan di Malaysia(PIPP,2006-2010). Pengetua atau Guru besar di sekolah ialah orang yang bertanggungjawab secara langsung dalam menggerakkan semua usaha keatas pengoperasian, pelaksanaan dasar, perubahan dan inovasi yang telah dirancang dan ingin dicapai. (Mohd Izham & Norazah, 2007; Hall, Hord & Griffin, 1980; Hall, 1988) segala perubahan sekolah terutamanya tentang pelaksanaan ICT di sekolah perlu bermula daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu pentadbir selaku pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan budaya positif dan teknologi yang berasaskan ICT di sekolah.

Bagi merealisasikan saranan Perdana Menteri itu, peranan pentadbir selaku pemimpin ICT di sekolah amat penting. Ini adalah kerana pengetua dan guru besar selaku pemimpin dan pentadbir sekolah disaran supaya melaksanakan langkah yang proaktif agar visi yang telah dijangkakan oleh Perdana Menteri menjadi realiti. ICT turut dikatakan sangat berguna dalam konsep pengurusan sekolah dengan membantu dan menolong pentadbir sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik. Proses ini melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod pelajar, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, pengurusan peperiksaan, data pembelian stok dan sebagainya (Bashid, 2007). Maklumat-maklumat tentang pencapaian sekolah yang telah diproses oleh ICT sudah tentu dapat membantu pemimpin sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan (Bashid, 2007). Sebagai contoh, ICT dapat meningkatkan tahap profesionalisme kerja guru dengan pemprosesan perkataan untuk menulis laporan rutin pentadbiran seperti surat kepada

(3)

188

ibu bapa, sebagai pangkalan data untuk menyimpan maklumat guru dan pelajar seperti bahan sumber dan kerja pelajar.

Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Perkembangan dan penggunaan ICT pada hari ini memberi kesan yang besar terhadap kerja-kerja seorang guru besar atau pengetua. Menurut Gurr (2000a), dapatan-dapatan penyelidikan menunjukkan penggunaan ICT telah memberi kesan terhadap sekurang-kurang 10 perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja seorang pengetua. Sepuluh perkara tersebut ialah penggunaan perisian, penggunaan perkakasan, penggunaan rangkaian, pengajaran dan pembelajaran, hubungan kerja dengan staf, pentadbiran, bantuan dan halangan oleh jabatan pendidikan, perkembangan profesional dalam teknologi, kualiti peribadi, dan kesan terhadap kakitangan pejabat.

Perkembangan ICT juga telah menyebabkan cara baru bekerja diperkenalkan di sekolah-sekolah. Agar seimbang dengan perkembangan semasa, guru besar perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Isu yang sering dibahaskan ialah guru besar lebih mementingkan peningkatan pengajaran dan pembelajaran berbanding apa yang ICT boleh lakukan untuk diri dan pentadbiran dan untuk tujuan tersebut, guru besar perlu (a) meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT, (b) melaksanakan pengurusan seiring dengan perubahan melalui penggunaan ICT, dan (c) memastikan ICT digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (Morrisson, 2005).

PERKEMBANGAN ICT DI SEKOLAH

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain. Selain itu, banyak lagi perubahan

(4)

189 berlaku dalam bidang pendidikan termasuk perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999. Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai penyediaan infrastruktur ICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar dibekalkan dengan 21 set komputer bagi setiap sekolah. Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkan penggunaan komputer ke dalam sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah dan menyeluruh. Penubuhan Sekolah Bestari- mula dirintis seawal 1999 kepada 88 buah sekolah di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun 1996 penyediaan infrastruktur ICT telah diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Setiap buah sekolah menengah tersebut dibekalkan dengan 21 set komputer, termasuk sebuah komputer pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (Local Area Network) tanpa kemudahan internet. Walaubagaimanapun komputer yang dibekalkan di sekolah rendah tidak dirangkaikan. Bagi tempoh tahun 1990 hingga 2000, sebanyak 332 buah sekolah lagi (110 buah sekolah menengah dan 222 buah sekolah rendah) di seluruh negara telah menerima komputer iaitu sebanyak 10 set komputer bagi setiap sekolah. Projek Schoolnet dimana projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk pencapaian internet di semua sekolah. Project My Schoolnet diperkenalkan dimana ianya merupakan projek membudayakan penggunaan internet dalam P&P melalui pembangunan laman web.

