• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN ANTARA PENDIDIKAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

Wan Nuremyra Wan Asnari Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Akses kepada pendidikan ialah salah satu daripada prioriti tertinggi dalam agenda pertumbuhan ekonomi. perbezaan dalam pencapaian pengajaran dan pembelajaran masih dapat dirasai antara negara maju dan negara membangun. Terdapat banyak sebab mengapa hal begini masih terjadi dan bagaimana ianya dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Setiap negara sepatutnya melakukan banyak penyelidikan dalam mencari jalan terbaik bagi memperbaiki kelemahan dari segi pendidikan. Oleh yang demikian, dalam kajian ini dinyatakan beberapa peranan pendidikan bagi pertumbuhan ekonomi seterusnya implikasi pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi. akhir sekali, cadangan turut disertakan bagi membantu pendidikan memberi kesan yang positif sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sememangnya, pembentukan pendidikan mengambil masa yang lama untuk bersifat matang dan membuahkan hasil yang diingini. Namun, jika tidak dimulakan dari sekarang, masa depan sesebuah negara terutamanya dari segi pendidikan akan memberikan impak yang kurang memberansangkan kepada pertumbuhan ekonomi.

Kata kunci:Pendidikan, Pertumbuhan Ekonomi, Peranan Pendidikan, Implikasi

Pendidikan

PENGENALAN

Pendidikan merupakan salah satu aspek terpenting dalam menentukankejayaan ekonomi sesebuah negara itu. Pakar ekonomi percaya bahawa pelaburan di dalam pendidikan, atau modal insan, juga penting dalam pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan dalam produktiviti tenaga buruh, peningkatan secara mendadak terhadap kadar upah dan tahap kehidupan turut bergantung kepada pendidikan (William, Isabel dan Jeffrey 2006; Hanushek dan Wobmann 2007; Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008). Apa jua penglibatan pendidikan terhadap pertumbuhan pada masa lalu, pelaburan dalam modal insan boleh meningkatkan kepentingan relatif kepada pelaburan dalam hal-hal lain yang berkaitan dengan ekonomi berpengetahuan atau k-ekonomi. (knowledge-based economy).

Tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi sudah tentu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan cara mereka ini lebih mudah memahami,cepat mempelajari sesuatu tugasan baru dan memperolehikemahiran dengan mudah, tahu

(2)

menggunakan teknologi dan peralatan yang mengikut peredaran masa secara meluas, dan lebih kreatif dalam memikirkan penambahbaikan dalam menguruskan kerja (William, Isabel, Jeffrey 2006). Kesemua ini bukan sahaja menghasilkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi menjadi lebih produktif, tetapi turut membolehkan seseorang pekerja itu menyusun persekitaran tempat kerja secara berbeza dan lebih sistematik untuk mengelakkan persaingan yang tidak sihat, di mana turut memenuhi kehendak pelanggan.

Berdasarkan hubungan yang menarik perhatian ramai pihak antara pendidikan dan pertumbuhan ekonomi, pelbagai kajian telah menyatakan pendapat mereka. Antaranya ialah pelaburan pendidikan sesebuah negara atau negeri adalah tidak secara rawak (William, Isabel dan Jeffrey 2006; Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009). Negara yang kaya, kadar pertumbuhan yang cepat, atau mempunyai institusi yang baik merasakan peningkatan dalam perbelanjaan pendidikan tidak membebankan mereka. Tambahan pula, terdapatnya kemungkinan tipisyang berkait rapat antara pelaburan pendidikan dan pertumbuhan disebabkan kausaliti berbalik (Bils dan Klenow 2000). Selain itu, merujuk kepada pelaburan pendidikan yang sangat teruk kewujudannya, terdapat pengkaji yang menggunakan purata tahun bagi attainment pendidikan di sesebuah negara (Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009). Purata tahun bagi pendidikan ialah hasil dari pemilihan masyarakat di mana diberikan kepada mereka pelaburan pendidikan mengikut kawasan. Sekiranya kita tidak mengetahui di manakah pelaburan pendidikan itu ditetapkan kawasannya, mekanisma tidak dapat bergerakbalas. Terakhirnya, kebanyakan penyelidik yang mengkaji hubungan antara pendidikan dan pertumbuhan ekonomi mengabaikan perhubungan antara pembolehubah yang akan mempamerkan mekanisma kerja mereka (Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009).

