LAPORAN MODIFIKASI PERALATAN
PERMAINAN WOODBALL UNTUK
PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM
AKTIVITI KOKURIKULUM
Oleh
MOHD FAIZAL BIN YASAK
KOLEJ KOMUNITI TAIPING
MODIFIKASI PERALATAN PERMAINAN WOODBALL UNTUK
PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
Marzuki Bin Ahmad ,Mohd Faizal Bin Yasak, Zulfikar Zahri Bin Abdul Aziz
Kolej Komuniti Kuala Kangsar, [email protected] Kolej Komuniti Taiping,[email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput,[email protected]
ABSTRAK
Penyelidikan inovasi ini bertujuan untuk mengatasi kekurangan keperalatan woodball di Kolej Komuniti Sungai Siput yang menjalankan sukan Woodball sebagai aktiviti kokurikulum. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti sukan
Woodball yang baru diperkenalkan, ketahanan alatan dan kos. Penyelidikan dan
pembangunan ini bertujuan untuk menghasilkan pengubahsuaian kepada peralatan permainan woodball untuk tujuan latihan dan pembelajaran sukan
Woodball dengan kos yang kompetitif. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan
dan pembangunan yang merujuk kepada pendapat yang dinyatakan oleh Borg dan Gall (1983). Subjek ujian untuk mencuba peralatan yang telah dimodifikasi dalam kajian ini adalah pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput yang mengambil subjek Kokurikulum (sukan Woodball). Instrumen pengumpulan data menggunakan lembaran penilaian yang diberikan kepada pelajar. Teknik analisa data menggunakan analisis deskriptif kuantitatif dan deskriptif kualitatif dari hasil cadangan dan input oleh pakar. Hasil dari penelitian awal kajian ini, ia lebih menumpukan kepada produk alat woodball i a i t u Gate yang digunakan untuk pembelajaran dalam aktiviti kokurikulum diberi keutamaan untuk dimodifikasi. Diharapkan daripada dapatan kajian ini satu produk peralatan woodball dapat dihasilkan dan boleh digunapakai.
Kata kunci: pengubahsuaian, alatan woodball, pembelajaran.
Pengenalan
Permainan Woodball mungkin ianya agak asing bagi sesetengah pihak daripada kita. Namun demikian, permainan ini mulai popular dan kian menarik perhatian masyarakat. Selain caranya yang mudah, peralatannya yang mampu milik, serta tempat pelaksanaannya yang fleksibel, woodball juga boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja, anak-anak, orang dewasa mahupun warga emas. Permainan woodball juga semakin hari semakin popular khususnya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi serta orang awam.
Secara literal, woodball merupakan kata dalam bahasa Inggeris yang jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dapat diertikan bola kayu. Menurut sejarahnya, woodball muncul dari idea seorang warga China Taipe (Taiwan) yang bernama Mr. Ming-Hui Weng. Ketika itu sekitar tahun 1990, Mr. Ming ingin membuat kebun bagi ayahnya agar dapat dipakai untuk jalan-jalan dan menikmati pemandangan alam. Selain itu, dia juga mendapat idea untuk memanfaatkan kebun tersebut sebagai tempat bermain bola.Seterusnya, Mr. Ming pun cuba membuat jenis sukan bola yang boleh dimainkan di tanah yang tidak luas serta murah biayanya agar dia dapat mengajak lebih banyak teman untuk bermain di taman tersebut. Selepas itu, lahirlah woodball ciptaannya. Sukan ini kemudian popular kerana peralatannya yang semakin bagus, sekaligus juga mudah dipelajari dan dimainkan. Akhirnya, woodball mulai popular dan menembusi pelbagai negara.
Cara bermain woodball cukup sederhana. Bola kayu dipukul dengan pemukul kayu tersebut menyusuri garis lintasan, untuk selanjutnya dimasukkan ke gawang. Pemain yang berjaya memasukkan bola ke gawang dengan perhitungan pukulan yang paling sedikitlah yang berhak menjadi juara.
Latar Belakang Masalah
Permainan Woodball menggunakan peralatan yang ringkas hampir sama seperti permainan golf. Tongkat Pemukul bola dipanggil Mallet. Gawang atau tempat sasaran bola yang akan dipanggil Gate.
Semakin hari peminat permainan woodball makin bertambah khususnya pelajar-pelajar sekolah di Malaysia yang semakin didedahkan dengan permainan ini. Pada peringkat golongan ini, harga peralatan untuk sesuatu permainan amatlah mempengaruhi minat dan kesungguhan untuk bermain.
Mengambil senario yang berlaku di Kolej Komuniti Sungai Siput dimana permainan Woodball dijadikan aktiviti kokurikulum mendapati tahap ketahanan Gate yang sedia ada diperbuat daripada bahan kayu adalah lemah. Disebabkan ketahanan yang lemah seperti kayu yang mudah patah maka akan berlaku penambahan kos pembelian kerana pemain perlu membeli peralatan yang baru.
Kajian ini tidak memfokuskan aspek reka bentuk sedia ada tetapi fokus pada penggunaan material yang lain selain kayu. Juga melihat bagaimanakah penerimaan pengguna dengan material baru dan mengkaji permasalahan yang timbul terutamanya yang melibatkan reka bentuk, saiz, material dan ergonomik. Adakah ia mampu memenuhi keperluan dan dapatkah ia berfungsi dengan baik dengan kos yang kompetitif.
Penyataan Masalah
Daripada pemerhatian yang dijalankan terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti antaranya:
1. Kebanyakan Woodball gate yang berada di pasaran sekarang menggunakan kayu dan logam tempaan (cast iron). Umum mengetahui kayu mempunyai ketahanan yang lemah dan mudah untuk pecah serta reput. Hal ini menyebabkan jangka hayat penggunaan woodball gate singkat dan menyebabkan penambahan kos untuk pembelian gate yang baharu.
2. Woodball gate logam tempaan (cast iron) mempunyai ketahanan yang lebih tinggi berbanding gate kayu tetapi harga untuk gate logam tempaan (cast
iron) di pasaran adalah mahal.
Skop Kajian
Kajian ini dibuat dalam skop mengenali reka bentuk industri alatan woodball sedia ada dalam bentuk produk yang telah dihasilkan tetapi menggunakan material yang baru. Hal ini memudahkan pengkaji mengkaji skop kajian yang dijalankan. Dengan memahami keputusan bentuk berdasarkan keperluan, bentuk dan fungsi, penampilan bahan serta reka bentuk. Kajian ini juga, merujuk kepada Persatuan Woodball Pulau Pinang agar alatan dihasilkan masih mematuhi peraturan dalam pertandingan.
Objektif Kajian
Kajian ini berteraskan objektif berikut:
1) Kajian ini bertujuan untuk mengeluarkan prototaip yang dijangka sesuai menggunakan material selain kayu seterusnya dapat menghasilkan produk yang akan digunakan untuk aktiviti kokurikulum untuk peralatan sukan woodball
2) Kajian ini juga akan menghasilkan rekabentuk sedia ada mengikut spesifikasi yang ditetapkan seterusnya menggunakan perisian rekabentuk untuk menganalisa dan mensimulasi prototaip tersebut untuk menguji ketahanan.
3) Kajian ini akan menghasilkan prototaip yang terdiri daripada pelbagai bahan material yang sesuai dan murah yang ada di pasaran.
Rasional dan signifikasi Kajian
Rasional dan signifikasi projek ini adalah kami dapat membantu komuniti khususnya golongan pelajar yang ingin membudayakan permainan woodball ini dengan kos yang lebih murah dan tahan lasak sekali gus menarik ramai komuniti untuk bermain dan menghasilkan suasana bersukan yang sihat.
Kami juga sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat yang menjadi salah satu pengedar peralatan woodball di Malaysia pada masa ini iaitu Nursuhaina Enterprise. Beliau juga adalah salah seorang pemain dan pengadil yang sangat berpengalaman di dalam bidang Permainan Woodball di Malaysia dan ASEAN. Beliau juga merupakan Persatuan Woodball Pulau Pinang. Melalui Encik Zulkarnain, kami akan mendapat khidmat nasihat dan keperluan untuk spesifikasi peralatan seterusnya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan woodball antarabangsa.
Pasukan kami akan menjalankan beberapa siri kajian untuk mencari material yang lebih tahan lasak dan murah. Analisis dan simulation tentang rekabentuk dan jenis material akan dilakukan menggunakan perisian yang canggih pada masa ini seperti Autodesk Inventor untuk melukis rekabentuk seterusnya melakukan Finite Element ketahanan bentuk dan material produk tersebut. Pasukan kami juga mempunyai pakar-pakar untuk pembangunan prototaip dan pembuatan produk dengan menggunakan perisian Lukisan CAD 3D dan mesin pembuatan iaitu mesin CNC Lathe yang ada di Kolej Komuniti Taiping. Untuk mendapat maklumbalas pengguna kajian ini akan menggunakan pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput yang mengambil subjek Kokurikulum bagi sukan Woodball.
Sumber Pengumpulan Data
Pengumpulan data adalah hasil daripada maklumbalas pemain, pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dan pengadil sukan woodball dan juga kajian lepas oleh penyelidik- penyelidik lain yang di perolehi daripada buku-buku, majalah, artikel dan internet. Kajian lepas ini merujuk kepada kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini berkaitan sukan woodball dan kajian ini juga dilakukan adalah untuk memperlengkapkan pengkajian untuk mendapatkan hasil yang dijangkakan.
Kajian Lepas
Berdasarkan rujukan laman web milik Persekutuan Woodball Antarabangsa (International Woodball Federation), IWBF dianggotai oleh 44 negara termasuk Malaysia dengan falsafahnya untuk mempopularkan sukan moden Woodball di peringkat antarabangsa dan untuk membina komunikasi bersama yang lebih baik di kalangan semua organisasi ahli antarabangsa.
Laman web ini juga membincangkan dengan lebih terperinci tentang permainan woodball peringkat dunia. Laman web ini turut memberikan gambaran jelas mengenai jadual sukan, jenis-jenis alatan,ukuran dan kegunaan serta membincangkan permasalahan dalam forum mereka peringkat antarabangsa. Sila rujuk (http://iwbf-woodball.org/en/2-3.php )
Permainan sukan wooodball telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1995 oleh Mr. Thomas Kok. Persatuan Woodball Malaysia ( Malaysia Woodball
Association) dengan rasminya mendaftar pertubuhannya pada tahun 1999.
Laman web ini banyak menerangkan dan membincangkan perkembangan sukan Woodball di Malaysia. Sila rujuk ( http://www.woodball.org/course.htm)
Terdapat juga rujukan lain yang telah perolehi iaitu tajuk Design and Aesthetics, Jerry Palmer and Mo Dodson ( 1980 ),terbitan Routledge , London And New York. Ia menerangkan tentang nilai-nilai estetik dalam rekaan dan pengkajian hubungan antara sejarah rekaan dengan teori estetik. Hasil maklumat yang dimuatkan dalam buku ini adalah sumbangan dari pihak yang telah lama menceburi bidang rekaan.
Merujuk kepada Borg dan Gall (1983: 772) penyelidikan pembangunan ditakrifkan sebagai proses yang digunakan untuk membangun dan mengesahkan produk pendidikan. Langkah-langkah proses ini biasanya dirujuk sebagai kitaran R & D, yang terdiri daripada mengkaji dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan produk yang akan dibangunkan, membangunkan produk berdasarkan penemuan ini, bidang ujian di mana ia akan digunakan akhirnya, dan mengubahnya untuk membetulkan kekurangan didapati di peringkat penyerahan ujian. Dalam program yang lebih ketat daripada R & D, kitaran ini diulang sehingga bidang data ujian menunjukkan bahawa produk memenuhi matlamat perilaku yang ditetapkan
Kesimpulan
Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat, disini dapat disimpulkan bahawa kajian semula sesuatu produk akibat kegagalan fungsi yang berlaku keatasnya perlu dijalankan mengikut keperluan semasa dan ada permintaan daripada pengguna. Oleh itu untuk kajian menghasilkan produk peralatan Woodball yang dibangunkan bagi tujuan menghasilkan Gate Woodball yang lebih bermutu tinggi, tahan lasak serta mampu diperolehi dengan harga mampu milik adalah mengikut keperluan tetapi tidak mengabaikan kehendak peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Woodball
Metodologi Penyelidikan
Bab ini akan memberi huraian yang lebih terperinci mengenai metodologi penyelidikan yang digunakan iaitu soal selidik termasuklah data analisis serta analisa keputusan. Ini dilakukan bagi mengetahui kesedaran pihak umum tentang permasalahan kajian, pemahaman serta pendapat mereka terhadap penyelidikan ini. Metodologi ini bergantung kepada kesesuaian kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Metodologi penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah secara pemerhatian, wawancara / perbualan dengan pemain dan pengadil sukan Woodball dan borang kaji selidik kepada pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dan melayari internet. Kaedah-kaedah ini dipilih adalah kerana yakin maklum balas yang bakal diterima adalah tepat, menjimatkan masa dan tidak membebankan mana-mana pihak yang terlibat.
Manakala teori Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan lebih merujuk kepada Borg and Gall (1983:772) mendefinisikan penelitian pengembangan sebagai berikut:
Educational Research and development (R & D) is a process used to develop and validate educational products. The steps of this process are usually referred to as the R & D cycle, which consists of studying research findings pertinent to the product to be developed, developing the products based on these findings, field testing it in the setting where it will be used eventually, and revising it to correct the deficiencies found in the filed-testing stage. In more rigorous programs of R&D, this cycle is repeated until the field-test data indicate that the product meets its behaviorally defined objectives.
Penyelidikan dan pembangunan pendidikan (R & D) adalah proses yang digunakan untuk membangun dan mengesahkan produk pendidikan. Langkah-langkah proses ini biasanya dirujuk sebagai kitaran R & D, yang terdiri daripada mengkaji penemuan penyelidikan yang berkaitan dengan produk yang akan dibangunkan, membangunkan produk berdasarkan penemuan ini, lapangan mengujinya dalam penetapan dimana ia akan digunakan akhirnya , dan menyemak semula untuk membetulkan kekurangan yang terdapat di peringkat ujian yang difailkan. Dalam program R & D yang lebih ketat, kitaran ini diulang sehingga data ujian lapangan menunjukkan bahawa produk memenuhi objektifnya yang ditetapkan secara perlakuan.
Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini dibuat secara rawak semasa pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput bermain dan data diambil untuk mendapat punca kegagalan pada Gate Woodbal yang patah. Selain itu, kaedah secara teori juga diaplikasikan dengan kaedah menyelidik, kaedah pemerhatian, dan kaedah tinjauan.
Kaedah Wawancara/Perbualan Dan Perbincangan.
Kajian ini juga menggunakan kaedah lain iaitu mewawancara atau menemubual dengan pemain dan pengadil iaitu En. Zulkarnain Shah daripada Persatuan Woodball Negeri Pulau Pinang. Proses menemubual dan berbincangan ini berlansung di Kolej Komuniti Taiping pada 04 Mac 2019 (Isnin) dan dilakukan secara tertutup.
Membangunkan Protoip Produk Dan Ujilari
Pasukan kami telah membuat rekabentuk menggunakan perisian Autodesk Inventor untuk Gate Woodball mengikut spesifikasi Persatuan Woodball Antarabangsa. Dengan menggunakan rekabentuk ini kami pindahkan kepada mesin pembuatan iaitu CNC Lathe yang terdapat di Kolej Komuniti Taiping dengan melakukan proses pemesinan untuk menghasilkan beberapa prototaip produk menggunakan material yang telah dipilih iaitu Aluminium, Teflon dan Nylon. Prototaip yang terhasil akan diuji oleh pasukan En Zulkarnain Shah di kawasan padang sebenar.
Analisis Kajian Dan Pembangunan Prototaip
Analisis ini dibuat berdasarkan kajian dilaman sesewang, maklumbalas, perbincangan dan cadangan daripada sumber yang tepat ini supaya memudahkan penyelidik untuk mengenalpasti segala data. Tujuan dan matlamat utama analisis ini dibuat adalah untuk mengetahui tahap sebenar keberkesanan produk sedia ada dan juga untuk mengenalpasti permasalahan-permasalahan lain yang dihadapi oleh pengguna
Dalam membangunkan prototaip keutamaan juga difokus kepada nilai harga supaya ia lebih baik daripada pesaing lain kerana untuk mendapatkan harga produk adalah lebih murah. Harga akan lebih murah jika menggunakan bahan mentah yang murah tetapi tahan lasak. Daripada ujilari yang dijalankan boleh dikatakan rekabentuk produk kami juga lebih tahan lasak berbanding pesaing sedia ada dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan Persatuan Woodball.
Encik Zulkarnain Shah Cuba Prototaip Yang Telah Dihasilkan
Pasukan kami telah membuat rekabentuk menggunakan perisian Autodesk Inventor untuk Gate Woodball mengikut spesifikasi Persatuan Woodball Antarabangsa. Dengan menggunakan rekabentuk ini kami pindahkan kepada mesin pembuatan dengan melakukan proses pemesinan seterusnya terhasil beberapa prototaip produk menggunakan material yang dijangka sesuai untuk dijadikan gate. Antara material yang telah dilakukan pemesinan adalah Aluminium, Teflon dan Nylon.Setiap prototaip yang terhasil akan diberi kepada En Zulkarnain Shah untuk proses ujilari.
Perbezaan material yang digunakan
Penelitian dari segi penggunaan material yang akan digunakan dalam menghasilkan prototaip dibuat. Pelbagai material digunakan dalam menghasilkan woodball gate dan diuji ketahanan serta keutuhan gate tersebut. Antara material yang digunakan dalam penghasilan prototaip adalah seperti Nylon, Polyvinyl Chloride (PVC), Aluminium 6061 dan Politetrafluoroetilena (PTFE / Teflon). Kriteria pemilihan material ini dilakukan dengan mengambil kira dari segi ketahanan gate, kos pembelian bahan dan kesesuaian material yang digunakan untuk dimesin dengan menggunakan mesin CNC Lathe di Kolej Komuniti Taiping. Material yang dipilih dalam penghasilan prototaip woodball gate ini adalah Nylon. Nylon adalah copolymer pemeluwapan yang terdiri daripada beberapa jenis monomer berbeza dalam kombinasi dengan satu sama lain. Nylon dikelaskan sebagai bahan "termoplastik" (sebagai lawan dari "thermoset") yang mempunyai kaitan dengan cara plastik respons kepada haba. Antara ciri-ciri Nylon yang dipertimbangkan untuk pemilihan material ini disebabkan Nylon sangat kuat, ringan serta tahan lama. Nylon ini tahan terhadap panas dan memiliki tingkat serapan yang rendah.
Gate Woodball yang berada dipasaran sekarang kebanyakan menggunakan material dari kayu dan logam tuangan (cast iron). Penggunaan gate kayu mempunyai masalah dari segi ketahanan kerana mudah patah dan reput apabila terdedah pada sinaran matahari untuk masa yang lama. Gate kayu mempunyai kelebihan kerana kadar lantunan bola kayu tidak kuat apabila terkena pada gate. Gate logam tuangan (cast iron) mempunyai kelebihan dari segi ketahanan dan keutuhan tetapi gate logam tuangan (cast iron) terpaksa dililit dengan menggunakan lapisan getah untuk mengurangkan kadar lantunan bola kayu apabila terkena kepada gate logam tuangan (cast iron). Selain itu, kos penghasilan gate logam tuangan (cast iron) adalah lebih tinggi. Pemilihan material Nylon untuk menghasilkan gate dilakukan kerana kadar lantunan bola sama seperti penggunaan gate kayu. Selain itu, ketahanan dan keutuhan gate Nylon ada lebih tinggi berbanding dengan gate kayu. Kos untuk menghasilkan gate Nylon adalah lebih murah berbanding penghasilan gate logam tuangan (cast iron).
Dalam kajian kami Gate woodball yang sedia ada diperbuat daripada material kayu dijadikan sebagai model sample untuk proses pengukuran. Proses penghasilan gate woodball ini dimulakan dengan menghasilkan deraf lukisan menggunakan gate wooball yang sedia ada. Ukuran bagi saiz gate woodball tersebut diambil daripada sample ini. Lukisan dalam bentuk tiga dimensi (3D) kemudiannya dihasilkan menggunakan perisian Autodesk Inventor seperti di rajah 1. Lukisan tersebut kemudiannya melalui proses analisa dan proses pengekodan (MASTERCAM ) bagi menghasilkan kod-kod program yang akan digunakan untuk proses pemesinan. Seterusnya kod-kod tersebut akan dianalisa sekali lagi menggunakan perisian CIMCO bagi menyesuaikannya dengan keadaan mesin. Apabila kod-kod tersebut telah didapati sesuai untuk digunakan, ianya akan dimuat naik ke dalam mesin dan proses pemesinan akan berjalan secara automasi. Terdapat empat jenis material digunakan untuk menghasilkan gate woodball tersebut. Bahan-bahan berlainan ini digunakan bagi tujuan menghasilkan gate yang lebih kuat, kukuh serta mampu menyerap hentakan dengan baik. Bahan-bahan tersebut ialah Aluminium 6106, Teflon, Nylon dan Plastik Polivinyl Chloride (PVC). Gambar proses penghasilan gate woodball tersebut boleh dilihat didalam jadual 1 di bawah.
Rajah 1: Lukisan 3D menggunakan perisian Autodesk Inventor
Rajah 2: Proses Analisa dan
pengekodan menggunakan perisian Mastercam X5
Rajah 3: Proses pemesinan menggunakan mesin CNC Larik
Rajah 4: Contoh gambar produk yang dihasilkan menggunakan bahan plastik
Keputusan yang diperolehi daripada kajian produk inovasi yang dibangunkan bagi tujuan menghasilkan gate woodball yang lebih bermutu tinggi, tahan lasak dengan harga mampu milik. Gate woodball yang sedia ada di pasaran sekarang tidak mempunyai ketahanan yang tinggi, mudah pecah serta harga yang ditawarkan adalah tinggi. Dengan penghasilan produk inovasi ini menggunakan bahan Nylon, ianya dijangka dapat mengurangkan kos penghasilan disamping dapat mengekalkan fungsi sedia.
Proses penghasilan Gate Woodball
1) Carta alir proses kajian (Lampiran A)
2) Carta gantt pelaksanaan projek (Lampiran B)
Jangkaan impak hasil Penyelidikan
1) Menghasilkan set woodballs’ gate yang akan digunakan di padang untuk ujilari sebenar. Para penguji terdiri daripada pemain negeri yang bertanding pada peringkat kebangsaan. Set tersebut akan mampu menahan asakan dan hentakan dari pelbagai gaya permainan.
2) Menghasilkan set woodballs’ gate menggunakan bahan plastik dengan kos yang murah berbanding set woodballs’ gate dari logam yang telah berada dalam pasaran.
3) Membantu para pemain pelbagai umur dan latar belakang yang baru menceburi sukan ini untuk mendapatkan set woodballs’ gate dengan harga mampu milik dan tahan lasak
4) Meningkatkan kemahiran dan pengalaman pembuatan produk sebenar kepada pensyarah dan pelajar Sijil Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti Taiping dengan menggunakan peralatan PdP sedia ada.
5) Membantu membina imej positif Kolej Komuniti Taiping sebagai pengeluar produk berdaya saing.
Lampiran 1 : Carta Alir Proses Kajian
PROSES REKABENTUK GATE MENGIKUT SPESIFIKASI PERSATUAN WOODBALL ANTARABANGSA – MENGGUNAKAN PERISIAN CAD 3D AUTODESK INVENTOR – KEPAKARAN PENSYARAH TEKNOLOGI
PEMBUATAN
PROSES PEMILIHAN MATERIAL – MEMILIH BEBERAPA MATERIAL YANG BERPOTENSI UNTUK PEMBANGUNAN GATE
MENGUJILARI PROTOTAIP ATAU PRODUK – MENGGUNAKAN KHIDMAT NASIHAT DAN KEPAKARAN ENCIK ZULKARNAIN SHAH DAN PERSATUAN WOODBALL MALAYSIA – KEPAKARAN ENCIK ZULKARNAIN SHAH DAN
PERSATUAN WOODBALL MALAYSIA
PROSES PEMESINAN PROTOTAIP ATAU PRODUK MENGGUNAKAN MESIN CNC LATHE DAN MILLING - KEPAKARAN PENSYARAH TEKNOLOGI PEMBUATAN
PROSES ANALISA DAN PENGEKODAN UNTUK TUJUAN PEMESINAN CNC MENGGUNAKAN PERISIAN MASTERCAM X5 – MENGHASILKAN G CODE DARIPADA LUKISAN REKABENTUK YANG DIHASILKAN -
KEPAKARAN PENSYARAH TEKNOLOGI PEMBUATAN
Lampiran B : Carta Gantt Pelaksanaan Projek
Description of Activities
Mac Apr Mei Jun Julai Sep
2019 2019 2019 2019 2019 2019 1 Literature Review / Material Preparation 2 Research Methodology i. Fabrication / Product / Prototype Development
ii. Analysis & Evaluation
3
Result , Analysis and Discussion
4
Journal Publication
5 Report Writing and