Pembinaan makmal komputer dimana KPM menyediakan semua sekolah dengan kemudahan komputer dan server. Melalui TV Pendidikan dapat membantu dan mempelbagaikan proses P&P mulai tahun 2000. Ia dibangunkan berasaskan kurikulum dan dipancarkan melalui ASTRO. Pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan pula Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Projek tersebut dilaksanakan di 15 buah sekolah rendah luar bandar di Selangor. Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer sementara perisian kursus pendidikan disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Bermula tahun 2003 bermulanya

(5)

190

pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI). Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia [BTPKPM] (2002), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu (a) literasi ICT untuk semua pelajar, (b) mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat pengajaran dan pembelajaran , dan (c) penekanan penggunaan komputer.

Matapelajaran ICTdiperkenalkan seperti program literasi ICT dan sebagainya. Latihan ICT juga di beri kepada guru-guru untuk meningkatkan kemahiran guru. Program-program latihan kepada guru sekolah rendah dan menengah turut dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru. Institut Aminuddin Baki (IAB) juga tidak ketinggalan menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga pendidikan dalam ICT. Kumpulan sasaran IAB ialah para pentadbir dan kakitangan sokongan di peringkat sekolah. KPM (2001), telah merangka program pembangunan ICT dalam pendidikan. Tempoh masa 10 tahun iaitu mulai tahun 2001 hingga 2010 akan digunakan untuk merealisasikan matlamat-matlamat berikut iaitu meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT, memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, memperluaskan kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel Kementerian Pelajaran Malaysia, meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan, meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT, meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam ICT, meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat untuk membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan. Pada masa kini banyak projek pengkomputeran pengurusan diperkenalkan contohnya Aplikasi Pengkalan Data Murid(APDM), Sistem Disiplin Murid(SSDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(SPPBS) dan banyak lagi.

(6)

191 PERANAN PENGETUA DALAM IMPLEMENTASI ICT

Untuk merealisasikan penggunaan teknologi secara berkesan, peranan pihak-pihak tertentu,

khususnya pengurusan sekolah adalah kritikal. Menurut Shelly, et al (2002), selain sikap, pentadbir haruslah menyediakan guru-guru untuk menggunakannya setelah diimplimentasi ke dalam sistem pendidikan. Untuk menyediakan guru, program-program latihan penggunaan teknologi perlulah diadakan. Program tersebut kemudiannya perlulah disusuli dengan program-program lanjutan sebagai tindak-ikut kepada program yang telah dijalankan. Senario di luar negara kebelakangan ini memperlihatkan sikap dan tahap penggunaan ICT di kalangan para pengurus pendidikan sedang dan semakin meningkat.

Peranan pengetua/ guru besar dalam mengimplementasikan ICT di sekolah termasuklah memastikan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah, menggalakkan guru-guru menggunakan ICT di sekolah, mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan sekolah; dan mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah

MODEL MENGURUS PERUBAHAN DALAM IMPLEMENTASI ICT DAN KEPIMPINAN SEKOLAH.

Kajian Yuen, Law dan Wong (2003) menunjukkan tiga mo de l pe nguru sa n peru ba ha n d iha s ilk a n be rd asark a n ke pada pe nggu naa n ICT d i seko la h -sekolah di Hong Kong.

Model implementasi ICT dalam pengurusan sekolah KONTEKS

Sumbangan PIBG Sumbangan pihak swasta FAKTOR PENYEBAB Perlaksanaan KATEGORI UTAMA Kepimpinan STRATEGI Model-model Perubahan STRATEGI Visi Pemantapan budaya FAKTOR INTERVENING Hubungan Komuniti

(7)

192

Zamri Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad, (2006) merumuskan model implementasi ICT dalam pengurusan sekolah hasil dapatan daripada kajian beliau di sekolah-sekolah bestari dan SMJKC.