OBJEKTIF KAJIAN HUBUNGAN ANTARA PENDIDIKAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

Berdasarkan tajuk kajian hubungan antara pendidikan dan pertumbuhan ekonomi, objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Menyatakan peranan pendidikan dalam pertumbuhan ekonomi.

2. Mengupas tentang implikasi pendidikan yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

(3)

3. Menerangkan cadangan bagi mempertingkatkan pendidikan untuk pertumbuhan ekonomi.

PERANAN PENDIDIKAN DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI

Sememangnya, pendidikan tidak akan terlepas dari masalah ekonomi samada secara langsung mahupun tidak langsung. Alhumami (2004) ada menyatakan bahawa pendidikan bukan hanya melahirkan sumber manusia yang berkualiti, berpengetahuan, dan menguasai ilmu teknologi, tetapi turut meningkatkan suasana peniagaan yang sihat dan kondusif pertumbuhan ekonomi.Hal ini akan menarik minat masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan secara adil dan saksama.Melalui produktiviti ini, ianya dapat meningkatkan pendapatan negara seterusnya melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

Kajian mengenai pelaburan sumber manusia telah dijalankan oleh Schultz (1961), di mana pengkaji menyatakan bahawa pelaburan sumber manusia mampu meningkatkan kualiti sesuatu sumber dengan lebih produktif dan merupakan salah satu cara untuk keluar dari zon selesa.Peningkatan dalam sumber manusia akan melahirkan manusia yang memiliki banyak pilihan sehingga dapat meningkatkan kesejahteraan sekeliling. Menurut Schultz lagi, beberapa aktiviti yang dapat memperbaiki kemampuan sumber manusia ialah pendidikan formal yang mempunyai hubungan dengan kemampuan dalam meningkatkan sumber manusia itu sendiri.

Pelaburan dalam bidang pendidikan tidak hanya memberikan kelebihan kepada individu, malah kepada golongan peniagadan masyarakat setempat. Pencapaian pendidikan dari pelbagai peringkat dipercayai dapat meningkatkan pendapatan dan produktiviti masyarakat (William, Isabel dan Jeffrey 2006; Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009, Subroto). Sememangnya, pendidikan adalah laluan yang dapat membawa kepada kemajuan dan pencapaian sosial serta ekonomi, manakala kegagalan dalam membangunkan pendidikan akan menimbulkan masalah seperti pengangguran, masalah jenayah, penyalahgunaan dadah, dan kebergantungan bantuan (welfare dependency) yang akan menjadi beban kepada sosial politik pemerintah.

Welfare dependency adalah keadaan di mana seseorang atau isi rumah yang sangat

bergantung kepada bantuandari kerajaan bagi pendapatan mereka dalam jangka masa yang panjang, dan tidak dapt menampung pembiayaan kehidupan sehari-harian sekiranya tiada welfare dependency. Istilah ini menimbulkan kontroversi kerana dianggap sebagai penghinaandi mana mereka yang menerima bantuan ini tidak bersedia

(4)

untuk bekerja (Bane dan Ellwood 1996; Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008).

Sejak tahun 1990-an, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations

Developement Programme) dengan tegas menjelaskan betapa pentingnya pembangunan

manusia, di mana kualiti manusia merupakan sumber kekayaan sesuatu bangsa. Tambahan lagi, tujuan utama sesuatu pembangunan adalah untuk mencipta satu keadaan yang membolehkanbagi masyarakat untuk mengecapi usia yang panjang, sihat tubuh badan, dan dapat menjalani kehidupan yang produktif (William, Isabel dan Jeffrey 2006). Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa pembangunan yang tertumpu kepada manusia adalah tujuan terakhir dalam pembangunan (the ultimate end), namun pertumbuhan ekonomi adalah permulaan awal (the principle means) untuk mencapai tujuan akhir pembangunan tersebut.

