• Tidak ada hasil yang ditemukan

FENOMENA E-SPORT BERSEDIAKAH ANDA??

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FENOMENA E-SPORT BERSEDIAKAH ANDA??"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

FENOMENA

E-SPORT

BERSEDIAKAH ANDA??

FAKTA MENGENAI

(2)

ISI

KANDUNGAN

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

DR. JASMIN @ JUSPIN DAVID

PENASIHAT

ADZWA BIN KAMRI

KETUA EDITOR

MOHD FAUZEE ABDULLAH

EDITOR

MAWAR HJ. RAHMAN

SAPHRI HJ. BAKKANG

Dari Meja Penasihat

Dari Meja Ketua Editor

Fenomena e-Sport

Bersediakah Anda?

Virtual Contest

Keep Fit Aerobic

Pemilihan Atlet e-Sport UiTM

Cawangan Sabah

Klinik Motivasi e-Sport

KARiSMA Virtual Edition 2021

Fit Staff @ Fun Ride

Sekapur Sirih

1-2

Warga Staf Unit Sukan

3

Jawatankuasa Sukan Pelajar

4

Jawatankuasa Sukan Pelajar

5-9

Artikel Pilihan

10-11

U.S Challenge

12

Tips Kesihatan & Kecergasan

13-14

Tahukah Anda??

(3)

Dari Meja Penasihat

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, E-Jurnal Sukan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah berjaya dihasilkan. E-Jurnal Sukan ini diterbitkan selaraskan dengan kemajuan teknologi masa kini.

E-Jurnal Sukan ini disediakan setiap 3 bulan sekali khas untuk tatapan warga UiTM Sabah dan juga UiTM SeMalaysia bagi memberi maklumat secara atas talian bagi program penggalakan dan pembangunan sukan UiTM Sabah.

Saya merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Pihak Pengurusan UiTM Cawangan Sabah yang sentiasa menyokong setiap program yang dianjurkan oleh Unit Sukan UiTM Cawangan Sabah. Tidak lupa juga staf Unit Sukan itu sendiri yang telah bertungkus-lumus bersama dengan Jawatankuasa Sukan Pelajar untuk memastikan program sukan yang telah dirancang sebagai satu landasan untuk menjadikan UiTM Cawangan Sabah sebuah universiti bersukan. Mudah-mudahan dengan penglibatan pelajar dalam program sukan dapat memberi keseimbangan antara intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Akhir kata, saya menyeru semua warga berkerjasama menjadikan UiTM Cawangan Sabah sebuah universiti bersukan bagi membangkitkan semangat kekitaan dan perpaduan antara satu sama lain.

Adzwa Bin Kamri Penasihat

(4)

Dari Meja Ketua Editor

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu WaTa’ala kerana Unit Sukan UiTM Cawangan Sabah telah berjaya merealisasikan hasrat untuk menghasilkan sebuah E-Jurnal Sukan untuk tatapan semua warganya dan rakan maya lainnya. Terhasilnya E-Jurnal Sukan ini adalah kesinambungan daripada e-Buletin Sukan (Sport Lane) yang pernah diterbitkan suatu masa dahulu.

Dengan terbitnya e-Jurnal Sukan ini bertujuan menjadi bahan bacaan informasi online yang berkaitan sukan semasa di dalam mahupun di luar kampus UiTM Cawangan Sabah. Catatan rangkuman aktiviti dan program Unit Sukan direkodkan secara maya untuk pengetahuan serta rujukan di masa akan datang. Banyak informasi bermanfaat juga diselitkan untuk mendidik masyarakat dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.

Mengambil kesempatan ini juga saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja Unit Sukan, Jawatankuasa Sukan Pelajar dan sumbangan pihak lainnya bagi menjayakan dan merealisasikan E-Jurnal Sukan ini.

Akhir kata, saya berdoa kepada Allah Subhanahu WaTa’ala agar Unit Sukan UiTM Cawangan Sabah kekal releven, mampu terus menerajui arena sukan kepada warganya serta komuniti setempat, memberikan perkhidmatan yang terbaik dan dapat bersama-sama mengangkat nama UiTM Cawangan Sabah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Sekian, terima kasih.

Mohd Fauzee Abdullah Ketua Editor

(5)

ADZWA KAMRI

Pegawai sukan kanan

Mohd fauzee abdullah

Pen. Peg. sukan

Mawar hj. rahman

Pem. sukan kanan

Saphri hj. bakkang

Pem. sukan

Ag damit alan

Pem. awam

Rosmi miri

Pem. awam

WARGA STAF

UNIT SUKAN

(6)

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) yang dahulu kenali sebagai Majlis Sukan Mahasiswa (MSM) merupakan satu jawatankuasa di bawah Unit Sukan UiTM Cawangan Sabah di mana tugas jawatankuasa ini adalah menggiatkan aktiviti sukan serta membantu dan melaksanakan segala program yang dianjurkan Unit Sukan sama ada di dalam mahupun di luar kampus.

Objektif penubuhan JSP ini adalah untuk:

❑ Menggalakkan mahasiswa supaya menjadi lebih berdaya saing dan seimbang dari segi akademik dan sukan.

❑ Membentuk mahasiswa yang berkualiti dalam bidang pengurusan sukan.

❑ Menjadi penggerak utama dalam menghidupkan uitm@sportingcampus dalam kalangan pelajar.

❑ Menjadi nadi mahasiswa supaya sentiasa bergerak aktif, kreatif, inovatif dan progresif.

JAWATANKUASA

SUKAN PELAJAR

(7)

AKTIVITI

SPORTING CAMPUS

Walaupun terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh pandemik Covid-19, ini tidak menjejaskan perancangan dan pelaksanaan aktiviti di kampus.

Unit Sukan UiTM Cawangan Sabah maju setapak lagi menyahut cabaran ini dengan melaksanakan program berbentuk pertandingan maya. Beberapa aktiviti telah berjaya dilaksanakan serta mendapat sambutan yang memberansangkan daripada para mahasiswa yang antara lain bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui sukan dan kekal aktif. Aktiviti tersebut antaranya adalah:

i. Football Juggling Challenge

ii. Netball One Munite Shooting Challenge iii. Half Court Basketball Virtual Contest iv. Petanque Shooting Challenge

v. Pertandingan Mencipta Logo Sporting Campus

Dengan adanya aktiviti seperti ini telah membuka satu lagi dimensi baru dalam membudayakan sukan secara maya pada masa akan datang.

VIRTUAL

CONTEST

(8)

Program Keep Fit Aerobic @ Sporting Campus UiTM Cawangan Sabah yang terakhir untuk semester Okt 2020 – Feb 2021 telah diadakan pada 30 Januari 2021 secara

atas talian atas talian yang telah

dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sukan Pelajar dengan kerjasama Kelab Aerobic UiTM Cawangan Sabah. Seramai 285 orang pelajar telah mengisi link kehadiran menyertai program tersebut.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr Jasmine David kerana para mahasiswa prihatin untuk menganjurkan program seperti ini walaupun dalam situasi pandemik Covid-19 seiring dengan objektif program ini iaitu untuk meningkatkan amalan budaya hidup sihat dikalangan warga UiTM.

Semoga pandemik Covid-19 segera berakhir dan program ini dapat dilaksanakan secara bersemuka bersama dengan warga UiTM pada masa akan datang.

(9)

Unit Sukan dengan kerjasama Unit Kerjaya & Kaunseling BHEP UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Klinik Motivasi e-Sport pada 23 Februari 2021 yang lalu secara atas talian melalui medium google meet. Panel jemputan pada sesi tersebut adalah Encik Norhasdi Hassan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Boi, seorang personaliti motivasi yang tidak asing lagi di negeri Sabah.

Pemilihan Atlet e-Sport KARiSMA 2021 Peringkat UiTM Cawangan Sabah telah berlangsung pada 06 – 14

Februari 2021 yang lalu.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 200 orang mahasiswa dalam pelbagai acara bagi Kategori Lelaki & Wanita seperti PUBG Mobile, COD Mobile, Valorant PC, Mobile Legend, FIFA 21, PES Mobile dan Moto GP. Jumlah penyertaan ini sekaligus telah membantu mencapai sasaran KPI Unit Sukan dalam penglibatan mahasiswa UiTM Cawangan Sabah dalam e-Sport. Pemilihan ini juga telah menonjolkan bakat-bakat baru yang berpotensi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Penganjuran klinik pada kali ini adalah sebagai program pemantapan dan persediaan mental para atlet yang bertanding. Banyak perkongsian dan tips yang bermanfaat telah diberikan di sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Peserta yang hadir seramai 74 orang adalah terdiri daripada para atlet di kalangan pelajar dan staf yang menyertai kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) Virtual Edition 2021 dan Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) Virtual Edition 2021.

(10)

Pada 26 Februari – 2 Mac 2021 telah berlangsung kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) Virtual Edition 2021 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UiTM. 14 Kampus Cawangan Negeri telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara iaitu PUBG Mobile, COD Mobile, Valorant PC, Mobile Legend, FIFA 21, PES Mobile dan Moto GP. Pada edisi kali ini Kontinjen UiTM Cawangan Sabah telah menghantar penyertaan seramai 50 orang pelajar dalam 6 acara sukan. UiTM Cawangan Sabah yang julung kalinya menghantar penyertaan dalam e-sport KARiSMA kali ini bertujuan memberikan pendedahan dan peluang kepada atlet untuk bertanding dalam kejohanan yang kompetitif.

Dengan adanya kejohanan seperti ini akan membantu persediaan pembentukan pasukan untuk lain-lain kejohanan akan datang. Diharapkan pada masa-masa akan datang lebih ramai lagi bakat-bakat baharu di kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Sabah dapat dilahirkan.

(11)

Masalah kecergasan dan kurang bersenam di kalangan warga staf UiTM Cawangan Sabah semasa tempoh pandemik Civid-19 adalah pencetus kepada idea ini.

Fit Staff @ Fun Ride berlangsung sepanjang bulan Mac 2021 yang lalu telah mendapat sambutan yang luar biasa.

Aktiviti santai ini berlangsung di sekitar kawasan dalam kampus, Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sepanggar.

Antara objektif Fun Fide ini adalah meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan mental staf di samping membudayakan amalan gaya hidup sihat. Jadi ayuh kekal aktif kekal cergas!

FIT STAFF

@

(12)

S

ukan di Malaysia melalui fasa pengembangan dan pembangunan rancak. Pada era

sebelum kemerdekaan, sukan seperti badminton, bola sepak dan olahraga banyak mengharumkan nama negara dengan pencapaian memberangsangkan.

Kemudian bermula 1998, sukan yang boleh dianggap baharu atau kurang popular pada rakyat Malaysia seperti boling, skuasy dan terjun mula mendapat perhatian. Kini, tumpuan terarah pula sukan permotoran, X-Games dan terbaru, e-Sports.

Evolusi dan definisi sukan juga banyak berubah sejak beberapa dekad ini. Satu motto yang sinonim dengan Olimpik ialah faster, higher, stronger (lebih pantas, lebih tinggi, lebih kuat).

Olimpik diilhamkan daripada tradisi sukan masyarakat Yunani kuno. Aspek beradu fizikal menjadi ukuran. Namun, bagaimana pula sukan elektronik atau e-Sports dapat disesuaikan dengan definisi sukan, memandangkan aspek fizikal yang menjadi elemen penting amat kurang sekali.

Jadi wajar sekiranya penyesuaian dalam melihat e-Sports dilakukan berdasarkan perkembangan terbaru ini.

Perkembangan e-Sports di Malaysia agak progresif. Bermula dengan pertandingan di peringkat tempatan anjuran kelab, e-Sports mendapat tempat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.

Malaysia juga menghantar atlet e-Sports pada Sukan Asia 2018 di Jakarta,

(13)

daripada 9.5 juta pada 2016 kepada 19.8 juta pada 2019. Angka itu mewakili kira-kira 60.7 peratus penduduk Malaysia pada 2019. Ini menunjukkan e-Sports semakin menarik minat penduduk Malaysia. Bagaimanapun, sukan ini masih tidak dipertimbangkan untuk dipertandingkan di peringkat Olimpik.

Sukan ini pada landasan betul untuk maju ke hadapan dalam mendapatkan pengiktirafan di peringkat Olimpik.

Malah, agak menarik untuk diperhatikan bahawa di kala sukan tradisional lain terjejas kerana wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kebanyakan negara, e-Sports masih kekal berjalan dan lebih aktif menghiburkan peminat sukan serata dunia. e-Sports menjadi alternatif.

Walau apa pun keputusan akan diambil IOC terhadap eSports, Malaysia hendaklah mengambil langkah awal dalam memastikan negara kita mempunyai atlet kompetitif dalam sukan ini.

Siapa tahu e-Sports mungkin pada satu hari nanti akan menyumbangkan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik.

Sumber: Berita Harian (Saiful Ezane Mazlan)

Tidak dinafikan e-Sports boleh menjana pulangan ekonomi lumayan seperti sukan lain melalui hak penyiaran dan penajaan. Malah, pengaruh e-Sports terhadap sukan tradisional sedia ada mula dilihat apabila kelab bola sepak profesional England iaitu West Ham United menandatangani pemain profesional e-Sportsnya. Sukan ini pada landasan betul untuk maju ke hadapan dalam mendapatkan pengiktirafan di peringkat Olimpik.

(14)

UNIT SUKAN

CHALLENGE

(15)

TIPS KESIHATAN &

KECERGASAN

Menu atlet disusun berdasarkan jumlah keperluan tenaga dan komposisi gizi yang menghasilkan tenaga yang seimbang. Berbeza jumlah keperluannya, bagi atlet ia harus mengandungi karbohidrat (60 hingga 70 peratus), lemak (20 - 25 peratus) dan protein (10 - 15 peratus) daripada jumlah keseluruhan tenaga yang diperlukan.

1. Rendah lemak : memberi kestabilan jumlah lemak dalam badan dan memberi ruang kepada sumber karbohidrat.

2. Cukup protein : menjaga dan membentuk fizikal agar sentiasa ideal.

3. Vitamin dan mineral : Beraneka makanan sayuran dan buah-buahan berfungsi sebagai vitamin dan mineral diambil sepenuhnya.

4. Tinggi karbohidrat : menyediakan cukup tenaga sepanjang latihan dan menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat.

(16)
(17)

TAHUKAH ANDA??

FAKTA BERJALAN KAKI YANG HARUS ANDA TAHU

• Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori. • Berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.

• Secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.

• Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.

• Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai anda harus berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. Anggaran ini untuk individu yang mempunyai berat badan 70 kg.

FAEDAH BERJALAN KAKI

Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

1. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik. 2. Mengurangkan stres. Ketika berjalan ia boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dan membuatkan anda berasa lebih ceria serta sihat.

3. Menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolesterol.

4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.

(18)

Kenangan lalu

mengusik jiwa

UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu pada awalnya dikenali dengan nama Yayasan Sabah - Institut Teknologi MARA atau singkatannya YS - ITM. Kampus sementara yang terletak di kawasan Sembulan mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar pada bulan Julai 1973. Kuliah di institut ini bermula pada tarikh 26 Julai 1973 dengan pengambilan pertama kumpulan pelajar seramai 157 orang. Kampus ini kemudian dibuka dengan rasminya pada 17 Ogos pada tahun yang sama oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Datu Hj Mustapha bin Datu Harun.

Melihat kepada keperluan yang lebih luas bagi penyediaan ruang pendidikan tinggi kepada anak-anak muda khususnya bumiputera di negeri ini, perancangan dan pembangunan fizikal kampus tetap baharu yang lebih lengkap di Kuala Menggatal telah dimulakan pada Februari 1979. Pembinaan kampus tetap ini dimulakan dengan Istiadat perletakan batu asas oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Mohamad Adnan Robert pada 24 Februari 1979. Pada tahun 1982, kampus tetap di Kuala Menggatal telah siap dibina dan mula beroperasi. Sebahagian besar populasi pelajar telah dipindahkan ke kampus tetap yang berada di Kuala Menggatal setelah pembinaan blok asrama dan kemudahan-kemudahan lain selesai dibina. Proses perpindahan berakhir pada Januari 1992 dan kampus ini beroperasi sepenuhnya di Kuala Menggatal.

UiTM Cawangan Sabah di Kuala Menggatal di awal pembukaannya pada tahun 1982.

SEJARAH PENUBUHAN

UiTM CAWANGAN SABAH

(19)

SELAMAT BERSARA & SALAM PERPISAHAN

Setiap sebuah pertemuan pasti ada juga perpisahan, tetapi bukan menjadi alasan untuk kita saling melupakan.

Perpisahan bukanlah akhir dari kehidupan. Tetapi langkah awal seberapa kuat kita meneruskan kehidupan ini tanpanya. Ianya mengajarkan kita untuk menghargai bahawa setiap detik kebersamaan adalah anugerah yang tidak boleh disia-siakan.

Terima kasih Coach Hardy @ Zorro (Pembantu Sukan Kanan) di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang telah dicurahkan selama 23 tahun berkhidmat di Unit Sukan UiTM Cawangan Sabah.

Terlalu banyak kenangan manis, suka duka yang ditempuhi bersama. Selamat bersara dan semoga terus sukses di masa hadapan. ~01 Julai 1997 – 10 September 2020~ 𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒈𝒊 𝑻𝒆𝒓𝒍𝒂𝒍𝒖 𝑳𝒂𝒎𝒂 𝑺𝒖𝒑𝒂𝒚𝒂 𝑹𝒊𝒔𝒂𝒖 𝑺𝒆𝒍𝒆𝒔𝒂𝒊 𝑺𝒖𝒅𝒂𝒉 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑫𝒖𝒌𝒂 𝒅𝒊𝒍𝒆𝒘𝒂𝒕𝒊 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒋𝒂𝒍𝒊𝒏 𝑲𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒎𝒂𝒕 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑨𝒅𝒂 𝑺𝒖𝒎𝒖𝒓 𝑫𝒊 𝑳𝒂𝒅𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒖𝒎𝒑𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒏𝒅𝒊 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑨𝒅𝒂 𝑼𝒎𝒖𝒓 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂 𝑳𝒂𝒈𝒊..

(20)

Setelah hampir 39 tahun, bangunan lama di kawasan Kompleks Sukan UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu ini akhirnya dirobohkan. Struktur yang sudah tidak selamat tidak memungkinkan untuk ianya terus dikekalkan. Ianya juga adalah bagi memberi laluan kepada perancangan pembangunan di masa hadapan.

Bangunan yang menempatkan Pejabat Unit Sukan dan Unit Kokurikulum ini menyimpan seribu macam kisah suka duka perjuangan warganya. Tempat keramat yang telah melahirkan ramai insan-insan hebat dan berbakat dalam sukan, kokurikulum dan kebudayaan.

Generasi pelajar dan staf dari tahun 1982 sehingga 2020 pasti mengenali tempat ini. Bagi mereka yang pernah menghuni bangunan ini suatu ketika dahulu pasti banyak cerita dan kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan. UiTM Sentiasa Di Hatiku.

(21)
(22)

UNIT SUKAN

UiTM CAWANGAN SABAH

UNIT SUKAN UiTM CAWANGAN SABAH

088-325297 088-325298

SPORTS_UiTMKK USSABAH19@GMAIL.COM

UNIT SUKAN

Referensi

Dokumen terkait

Dalam pembangunan sistem E - Commerce penjualan suplement pada Mawar Sport Center, dibutuhkan gambaran dokumentasi sistem dari program yang akan dirancang dengan

Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur merupakan salah satu program untuk pelajar- pelajar selepas peperiksaan akhir tahun. Program ini akan membantu pelajar untuk memperolehi

Identitas pelajar hanyalah salah satu dari segelintir masalah penyebab terjadinya peristiwa tawuran pelajar di Kota Yogya, jadi kebijakan yang bertujuan hanya untuk menghilangkan

tahap sebelumnya ke dalam bentuk unit program.. mulai dilakukan pada tahap ini. Unit program yang sudah dibuat. akan dilakukan testing untuk memastikan unit program

BPJS Kesehatan khususnya pada unit Manajemen Pelayanan Kesehatan Rujukan memiliki staf verifikator dengan tugas untuk memastikan atau melakukan pengecekan terhadap

Untuk itu sebagai salah satu program studi yang terdapat di UNJA, staf pengajar (Dosen) dituntut untuk melaksanakan penelitian dan menghasilkan karya ilmiah yang

UNIT KEBAJIKAN MAHASISWA UKEM Pengenalan Unit Kebajikan Mahasiswa UKEM merupakan salah satu unit dibawah Pusat Khidmat Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UNIMAS..

Projek penguatan profil pelajar pancasila merupakan salah satu kegiatan yang bertujuan untuk membentuk pelajar yang memiliki profil kompetensi yang berpendidikan, berkarakter, dan