MODEL 1: PENGGUNAAN TEKNOLOGI Strategi kepimpinan

1. Pemimpin mengamalkan pengurusan top-down untuk memastikan penguasaan minimum guru dalam ICT.

2. Memastikan penyelaras ICT menjalankan tugas menyelenggara dan menyampaikan kursus dalaman

3. Memastikan penggunaan jadual waktu makmal dipatuhi.

4. Memastikan guru-guru menggunakan bahan-bahan multimedia yang disediakan oleh KPM

Ciri- ciri Organisasi

1. Penekanan diberi kepada peningkatan kompetensi guru dalam menggunakan ICT untuk keberkesanan P&P serta pengurusan maklumat murid.

2. Penekanan kepada perkongsian bahan-bahan multimedia dikalangan guru. 3. Penekanan kepada kemahiran murid-murid menggunakan ICT

MODEL 2 : INTEGRASI Strategi kepimpinan

1. Pemimpin mengamalkan pengurusan top-down untuk memastikan penggunaan ICT secara menyeluruh oleh semua guru dan murid.

2. Mempunyai visi yang jelas dalam mengimplementasikan ICT.

3. Menggunakan peluang komuniti setempat dan PIBG bagi mendapatkan sumbangan untuk memantapkan prasarana ICT sekolah.

(8)

193 Ciri- ciri Organisasi

1. Mengintegrasi ICT dalam penyelesaian masalah pengurusan kurikulum sekolah.

2. Perkembangan staf sekolah menjadi amalan untuk meningkatkan kemahiran guru.

MODEL 3 : INOVASI BUDAYA Strategi kepimpinan

1. Pemimpin mempunyai visi dan misi yang jelas.

2. Mengekalkan kesinambungan organisasi dengan memastikan kemahiran ICT dikuasai oleh semua warga sekolah.

3. Menekankan perkembangan staf.

4. Menjalinkan kerjasama erat dengan komuniti dan syarikat swasta. 5. Memastikan polisi ICT dipatuhi oleh warga sekolah.

Ciri- ciri Organisasi

1. ICT digunakan secara menyeluruh dalam P&P dan pengurusan sekolah. 2. Murid-murid diberi peluang sepenuhnya dalam implementasi ICT di sekolah. 3. Guru-guru menguasai kemahiran ICT dalam perkakasan, rangkaian dan

perisian.

4. Sistem rangkaian sekolah mantap dan komunikasi melalui email menjadi amalan harian.

(9)

194

FASA PELAKSANAAN ICT

Mooij dan Smeets(2001) dalam kajiannya di sepuluh sekolah menengah di Netherlands mendapati lima fasa dalam tranformasi dan mengimplementasi ICT di sekolah. Fasa- fasa tersebut ialah penggunaan ICT oleh semua guru, meningkatkan kesedaran ICT pada semua peringkat di sekolah, penekanan kepada penyelarasan dan alatan ICT, Penekanan terhadap inovasi dan sokongan ICT dan p engajaran dan pembelajaran(P&P) yang bersepadu dengan penggunaan ICT pada bila-bila masa. Mereka juga mencadangkan beberapa kaedah seperti pengurusan sekolah, kepimpinan dan juga dasar untuk menyokong pembangunan ICT dan bagaimana sekolah boleh mempelajari implementasi ICT dengan sekolah-sekolah lain.

KAJIAN DALAM NEGARA

Zaini(2006),dalam kajian di 8 buah sekolah rendah mendapati faktor-faktor utama yang menyokong pelaksanaan dasar ICT adalah kesedaran, terhadap kepentingan ICT, kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus, dan pendedahan ICT kepada guru dan insentif untuk guru.

Rahman Sukor Abdul Samad & Mohd Subhi Marsan (2003) dalam kajiannya menyatakan terdapat 6 keberkesanan aplikasi yang membawa perubahan organisasi sekolah yang dihadapi oleh pengetua dan Guru Besar iaitu:.

1. Perubahan dalam pengurusan sekolah- aliran kerja, perkhidmatan dsbg. 2. Perubahan berkaitan struktur organisasi sekolah.