Pembangunan manusia pada dasarnya adalah satu keupayaan dalam membangunkan kemampuan manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, melalui taraf kesihatan, pengetahuan, dan seterusnya sebagai menggunakan secukupnya (utilizing) kemampuan tersebut. Qureshi (2010) menyatakan mengenai konsep pembangunan manusia adalah sangat luas dari segi pengertian apabila dibandingkan dengan konsep pembangunan ekonomi yang berfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi, keperluan asas (basic needs), bantuan asas (social welfare), atau pembangunan sumber manusia (human resource development). Hal ini semakin menguatkan paradigma pembangunan manusia berpusat (people centered development) yang mengatakan manusia adalah tujuan akhir dalam pembangunan dan bukan sebagai alat kepada pembangunan (Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008, Subroto). Bagi mewujudkan tujuan akhir pembangunan, empat fokus utama harus diberi penekanan sebagai kunci pembangunan manusia sebagaimana yang disarankan oleh PBB. Antaranya ialah produktiviti (productivity), kesamarataan (equality), kebolehgunaan semula (sustainability), dan penguasaan (empowerment) (Subroto).

Fokus pertama dalam kunci pembangunan manusia ialah produktiviti (productivity), yang bermaksud manusia yang produktif akan mampu menghasilkan pendapatan bagi dirinya sendiri dan ahli keluarganya, serta orang-orang sekitarnya. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi merupakan sebahagian dari model pembangunan manusia dan merupakan pembolehubah yang paling berpengaruh terhadap indeks pembangunan manusia. Keduanya iaitu kesamarataan (equality) adalah manusia sebagai

(5)

individu sosial yang mempunyai meinginan yang sama untuk kehidupan yang lebih baik. Unsur monopoli seperti pemonopolian dalam ekonomi dan politik mestilah dihapuskan dengan menggantikannya melalui cara demokrasi. Secara khususnya, semua pihak diberi peluang untuk memilih mana yang terbaik dalam kehidupan mereka asalkan tidak melanggar peraturan yang telah dipersetujui bersama secara demokrasi.

Kebolehgunaan semula (sustainability) adalah faktor ketiga yang perlu ada dalam pembangunan manusia. Faktor ini bermaksud sumber yang sedia ada dapat digunakan secara sistematik untuk kepentingan setiap manusia tidak kira generasi pada masa kini mahupun generasi yang akan datang. Oleh itu, generasi pada masa kini harus peka dalam memastikan sumber yang digunakan masa kini dapat digunakan untuk generasi akan datang. Hal ini kerana sumber yang tidak dapat diperbaharui mestilah digunakan secara berhemat di samping berusaha untuk mencari alternatif dalam menggantikan sumber ini dengan sumber yang dapat diperbaharui. Faktor penguasaan (empowerment) yang merupakan faktor terakhir adalah keadaan di mana fitrah manusia itu sendiri yang tidak selalunya mampu untuk mengecapi peluang dan kesempatan yang sama untuk kesejahteraan diri dan keluarga. Maka, timbullah saranansupaya pembangunan manusia dapat dilakukan oleh semua orang, di mana semua orang dapat turut sertadalam membuat keputusan dan proses ini akan mempengaruhi kesejahteraan masyarakat itu sendiri.

Ahli ekonomi telah bersepakat menyatakan bahawa sumber manusia sesuatu masyarakat bukan hanya pada modal fizikatau sumber material yang merupakan faktor penentuan gelagat dan kepesatan pembangunan sosial dan ekonomi sesuatu masyarakat itu (Todaro dan Smith 2009, Subroto). Proses tersebut mempunyai dua syarat utama iaitu sumber manusia yang mampu mengolahdan memanfaatkan sumber-sumber lain dalam pembangunan secara berkuantiti dan berkualiti, dan pasaran yang menjalankan jual beli barang dan perkhidmatan hasil daripada pembangunan tersebut. Hubungan di

antara lepasan graduandengan penawaran tenaga kerja seringkali

mengalamipermasalahan (Hanushek dan Wobmann 2007; Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008), yang mana salah satu penyebabnya adalah pendidikan dan tenaga kerja merupakan dua faktor yang memiliki ciri-ciri yang berbeza. Perbezaan yang ketara dan sering menjadi permasalahan iniadalah ciri bagi pendidikan yang bersifat faktor demografi, manakala bagi tenaga kerja yang bersifat faktor ekonomi

(6)

dan merupakan sebahagian dari tujuan pendidikan itu sendiri (William, Isabel dan Jeffrey 2006; Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009).

Faktor demografi dalam konteks pendidikan bersifat layanankepada masyarakat secara adil dan saksama walaupun terpisah antara bandar dengan luar bandar, mereka semua layak untuk menerimanya secara sama. Secara faktor ekonomi pula merujuk kepada tenaga kerja samada tenaga kerja yang berteraskan pendidikan atau kemahiran. Terjadinya permasalahanantara pendidikan dan permintaan tenaga kerja semakin meruncing, maka ini akan menjejaskan produktiviti individu serta mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara secara keseluruhannya (Subroto).

Oleh yang demikian, kerajaan harus mempunyai penyelesaianterhadap penawaran tenaga kerja dan apa saja aspek yang dapat meningkatkan pembangunan masa depan sesebuah negara. Hal ini dapat mengurangkan terjadinya kegagalan dalam pasaran ketika sistem pasaran bebas sedang berlangsung atau kegagalan dalam memberikan kepadanansumber yang efisyen (market failure), sehingga wujudnya keseimbangan antara permintaan dan penawaran tenaga kerja.

IMPLIKASI PENDIDIKAN YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN EKONOMI

Secara teorinya, terdapat tiga mekanisma di mana pendidikan boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. Antaranya ialah meningkatkan modal insan dalam tenaga kerja, meningkatkan kapasiti inovasi ekonomi, dan permisian kepada pengetahuan diperlukan (Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008, Hanushek dan Wobmann 2010). Pendidikan dapat meningkatkan modal insan dalam tenaga kerja,di mana peningkatan dalam produktiviti pekerja dan pertumbuhan transisional terhadap tingkat keseimbangan peneluaran (output) yang tinggi (Mankiw et al. 1992).Pendidikan turut meningkatkan kapasiti inovasi ekonomi, di samping pengetahuan baru terhadap teknologi, barang, dan pertumbuhan yang masih dalam pengenalan kitaran (Lucas 1988; Romer 1990; Aghion dan Howitt 1998).Pendidikan juga permisian kepada pengetahuan yang diperlukanuntuk memahaminya, dan memproses informasi baru serta diterapkan dengan jayanya teknologi baru yang diwujudkan oleh orang lain, di mana dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi (Nelson dan Phelps 1966; Benhabib dan Spiegel 1994).

(7)

Namun, secara empirikalnya,implikasi pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi telah lama wujud. Kebanyakan antara masyarakat sekeliling mengetahui bahawa persekolahan tahunantidak menghasilkan kemahiran kognitif yang sama. Pengaruh keluarga dan rakan sebaya turut sama terlibat dalam hal pendidikan bagi menghasilkan kemahiran kognitif (William, Isabel dan Jeffrey 2006; Subroto). Kesihatan dan nutrisi makanan turut menjadi kesan kepada kemahiran kognitif (Hanushek dan Wobmann 2007, Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008, Hanushek dan Wobmann 2010), namun melalui kajian-kajian terdahulu, kedua-dua aspek ini tidak terlalu difokuskan oleh masyarakat. Kajian terbaru menunjukkan sikap tidak ambil endah bagi perbezaan antara kualiti kurang signifikan terhadap pendidikan menggambarkan bagaimana kependidikan dan hasil ekonomi berhubung kait antara satu sama lain (Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009, Hanushek dan Wobmann 2010).

Kebanyakan literatur makroekonomi terhadap ekonomi kepada pekerja berpendidikan diukur berdasarkan kuantiti persekolahan. Kaedah kiraan yang sering

digunakan ialah tahun persekolahan, purata terhadap populasi umur

bekerja(Woessmann 2003; Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann

2008; Subroto). Menggunakan purata tahun persekolahansebagai pengukur

pendidikanmenganggapkan bahawa tahun persekolahanmenghasilkan peningkatan yang sama dari segi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan sistem pendidikan. Perkiraan ini turut meramalkan bahawa persekolahan formal ialah sumber asas kepada pendidikan dan variasi di dalam kualiti faktor bukan sekolahmemberi kesan kepada pembelajaran yang seterusnya memberi impak kepada hasil pendidikan (Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009). Hal ini berkait dengan perbezaan antara negara disekitarnya dalam kualiti pendidikan ialah pengunduran besar terhadap pengukuran kuantitatif.

Ramai pengkaji terdahulu menegaskan bahawa kualiti persekolahan lebih penting berbanding kuantiti, pengukuran, sebagai contoh, tahun kehadiran (Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008). Barro dan Lee (1998) membincangkan dari sudut agregat pengukuran negara disekitarnya terhadap kualiti pendidikan, manakala Hanushek dan Kimko (2000) berpendapat markah dari peperiksaan berteraskan antarabangsa, di mana indikator bagi modal persekolahan yang berkualiti, berkait dengan tahun kehadiran yang berkait dengan pertumbuhan ekonomi.

(8)

CADANGAN BAGI MEMPERTINGKATKAN PENDIDIKAN UNTUK PERTUMBUHAN EKONOMI

Kajian terhadap sekolah-sekolah di negara yang sedang membangun menunjukkan kurangnya penangguhanberbanding dengan sekolah di negara maju. Namun, Pritchett (2004) menegaskan terhadap asas peningkatan perbelanjaan bagi sistem pendidikan semasa di negara membangun adalah bagi menambahbaikkan pencapaianpelajar. Penambahanterhadap input bagi fasiliti pendidikan dan peningkatan perbelanjaan bagi setiap pelajar, secara umumnya tidak menjurus kepada peningkatandalam kompitensi kanak-kanak dan pencapaian dalam pembelajaran (Hanushek dan Wobmann 2007, Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot dan Woessmann 2008, Hanushek dan Wobmann 2010). Kekurangan sumber sememangnya memberi kesan secara umum, dan kesan saiz kelas secara khususnya, dapat dilihat pada kebanyakan negara membangun, termasuk di Afrika (Michaelowa 2001; Kremer 2003), Amerika Latin (Mizala dan Romaguera 2002; Wobmann dan Fuchs 2005), dan Asia (Gundlach dan Wobmann 2001, Wobmann 2005). Oleh itu, peranan sumber sangat perlu dititikberatkan dalam pendidikan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Secara dasarnya, kesemua ini merujuk kepada sumber yang paling spesifik. Mereka tidak menafikan sebahagian dari pelaburan adalah produktif. Beberapa kajian menunjukkan tahap minima bagi sesuatu sumber adalah sangat berharga dalam pembelajaran setiap pelajar. Namun, impak dari polisi dan program ini, walaupun dianggarkan ianya boleh digantikan, ianya masih bersifat terhad. Selain itu, kualiti seseorang guru di dalam bilik darjah juga dianggap sebagai atribut terpenting di sekolah (Hanushek dan Rivkin 2006; Hanushek dan Wobmann 2007; Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009). Di sinilah peranan sebagai guru amat diperlukan. Guru yang berkualiti, berdasarkan aspek pembelajaran, ialah mampu untuk membimbing pelajar ke arah pencapaian yang tinggi berbanding guru yang kurang berkualiti. Namun, ciri-ciri guru berkualiti sangat sukar untuk diukur cuma dengan fakta yang biasa, seperti pengalaman guru, pendidikan guru, atau pencapaian guru secara standard, seringkali tidak berkait dengan keupayaan sebenar di dalam kelas (William, Isabel dan Jeffrey 2006).

Hal ini kebanyakkannya diperolehi dari negara maju, tetapi masih terdapat juga beberapa negara membangun di mana gurunya bersifat sedemikian (Harbison dan Hanushek, 1992; Hanushek dan Rivkin 2006, Hanushek, Jamison Dean, Jamison Eliot

(9)

dan Woessmann 2008). Maka, ianya sukar sekiranya dalam mengenalpasti aspek guru yang mampu mewujudkan polisi dan regulasi asas dalam menghasilkan guru yang berkualiti di dalam kelas. Bagi menyediakan guru yang berkualiti tinggi, dicadangkan bagi pihak institusi menggubal struktur sistem sekolah untuk menjadikan insentif bagi menggalakkan pencapaian pelajar dapat diperbaiki (Hanushek dan Wobmann 2010).

Analogi terhadap institusi ekonomi sangat berguna, di mana ekonomi sesebuah negara sangat bergantung kepada kualiti institusi ekonomi itu sendiri. Sukar sebenarnya untuk mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kuat tanpa penglibatan institusi dalam pasaran buruh dan barangan, tanpa keterbukaan kepada perdagangan dan pelaburan dari luar, dan tanpa sistem undang-undang dan hak kepenggunaan yang efektif (Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009, Subroto). Hal ini turut sama dirasai kesukarannya dalam memperolehi sistem pendidikan yang berfungsi dengan baik tanpa struktur institusi yang menyokong mereka. Namun, terdapat pelbagai pendapat bagi memperolehi hasil yang diinginkan, dan antara sebabnya ialah kurangnya pengalaman, analisis, dan rujukan. Penggunaan insentif boleh digunapakai bagi mencapai sistem pendidikan yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Ada yang berpendapat bahawa sebahagian dari polisi yang umum sangat penting. Pencapaian dari sistem sangat terkesan dengan insentif yang si pelaku hadapi. Jika si pelaku di dalam proses pendidikan memperolehi ganjaran bagi menghasilkan pencapaian pelajar yang baik, dan jika mereka didendakerana tidak mencapai penghasilan yang tinggi, ini akan meningkatkan pencapaian. Insentif bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi, pada dasarnya, dihasilkan oleh sistem institusi pendidikan, di mana kesemua syarat dan terma yang melibatkan imbuhan dan dendaan kepada mereka yang terlibat (William, Isabel dan Jeffrey 2006; Hanushek dan Wobmann 2007, Hanushek dan Wobmann 2010). Aspek insentif ini boleh terlibat bagi mendapatkan pencapaian guru bertambah baik atau meningkatkan pemilihan bagi guru yang berkualiti tinggi. Maka, institusi turut memberi impak kepada pembelajaran pelajar.

Sesetengah bentuk institusi bagi sistem sekolah boleh dikumpulkan di bawah autonomi atau berpusat, termasuk pembuat keputusan,fiskal berpusat, dan penglibatan ibu bapa (Aghion, Boustan, Hoxby dan Vandenbussche 2009). Hampir kesemua sistem untuk penambahbaikan insentif bagi sekolah bergantung kepada mereka yang berkepentingan di sekolah dalam membuat sebarang keputusan.Agak sukar bagi

(10)

mengetahui impak autonomi kerana sudut pembuat keputusan kebanyakannya adalah keputusan bagi negara (atau negeri) secara keseluruhannya, tanpa membandingkan dengan negara yang lain. Bagi negara disekitarnya, pelajar seringkali memperolehi pencapaian yang baik di sekolah yang mempunyai personnel dalam autonomi dan keputusan sehari-harian, selalunya apabila terdapatnya perkiraan (Wobmann 2003, Hanushek dan Wobmann 2007, Hanushek dan Wobmann 2010).

Terdapat beberapa contoh dari negara yang sedang membangun di mana menunjukkan kesan positif terhadap keberpusatan, autonomi sekolah, dan penglibatan komuniti. Di Filipina, local penglibatan kewangan meningkatkan produktiviti sekolah awam berpadanan dengan kewangan pusat (Jimenez dan Paqueo 1996). Galakan dari komuniti dan penglibatan masyarakat menambahbaikkan pembelajaran di El Salvador (Jimenez dan Sawada 2001). Keberpusatanbagi sistem sekolah peringkat menengah di Argentina meningkat dari segi pencapaian ujian (Galiani dan Schargrodsky 2002). Autonomi guru pula secara positifnya memberi kesan kepada hasil pelajar di Chile apabila pembuat keputusan adalah secara berpusat (Vegas 1999). Keberpusatanbagi pembuat keputusan diperingkat masyarakat di negara Mexico turut memberikan kesan positif kepada hasil pelajar, dengan mementingkan perkiraan dalam membuat keputusan yang digalakkan oleh masyarakat (Gertler, Rubio-Codina dan Patrinos 2006). Tambahan lagi, di Mexico kombinasi antara sumber-sumber sekolah dan pengurusan sekolah dapat menhasilkan penambahbaikan dari segi pembelajaran, walaupun secara kecil tetapi signifikan secara statistiknya (Skoufias dan Shapiro 2006). Berdasarkan negara-negara yang telah mendapat sokongan positif bagi autonomi di sekolah, sukar sebenarnya untuk membayangkan sesuatu sistem dengan insentif yang kuat di mana tidak dikhususkan terhadap pembuat keputusan masyarakat.

KESIMPULAN

Berdasarkan pemerhatian kajian, jelas mendapati amat sukar bagi melihat dari sudut terbuka mengenai hubungan antara pendidikan dan pertumbuhan ekonomi. Namun, setelah difokuskan kepada beberapa aspek seperti peranan, implikasi dan cadangan telah memudahkan pemahaman dengan lebih mendalam mengenai perkaitan antara pendidikan dan pertumbuhan ekonomi.

Melalui peranan pendidikan di dalam pertumbuhan ekonomi, pendidikan dapat menarik minat seseorang itu dalam bidang keusahawanan kerana mempunyai ciri-ciri

(11)

seperti berkualiti, berpengetahuan, dan menguasai ilmu teknologi, dan suasana peniagaan yang sihat dan kondusif pertumbuhan ekonomi.Selain itu, pendidikan dapat dijadikan sebagai pelaburan sumber manusia dan meningkatkan pembangunan manusia, di mana kualiti seseorang manusia akan menyumbangkan sumber kekayaan sesuatu bangsa. Pendidikan turut memainkan peranan penting kepada produkticiti, kesamarataan, kebolehgunaan semula dan penguasaansekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Pengaruh pendidikan dalam pertumbuhan ekonomi memberikan kesan yang pelbagai. Secara teorinya, peningkatan modal insan dalam tenaga kerjamelalui pendidikan dapat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesuatu negara. Begitu juga dengan peningkatan kapasiti inovasi dalam ekonomi serta permisian kepada pengetahuanyang berkaitan dengan teknologi turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. secara empirikal pula terdapat beberapa kesan yang pelbagai kepada pertumbuhan ekonomi melalui pendidikan iaitu tahun persekolahan,faktor kesihatan dan nutrisi makanan, kemahiran kognitif, dan kualiti serta kuantiti institusi yang terdapat dalam sesebuah negara itu.

Bagi cadangan yang dapat membantu pendidikan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi, peranan sumber persekitaran setempat dan guru atau pendidik di sesebuah institusi amat memainkan peranan. Selain itu, pemberian insentif kepada individu, keluarga, masyarakat serta negara melalui pendidikan dapat membantu pertumbuhan ekonomi dengan lebih baik. Di samping itu, autonomi sekolah yang hanya berfokus kepada perancangan dan pihak berkepentingan dapat menjamin pendidikan yang lebih progresif dan seterusnya memberi impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi.

Oleh itu, pengaruh pendidikan sebagai pelaburan sumber manusia berlaku dalam keadaan jangka panjang dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan teknologi dari hasil pelaburan pendidikan dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara sistematik. Pelbagai pihak dari kelompok pendidikan mahupun ekonomi sebenarnya memainkan peranan bagi memastikan kedua-dua aspek ini terus maju seiring dengan era globalisasi masa kini.

(12)

RUJUKAN

Aghion, P., Boustan, L., Hoxby, C., dan Vandenbussche, J. 2009. The causal impact of education on economic growth: Evidence from U.S.

Alhumami, A. 2004. Tiga Isu Kritis Pendidikan. Opini Kompas.

Aula Ahmad Hafidh. 2011. Analisis hubungan pengeluaran pendidikan dan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan pendekatan kausalitas granger.

Jurnal Ekonomi & Pendidikan, 8 (2): 124-141.

Bane, M. J. and Ellwood, D. T.1996. Welfare Realities: From Rhetoric to Reform. Cambridge: Harvard University Press.

Barro, R. J. and Lee, J-H. 1998. Determinants of schooling quality.

Barro, R. J. Education and economic growth. In Jong-Wha Lee, (eds.). National Science

Foundation. Harvard.

Bils, M. and Klenow, P. 2000. Does schooling cause growth? American Economic

Review, 90: 1160-1183.

Galiani, S. and Schargrodsky, E. 2002. Evaluating the impact of school decentralization on educational quality. Economia, 2 (2): 275–314.

Gertler, P. J., Rubio-Codina, M., and Patrinos, H. A. 2006. Empowering parents to improve education: Evidence from rural Mexico. Policy Research Working

Paper 3935, Washington: World Bank.

Gundlach, E. and Wobmann, L. 2001. The fading productivity of schooling in East Asia. Journal of Asian Economics, 12 (3): 401–417.

Hanushek, E. A. and Rivkin, S. G. 2006. Teacher quality. In Eric A. Hanushek and Finis Welch, (eds.). Handbook of the Economics of Education. Amsterdam: North Holland.

Hanushek, E. A., Jamison, Dean. T., Jamison, Eliot. A., and Woessmann, L. 2008. Education and economic growth. Education Next, 62-71.

Hanushek, E. and Kimko. 2000. Schooling, labor force quality, and the growth of nations. American Economic Review.

Hanushek, E. A. and Wobmann, L. 2007. Education quality and economic growth. Washington: World Bank.

Hanushek, E.A and Wobmann, L. 2010. Education and economic growth. In Penelope Peterson, Eva Baker, Barry McGaw, (eds.). International Encyclopedia of

Education, 2: 245-252. Oxford: Elsevier.

Harbison, R. W. and Hanushek, E. A. 1992. Educational performance of the poor: Lessons from rural Northeast Brazil. New York: Oxford University Press.

Jimenez, E. and Paqueo, V. 1996. Do local contributions affect the efficiency of public primary schools? Economics of Education Review, 15 (4): 377–386.

Jimenez, E. and Sawada, Y. 2001. Public for private: The relationship between public and private school enrollment in the Philippines. Economics of Education

(13)

Kremer, M. 2003. Randomized evaluations of educational programs in developing countries: Some lessons. American Economic Review. 92 (2): 102-104.

Lucas, R. E. 1988. On the mechanics of economic developement. Journal of Monetary

Economics. 22: 3-24.

Mankiw, N.G., Romer, D., and Weil, D. 1992. A contribution to the empirics of economic growth. Quarterly Journal of Economics, 107 (2): 407-437.

Michaelowa, K. 2001. Primary education quality in Francophone Sub-Saharan Africa: Determinants of learning achievement and efficiency considerations.

WorldDevelopment, 29 (10): 1699–1695.

Mizala, A., Romaguera, P., and Farren. D. 2002. The technical efficiency of schools in Chile. Applied Economics, 34 (12): 1533–1552.

Nelson, R. R. and Phelps, E. 1966. Investment in humans, technology diffusion and economic growth. American Economic Review. 56 (2): 69-75.

OECD. 2012. How does education affect the economy? In Education at a Glance 2012:

Highlights, OECD Publishing.

http://dx.doi.org/10.1787/eag_highlights-2012-15-en (13 Jun 2016).

Pritchett, L. 2004. Access to education. In Bjorn Lomborg, (eds.). Global Crises,

Global Solutions. Cambridge: Cambridge University Press.

Rahmah Ismail. 1998. Sumbangan pendidikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, 1970-1996. Jurnal Ekonomi Malaysia, 32: 3-20.

Schultz, T. W.1961. Investment in human capital.American Economic Review, 51: 1-17. Skoufias, E. and Shapiro, J. 2006. Evaluating the impact of Mexico’s quality schools program: The pitfalls of using nonexperimental data. Policy Research Working

Paper 4036, Washington: World Bank.

Stevens, P. and Weale, M. 2003. Education and economic growth. In G and J. Johnes, (eds.). International Handbook on the Economics of Education. London: National Institute of Economic and Social Research.

Subroto, G. Hubungan pendidikan dan ekonomi: Perspektif teori dan empiris. Universitas Nasional Jakarta.

Todaro, M. P. and Smith, S. C. 2009. Economic Development. Prentice Hall.

Vegas, E. 1999. School choice, student performance, and teacher and school characteristics: The Chilean case. Policy Research Working Paper 2833, Washington: World Bank.

William, T. D., Isabel, S., and Jeffrey, T. 2006. The effects of investing in early education on economic growth. Policy Brief #153. The Brookings Institution. Wobmann, L. 2005. Educational production in East Asia: The impact of family

background and schooling policies on student performance. German Economic

Review, 6 (3): 331–353.

Wobmann, L. and Fuchs, T. 2005. Families, schools, and primary-school learning: Evidence for Argentina and Colombia in an international perspective. Policy

(14)

Woessmann, L. 2003. Specifying human capital. Journal of Economic Surveys. 17 (3): 239-270.

Woobman, L. 2003. Schooling resources, educational institutions, and student performance: The international evidence. Oxford Bulletin of Economics and

Referensi

Dokumen terkait

Pada indikator 2 kedua subjek dengan IQ tinggi mampu membuat simbol- simbol matematika saat menuliskan informasi yang diperoleh dari soal (M1 dan M2) dan ketika

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga