• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manifestasi Ragam Hias Ukiran Pada Artifak Tradisi Melayu: Kukuran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Manifestasi Ragam Hias Ukiran Pada Artifak Tradisi Melayu: Kukuran"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Manifestasi Ragam Hias Ukiran Pada Artifak Tradisi Melayu: Kukuran Zulkfli Bin Md Yusoff

Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor D’zul Haimi Bin Md. Zain

Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Selangor

_________________________________________________________________________ Abstrak

Pengukir Melayu telah mencipta pelbagai bentuk seni rupa tradisi yang menarik dan salah satu daripadanya ialah kukuran ataupun kukur kelapa. Kukuran merupakan alatan dapur yang banyak digunakan pada masa dahulu. Kukuran merupakan hasil kerajinan seni yang mencerminkan daya kreativiti dan nilai estetik pengukir. Ianya sebagai satu cara manifestasi pemikiran pengukir terhadap makna dan simbol ke dalam seni rupa tradisi Melayu. Ragam hias pada kukuran amat berkait rapat dengan tradisi dan falsafah ukiran kayu Melayu itu sendiri. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk merungkai keindahan seni rupa yang tersirat pada ragam hias kukuran. Kajian membentangkan secara ikonografi enam ragam hias ukiran pada kukuran yang diperolehi dari muzium negeri di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat gabungan sejarah, falsafah keindahan dan kebudayaan Melayu yang telah dimanifestasikan dalam ragam hias alatan tradisi ini.

Kata kunci: ukiran kayu, kukuran, ragam hias, ikonografi

__________________________________________________________________________________

Pengenalan

Seni ukiran merupakan seni yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat Melayu lampau. Seni ini mula berkembang dari zaman Megalitik lagi. Bermula dengan seni ukiran batu di Pengkalan Kempas, Gua Tambun, Gua Cha, Lembah Bujang, Bukit Tengku Lembu dan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu. Bukti terawal ukiran kayu dinyatakan dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Ia menerangkan istana ‘Hawa dan Nafsu’ Sultan Mansur Shah Melaka (1459-1477) yang dihiasi dengan ukiran (Abdul Halim Nasir, 1987; Wan Hashim Wan Teh, 1996). Raja Chulan bin Raja Abdul Rashid yang mengarang Hikayat Misa Melayu menerangkan seni bina istana Sultan Perak, Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1780). Walau bagaimanapun, sehingga kini masih lagi terdapat tinggalan ukiran bangunan kayu seperti di Istana Balai Besar Kelantan, Istana Tengku Nik Terengganu, Istana Raja Besut Terengganu Istana Tengku Long Terengganu, Istana Kota Raja Terengganu, Istana Satu di Muzium Negara, dan Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan (Abdul Halim Nasir, 1987; Syed Ahmad Jamal, 1994; Wan Hashim Wan Teh, 1996; Farish A. Noor & Khoo, E., 2003).

_______________________________ * Corresponding author. Tel.: +6013-7200051

(2)

Email address: aiman_zulkifli@yahoo.com

Ukiran kayu Melayu meliputi seni bina tradisional dan juga seni rupa tradisi. Seni bina tradisional terdiri daripada istana, masjid, rumah-rumah kayu, perabot rumah serta komponen-komponen yang diukir. Walau bagaimanapun, ukiran juga boleh didapati dalam alatan untuk kegunaan harian seperti peralatan dapur, hulu senjata, alatan hiburan dan alatan keraian, komponen perikanan serta alatan pertanian (Abdul Halim Nasir, 1987; Syed Ahmad Jamal, 1994; Seminar Report, 2005). Menurut Rosnawati Othman (2005), ukiran tiga dimensi atau ukiran arca merujuk kepada alatan kayu yang digunakan dalam masyarakat Melayu. Ini termasuk peralatan dapur, perabot rumah, komponen perikanan dan peralatan pertanian. Ukiran tiga dimensi juga boleh dilihat pada hulu senjata seperti keris, pisau badik dan parang, pelita (lecterns), batu nisan (headstones), congkak, bingkai sulaman dan sebagainya (Syed Ahmad Jamal, 1994).

Menurut Kamus Dewan, “ukir ditakrifkan sebagai lukisan yang dibuat dengan cara memahat, menggores, menoreh dan lain-lain pada bahagian- bahagian tertentu”. Manakala Mohammad Nazzri (2013) mentakrifkan “ukiran sebagai hasil yang terbentuk dari kesan mengukir dengan menggunakan alat-alat tertentu pada sesuatu permukaan lalu menghasilkan satu lukisan atau gambaran sama ada ia berbentuk cengkung, cembung, tenggelam ataupun timbul”. Menurut Muhammad Afandi Yahya (1995), seni ukir memperlihatkan seni rupa, kefasihan pemikiran dan nilai falsafah di sebalik elemen ukiran yang simbolik. Sebaliknya, Rosnawati Othman (Seminar Ukiran Kayu Melayu, 2013) menerangkan “ilmu warisan ukiran kayu merangkumi asal usul dan sejarah, falsafah, fungsi, jenis ukiran, struktur ukiran, prinsip rekabentuk, elemen, punca ukiran, motif, corak, kayu larik, kayu kumai, alatan, teknik, proses dan sumber kayu”.

Ukiran kayu tradisi merujuk kepada aspirasi hasil seni terhadap sumber alam, kebijaksanaan dalam merekacipta dan mengubahsuai rupa bentuk, fungsi serta kemahiran untuk menzahirkannya (Seminar Ukiran Kayu Melayu, 2013). Nilai seni ini merangkumi aspek fizikal, intelektual dan juga spiritual. Menurut Norhaiza Noordin (Seminar Ukiran Kayu Melayu, 2013), “asas ukiran tradisi merujuk kepada olahan dan pengisian enam unsur utama iaitu punca, motif, corak, ragam hias, silatan dan falsafah”. Unsur tersebut pula mempunyai elemen-elemen dan ciri-ciri yang memainkan peranan penting dalam menentukan identiti ukiran. Keseimbangan corak, ruang, pergerakkan elemen-elemen motif seperti batang, daun,

(3)

lingkaran motif perlu mengikut asas-asasnya dalam menghasilkan gerak lenggok dan tutur bahasa yang baik. Manakala silatan pula memberi kesan kepada rupa dan imej ukiran. Menurut Norzehan at el (2009), keindahan seni ukiran boleh dinilai pada kelembutan silatan yang terdapat pada daun, bunga dan batang. Nilai estetik ukiran mengambil kira faktor seperti keindahan ukiran, konsep, komposisi, bahan, teknik, kemasan dan kemahiran pengukir. Kaedah meniru, menggaya dan memujarad alam memudahkan pengukir menghayati ukiran yang dihasilkan.

Kewujudan seni adalah berkait rapat dengan masyarakat dan budaya. Makna yang terdapat dalam sesuatu hasil seni juga berkait rapat dengan pengaruh budaya ataupun agama masyarakat tersebut (Mohd Johari Ab. Hamid et al., 2006). Artifak sejarah seperti kukuran ini boleh dinilai dari dua kategori iaitu fizikal dan estetik. Kategori fizikal adalah jenis objek, bahan yang digunakan, ukuran, keadaan fizikal dan lain-lain. Manakala kategori estetik pula ialah ciri-ciri tampak dan jalinan pada objek seperti bentuk, rupa, garisan, warna dan isipadu (D’zul Haimi Md. Zain, 2008). Ikonografi merupakan satu cabang sejarah seni yang mengenalpasti, menerang atau menjelas klasifikasi pengisian makna pada imej karya. Peringkat ikonografi melibatkan disiplin ilmu yang luas seperti ilmu kebudayaan, sejarah, agama atau kepercayaan, sosial, antropologi dan sebagainya. Ianya merupakan penghayatan dan kemampuan untuk melihat dan peka kepada simbol atau makna yang terdapat di dalam hasil kerja seni itu. Keupayaan memahami tahap formalistik dan ikonografi dalam sesebuah komposisi hasil kerja bermakna kesempurnaan dalam menghayati hasil kerja seni atau artifak (Wahiza Abdul Wahid, 2012).

Pengukir tradisi Melayu telah menghasilkan alatan kegunaan harian sebagai hasil seni rupa yang menarik seperti kukuran. Berabad-abad lamanya, kukuran (utilitarian product) menjadi alatan dapur dalam kehidupan tradisi masyarakat Melayu (Che Husna Azhari, 2011). Malangnya kini ia telah pupus disebabkan oleh perubahan keperluan serta gaya hidup moden masa kini. Ini menunjukkan kepandaian pengukir Melayu tradisi dalam manifestasi keindahan alam kepada sekeping kayu. Tahap kesenian, kreativiti, gaya dan identiti mencerminkan kebolehan artistik pengukir serta tukang Melayu pada masa itu (Syed Ahmad Jamal, 1994). Ragam hias yang dibentuk melalui ukiran kayu merupakan usaha mencantikan dan menambah nilai seni rupa kukuran tersebut. Ragam hias pada kukuran berubah mengikut citarasa dan nilai estetik masyarakat Melayu sebelumnya. Ragam hias pada kukuran yang dipilih mengandungi pelbagai sifat-sifat visual termasuk bentuk, motif, komposisi, corak

(4)

ukiran, dan teknik ukiran. Ragam hias yang dihasilkan boleh dinilai tahap pemikiran pengukirnya dan kecanggihan peralatan yang digunakan untuk menyelesaikan tugas tersebut pada sesuatu masa dan sesuatu tempat. Kerja-kerja tersebut juga bertindak sebagai perakam waktu serta pengetahuan dan kemudahan yang dimiliki oleh masyarakat pada zaman tersebut. Oleh yang demikian, ragam hias yang dibincangkan hanya berkaitan pada alatan kegunaan harian (utensil) iaitu kukuran ataupun kukur kelapa.

Konsep Keindahanan Ukiran Kayu Melayu

Masyarakat Melayu penuh dengan unsur-unsur seni dan kemewahan budaya yang mencerminkan ketamadunan dunia Melayu pada masa dahulu. Budaya pra Islam telah lama berakar umbi dalam masyarakat Melayu lampau. Walau bagaimanapun unsur seni rupa ini telah diolah bagi mematuhi nilai-nilai agama Islam. Larangan kepada bentuk manusia, fauna dan makhluk khayalan dalam seni rupa Islam telah menyumbang kepada bentuk-bentuk lain seperti motif flora, corak Islimi, dan rekabentuk geometri yang ringkas. Seni Islam melihat geometri, ketepatan komposisi, corak berulang-ulang, simetri sebagai ungkapan kepada ketuhanan dan paradigma Allah yang sempurna.

Menurut Abdullah Mohamed juga dikenali sebagai Nakula, Islam adalah teras falsafah keindahan dalam semua bidang kesenian tradisi Melayu. Akidah ketuhanan inilah yang menjadi teras kepada falsafah keindahan Melayu. Beliau berpendapat dua pendekatan dalam akidah ketuhanan Islam iaitu pendekatan menurut “Ilmu al-Kalam” dan menurut “Ilmu al-Hakikah” yang disebut juga “Ilmu Martabat Tujuh”. Beliau menjelaskan konsep Zat Allah itu mempunyai dua kelompok sifat iaitu “sifat-sifat Jamal”(sifat-sifat keindahan) dan “sifat-sifat Jalal” (sifat-sifat kehebatan). Walau bagaimanapun beliau berpendapat bahawa sifat-sifat Jalal ini sentiasa tersembunyi dan dikuasai sifat-sifat Jamal. Oleh itu, seorang mukmin juga mencintai keindahan kerana Allah itu indah dan mencintai yang indah (Yusuf Al-Qardhawi, 2002).

Oleh yang demikian, istilah “Benih Alam” atau “Benih” banyak digunakan dalam konteks falsafah keindahan seni ukir Melayu. “Rahsia” atau “Sirr” atau “Benih” yang disifatkan sebagai punca tumbuhnya sesuatu motif ukiran dan ada yang nyata dan ada yang

(5)

tertutup. Ia digambarkan dalam perbagai bentuk dan kedudukan sebagaimana yang terukir di dalam istana Tengku Sri Akar Raja di akhir abad ke-19 (lihat Rajah 1).

benih tertutup benih berupa pasu

benih nyata benih berupa bunga

Rajah 1: Empat bentuk Benih Illustrasi oleh: Zulkfli bin Md Yusoff

Keindahan ukiran kayu dinyatakan oleh Wan Musa bin Wan Yusuf kepada Abdullah Mohamed (Nakula) menerusi kosa kata seperti “Tumbuh hendaklah berpunca, punca itu rahsia, tajam tidak menerjah lawan, lilit tidak memeluk lawan, tetapi berlegar mesra” (Balai Seni Lukis Negara, 2008). Seni ukiran juga mengandungi falsafah atau simbolismenya yang tersendiri. Dalam seni ukir Melayu, ungkapan kreatif pengukir sebenarnya dipengaruhi oleh keesaan kepada Maha Pencipta (Mohd Suhaimi, 2006). Rekaan ukiran merupakan transformasi alam semula jadi dengan menepati motif dan rekacorak yang sesuai. Ia memberi penekanan kepada aspek keindahan dan norma kebudayaan Melayu (Balai Seni Lukis Negara, 2008). Nilai dan norma masyarakat Melayu dapat dilihat melalui ukiran. Kesopanan dan ketertiban yang wujud dalam masyarakat Melayu dipaparkan melalui ukiran (Muhammad Afandi Yahya, 1995; Seminar Ukiran Kayu Melayu, 2013).. Misalnya bahagian hujung daun yang diukir walaupun tajam tetapi tidak sesekali menyentuh pada bahagian-bahagian lain dalam ukiran. Ianya berpegang kepada prinsip bahawa masyarakat Melayu tidak suka kepada perkelahian terutamanya seperti perbuatan menikam kawan dari belakang. Selain itu ranting kecil atau baru perlu tumbuh dari bawah dan tidak dari atas. Ini menunjukkan sifat orang muda yang harus menghormati orang tua serta mempelajari kehidupan mengikut tata susila

(6)

dan adat resam masyarakat Melayu. Selain itu, pemilihan corak yang indah juga memaparkan pemikiran dan simbolisma serta sesuai dengan nilai norma masyarakat.

Zakaria Ali (1989) telah merumuskan prinsip-prinsip estetika Melayu pada objek-objek seni tradisi seperti Prinsip Halus, Prinsip Berguna, Prinsip Bersatu, Prinsip Berlambang, Prinsip Berlawan dan Prinsip Bermakna. Beliau berpendapat bahawa objek seni seperti kukur kelapa mempunyai prinsip berguna dan prinsip halus kerana ianya mempunyai sifat dan bentuk yang sederhana. Beliau juga berpendapat bahawa objek seni ini digunakan oleh ahli keluarga. Oleh itu, sikap perkongsian inilah yang mencerminkan falsafah eqalitarianisme iaitu faktor yang mempengaruhi artis untuk berkarya.

Ragam hias Motif Ukiran

Ragam hias ukiran pada kukuran mencerminkan world view orang Melayu kepada konsep keindahan, kreativiti dan kemahiran pengukir tradisi. Secara amnya, ukiran yang digunakan pada kukuran boleh dikelaskan ke dalam sekurang-kurangnya tiga jenis iaitu flora, kosmos dan geometri mudah. Ukiran pada kukuran mungkin kelihatan mudah tetapi ia sebenarnya menggambarkan tahap kreativiti pengukir untuk mengukir pada ruang yang terhad (lihat Rajah 2). Apa yang menarik di sini adalah gabungan bentuk fauna dan motif flora yang digunakan. Tukang Melayu ini dapat menggambarkan motif flora dalam bentuk fauna tanpa percanggahan pada komposisi. Konsep, kedudukan dan motif yang digunakan dalam komposisi adalah seimbang, repetatif dan harmoni dalam susunan.

(7)

Sumber 1: Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Sumber 2: Muzium Negara Malaysia

Sumber 3: Muzium Petaling Jaya Sumber 4: Muzium Negeri Selangor

Sumber 5: Muzium Negeri Kelantan Sumber 6: Muzium Negeri Terengganu Rajah 2: Bentuk dan Ragam hias kukuran yang dipilih

Illustrasi oleh: Zulkfli bin Md Yusoff

Sumber inspirasi pengukir Melayu adalah sumber alam. Motif bunga-bungaan, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan digunakan secara meluas dalam ukiran mereka. Reka bentuk flora yang biasa diukir adalah ketola, janggut keli, ketamguri, bakawali, kedudut, kembek, pucuk rebung, daun pulut, ketumbit, bunga kacang, kiambang dan lain-lain. Namun begitu, corak awan larat juga digunakan. Corak awan larat ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu awan larat Melayu, awan larat Jawa atau corak dan awan larat silang Jawi (Muhammad Afandi Yahya, 1995; Suhaimi Hussin, 2006; Haziyah Hussin et. al, 2012). Ukiran flora menggunakan awan larat seperti ketola, bunga kacang, bunga raya, bunga teratai, bunga cengkih, bunga semantong, bunga kembong, bunga si tampuk manggis, bunga dala, bunga cempaka, bunga telipot, bunga ketam guri, pucuk paku, pepulut, kangkung, jari buaya, kerak nasi dan sebagainya (Ismail Said, 2001; Zawiyah Baba et al., 2010; Haziyah Hussin et al., 2012). Oleh itu, bentuk dan motif mempengaruhi corak ukiran. Evans (1967) mengkelasifikasi corak Melayu kepada tiga kelas iaitu corak geometri, corak yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan bunga, dan corak yang berasal dari fauna. Bentuk motif

(8)

fauna/animisme dipilih sebagai ciri awal ukiran dunia Melayu (Zulkifli Hanafi, 2000). Motif Jawa adalah berbeza daripada motif tradisional Melayu. Motif Jawa berdasarkan kepada empayar mereka sebelum ini iaitu Pejajaran, Mataram, Majapahit dan Bali. Kemudian ia berkembang kepada motif-motif daerah Jepara seperti Madura, Cirebon, Surakarta, Yogyarkata, Perkalongan dan Semarangan (Soepratno, 1983).

Pembentukkan motif ukiran pada kukuran yang dipilih bertumpu kepada sumber motif asli (kebanyakannya motif flora yang digunakan adalah daun, tangkai, batang, sulur, buah dan bunga tumbuhan tempatan). Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mengenalpasti motif flora digunakan. Ini kerana motif-motif ini mungkin ditiru, digaya dan dimujarad mengikut citarasa seni, intuitif dan gaya pengukir itu sendiri. Dalam seni ukiran kayu, konsep keindahan dilaksanakan menerusi susunan motif dalam komposisi. Asal-usul atau sumber permulaan motif juga mengambil konsep tumbuh berpunca. Keindahan seni ukiran dinilai melalui kehalusan bentuk yang terpancar dalam aspek kesempurnaan corak, motif atau ragam hias yang digunakan. Menurut Mohammad Nazzri Ahmad (2013), ciri keindahan ini boleh dilihat dari tiga sudut utama iaitu kesesuaian, kehalusan dan keasliannya. Kesesuaian dilihat dari aspek kepadanan dan keserasian ukiran tersebut dengan kecantikan dan fungsinya. Manakala motif yang dipilih haruslah sesuai dengan norma dan nilai dalam masyarakat Melayu. Dari sudut kehalusan, bentuk ukiran yang lembut dan licin serta gerak geri motif yang dibuat itu mempunyai liuk lentuk yang Iembut dan seimbang. Keaslian motif dapat dihasilkan dengan melihat alam sekeliling sebagai sumber idea dan diolah berdasarkan kreativiti dan nilai masyarakat tempatan. Dari aspek keindahan, seni ukir Melayu boleh diukir melalui sifat ukiran itu sendiri seperti berpunca, hujung menunduk, keseimbangan antara rupa dan ruang, kesederhanaan sifatnya dan pergerakannya.

Selain daripada itu, ia adalah sukar untuk mengenalpasti motif flora digunakan sebagai ragam hias. Motif-motif yang terdapat pada kukuran telah digayakan mengikut citarasa seni, intuisi dan gaya pengukir. Walau bagaimanapun, penyelidikan terperinci diperlukan untuk memastikan asal-usul motif-motif tersebut. Sherppard (1978) menyatakan bahawa kebanyakkan motif dalam rekabentuk hiasan Melayu bukannya berasal dari dunia Melayu. Ianya telah diadaptasikan dan diubahsuaikan berabad-abad lamanya. Oleh itu, konsep keindahan seni ukir Melayu ini telah disesuai dan diolah mengikut ajaran Islam. Konsep asas ragam hias pada kukuran juga memaparkan konsep world-view Islam dari

(9)

pandangan perspektif Melayu. Karya ini menunjukkan pemahaman dan wawasan ke dalam seni rupa Melayu dan jiwa Islam.

Kesimpulan

Ragam hias ukiran pada kukuran mempunyai identiti dan nilai yang tersendiri. Ianya mencerminkan rupa dan jiwa pengukir Melayu pada masa dahulu. Setiap satu ragam hias ukiran ini mempunyai komposisi yang unik dan bersesuaian dengan konsep keindahan Melayu. Falsafah keindahan ukiran Melayu telah mempengaruhi evolusi motif kukuran ini. Selepas kedatangan Islam, ajaran Islam telah banyak menpengaruhi reka bentuk ragam hias pada kukuran. Ragam hias yang dihasilkan telah diterjemahkan menggunakan corak dari sumber alam semulajadi dan persekitaran tempatan. Corak yang berunsurkan fauna dan kosmologi telah banyak dipinggirkan dan jika adapun telah diberikan penafsiran yang berbeza. Oleh yang demikian, ragam hias yang dihasilkan pada kukuran ini adalah seni yang abstrak iaitu “stylized, expressing infinity and inexpressibility”. Ini kerana seni memberikan keutamaan kepada pemikiran serta makna melalui proses penggayaan (stylization) dan bukannya berasaskan naturalism.

Keindahan, keunikan dan keharmonian ragam hias telah membentuk satu reka bentuk yang dinamik. Menurut Mastor Surat, ragam hias merupakan alat perhubungan bagi menyampaikan amanat kepada setiap bangsa merentasi masa dan budayaan. Namun begitu, tidak semua ragam hias boleh diterima pakai oleh semua masyarakat. Ianya berkait rapat dengan pemikiran, kebudayaan dan amalan kepercayaan sesuatu bangsa tersebut (Seminar Ukiran Kayu Melayu, 2013). Hasilnya, ragam hias ukiran yang digunakan pada kukuran adalah berbeza daripada komponen-komponen seni bina lain. Perbezaan ini dapat dilihat pada keseluruhan komposisi motif, susunan dan corak ukiran kayu tersebut. Pergerakkan elemen-elemen motif yang dihasilkan seperti batang, daun, bunga dan buah serta pemilihan motif adalah seimbang dan menghasilkan corak yang menarik pada ruang yang terhad. Pemilihan, penyusunan dan lingkaran motif menghasilkan gerak lenggok yang menarik. Manakala

(10)

silatan pada lingkaran pula memberi kesan kepada rupa ukiran pada kukuran tersebut. Oleh yang demikian, konsep keindahan seni ukir Melayu telah diaplikasikan pada ragam hias kukuran berkenaan.

Dalam penghasilan seni ukiran, ia bukan sekadar hiasan semata-mata tetapi juga mempunyai penafsiran (simbolisme) yang didukung oleh norma budaya kehidupan masyarakat Melayu. Karya ukiran boleh diterjemahkan kepada beberapa nilai etika. Di antara nilai-nilai etika yang dapat ditaksirkan adalah hubungan dengan Pencipta, hubungan sesama manusia, kesederhanaan serta mengenang budi (Muhammad Afandi Yahya, 1995; Seminar Ukiran Kayu Melayu, 2013). Perhubungan manusia tidak terbatas kepada Penciptanya sahaja tetapi juga hubungan sesama manusia. Kehidupan orang Melayu memperlihatkan beberapa sifat terpuji seperti tidak menyombong dan tidak meninggi diri. Ini dapat dilihat daripada lentikan hujung ukiran yang selalunya menunduk sifatnya. Pemilihan motif dan lingkarannya yang tidak berlebihan dan seimbang memperlihatkan nilai kesederhanaan sikap orang Melayu.

Rujukan

Abdul Halim Nasir. (1987). Traditional Malay Woodcarving. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Mohamed. (1980). “Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu: Hubungan dengan Illahi dan Kesenian”. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Malaysia. Abdullah Mohamed. (2006). “Islam Sebagai Teras Falsafah Keindahan Melayu dengan

Tumpuan Khas kepada Seni Bina dan Seni Ukir di Kelantan”. In Monograf Perbadanan Muzium Negeri Kelantan; Warisan Kelantan XXV. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd. pp. 32-34.

Balai Seni Lukis Negara. (1993). Form & Soul Catalogue. Balai Seni Lukis Negara. Kuala Lumpur.

Balai Seni Lukis Negara. (2008). Susurmasa: 1958-2008 Ulangtahun BSLN. Balai Seni Lukis Negara.

Che Husna Azhari. (2011). Artifak Sains dan Teknologi Alam Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

(11)

Evans H. N. I. (1967). “Some Malay Patterns and Designs”. Journal of Federated Malay States Museums, Vol XII Part 7. ms. 163-167.

Farish A. Noor and Khoo, E. (2003). Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving. Singapore: Periplus Editions (HK) Ltd.

Haziyah Hussin, Zawiyah Baba, Aminuddin Hassan, Aishah@Esah Haji Mohamed (2012). The Philosophy in the Creation of Traditional Malay Carving Motifs in Peninsular Malaysia. In GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space. 8 Issue. ISSN 2180-2491. ms. 88-95.

Ismail Said and Ahmad Saifuddin Abdullah. (2001). Spesies-spesies Kayu dalam Seni Ukiran Melayu. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Jabatan Muzium dan Antikuiti. (2005). Kayu dan Semangat: Pameran Alam Ukiran Kayu Melayu Tradisi Kelantan, Terengganu dan Pattani. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Mohd Suhaimi Tohid. (2006). Ethical Values in Malay Woodcarving: A Case Study of Wan Mustaffa Wan Su’s Work. M.A Thesis. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Muhammad Afandi Yahya. (1995). Simbolisme dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norzehan Adli Muhamad, Zaulkifli Abdul Samad, Jazmin Mohamad Jaafar, Mohd Rosli Sulaiman, Faizah Mohd. Ali, Ahmad Fadhli Johari dan Severinus Emor@Amor. (2009). Seni Kraf Kayu: Motif & Teknik. Rawang: Institut Kraf Negara.

Rosnawati Othman. (2005). The Language of Langkasuka Motif, Indonesia and the Malay World. 33 (96), ms. 97-111.

Seminar Report. (2005). Seminar Warisan Seni Bangsa: Bicara Warisan Khazanah Jiwa. Shah Alam Selangor. Malaysia - 9thApril 2005.

Seminar Ukiran Kayu Melayu. (2013). Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Sherppard, M. (1978). Living Crafts of Malaysia. Singapore: Times Book International. Siti Zainon Ismail. (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Soepratno, B. A (1983). Ornamen Ukiran Kayu Traditional Jawa. Semarang, Indonesia. Suhaimi Hussin. (2006). Perkembangan Seni Ukiran Kayu di Kelantan, In Monograf

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan; Warisan Kelantan XXV”. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd. ms. 146-150.

(12)

Wahiza Abdul Wahid. (2012). Sejarah Seni Lukis dan Seni Reka – Satu Pengenalan. Selangor: PST Enterprise Sdn Bhd.

Wan Hashim Wan Teh. (1996). Malay Handicraft Industries: Origin and Development. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Ali. (1989). Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zawiyah Baba. (ed.) (2010). Warisan Seni Ukir Kayu Melayu: Legacy of the Art of Malay Woodcarving. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Zulkfli Md Yusoff and D’zul Haimi Md. Zain. (2012). The Aesthetic Morphology of Malay Kukuran. In Proceding of 2ndUSM-PSU International Conference on Art & Sciences

2012. Penang: Universiti Sains Malaysia.

Zulkifli Hanafi (2000). “Pola-Pola Hiasan di dalam Bangunan Traditional Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

menggunakan alat bantu dari mesin. Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pola motif ragam hias yang digunakan dalam ukiran Rono serta mengetahui proses pembuatannya.

1. Di mana dapat kamu jumpai bentuk ragam hias pada bahan kayu? 2. Jenis ragam hias apa saja yang terdapat pada bahan

Ide Ornamen Ragam Hias Rumah Gadang Tradisi Minangkabau”. Pengantar Karya Tugas Akhir: Jurusan Kriya Seni/Tekstil Fakultas Sastra dan Seni Rupa Universitas

Ragam hias adalah bentuk dasar hiasan yang biasanya akan menjadi pola yang diulang-ulang dalam suatu karya kerajinan atau seni.. Karya ini dapat berupa tenunan, tulisan

1) Pengumpulan, untuk mengumpulkan ragam hias yang masuk museum baik berupa benda maupun naskah. 2) Penyimpanan, ruang untuk menyimpang ragam hias sebelum dimasukkan

Keindahan alam di Tana Toraja tidak hanya sebagai sumber inspirasi dari warna ukiran, tetapi juga berbagai bentuk yang telah disederhanakan pada ragam hias.. Selain itu

Dalam penelitiannya disimpulkan bahwa jenis ragam hias di Komplek Makam Karaeng Matinroe Ri Puranga merupakan seni hias yang memiliki nilai seni tinggi dengan ragam hias.. jenis

Dilihat dari segi teoretis, maksud dan tujuan dari penelitian ragam hias ukiran Minangkabau ini adalah agar dapat memperdalam pengetahuan tentang ragam hias seni ukir