3. Hubungan antara sekolah dengan pihak luar.

4. Perubahan dalam bidang ekonomi yang melibatkan penggunaan alat elektronik, kos urusniaga dan sebagainya.

5. Perubahan dalam pentadbiran sekolah (email, groupware).

6. Perubahan kepada skala yang lebih besar- aspek kemudahan awam, pembangunan nasional dsb.

(10)

195 KAJIAN LUAR NEGARA

Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon & Laudon(1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional bermaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan. Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu mmberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Perekayasaan pula merujuk kepada mereka smula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan paradigm merupakan proses perniagaan dan cirri organisasi. John Schiller(2002), kajian di 50 buah sekolah di New South Wales, Australia mendapati pengetua mempunyai peranan yang penting dalam menjayakan perubahan ICT di sekolah Allan H.K. Yuen, Nancy Law, K.C. Wong(2003) dalam kajian kes iaitu temubual bersama pengetua di 18 buah sekolah di Hong Kong. Kajian ini menunjukkan bahawa inovasi ICT dipengaruhi oleh objektif sekolah, persepsi mereka terhadap peranan ICT dalam pendidikan serta pemahaman mereka terhadap P&P dan peranan yang dimainkan oleh guru dan pelajar

TINJAUAN LITERATUR

Bashid (2007), dengan penggunaan ICT, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan dapat disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar dan statistik akan memudahkan pentadbir sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dalam setiap polisi mahupun strategi tindakan sekolah malah memudahkan pentadbir membuat perancangan tentang program susulan, pemulihan serta pengayaan berlandaskan data yang konsisten dan tepat. Flanagan &

(11)

196

Jacobson(2003), pengalaman-pengalaman kejayaan dalam implementasi ICT dapat memberikan panduan kepada pemimpin-pemimpin sekolah yang ingin mengimplementasikan ICT untuk membawa perubahan kepada sekolah. Amalan-amalan yang membawa kepada kejayaan sekolah mengintegrasi ICT ialah penglibatan murid, perkongsian visi, kesamarataan akses, perkembangan profesional dan sistem rangkaian yang menyeluruh. Pemimpin sekolah boleh menjadikan amalan-amalan ini sebagai peranan tanggungjawab dalam mewujudkan kepimpinan teknologi. Peranan tanggungjawab pemimpin seperti pemimpin pembelajaran, pemimpin student entittlement, pemimpin pembina kapasiti, pemimpin komuniti dan pemimpin pengurus sumber. Kearsley & Lynch (1992) menyatakan kebolehan untuk membina visi serta membawa perubahan melalui implementasi ICT adalah elemen kritikal yang perlu ada pada pemimpin sekolah.

CADANGAN

Berdasarkan kepada kajian kes yang telah dijelaskan beberapa cadangan bagi menambahbaik implementasi ICT di sekolah adalah seperti berikut:-

1. Pemimpin sekolah harus meningkatkan kompetensi ICT dalam bidang perisian, perkakasan dan rangkaian melalui perkongsian maklumat dan kemahiran dengan pemimpin yang lebih mhir, menghadiri kursus serta juga melalui pembacaan.

2. Bagi mewujudkan integrasi ICT secara keseluruhan, Kementerian Pelajaran, Sistem Web Besed Management System(WSMS) perlu berfungsi dan boleh digunakan sepenuhnya oleh semua sekolah-sekolah bestari.

3. Perkembangan staf harus dijadikan amalan dan dibuat secara berkala bagi memantapkan kompetensi ICT dan budaya ICT dalam kalangan warga sekolah.

4. Kursus-kursus ICT yang dijalankan di Institut Aminuddin Baki dan juga jabatan pendidikan hendaklah merangkumi keseluruhan kerangka ICT iaitu pengurusan data dan maklumat, perkakasan, perisian dan rangkaian supaya pemimpin sekolah dapat mewujudkan model inovasi budaya ICT di sekolah.

(12)

197 Bagi memantapkan lagi peranan pengetua/ guru besar(GB) sebagai pemimpin teknologi di sekolah, pengetua/GB dicadangkan agar:

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

2. Pengetua/GB turut dicadangkan agar menghadiri seminar dan kursus yang berkaitan dengan penggunaan ICT untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam pendidikan supaya menjadi role model dalam penggunaan ICT dalam kalangan guru serta melaksanakan perkongsian ilmu ke arah peningkatan penggunaan ICT di sekolah.

3. Pengetua/ GB dicadangkan agar membuat perancangan untuk mengaturkan program yang dapat membangkitkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran menggunakan ICT dalam kalangan guru.

4. Pengetua/GB dicadangkan agar membangunkan infrastruktur ICT di sekolah dengan memastikan kemudahan dan kelengkapan ICT sentiasa mencukupi dan terkini serta boleh digunapakai dengan mudah pada sepanjang waktu persekolahan.

PENUTUP

Cabaran kini kepada semua pengurus pendidikan di sekolah adalah untuk berubah daripada tahap menggunakan teknologi atau dalam bentuk engineering approach kepada satu bentuk reengineering approach. Noorashikin (2006) dan Law Sie Yeing (2006) galakan dan sokongan daripada pihak pentadbir sekolah telah memberikan semangat dan motivasi kepada guru untuk terus memperbaiki dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT yang sedia ada. Pemimpin sekolah bertindak sebagai pemimpin perubahan, penyokong kepada perkembanganstaf dan pemimpin harus menjadi model pengguna ICT. Pemimpin harus menunjukkan kesediaan dalam penggunaan ICT agar kepimpinan itu terus dinamik dan releven seiring dengan keperluan masa kini. Persaingan masyarakat dunia yang hebat dalam abad ke-21 dan

(13)

198

perubahan kearah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Oleh itu peranan pemimpin sekolah dalam menghadapi cabarab ini adalah untuk berubah daripada tahap penggunaan teknologi atau dalam bentuk engineering approach kepada satu bentuk pendekatan dan anjakan paradigma bagi meneruskan kelestarian sekolah.

RUJUKAN

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting and evaluatingqualitative and quantitative research. New Jersey: Pearson.

Davies,B.(1996). .Reengineering school leadership. International Journal of EducationalManagement,10 (2),11-16.

Flanagan, L.,Jacobson, M. (2003). Technology leadership for the twenty first centuryprincipal. Journal of Educational Administration,41(2),124-142.

Fullan, M.(1991). The new meaning of educational change. New York, NY: Teacher CollegePress, Columbia University.

Fullan, M.(1992). Successful school improvement: The implementation perspective andbeyond. London: Open University Press.

Fullan, M (1993). Change forces: Probing the depth of educational reform.London: Falmer Press.

Fullan, M (1999). Change forces: The sequel. London: Falmer Press.Hargreaves,A.,& Fink, D.(2003). The Seven Principles of Sustainable Leadership.

Kearsly,G.(1990). Computers for educational administration.New Jersey:Ablex Norwood.

Kearsly,G., & Lynch, B. (1992). Educational leadership in the age of technology:The newskill. Journal of research on computing in education, 25(1),50-61.

Laudon,K.,& Laudon,J.(1998). Management information systems:New approach toorganization and technology. New Jersey: Prentice Hall.

Lee G.S. (2000). IT & education in Malaysia: Problems, issues and challenges. KualaLumpur: LongmanMinistry of Education. (1997). Smart school flagship application: The Malaysian smartschool technology infrastructure. Concept request for proposal.

Mooij,T.,Smeets, G.(2001). Modelling and supporting ICT implementation in secondary schools.Computers in education. 36,265-281.Strauss, A.,& Corbin,J. (1998). Basics of qualitative research: Techniques and procedures for developing grounded theory.Thousand Oaks, CA: Sage.Telem, M.(1996).

(14)

199 MIS implementation in schools: A system socio-technical framework.Computers in

education, 27(2),85-93.

Tearle, P. (2004). A theoretical and instrumental framework for implementing change in ICT in education. Cambridge Journal of Education 34 (3) 11.12. Yee, D.(1998). IT in educational leadership: New Zealand perspectives.

Yuen, H.,K.,A.,Law,N.,& Wong,K.,C. (2003). ICT implementation and school leadership.Case studies of ICT integration in teaching and learning. Journal of EducationalAdministration, 41(2), 158-170Yukl, G. (2002). Leadership in organization. New Jersey: Prentice Hall.

Zaini Ahmad (2006). Pelaksanaan Dasar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi DalamPendidikan Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.

Zamri Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad(2006). Implementasi ICT dan Kepimpinan Sekolah: Kajian Kes di sekolah-sekolah bestari dan SMJKC. Institut Aminuddin Baki. Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait